Katakunci : penerapan kemahiran generik

Σχετικά έγγραφα
Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Katakunci : faktor, minat, matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : salam, pelajar Islam

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

HURAIAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Ciri-ciri Taburan Normal

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

PERSEPSI MASYARAKAT PARLIMEN PEKAN TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA PENYELIDIK

Bab 1 Mekanik Struktur

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PELAKSANAAN PRODUCTION BASED EDUCATION DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

ETIKA PERGURUAN BERASASKAN PEMIKIRAN IMAM ABŪ ḤANĪFAH: KAJIAN TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SELANGOR

Sebaran Peluang Gabungan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Transcript:

Penerapan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Norasykin Bt Mohd. Zaid & Nurul Huda Binti Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kemahiran generik merupakan kemahiran tambahan yang perlu diberi perhatian di dalam usaha melahirkan modal insan yang mampan dan berkualiti tinggi sejajar dengan misi teras kedua di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 66 orang responden yang mengikuti program 4 SPK, 4 SPP dan 4 SPT di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik di mana setiap item yang dikemukakan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata. Kesahan instrumen disemak oleh pensyarah yang berpengalaman. Kajian rintis yang dilakukan untuk melihat nilai kebolehpercayaan instrumen kajian memberikan nilai alpha cronbach, α=0.856. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science Version 11.0) untuk dipersembahkan di dalam bentuk jadual berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerapan kemahiran generik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik berada pada tahap tinggi dengan min 3.97 dan min 4.43. Justeru itu, penerapan kemahiran generik perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh oleh semua pihak memandangkan kemahiran generik mempunyai kepentingannya yang tersendiri terutamanya dalam usaha membentuk keterampilan dan jati diri pelajar untuk bersaing di dalam dunia pekerjaan yang kompetitif. Katakunci : penerapan kemahiran generik Pendahuluan Pembangunan modal insan sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga dikatakan mengakibatkan lambakan graduan yang tidak memiliki pekerjaan. Mengapa perkara ini terjadi dalam sistem pendidikan kita pada hari ini? Jika dilihat dalam sejarah pendidikan negara, perkara ini tidak seteruk pada era 70-an dan 80-an. Puncanya pada masa kini adalah disebabkan graduan tidak berketerampilan dan tidak memiliki kemahiran, khususnya kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. IPT perlu menjana graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada daripada sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya (Hasnah Hussin, 2006). Menteri Pembangunan Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pembangunan modal insan yang membawa kepada peningkatan tahap pendidikan generasi muda dilihat berupaya menyumbang kepada kemajuan negara. Menurut beliau lagi, modal insan yang dimiliki boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan dan sebarang pendekatan yang mampu memajukan kedudukan diri mereka (Berita Harian, 2007). Merujuk kepada Skudai Post Online (2007), hal ini disokong oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed yang telah membuat kenyataan akhbar pada 24 April 2006 dengan mengatakan dunia sekarang sudah berubah di mana graduan bukan sahaja memerlukan segulung ijazah tetapi mereka perlu melengkapkan diri

dengan kemahiran lain seperti kokurikulum, aktiviti amal dan asas-asas keusahawanan. Oleh itu, dalam usaha merealisasikan teras kedua RMK-9 untuk melahirkan graduan berkualiti yang mempunyai modal insan seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan, UTM telah mengambil langkah mewujudkan Atribut Graduan UTM yang mengandungi tujuh elemen kemahiran generik yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar sepanjang pengajian mereka di UTM. Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana tahap penerapan kemahiran generik dalam diri pelajar UTM yang bakal menamatkan pengajian dan persepsi mereka terhadap kepentingan kemahiran generik. Objektif Kajian Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tahap penerapan kemahiran generik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Oleh yang demikian, objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek berikut : i) Tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri pelajar. ii) Persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai pelbagai kepentingan berdasarkan persoalan kajian yang telah dikemukakan. Antara kepentingan yang dikenalpasti adalah untuk pelajar, pensyarah, universiti dan sektor ekonomi. Pengkaji meletakkan harapan yang tinggi semoga hasil kajian memberikan faedah yang besar kepada pihak-pihak yang berkenaan. Kepentingan Kepada Pelajar : Antara kepentingan untuk para pelajar adalah mereka dapat meninjau tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri mereka. Pada masa yang sama juga, para pelajar dapat menyedari kepentingan kemahiran generik untuk menembusi pasaran kerja yang kompetitif. Kepentingan Kepada Pensyarah : Kepentingan untuk pensyarah pula membolehkan mereka mendapat maklum balas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan dapat menerapkan elemen-elemen kemahiran generik atau sebaliknya. Dengan itu, secara tidak langsung pensyarah boleh mempelbagaikan proses P&P dalam usaha untuk menerapkan kemahiran generik kepada para pelajar. Kepentingan Kepada Universiti : Kepentingan untuk universiti adalah mendapat maklum balas terhadap tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan sebelum memasuki pasaran kerja. Sehubungan dengan itu, pihak universiti dapat melihat kesesuaian kurikulum universiti dengan elemen-elemen kemahiran generik yang ingin diterapkan sebagaimana di dalam Atribut Graduan. Hal ini membolehkan pihak universiti merancang pelbagai program untuk memastikan graduan yang bakal dikeluarkan mampu memenuhi keperluan negara dan kehendak pasaran kerja. Kepentingan Kepada Sektor Ekonomi : Kepentingan untuk sektor ekonomi negara pula dapat dilihat daripada segi kemahiran generik yang diterapkan boleh menjadi kelebihan kepada pelajar untuk menembusi pasaran kerja. Apabila mereka dapat menembusi pasaran kerja yang kompetitif, semestinya mereka dapat menyumbang sesuatu yang berkualiti kepada sektor ekonomi negara. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan taraf kemajuan negara.

Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk deskriptif. Menurut Najib (1999), sekiranya kajian hanya untuk menerangkan keadaan, terma yang biasa digunakan ialah deskriptif. Jenis kajian deskriptif yang 24 dilakukan pula adalah menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah ini dipilih memandangkan data dapat dikumpul dengan cepat dan boleh melibatkan bilangan responden yang ramai. Dalam kajian ini, pengkaji meninjau tahap penerapan kemahiran generik dalam diri pelajar dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Kaedah kajian yang digunakan pula, adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu penggunaan borang soal selidik yang diedarkan sendiri oleh pengkaji kepada responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dan mempunyai perkaitan dengan persoalan kajian yang ingin dikaji. Penggunaan Skala Likert Lima Mata dalam soal selidik bagi sesuatu set senarai kenyataan digunakan untuk mengetahui jawapan responden terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Responden dikehendaki membulatkan jawapan di dalam ruangan yang disediakan pada borang soal selidik. Populasi dan Sampel Kajian Menurut Najib (1999), kelompok individu yang akan diselidik perlu dikenalpasti. Semua ahli dalam kelompok ini dipanggil populasi. Dalam kajian ini, populasi kajian yang dipilih adalah terdiri daripada para pelajar perdana tahun akhir Fakulti Pendidikan yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan Matematik) iaitu 4 SPK, 4 SPP dan 4 SPT. Daripada populasi yang dikenalpasti, pengkaji memilih kesemua 66 orang pelajar tahun akhir daripada Jabatan Multimedia sebagai sampel kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan dalam kajian ini pula adalah kaedah sampelan bertujuan di mana pengkaji dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang mewakili populasi sebagai sampel kajian. Menurut Najib (1999), sampelan bertujuan ini adalah pecahan daripada kaedah sampelan tidak rawak. Jadual 1 menunjukkan bilangan sampel kajian yang terlibat sebagai responden. Jadual 1 : Bilangan sampel kajian Instrumen Kajian Menurut Najib (1999), instrumen menentukan jenis data yang diperoleh dan mempengaruhi analisis pengkaji. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Pemilihan soal selidik sebagai instrumen dalam kajian ini memandangkan ianya senang untuk dikendalikan, menjimatkan masa dan lebih mudah untuk mendapatkan data kajian. Instrumen kajian dibina oleh pengkaji sendiri berdasarkan instrumen yang telah digunakan dalam kajian-kajian yang lepas. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A : Bahagian A merupakan soalan berkaitan latar belakang responden. Maklumat yang diperlukan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan aspek demografi iaitu jantina, bangsa dan program. Bagi menjawab soal selidik, responden hanya perlu menandakan jawapan mereka di dalam kotak yang disediakan. Bahagian B : Bahagian B mengandungi 45 item soalan. Item-item yang dikemukakan adalah dalam bentuk ordinal di mana angka-angka dibahagikan kepada 5 kategori berdasarkan Skala Likert yang hanya mewakili kategori tetapi bukan nilai sebenar. Jawapan responden diukur dengan menggunakan Skala Likert Lima Mata seperti di dalam Jadual 2. Jadual 2: Lima Pemeringkatan Skala Likert Instrumen bahagian B merangkumi aspek tahap penerapan dan persepsi terhadap kepentingan kemahiran generik yang diukur berdasarkan Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis & kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, etika & integriti, kemahiran kepimpinan dan kemahiran keusahawanan. Pecahan item soal selidik mengikut konstruk ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3: Pecahan item mengikut konstruk Analisis Min Keseluruhan Jadual 4 menunjukkan analisis min keseluruhan bagi setiap konstruk. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik mencatatkan nilai min

tertinggi dengan min 4.43, diikuti 45 kemahiran kerja berpasukan dengan min 4.17, diikuti pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat dengan min 4.10, seterusnya pemikiran kritis & kemahiran menyelesaikan masalah dengan min 4.06, kemahiran berkomunikasi pula memperolehi min 4.02, etika & integriti dengan min 4.01, diikuti pula kemahiran kepimpinan dengan min 3.84 dan kemahiran keusahawanan dengan min 3.58. Jadual 4 : Analisis Min Keseluruhan Perbincangan Persoalan kajian 1 mengkaji tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri pelajar. Analisis data yang diperolehi di dalam bab 4 menunjukkan para responden mempunyai tahap penerapan kemahiran generik yang tinggi. Hal ini terbukti apabila min purata bagi ketujuh-tujuh elemen kemahiran generik adalah sebanyak 3.97 iaitu nilai min berada pada tahap yang tinggi. Ketujuh-tujuh elemen yang dikaji adalah berdasarkan Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis & kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, etika & integriti, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran keusahawanan. Kemahiran kepimpinan dan keusahawanan telah dimasukkan ke dalam Atribut Graduan UTM yang telah dikemaskini pada 2006 bagi menggantikan kemahiran menyesuaikan diri (adaptability) dan keyakinan diri (self-esteem) sejak diperkenalkan pada tahun 2004. Seterusnya, min bagi dua elemen kemahiran generik yang dimasukkan pada tahun 2006 iaitu kemahiran kepimpinan dan keusahawanan berada pada tahap yang berbeza. Dapatan kajian mendapati kemahiran kepimpinan mencatatkan min pada tahap tinggi iaitu sebanyak 3.84. Ini kerana, para responden telah didedahkan dengan kemahiran kepimpinan sejak di bangku sekolah lagi. Aktiviti kokurikulum yang pelajar sertai di universiti juga menyumbang ke arah pembentukan nilai kepimpinan. Hal ini secara tidak langsung menyumbang ke arah tahap penerapan kemahiran kepimpinan yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar. Sebaliknya, kemahiran keusahawanan mencatatkan min pada tahap sederhana iaitu 3.58. Hal ini berlaku kerana kemahiran keusahawanan baru sahaja diberikan penekanan oleh kerajaan apabila Kementerian Pembangunan dan Usahawan (MeCD) menganjurkan Gerak Usahawan pada Mei 2005. Usaha ini adalah selari dengan visi kerajaan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berdaya saing. Kenyataan ini juga disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi dalam petikan akhbar Utusan Malaysia (2007) yang mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan penekanan terhadap melahirkan lebih ramai golongan usahawan dalam pelbagai bidang kerana dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan rakyat berdikari dan menerajui bidang perniagaan. Persoalan kajian 2 pula tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Majoriti responden mempunyai persepsi bahawa kemahiran generik mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Hal ini terbukti apabila kesemua min untuk setiap item mencatatkan nilai pada tahap yang tinggi sekaligus memberikan min purata sebanyak 4.43. Item-item yang dimaksudkan adalah kemahiran generik perlu diamalkan oleh setiap pelajar memberikan nilai min sebanyak 4.52, diikuti oleh item semua pelajar perlu menguasai kemahiran generik dengan min 4.44, begitu juga item kemahiran generik penting di kalangan bakal pendidik dengan min 4.44, seterusnya item kemahiran generik perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran memberikan nilai min 4.41, diikuti pula item kemahiran generik penting untuk bersaing mendapatkan peluang pekerjaan memperolehi min 4.39 dan item kemahiran generik perlu didedahkan kepada setiap pelajar juga memperolehi min 4.39. Secara keseluruhannya, setiap item mampu mencatatkan nilai min yang tinggi memandangkan responden adalah merupakan pelajar tahun akhir dan telah menjalani latihan mengajar yang memberikan mereka pengalaman bekerja. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka telah sedia maklum tentang kepentingan kemahiran generik khususnya untuk menembusi pasaran kerja yang kompetitif lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah menyatakan pengajian pendidikan bukan lagi jaminan untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Buletin P&P (2004) pula, penerapan kemahiran generik penting bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan di dalam dunia pekerjaan. Hal ini disokong oleh kenyataan Penyelaras Pengambilan Kakitangan Schlumberger di dalam petikan Buletin Achievers (2005) yang mengatakan bahawa kemahiran generik antara faktor yang diberi penekanan oleh pihak mereka untuk mencari pekerja. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran generik amat penting terutamanya bagi memastikan graduan yang dikeluarkan oleh IPT adalah graduan yang mampu memenuhi kehendak ekonomi negara dalam menyediakan modal insan yang bermutu tinggi. Rujukan Ahmad Esa, Prof. Madya Dr. Jailani Mohd Yunus dan Prof. Madya Dr. Noraini Kaprawi (2005). Persepsi Pensyarah Terhadap Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Kokurikulum di Politeknik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jilid 7, m.s 2-14. Perdana Menteri Pandang Serius Pengangguran Di Kalangan Siswazah. (2005, Mac 21). Bernama Online. Laman web diakses pada Ogos 9, 2007, dari http://www.bernama.com Buletin Achievers (2005). Apa Kata Majikan?. Laman web diakses pada Ogos 9, 2007, dari http://web.utm.my/admission/index.php?option =content&task=view&id=2&itemid=1 Buletin P&P: Centre for Teaching and Learning (2004). Pembinaan Atribut Graduan dan Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar UTM. Edisi 1. Laman web diakses pada Ogos 11, 2007, dari http://www.ctl.utm.my/buletin/edisi1/beritakursus.htm Dr. Siti Hawa Mohd. (2006). Sikap Buruk Punca Pengangguran. Laman web diakses pada Ogos 11, 2007, dari http://www.darulkautsar. com /senaraiarkibberita/180.htm

Hasnah Hussin (2006). Membentuk Modal Insan Melalui Pendidikan. Laman web diakses pada Ogos 7, 2007, dari http://www.pemuda umno.org.my/modules.php?name=news&file=article&sid=6348 Jessica Pumphrey dan Jo Slater (2002). An Assessment of Generics Skills. Laman web diakses pada Ogos 7, 2007, dari http://www.dfes.gov. uk/skillsdialoguereports/docs/sd13_generic.pdf Research Digest (2001). Generics Skills. Laman web diakses pada Ogos 9, 2007, dari http://www.cit.act.edu.au/_data/page/871/generic_ Skills.pdf Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Saliha Hassan (2003). Pembinaan Keupayaan Melayu dalam Arus Globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noreen Mohd. Esam (2007). Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Matapelajaran Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Kuala Lumpur: Universiti Putera Malaysia. Shafudin Mohd. Yatim, Prof. Madya Ajmain Safar, Idris Ismail, dan Mohd. Fadzil Sulaiman (2005). Kit Pelajar Cemerlang. Universiti Teknologi Malaysia: Masjid Sultan Ismail Teks Ucapan NC di Majlis Perasmian Minggu Haluan Siswa Sesi 2006/2007 (2006). Universiti Teknologi Malaysia. Laman web diakses pada Julai 26, 2007, dari http://web.utm.my/skpost/index2. php?option=content&do_pdf=1&id=495