Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains
|
|
- Ιωάννα Χατζηιωάννου
- 8 χρόνια πριν
- Προβολές:
Transcript
1 Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Setiap kali peperiksaan, didapati ramai pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan banyak punca telah dikaitkan dengan ketidakcemerlangan ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang menyebabkan pelajar mendapat keputusan kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains semasa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun Empat faktor yang diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu cara pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan juga minat. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Seramai 229 orang pelajar tingkatan empat telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data yang yang perolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science for Windows (SPSS) versi Kebolehpercayaan instrumen kajian agak tinggi dengan nilai Alpha Cronbach (α) = Data dianalisis berdasarkan peratusan dan kekerapan responden yang setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa cara pembelajaran pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Akhir sekali, cadangan untuk para pelajar, guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa dikemukakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains. Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains Pendahuluan Penyelidikan yang dijalankan ini cuba untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains Biasanya fenomena ini selalu dikaitkan dengan minat pelajar sahaja, tanpa melihat aspek pengajaran, pembelajaran dan faktor-faktor lain lagi. Sedangkan kedua-dua aspek ini berkaitan secara langsung dalam mewujudkan masyarakat berilmu, terutama dalam bidang sains dan juga teknologi. Dalam bab pengenalan ini penyelidik cuba menyentuh serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dari aspek falsafah, tradisi sains menekankan kepada prosedur sains yang bersistem dalam menjalankan penyiasatan seperti membuat hipotesis, menjalankan eksperimen, menganalisis dan mentafsirkan maklumat, membuat kesimpulan dan membuat teori. Sains juga boleh dilihat dari aspek vokasional yang mana ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan dalam masa lapang melalui kebolehan serta minat mereka. Cain (1990), melihat sains sebagai terdiri daripada empat komponen, iaitu hasil atau kandungan, proses atau kaedah, sikap dan teknologi. Sebarang program pendidikan sains seharusnyalah mencakupi kesemua komponen ini. Melentur aur biarlah dari rebungnya. Para pelajar kita hendaklah dijinakkan kepada bidang sains dan teknologi sejak dari awal. Pelaksanaan Sains Sekolah Rendah merupakan satu daya usaha ke arah itu. Pada prinsipnya pendidikan sains dan teknologi di peringkat sekolah memainkan dwifungsi. Pertama, memberi pendidikan sains dan teknologi yang bercorak umum agar mereka menjadi warga negara yang celik sains dan teknologi. Kedua, memberi pendidikan
2 sains yang bercorak khusus mengikut minat, bakat dan kebolehan sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan (Panel Penggubal PuLSaR, 2005). Selain itu, Pertandingan Kuiz Sains Nasional, yang memberi peluang kepada pemenang berkunjung ke Denmark dan Sweden untuk menghadiri majlis penganugerahan Hadiah Nobel yang diadakan pada setiap 10 Disember, bukan saja memberi pengalaman berguna kepada pelajar dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai kemajuan terkini ilmu berkenaan, malah mendorong mereka untuk mendalami serta menerokai cabang ilmu sains. Pernyataan Masalah Melalui penyelidikan ini, penyelidik cuba melihat aspek yang berkaitan secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan sains di sekolah iaitu aspek pengajaran, pembelajaran, pengaruh rakan sebaya dan minat semoga dapat membantu meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil jurusan sains tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat. Bilangan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains di sekolah ini amat rendah. Hanya dua kelas sahaja yang mengambil jurusan sains tulen di sekolah ini. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana walaupun sekolah ini merupakan sekolah luar bandar, namun kemudahan sekolah serta guruguru adalah terdiri daripada guru-guru siswazah yang terlatih dan berpengalaman serta kemudahan sekolah berkenaan adalah memuaskan. Oleh sebab itu, dirasakan perlu ada satu kajian yang terperinci dalam mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains PMR. Dalam kajian ini penyelidik memberi tumpuan kepada empat faktor yang menyebabkan keputusan sedemikian, iaitu faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan minat. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengesan faktor-faktor yang menyebabkan pencapaian kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor yang lebih diberi tumpuan ialah faktor pembelajaran dan pengajaran. Namun demikian, kajian ini juga melibatkan faktor-faktor lain yang menyebabkan kurangnya pelajar cemerlang dalam mata pelajaran sains. Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti sama ada cara pembelajaran pelajar adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 2. Mengenal pasti sama ada cara pengajaran guru adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 3. Mengenal pasti sama ada pengaruh rakan sebaya adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 4. Mengenal pasti sama ada faktor minat adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 5. Mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Kepentingan Kajian Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar, guru-guru, ibu bapa malah mungkin juga kepada pihak kementerian mengenai pendekatan yang lebih berkesan dalam membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran sains. Oleh yang
3 demikian, adalah diharapkan hasil kajian ini dapat memberi faedah kepada para pelajar, guruguru, pihak sekolah, ibu bapa dan juga pihak Kementerian Pelajaran dalam perkara-perkara berikut: 1. Memberi gambaran dan pendedahan kepada pelajar tentang kesesuaian pembelajaran yang mereka amalkan dalam mata pelajaran sains. Diharapkan dapatan hasil kajian ini dapat memberi petunjuk dan kaedah pembelajaran yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar. 2. Menilai semula keberkesanan pelaksanaan kaedah pengajaran sedia ada yang diamalkan oleh guru. Diharapkan hasil kajian ini akan memberi petunjuk kepada para guru tentang sejauh mana keberkesanan pengajaran yang sedia ada dan apakah penambahbaikan yang sewajarnya dilakukan. 3. Membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang lebih relevan dan mampu menarik minat pelajar terhadap sains. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diterima nanti, diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini. 4. Memberi gambaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pendidikan sains. Diharapkan hasil daripada kajian ini ibu bapa lebih prihatin tentang soal pendididikan anak-anak mereka di sekolah. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat,Bachok, Kelantan. Penyelidikan secara deskriptif sesuai dengan kajian ini kerana pengumpulan data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan satu set borang soal selidik bagi mengenal pasti permasalah pelajar dalam pembelajaran sains. Menurut Van Dalen (1979), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada data soal selidik atau media-media lain. Menurut Cates dan W.M (1985), menyatakan penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi atau keadaan yang menarik kepada penyelidik. Menuru Mohd. Majid (1994), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu keadaan atau fenomena yang sedang berlaku. Sampel Kajian Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Bagi penyelidikan kajian ini, pemilihan sempel kajian dilaksanakan secara rawak. Pengkaji telah memilih pandangan penyelidik terkenal iaitu Krejcie dan Morgan (1970), yang mencadangkan bilangan populasi seramai 296 adalah seramai 169 orang sempel seperti yang diberikan didalam jadual mereka. Namun demikian, penyelidik telah menggunakan sempel seramai 229 orang daripada 296 populasi di sekolah tersebut. Ini selaras dengan pernyataan Majid (1990) dan Najib (2003) menyatakan saiz sampel perlu sekurang-kurangnya 30% atau lebih daripada jumlah populasi kerana jumlah sampel dapat menggambarkan sesuatu populasi yang ingin dikaji. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Persampelan pelajar dibuat berasaskan persampelan rawak kelompok. Seterusnya dengan menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada pihak sekolah yang terlibat, penyelidik
4 menentukan sampel pelajar. Borang soal selidik diedarkan kepada semua pelajar tingatan empat yang hadir pada hari tersebut. Persampelan hanya dijalankan bagi pelajar-pelajar tingkatan empat yang tidak mendapat gred A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Satu set borang soal selidik telah dibentuk bagi mendapatkan maklum balas dari setiap sampel. Pemilihan instrument ini disokong dengan pandangan Mohamad Najib (1999), bahawa responden dapat bertindak terhadap ransangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah temubual kerana ianya tidak dipengaruhi oleh pengkaji. Ini menunjukkan penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan kerana ianya lebih praktikal, berkesan, menjimatkan masa dan menjimatkan perbelanjaan. Selain daripada itu, borang soal selidik dapat mengelakkan daripada bias kepada pihak penemubual serta memberi peluang kepada responden berfikir ketika menjawab. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian A dan bahagian B. Kajian Rintis Tujuan kajian rintis dibuat dalam kajian ini adalah bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang digunakan dalam kajian sebenar. Penyelidik melaksanakan kajian rintis ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Seramai 25 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan ini. Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan empat. Pengkaji telah membuat kajian rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor pada 25 Januari Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan pergi ke sekolah ini dan mengedarkannya sendiri kepada responden. Borang soal selidik yang sudah lengkap kemudiannya dikumpulkan semula dan disemak bagi memastikan responden mematuhi setiap arahan yang ditetapkan. Kemudian borang tersebut dianalisi. Pengkaji menggunakan program komputer SPSS versi dan memperoleh nilai alpha Cronbach iaitu Menurut Mohd Majid (1990) nilai Alpha Cronbach melebihi 0.60 boleh diterima. Manakala Davis (1971) menjelaskan nilai Alpha Cronbach 0.95 menunjukkan sangat kuat. Maka pengkaji merumuskan soal selidik ini sesuai dan boleh diterima dalam kajian ini. Analisis Keseluruhan Berdasarkan jadual di atas, merujuk kepada empat faktor tumpuan yang diberikan perhatian dalam kajian ini menunjukkan bahawa faktor pembelajaran pelajar merupakan punca utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Faktor minat menjadi yang kedua tertinggi menyumbang kepada ketidakcemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor ketiga pula ialah pengaruh rakan sebaya dan yang terakhir ialah faktor pengajaran guru. Berdasarkan dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa keempat-empat faktor yang dikaji merupakan faktor yang memberi kesan kepada keputusan yang kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains.
5 Jadual 1 : Taburan peratus keseluruhan bagi semua aspek Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pembelajaran pelajar bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan seramai 51.4% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju faktor pembelajaran yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Namun begitu, berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa faktor pembelajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan minat. Dapatan ini adalah sama dengan hasil kajian yang dibuat oleh Nor Farizan (2004). Dalam kajian ini, responden yang bersetuju dengan faktor pembelajaran yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains adalah seramai 21.5%. Hasil daripada kajian ini terdapat dua item utama yang menunjukkan bahawa pelajar amat lemah dalam mempraktikkan cara belajar yang berkesan iaitu item 16 dan item 21. Kajian Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006) mendapati bahawa pembelajaran di Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru. Bagi item 16, jelas menunjukkan bahawa responden sentiasa mengharapkan kebanyakan maklumat datang daripada guru dalam mata pelajaran sains. Responden yang setuju dengan pembelajaran sebegini didapati memperolehi gred D (37.7%) lebih tinggi berbanding dengan responden yang mendapat gred C (34.9%) dan B (23.4%). Bagi persoalan kajian ini, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor pengajaran guru bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan analisa daripada item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa seramai 78.8% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju faktor pengajaran yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Berpandukan daripada data yang diperolehi menunjukkan bahawa sebilangan besar responden bersikap cukup positif dengan cara pengajaran guru. Berdasarkan kajian ini, pengajaran guru merupakan faktor yang keempat yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pembelajaran pelajar, pengaruh rakan sebaya dan minat. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian Nor Ridzuan Sabu (2004). Dapatan beliau menunjukkan bahawa faktor pengajaran membantu menyumbang ke arah pencapaian akademik yang tinggi kepada pelajar dan begitu juga dengan faktor pembelajaran berbanding dengan faktor-faktor lain dalam kajian yang beliau jalankan.
6 Bagi item tujuh menunjukkan bahawa ramai pelajar bersetuju guru selalu mengajar mata pelajaran sains di dalam makmal. Di dalam makmal lebih banyak alat bantu mengajar yang dapat membantu guru memudahkan pelajar memahami sesuatu topik yang diajar. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2000) terdapat pelbagai cara guru menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, salah satu daripadanya ialah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Walaupun ramai pelajar yang setuju bahawa guru selalu mengajar di dalam makmal, tetapi keputusan yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengan Rendah agak tidak memuaskan. Seramai 172 orang responden bersetuju bahawa guru mengajar mata pelajaran sains di dalam makmal. Hasil yang diperolehi masih lagi menunjukkan murid yang mendapat gred D (36.0%) dan C (35.5%) lebih tinggi daripada murid yangmendapat gred B (25.0%). Hasil daripada dapatan kajian yang ketiga ini juga menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan seramai 69.5% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Namun begitu, berdasarkan kajian penyelidik mendapati faktor ini merupakan faktor ketiga yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, dan minat. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa kebanyakan responden lebih gemar belajar secara berkumpulan. Ciri-ciri ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Baharin Mesir et. al (2006) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya lebih kuat dalam mempengaruhi cara mereka belajar. Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka lebih mudah untuk berbincang dan kerap bertemu pada bila-bila masa. Dalam kajian ini, item empat, item enam, dan item 30 menunjukkan bahawa ramai responden yang mendapat gred B dalam peperiksaan (PMR) bagi mata pelajaran sains. Berdasarkan maklumat yang dianalisis daripada aspek ini, penyelidik mendapati pengaruh rakan sebaya lebih mempengaruhi pelajar untuk cemerlang daripada kurang cemerlang bagi mata pelajaran sains. Bagi persoalan kajian ini, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa minat juga bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan analisa daripada item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa seramai 58.8% responden menyatakan tidak bersetuju bahawa faktor minat yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Namun begitu, masih terdapat responden yang mengakui bahawa minat mempengaruhi pencapaian kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains (19.5%) dan selebihnya adalah terdiri daripada responden yang tidak pasti (21.7%). Bagi responden yang tidak pasti ini, ia menunjukkan pendirian responden tidak kukuh (Abd Razak, 1999). Ini bermakna masih ada faktor lain lagi yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Rujukan Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakaria. (2005). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Azizi Yahaya et. al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7 Cates, WM. (1985), Terjemahan Syaharom Abdullah. (1990). Panduan Amali Untuk Penyelidikan Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. (1990). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi II-Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Glenn Myers Blair et. al (1991). Terjemahan Noran Fauziah. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Utusan Publications & Distributors. Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah, Asas Pedagogi. Siri Pengajian & Pendidikan. Utusan Sdn. Bhd. Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). Kaedah Mengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Poh Swee Hiang.(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.. Rusnani Abd. Kadir, Rosseni Din. (2006). Computer Mediated Communication: A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Rahil Mahyuddin, Habibah Elias. (2001). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Siri Pendidikan Guru. Sabri Ahmad. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tajularipin Sulaiman, Maria Chong Abdullah. (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH
Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis
Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik
Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang
Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat
Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik
Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan
Katakunci : faktor, minat, matematik
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik
Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains
Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains Seth Sulaiman & Mohd Zawawi Mohd Razali Fakulti Pendidikan,
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi
Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan
Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Mohd Nasir Bin Ripin & Ana Farina Binti Abdul Fatakh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam
Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Abdul Rahim Bin Hamdan & Nurul Aidayanti Binti Mohd Said Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.
Perbandingan Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar Shahrin Bin Hashim & Herdy Bin Bailun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik
Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Mohini Bt Mohamed & Fauziah Binti Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan dan Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK
Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah
Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Abdul Hafiz Hj.Abdullah & Siti Fairuz Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM
Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM Nihra Haruzuan Bin Mohamed Said & Nurulhakimah Binti Embong
PENGEMBANGAN INSTRUMEN
PENGEMBANGAN INSTRUMEN OLEH : IRFAN (A1CI 08 007) PEND. MATEMATIKA FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS HALUOLEO KENDARI 2012 A. Definisi Konseptual Keterampilan sosial merupakan kemampuan
Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar
Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar Azhar Muhammad & Shamsiah Abd Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti
BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,
BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam tentang reka bentuk kajian, memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data, teknik statistik
Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi
BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan tentang keputusan analisis kajian yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi pendidikan pelajar
Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar
Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia Lokman Bin. Mohd
Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ
Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas Pengajian Al-Qur an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah & Nor Hidayah Binti Hamsur Fakulti Pendidikan Universiti
Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih
Penerimaan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan PPBK: Kajian Kes Terhadap Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Noor Azean Atan & Siti Khatijah Naraman Fakulti Pendidikan, Universiti
Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama
Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad) Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Masrinah Maslih Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan
Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional
Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor Asnul Dahar Minghat & Hassan Samsuddin Fakulti
Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam
Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor Othman Bin Napiah & Munada Binti Mohamad Rodi Fakulti Pendidikan Universiti
Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam
Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam Hussin Salamon & Mohamad Ashrof Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut
Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM
ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan
BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang terkandung di dalam bab ini ialah subjek dan tempat kajian, instrumen
Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI
Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5
Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal
Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal Abdul Basit Samat@Darawi & Sahilah Mohd Rodzi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.
STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan
Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu
Usaha-Usaha Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Felda Daerah Jerantut, Pahang Ammad Rashid B. Rajuddin & Ramlan Bin Abdul Wahab Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Pada
Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI
Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir @ Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU
MOHAMAD HASAN BIN OMAR PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHAYA UTM
Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia
Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia Abd. Rahman Hamzah & Wan Fahmie Abdillah Wan Husin Fakulti
Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia Jadual 1: Sekolah yang dijadikan Sampel kajian Bil Nama Sekolah 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 2 SAM Hulu Langat
BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya
BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya perbincangan melewati aspek implikasi kajian serta lontaran cadangan
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM
PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM Mohd Ali bin Ibrahim Mohd Rustam bin Ramli Meor Ibrahim bin Kamaruddin Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini akan diterangkan aspek-aspek berkaitan metodologi kajian yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka bentuk kajian,
BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan: Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik dan ujian bertulis yang dijalankan ke atas kumpulan responden
Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh
1 Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan oleh Megat Aman Zahiri Megat Zakaria Baharudin Aris Jamaluddin Harun Mohd Zolkifli bin
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi
Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan
Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan Bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan tentang reka bentuk
BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan
BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini melaporkan hasil kajian sebenar yang diperolehi dari kajian kuantitatif yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
Katakunci : salam, pelajar Islam
Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Nasir Bin Ripin & Harpah Binti Bohri Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM
Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni Ilmu faraid atau
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting untuk penyebaran ilmu dan juga dakwah Islam sejak zaman Rasulullullah s.a.w. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa pengantar utama
Ciri-ciri Taburan Normal
1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk
BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama dalam pendidikan. Semasa aktiviti pengajaran
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian
Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti
Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti Mohd Nor bin Ihkasan mdnorihk@uthm.edu.my Nurshahida Bt Md Ab Patah shahida_2587@yahoo.com.my
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Maklumat Demografi Responden Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Antaranya terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Firdaus Binti Ismail Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Siti Nur Huda Binti Sulaiman Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) Oleh: Nik Adlin bin Nik Mohd Adib 1 Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengenal
Katakunci : penerapan kemahiran generik
Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Norasykin Bt Mohd. Zaid & Nurul Huda Binti Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun
TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi
ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI
ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI 4.1 Pengenalan Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan kanak-kanak membaca al- Quran dengan baik menerusi
KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI
KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI Mohd Sahandri Gani Hamzah Saifuddin Kumar Abdullah Sarrunnida Ahmad Zaine Dewi Maharah Mohd Wahid Husni Zaim Khairun
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M
BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tiga perisian, iaitu
BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan Dalam bab ini, hasil analisis data akan dibincangkan. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN
Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk
LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR
TNR 1 space 1.15 LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR LAPORAN RESMI MODUL III TNR 1 Space.0 STATISTIK
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat
Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?
Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah? Abang Ismail bin Abang Haji Julhi Norani bin Drahman Puspaleela Habibie Norlela bte Abdullah Jabatan Sains ABSTRAK Kajian ini
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot
Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM
Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM Nizam Abd Latib, PhD Timbalan Pengarah Rosmidah Hashim, PhD Jabatan Ilmu Pendidikan Abstrak Kajian ini bertujuan
PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN PELAJAR: KE ARAH MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN
PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN PELAJAR: KE ARAH MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN Prof. Dr. Robiah Sidin Nor Sakinah Mohamad Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES Bhasah Abu Bakar (bhasah@usim.edu.my) Mohd Nafiruddin bin Mad Siadid Abdul Jadid bin Suwairi Safaruddin
BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan
BAB DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Kajian ini adalah untuk meneroka Metakognisi dan Regulasi Metakognisi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam kalangan murid tingkatan empat
TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan
TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut
TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA
TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA Pernyataan Masalah Sebelum/Semasa Melebihi Tempoh dan Bajet yang Ditetapkan Pembangunan
STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).
STQS114 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO). DISEDIAKAN OLEH: AINUR JALALIA BINTI ABDUL RAHIM NUR DINAH BINTI ABDUL
PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari
PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-
HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM 1 Tujuan 1 Membentang Hasil Kajian Keberkesanan SMPC & SMPT dalam
2 m. Air. 5 m. Rajah S1
FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PENGARUH KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA SEBAGAI PENGANTARA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN BUDAYA DENGAN PENAMBAHBAIKAN ORGANISASI SEKOLAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA CHEN SIEW
Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
Konvergen dalam Peluang dan Distribusi
limiting distribution Andi Kresna Jaya andikresna@yahoo.com Jurusan Matematika July 5, 2014 Outline 1 Review 2 Motivasi 3 Konvergen dalam peluang 4 Konvergen dalam distribusi Back Outline 1 Review 2 Motivasi
Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran 2013
Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran 2013 Teaching and Learning International Survey (TALIS) 2013 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat
eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015 eisbn:
PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP SKIM GADAIAN ISLAM DI KOTA BHARU KELANTAN Fathi Syakirin Hassan, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahab Abstrak Kewujudan skim gadaian Islam (Ar-Rahnu) di Malaysia telah mendapat
Kalkulus Multivariabel I
Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah
Bab 1 Mekanik Struktur
Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N
BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila
MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)
MODUL 3 [Kertas 2]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 2015 Muka Surat: 1 1. Selesaikan persamaan serentak yang berikut: MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini) 2x y = 1,
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH ILMU PENDIDIKAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH ILMU PENDIDIKAN PERATURAN MEMBERI MARKAH BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan. 1. C 16. D 2. B 17. D 3. A 18. B 4. B 19. C 5. C 20. D 6. A 21. A 7. A 22. D 8. D 23. A 9.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN TIGA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA MUZIK TAHUN TIGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN