SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Σχετικά έγγραφα
Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : faktor, minat, matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : penerapan kemahiran generik

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Huraian Sukatan Pelajaran. KIMIA Tingkatan Lima

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB SATU PENGENALAN. Pernyataan Masalah. landasan kepada pembelajaran mata pelajaran lain, di samping berguna dalam pelbagai

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Kalkulus Multivariabel I

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PELAKSANAAN PRODUCTION BASED EDUCATION DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOSIALISASI AGAMA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR 1

Transcript:

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia & SHAHAROM BIN NOORDIN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia p-sharom@utm.my Abstrak Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian banyak penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan yang merupakan pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik di Univesiti Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, α =.93. Statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk menganalisisi data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing adalah baik. Di samping itu, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua program pengajian adalah baik. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Justeru, usahausaha untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi. Kata Penting: Tahap kefahaman, program pengajian Pengenalan Mata pelajaran Fizik merupakan mata pelajaran asas dalam membina masyarakat berteknologi. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi merealisasikan hasrat negara yang ingin mewujudkan masyarakat berilmu serta berteknologi. Bagi mencapai matlamat negara, ia perlu bermula dari akar umbi iaitu bermula dengan penggubalan Kurikulum Fizik Sekolah Menengah (KFSM) yang harus selari dengan hasrat negara. Kurikulum yang digubal penting kerana ia berperanan sebagai panduan atau tunjang kepada perlaksanaannya di setiap sekolah. Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Sembilan tahun 2006, didapati bahawa peratus pelajar yang mencapai gred cemerlang hanya 12.90% berbanding peratus pelajar yang mencapai gred lulus dan gagal iaitu 48.90%. Memandangkan peratus gred lulus adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding gred lulus dan gagal, ini jelas menunjukkan bahawa pelajar kurang menguasai konsep Fizik. Berdasarkan keputusan yang dinyatakan, penulis berpendapat bahawa kelas amali (PEKA) yang dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1

sekolah kurang membantu pelajar untuk menguasai konsep Fizik. Maka, terdapat beberapa punca yang dikenal pasti sebagai Penyelidik ingin menyatakan beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keputusan yang kurang memuaskan ini. Faktor pertama adalah salah konsep dalam kalangan pelajar. Pengalaman seharian pelajar yang ada kaitan dengan konsep-konsep Fizik ini akan membuatkan pelajar membentuk dan menjana idea mereka sendiri terhadap konsep Fizik yang berkaitan dengan fenomena alam tersebut. Namun, idea ini sering bertentangan dengan pemikiran saintifik (Lilia et al., 2002:40). Seterusnya mereka akan membina kefahaman sendiri yang akhirnya akan menyebabkan berlaku salah konsep. Pelajar juga kebiasaannya, mempunyai pengetahuan sedia ada tentang sesuatu konsep itu. Masalah pembelajaran Fizik berlaku bukan disebabkan mereka tidak tahu tentang Fizik, sebaliknya mereka sudah pun tahu serba sedikit tentang Fizik (Lilia et al., 2002:35). Faktor kedua ialah strategi pengajaran guru. Strategi pengajaran guru penting bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Ia bergantung kepada seseorang guru itu sendiri bagaimana mahu mengurus, mentadbir serta mengawal pelajar di dalam kelas bagi memastikan isi kandungan pelajaran dapat difahami oleh semua pelajar. Selaras dengan hasrat KBSM dan FPN, strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan di antara perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni; yang dilakukan secara terancang, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan bersahaja (Meor Ibrahim, 2001:31). Guru disarankan untuk menjadi lebih kreatif dalam menggabungjalin antara pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya dapat mewujudkan pembelajaran aktif di dalam kelas untuk mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajarnya. Pengkaedahan Peserta Kajian Dalam kajian ini, peserta kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik UTM seramai 41 orang, iaitu 12 lelaki dan 29 perempuan. Mereka juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) seramai 22 orang dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) seramai 19 orang. Umur peserta kajian adalah antara 20-21 tahun. Faktor umur peserta kajian penting kerana ia boleh mempengaruhi kematangan peserta kajian untuk menjawab item-item yang diberikan. Penyertaan peserta kajian juga adalah sukarela. Peserta kajian dipilih berdasarkan keperluan kajian penyelidik yang mahu melihat sumbangan kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) terhadap tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen mereka. Alat Kajian Terdapat dua alat kajian yang digunakan dalam kajian ini. Alat kajian pertama adalah berbentuk ujian pencapaian iaitu Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen (UPTKKM) yang mengandungi 40 item dan berbentuk aneka pilihan. Alat kajian dibina oleh Nur Ruzaini (2007) yang melibatkan kemahiran komunikasi dan mengeksperimen dengan kebolehpercayaannya ialah α =.93. Penyelidik menggunakan semula alat kajian ini. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A ialah maklumat yang berkaitan latar belakang pelajar seperti nombor matriks, jantina dan program pengajian. Sementara itu, Bahagian B pula terdiri daripada item-item kemahiran komunikasi dan mengeksperimen. Alat kajian kedua pula berbentuk soalan jawapan terbuka iaitu Soalan Jawapan Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen (SJTKKM) yang mengandungi enam item. Ia sebagai maklumat tambahan untuk mengukuhkan dapatan kajian. Empat orang peserta kajian dipilih Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2

secara rawak untuk memberikan pendapat dan gerak balas terhadap item-item yang dikemukakan. Alat kajian ini dibina bersama oleh penulis dan dua rakan penulis yang lain. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan latar belakang pelajar dan bahagian B berkaitan kemahiran komunikasi, mengeksperimen, memerhati, mentakrif secara operasi, meramal dan mengawal pembolehubah. Walau bagaimanapun, untuk tujuan analisis data dan perbincangan, penulis hanya memfokus kepada kemahiran yang dikaji sahaja iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen. Tatacara Kajian Ujian sebelum (pretest) dijalankan pada awal semester I bagi mengukur tahap kefahaman pelajar sebelum mereka mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221). Sementara itu, untuk ujian selepas (post-test), item yang sama akan diedarkan pada akhir semester I bagi mengukur tahap kefahaman pelajar selepas mengikuti kursus tersebut. Alat kajian pertama iaitu UPTKKM dijalankan semasa sesi amali. Ujian mengambil masa kira-kira satu jam. Bagi alat kajian kedua iaitu SJTKKM, ia diberikan kepada peserta kajian setelah mereka selesai mengikuti kursus SPN 2221. Analisis Data Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Data dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif iaitu min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratus. Min yang diperolehi digunakan untuk menentukan tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar. Markat dikategorikan kepada lima peringkat pencapaian bagi menggambarkan tahap kefahaman pelajar iaitu cemerlang (34-40), baik (28-33), sederhana (22-27), lemah (16-21) dan sangat lemah (0-15). Keputusan dan Perbincangan Tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen secara keseluruhan ditentukan dengan merujuk pada nilai min yang diperolehi. Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Jadual 1 dan Jadual 2 merujuk kepada keputusan analisis data bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu untuk mengetahui tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) dalam kalangan pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Merujuk kepada Jadual 1, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum peserta kajian mengikuti kursus SPN 2221 adalah baik (M = 29.56, SL = 5.83), bersamaan 73.90%. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3

Jadual 1 : Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Jenis Kemahiran n = 41 Min Sisihan Lazim Maksimum (Minimum) Tahap Kefahaman Komunikasi 15.56 3.20 19.00 (4.00) Mengeksperimen 14.00 2.99 18.00 (4.00) Keseluruhan (40 Item) 29.56 5.83 36.00 (8.00) Berdasarkan Jadual 1, julat keseluruhan bagi kedua-dua kemahiran iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum menjalani kursus SPN 2221 ialah 28.00. Sementara itu, julat bagi kemahiran komunikasi ialah 15.00 dan bagi kemahiran mengekpserimen pula ialah 14.00. Kekerapan tertinggi (mod) keseluruhan bagi kedua-dua kemahiran ialah 35.00 iaitu seramai 7 orang (17.07%). Untuk kemahiran komunikasi dan mengeksperimen, masing-masing mencatatkan nilai mod yang sama iaitu 16.00 iaitu seramai 9 orang (21.95%). Peratus serakan keseluruhan ialah 19.72% dan bagi setiap kemahiran iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen, masing-masing peratus serakannya ialah 20.57% dan 21.36%. Jadual 2 pula menunjukkan tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen selepas responden mengikuti kursus SPN 2221. Tahap kefahaman mereka berada pada tahap baik (M = 31.49, SL = 5.66), bersamaan 78.73%. Jadual.2: Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Jenis Kemahiran n = 41 Min Sisihan Lazim Maksimum (Minimum) Tahap Kefahaman Komunikasi 16.66 3.13 20.00 (6.00) Mengeksperimen 14.83 2.77 19.00 (5.00) Keseluruhan (40 Item) 31.49 5.66 38.00 (11.00) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4

Merujuk kepada Jadual 2, selepas menjalani kursus SPN 2221, julat keseluruhan bagi kemahiran komunikasi dan mengeksperimen ialah 27.00. Bagi setiap kemahiran iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen, masing-masing mencatatkan julat yang sama iaitu 14.00. Kekerapan tertinggi (mod) keseluruhan pula ialah 34.00 iaitu seramai 11 orang (26.83%). Untuk kedua-dua kemahiran iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen, masing-masing mencatatkan mod 19.00 seramai 14 orang (34.15%) dan 15.00 seramai 15 orang (36.59%). Selain itu, peratus serakan keseluruhan ialah 17.97%. Kemahiran komunikasi memberikan peratus serakan 18.79% sementara 18.68% bagi kemahiran mengeksperimen.selain kutipan data berbentuk kuantitatif, penyelidik juga menggunakan data berbentuk kualitatif iaitu melalui Soalan Jawapan Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen (SJTKKM) yang diberikan kepada empat orang peserta kajian untuk menjawab persoalan kajian yang diutarakan penyelidik. Keseluruhannya, peserta kajian memberi gerak balas positif terhadap sumbangan kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) terhadap kemahiran-kemahiran proses sains yang diukur iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen. Kesimpulan bagi persoalan kajian ketiga ialah secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman sebelum dan selepas mengikuti kursus SPN 2221 bagi dan dengan masing-masing menunjukkan tahap kefahaman yang baik. Bagi kemahiran komunikasi, tahap kefahaman kedua-dua dan adalah baik sebelum dan selepas mengikuti kursus tersebut. Begitu juga dengan kemahiran mengeksperimen, tidak menunjukkan peningkatan tahap kefahaman dengan tahap kefahamannya adalah baik. Walau bagaimanapun, menunjukkan peningkatan tahap kefahaman dari sederhana kepada baik. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen yang tidak berubah sebelum dan selepas menjalani kursus SPN 2221. Antaranya ialah mungkin kurangnya interaksi dan komunikasi dua hala antara pensyarah dengan pelajar....penting guru menanyakan soalan kepada pelajar semasa mereka menjalankan eksperimen... (Lilia et al., 2002:17). Dengan adanya interaksi dua hala, sebagai contoh pensyarah bertanyakan soalan-soalan berkaitan eksperimen yang akan dijalankan, pelajar akan berteka-teki mengapa mereka melakukan eksperimen tersebut. Mereka bukan hanya sekadar mengetahui tujuan eksperimen sebagaimana yang dinyatakan dalam buku teks mahupun bukubuku rujukan, malah pelajar juga akan lebih bersedia untuk menjalankan eksperimen dengan membuat persediaan serta pembacaan awal mengenai eksperimen yang bakal dijalankan. Faktor kedua yang menyebabkan tiada perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas mengikuti kursus SPN 2221 ialah pelajar mungkin kurang pengetahuan tentang kemahirankemahiran proses sains. Merujuk kepada gerak balas yang diberi oleh pelajar melalui soalan jawapan terbuka yang dijalankan, mereka kurang memahami maksud sebenar kemahiran komunikasi dan kemahiran mengeksperimen dalam kemahiran proses sains (KPS). Mereka lebih cenderung memberikan takrif kemahiran-kemahiran tersebut secara umum sahaja. Kenyataannya, pelajar tidak sedar dan kurang prihatin dengan kemahiran-kemahiran proses sains yang telah dijalankan semasa mengikuti kursus SPN 2221 saban minggu. Mereka hanya menjalankan aktiviti amali tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya telah melalui pengalaman kemahiran-kemahiran proses sains yang dikaji penyelidik iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5

Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian Jadual 3 dan Jadual 4 merujuk kepada persoalan kajian yang ketiga iaitu tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentas program pengajian iaitu dan dalam kalangan pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Merujuk kepada Jadual 3, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengekperimen sebelum menjalani kursus SPN 2221 merentas program pengajian adalah baik, (M = 30.82, SL = 3.17) bersamaan 77.05% dan (M = 28.11, SL = 7.72) bersamaan 70.28%. Berdasarkan pada Jadual 3, sebelum mengikuti kursus SPN 2221, peserta kajian dari dan masing-masing memberikan julat keseluruhan 11.00 dan 28.00 bagi kedua-dua kemahiran. Julat bagi kemahiran komunikasi masing-masing adalah 6.00 dan 14.00. Kemahiran mengeksperimen pula masing-masing mencatatkan julat 8.00 dan 14.00. Terdapat dua mod keseluruhan bagi kedua-dua kemahiran (bimodal) iaitu nilai 29.00 dan 35.00 bagi iaitu masing-masing seramai 5 orang (22.73%). Begitu juga dengan terdapat dua mod keseluruhan (bimodal) iaitu 33.00 dan 34.00 dengan masing-masing seramai 3 orang (15.79%). Bagi kemahiran komunikasi, dan masing-masing menghasilkan dua mod iaitu 16.00 (8 orang, 36.36%) dan 17.00 (5 orang, 26.32%). Bagi kemahiran mengeksperimen pula mencatatkan tiga mod (multiple mode) iaitu 13.00, 15.00 dan 16.00 dengan masing-masing seramai 5 orang (22.73%) dan bagi, terdapat dua mod (bimodal) iaitu 16.00 dan 17.00 dengan masing-masing seramai 4 orang (21.05%). Jadual 3: Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian Jenis Kemahiran n = 41 Komunikasi Mengeksperim en Keseluruhan (40 Item) Program n=22 n =19 n=22 n=19 n=22 n=19 Min Sisihan Lazim 16.41 2.02 14.58 4.02 14.41 2.09 13.53 3.79 30.82 3.17 28.11 7.72 Maksimum (Minimum) 19.00 (13.00) 18.00 (4.00) 17.00 (9.00) 18.00 (4.00) 36.00 (25.00) 36.00 (8.00) Tahap Kefahaman Sederhana Peratus serakan keseluruhan kedua-dua kemahiran bagi dan masing-masing ialah 10.28% dan 27.46%. Bagi setiap kemahiran pula iaitu kemahiran komunikasi, masing-masing mencatatkan peratus serakan 12.31% bagi dan 27.57% bagi. Sementara itu, kemahiran mengeksperimen, dan masing-masing mencatatkan peratus serakan 14.50% dan 28.01%. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 6

Jadual 4 pula menunjukkan keputusan kajian tentang tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen selepas peserta kajian mengikuti kursus SPN 2221 merentas program pengajian. Tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengekperimen merentas program pengajian adalah baik iaitu (M = 30.45, SL = 7.00) bersamaan 76.13% dan (M = 32.68, SL = 3.35) 81.70%. Jadual 4: Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian Pengajian Jenis Kemahiran n = 41 Komunikasi Mengeksperimen Keseluruhan (40 Item) Program n=22 n=19 n =22 n =19 n =22 n =19 Min Sisihan Lazim 16.50 4.00 16.84 1.74 13.95 3.12 15.84 1.92 30.45 7.00 32.68 3.35 Maksimum (Minimum) 20.00 (6.00) 20.00 (14.00) 18.00 (5.00) 19.00 (12.00) 37.00 (11.00) 38.00 (26.00) Tahap Kefahaman Jadual 4 menunjukkan bahawa julat keseluruhan bagi kedua-dua kemahiran iaitu kemahiran komunikasi dan mengeksperimen selepas menjalani kursus SPN 2221 bagi kedua-dua program pengajian dan ialah 26.00 dan 12.00. Sementara itu, bagi kemahiran komunikasi masing-masing mencatatkan julat 14.00 dan 6.00. Bagi kemahiran mengekpserimen pula julat dan masing-masing ialah 13.00 dan 7.00. Mod keseluruhan kedua-dua kemahiran bagi program pengajian dan masing-masing ialah 34.00 (8 orang, 36.36%) dan 33.00 (4 orang, 21.05%). Sementara itu, dan mencatatkan mod 19.00 (11 orang, 50.00%) dan 17.00 (6 orang, 31.58%) bagi kemahiran komunikasi dan bagi kemahiran mengeksperimen, masing-masing memberikan nilai mod 15.00 (11 orang, 50.00%) bagi dan 17.00 (5 orang, 26.32%) bagi. Peratus serakan keseluruhan kedua-dua kemahiran ialah 22.30% bagi dan 10.25% bagi. Bagi satu-satu kemahiran pula iaitu kemahiran komunikasi, dan masing-masing mencatatkan peratus serakan 24.24% dan 10.33%. Sementara itu, kemahiran mengeksperimen mencatatkan peratus serakan 22.37% bagi dan 12.12% bagi. Kesimpulan bagi persoalan kajian ketiga ialah secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman sebelum dan selepas mengikuti kursus SPN 2221 bagi dan dengan masing-masing menunjukkan tahap kefahaman yang baik. Bagi kemahiran komunikasi, tahap kefahaman kedua-dua dan adalah baik sebelum dan selepas mengikuti kursus tersebut. Begitu juga dengan kemahiran mengeksperimen, tidak menunjukkan peningkatan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 7

tahap kefahaman dengan tahap kefahamannya adalah baik. Walau bagaimanapun, menunjukkan peningkatan tahap kefahaman dari sederhana kepada baik. Situasi begini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu, pelajar yang menunjukkan peningkatan peratusan mungkin dipengaruhi oleh reka bentuk kurikulum di Fakulti Pendidikan UTM ini. Dengan mengikuti pembelajaran berkomputer (pengkhususan kedua), mereka mungkin memiliki asas komputer yang lebih baik berbanding pelajar. Penggunaan komputer banyak memberi manfaat kepada pengguna yang tahu mencari maklumat dan informasi dengan betul. Menurut Poh (2000), Pengajaran yang menggunakan sumber multimedia seperti cakera video, cakera laser (CD-ROM), perisian komputer, pita audio dan sebagainya boleh meningkatkan lagi minat pelajar terhadap Sains. Tambahan pula ia boleh dilakukan sendiri pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Maka, pengguna komputer yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ini sememangnya mempunyai minat dan kelebihan untuk belajar dan mendapatkan ilmu melalui komputer. Pelajar mungkin mempunyai minat yang lebih mendalam terhadap komputer berbanding pelajar. Maka reka bentuk kurikulum mempengaruhi pelajar untuk mencari maklumat tambahan dalam penulisan laporan dan sebagainya. Selain faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kefahaman pelajar, faktor yang mungkin mempengaruhi kemerosotan peratusan pelajar ialah kurangnya keberkesanan strategi pengajaran pensyarah dalam mengendalikan kelas amali sekiranya pensyarah yang mengajar dua kelompok dan itu adalah individu yang berbeza. Oleh itu, jika pensyarah berbeza, maka strategi dan cara pengajaran juga berbeza. Perbezaan strategi dan kaedah pengajaran juga mungkin mempengaruhi fokus dan tumpuan pelajar dalam kelas untuk belajar Fizik. Perbincangan setiap kali selepas kelas patut dilakukan bagi mengenal pasti tahap kefahaman pelajar. Di samping itu, faktor minat juga boleh mempengaruhi tahap kefahaman pelajar. Penggunaan simulasi dan animasi berkomputer dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik sebagaimana yang disarankan oleh PPK. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003:35), Penggunaan teknologi lain seperti penggunaan antara muka berkomputer amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar sains dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Kesimpulan Dalam kertas kerja ini, penyelidik hanya menumpukan perbincangan kepada tahap kefahaman keseluruhan kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sahaja. Keputusan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tiada perbezaan tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas pelajar menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221). Tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas pelajar menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentas program pengajian juga tidak menunjukkan perbezaan. Oleh itu, penyelidik berpendapat agar kajian yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran proses sains lain dilakukan bagi mengenal pasti tahap kefahaman sebenar pelajar terhadap KPS. Selain itu, kursus Pendidikan Amali II (SPN 3231) juga boleh dijadikan sebagai rawatan (treatment) bagi mengukur sumbangan kursus tersebut terhadap tahap kefahaman KPS pelajar. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 8

Rujukan Lilia Halim, Tamby, S.M.M dan Zolkepeli Haron (2002). Strategi Pengajaran Fizik Untuk Guru Sains. Petaling Jaya: Prentice-Hall. Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Modul Pembelajaran Sains&Matematik. Skudai: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Nur Ruzaini Che Mansor (2007). Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Program Pendidikan Fizik. Laporan Projek Sarjana Muda.Universiti Teknologi Malaysia. Poh, S.H. (2000). Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan IV. Kuala Lumpur: Pusat Perkembanagan Kurikulum. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor 9