BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Σχετικά έγγραφα
BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : faktor, minat, matematik

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Ciri-ciri Taburan Normal

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Bab 1 Mekanik Struktur

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Katakunci : penerapan kemahiran generik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Kalkulus Multivariabel I

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Matematika

Keterusan dan Keabadian Jisim

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN PELAJAR: KE ARAH MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN

Transcript:

BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam tentang reka bentuk kajian, memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data, teknik statistik yang digunakan dan penilaian skor. 3.1 Rekabentuk kajian Tujuan umum kajian ini adalah untuk mengkaji sikap pelajar di dalam pembelajaran bahasa Sepanyol secara deskriptif dan inferensi. Carta tatacara kajian ini dilaksanakan, dapat dilihat di dalam Rajah 3.0. Membuat kajian rintis ke atas beberapa orang pelajar yang mengambil subjek BS Mengedarkan set soal selidik Menyimpan data Memilih dan menyusun data Menganalisis data Menafsirkan dan membuat laporan penulisan Rajah 3.0 Tatacara kajian 50

3.2 Lokasi dan Masa Kajian Kajian ini dilakukan di dalam bilik kuliah yang terdapat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Masa yang dipilih oleh pengkaji bagi pengedaran soal selidik ialah semasa pelajar menjalani kuliah bahasa Sepanyol iaitu setengah jam sebelum kuliah berakhir. Pengkaji memutuskan untuk mengedarkan soal selidik kepada pelajar pada minggu ketiga terakhir sebelum peperiksaan akhir semester bermula. 3.3 Responden Sejumlah 73 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri dari 30 orang pelajar Melayu, 30 orang pelajar Cina dan 13 orang pelajar India yang dipilih secara rawak. Pembahagian responden adalah tidak seimbang kerana mengikut statistik pengambilan pelajar BS pada semester tersebut hanya terdapat 13 orang pelajar India sahaja yang mendaftar untuk subjek ini secara keseluruhan. Dalam kajian ini pengkaji tidak mengambil berat jantina responden. Ini kerana aspek gender adalah bukan salah satu tujuan kajian ini dilakukan. Kajian ini akan mengambil subjek dari tahap permulaan sahaja. Mereka berumur di antara 19-29 tahun (Apendiks C). Responden dipilih berdasarkan keinginan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Responden mengikuti pelbagai bidang pengajian di UPM seperti pertanian, perhutanan, kejuruteraan, ekologi manusia, sains komputer dan teknologi maklumat, pengajian alam sekitar, sains dan teknologi makanan dan sebagainya (Apendiks C). Responden yang mengambil subjek ini disyaratkan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan asas dalam BS. Subjek BS adalah sebagai subjek wajib, elektif atau audit. Responden harus mengambil subjek ini sebanyak tiga jam kredit. Sampel kajian ini akan dibahagikan mengikut etnik. 51

Jadual 3.0 Pembahagian reponden mengikut etnik Etnik kumpulan Bilangan Peratus Melayu 30 41 Cina 30 41 India 13 18 Jumlah 73 100% Jadual 3.0 menunjukkan bahawa responden terdiri dari 30 orang pelajar Melayu, 30 orang pelajar Cina dan 13 orang pelajar India. 3.4 Instrumen Instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini adalah soal selidik dan markah peperiksaan akhir semester responden. Menurut Hayes (2000) instrumen soal selidik dapat digunakan dalam kajian yang berkaitan dengan aspek psikologi seperti sikap dan motivasi kerana maklumat yang dikutip berbentuk fakta seperti tingkah laku manusia, pengetahuan, pengalaman dan pendapat. Penggunaan soal selidik didapati memudahkan data dikutip dalam tempoh yang singkat dan responden mudah memahami perkara-perkara yang dinilai berdasarkan persepsi, pendapat dan pengalaman sama ada di rumah, luar rumah atau di sekolah. 3.4.1 Soal selidik Kajian ini menggunakan 15 item soal selidik yang diadaptasi dari Attitude and Motivation Test Battery oleh Gardner (1985) dan empat item lagi telah direka oleh pengkaji. Bagi mencapai objektif kajian ini hanya item tentang orientasi integratif, orientasi instrumental dan item motivasi (item keinginan untuk mempelajari bahasa, item kesungguhan motivasi dan item sikap terhadap pembelajaran bahasa) sahaja diguna pakai. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan B 52

(Apendiks B). Bahagian A mengandungi maklumat mengenai diri pelajar seperti jantina, umur, fakulti, kursus, nombor matrik, bangsa, tahap bahasa BS yang diikuti ketika ini dan status kursus. Bahagian B mengandungi lima item tentang orientasi integratif, lima item tentang orientasi instrumental dan sembilan item tentang motivasi. Set soalan soal selidik tersebut hanya mengandungi 19 item sahaja. Ini kerana jumlah penyataan soal selidik yang terlalu banyak dan panjang akan menyebabkan pelajar berasa jemu dan bosan (Syed Arabi Idid, 2002). Malahan oleh kerana masa yang begitu terhad adalah lebih mudah sekiranya soalan tersebut adalah pendek dan ringkas. Pelajar diminta untuk bersetuju atau tidak bersetuju ke atas setiap 19 kenyataan yang dibuat dalam setiap senarai soalan dengan menggunakan kaedah skala Likert dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju. Skala Likert tersebut ialah: 1 = Sangat tidak setuju 2 = Tidak setuju 3 = Tidak pasti 4 = Setuju 5 = Sangat setuju Istilah ini diperjelaskan kepada pelajar bagi memastikan pemahaman yang sepenuhnya. Pelajar diminta untuk menjawab kenyataan soal selidik dengan membulatkan pilihan mereka dalam ruangan yang disediakan. 3.4.1.1 Komponen soal selidik Di dalam soal selidik bahagian B, item 1-19 dikategorikan kepada subskala. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti orientasi dan motivasi responden di dalam pembelajaran BS dari tiga aspek iaitu orientasi integratif, orientasi instrumental dan motivasi (keinginan untuk mempelajari bahasa, kesungguhan motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa). Pengkaji telah mengadaptasi 15 item soal selidik dari 53

Gardner (1985) dan empat item lagi telah direka oleh pengkaji bagi kajian ini. Item dari Gardner (1985) ditandakan dengan (*) dan item oleh pengkaji ditandakan dengan ( ). Subskala bagi item-item tersebut dapat digambarkan di dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1 Subskala bagi item soal selidik Subskala 1) * keinginan untuk mempelajari BS 2) orientasi integratif 3) * orientasi instrumental 4) * keinginan untuk mempelajari BS 5) orientasi instrumental 6) orientasi integratif 7) * keinginan untuk mempelajari BS 8) * orientasi integratif 9) * orientasi integratif 10) * orientasi instrumental 11) * orientasi instrumental Item Saya akan mempelajari dan mengikuti kelas BS di universiti Saya mengambil subjek BS kerana membolehkan saya memahami dan menonton filem Sepanyol dalam bahasa asal mereka Saya mempelajari BS untuk mendapatkan pekerjaan yang baik setelah tamat pengajian Saya dapati mempelajari BS adalah sangat menarik berbanding subjek lain Saya mempelajari BS untuk meningkatkan gred dan menamatkan pengajian saya Saya mempelajari BS kerana nada bunyinya menarik Saya ingin menggunakan kemahiran BS di dalam dan di luar kelas Kemahiran dalam bahasa BS membantu saya memahami budaya penutur masyarakat Sepanyol Menguasai BS membantu saya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan penutur natif BS BS adalah salah satu bahasa asing yang penting di peringkat global maka saya akan memerlukannya di masa hadapan kelak Orang lain akan menganggap saya seorang yang bijak jika saya mengetahui BS 54

12) * orientasi integratif 13) orientasi instrumental 14) * kesungguhan motivasi 15) * sikap terhadap pembelajaran BS 16) * kesungguhan motivasi 17) * sikap terhadap pembelajaran BS 18) * kesungguhan motivasi 19) * sikap terhadap pembelajaran BS Saya mempelajari BS kerana ia membolehkan saya melibatkan diri di dalam aktiviti budaya komuniti BS Saya mempelajari BS kerana ingin mengunjungi negara yang menuturkan BS suatu hari nanti Sekiranya terdapat rancangan yang berkaitan dengan BS di kaca televisyen saya akan menontonnya Saya berasa sungguh seronok mempelajari BS Saya akan mendengar dan menghayati lagu BS sekiranya diputarkan di saluran radio Saya suka mempelajari BS Saya akan mencari sumber tambahan lain tentang BS seperti di laman web tertentu Saya bercadang untuk mempelajari BS ke tahap yang seterusnya Di dalam Jadual 3.1 subskala bagi item (1), (3), (4), (7), (8), (9), (10), (11), (12), (14), (15), (16), (17), (18) dan (19) adalah diadaptasi dari soal selidik Gardner (1985). Manakala item (2), (5), (6) dan (13) telah direka oleh pengkaji. Secara ringkas ia dapat dinyatakan dalam petunjuk di bawah. * Diadaptasi dari Gardner (1985) Direka oleh pengkaji Lima item orientasi integratif: adalah bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana pelajar menunjukkan minat semulajadi mereka untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri ke dalam bahasa, budaya, komuniti dan cara kehidupan penutur natif bahasa sasaran. 55

Lima item instrumental: adalah menumpukan kepada pengukuran penyebab utilitari pelajar dalam mempelajari bahasa seperti meningkatkan gred dan memperolehi kerjaya yang baik. Sembilan item motivasi: i) Tiga item keinginan untuk mempelajari bahasa: adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap keinginan pelajar dalam mempelajari bahasa sasaran sama ada tinggi atau rendah. ii) Tiga item kesungguhan motivasi: bagi mengukur kesungguhan/ketekunan pelajar dalam mempelajari BS dan, iii) Tiga item sikap terhadap pembelajaran bahasa: bagi melihat sejauh mana sikap pelajar ke atas pembelajaran BS sama ada tinggi atau rendah. 3.4.2 Markah peperiksaan akhir Dalam kajian ini pengkaji akan memperolehi markah peperiksaan akhir semester daripada penyelaras program kemahiran bahasa asing setelah keputusan peperiksaan tersebut diperakui oleh Ketua Jabatan dan Dekan. Pengkaji mengenalpasti markah responden melalui nombor matrik mereka. Setelah itu, markah tersebut dianalisis (Apendiks D). Analisis min digunakan bagi mencari purata secara keseluruhan gred peperiksaan dan tahap pencapaian bahasa yang diperolehi oleh responden. 3.5 Kajian rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis dibuat ke atas 10 orang pelajar tahap satu yang mengambil subjek ini di FBMK, UPM. Kajian rintis ini memastikan sama ada pelajar dapat memahami maksud item-item dalam soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat sebarang kekeliruan pada item-item dalam soal selidik. Soal selidik telah diubahsuai dan diperbaiki berdasarkan jawapan pelajar. 56

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal selidik ini bertujuan bagi menguji dimensi orientasi dan motivasi responden terhadap pembelajaran BS, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana majoriti item-item tersebut merupakan item yang diambil dan disesuaikan daripada soal selidik oleh Gardner (1985). Ujian kebolehpercayaan bagi keseluruhan item soal selidik ini memberi nilai alfa (α) kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.732 iaitu melebihi nilai alfa 0.6 (Apendiks E). Ujian ini dapat memperlihatkan sejauh mana sesuatu kajian itu sah dalam cara pengukurannya dan sejauh mana kajian yang dijalankan itu boleh diharap dan tepat (Syed Arabi Idid, 2002). 3.7 Prosedur pungutan data Pengkaji meminta kebenaran dari pengajar untuk melakukan kajian ini. Ini adalah penting kepada pengkaji supaya dapat diterima sebagai seorang yang sedang menjalankan kajian dan tidak mengganggu waktu kuliah mereka. Pengajar memperkenalkan pengkaji kepada pelajar di dalam kelas dan menerangkan kepada mereka bahawa pengkaji sedang menjalankan kajian. Bantuan dari pengajar adalah amat penting bagi menggalakkan mereka memberi kerjasama terhadap kajian ini. Setelah mendapat kebenaran dari pengajar, barulah pengkaji menerangkan prosedur kajian yang akan dijalankan kepada pelajar Pelajar diminta untuk membulatkan dan menandakan jawapan pilihan kepada kenyataan soal selidik dalam ruangan yang disediakan. Pelajar juga diminta untuk tidak menulis nama mereka di atas soal selidik. Pengkaji mengambil masa sebanyak lima minit untuk menerangkan prosedur kajian ini. Pelajar diberikan masa selama 10 minit untuk menyiapkan set soal selidik tersebut. Batasan masa ini adalah penting bagi membantu pelajar menumpukan perhatian kepada soal selidik yang diberikan. Pelajar juga digalakkan menanyakan soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Pelajar juga dimaklumkan bahawa jawapan mereka tidak akan diketahui oleh pegawai di fakulti 57

tersebut dan tidak mempengaruhi gred peperiksaan mereka. Pelajar disarankan untuk mengajukan soalan sekiranya terdapat kenyataan yang tidak dapat difahami dan menjawab soalan dengan jujur. Jawapan pelajar juga tidak ada yang betul atau pun salah. 3.8 Kaedah penganalisaan data Data yang diperolehi melalui soal selidik (Apendiks B) diproses dengan menggunakan perisian The Statistical Package for Social Science (SPSS Version 14) bagi mendapatkan analisis statistik seperti berikut: i. analisis peratus dan kekerapan, ii. iii. iv. analisis min dan sisihan piawai, analisis korelasi iaitu Pearson (r), analisis crosstabs, v. analisis ANOVA (Analisis of Variance) dan vi. analisis ujian Pos Hoc ANOVA Tukey HSD Analisis peratus, kekerapan dan min digunakan untuk melihat aspek orientasi dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran BS. Analisis min dan sisihan piawai juga diaplikasikan untuk mengetahui tahap pencapaian bahasa, gred peperiksaan, interpretasi hasil soal selidik dan merumuskan tahap orientasi dan motivasi responden. Analisis korelasi (r) pula digunakan untuk melihat pertalian dan hubungan di antara orientasi dan motivasi pelajar dengan pencapaian mereka di dalam peperiksaaan. Tahap signifikan bagi korelasi dalam kajian ini ialah pada nilai α 0.05 (p <0.05). Seterusnya apabila disebut signifikan bermakna signifikan pada aras 0.05. Setelah itu, analisis crosstabs dijalankan bagi melihat gambaran perhubungan yang jelas di antara komponen orientasi dan motivasi pelajar dengan pencapaian BS mereka. Bagi menguji perbandingan min orientasi dan motivasi oleh pelajar di antara tiga kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina dan India, analisis ANOVA satu hala digunakan. 58

Kemudian, sekiranya hasil analisis ANOVA memaparkan perbezaan min yang signifikan maka, ujian Pos Hoc ANOVA Tukey HSD dilaksanakan. Ia bertujuan bagi menentukan kumpulan etnik mana yang berbeza secara signifikan. Dalam analisis ini signifikan statistik pada aras p < 0.05 akan digunakan 3.8.1 Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi Statistik deskriptif yang digunakan di dalam kajian ini ialah min, median, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan crosstabs yang bertujuan bagi mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan itu dalam bentuk yang senang difahami oleh kumpulan sasaran (Alias Baba, 1999:22). Manakala statistik inferensi ialah analisis ANOVA, ujian Pos Hoc Tukey HSD dan Korelasi Pearson yang berfungsi untuk membuat satu anggaran tentang satu indeks populasi dengan menggunakan satu indeks statistik dari satu sampel yang representatif. Dengan menggunakan indeks statistik dari sampel itu, kesimpulan tentang sifat sesuatu populasi boleh dibuat (Alias Baba, 1999:49). 3.9 Penilaian Skor Nilai min digunakan bagi merumuskan tahap orientasi dan motivasi responden terhadap kenyataan yang diberikan dalam soal selidik. Interpretasi skor min dirumuskan seperti di dalam Jadual 3.2 di bawah. Jadual 3.2 Interpretasi skor min Skor min Interpretasi Persetujuan 1.00 1.99 Sangat tidak setuju 2.00 2.99 Tidak setuju 3.00 3.99 Tidak pasti 4.00 4.99 Setuju 5.00 Sangat setuju 59

Daripada Jadual 3.2, skor min 1.00-1.99 menunjukkan tahap persetujuan sangat tidak setuju. Skor min 2.00-2.99 menunjukkan tahap persetujuan tidak setuju. Skor min 3.00-3.99 pula menggambarkan tahap persetujuan tidak pasti. Sementara skor min 4.00-4.99 menunjukkan tahap persetujuan yang setuju. Akhir sekali skor min 5.00 menunjukkan tahap persetujuan sangat setuju. Bagi mengukur tahap orientasi dan motivasi responden di dalam pembelajaran BS skala orientasi dan motivasi dibentuk sebagai ukuran interpretasi orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS. Skala tersebut dibentuk berdasarkan skor min dan ukuran interpretasi tahap orientasi dan motivasi responden dikelaskan sebagai positif atau negatif dan tinggi atau rendah. Petunjuk tahap orientasi dan motivasi di dalam pembelajaran BS ditunjukkan di dalam Jadual 3.3. Jadual 3.3 Petunjuk tahap orientasi dan motivasi responden berdasarkan skor min Skor min Tahap orientasi Tahap motivasi 1.00 3.00 Negatif Rendah 3.01 5.00 Positif Tinggi Bagi merumuskan markah peperiksaan akhir responden, analisis min juga diaplikasikan. Jadual 3.4 menunjukkan interpretasi skor min dan tahap pencapaian bahasa responden. Jadual 3.4 Interpretasi skor min dan tahap pencapaian bahasa responden Markah Gred Skor Min Tahap pencapaian bahasa 80-100 A 11.00 Tinggi/Cemerlang 60-79 B 7.00-10.99 Baik 47-59 C 4.00-9.99 Rendah 40-46 D 2.00-3.99 Lemah 39 atau kurang F 1.00-1.99 Gagal Responden yang memperolehi markah peperiksaan akhir semester dari 80-100, adalah tergolong dalam gred A. Skor min ialah 11.00 dan tahap pencapaian BS 60

responden dikatakan tinggi atau cemerlang. Responden yang memiliki markah di antara 60-79 pula adalah dikelaskan sebagai gred B. Skor min ialah dari 7.00 10.99 dan tahap pencapaian bahasa responden diklasifikasikan baik. Responden yang memperolehi gred C dan markah di antara 47-59 dikatakan memiliki tahap pencapaian BS yang rendah. Skor min mereka ialah dari 4.00-9.99. Markah di antara 40-46 dikategorikan di dalam gred D dan skor min ialah di antara 2.00-3.99. Tahap pencapaian bahasa responden adalah lemah. Responden dikatakan gagal memperolehi kemahiran BS yang dipelajari (gred F) sekiranya memperolehi markah 39 atau kurang dan skor min ialah di antara 1.00-1.99. 4.0 Kesimpulan Bab ini menjelaskan bagaimana kaedah kajian ini akan dijalankan oleh pengkaji. Hasil daripada kajian ini akan dianalisiskan di dalam bab yang seterusnya di mana pengkaji merumuskan beberapa dapatan yang menjawab persoalan dan objektif kajian ini. 61