Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita
|
|
- Φιλοκράτης Τρικούπη
- 7 χρόνια πριν
- Προβολές:
Transcript
1 Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Firdaus Binti Ismail Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, tentang kejadian jenayah terhadap wanita. Fokus kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar serta kepekaan mereka mengikut bentuk-bentuk jenayah yang berlaku iaitu dari aspek jenayah kekerasan, jenayah emosi, jenayah seksual dan kesan-kesannya terhadap wanita. Populasi kajian ini adalah seramai 278 pelajar dari kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 83 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= Nilai min untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej 9 tentang kejadian jenayah terhadap wanita ialah Hasil dapatan yang menggambarkan tentang persepsi pelajar terhadap bentuk jenayah dari aspek jenayah kekerasan, menunjukkan purata min sebanyak Nilai min bagi mengenalpasti persepsi pelajar dari aspek jenayah emosi pula ialah Manakala untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek jenayah seksual, hasil kajian menunjukkan min ialah Akhir sekali tahap pengetahuan pelajar tentang kesan terhadap jenayah yang berlaku dikalangan wanita pula ialah menunjukkan purata nilai min adalah Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden sememangnya peka terhadap jenayah yang berlaku mengikut bentuk-bentuk jenayah yang sering dihadapi oleh wanita. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan bagi membanteras berlakunya jenayah kekerasan, jenayah tekanan emosi dan jenayah seksual yang berlaku terhadap wanita. Katakunci: persepsi pelajar, jenayah terhadap wanita Pengenalan Jenayah adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat seluruhnya (Prof.Dato Harun Din et.al,2003). Kebanyakannya jenayah yang belaku pada hari ini mangsanya adalah daripada golongan wanita. Wanita fitrahnya adalah kaum yang lemah dan sering dianiayai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Maka wanita yang teraniaya akan menjadi lebih sengsara dan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram akibat daripada perbuatan jenayah yang dihadapi oleh mereka. Jenayah terhadap wanita juga lebih sinonim dengan istilah keganasan terhadap wanita, kerana kedua-dua istilah tersebut adalah melibatkan perbuatan yang akan memberi kemudaratan kepada wanita. Keganasan ialah suatu pengabaian atau perbuatan seseorang terhadap seseorang yang akan mengakibatkan kesan, kerosakan atau penderitaan fizikal, seksual atau mental termasuk ancaman seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenangnya-wenangnya, sama ada berlaku di khalayak ramai atau pun kehidupan persendirian seseorang. Keganasan boleh dibahagikan pula kepada keganasan domestik atau keganasan rumah tangga dan keganasan lain seperti rogol, culik dan sebagainya (Noor Aziah Mohd Awal, 2006). Penyataan Masalah Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dengan pelbagai cara, adalah kerana wanita dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Wanita juga dianggap lemah dari segi fizikal dan mental serta mereka sering menjadi mangsa keganasan.
2 Keganasan terhadap wanita me;iputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Keadaan ini juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka iaitu sentiasa menjadi mangsa jenayah. Berdasarkan penyataan di atas, adalah penting kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar, khususnya siswi tentang tanggapan dan pengetahuan serta dalam menghadapi keganasan yang berlaku terhadap wanita pada hari ini. Kajian ini juga secara tidak langsung akan memfokuskan tentang aspek keganasan yang berlaku iaitu yang melibatkan jenayah fizikal, seksual, dan mental. Sering dilihat sememangnya wanita selalu terdedah kepada jenayah keganasan hanya kerana mereka adalah wanita, dan sering dianggap sebagai golongan yang lemah fizikalnya. Statistik kes jenayah yang berlaku di negeri Johor pada bulan Januari hingga Jun 2007 adalah sebanyak 13,471, iaitu merupakan negeri ketiga tertinggi berlaku kes jenayah di negara ini. Rentetan daripada statistik di atas, antara kes jenayah yang berlaku di negeri Johor iaitu pada 5 Januari 2007, suatu kes rompak dan rogol yang melibatkan dua orang mangsa dan empat orang perompak telah berlaku di Johor Bahru. Perompak telah mengugut mangsa dengan menggunakan pisau dan kemudiannya membawa kereta mangsa di sekitar Pasir Gudang selama kira-kira sejam sebelum berhenti di suatu semak dan merogol mangsa wanita. Kes yang seterusnya pula, iaitu pada 11 Mac 2007, berlaku tragedi keganasan rumah tangga yang menyayat hati, seorang perniaga disyaki membunuh isteri dan tiga orang anaknya dengan sebatang besi buaian. Kes ini berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ( Dewan Masyarakat, Julai 2007). Objektif Kajian Di antara objektif kajian adalah seperti : i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah kekerasan. ii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi. iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah seksual. iv. Mengetahui tentang kesan-kesan kejadian jenayah terhadap wanita. Kepentingan Kajian i. Dapatan kajian ini diharap akan memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya golongan wanita. Supaya mereka lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian, serta membuat persediaan awal daripada segala kemungkinan yang akan menimpa diri mereka terutama terhadap kes-kes jenayah yang sering berlaku pada masa kini. Ia akan mengelakkan diri mereka daripada sentiasa menjadi mangsa kekejaman jenayah. ii. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu mangsa jenayah seperti mangsa kejadian keganasan rumah tangga atau kes gangguan seksual supaya mereka cepat bertindak dan dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengeluarkan diri daripada fenomena buruk tersebut.
3 iii. Dapatan kajian ini juga penting kepada semua pihak yang bertangungjawab dengan bekerjasama dalam membanteras kes-kes kejadian jenayah terhadap wanita, contohnya dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membela nasib wanita yang teraniaya. Memastikan hukuman haruslah dilaksanakan kepada orang-orang yang melakukan jenayah serta dipastikan mereka untuk menerima hukuman di sisi undang-undang. Keadilan adalah saksama tanpa mengira pangkat dan darjat. Dengan ini dapat memberi amaran dan peringatan kepada mereka sebelum terjurus dalam sebarang aktiviti jenayah. Batasan Kajian Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Antaranya adalah: i. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sahaja. IPTA lain tidak terlibat dengan kajian ini. ii. Kajian ini dijalankan di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Kolej lain yang terdapat di UTM tidak tersenarai dalam kajian ini. Ini adalah kerana penyelidik sendiri menginap di Kolej 9, maka akan memudahkan penyelidik dalam proses pengedaran dan pengumpulan semula borang soal selidik. iii. Kajian ini hanya melibatkan pelajar wanita. Pelajar lelaki tidak termasuk dalam kajian ini kerana di Kolej 9 hanya dihuni oleh pelajar wanita sahaja. Faktor pemilihan responden dari pelajar wanita sahaja adalah kerana mereka lebih prihatin terhadap kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita dan ramai yang sering menjadi mangsa jenayah berbanding dengan pelajar lelaki. iv. Persepsi pelajar wanita dikaji ialah pelajar wanita tahun 4.Dalam kajian ini persepsi pelajar tahun 4 diambil kerana mereka adalah pelajar senior yang menginap di Kolej 9 dan semestinya mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan pelajar-pelajar tahun 1,2, dan 3 yang menginap di Kolej 9. Metodologi Populasi dan Sampel Kajian Menurut Abdul Majid Konting ( 2005:57), populasi adalah menentukan sejauhmana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis. Populasi kajian ini adalah mahasiswi yang menetap di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Sampel kajian ini dipilih secara rawak yang mewakili sebanyak 30% daripada jumlah populasi. Sampel rawak digunakan jenis kelompok di mana sampel dipilih berdasarkan kumpulan populasi. Justeru itu, bilangan responden bagi kajian adalah seramai 83 orang pelajar tahun 4 yang mewakili 278 pelajar tahun 4 yang menginap di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik bagi memenuhi objektif kajian. Maklumat yang diperolehi akan dinilai mengikut aspek yang telah ditentukan dan ditafsir secara kuantitatif. Penyelidik menggunakan soal selidik kerana : i. Maklumat yang perolehi daripada responden adalah tepat. ii. Responden dapat memberikan maklumbalas dengan yakin tanpa dipengaruhi oleh penyelidik.
4 iii. Dapat menjimatkan kos dan masa sekaligus menghasilkan item soalan yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini, soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat latar belakang responden. Bahagian B pula responden hendaklah menandakan. Jawapan bagi soalan-soalan dalam bahagian ini diwakili oleh skala Likert. Kajian Rintis Kajian rintis ialah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Tujuan diadakan kajian rintis adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal-selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap pelajar di Kolej 9, UTM dari tahun satu hingga tiga kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian. Kajian rintis hanya memilih 10 orang secara rawak sebagai pengujian kepada soal selidik ini. Hasil daripada kajian rintis ini, beberapa item yang dirasakan tidak memenuhi piawaian akan diubahsuai bagi memastikan tahap kebolehpercayaan item adalah berada pada tahap tinggi untuk digunakan pada kajian sebenar. Tujuan kajian rintis ini dijalankan supaya penyelidik dapat mengetahui nilai kebolehpercayaan serta kesahan item-item soal selidik yang dibina. Bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan (Mohd. Majid Konting, 2005: 183). Berdasarkan hasil kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik, nilai alpha yang diperolehi ialah iaitu memadai aras kebolehpercayaan bagi soal selidik ini. Oleh hal yang demikian, penyelidik boleh meneruskan kajian dengan menjalankan kajian sebenar dengan mengedarkan soal selidik kepada responden yang sebenar.
5 Keputusan Jadual 1: Dapatan Kajian Untuk Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari Aspek Jenayah Kekerasan.
6 Perbincangan Sebanyak 10 item telah dikemukakan melalui soal selidik untuk mendapat maklum balas bagi objektif pertama iaitu mengenai persepsi responden terhadap jenayah wanita khususnya dari aspek kekerasan. Berdasarkan analisis dari bab IV pada Bahagian B menunjukkan bahawa responden mengambil tahu tentang kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita. Responden sering mengikuti perkembangan jenayah yang berlaku terhadap kerana dengan peratusan yang tinggi iaitu 86.7% mengakui bahawa hampir setiap hari terdapat berita di dalam media tempatan tentang kejadian jenayah kekerasan terhadap wanita. Sehubungan dengan itu, pada item 4 terdapat penyataan saya suka menonton rancangan televisyen 999, di TV3 untuk mengetahui tentang kes-kes kejadian jenayah yang berlaku di negara ini menunjukkan sebanyak 61% responden mengetahui tentang kejadian jenayah yang berlaku pada masa kini melalui media elektronik. Namun pada soalan 2 iaitu saya pernah melihat kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita didapati hanya 38.5% pernah melihat kejadian jenayah terhadap wanita dan sebaliknya 30.1% responden yang tidak pernah melihatnya. Selain itu dari segi perasaan responden seperti item 3 menunjukkan 100% responden berasa amat kecewa apabila jenayah terhadap wanita semakin berleluasa di negara ini. Hasil dari kajian yang mendapati sebanyak 95.2% responden memahami dan mengetahui bahawa jenayah kekerasan ialah perlakuan yang keras seperti membunuh, cubaan membunuh, rompakan bersenjata atau tidak bersenjata dan mencederakan orang lain. Peratusan yang sama juga (95.2%) terdapat pada item 6 yang menunjukkan responden bersetuju mengatakan perbuatan pembunuhan adalah salah satu jenayah keganasan terhadap wanita. Bertepatan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Baharuddin Harun, dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman, menyatakan bahawa jenayah kekerasan ialah setiap perlakuan yang membabitkan kematian seperti pembunuhan, cuba membunuh, rompakan bersenjata atau tanpa senjata api dan mencederakan orang lain (Dakwah,:Februari 1996:51). Selain itu, 100% keseluruhan responden telah bersetuju mengatakan bahawa sememangnya rogol merupakan jenayah keganasan terhadap wanita. Seterusnya dengan penyataan keganasan rumah tangga sering melibatkan wanita telah menunjukkan sebanyak 96.4% responden telah bersetuju dengannya dan hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Item yang seterusnya didapati sebanyak 98.8% responden bersetuju dengan mengatakan suami yang yang sering mendera isterinya adalah contoh keganasan rumah tangga. Berdasarkan item yang terakhir pada bahagian ini telah menunjukkan tindak balas responden sebanyak 71.1% bersetuju jika suami memukul isteri sebagai pengajaran kepada isterinya dan sebaliknya sebanyak 19.2% responden membantah tindakan tersebut dilakukan untuk mengajar isteri mereka yang melakukan kesalahan. Namun terdapat penyataan yang menyatakan pukulan suami yang melampaui batas, yang tidak boleh dianggap bertujuan mendidik dan mengajar isteri secara waras, isteri boleh menuntut keadilannya di mahkamah. Ini disebabkan suami telah melanggari syariat dan bertindak sesuka hati tanpa dikawal oleh rasa keadilan dan amanah sebagai suami Muslim (Dakwah Febuari :1996). Rumusan Matlamat utama wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara yang maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. Namun, kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah semakin meningkat. Maka dengan itu, jelas sekali kelihatan semakin maju, semakin luntur pula nilai moral masyarakat. Jenayah yang berlaku telah mengheret wanita sebagai mangsanya. Selain itu, wanita yang sering dianggap lemah sering mengalami penderitaan akibat jenayah yang berlaku sekarang. Keselamatan mereka juga kini kian terancam,
7 disamping terpaksa menjalani kehidupan seharian mereka dalam keadaan ketakutan dan sentiasa berjagajaga daripada berterusan menjadi mangsa jenayah dalam negara ini. Kajian yang dijalankan di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap jenayah yang menimpa wanita adalah tinggi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa kebimbangan masyarakat terhadap kejadian jenayah terhadap wanita adalah pada tahap tinggi dan mereka peka dengan kes-kes yang berlaku di negara ini. Mereka juga memahami serta mengetahui setiap kategori jenayah yang dialami oleh wanita. Namun, punca berlakunya jenayah adalah dari diri sendiri yang bersikap sambil lewa menjaga keselamatan diri, juga kurang didikan agama, ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab, serta masyarakat yang tidak peduli keadaan sekeliling. Maka, semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya melaksanakan suatu reformasi secara holistik dengan merangka strategi atau program yang bersistematik, bersepadu, dan menyeluruh untuk memulihkan suasana gawat ini. Dalam usaha membanteras dan mengurangkan kes-kes jenayah terhadap wanita di negara ini. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Rujukan Abu Mazaya al-hafiz dan Abu izzat al-sahafi (2004), Fiqh Jenayah Islam, Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers. Abdul Halim El-Muhammady (1998), Undang-Undang Jenayah Dalam Islam Dan Enakmen Negeri- Negeri, Selangor : Wadah Niaga. Abdul Majid Konting ( 2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pusataka. Aini Abdullah (1996), Domestic Violence Act : The Malaysia Perspective Kuala Lumpur : Faculty Of Law. Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006), Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Zainon Yusof (1995), Penyelewengan Wanita Menurut Pandangan Islam, Selangor : Pustaka Ilmu. Dr Kamaruddin Hj Hamzah (1989), Pengantar Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor: Al- Rahmaniah. Jal Zabdi Mohd Yusoff ( 2004), Jenayah Keganasan Rumah Tangga,Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Maznah Mohamad,(1999), Undang-Undang Keluarga Islam Dan Wanita Di Negara Asean, penyunting Abdul Munir Yaacob, Institusi Kefahaman Islam Malaysia.(IKIM) Kuala Lumpur Mohd Azam Hamzah dan Mohd Akhir Hj Yaacob (1986), Falsafah Dan Prinsip Perundangan Islam, Selangor : Universiti Kebangsaan Malysia. Mohd Fazdilah Kamsah (2005), Menjalin Hubungan Bahagian, Kuala Lumpur: PTS Publication And Distribution.
8 Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidik Pendidikan, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Noor Aziah Mohd Awal ( 2000), Wanita Dan Undang-Undang, di sunting Jawiah Dakir, Asmah Bee mohd Nor, Rosuah Baharudin Sumbanhsih Wanita. Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Aziah Mohd Awal (2006), Wanita Dan Undang-Undang.Kuala Lumpur : International Law Book Services. Nor Atiqah Bt Ghazali (2001), Wanita Muslim Di Alaf Baru. Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa. Prof Datuk Ahmad Ibrahim (1999), Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : Malay Law Journal Sdn Bhd. Rohani Rahim (2001), Undang-Undang Wanita Dan Kanak-Kanak, Selangor : Citra Publishing
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik
Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan
Διαβάστε περισσότεραPersepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Siti Nur Huda Binti Sulaiman Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, minat, matematik
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik
Διαβάστε περισσότεραKANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan
Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Mohd Nasir Bin Ripin & Ana Farina Binti Abdul Fatakh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah
Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Abdul Hafiz Hj.Abdullah & Siti Fairuz Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama
Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad) Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Masrinah Maslih Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal
Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal Abdul Basit Samat@Darawi & Sahilah Mohd Rodzi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar
Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar Azhar Muhammad & Shamsiah Abd Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραPersepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia
Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia Abd. Rahman Hamzah & Wan Fahmie Abdillah Wan Husin Fakulti
Διαβάστε περισσότεραKANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam
Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor Othman Bin Napiah & Munada Binti Mohamad Rodi Fakulti Pendidikan Universiti
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : salam, pelajar Islam
Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Nasir Bin Ripin & Harpah Binti Bohri Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis
Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik
Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ
Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas Pengajian Al-Qur an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah & Nor Hidayah Binti Hamsur Fakulti Pendidikan Universiti
Διαβάστε περισσότεραAmalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat
Διαβάστε περισσότεραTahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains
Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains Seth Sulaiman & Mohd Zawawi Mohd Razali Fakulti Pendidikan,
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam
Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Abdul Rahim Bin Hamdan & Nurul Aidayanti Binti Mohd Said Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραKajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM
Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM Nihra Haruzuan Bin Mohamed Said & Nurulhakimah Binti Embong
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI
Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir @ Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi
BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan tentang keputusan analisis kajian yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi pendidikan pelajar
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains
Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
Διαβάστε περισσότεραSTQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.
STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan
Διαβάστε περισσότεραBAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,
BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam tentang reka bentuk kajian, memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data, teknik statistik
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.
Perbandingan Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar Shahrin Bin Hashim & Herdy Bin Bailun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Διαβάστε περισσότεραSEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραHairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia Jadual 1: Sekolah yang dijadikan Sampel kajian Bil Nama Sekolah 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 2 SAM Hulu Langat
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : staf Maybank, system perbankan Islam
Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam Hussin Salamon & Mohamad Ashrof Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Διαβάστε περισσότεραDETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi
Διαβάστε περισσότεραBAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar
Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia Lokman Bin. Mohd
Διαβάστε περισσότεραLAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih
Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Noor Azean Atan & Siti Khatijah Naraman Fakulti Pendidikan, Universiti
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional
Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor Asnul Dahar Minghat & Hassan Samsuddin Fakulti
Διαβάστε περισσότεραPERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU
MOHAMAD HASAN BIN OMAR PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHAYA UTM
Διαβάστε περισσότεραBAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang terkandung di dalam bab ini ialah subjek dan tempat kajian, instrumen
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik
Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Mohini Bt Mohamed & Fauziah Binti Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti
Διαβάστε περισσότεραBab 1 Mekanik Struktur
Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N
Διαβάστε περισσότεραCiri-ciri Taburan Normal
1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk
Διαβάστε περισσότεραPENGEMBANGAN INSTRUMEN
PENGEMBANGAN INSTRUMEN OLEH : IRFAN (A1CI 08 007) PEND. MATEMATIKA FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS HALUOLEO KENDARI 2012 A. Definisi Konseptual Keterampilan sosial merupakan kemampuan
Διαβάστε περισσότεραBAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif
Διαβάστε περισσότεραSTQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).
STQS114 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO). DISEDIAKAN OLEH: AINUR JALALIA BINTI ABDUL RAHIM NUR DINAH BINTI ABDUL
Διαβάστε περισσότεραPeta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI
Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : penerapan kemahiran generik
Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Norasykin Bt Mohd. Zaid & Nurul Huda Binti Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραKAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan dan Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK
Διαβάστε περισσότεραTH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun
TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi
Διαβάστε περισσότεραBAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini akan diterangkan aspek-aspek berkaitan metodologi kajian yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka bentuk kajian,
Διαβάστε περισσότερα2 m. Air. 5 m. Rajah S1
FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam
Διαβάστε περισσότεραKesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti
Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti Mohd Nor bin Ihkasan mdnorihk@uthm.edu.my Nurshahida Bt Md Ab Patah shahida_2587@yahoo.com.my
Διαβάστε περισσότεραANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM
ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan
Διαβάστε περισσότεραInstitut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut
Διαβάστε περισσότεραKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN TIGA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA MUZIK TAHUN TIGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu
Usaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Felda Daerah Jerantut, Pahang Ammad Rashid B. Rajuddin & Ramlan Bin Abdul Wahab Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Pada
Διαβάστε περισσότεραBAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan: Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik dan ujian bertulis yang dijalankan ke atas kumpulan responden
Διαβάστε περισσότεραKefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM
Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM Nizam Abd Latib, PhD Timbalan Pengarah Rosmidah Hashim, PhD Jabatan Ilmu Pendidikan Abstrak Kajian ini bertujuan
Διαβάστε περισσότεραFAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) Oleh: Nik Adlin bin Nik Mohd Adib 1 Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengenal
Διαβάστε περισσότεραKREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI
KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI Mohd Sahandri Gani Hamzah Saifuddin Kumar Abdullah Sarrunnida Ahmad Zaine Dewi Maharah Mohd Wahid Husni Zaim Khairun
Διαβάστε περισσότεραBab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM
Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni Ilmu faraid atau
Διαβάστε περισσότεραRUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN
Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk
Διαβάστε περισσότεραPENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti
Διαβάστε περισσότεραPerubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
Διαβάστε περισσότεραLABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR
TNR 1 space 1.15 LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR LAPORAN RESMI MODUL III TNR 1 Space.0 STATISTIK
Διαβάστε περισσότεραANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI
ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI 4.1 Pengenalan Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan kanak-kanak membaca al- Quran dengan baik menerusi
Διαβάστε περισσότεραBAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
Διαβάστε περισσότεραPERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari
PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-
Διαβάστε περισσότεραBAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan
BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini melaporkan hasil kajian sebenar yang diperolehi dari kajian kuantitatif yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan
Διαβάστε περισσότεραHubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh
1 Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan oleh Megat Aman Zahiri Megat Zakaria Baharudin Aris Jamaluddin Harun Mohd Zolkifli bin
Διαβάστε περισσότεραBAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan Dalam bab ini, hasil analisis data akan dibincangkan. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
Διαβάστε περισσότεραBAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting untuk penyebaran ilmu dan juga dakwah Islam sejak zaman Rasulullullah s.a.w. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa pengantar utama
Διαβάστε περισσότεραPERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM
PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM Mohd Ali bin Ibrahim Mohd Rustam bin Ramli Meor Ibrahim bin Kamaruddin Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria
Διαβάστε περισσότεραBab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan
Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan Bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan tentang reka bentuk
Διαβάστε περισσότεραSejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori
HUBUNGAN ANTARA SEJARAH SILAM DENGAN PERKEMBANGAN PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Norimah Ismail Fakulti Pendidikan UTM PENGENALAN Sejarah Silam Sejarah silam - pengaruh
Διαβάστε περισσότερα( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )
(1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1
Διαβάστε περισσότεραUkur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron
Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Maklumat Demografi Responden Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Antaranya terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan
Διαβάστε περισσότεραUNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat
Διαβάστε περισσότεραACCEPTANCE SAMPLING BAB 5
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot
Διαβάστε περισσότεραPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M
Διαβάστε περισσότεραBAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3. Pengenalan Tumpuan utama bab ini adalah untuk membincangkan dan menghurai secara terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata cara
Διαβάστε περισσότεραBAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila
Διαβάστε περισσότεραPERSEPSI MASYARAKAT PARLIMEN PEKAN TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA PENYELIDIK
PERSEPSI MASYARAKAT PARLIMEN PEKAN TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA PENYELIDIK DR. KAMARUL AZMI BIN JASMI (KETUA) PROF MADYA AZMI SHAH BIN SURATMAN PROF MADYA DR. RAMLI BIN AWANG PROF MADYA DR. SULAIMAN BIN
Διαβάστε περισσότεραKalkulus Multivariabel I
Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah
Διαβάστε περισσότεραSebaran Peluang Gabungan
Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,
Διαβάστε περισσότεραKlasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua
Matematika, 1999, Jilid 15, bil. 1, hlm. 37 43 c Jabatan Matematik, UTM. Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Nor Haniza Sarmin Jabatan Matematik, Fakulti
Διαβάστε περισσότεραKeterusan dan Keabadian Jisim
Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep
Διαβάστε περισσότεραBAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya
BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya perbincangan melewati aspek implikasi kajian serta lontaran cadangan
Διαβάστε περισσότεραSMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:
SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju
Διαβάστε περισσότεραKalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia
Kalkulus 1 Sistem Bilangan Real Atina Ahdika, S.Si, M.Si Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa
Διαβάστε περισσότεραKEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA
Makmal Mekanik Pepejal KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA 1.0 PENGENALAN Dalam rekabentuk sesuatu anggota struktur yang akan mengalami tegasan, pertimbangan utama ialah supaya anggota tersebut selamat dari
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama dalam pendidikan. Semasa aktiviti pengajaran
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Menurut Webster s New Collegiate Dictionary (1981): " Oseanografi merupakan suatu ilmu yang berhubungan dengan maritim yang merangkumi pelbagai aspek seperti luas, kedalaman,
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tiga perisian, iaitu
Διαβάστε περισσότερα