Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : faktor, minat, matematik

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

Katakunci : salam, pelajar Islam

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Katakunci : penerapan kemahiran generik

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN PELAJAR: KE ARAH MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran 2013

eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015 eisbn:

Kalkulus Multivariabel I

Bab 1 Mekanik Struktur

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH ILMU PENDIDIKAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Transcript:

Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Setiap kali peperiksaan, didapati ramai pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan banyak punca telah dikaitkan dengan ketidakcemerlangan ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang menyebabkan pelajar mendapat keputusan kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains semasa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2007. Empat faktor yang diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu cara pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan juga minat. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Seramai 229 orang pelajar tingkatan empat telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data yang yang perolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science for Windows (SPSS) versi 12.0. Kebolehpercayaan instrumen kajian agak tinggi dengan nilai Alpha Cronbach (α) = 0.829. Data dianalisis berdasarkan peratusan dan kekerapan responden yang setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa cara pembelajaran pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Akhir sekali, cadangan untuk para pelajar, guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa dikemukakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains. Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains Pendahuluan Penyelidikan yang dijalankan ini cuba untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains Biasanya fenomena ini selalu dikaitkan dengan minat pelajar sahaja, tanpa melihat aspek pengajaran, pembelajaran dan faktor-faktor lain lagi. Sedangkan kedua-dua aspek ini berkaitan secara langsung dalam mewujudkan masyarakat berilmu, terutama dalam bidang sains dan juga teknologi. Dalam bab pengenalan ini penyelidik cuba menyentuh serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dari aspek falsafah, tradisi sains menekankan kepada prosedur sains yang bersistem dalam menjalankan penyiasatan seperti membuat hipotesis, menjalankan eksperimen, menganalisis dan mentafsirkan maklumat, membuat kesimpulan dan membuat teori. Sains juga boleh dilihat dari aspek vokasional yang mana ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan dalam masa lapang melalui kebolehan serta minat mereka. Cain (1990), melihat sains sebagai terdiri daripada empat komponen, iaitu hasil atau kandungan, proses atau kaedah, sikap dan teknologi. Sebarang program pendidikan sains seharusnyalah mencakupi kesemua komponen ini. Melentur aur biarlah dari rebungnya. Para pelajar kita hendaklah dijinakkan kepada bidang sains dan teknologi sejak dari awal. Pelaksanaan Sains Sekolah Rendah merupakan satu daya usaha ke arah itu. Pada prinsipnya pendidikan sains dan teknologi di peringkat sekolah memainkan dwifungsi. Pertama, memberi pendidikan sains dan teknologi yang bercorak umum agar mereka menjadi warga negara yang celik sains dan teknologi. Kedua, memberi pendidikan

sains yang bercorak khusus mengikut minat, bakat dan kebolehan sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan (Panel Penggubal PuLSaR, 2005). Selain itu, Pertandingan Kuiz Sains Nasional, yang memberi peluang kepada pemenang berkunjung ke Denmark dan Sweden untuk menghadiri majlis penganugerahan Hadiah Nobel yang diadakan pada setiap 10 Disember, bukan saja memberi pengalaman berguna kepada pelajar dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai kemajuan terkini ilmu berkenaan, malah mendorong mereka untuk mendalami serta menerokai cabang ilmu sains. Pernyataan Masalah Melalui penyelidikan ini, penyelidik cuba melihat aspek yang berkaitan secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan sains di sekolah iaitu aspek pengajaran, pembelajaran, pengaruh rakan sebaya dan minat semoga dapat membantu meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil jurusan sains tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat. Bilangan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains di sekolah ini amat rendah. Hanya dua kelas sahaja yang mengambil jurusan sains tulen di sekolah ini. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana walaupun sekolah ini merupakan sekolah luar bandar, namun kemudahan sekolah serta guruguru adalah terdiri daripada guru-guru siswazah yang terlatih dan berpengalaman serta kemudahan sekolah berkenaan adalah memuaskan. Oleh sebab itu, dirasakan perlu ada satu kajian yang terperinci dalam mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains PMR. Dalam kajian ini penyelidik memberi tumpuan kepada empat faktor yang menyebabkan keputusan sedemikian, iaitu faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan minat. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengesan faktor-faktor yang menyebabkan pencapaian kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor yang lebih diberi tumpuan ialah faktor pembelajaran dan pengajaran. Namun demikian, kajian ini juga melibatkan faktor-faktor lain yang menyebabkan kurangnya pelajar cemerlang dalam mata pelajaran sains. Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti sama ada cara pembelajaran pelajar adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 2. Mengenal pasti sama ada cara pengajaran guru adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 3. Mengenal pasti sama ada pengaruh rakan sebaya adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 4. Mengenal pasti sama ada faktor minat adalah faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. 5. Mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Kepentingan Kajian Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada para pelajar, guru-guru, ibu bapa malah mungkin juga kepada pihak kementerian mengenai pendekatan yang lebih berkesan dalam membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran sains. Oleh yang

demikian, adalah diharapkan hasil kajian ini dapat memberi faedah kepada para pelajar, guruguru, pihak sekolah, ibu bapa dan juga pihak Kementerian Pelajaran dalam perkara-perkara berikut: 1. Memberi gambaran dan pendedahan kepada pelajar tentang kesesuaian pembelajaran yang mereka amalkan dalam mata pelajaran sains. Diharapkan dapatan hasil kajian ini dapat memberi petunjuk dan kaedah pembelajaran yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar. 2. Menilai semula keberkesanan pelaksanaan kaedah pengajaran sedia ada yang diamalkan oleh guru. Diharapkan hasil kajian ini akan memberi petunjuk kepada para guru tentang sejauh mana keberkesanan pengajaran yang sedia ada dan apakah penambahbaikan yang sewajarnya dilakukan. 3. Membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang lebih relevan dan mampu menarik minat pelajar terhadap sains. Berdasarkan maklumat-maklumat yang diterima nanti, diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini. 4. Memberi gambaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pendidikan sains. Diharapkan hasil daripada kajian ini ibu bapa lebih prihatin tentang soal pendididikan anak-anak mereka di sekolah. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat,Bachok, Kelantan. Penyelidikan secara deskriptif sesuai dengan kajian ini kerana pengumpulan data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan satu set borang soal selidik bagi mengenal pasti permasalah pelajar dalam pembelajaran sains. Menurut Van Dalen (1979), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada data soal selidik atau media-media lain. Menurut Cates dan W.M (1985), menyatakan penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi atau keadaan yang menarik kepada penyelidik. Menuru Mohd. Majid (1994), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu keadaan atau fenomena yang sedang berlaku. Sampel Kajian Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Bagi penyelidikan kajian ini, pemilihan sempel kajian dilaksanakan secara rawak. Pengkaji telah memilih pandangan penyelidik terkenal iaitu Krejcie dan Morgan (1970), yang mencadangkan bilangan populasi seramai 296 adalah seramai 169 orang sempel seperti yang diberikan didalam jadual mereka. Namun demikian, penyelidik telah menggunakan sempel seramai 229 orang daripada 296 populasi di sekolah tersebut. Ini selaras dengan pernyataan Majid (1990) dan Najib (2003) menyatakan saiz sampel perlu sekurang-kurangnya 30% atau lebih daripada jumlah populasi kerana jumlah sampel dapat menggambarkan sesuatu populasi yang ingin dikaji. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Persampelan pelajar dibuat berasaskan persampelan rawak kelompok. Seterusnya dengan menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada pihak sekolah yang terlibat, penyelidik

menentukan sampel pelajar. Borang soal selidik diedarkan kepada semua pelajar tingatan empat yang hadir pada hari tersebut. Persampelan hanya dijalankan bagi pelajar-pelajar tingkatan empat yang tidak mendapat gred A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Satu set borang soal selidik telah dibentuk bagi mendapatkan maklum balas dari setiap sampel. Pemilihan instrument ini disokong dengan pandangan Mohamad Najib (1999), bahawa responden dapat bertindak terhadap ransangan soalan yang piawai dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah temubual kerana ianya tidak dipengaruhi oleh pengkaji. Ini menunjukkan penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan kerana ianya lebih praktikal, berkesan, menjimatkan masa dan menjimatkan perbelanjaan. Selain daripada itu, borang soal selidik dapat mengelakkan daripada bias kepada pihak penemubual serta memberi peluang kepada responden berfikir ketika menjawab. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian A dan bahagian B. Kajian Rintis Tujuan kajian rintis dibuat dalam kajian ini adalah bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang digunakan dalam kajian sebenar. Penyelidik melaksanakan kajian rintis ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Seramai 25 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk tujuan ini. Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan empat. Pengkaji telah membuat kajian rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor pada 25 Januari 2007. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan pergi ke sekolah ini dan mengedarkannya sendiri kepada responden. Borang soal selidik yang sudah lengkap kemudiannya dikumpulkan semula dan disemak bagi memastikan responden mematuhi setiap arahan yang ditetapkan. Kemudian borang tersebut dianalisi. Pengkaji menggunakan program komputer SPSS versi 12.0. dan memperoleh nilai alpha Cronbach iaitu 0.829. Menurut Mohd Majid (1990) nilai Alpha Cronbach melebihi 0.60 boleh diterima. Manakala Davis (1971) menjelaskan nilai Alpha Cronbach 0.95 menunjukkan sangat kuat. Maka pengkaji merumuskan soal selidik ini sesuai dan boleh diterima dalam kajian ini. Analisis Keseluruhan Berdasarkan jadual di atas, merujuk kepada empat faktor tumpuan yang diberikan perhatian dalam kajian ini menunjukkan bahawa faktor pembelajaran pelajar merupakan punca utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Faktor minat menjadi yang kedua tertinggi menyumbang kepada ketidakcemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor ketiga pula ialah pengaruh rakan sebaya dan yang terakhir ialah faktor pengajaran guru. Berdasarkan dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa keempat-empat faktor yang dikaji merupakan faktor yang memberi kesan kepada keputusan yang kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains.

Jadual 1 : Taburan peratus keseluruhan bagi semua aspek Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pembelajaran pelajar bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan seramai 51.4% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju faktor pembelajaran yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Namun begitu, berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa faktor pembelajaran merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan minat. Dapatan ini adalah sama dengan hasil kajian yang dibuat oleh Nor Farizan (2004). Dalam kajian ini, responden yang bersetuju dengan faktor pembelajaran yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains adalah seramai 21.5%. Hasil daripada kajian ini terdapat dua item utama yang menunjukkan bahawa pelajar amat lemah dalam mempraktikkan cara belajar yang berkesan iaitu item 16 dan item 21. Kajian Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006) mendapati bahawa pembelajaran di Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru. Bagi item 16, jelas menunjukkan bahawa responden sentiasa mengharapkan kebanyakan maklumat datang daripada guru dalam mata pelajaran sains. Responden yang setuju dengan pembelajaran sebegini didapati memperolehi gred D (37.7%) lebih tinggi berbanding dengan responden yang mendapat gred C (34.9%) dan B (23.4%). Bagi persoalan kajian ini, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor pengajaran guru bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan analisa daripada item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa seramai 78.8% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju faktor pengajaran yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Berpandukan daripada data yang diperolehi menunjukkan bahawa sebilangan besar responden bersikap cukup positif dengan cara pengajaran guru. Berdasarkan kajian ini, pengajaran guru merupakan faktor yang keempat yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pembelajaran pelajar, pengaruh rakan sebaya dan minat. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian Nor Ridzuan Sabu (2004). Dapatan beliau menunjukkan bahawa faktor pengajaran membantu menyumbang ke arah pencapaian akademik yang tinggi kepada pelajar dan begitu juga dengan faktor pembelajaran berbanding dengan faktor-faktor lain dalam kajian yang beliau jalankan.

Bagi item tujuh menunjukkan bahawa ramai pelajar bersetuju guru selalu mengajar mata pelajaran sains di dalam makmal. Di dalam makmal lebih banyak alat bantu mengajar yang dapat membantu guru memudahkan pelajar memahami sesuatu topik yang diajar. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2000) terdapat pelbagai cara guru menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, salah satu daripadanya ialah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Walaupun ramai pelajar yang setuju bahawa guru selalu mengajar di dalam makmal, tetapi keputusan yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengan Rendah agak tidak memuaskan. Seramai 172 orang responden bersetuju bahawa guru mengajar mata pelajaran sains di dalam makmal. Hasil yang diperolehi masih lagi menunjukkan murid yang mendapat gred D (36.0%) dan C (35.5%) lebih tinggi daripada murid yangmendapat gred B (25.0%). Hasil daripada dapatan kajian yang ketiga ini juga menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan seramai 69.5% responden menyatakan bahawa tidak bersetuju pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajarn sains. Namun begitu, berdasarkan kajian penyelidik mendapati faktor ini merupakan faktor ketiga yang mempengaruhi pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains jika dibandingkan dengan faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, dan minat. Berdasarkan item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa kebanyakan responden lebih gemar belajar secara berkumpulan. Ciri-ciri ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Baharin Mesir et. al (2006) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya lebih kuat dalam mempengaruhi cara mereka belajar. Ini mungkin disebabkan oleh kerana mereka lebih mudah untuk berbincang dan kerap bertemu pada bila-bila masa. Dalam kajian ini, item empat, item enam, dan item 30 menunjukkan bahawa ramai responden yang mendapat gred B dalam peperiksaan (PMR) bagi mata pelajaran sains. Berdasarkan maklumat yang dianalisis daripada aspek ini, penyelidik mendapati pengaruh rakan sebaya lebih mempengaruhi pelajar untuk cemerlang daripada kurang cemerlang bagi mata pelajaran sains. Bagi persoalan kajian ini, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa minat juga bukan merupakan faktor dominan yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Berdasarkan analisa daripada item-item yang dijawab oleh responden menunjukkan bahawa seramai 58.8% responden menyatakan tidak bersetuju bahawa faktor minat yang menyebabkan mereka kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Namun begitu, masih terdapat responden yang mengakui bahawa minat mempengaruhi pencapaian kurang cemerlang pelajar dalam mata pelajaran sains (19.5%) dan selebihnya adalah terdiri daripada responden yang tidak pasti (21.7%). Bagi responden yang tidak pasti ini, ia menunjukkan pendirian responden tidak kukuh (Abd Razak, 1999). Ini bermakna masih ada faktor lain lagi yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Rujukan Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakaria. (2005). Psikologi Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Azizi Yahaya et. al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Cates, WM. (1985), Terjemahan Syaharom Abdullah. (1990). Panduan Amali Untuk Penyelidikan Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. (1990). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi II-Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Glenn Myers Blair et. al (1991). Terjemahan Noran Fauziah. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Utusan Publications & Distributors. Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 31. 83-96. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah, Asas Pedagogi. Siri Pengajian & Pendidikan. Utusan Sdn. Bhd. Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). Kaedah Mengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Poh Swee Hiang.(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.. Rusnani Abd. Kadir, Rosseni Din. (2006). Computer Mediated Communication: A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 31.41-51. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias. (2001). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Siri Pendidikan Guru. Sabri Ahmad. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tajularipin Sulaiman, Maria Chong Abdullah. (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd