Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Ciri-ciri Taburan Normal

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci : penerapan kemahiran generik

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Bab 1 Mekanik Struktur

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Transcript:

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains Seth Sulaiman & Mohd Zawawi Mohd Razali Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom bagi pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah di dalam Daerah Kluang Johor. Soal selidik yang mengandungi 30 soalan objektif digunakan untuk mengumpul data yang diedarkan secara rawak kepada 102 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah sekolah menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Darjah kebolehpercayaan alpha Croncbach bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah α=0.74. Statistik yang digunakan adalah min, sisihan piawai, markat maksimum dan markat minimum, peratusan, ujian-t dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap kognitif antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebaliknya tahap kognitif pelajar berhubung kait dengan faktor etnik seseorang pelajar. Katakunci : tahap kognitif pelajar, taksonomi bloom Pendahuluan Sains merupakan tunjang utama dalam membentuk sebuah negara maju bertepatan dengan aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sejajar dengan cabaran strategi Wawasan 2020 yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Jawatankuasa Sains diberi tanggunjawab bagi merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dalam menentukan dasar pendidikan sains di sekolah. Dalam Falsafah Pendidikan Sains Negara dan Pernyataan Misi Pendidikan Sains jelas menunjukkan bahawa negara ingin melahirkan individu dan masyarakat yang membudayakan sains dan teknologi. Pendidikan sains menjadi teras untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi. Kurikulum sains dan matematik bertujuan melahirkan warga yang mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam bidang sains, matematik dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan penilaian dalam kehidupan seharian. Kementerian mensasarkan objektif bagi kurikulum sains dan matematik bagi menentukan halatuju kurikulum yang digubal bagi melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Objektif ini merangkumi aspek kognitif, aspek psikomotor dan aspek afektif. Jelas dapat dilihat daripada intipati kurikulum dan objektif mata pelajaran sains bertujuan melahirkan generasi yang dapat menampilkan potensi diri bagi mewujudkan sebuah negara yang mempunyai daya saing di peringkat global. Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006) menyatakan dalam kurikulum sains dan matematik yang baru, proses pemerolehan pengetahuan dan

penguasaan kemahiran dilaksanakan secara bersepadu, dengan memanfaatkan kecerdasan pelbagai pelajar. Penyataan Masalah Berdasarkan daripada kajian-kajian yang telah dibincangkan adalah wajar penilaian tahap kognitif ini terus dikaji di pelbagai jenis sekolah dan aliran. Penyelidik ingin mengkaji tahap kognitif pelajar tingkatan empat di sekolah menengah di dalam daerah Kluang Johor berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) bagi matapelajaran sains badasarkan tahap domain kognitif objektif di dalam Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan, kefahaman dan analisis. Selain itu penyelidik ingin mengenalpasti perbezaan tahap kogitif yang wujud di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam mata pelajaran sains. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan: 1. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah menengah di daerah Kluang Johor pada aras pengetahuan. 2. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah menengah di daerah Kluang Johor pada aras kefahaman. 3. Bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat sekolah menengah di daerah Kluang Johor pada aras aplikasi. 4. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi jantina. 5. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom merentasi etnik. Kepentingan Kajian Kajian ini bertujuan mengukur tahap kognitif pelajar berdasarkan Taksonomi Bloom bagi matapelajaran sains tingkatan empat. Keputusan yang diperolehi daripada responden akan menentukan tahap kognitif pelajar berdasarkan aras-aras Taksoomi Bloom. Dapatan kajian ini memberi gambaran jelas tahap kognitif pelajar pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi bagi matapelajaran sains. Dapatan kajian ini dapat membantu dan memberi panduan kepada guru-guru sains dalam menentukan sama ada satu daripada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Selain itu juga dapat memberi panduan kepada guru-guru sains dalam membentuk soalan-soalan bagi pengujian pada tiga aras kognitif yang dikaji. Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah dalam merencanakan aktiviti sekolah bagi membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dalam akedemik terutamanya dalam matapelajaran sains. Sebagai maklumat tambahan kepada JPN untuk menyusun strategi bagi menyediakan kursus yang bersesuaian dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru sains khasnya dalam pembangunan aras kognitif pelajar. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini adalah merupakan satu tinjauan yang berbentuk deskriptif bagi mengukur tahap kognitif pelajar tingkatan empat di Daerah Kluang Johor. Tinjauan berbentuk deskriptif dipilih adalah kerana penyelidikan deskriptif itu sebenarnya bertujuan bagi mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi dan keadaan yang menarik kepada penyelidikan

(Cates W.M dalam Suria Affandy, 2002). Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan data kuantitatif yang menunjukkan prestasi pencapaian pelajar dalam mengukur tahap kognitif berdasarkan Taksonomi Bloom dan sama ada faktor jantina yang membezakan tahap kognitif di kalangan pelajar tingkatan empat. Selain itu juga untuk menentukan hubungan antara faktor etnik yang membezakan tahap kognitif pelajar. Populasi Dan Sampel Kajian Dalam kajian ini, populasi terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengikuti mata pelajaran Sains Tingkatan Empat di tiga buah sekolah menengah di dalam Daerah Kluang, Johor. Pemilihan sampel ini dibuat mengikut kaedah persampelan rawak kelompok. Prosedur persampelan ini adalah difikirkan sesuai kerana ia dapat mewakili populasi pelajar di sekolah berkenaan. Tiga buah sekolah menengah yang dipilih sebagai populasi kajian adalah seperti yang disenaraikan di bawah: i) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anis Bendahara, Kluang ii) iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang, Kluang Kajian ini melibatkan seramai 102 orang pelajar sebagai sampel kajian. Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut sekolah. Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Sekolah Instrumen Kajian Instrumen kajian merupakan satu set ujian yang mengandungi 30 soalan objektif mata pelajaran sains tingkatan empat bagi tajuk Scientific Investigation dan Body Coordination. Soalan-soalan yang dibina hanyalah berdasarkan kepada tiga kompenan aras rendah tahap kognitif Taksonomi Bloom (1956) iaitu tahap pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pengsahihan item dilakukan bersama dengan penyelia bagi membentuk soalan yang merangkumi ketiga-tiga tahap kognitif Taksonomi Bloom. Dalam set ujian yang diedarkan penyelidik

menggunakan soalan-soalan yang merangkumi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat KBSM. Dua bahagian disediakan dalam instrumen ini iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A bertujuan untuk memperolehi maklumat latar belakang responden dan Bahagian B pula mengandungi 30 soalan objektif yang merangkumi tahap kognitif Taksonomi Bloom. Jadual 2 menunjukkan tahap kognitif Taksonomi Bloom yang hendak dikaji, bilangan item bagi setiap tahap kognitif yang hendak diukur dan nombor-nombor soalan yang dikelaskan berdasarkan setiap tahap kognitif tersebut. Jadual 2 : Tahap Kognitif Dan Bilangan Item Bagi setiap item di atas, satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul. Jumlah skor pelajar bagi ke semua 30 soalan itu ditukarkan ke dalam bentuk 100% bagi bertujuan memudahkan menganalisa data. Selain itu, skor responden bagi setiap tahap kognitif di atas juga dikira secara berasingan. Kaedah yang sama digunakan iaitu satu skor diberikan bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul dan ditukarkan ke dalam bentuk 100%. Kajian Rintis Satu kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kluang, Johor bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soalan tersebut. Seramai 20 orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan responden bagi kajian rintis ini. Dengan bantuan analisis korelasi yang dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science ( SPSS 12.0 ). Sekiranya nilai pekali tersebut melebihi 0.6, maka bolehlah diangggap instrument yang digunakan di dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Mohd. Salleh Abu, 2001). Dalam kajian rintis ini, pekali korelasi yang diperolehi ialah 0.74. maka dapat disimpulkan bahawa set soalan soalan ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan soalan ini boleh boleh diterima guna. Kajian rintis ini dijalankan adalah bagi mengesan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian sebenar. Ia dijalankan untuk memastikan keberkesanan soal selidik dan mengganggar masa yang sesuai diperuntukan dalam kajian sebenar. Hubungan Antara Faktor Etnik Dengan Tahap Kognitif Pada Aras Pengetahuan, Kefahaman dan Aplikasi Bagi melihat hubungan antara tahap kognitif dengan bangsa yang di wakili oleh melayu, cina dan india. Analisis ANOVA satu hala dengan perbandingan Post-Hoc digunakan untuk menganalisa data bagi menentukan terdapat kewujudan perbezaan min pencapain mengikut etnik. Dengan itu, hubungan antara faktor etnik dengan tahap kognitif dapat ditentukan.

Jadual 3 : Analisis Anova Satu Hala Jadual 3 menunjukkan kebarangkalian terdapat perbezaan yang ditunjukkan dalam sampel adalah kecil iaitu 0.035. didapati kebarangkalian terdapat perbezaan adalah kecil ( 0.035 < 0.05 atau 5.0 % ), maka wujud perbezaan min pencapaian dengan faktor etnik. Jadual 4 : Tukey HSD Jadual 4 menunjukkan kebarangkalian perbezaan antara faktor etnik dengan min pencapaian pelajar. Kebarangkalian perbezaan yang ditunjukkan oleh sampel bagi faktor etnik diantara pelajar berbangsa melayu dengan pelajar berbangsa cina dianggarkan 0.028. Kebarangkalian berlakunya perbezaan adalah amat kecil (0.028 < 0.05 atau 5.0 %). Dalam erti kata lain terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian keseluruhan pelajar berbangsa melayu dengan min pencapaian keseluruhan pelajar berbangsa cina. Tidak terdapat hubungan yang signifikan yang ditunjukkan pada min pencapaian antara pelajar berbangsa melayu dengan pelajar berbangsa india. Kebarangkalian perbezaan yang ditunjukkan adalah amat besar dan melebihi 0.05. Kebarangkalian perbezaan di antara pelajar etnik cina dan pelajar etnik india adalah dianggarkan ( 0.556 > 0.05 ), dengan kata lain tidak wujud perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pelajar etnik cina dengan min pencapaian etnik india. Perbincangan Kajian ini bertujuan mengukur tahap kognitif pelajar serta melihat hubungan antara tahap kognitif merentasi jantina dan etnik di kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan Taksonomi Bloom. Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan kajian seperti berikut : 1. Apakah tahap kognitif pada aras pengetahuan bagi pelajar tingkatan empat sekolah menengah Daerah Kluang Johor.

2. Apakah tahap kognitif pada aras kefahaman bagi pelajar tingkatan empat sekolah menengah Daerah Kluang Johor. 3. Apakah tahap kognitif pada aras aplikasi bagi pelajar tingkatan empat sekolah menengah Daerah Kluang Johor. 4. Menentukan samaada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut jantina. 5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut etnik. Dari hasil analisis data yang diperolehi menggunakan SPSS 12.0 menunjukkan min pencapaian pelajar bagi soalan pada aras kefahaman bagi mengukur tahap kognitif pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Min yang diperolehi ialah 4.50, SP=1.52. Dari hasil data yang dianalisis telah menjawab persoalan kajian 2. Tahap kefahaman merupakan tahap kedua dalam Taksonomi Bloom. Analisis data jelas menunjukkan pelajar masih lemah dalam menguasai tahap ini kerana pelajar masih belum dapat menguasai tahap pengetahuan dengan baik. Pada tahap kefahaman, pelajar masih belum menguasai tingkahlaku jenis interprestasi di mana pelajar tidak dapat memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu maklumat, iaitu mentafsir sesuatu gambarajah atau memberi penjelasan tentang maklumat yang diterima. Yusri Kamin (1997) mendapati memahami konsep dalam mata pelajaran adalah amat penting untuk membolehkan seseorang pelajar itu menjawab soalan dengan baik. Jamil Jalani (1999) turut menyatakan salah satu faktor kegagalan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan ialah kerana pelajar sukar memahami konsep dengan jelas. Tahap aplikasi merupakan tahap ketiga dalam domain kognitif bloom. Tahap ini dapat dikuasai untuk menyelesaikan dengan baik apabila pelajar dapat menguasai tahap-tahap yang lebih rendah iaitu tahap pengetahuan dan tahap kefahaman. Daripada dapatan kajian menunjukkan pelajar masih lemah dan gagal menguasai tahap ini dengan baik dan menyebabkan pelajar tidak dapat mengaplikasi dan memahami tentang kaedah, teori, prinsip atau pengabstrakan yang digunakan. Selain itu faktor pelajar tidak mencapai tahap kognitif yang baik adalah disebabkan pelajar tidak dapat memahami atau membezakan antara satu situasi dengan situasi lain. Salah tanggap dalam membuat generalisasi dalam tafsiran soalan merupakan salah satu faktor yang membolehkan pelajar tidak dapat mencapai tahap yang baik. Nor Anisah (1999) menyatakan bahawa kefahaman yang kukuh akan dapat di aplikasi dengan baik oleh pelajar sekiranya sebarang perubahan atau peningkatan konsep. Jelas menunjukkan tahap kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi di kalangan pelajar tidak dipengaruhi oleh faktor jantina. Dapatan kajian ini telah menjawab bagi persoalan kajian 4, di mana tahap kognitif pelajar di kalangan pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 4.8 menggunakan analisis ANOVA satu hala menggunakan POST-HOC. Min markah pencapaian pelajar berbangsa melayu ialah pada 14.44 (SP=3.68), min markah pencapaian pelajar berbangsa cina ialah 12.40 (SP=3.73) dan min markah pencapaian pelajar berbangsa india ialah 14.00 (SP=2.71). Daripada analisis ini menunjukkan kebarangkalian perbezaan yang ditunjukkan dalam sampel adalah 0.035. Ini menjelaskan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ( melebihi 0.05 atau 5 %) antara min pencapaian keseluruhan merentasi etnik. Dapatan kajian di atas telah menjawab persoalan kajian 5 dalam menentukan hubungan yang signifikan dalam kognitif pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut etnik.

Rujukan Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim kamruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains dan Matematik Berkesan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan) Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Bloom B.S et. Al (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan- Buku Pedoman 1 : Domain Kognitif. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: dewan Bahasa Dan Pustaka Bloom, S.B et. Al (1992). Taksonomi Objektif pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dewey,J. (1933). How we Think: A Restatment Of The Relation Of Reflective Thinking To The Educative Proses. First Edition, D.C Health and Co Mass Ee Ah Meng (1995). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: penerbit Fajar bakti Sdn Bhd Leow Chee Seng (2006) Progressive Assessment Science Form 4. Malaysia: Pustaka Yakin Pelajar Sdn.Bhd. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Sulaiman Ngah Razali (1998), Pengajaran Sains KBSM : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tajularipin Sulaiman dan Maria Chong Abdullah (2004), Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains, Karisma Publications SDN BHD Zuraidah Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Mohd. Ali Samsudin (2006) Kaedah Mengajar Sains : PTS Publication & Distribution