BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN. empat. Penulisan bab ini dibahagikan kepada ringkasan umum kajian, perbincangan

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Ciri-ciri Taburan Normal

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Bab 1 Mekanik Struktur

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Kalkulus Multivariabel I

Katakunci : salam, pelajar Islam

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian. Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

SOSIALISASI AGAMA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR 1

Faktor Penerimaan Melokalisasi Tadbir Urus Pengagihan Zakat Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi

Transcript:

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science 17.0 (SPSS v 17.0). Data mentah yang diperolehi daripada responden dianalisis dan dibincang dalam bentuk statistik deskriptif yang memperlihatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi adalah untuk Kolerasi Spearman, Ujian-t dan Anova Satu Hala bagi menguji hipotesis-hipotesis kajian ini. Oleh itu pengkaji akan menganalisis dan membincangkan dapatan kajian ini melalui tiga aspek iaitu profil responden, tahap pelaksanaan solat responden dan tahap (pelaksanaan solat) berdasarkan jantina, pendidikan dan sosio ekonomi responden. 4.2.PROFIL RESPONDEN 4.2.1. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina Sampel kajian ini adalah seramai 100 orang responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Paparan taburan kekerapan dan peratusan responden berdasarkan jantina dapat ditunjukkan dalam jadual dibawah. Jadual 4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan Peratus Lelaki 37 37 Perempuan 63 63 59

Berdasarkan jadual 4.1 di atas menunjukkan daripada 100 orang responden, didapati bahawa 37 orang iaitu 37 % terdiri daripada lelaki. Manakala 67 orang responden iaitu 63% adalah terdiri daripada perempuan. Maka dapat disimpulkan bahawa keseluruhan sampel yang di ambil, responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki dengan perbezaan 26 orang. 4.2.2. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur Jadual 4.2. Taburan Responden Mengikut Umur Umur Kekerapan Peratus 19 tahun ke bawah 2 2 20-29 tahun 24 24 30-39 tahun 49 49 40 49 tahun 19 19 50 tahun dan ke atas 6 6 Jadual 4.2 di atas menunjukkan daripada 100 orang responden yang hadir bagi sesi rundingcara 49 orang iaitu 49% berusia 30 hingga 39 tahun. Ini merupakan bilangan tertinggi berdasarkan peringkat umur. Diikuti 24 orang 24% dalam lingkungan usia 20 hingga 29 tahun. Manakala 19 orang responden iaitu 19% adalah berusia 40 hingga 49 tahun. 6 orang responden berusia 50 tahun dan ke atas dan 2 orang responden berusia 19 tahun ke bawah. Dapat disimpulkan bahawa keseluruhan sampel yang di ambil, di dapati responden yang berusia 30 hingga 39 tahun mencatatkan bilangan tertinggi hadir untuk sesi rundingcara. 4.2.3. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan taraf pendidikan tertinggi Jadual 4.3. Taburan Responden berdasarkan taraf pendidikan tertinggi 60

Pendidikan Kekerapan Peratus Ijazah Sarjana 2 2 Ijazah Sarjana Muda 20 20 Diploma 18 18 Sijil 1 1 STPM 52 52 SPM/MCE 3 3 SRP/LCE/PMR 4 4 Jadual 4.4 di atas menunjukkan 52(52%) orang daripada 100 orang berkelulusan STPM dan merupakan jumlah tertinggi bagi kategori ini. 20(20%) orang responden memiliki Ijazah Sarjana Muda, 18(18%) orang berkelulusan Diploma. Hanya 2(2%) orang responden berkelulusan Ijazah Sarjana, peringkat Sijil hanya seorang sahaja dan bakinya iaitu 3(3%) orang berkelulusan SPM/MCE dan 4(4%) orang mempunyai SRP/LCE/PMR. Daripada rajah di atas ini menunjukkan bahawa golongan yang berpendidikan tinggi turut menghadapi permasalahan rumahtangga. Taraf pendidikan peringkat STPM mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 52% dan ini agak berbeza jika dilihat kajian yang dilakukan di Unit Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor 1 yang mencatatkan responden berkelulusan SPM/MCE bilangan tertinggi iaitu 115 orang daripada 300 responden keseluruhannya iaitu 38.3%. Walau bagaimanapun responden yang telah dipilih bagi kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Ini menyebabkan subjeksubjek kajian lain dalam populasi tidak berpeluang untuk dipilih sebagai responden 2. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada seluruh populasi kerana sampel tersebut tidak mewakili semua 1 Raihanah Azahari,(2007), Permasalahan Rumahtangga: Kajian di Unit Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Daerah Petaling, Selangor, Jurnal Syariah, Bilangan 1, Jilid 15, Jan-Jun 2007 h. 115-128 2 Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah Penyelidikan, Buku 1, Malaysia: Mac Graw Hill Education, h. 201 61

responden dalam populasi tersebut 3. Keputusan kajian ini hanya mewakili kumpulan subjek kajian penulis sahaja. 4.2.4. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pendidikan. Bahagian ini telah disediakan soalan berbentuk senarai semak(checklist question) iaitu responden dibenarkan untuk menjawab lebih dari satu jawapan yang telah disediakan. Tujuan soalan jenis ini dikemukakan ialah untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin daripada responden dengan cara berstruktur. Jadual 4.4. Taburan Responden Mengikut Pendidikan Pendidikan N Jumlah Peratus Kebangsaan 100 73 73% Pembacaan sendiri 100 25 25% Kelas agama di kawasan tempat tinggal 100 20 20% Sekolah agama/arab/pondok 100 18 18% Individu lain yang bertauliah 100 9 9% Melalui analisis deskriptif, penulis mendapati bahawa kebanyakan responden memperolehi pendidikan agama melalui pendidikan kebangsaan 4 iaitu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 73 orang (73%) diikuti dengan pembacaan sendiri seramai 25 orang (25%), seterusnya pendidikan agama melalui kelas agama di kawasan tempat tinggal seramai 20 orang (20%). Pendidikan agama melalui sekolah agama/arab/pondok seramai 18 orang (18%) dan 9 orang (9%) melalui individu yang bertauliah. Hasil analisis ini mendapati bahawa kebanyakan responden mendapat pendidikan agama melalui pendidikan di peringkat kebangsaan kerana ia telah disediakan oleh pihak kerajaan mulai sekolah rendah 3 Ibid. 4 Maksud pendidikan kebangsaan ialah responden yang mendapat didikan agama melaui guru-guru di sekolah rendah dan menengah kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 62

hingga tamat sekolah menengah. Didikan agama yang diperolehi melalui pembacaan sendiri, dari individu yang bertauliah, kelas agama di kawasan tempat tinggal telah mencatatkan peratusan yang rendah iaitu antara 9% hingga 25% sahaja dan ini adalah merupakan usaha individu itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan agama. Penulis berpendapat jika responden hanya bergantung kepada pendidikan kebangsaan sahaja, ianya berkemungkinan masih belum mencukupi untuk memahami tanggungjawab fardu ain ke atas setiap individu jika tidak di tambah dengan usaha lainnya. Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Pendapatan bulanan Pendapatan Kekerapan Peratus Bawah RM1000 16 16 RM1001-RM3000 53 53 RM3001-RM5000 11 11 RM5001-RM7000 4 4 RM7001 ke atas 1 1 Tiada pendapatan 15 15 Jadual 4.5 ini menunjukkan kadar pendapatan bulanan responden. Kekerapan tertinggi ialah 53(53%) orang berpendapatan antara RM1001-RM3000 sebulan. Kemudian diikuti 16 orang berpendapatan bawah RM1000, 15 orang merupakan suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan bulanan. 4.2.5. Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Tempoh perkahwinan Jadual 4.6: Tempoh Perkahwinan Tempoh perkahwinan Kekerapan Peratus Bawah 1 tahun 4 4 1 5 tahun 35 35 6 10 tahun 22 22 63

11 15 tahun 15 15 16 20 tahun 14 14 21 tahun ke atas 10 10 Jadual 4.6 ini menunjukkan tempoh perkahwinan responden yang hadir sesi rundingcara. Kekerapan tertinggi ialah 35 orang (35%) responden berada dalam tempoh 1-5 tahun perkahwinan. Kemudian diikuti 22 orang berada dalam tempoh 6-10 tahun perkahwinan dan 15 orang berada dalam tempoh 11-15 tahun perkahwinan. Ini menunjukkan 1-5 tahun tempoh perkahwinan merupakan satu masa yang sangat memerlukan kesabaran serta berkemahiran untuk mengendalikan rumahtangga agar terus berkekalan. Ini kerana tempoh tersebut adalah suatu masa untuk pasangan bersuai kenal dan memahami peranan masingmasing di dalam institusi rumahtangga 5. 4.3. ANALISIS TAHAP PELAKSANAAN SOLAT FARDU 5 WAKTU Dalam bahagian ini penulis akan membincangkan dapatan analisis kajian mengenai tahap pelaksanaan solat fardu 5 waktu responden. Analisis taburan responden tentang tahap pelaksanaan ibadat solat 5 waktu adalah berdasarkan respon responden melalui item-item dalam bahagian B yang mengandungi 12 item soalan-soalan yang berkaitan didikan awal ibadat solat, pelaksanaan ibadat solat, sebab-sebab tidak melaksanakan solat serta tahap pelaksanaan ibadat ini. Di dalam bahagian ini, soalan aneka pilihan (multiple choice) telah disediakan. Responden dikehendaki menjawab soalan berdasarkan kepada amalan mereka secara jujur di mana tiada jawapan betul dan salah. Soalan senarai semak(checklist 5 Zawanah Mohammad (2000), Permasalahan Rumahtangga: Satu Analisa, (Kertas kerja Seminar Pemantapan Keluarga Siri Ke 10, Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dibentangkan pada 25 November 2000), h.4. 64

question) juga telah disediakan iaitu responden dibenarkan untuk menjawab lebih dari satu jawapan yang telah disediakan. Di dalam analisis data bahagian B ini, pengkaji tidak dapat menerangkan secara keseluruhan keputusan yang diperolehi. Ini kerana perkaitan antara jawapan yang telah diberikan oleh responden tidak konsisten dan menyebabkan kesukaran dalam menganalisisa data yang diperolehi. Soalan yang terlibat ialah di bahagian B, soalan 5, 6 dan 7 iaitu berkaitan dengan waktu solat yang seringkali tidak dapat dilaksanakan, kadangkala tidak dapat dilaksanakan dan kerap dapat dilaksanakan. Jawapan responden yang tidak konsisten ini berkemungkinan soalan yang diajukan itu terlalu peribadi dan juga melihat keadaan responden yang tidak begitu stabil ketika mengisi borang soal selidik kerana menghadapi konflik rumahtangga mereka. Hakikatnya soalan-soalan ini tidak terlibat dalam persoalan kajian dan ia diwujudkan hanya untuk maklumat kepada pengkaji sahaja. 4.3.1. Taburan Kekerapan Tempat Didikan Awal Ibadat Solat Jadual 4.7: Tempat Didikan Awal Ibadat Solat Tempat Didikan Awal Tentang Solat Kekerapan Peratus Tadika 28 28 Sekolah rendah 60 60 Sekolah menengah 6 6 Lain-lain 6 6 Jadual ini menunjukkan bahawa, responden menerima pendidikan awal berkaitan ibadat solat dengan kekerapan yang tertinggi iaitu 60 orang adalah di peringkat sekolah rendah lagi. Jika dilihat silibus pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah, sememangnya terdapat pelajaran berkaitan ibadat solat. Namun begitu menerima pendedahan awal 65

berkaitan sesuatu ibadat itu tidak membawa kepada pelaksanaan yang berterusan kepada seseorang individu muslim. 4.3.2. Taburan Kekerapan Didikan Awal Ibadat Solat Jadual 4.8: Didikan Awal Ibadat Solat Didikan Awal Tentang Solat Kekerapan Peratus Ibu bapa 85 85 Ustaz/ustazah 12 12 Pembacaan sendiri 3 3 Ibu bapa berperanan penting dalam pendidikan anak-anak. Ini terbukti dengan kekerapan yang tertinggi iaitu 85% responden menerima didikan awal berkaitan ibadat solat daripada ibu bapa mereka. 4.3.3. Taburan Kekerapan Mula Melaksanakan Ibadat Solat Jadual 4.9: Mula Melaksanakan Ibadat Solat Mula melaksanakan solat Kekerapan Peratus Tadika 13 13 Sekolah rendah 65 65 Sekolah menengah 17 17 Selepas berumur 20 tahun 3 3 Lain-lain 2 2 Jadual ini menunjukkan peringkat sekolah rendah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 65% responden mula melaksanakan solat. Penulis berpendapat, di peringkat sekolah rendah para pelajar sentiasa dibimbing untuk melaksanakan solat fardu secara berjemaah dan ia 66

adalah diwajibkan. Manakala pada peringkat menengah pelaksanaan solat fardu terletak pada individu berdasarkan kesedaran responden kepada tanggungjawab seorang muslim. 4.3.4.Taburan Kekerapan Tahap Pelaksanaan Solat Fardu 5 Waktu Jadual 4.10: Tahap Pelaksanaan Solat Fardu 5 Waktu Tahap Perlaksanaan Kekerapan Peratus Cemerlang 1 1 Baik 35 35 Memuaskan 14 14 Lemah 46 46 Tidak pasti 4 4 Jadual ini menunjukkan tahap pelaksanaan solat lima waktu responden. Jawapan yang diberikan oleh responden adalah di atas pengakuan dan pilihan mereka sendiri. Sebanyak 46% responden mengakui bahawa pelaksanaan solat mereka adalah di tahap yang lemah, 35% pada tahap yang baik serta 14% adalah memuaskan. Ini jelas kepada kita bahawa responden yang hadir untuk sesi rundingcara keluarga ini mengakui bahawa pelaksanaan solat fardu mereka adalah pada tahap lemah. Jadual dibawah ini adalah berkaitan dengan pengakuan jawapan responden ini. Jadual: 4.11: Solat Boleh Menghindarkan Diri Dari Perbuatan Keji saya berpendapat solat boleh menghindari seseorang dari perbuatan keji N Minimum Maksimum Min Darjah kebebasan 100 4.00 5.00 4.7100.45605 67

Jadual ini menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju bahawa dengan pelaksanaan solat fardu boleh menghindarkan diri dari perbuatan keji dengan catatan nilai min 4.71 iaitu satu nilai tinggi. Ia berdasarkan skala likert 5 mata iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S), dan sangat setuju(ss). Jawapan ini secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa dengan melaksanakan solat secara konsisten itu boleh mengurangkan konflik rumahtangga. 4.3.4.Taburan Kekerapan Sebab Tidak Melaksanakan Solat Fardu 5 Waktu Jadual: 4.12. Sebab-Sebab Tidak Melaksanakan Solat Sebab Tidak Melaksanakan Solat Kekerapan Peratus Terlupa 7 7 Sengaja meninggalkan 12 12 Tidak tahu akibat 5 5 meninggalkannya Sibuk dengan urusan harian 38 38 Bangun lewat 34 34 Lain-lain 4 4 JUMLAH 100 100 Jadual ini menunjukkan bahawa, faktor sibuk dengan urusan harian mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 38%, diikuti faktor bangun lewat 34% dan faktor sengaja meninggalkan 12%. Penulis berpendapat, kurangnya pengetahuan agama boleh menjadi sebab kepada timbulnya faktor sebab-sebab meninggalan solat seperti di atas. 4.4. ANALISIS KATEGORI KONFLIK RUMAH TANGGA RESPONDEN Jadual : 4.13 : Kategori Konflik Rumahtangga 68

N Min Darjah Tahap Kebebasan saya menghadapi permasalahan di dalam 100 4.4100.66810 Tinggi rumahtangga saya rumahtangga saya masih mempunyai jalan 100 3.2000 1.02494 Sederhana penyelesaian saya memerlukan khidmat nasihat dari pihak yang 100 4.1900.70632 Tinggi dipercayai saya masih sayangkan rumahtangga saya 100 3.6300 1.06983 Sederhana masalah rumahtangga saya berkaitan masalah tanggungjawab masalah rumahtangga saya berkaitan masalah kewangan/nafkah masalah rumahtangga saya berkaitan masalah komunikasi masalah rumahtangga saya berkaitan masalah sosial/moral masalah rumahtangga saya berkaitan masalah seksual/kesihatan masalah rumahtangga saya berkaitan masalah penderaan/psikologi masalah rumahtangga saya berkaitan masalah campurtangan pihak ketiga penyelesaian rumahtangga saya adalah dengan perceraian pengabaian solat boleh menyumbang kepada permasalah dalam rumahtangga Sumber : soal selidik 100 3.6900.96080 Tinggi 100 3.4700 1.10513 Sederhana 100 3.7400 1.11573 Tinggi 100 3.2800 1.12887 Sederhana 100 3.0100 1.02981 Sederhana 100 3.0600 1.28566 Sederhana 100 3.4000 1.20605 Sederhana 100 2.8700 1.32310 Sederhana 100 4.3200.78983 Tinggi Markah skor berdasarkan nilai min diinterpretasi berdasarkan skala dalam jadual 6 4.11 berikut : Jadual 4.14: Interpretasi Skor Min 6 Azizi yahaya, et. al (2007) Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, KL: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, h.29. Lihat juga Masni Khamis (2001)..Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik, Projek Penyelidikan, h. 56, Bangi: UKM 69

Interpretasi Skor Min (Tahap) Skor Min Tinggi 3.67 hingga 5.00 Sederhana 2.34 hingga 3.66 Rendah 1 hingga 2.33 Berdasarkan jadual di atas, di dapati daripada 100 orang responden dalam kajian ini majoritinya mengakui menghadapi permasalahan rumahtangga dengan nilai min pada tahap yang tinggi iaitu 4.41. Mereka mengakui sangat memerlukan khidmat nasihat daripada pihak yang dipercayai iaitu dengan nilai min 4.19. Penulis juga mendapati antara permasalahan rumah tangga yang mempunyai nilai tahap yang tinggi ialah masalah komunikasi iaitu 3.74 dan masalah tanggungjawab iaitu 3.69. Permasalahan lain seperti masalah nafkah, moral, seksual, psikologi dan campurtangan pihak ketiga berada pada tahap sederhana iaitu antara nilai min 3.01 hingga 3.47. Responden turut mengakui bahawa pengabaian solat boleh menyumbang kepada permasalahan rumahtangga iaitu dengan nilai min 4.32. Pengakuan ini secara umumnya boleh difahami bahawa jika terabainya pelaksanaan solat maka ia boleh membawa kepada lahirnya konflik rumahtangga. 4.5. ANALISIS INFERENSI Bahagian ini memaparkan dan membincangkan keputusan dari ujian-ujian yang telah dianalisis bagi mengetahui hipotesis-hipotesis yang dikaji sama ada diterima atau ditolak. Dapatan kajian ini juga adalah bagi menjawab setiap persoalan kajian yang akan diperjelas melalui keterangan berikut: 4.5.1. Perbezaan Pelaksanaan Solat Mengikut Jantina 70

Ujian t digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pelaksanaan solat dikalangan responden yang berlainan jantina. Jadual di bawah menunjukkan dapatan ujian t di mana t(98) = -.48, p= 0.6 (p.05). ini bermakna tidak terdapat perbezaan pelaksanaan solat yang signifikan berdasarkan jantina iaitu skor min pelaksanaan solat antara responden lelaki dan wanita adalah sama. Oleh itu pelaksanaan solat antara responden lelaki dan wanita adalah tidak berbeza kerana nisbah skor min antara kedua jantina ini adalah sangat kecil iaitu =0.1. Oleh itu hepotesis nul diterima. Jadual 4.15: Analisis Ujian T Pelaksanaan Solat Berdasarkan Jantina Jantina n Min Dk Nilai-t Sig (2-tailed) Lelaki 37 3.11 1.02-0.48 0.6 Perempuan 63 3.21 0.99 p>.05 (tidak signifikan pada aras 95%) dk=darjah kebebasan 4.5.2. Perbezaan Pelaksanaan Solat Mengikut Taraf Pendidikan Ujian Anova sehala digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pelaksanaan solat berdasarkan taraf pendidikan. Dapatan analisis menunjukkan nilai F94,95 = 29.85, dan p= 0.006 (p> α = 0.05). Keputusan analisis ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pelaksanaan solat berdasarkan taraf pendidikan. Dengan kata lain semakin tinggi taraf pendidikan responden akan semakin tinggi juga tahap pelaksanaan solat mereka. Ini menunjukkan bahawa kepentingan ilmu dan pengetahuan bagi seseorang muslim akan mempengaruhi pelaksanaan ibadat solat mereka. Oleh itu hipotesis nul adalah ditolak. Jadua 4.16 : Analisis Ujian Anova Sehala Perlaksanaan Solat Berdasarkan Taraf Pendidikan Punca Varian Jkd Dk Mkd F Sig Antara Kumpulan 29.851 4 7.463 3.816 0.006 Dalam Kumpulan 185.789 95 1.956 71

Jumlah 215.640 99 p>0.05 jkd = jumlah Kuasa Dua dk = Darjah Kebebasan mkd = Min Kuasa Dua 4.5.3. Perbezaan Pelaksanaan Solat Mengikut Pendapatan Bulanan Ujian Anova sehala digunakan juga untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pelaksanaan solat berdasarkan pendapatan bulanan. Dapatan analisis menunjukkan nilai F(4,95) = 17.497, dan p= 0.135 (p> α = 0.05). Keputusan analisis ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pelaksanaan solat berdasarkan pendapatan bulanan. Ini bermakna pendapatan bulanan sama ada tinggi atau rendah tidak mempengaruhi pelaksanaan solat responden. Oleh itu hipotesis nul adalah diterima. Jadual 4.13: Ringkasan Anova Sehala Uji Perlaksanaan Solat Berdasarkan Pendapatan Bulanan Punca Varian Jkd Dk Mkd F Sig Antara Kumpulan 17.497 4 4.374 1.799 0.135 Dalam Kumpulan 230.943 95 2.431 Jumlah 248.440 99 p>0.05 jkd = jumlah Kuasa Dua dk = Darjah Kebebasan mkd = Min Kuasa Dua 4.5.4.Hubungan Antara Tahap Pelaksanaan Solat Dan Konflik Rumahtangga Keputusan pekali kolerasi Spearman menunjukkan bahawa r=-.062 dan p=.539. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan solat dan konflik rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada nilai r= -.62, ia merupakan satu nilai negatif. Ini boleh difahami dan membawa maksud bahawa, lemahnya tahap pelaksanaan 72

solat itu boleh membuka ruang kepada lebih tingginya konflik rumahtangga walaupun ianya satu nilai yang sedikit. Jika dilihat kepada nilai p>.05 =.539 telah membuktikan bahawa tidak ada hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan solat dan konflik rumahtangga responden. Namun nilai negatif yang telah dinyatakan tadi boleh memberikan maksud wujudnya kaitan walaupun sedikit hubungan antara pelaksanaan solat dan konflik rumahtangga. Faktor ini mungkin disebabkan jumlah responden yang tidak begitu ramai iaitu 100 orang sahaja. Di samping jawapan responden yang tidak konsisten serta persoalan berkaitan pelaksanaan solat ini merupakan persoalan yang agak peribadi dan sensitif, menyebabkan sukar mendapat jawapan yang tepat daripada responden. 4.6. KESIMPULAN Berdasarkan analisis yang telah dijalankan oleh penulis dan hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan pelaksanaan solat di kalangan responden adalah pada tahap lemah iaitu 46%. Bagi kategori konflik rumahtangga pula, masalah komunikasi mempunyai tahap yang tinggi iaitu 3.74 diikuti masalah tanggungjawab iaitu 3.69. Permasalahan lain seperti masalah nafkah, moral, seksual, psikologi dan campurtangan pihak ketiga berada pada tahap sederhana iaitu antara nilai min 3.01 hingga 3.47. Responden turut mengakui bahawa pengabaian solat boleh menyumbang kepada permasalahan rumahtangga iaitu dengan nilai min 4.32. Pengakuan ini secara umumnya boleh difahami bahawa jika terabainya perlaksanaan solat maka ia boleh membawa kepada lahirnya konflik rumahtangga. Analisis ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam perlaksanaan solat berdasarkan aspek berlainan jantina dan pendapatan. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dalam pelaksanaan solat berdasarkan taraf pendidikan. Ini menunjukkan faktor jantina dan faktor pendapatan ini tidak mempengaruhi pelaksanaan 73

solat kecuali faktor pendidikan yang memberi kesan kepada perbezaan dalam pelaksanaan solat responden. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan solat dan konflik rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada nilai r= -.62, ia merupakan satu nilai negatif. Ini boleh difahami dan membawa maksud bahawa, lemahnya tahap pelaksanaan solat itu boleh membuka ruang kepada lebih tingginya konflik rumahtangga walaupun ianya satu nilai yang sedikit. Kajian akan datang perlu diteruskan dengan menambah lagi bilangan responden bagi melihat secara saintifik hubungan antara tahap pelaksanaan solat dan konflik rumah tangga masyarakat muslim di Malaysia. Jadual 4.18: Kesimpulan Dapatan Inferensi Hipotesis Nul Huraian Hipotesis Keputusan Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina di dalam pelaksanaan solat Diterima Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan responden berdasarkan latar belakang pendidikan di dalam pelaksanaan solat. Ditolak Ho3 Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di dalam pelaksanaan solat berdasarkan faktor sosio ekonomi iaitu pendapatan bulanan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan solat dan konflik rumahtangga Diterima Diterima 74