Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Σχετικά έγγραφα
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : faktor, minat, matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : salam, pelajar Islam

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : penerapan kemahiran generik

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Ciri-ciri Taburan Normal

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH. Matematik. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Tingkatan 3

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN PELAJAR: KE ARAH MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Huraian Sukatan Pelajaran. KIMIA Tingkatan Lima

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PELAKSANAAN PRODUCTION BASED EDUCATION DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Universiti Teknologi PETRONAS

UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

BAB SATU PENGENALAN. Pernyataan Masalah. landasan kepada pembelajaran mata pelajaran lain, di samping berguna dalam pelbagai

Transcript:

Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang masih baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan program pengajian. Peserta kajian adalah seramai 40 orang bakal guru Fizik yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan PEKA Fizik (UPTPPF) sebagai alat kajian yang terdiri daripada 40 item berbentuk objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α=.718. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang PEKA Fizik adalah baik. Terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan di mana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki adalah sederhana berbanding bakal guru Fizik perempuan yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik. Terdapat juga perbezaan tahap pengetahuan merentas program pengajian di mana pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) berada pada tahap sederhana manakala pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer (Fizik) berada pada tahap baik. Ini menunjukkan bakal guru Fizik belum menguasai PEKA Fizik sepenuhnya. Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik Pendahuluan Pada abad ke-21, sistem pendidikan dilihat sebagai wadah utama untuk merealisasikan impian negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan bahawa : Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. (Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, 2003: ix) Menyedari kepentingan pendidikan fizik dalam melahirkan masyarakat saintifik dan berdaya saing, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (LPM) telah menggubal Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Fizik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5. PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang bertujuan untuk mempertingkat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). PEKA Fizik membolehkan guru membuat pentaksiran secara langsung di sepanjang proses P&P. Antara objektif PEKA Fizik adalah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran penyelesaian masalah secara saintifik, memperkukuh teori yang dipelajari melalui aktiviti amali dan memupuk amalan sikap saintifik. Melalui penguasaan kemahiran proses sains dan manipulatif, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pengolahan maklumat dan menyelesaikan masalah secara sistematik. Oleh itu, masyarakat yang berupaya memberi sumbangan kepada pembangunan agama, bangsa dan negara dapat diwujudkan melalui PEKA Fizik. Menurut Laporan Prestasi SPM 2002, guru disarankan untuk memberi perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek mengeskperimen dan kemahiran proses sains yang lain dengan menekankan pelaporan eksperimen yang tersusun dan lengkap. Justeru, warga pendidik seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang PEKA supaya dapat menggunakan PEKA sebaik mungkin bagi mengoptimumkan proses P&P dan seterusnya melahirkan masyarakat yang

berkemampuan untuk berfikir secara terbuka dan kreatif selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara. Pernyataan Masalah PEKA Fizik sudah dilaksanakan hampir kepada satu dekad, namun masih ramai pelajar yang gagal mendapat gred Fizik yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tambahan lagi, masih ada bakal guru yang tidak tahu tentang PEKA Fizik. Adakah bakal guru tidak memberi perhatian serius kepada PEKA Fizik? Adakah bakal guru tidak mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang PEKA Fizik? Kurangnya pengetahuan tentang PEKA Fizik dalam kalangan bakal guru Fizik UTM merupakan masalah yang serius. Oleh itu dengan menjalankan kajian ini, penyelidik berharap akan mendapat jawapan untuk persoalan-persoalan yang timbul. Objektif Kajian. Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti : 1. Tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik. 2. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi jantina. 3. Perbezaan tahap pengetahuan tentang tentang konsep dan kerangka PEKA Fizik merentasi program pengajian. Kepentingan Kajian Dapatan daripada kajian ini dapat dimanfaatkan kepada beberapa pihak dalam bidang pendidikan seperti dapat membantu bakal guru fizik menilai sejauh mana tahap pengetahuan mereka tentang PEKA Fizik. Ini kerana, pengetahuan tentang PEKA Fizik sangat diperlukan untuk melancarkan proses P&P dan penilaian PEKA Fizik. Oleh itu, dengan dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu bakal guru Fizik memperbaik kelemahan diri dan meningkatkan ilmu di dada sebagai persediaan untuk mengajar nanti. Melalui kajian ini juga, para pensyarah akan mengetahui tahap pengetahuan pelajar SPF dan SPP tentang PEKA Fizik. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini juga mungkin akan dapat membantu para pensyarah merancang strategi baru dalam proses P&P dan seterusnya menerapkan elemen-elemen dalam PEKA Fizik melalui kelas Pendidikan Amali Fizik 1 dan 2.S Bagi pelajar SPF dan SPP, mereka diwajibkan mengambil kursus Pendidikan Amali Fizik 1 dan 2. Adakah para pelajar tahu mengenai elemen-elemen dalam PEKA Fizik selepas mengikuti kelas pendidikan amali Fizik? Oleh itu, dapatan daripada kajian ini mungkin dapat memberi maklum balas kepada pihak penggubal kurikulum program pendidikan UTM. Hal ini kerana, dapatan kajian ini mungkin dapat membantu pihak berkenaan membuat semakan kurikulum dan menilai kandungan serta keberkesanan kelas pendidikan amali. Selain itu, pihak penggubal juga boleh menjadikan dapatan kajian ini untuk menambahbaik dan memantapkan lagi kandungan kurikulum program pendidikan untuk melahirkan bakal guru fizik yang berkualiti tinggi selaras dengan hasrat Fakulti Pendidikan UTM. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah berbentuk tinjauan deskriptif kerana reka bentuk ini bersesuaian dengan objektif kajian. Tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi (Azizi et al. 2007:156). Oleh itu, dengan menggunakan reka bentuk kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan gambaran mengenai tahap pengetahuan bakal guru Fizik terhadap PEKA Fizik merentas program pengajian dan jantina.

Alat Kajian Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk ujian pencapaian untuk menilai tahap pengetahuan bakal guru Fizik tentang PEKA Fizik. Ujian pencapaian ini dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan PEKA Fizik (UPTPPF). Alat kajian ini terdiri daripada 40 item yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat diri peserta kajian, Bahagian B mengandungi 15 soalan mengenai konsep PEKA Fizik manakala Bahagian C mengandungi 25 soalan yang berkaitan dengan kerangka PEKA Fizik. Setelah kajian sebenar dijalankan, nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α=.718. Ujian pencapaian ini adalah berbentuk aneka pilihan iaitu peserta kajian bebas memilih jawapan sama ada A, B, C atau D untuk Bahagian B manakala Bahagian C mengandungi lima pilihan jawapan iaitu A, B, C, D dan E. Item disusun secara rawak supaya peserta kajian tidak dapat meneka apa yang hendak diuji. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tahap kebolehpercayaan alat kajian dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi semasa menjalankan kajian sebenar. Penyelidik menjalankan kajian rintis dengan memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri dan kematangan yang sama dengan peserta kajian. Kajian rintis telah dijalankan pada 19 Januari 2009 dengan melibatkan seramai 5 orang peserta kajian. Selain itu, penyelidik juga merujuk kepada Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman untuk mendapatkan kesahan item dalam alat kajian ini. Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina Jadual 1 : menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu : Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang PEKA Fizik merentasi jantina? Jadual 1 : Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Fizik Merentas Jantina

Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat bahawa secara keseluruhan terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan dimana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki mengenai konsep dan kerangka PEKA Fizik adalah sederhana berbanding bakal guru Fizik perempuan yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik dengan min dalam peratus masingmasing 54.33% dan 61.73%. Bagi bakal guru Fizik lelaki, secara keseluruhan julat markah ialah 17.00 dan peratus serakan 26.05% manakala bagi bakal guru Fizik perempuan julat markah ialah 10.00 dengan peratus serakan 20.49%. Markah mod bagi lelaki ialah 27.00 iaitu seramai 3 orang (27.30%) manakala taburan markah bagi perempuan berbentuk dwimod (bimodal) iaitu 24.00 dan 25.00 dengan masing-masing seramai 4 orang (13.80%). Namun, dapatan kajian menunjukkan pengetahuan bakal guru Fizik lelaki dan perempuan tentang konsep PEKA Fizik berada pada tahap yang sama iaitu tahap sederhana dengan min dalam peratus masing-masing 55.13% dan 56.53%. Julat markah bagi bakal guru Fizik lelaki ialah 5.00 dan peratus serakan ialah 19.59%. Bagi bakal guru Fizik perempuan pula, julat markah ialah 8.00 dan peratus serakan ialah 21.70%. Markah mod bagi lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 8.00 markah dengan masing-masing seramai 4 orang (36.40%) dan 9 orang (31.00%). Selain itu, Jadual 1 menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan mengenai kerangka PEKA Fizik dimana bakal guru Fizik perempuan mempunyai tahap pengetahuan yang baik dengan min dalam peratus 64.84% manakala tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki adalah sederhana dengan min dalam peratus 53.80%. Julat markah dan peratus serakan bagi bakal guru Fizik lelaki masing-masing ialah 15.00 dan 37.40% manakala bakal guru Fizik perempuan mempunyai julat markah 17.00 dengan peratus serakan 25.17%. Taburan markah bagi lelaki berbentuk pelbagai mod (multimodal) iaitu 12.00, 16.00 dan 19.00 dengan masing-masing seramai 2 orang (18.20%). Mod markah bagi perempuan pula ialah 17.00 dan terdapat seramai 4 orang (13.80%) memperoleh markah mod. Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan, secara keseluruhan terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan dimana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki mengenai konsep dan kerangka PEKA Fizik adalah sederhana (M=21.73 SL=5.66) berbanding bakal guru Fizik perempuan yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik (M=24.69 SL=5.06). Dapatan ini kurang memuaskan kerana penyelidik beranggapan tiada perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, hanya 27.50% daripada peserta kajian adalah lelaki. Nilai ini mungkin memberi kesan yang besar kepada dapatan kajian ini. Tetapi, hal ini tidak dapat dielakkan kerana bilangan pelajar perempuan di IPTA adalah lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki dan perempuan tentang konsep PEKA Fizik adalah sederhana. Ini menunjukkan kedua-dua jantina belum mengetahui konsep PEKA Fizik sepenuhnya. Hal ini terbukti melalui beberapa item. Item 9 contohnya adalah mengenai salah satu ciri dalam PEKA Fizik dan didapati 81.80 % daripada peserta kajian lelaki serta 79.30 % daripada peserta kajian perempuan tidak tahu mengapa ciri ini diperlukan dalam PEKA Fizik. Namun, untuk kerangka PEKA Fizik, tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki berada pada tahap sederhana (M=21.73 SL=5.66) berbanding bakal guru Fizik perempuan berada pada tahap yang baik (M=24.69 SL=5.06). Sebanyak 90.0 % daripada peserta kajian lelaki tidak mengetahui bahawa menyatakan tajuk graf dan melabel kedua-dua paksi dengan unit yang betul adalah petunjuk prestasi bagi konstruk IV(mentafsir data dan membuat kesimpulan). Ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang kurang memberi perhatian di dalam kelas, tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan sikap suka menangguhkan kerja yang

akhirnya mengganggu proses pembelajaran mereka. Menurut Ramlah (2002:62), Penyelidik mendapati faktor dalaman seperti suka berkhayal, menangguhkan kerja dan tiada keutamaan kerja mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.. Oleh itu, dengan sikap sambil lewa yang diamalkan oleh pelajar, mereka tidak dapat mengenal pasti kemahiran saintifik yang menjadi petunjuk prestasi dalam konstruk-konstruk yang dinilai dalam PEKA Fizik. Selain itu, para pensyarah kursus Pendidikan Amali Fizik 1 dan 2 boleh menggunakan dapatan kajian ini dalam menyusun semula strategi P&P yang mana mungkin lebih menekankan elemen-elemen yang dinilai dalam PEKA Fizik sebagai salah satu cara penilaian. Rujukan Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains dan Matematik Berkesan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Chong Hui Ling (2005). Pola Personaliti dan Gaya Pembelajaran Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kampus Skudai. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dawama Sdn Bhd. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002). Laporan Prestasi SPM 2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Nazruddin bin Abd. Rasid (2003). Pengurusan Masa di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Satu Kajian di Kolej Tun Dr. Ismail. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Nurul Aini Rashid (2007). Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan Memproses Data dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Norhayati Saliken (2006). Sikap dan Minat Pelajar Tingkatan Empat Terhadap PEKA Sains. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Ruslina binti Omar (2001). Masalah-Masalah dalam Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Temerloh. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Salbiah Mad Som (2000). Kajian Kes Tentang Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sulaiman Abdul Rahman (2003). Pentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah. Laporan Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.