Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Σχετικά έγγραφα
Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : salam, pelajar Islam

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015 eisbn:

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : penerapan kemahiran generik

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

Bab 1 Mekanik Struktur

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

SULIT 3472/2 SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

PERSEPSI MASYARAKAT PARLIMEN PEKAN TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA PENYELIDIK

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

Sebaran Peluang Gabungan

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

Transcript:

Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi staf bank terhadap penglibatan orang bukan Islam dalam sistem pajak gadai Islam (ar-rahnu). Seramai 20 responden telah dipilih secara persampelan seluruh populasi yang terdiri daripada staf Bank Rakyat Taman Universiti, Skudai, Johor. Set soal selidik mengandungi 44 item berkaitan dengan latar belakang responden serta tiga persoalan kajian iaitu untuk mengkaji faktor penglibatan orang bukan Islam dalam skim ar-rahnu, mengenalpasti faktor penghalang masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-rahnu dan untuk mengenalpasti langkahlangkah untuk mengembangkan skim ar-rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah α= 0.888. Secara keseluruhan staf memberikan persepsi yang positif terhadap setiap persoalan di atas dengan nilai min tinggi bagi persoalan pertama iaitu 4.22, diikuti dengan 3.85 bagi persoalan kedua dan 4.14 bagi persoalan kajian ketiga. Kajian mencadangkan agar skop kajian diperluas kepada masyarakat bukan Islam yang melanggan skim ar-rahnu. Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Pengenalan Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-wadiah, Mudharabah dan ar-rahnu. Kewujudan skim ini dijangka dapat membantu ramai masyarakat Malaysia yang memerlukan wang tunai segera. Skim ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan masyarakat yang lain yang memerlukan pinjaman mikro kredit yang cepat tanpa ada unsur riba serta menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada penggadai atau penerima gadaian. Penyataan Masalah Penglibatan orang bukan Islam dalam skim ar-rahnu merupakan satu petanda bahawa Islam itu mudah dan boleh diterima dalam semua keadaan. Kehadirannya bukan untuk membebankan umat tetapi untuk memberikan kemudahan kepada mereka. Oleh sebab ar-rahnu mendapat penerimaan yang baik di kalangan orang bukan Islam jadi penyelidik tertarik untuk mengkaji apakah faktor yang menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan skim ini dan apakah pula faktor yang menghalang skim ar-rahnu tidak dipilih oleh orang bukan Islam serta

langkah yang bagaimanakah yang harus diambil untuk memperkembangkan lagi skim ar- Rahnu di kalangan masyarakat bukan Islam. Objektif Kajian Di antara objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengkaji faktor yang mendorong penglibatan masyarakat bukan Islam dalam skim ar-rahnu. 2. Mengenal pasti faktor-faktor penghalang masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-rahnu. 3. Mengenal pasti langkah-langkah untuk memperkembangkan skim ar-rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Kepentingan Kajian Hasil daripada dapatan kajian diharap dapat memberi penambahan maklumat atau ilmu pengetahuan kepada masyarakat umum mengenai konsep ar-rahnu supaya orang ramai faham tentang konsepnya serta dapat mengambil kelebihan yang terdapat padanya. Selain sumbangan kepada penambahan ilmu pengetahuan, dapatan ini juga diharap dapat memberi sumbangan kepada pihak pengurusan ar-rahnu untuk membuat kajian selanjutnya bagi mengkaji sejauh manakah penerimaan orang ramai terhadap produk kewangan Islam. Demikian juga, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan pencetus supaya ia dapat digunakan bagi membuat perancangan untuk masa hadapan bagi membangunkan lagi sistem kewangan Islam. Justeru, penyelidik juga berharap hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu landasan untuk pihak-pihak tertentu seperti pihak Bank Rakyat, pihak kerajaan dan orang ramai untuk mencari satu strategi baru yang boleh menarik orang bukan Islam untuk melanggan skim ar- Rahnu sekaligus dapat memperkenalkan keindahan Islam itu sendiri. Di samping itu, hasil kajian ini boleh diguna pakai oleh pihak pengurusan Bank Rakyat dan badan-badan berwajib yang lain untuk dijadikan sebagai rujukan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan skim ar-rahnu yang telah disediakan. Dapatan ini juga dipercayai berguna dan dapat memberikan maklumat kepada pihak kerajaan untuk mengetengahkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan sistem kewangan Islam. Secara keseluruhannya dapatan hasil kajian ini mampu memberi maklumat baru dan dapat diguna pakai oleh pihak tertentu untuk memakmurkan bumi Allah. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu untuk mengetahui persepsi staf terhadap penglibatan orang bukan Islam dalam skim ar-rahnu. Menurut (Sidek Mohd Noah, 2002: 42), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Kajian ini merupakan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara yang disebutkan di atas daripada responden dengan menggunakan instrumen soal selidik. Populasi Dan Sampel Kajian Dalam kajian ini, populasi terdiri daripada staf Bank Rakyat Taman Universiti. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 20 orang yang merangkumi semua jabatan yang ada, manakala sampel pula terdiri daripada semua staf di bank tersebut. Sampel jenis ini dikenali dengan Sampel Seluruh Populasi, (Najib Abdul Ghafar, 2003:38). Menurut Najib lagi, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data ( Najib Abdul Ghafar, 2003:37).

Instrumen Kajian Bagi mencapai objektif dan tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan data daripada responden. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas dari responden berdasarkan item-item yang dikemukakan. Tatacara kajian yang dilaksanakan adalah melalui soal selidik yang telah diubah suai daripada penyelidikan yang lepas (Mohd Faizal Masri,1999). Instrumen kajian yang digunakan bagi mencapai objektif dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik bagi memenuhi objektif kajian. Set soal selidik yang disediakan mengandungi 44 soalan dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian B, C dan D. Bahagian A mengandungi jawapan terpilih bagi maklumat latar belakang responden. Manakala bahagian B pula mengandungi 15 soalan berkaitan objektif pertama kajian iaitu tentang pandangan staf terhadap faktor-faktor penglibatan masyarakat bukan Islam dalam skim ar-rahnu. Bahagian C mengandungi 13 soalan tentang faktor-faktor penghalang masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-rahnu yang merupakan objektif kedua kajian ini. Manakala Bahagian D mengandungi 16 soalan berdasarkan objektif kajian ketiga iaitu langkah-langkah untuk mengembangkan skim ar-rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Soalan-soalan dalam bahagian ini akan menggunakan skala Likert yang mempunyai lima peringkat skor sebagai maklum balas seperti di bawah. Jadual 1 : Pengkelasan nombor dalam skala likert Secara keseluruhannya, bilangan item dan nombor item bagi bahagian B, C dan D ialah seperti berikut : Jadual 2 : Klasifikasi item mengikut persoalan kajian

Kajian Rintis Kajian rintis ialah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Tujuan diadakan kajian rintis adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan item-item soal selidik yang telah dibina. Peringkat pertama penyelidk telah melaksanakan kajian rintis kepada staf Bank Rakyat Pontian. Seramai 10 responden telah dipilih namun hasil daripada kajian yang dibuat nilai alpha yang dikehendaki tidak mencapai tahap. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.509. Pada peringkat kedua, penyelidik telah memilih secara rawak bebas enam orang staf Bank Rakyat Sungai Petani, Kedah pada peringkat kedua sebagai sampel bagi kajian rintis ini. Mereka dipilih kerana mempunyai pengalaman yang sama dalam berhadapan dengan urusan ar- Rahnu sepertimana responden di Bank Rakyat Taman Universiti. Nilai alpha yang diperoleh pada peringkat ini ialah 0.888. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk : i. Mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item soal selidik yang dibina. ii. Memperbaiki semua kenyataan di dalam soal selidik jelas dan mudah difahami. iii. Memperbaiki pernyataan mana-mana item yang kurang jelas dan boleh menimbulkan takrifan yang berlainan oleh responden. iv. Mengetahui tempoh masa yang diambil untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Persepsi Staf Terhadap Faktor Pendorong Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Skim Ar-Rahnu Jadual 3 : Rumusan dapatan kajian mengenai faktor-faktor pendorong masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-rahnu

Merujuk kepada jadual 3, terdapat lima belas item yang telah digunakan bagi meninjau persepsi staf terhadap faktor-faktor pendorong masyarakat bukan Islam menyertai skim ar- Rahnu. Didapati kebanyakan responden bersetuju terhadap item yang diberi berdasarkan kepada nilai min tinggi pada setiap item. Item yang memegang nilai min tertinggi adalah item berkenaan dengan wang lebihan hasil jualan emas yang tidak mampu ditebus oleh pelanggan akan dikembalikan dengan purata jawapan nilai min sebanyak 4.65. Kajian mendapati sepuluh daripada lima belas item adalah pada kedudukan jawapan positif tanpa jawapan negatif manakala lima item lain mempunyai jawapan yang positif dan negatif daripada responden. Item tanpa jawapan negatif adalah 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 11, 13 dan 15 manakala item dengan jawapan positif dan negatif adalah 5, 7, 9, 12 dan 14. Selain itu, keseluruhan item memegang nilai min yang tinggi iaitu melebihi 3.67 5.00 (rujuk metodologi kajian). Walau bagaimanapun item lima memegang nilai min tahap sederhana iaitu 3.65. Hasil dari analisis pada persoalan kajian yang pertama iaitu untuk mengetahui apakah faktor pendorong masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-rahnu mendapati purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.22. Ini bermakna objektif kajian yang pertama mendapat respon yang positif daripada responden. Perbincangan Hasil Dapatan Kajian Kajian ini melibatkan 20 orang responden yang juga merupakan keseluruhan jumlah populasi. Berdasarkan dari dapatan kajian yang dilaksanakan, didapati taburan responden yang paling ramai ialah staf lelaki iaitu 11 orang (55%) dan diikuti oleh staf wanita iaitu seramai 9 orang (45%). Hal ini terjadi kerana jumlah staf lelaki lebih ramai dari staf wanita. Ini menunjukkan bahawa para pelanggan akan berurusan dengan staf lelaki dari wanita berdasarkan kedudukan lelaki lebih ramai di situ. Aspek umur juga turut dimuatkan dimana majoriti responden berumur antara 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 12 orang (60%). Seterusnya diikuti oleh responden yang berumur kurang

25 tahun seramai 3 orang (15%), manakala 3 orang responden lain berumur sekitar 36 hingga 45 tahun. Hanya 2 orang sahaja responden (10%) yang berumur melebihi 46 tahun. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden terdiri dari kalangan umur 26 hingga 35 tahun. Maklumat terakhir latar belakang responden adalah mengenai pengalaman bekerja. Majoriti responden mempunyai pengalaman bekerja selama 11 hingga 15 tahun iaitu 8 orang (40%). Seterusnya 5 orang (25%) responden mempunyai pengalaman bekerja 6 hingga 10 tahun, angka yang sama turut dikongsi oleh responden yang mempunyai pengalaman kurang dari 5 tahun, manakala hanya 2 responden (10%) mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun. Hal ini adalah penting untuk melihat sejauhmana responden telah berhadapan dengan para pelanggan. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong penyertaan masyarakat bukan Islam dalam skim ar-rahnu. Sebanyak 15 item telah dibina untuk mengkaji persoalan kajian ini. Walau bagaimanapun penyelidik telah membahagikan item-item soal selidik ini kepada tiga tema utama iaitu faktor kemudahan, faktor desakan hidup dan keperluan serta faktor kelebihan. Bagi tema kelebihan ar-rahnu, penyataan item 11 yang menerangkan tentang ar-rahnu mengenakan caj penyimpanan barang yang murah iaitu RM0.65 - RM0.70 bagi setiap 100g emas mendapat pilihan yang paling tinggi dengan nilai min sebanyak 4.85. Ini bertepatan dengan laporan Bank Rakyat yang menyatakan bahawa pihak mereka mengenakan caj yang murah kepada pelanggan ar-rahnu(http://www.bankrakyat.com.my/index.php?ch=12&pg=34&a c=1797&lang=bm, 19 Mac 2008 ). Ini menunjukkan kadar yang murah tersebut merupakan salah satu tarikan utama mengapa masyarakat bukan Islam berurusan dengan skim ini. Objektif kedua kajian adalah berkaitan tentang faktor-faktor penghalang skim ar-rahnu tidak dipilih oleh masyarakat bukan Islam. Secara umumnya bahagian ini mempunyai empat tema utama yang berkisar tentang faktor kurang keyakinan pelanggan bukan Islam, faktor kefahaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelanggan bukan Islam, faktor minat pelanggan serta faktor promosi atau geografi. Analisis mendapati tema faktor promosi dan geografi memperoleh nilai min yang paling tinggi iaitu 3.96. Item yang paling mendapat perhatian responden adalah berkaitan dengan kaunter ar-rahnu hanya tertumpu di bandar sedangkan pelanggan kebanyakan tinggal di luar bandar dengan nilai min 4.10. Ini menunjukkan bahawa keadaan ini akan menyukarkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan kampung akan menghadapai masalah kerana jarak perjalanan ke bandar yang jauh. Ini membuktikan bahawa kedudukan yang strategik memainkan peranan yang penting dalam menentukan pengaruh orang ramai terhadapnya. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, min keseluruhan item yang diperoleh adalah 3.85. Ini menunjukkan kenyataan yang diutarakan kepada responden mendapat imbalan yang positif sekaligus menjelaskan bahawa penyataan yang diaju telah menguatkan faktor tersebut sebagai yang menghalang masyarakat bukan Islam tidak memilih ar-rahnu. Objektif ketiga kajian adalah untuk melihat apakah langkah yang sesuai untuk mengembangkan skim ar-rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Di bahagian ini, terdapat lima tema utama yang dikemukakan dengan jumlah item sebanyak 16. Antara tema tersebut adalah perkhidmatan yang disediakan, promosi, inovasi, kesungguhan dan peranan kerajaan. Merujuk kepada tema peranan kerajaan, responden bersetuju bahawa kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan ar-rahnu. Dari sudut aspek perkhidmatan pula terdapat tiga item yang dikemukakan. Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi adalah item ke dua puluh sembilan iaitu sebanyak 4.25 yang mencadangkan agar disediakan satu sistem pengurusan ar-rahnu yang cekap. Ini membuktikan bahawa skim ar-

Rahnu memerlukan satu pembangunan yang baru dari sudut pengurusan supaya masyarakat berasa yakin serta mampu bersaing dengan produk-produk kewangan lain. Seterusnya, merujuk kepada aspek kesungguhan min yang tertinggi diperoleh adalah pada item 40 iaitu sebanyak 4.20. Item ini mencadangkan agar perlaksanaan ar-rahnu mestilah disambut baik oleh orang Islam supaya orang bukan Islam berasa yakin untuk menggunakan skim ini. Ini membuktikan bahawa orang Islam sendiri wajib mengambil bahagian dalam hal ini dalam usaha untuk menimbulkan keyakinan pelanggan bukan Islam terhadap skim yang ditawarkan oleh Islam ini. Rujukan Abdul Rahman Ritongga (1999). Fiqh Muamalah. Selangor: Penerbit Edaran Kalam. Az-Zabidi (2004). Ringkasan Sahih al-bukhari. Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Imam Ghazali (2006). Ter. Muhammad Jamaludin al-qasimi ad-dimasqi. Intipati Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajr Ismail Ali (1997). Mutiara Fikih. Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa. Mat Hassan Abu Bakar (2004). Apa Itu Ekonomi Islam. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamad Najib Abdul Gharaf (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Saiful Islami Mohd Tahir (2006). Penerimaan Pelanggan Terhadap Skim Pajak Gadai Islam (ar-rahnu) : Kajian di Kedai ar-rahnu Bank Rakyat, Cawangan Alor Atar, Kedah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mustapa Mohamed (1995). Sistem dan Institusi Kewangan Islam Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. Nasrun Haroen (2000). Fiqh Muamalah. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pratama. Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Osman Jantan (2001). Pedoman Mu amalat dan Munakahat. Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd. Prosiding Persidangan Bangsa Melayu dan Kejayaan Ekonomi Islam Serantau (1993). Kuala Lumpur. Saaudi Mohammad al-mughni (1996). Asas Muamalat Islam. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn.Bhd. Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sudin Haron (2005). Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Business School Sdn. Bhd. Wahbah az-zuhaili (1996). Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V, Terj. Ahmad Shahbari Salamon et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zainab Othman (1988). Gadaian Ke arah Pengembalian Kepada Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia: Laporan Kertas Kerja. Zaki ad-din et. al. (2004), Ringkasan Sahih Muslim. Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd