Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Katakunci : faktor, minat, matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Bab 1 Mekanik Struktur

Ciri-ciri Taburan Normal

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci : penerapan kemahiran generik

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PERSEPSI MASYARAKAT PARLIMEN PEKAN TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA PENYELIDIK

Kalkulus Multivariabel I

Sebaran Peluang Gabungan

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

Transcript:

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Firdaus Binti Ismail Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, tentang kejadian jenayah terhadap wanita. Fokus kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar serta kepekaan mereka mengikut bentuk-bentuk jenayah yang berlaku iaitu dari aspek jenayah kekerasan, jenayah emosi, jenayah seksual dan kesan-kesannya terhadap wanita. Populasi kajian ini adalah seramai 278 pelajar dari kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 83 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.763. Nilai min untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej 9 tentang kejadian jenayah terhadap wanita ialah 4.18. Hasil dapatan yang menggambarkan tentang persepsi pelajar terhadap bentuk jenayah dari aspek jenayah kekerasan, menunjukkan purata min sebanyak 4.21. Nilai min bagi mengenalpasti persepsi pelajar dari aspek jenayah emosi pula ialah 3.80. Manakala untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek jenayah seksual, hasil kajian menunjukkan min ialah 4.40. Akhir sekali tahap pengetahuan pelajar tentang kesan terhadap jenayah yang berlaku dikalangan wanita pula ialah menunjukkan purata nilai min adalah 4.30. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden sememangnya peka terhadap jenayah yang berlaku mengikut bentuk-bentuk jenayah yang sering dihadapi oleh wanita. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan bagi membanteras berlakunya jenayah kekerasan, jenayah tekanan emosi dan jenayah seksual yang berlaku terhadap wanita. Katakunci: persepsi pelajar, jenayah terhadap wanita Pengenalan Jenayah adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat seluruhnya (Prof.Dato Harun Din et.al,2003). Kebanyakannya jenayah yang belaku pada hari ini mangsanya adalah daripada golongan wanita. Wanita fitrahnya adalah kaum yang lemah dan sering dianiayai oleh mereka yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Maka wanita yang teraniaya akan menjadi lebih sengsara dan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram akibat daripada perbuatan jenayah yang dihadapi oleh mereka. Jenayah terhadap wanita juga lebih sinonim dengan istilah keganasan terhadap wanita, kerana kedua-dua istilah tersebut adalah melibatkan perbuatan yang akan memberi kemudaratan kepada wanita. Keganasan ialah suatu pengabaian atau perbuatan seseorang terhadap seseorang yang akan mengakibatkan kesan, kerosakan atau penderitaan fizikal, seksual atau mental termasuk ancaman seperti tindakan, paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenangnya-wenangnya, sama ada berlaku di khalayak ramai atau pun kehidupan persendirian seseorang. Keganasan boleh dibahagikan pula kepada keganasan domestik atau keganasan rumah tangga dan keganasan lain seperti rogol, culik dan sebagainya (Noor Aziah Mohd Awal, 2006). Penyataan Masalah Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dengan pelbagai cara, adalah kerana wanita dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Wanita juga dianggap lemah dari segi fizikal dan mental serta mereka sering menjadi mangsa keganasan.

Keganasan terhadap wanita me;iputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Keadaan ini juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka iaitu sentiasa menjadi mangsa jenayah. Berdasarkan penyataan di atas, adalah penting kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar, khususnya siswi tentang tanggapan dan pengetahuan serta dalam menghadapi keganasan yang berlaku terhadap wanita pada hari ini. Kajian ini juga secara tidak langsung akan memfokuskan tentang aspek keganasan yang berlaku iaitu yang melibatkan jenayah fizikal, seksual, dan mental. Sering dilihat sememangnya wanita selalu terdedah kepada jenayah keganasan hanya kerana mereka adalah wanita, dan sering dianggap sebagai golongan yang lemah fizikalnya. Statistik kes jenayah yang berlaku di negeri Johor pada bulan Januari hingga Jun 2007 adalah sebanyak 13,471, iaitu merupakan negeri ketiga tertinggi berlaku kes jenayah di negara ini. Rentetan daripada statistik di atas, antara kes jenayah yang berlaku di negeri Johor iaitu pada 5 Januari 2007, suatu kes rompak dan rogol yang melibatkan dua orang mangsa dan empat orang perompak telah berlaku di Johor Bahru. Perompak telah mengugut mangsa dengan menggunakan pisau dan kemudiannya membawa kereta mangsa di sekitar Pasir Gudang selama kira-kira sejam sebelum berhenti di suatu semak dan merogol mangsa wanita. Kes yang seterusnya pula, iaitu pada 11 Mac 2007, berlaku tragedi keganasan rumah tangga yang menyayat hati, seorang perniaga disyaki membunuh isteri dan tiga orang anaknya dengan sebatang besi buaian. Kes ini berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ( Dewan Masyarakat, Julai 2007). Objektif Kajian Di antara objektif kajian adalah seperti : i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah kekerasan. ii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah terhadap tekanan emosi. iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap jenayah di kalangan wanita khususnya dari aspek jenayah seksual. iv. Mengetahui tentang kesan-kesan kejadian jenayah terhadap wanita. Kepentingan Kajian i. Dapatan kajian ini diharap akan memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya golongan wanita. Supaya mereka lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian, serta membuat persediaan awal daripada segala kemungkinan yang akan menimpa diri mereka terutama terhadap kes-kes jenayah yang sering berlaku pada masa kini. Ia akan mengelakkan diri mereka daripada sentiasa menjadi mangsa kekejaman jenayah. ii. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu mangsa jenayah seperti mangsa kejadian keganasan rumah tangga atau kes gangguan seksual supaya mereka cepat bertindak dan dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengeluarkan diri daripada fenomena buruk tersebut.

iii. Dapatan kajian ini juga penting kepada semua pihak yang bertangungjawab dengan bekerjasama dalam membanteras kes-kes kejadian jenayah terhadap wanita, contohnya dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membela nasib wanita yang teraniaya. Memastikan hukuman haruslah dilaksanakan kepada orang-orang yang melakukan jenayah serta dipastikan mereka untuk menerima hukuman di sisi undang-undang. Keadilan adalah saksama tanpa mengira pangkat dan darjat. Dengan ini dapat memberi amaran dan peringatan kepada mereka sebelum terjurus dalam sebarang aktiviti jenayah. Batasan Kajian Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Antaranya adalah: i. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sahaja. IPTA lain tidak terlibat dengan kajian ini. ii. Kajian ini dijalankan di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Kolej lain yang terdapat di UTM tidak tersenarai dalam kajian ini. Ini adalah kerana penyelidik sendiri menginap di Kolej 9, maka akan memudahkan penyelidik dalam proses pengedaran dan pengumpulan semula borang soal selidik. iii. Kajian ini hanya melibatkan pelajar wanita. Pelajar lelaki tidak termasuk dalam kajian ini kerana di Kolej 9 hanya dihuni oleh pelajar wanita sahaja. Faktor pemilihan responden dari pelajar wanita sahaja adalah kerana mereka lebih prihatin terhadap kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita dan ramai yang sering menjadi mangsa jenayah berbanding dengan pelajar lelaki. iv. Persepsi pelajar wanita dikaji ialah pelajar wanita tahun 4.Dalam kajian ini persepsi pelajar tahun 4 diambil kerana mereka adalah pelajar senior yang menginap di Kolej 9 dan semestinya mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan pelajar-pelajar tahun 1,2, dan 3 yang menginap di Kolej 9. Metodologi Populasi dan Sampel Kajian Menurut Abdul Majid Konting ( 2005:57), populasi adalah menentukan sejauhmana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis. Populasi kajian ini adalah mahasiswi yang menetap di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Sampel kajian ini dipilih secara rawak yang mewakili sebanyak 30% daripada jumlah populasi. Sampel rawak digunakan jenis kelompok di mana sampel dipilih berdasarkan kumpulan populasi. Justeru itu, bilangan responden bagi kajian adalah seramai 83 orang pelajar tahun 4 yang mewakili 278 pelajar tahun 4 yang menginap di Kolej 9, UTM, Skudai, Johor. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik bagi memenuhi objektif kajian. Maklumat yang diperolehi akan dinilai mengikut aspek yang telah ditentukan dan ditafsir secara kuantitatif. Penyelidik menggunakan soal selidik kerana : i. Maklumat yang perolehi daripada responden adalah tepat. ii. Responden dapat memberikan maklumbalas dengan yakin tanpa dipengaruhi oleh penyelidik.

iii. Dapat menjimatkan kos dan masa sekaligus menghasilkan item soalan yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini, soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat latar belakang responden. Bahagian B pula responden hendaklah menandakan. Jawapan bagi soalan-soalan dalam bahagian ini diwakili oleh skala Likert. Kajian Rintis Kajian rintis ialah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Tujuan diadakan kajian rintis adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal-selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap pelajar di Kolej 9, UTM dari tahun satu hingga tiga kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian. Kajian rintis hanya memilih 10 orang secara rawak sebagai pengujian kepada soal selidik ini. Hasil daripada kajian rintis ini, beberapa item yang dirasakan tidak memenuhi piawaian akan diubahsuai bagi memastikan tahap kebolehpercayaan item adalah berada pada tahap tinggi untuk digunakan pada kajian sebenar. Tujuan kajian rintis ini dijalankan supaya penyelidik dapat mengetahui nilai kebolehpercayaan serta kesahan item-item soal selidik yang dibina. Bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan (Mohd. Majid Konting, 2005: 183). Berdasarkan hasil kajian rintis yang telah dijalankan oleh penyelidik, nilai alpha yang diperolehi ialah 0.763 iaitu memadai aras kebolehpercayaan bagi soal selidik ini. Oleh hal yang demikian, penyelidik boleh meneruskan kajian dengan menjalankan kajian sebenar dengan mengedarkan soal selidik kepada responden yang sebenar.

Keputusan Jadual 1: Dapatan Kajian Untuk Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap Jenayah Di kalangan Wanita Khususnya Dari Aspek Jenayah Kekerasan.

Perbincangan Sebanyak 10 item telah dikemukakan melalui soal selidik untuk mendapat maklum balas bagi objektif pertama iaitu mengenai persepsi responden terhadap jenayah wanita khususnya dari aspek kekerasan. Berdasarkan analisis dari bab IV pada Bahagian B menunjukkan bahawa responden mengambil tahu tentang kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita. Responden sering mengikuti perkembangan jenayah yang berlaku terhadap kerana dengan peratusan yang tinggi iaitu 86.7% mengakui bahawa hampir setiap hari terdapat berita di dalam media tempatan tentang kejadian jenayah kekerasan terhadap wanita. Sehubungan dengan itu, pada item 4 terdapat penyataan saya suka menonton rancangan televisyen 999, di TV3 untuk mengetahui tentang kes-kes kejadian jenayah yang berlaku di negara ini menunjukkan sebanyak 61% responden mengetahui tentang kejadian jenayah yang berlaku pada masa kini melalui media elektronik. Namun pada soalan 2 iaitu saya pernah melihat kejadian jenayah yang berlaku terhadap wanita didapati hanya 38.5% pernah melihat kejadian jenayah terhadap wanita dan sebaliknya 30.1% responden yang tidak pernah melihatnya. Selain itu dari segi perasaan responden seperti item 3 menunjukkan 100% responden berasa amat kecewa apabila jenayah terhadap wanita semakin berleluasa di negara ini. Hasil dari kajian yang mendapati sebanyak 95.2% responden memahami dan mengetahui bahawa jenayah kekerasan ialah perlakuan yang keras seperti membunuh, cubaan membunuh, rompakan bersenjata atau tidak bersenjata dan mencederakan orang lain. Peratusan yang sama juga (95.2%) terdapat pada item 6 yang menunjukkan responden bersetuju mengatakan perbuatan pembunuhan adalah salah satu jenayah keganasan terhadap wanita. Bertepatan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Baharuddin Harun, dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman, menyatakan bahawa jenayah kekerasan ialah setiap perlakuan yang membabitkan kematian seperti pembunuhan, cuba membunuh, rompakan bersenjata atau tanpa senjata api dan mencederakan orang lain (Dakwah,:Februari 1996:51). Selain itu, 100% keseluruhan responden telah bersetuju mengatakan bahawa sememangnya rogol merupakan jenayah keganasan terhadap wanita. Seterusnya dengan penyataan keganasan rumah tangga sering melibatkan wanita telah menunjukkan sebanyak 96.4% responden telah bersetuju dengannya dan hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Item yang seterusnya didapati sebanyak 98.8% responden bersetuju dengan mengatakan suami yang yang sering mendera isterinya adalah contoh keganasan rumah tangga. Berdasarkan item yang terakhir pada bahagian ini telah menunjukkan tindak balas responden sebanyak 71.1% bersetuju jika suami memukul isteri sebagai pengajaran kepada isterinya dan sebaliknya sebanyak 19.2% responden membantah tindakan tersebut dilakukan untuk mengajar isteri mereka yang melakukan kesalahan. Namun terdapat penyataan yang menyatakan pukulan suami yang melampaui batas, yang tidak boleh dianggap bertujuan mendidik dan mengajar isteri secara waras, isteri boleh menuntut keadilannya di mahkamah. Ini disebabkan suami telah melanggari syariat dan bertindak sesuka hati tanpa dikawal oleh rasa keadilan dan amanah sebagai suami Muslim (Dakwah Febuari :1996). Rumusan Matlamat utama wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara yang maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. Namun, kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah semakin meningkat. Maka dengan itu, jelas sekali kelihatan semakin maju, semakin luntur pula nilai moral masyarakat. Jenayah yang berlaku telah mengheret wanita sebagai mangsanya. Selain itu, wanita yang sering dianggap lemah sering mengalami penderitaan akibat jenayah yang berlaku sekarang. Keselamatan mereka juga kini kian terancam,

disamping terpaksa menjalani kehidupan seharian mereka dalam keadaan ketakutan dan sentiasa berjagajaga daripada berterusan menjadi mangsa jenayah dalam negara ini. Kajian yang dijalankan di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap jenayah yang menimpa wanita adalah tinggi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa kebimbangan masyarakat terhadap kejadian jenayah terhadap wanita adalah pada tahap tinggi dan mereka peka dengan kes-kes yang berlaku di negara ini. Mereka juga memahami serta mengetahui setiap kategori jenayah yang dialami oleh wanita. Namun, punca berlakunya jenayah adalah dari diri sendiri yang bersikap sambil lewa menjaga keselamatan diri, juga kurang didikan agama, ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab, serta masyarakat yang tidak peduli keadaan sekeliling. Maka, semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya melaksanakan suatu reformasi secara holistik dengan merangka strategi atau program yang bersistematik, bersepadu, dan menyeluruh untuk memulihkan suasana gawat ini. Dalam usaha membanteras dan mengurangkan kes-kes jenayah terhadap wanita di negara ini. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Rujukan Abu Mazaya al-hafiz dan Abu izzat al-sahafi (2004), Fiqh Jenayah Islam, Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers. Abdul Halim El-Muhammady (1998), Undang-Undang Jenayah Dalam Islam Dan Enakmen Negeri- Negeri, Selangor : Wadah Niaga. Abdul Majid Konting ( 2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pusataka. Aini Abdullah (1996), Domestic Violence Act : The Malaysia Perspective Kuala Lumpur : Faculty Of Law. Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006), Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Zainon Yusof (1995), Penyelewengan Wanita Menurut Pandangan Islam, Selangor : Pustaka Ilmu. Dr Kamaruddin Hj Hamzah (1989), Pengantar Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor: Al- Rahmaniah. Jal Zabdi Mohd Yusoff ( 2004), Jenayah Keganasan Rumah Tangga,Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Maznah Mohamad,(1999), Undang-Undang Keluarga Islam Dan Wanita Di Negara Asean, penyunting Abdul Munir Yaacob, Institusi Kefahaman Islam Malaysia.(IKIM) Kuala Lumpur Mohd Azam Hamzah dan Mohd Akhir Hj Yaacob (1986), Falsafah Dan Prinsip Perundangan Islam, Selangor : Universiti Kebangsaan Malysia. Mohd Fazdilah Kamsah (2005), Menjalin Hubungan Bahagian, Kuala Lumpur: PTS Publication And Distribution.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidik Pendidikan, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Noor Aziah Mohd Awal ( 2000), Wanita Dan Undang-Undang, di sunting Jawiah Dakir, Asmah Bee mohd Nor, Rosuah Baharudin Sumbanhsih Wanita. Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Aziah Mohd Awal (2006), Wanita Dan Undang-Undang.Kuala Lumpur : International Law Book Services. Nor Atiqah Bt Ghazali (2001), Wanita Muslim Di Alaf Baru. Johor Bharu : Perniagaan Jahabersa. Prof Datuk Ahmad Ibrahim (1999), Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : Malay Law Journal Sdn Bhd. Rohani Rahim (2001), Undang-Undang Wanita Dan Kanak-Kanak, Selangor : Citra Publishing