Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM Nizam Abd Latib, PhD Timbalan Pengarah Rosmidah Hashim, PhD Jabatan Ilmu Pendidikan Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman tentang solat dalam kalangan pelajar di IPG Kampus Raja Melewar. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan soal selidik dan melibatkan statistik deskriptif dan inferensi. Sampel kajian terdiri daripada 56 pelajar PISMP yang terdiri daripada 16 (28.6%) pelajar dari Unit Pendidikan Agama Islam PISMP Semester 7, 21 (37.5%) pelajar dari Unit Matematik PISMP Semester 7 dan 19 (33.9%) pelajar dari Unit Pendidikan Agama Islam PISMP Semester 5. Min tahap kefahaman semua pelajar tentang solat adalah tinggi dan min tahap amalan solat semua pelajar adalah tinggi. Hanya min tahap amalan solat bagi Unit Matematik Semester 7 adalah sederhana. Min tahap penghayatan solat semua pelajar adalah tinggi. Min tahap sahsiah pelajar bagi semua kumpulan pelajar adalah tinggi. Bagi keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji, kumpulan Unit Pendidikan Agama Islam Semester 7 menunjukkan pencapaian min dan tahap yang tinggi berbanding kumpulan Unit Pendidikan Agama Islam Semester 5 dan Unit Matematik Semester 7. Terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan sahsiah pelajar tetapi kekuatan hubungannya adalah lemah. Kesimpulannya pelajar mempunyai tahap kefahaman, amalan dan penghayatan solat serta sahsiah yang tinggi. Kajian juga mendapati amalan solat mempengaruhi sahsiah pelajar. Kata kunci : Kefahaman solat, amalan solat, penghayatan solat, sahsiah PENGENALAN Solat adalah ibadah yang amat istimewa dan terpenting bagi seseorang Islam. Ini kerana amalan solat adalah perkara utama yang akan disoal dan diadili oleh Allah swt di akhirat kelak. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agamanya dan jika sebaliknya dia telah meruntuhkan agamanya. Individu yang menjaga amalan solat menunjukkan ketinggian darjat iman dan ketaqwaan dan seterusnya boleh mempamerkan sahsiah atau adab yang baik dan begitulah sebaliknya. Umat Islam dianjurkan sentiasa memelihara amalan solat dan amalan ibadah lain dan menegakkan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang ditegah atau dilarang oleh agama. Justeru, melaksanakan amalan solat dan ibadah yang lain dengan sempurna serta ikhlas sangat mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah swt. PERNYATAAN MASALAH Dalam memperkatakan tentang amalan solat, ada banyak perkara yang perlu diketahui, difahami dan dihayati oleh pelakunya supaya solatnya itu diyakini betul, sah dan diterima oleh Allah swt. Perkara ini penting kerana dengan pengisian ilmu dan kemahiran tentang amalan solat yang betul, boleh membina peribadi atau sahsiah individu Muslim yang baik lagi cemerlang. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui sejauh mana kumpulan pelajar dari Unit Pengajian Agama Islam (PAI) yang bakal bergelar uztaz dan ustazah setelah bergraduat, mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam perkara amalan solat. Pengkaji ingin tahu juga adakah benar pelajar dari unit lain iaitu di luar bidang Pendidikan Islam kurang berpengetahuan tentang selok belok amalan solat? Pengkaji ingin mengetahui sejauh mana tahap kefahaman pelajar tentang amalan solat yang mereka laksanakan, penghayatan terhadap amalan solat dan pembinaan sahsiah cemerlang yang terhasil dari gabungan tiga elemen amalan solat. Penyelidik juga ingin mengkaji perbandingan antara kumpulan pelajar dari Unit Pendidikan Islam yang senior dengan yang junior dan satu unit dari opsyen yang lain. Kajian seumpama ini belum lagi dilaksanakan di IPG Kampus Raja Melewar (IPGKRM) dan ini mendorong pengkaji untuk melaksanakannya. 25
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk i. menentukan tahap kefahaman tentang solat dalam kalangan responden kajian. ii. menentukan tahap amalan solat responden kajian. iii. menentukan tahap penghayatan tentang solat responden kajian. iv. mengenal pasti unit pelajar yang mempunyai sahsiah yang cemerlang dalam kajian ini. v. menentukan unit pelajar manakah yang lebih bersedia untuk menjadi imam. vi. menentukan unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat. vii. menentukan unit pelajar yang lebih baik amalan solatnya. viii. menentukan unit pelajar yang baik penghayatan solatnya. ix. mengenal pasti hubungan antara amalan solat dengan sahsiah pelajar SOALAN KAJIAN Kajian ini menjawab soalan kajian berikut: i. Apakah tahap kefahaman tentang solat dalam kalangan responden kajian? ii. Apakah tahap amalan solat responden kajian? iii. Apakah tahap penghayatan tentang solat responden kajian? iv. Apakah unit pelajar yang mempunyai sahsiah yang cemerlang dalam kajian ini? v. Unit pelajar manakah yang lebih bersedia untuk menjadi imam? vi. Unit pelajar manakah yang lebih baik kefahaman tentang solat? vii. Unit pelajar manakah yang lebih baik amalan solatnya? viii. Unit pelajar manakah yang baik penghayatan solatnya? ix. Apakah hubungan amalan solat dengan sahsiah pelajar? TINJAUAN LITERATUR Dewasa ini banyak kajian tentang amalan solat telah dilaksanakan oleh barisan penyelidik di Malaysia. Napisah (2004) mendapati 65% pelajar Islam Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak yang dikaji bersetuju pendidikan agama dan pengaruh rakan mempengaruhi amalan solat pelajar. Beliau menjelaskan faktor rakan adalah faktor yang dominan yang mempengaruhi amalan solat. Beliau mencadangkan program kesedaran dan bimbingan rakan sebaya perlu digiatkan supaya amalan solat itu dapat dilaksanakan dan dihayati. Kajian terhadap pelajar Kolej 11 di Universiti Malaya oleh Norlyana (2006) mendapati tahap pengetahuan pelajar tentang solat adalah tinggi (min=4.73), tahap amalan solat adalah tinggi (min=4.22) dan tahap kefahaman pelajar tentang kesan daripada amalan solat adalah tinggi (min=4.63). Beliau menyatakan peneguhan dalam aspek agama perlu diterapkan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga di rumah. Ibubapa perlu memainkan peranan semasa anak-anak di rumah dengan memberi bimbingan agama terhadap anak mereka. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan aspek amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan aspek amalan solat berdasarkan pencapaian dalam subjek Pendidikan Islam untuk SPM (Siti Rokiah 2007). Beliau juga melaporkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan aspek akhlak pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian dalam subjek Pendidikan Islam untuk SPM. Namun terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan akhlak pelajar. Ramli dan Rosmaziah (2009) telah menjalankan kajian terhadap pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam (SPI), Universiti Teknologi Malaysia. Kajian mendapati tahap amalan solat sunat dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan. Beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak kampus yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap kefahaman dan amalan solat dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kajian-kajian lepas, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat persamaan atau perbezaan dalam pandangan pelajar tentang penghayatan, kefahaman, amalan solat dan juga sahsiah pelajar. 26
METODOLOGI KAJIAN Peserta Kajian Jadual 1 menunjukkan sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 56 pelajar PISMP iaitu 16 (28.6%) pelajar dari unit PAI PISMP Semester 7, 21 (37.5%) pelajar dari unit Matematik (Mat) PISMP Semester 7 dan 19 (33.9%) pelajar dari unit PAI PISMP Semester 5. Sebanyak 31 (55.3%) pelajar adalah perempuan manakala 25 (44.6%) adalah lelaki. Jadual 1 Peserta Kajian Bil Unit Pelajar Bilangan Pelajar Jantina Jumlah Lelaki Perempuan pelajar 1 PAI Sem7 16 4 12 16 21 19 2 Mat Sem 7 21 9 12 3 PAI Sem 5 19 12 7 Jumlah 56 25 31 56 Alat Ukur Alat kajian yang digunakan merupakan soal selidik yang diperoleh daripada kajian Siti Rokiah (2007). Soal selidik kajian mengandungi empat bahagian. Semua bahagian mempunyai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.7. Hanya komponen kefahaman tentang solat mempunyai pekali kebolehpercayaan yang rendah iaitu 0.67 namun pengkaji berpendapat bacaan pekali ini masih relevan. Hal ini adalah berdasarkan George dan Mallery (2010) yang menyatakan pekali yang lebih dari 0.7 diterima manakala 0.6 adalah sedikit lemah. Bahagian pertama iaitu kefahaman tentang solat mengandungi 15 item, bahagian kedua tentang amalan pelaksanaan solat mengandungi 13 item, bahagian ketiga ialah penghayatan tentang solat yang mengandungi 11 item dan bahagian ke empat ialah sahsiah pelajar yang mengandungi 11 item. Skala yang digunakan ialah skala lima mata seperti berikut: 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju Prosedur Pengumpulan Data dan Analisis Data Keseluruhan data kajian ialah jenis kuantitatif. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Ms Excel. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan digunakan. DAPATAN Tahap Kefahaman Tentang Solat Antara Kumpulan Pelajar Pada keseluruhannya, min tahap kefahaman semua pelajar tentang solat adalah tinggi (min=4.56, sp=0.29). Min tahap kefahaman tentang solat bagi Unit PAI Semester 7 (min=4.66, sp=0.25) lebih tinggi dari min tahap kefahaman tentang solat Unit PAI Semester 5 (min=4.46, sp=0.25) dan Unit Mat Semester 7 (min=4.57, sp=0.39). Namun tahap kefahaman tentang solat bagi semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi seperti dalam Jadual 4. Jadual 4a Tahap Kefahaman Tentang Solat antara kumpulan pelajar Unit Pelajar Aspek: Kefahaman tentang solat Min SP Tahap S7PAI 4.66 0.25 Tinggi S7MAT 4.57 0.39 Tinggi S5PAI 4.46 0.25 Tinggi Min keseluruhan 4.56 0.29 Tinggi 27
Jadual 4b Kefahaman Tentang Solat mengikut item Bil Item Min SP Tahap 1 Berwuduk dengan sempurna wajib sebelum bersolat. 4.83 0.44 Tinggi 2 Solat fardhu wajib didirikan lima waktu sehari semalam 4.97 0.16 Tinggi 3. Solat fardhu itu wajib dilaksanakan walaupun sedang sakit. 4.81 0.61 Tinggi 4. Khusyuk dalam solat adalah perkara yang dituntut. 4.91 0.27 Tinggi 5. Orang yang meninggalkan solat secara sengaja adalah kufur. 4.56 0.92 Tinggi 6. Meninggalkan solat fardhu adalah berdosa besar 4.94 0.22 Tinggi 7. Perkara pertama dihisab di akhirat adalah solat 4.89 0.39 Tinggi 8. Melengah-lengahkan solat tanpa keuzuran adalah tidak dibenarkan 4.89 0.31 Tinggi 9 Bacaan Al-Fatihah adalah rukun dan mesti betul supaya solat itu sah. 4.94 0.22 Tinggi 10 11 12 13 14 15 Jika bacaan Al-Fatihah oleh Imam tidak betul, solat Imam dan makmum tidak sah. Makmum boleh mufarakah (keluar dari solat berjemaah) jika yakin bacaan Imam tidak betul. Jika yakin bacaan Al-Fatihah imam dalam solat Jumaat tidak betul, saya perlu menggantikan dengan solat zuhur. Masbuk itu berlaku apabila makmum terlewat untuk mengikuti solat berjemaah. Solat orang yang sudah berkahwin ialah 70 x ganda daripada solat orang bujang. Solat-solat sunat dilaksanakan untuk meningkatkan tahap keimanan individu Muslim. 4.27 1.09 Tinggi 4.45 0.80 Tinggi 3.70 0.99 Tinggi 4.43 1.09 Tinggi 3.64 1.35 Sederhana 4.83 0.44 Tinggi Keseluruhan 4.56 0.29 Tinggi Tahap Amalan Solat Antara Kumpulan Pelajar. Pada keseluruhannya, min tahap amalan solat semua pelajar adalah tinggi (min=3.81, sp=0.48). Min tahap amalan solat bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 (min=4.29, sp=0.38) lebih tinggi dari Unit PAI Semester 5 (min=3.68,sp=0.58) dan dari Unit Mat Semester 7(min=3.46,sp=0.49). Hanya min tahap amalan solat bagi Unit MAT Semester 7 adalah sederhana (min=3.46, sp=0.49) seperti dalam Jadual 5. Jadual 5a Tahap Amalan Solat antara kumpulan pelajar Unit Amalan solat Min SP Tahap amalan Solat S7PAI 4.29 0.38 Tinggi S7MAT 3.46 0.49 Sederhana S5PAI 3.68 0.58 Tinggi Keseluruhan 3.81 0.48 Tinggi 28
Jadual 5b Tahap Amalan Solat bagi setiap item Bil Item Min SP Tahap 1 Saya bersolat lima waktu sehari semalam 4.72 0.50 Tinggi 2 Saya melaksanakan setiap rukun dalam solat dengan teliti. 3 Saya melafazkan bacaan Al-Fatihah dalam solat dengan betul. 4 Saya selalu bersedia untuk bersolat sebelum azan berkumandang 4.45 0.69 Tinggi 4.48 0.65 Tinggi 3.89 0.73 Tinggi 5 Saya bersedia menjadi imam apabila diminta. 4.05 0.74 Tinggi 6 Saya sentiasa berusaha untuk solat berjemaah 3.89 0.84 Tinggi 7 Saya sering melaksanakan solat Tahajjud. 3.16 1.14 Sederhana 8 Saya sering melaksanakan solat Dhuha. 3.32 1.15 Sederhana 9 Saya suka melaksanakan solat sunat sebelum solat fardhu. 3.56 0.86 Sederhana 10 Saya suka melaksanakan solat sunat selepas solat fardhu. 3.48 0.96 Sederhana 11 Saya selalu solat sunat Asar sebelum melaksanakan solat Asar. 3.21 1.08 Sederhana 12 Saya mesti berdoa ke hadrat Ilahi selepas solat. 4.83 0.44 Tinggi 13 Saya selalu pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat 2.54 1.21 Sederhana Keseluruhan 3.81 0.48 Tinggi Tahap Penghayatan Tentang Solat Antara Kumpulan Pelajar Pada keseluruhannya, min tahap penghayatan solat semua pelajar adalah tinggi (min=3.92, sp=0.45). Min tahap penghayatan solat bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 (min=4.23, sp=0.26) adalah lebih tinggi dari min tahap penghayatan solat Unit PAI Semester 5 (min=3.68,sp=0.67) dan dari Unit MAT Semester 7 (min=3.86, sp=0.42) seperti dalam Jadual 6. Namun tahap penghayatan tentang solat bagi semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi seperti dalam Jadual 6. Jadual 6a Tahap Penghayatan Tentang Solat antara kumpulan pelajar Unit Penghayatan tentang solat Min SP Tahap penghayatan tentang solat S7PAI 4.23 0.26 Tinggi S7MAT 3.86 0.42 Tinggi S5PAI 3.68 0.67 Tinggi Keseluruhan 3.92 0.45 Tinggi 29
Jadual 6b Tahap Penghayatan Tentang Solat Bagi Setiap Item Bil Item Min SP Tahap 1 Saya berhenti dari meneruskan kerja apabila mendengar azan 3.32 0.97 Sederhana berkumandang 2 Saya faham makna setiap bacaan dalam solat 3.62 0.98 Sederhana 3 4 5 Saya mudah khusyuk dalam solat Saya sentiasa menjaga tumakninah semasa melaksanakan solat. Saya tahu cara bagaimana untuk memperoleh solat yang khusyuk. 2.89 1.04 Sederhana 4.29 0.77 Tinggi 3.83 0.86 Tinggi 6 7 Saya suka bersugi (membersihkan mulut) sebelum bersolat berjemaah. 3.64 0.91 Sederhana Saya bersolat dengan sentiasa memandang ke tempat sujud. 4.62 0.54 Tinggi 8 Saya sentiasa berpakaian kemas dan bersih semasa bersolat. 4.51 0.55 Tinggi 9 Saya suka memakai wangi-wangian untuk bersolat. 3.86 0.94 Tinggi 10 Saya sedar solat berjemaah itu 27 kali ganda ganjarannya dari solat bersendirian. 4.94 0.22 Tinggi 11 Saya sedar solat sunat rawatib boleh menutupi kecacatan pada solat fardhu. Tahap Sahsiah Pelajar 4.67 0.66 Tinggi Keseluruhan 3.92 0.45 Tinggi Pada keseluruhannya, min tahap sahsiah pelajar adalah tinggi (min=4.66, sp=0.41). Min tahap sahsiah pelajar bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 (min=4.90, sp=0.16) adalah lebih tinggi dari min tahap sahsiah pelajar Unit PAI Semester 5 (min=4.41,sp=0.62) dan dari Unit MAT Semester 7 (min=4.68, sp=0.46) seperti dalam Jadual 7. Namun tahap sahsiah semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi seperti dalam Jadual 7. Jadual 7a Tahap Sahsiah Pelajar Unit Sahsiah Pelajar Min SP Tahap S7PAI 4.90 0.16 Tinggi S7MT 4.68 0.46 Tinggi S5PAI 4.41 0.62 Tinggi Min keseluruhan 4.66 0.41 Tinggi 30
Jadual 7b Tahap Sahsiah Pelajar bagi setiap item Bil Item Min SP Tahap 1 Individu yang menjaga solat, akan menjaga batasan perhubungan sesama 4.78 0.47 Tinggi manusia. 2 Solat yang dihayati boleh melahirkan akhlak mukmin yang mulia. 4.97 0.16 Tinggi 3 Individu yang rajin bersolat suka menolong orang dalam kesusahan. 4.72 0.56 Tinggi 4 Solat yang berkualiti boleh menjauhkan diri dari perbuatan fasya dan 4.91 0.56 Tinggi mungkar. 5 Individu yang menjaga solat mempunyai integriti diri yang tinggi. 4.78 0.53 Tinggi 6 Individu yang suka bersolat berjemaah memahami maksud mengeratkan tali 4.70 0.66 Tinggi silaturahim. 7 Individu yang menjadi imam dalam solat adalah contoh teladan kepada orang 4.81 0.51 Tinggi lain. 8 Individu yang menjaga solat sentiasa berhati hati apabila berbicara. 4.62 0.68 Tinggi 9 Individu yang memelihara solat suka kepada semua amalan yang baik. 4.70 0.57 Tinggi 10 Individu yang menjaga solat tahu membezakan antara perkara baik dan buruk. 4.75 0.49 Tinggi 11 Individu yang menjaga solat sentiasa mempunyai sikap yang positif. 4.75 0.54 Tinggi Keseluruhan 4.66 0.41 Tinggi Kumpulan/Unit pelajar yang lebih bersedia untuk menjadi imam. Kumpulan atau unit pelajar yang lebih bersedia untuk menjadi imam berdasarkan aspek tahap sahsiah yang terbaik, kefahaman tentang solat yang terbaik, penghayatan solat yang terbaik dan amalan solat yang terbaik ialah pelajar dari kumpulan Unit PAI Semester 7 dengan min tahap sahsiah tertinggi(min=4.90, SP=0.16), min penghayatan solat tertinggi (min=4.23, Sp=0.26), min kefahaman solat tertinggi (min=4.66, SP=0.25) dan min amalan solat tertinggi (min=4.29,sp=0.38). Kumpulan/Unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat Kumpulan atau unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 dengan bacaan min tertinggi 4.66, SP=0.25. Tahap kefahaman tentang solat kumpulan ini adalah tertinggi berbanding dengan kumpulan Unit MAT Semester 7 dan kumpulan Unit PAI Semester 5. Kumpulan/ Unit pelajar yang lebih baik amalan solatnya. Kumpulan atau unit pelajar yang lebih baik amalan solat ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 dengan bacaan min tertinggi 4.29, SP=0.38. Tahap amalan solat bagi kumpulan ini adalah tertinggi berbanding dengan kumpulan Unit MAT Semester 7 dan kumpulan Unit PAI Semester 5. Kumpulan/ Unit pelajar yang baik penghayatan solatnya Kumpulan atau unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 dengan bacaan min tertinggi 4.23, SP=0.26. Tahap penghayatan tentang solat bagi kumpulan ini adalah tertinggi berbanding dengan kumpulan Unit MAT Semester 7 dan kumpulan Unit PAI Semester 5. Hubungan amalan solat dengan sahsiah pelajar Terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan sahsiah pelajar. Dalam kajian ini, terdapat korelasi antara amalan solat dengan sahsiah pelajar tetapi kekuatan hubungannya adalah lemah (r=0.324, α>=0.050, p=0.051) Jadual 8 Korelasi antara pembolehubah amalan solat dengan sahsiah pelajar Pembolehubah Nilai r Nilai p Amalan solat 0.324 0.051 31
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN Dalam kajian ini, min tahap kefahaman tentang solat bagi Unit PAI Semester 7 lebih tinggi dari min tahap kefahaman tentang solat Unit PAI Semester 5 dan Unit Mat Semester 7. Dapatan ini mungkin kerana pelajar Unit PAI Semester 7 adalah lebih senior, lebih berilmu, lebih berpengalaman, berketrampilan, lebih lama berada di kampus, dibimbing serta dilatih oleh ustaz-ustaz di Institut ini. Terdapat dua item yang pelajar kurang kefahaman tentang solat iaitu item jika yakin bacaan Al-Fatihah imam dalam solat Jumaat tidak betul, maka perlu ditampung ibadah solat Jumaat itu dengan melaksanakan solat zuhur (min=3.70) dan item berkaitan dengan aspek solat bagi orang yang sudah berkahwin ialah 70x ganda daripada solat orang bujang. (min=3.64). Pada keseluruhannya, tahap kefahaman tentang solat bagi semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi. Pada keseluruhannya, tahap amalan solat bagi semua pelajar adalah tinggi. Min tahap amalan solat bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 adalah lebih tinggi dari Unit PAI Semester 5 dan dari Unit MAT Semester 7. Hanya min tahap amalan solat bagi Unit MAT Semester 7 adalah sederhana. Dapatan ini adalah mungkin kerana mereka adalah dari opsyen MAT di mana pengisian ilmu agama, kefahaman mereka dan amalan solat mereka mungkin tidaklah sebegitu tinggi berbanding pelajar dari opsyen atau Unit PAI. Ini dapat dilihat pada enam item tentang amalan solat yang mana bacaan minnya adalah tidak tinggi iaitu item Saya sering melaksanakan solat Tahajjud (3.16), Saya sering melaksanakan solat Dhuha.(3.32), Saya suka melaksanakan solat sunat sebelum solat fardhu (3.56). Saya suka melaksanakan solat sunat selepas solat fardhu.(3.48), Saya selalu solat sunat Asar sebelum melaksanakan solat Asar.(3.21), Saya selalu pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat(2.54). Min tahap penghayatan solat bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 juga adalah lebih tinggi dari min tahap penghayatan solat Unit PAI Semester 5 dan dari Unit MAT Semester 7. Terdapat empat item yang memberikan bacaan min yang sederhana iaitu Saya berhenti dari meneruskan kerja apabila mendengar azan berkumandang(3.32), Saya faham makna setiap bacaan dalam solat(3.62),dan Saya suka bersugi (membersihkan mulut) sebelum bersolat berjemaah(3.64). Pada keseluruhannya, tahap penghayatan tentang solat bagi semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi. Min tahap sahsiah pelajar bagi kumpulan pelajar dari Unit PAI Semester 7 adalah lebih tinggi dari min tahap sahsiah pelajar Unit PAI Semester 5 dan dari Unit MAT Semester 7. Pada keseluruhannya, tahap sahsiah semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah tinggi. Unit pelajar yang lebih bersedia untuk menjadi imam ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 kerana bacaan min yang tertinggi. Tahap sahsiah yang dimiliki oleh kumpulan ini juga adalah yang tertinggi. Unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 juga dengan bacaan min yang tertinggi. Tahap kefahaman tentang solat oleh kumpulan ini juga adalah yang tertinggi. Unit pelajar yang lebih baik amalan solat ialah dari kumpulan Unit PAI Semester 7 dengan bacaan min yang tertinggi. Tahap amalan solat bagi kumpulan ini juga adalah yang tertinggi. Unit pelajar yang baik penghayatan solatnya ialah kumpulan atau Unit pelajar yang lebih baik kefahaman tentang solat iaitu kumpulan unit PAI Semester 7 kerana bacaan min yang tertinggi. Tahap penghayatan tentang solat bagi kumpulan ini juga adalah yang tertinggi. Berkaitan dengan hubungan amalan solat dengan sahsiah pelajar, kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan sahsiah pelajar. Namun kekuatan hubungannya adalah rendah. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa pelajar mempunyai tahap kefahaman, amalan solat dan sahsiah yang tinggi. Amalan solat juga mempengaruhi sahsiah pelajar. 32
RUJUKAN George,.D. & Mallery P. (2010). SPSS For Windows Step By Step: A Simple Guide And Reference, 17.0 Update. (10 th Edition). Boston: Pearson. Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Doktor Falsfah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Napisah Hj Humni. (2004). Pelaksanaan Ibadah Solat Fardhu Dalam Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang, Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, Kuching, Sarawak. Nizam Abd Latib & Rosmidah Hashim. (2013). Budaya Organisasi dan Kepuasan Berkhidmat di IPG Kampus Raja Melewar, Jurnal Melewar Bil 16. Seremban: Penerbitan IPGKRM. Norlyana Sulong. (2006). Tahap Amalan Pelajar Terhadap Tanggungjawab Solat. Satu Kajian Di Kolej 11, Tesis Sarjana Muda, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir. (2009). Amalan Solat Sunat Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Pendidikan Islam. Satu kajian di Universiti Teknologi Malaysia, Kertas Kerja, UTM. Siti Rokiah Abdul Ghani. (2007). Amalan Solat Dalam Kalangan Pelajar. Kajian di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor. Tesis Sarjana Muda, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 33