PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH SWT NADI PENG- GERAK PEMBANGUNAN PERADABAN INSAN

Σχετικά έγγραφα
PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM METODOLOGI PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN TERHADAP GURU-GURU TAKMIR DI NEGERI JOHOR

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Bab 1 Mekanik Struktur

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi

Kalkulus Multivariabel I

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Matematika

Katakunci : faktor, minat, matematik

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan satu

Oleh: Abul A la Al-Maududi

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Kalkulus Multivariabel I

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ETIKA ISLAM TERHADAP PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KERJAYA ANAK-ANAK. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

RUKUN IMAN. Disediakan Oleh: Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah. (Bahasa Malaysia)

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : salam, pelajar Islam

Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

HMT Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Keterusan dan Keabadian Jisim

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Oleh: As-Syahid Sayyid Qutb

Sebaran Peluang Gabungan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

KOMUNIKASI DALAM ISLAM PRINSIP-PRINSIP BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU DI ERA GLOBALISASI DI MALAYSIA

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

47 Persoalan. Qadar dan Qadha. Hafiz Firdaus Abdullah

Prinsip Amanah Yang Mempengaruhi Al-Qalb dalam Kepimpinan Pendidikan serta Dorongan Pelaksanaan Syura. Suhana Abd Hamid

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

Prasyarat Kejayaan HAKARAH ISLAMIYYAH

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN. empat. Penulisan bab ini dibahagikan kepada ringkasan umum kajian, perbincangan

A. Distribusi Gabungan

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

Tegangan Permukaan. Kerja

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Ciri-ciri Taburan Normal

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Pengantar Proses Stokastik

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

DIA Yang Menjual Agamanya

Transcript:

PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH SWT NADI PENG- GERAK PEMBANGUNAN PERADABAN INSAN Kamarul Azmi Jasmi Mohd Ismail Mustari Ahmad Kilani Mohamed Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor, qamar@utm.my Suggested Citation: Jasmi, K. A., Mustari, M. I., & Mohamed, A. K. (2004). Pendidikan Akhlak kepada Allah SWT Nadi Penggerak Pembangunan Peradaban Insan in Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004) City Bayview Hotel, Langkawi pada, 04-06 Sep. 2004, anjuran Universiti Utara Malaysia, pp 1-9. ABSTRACT Pendidikan akhlak kepada Allah SWT (PAKA) merupakan nadi penggerak kepada aspek Pendidikan Pembangunan Insan yang terpenting dalam Pendidikan Islam. Kesempurnaan pendidikan akhlak ini menjadi pemangkin untuk membentuk manusia menjadi insan yang sempurna dalam segala aspek terutamanya dalam aspek kerohanian. Al-lmam Al-Nawawi melalui karyanya, Kitab Riyad al-solihin, membicarakan secara terperinci aspek AKA ini. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 22 PAKA yang terdiri kepada tiga pembangunan iaitu AKA melalui pembangunan hati, pembangunan pemikiran dan pembangunan tindakan. Kesemua AKA ini berkait rapat antara satu sama lain yang mampu memperkuat dan memperkukuhkan aspek kerohanian dan peribadi insan soleh. REFERENCES Abdullah Basmeih (1982). "Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-quran. " Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Abu Daud (1994). Sunan Abi Baud. Bairut: Dar al-fikr. Jii. 2. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Jilid 1-5. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Bustani, Fuad Afram, (1956). Munjid al-tullab. Bairut: Dar al-masriq. Al-Ghazali (1988). Ihya' 'Ulum al-din. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Jii. 1-8. Al-Nasa'i, (1930). Sunan al-nasa 7 bi Sharh al-hqfiz Jalal al-din al-suyuti Wa Hasiah al-imam al-sundi. Beirut: Dar al-fikr. Al-Nawawi (1983). Riyad al-salihin. Beirut: Dar al-fikr al-mu c asir. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Tarmidzi (1994). Sunan al-tarmidzi. Beirut: Dar al-fikr. Jilid 1-5. Ibnu Majah (1954). Sunan Ibnu Majah. Mesir: Dar al-fikr. Jilid 1-2. Jasmi, Kamarul Azmi. 2002. Paradigma al-imam al-nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-solihin. (Master), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah, Ruskam, Aminuddin, et al. 2003. Pengaruh Pemikiran al-imam al- Nawawi Di Kalangan Guru-guru Takmir Di Negeri Johor. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Saleh b. Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muslim (1981). Sahih Muslim Bi Sharh al-nawawi. Bairut: Dar al-fikr. Muslim, Abu al-husain Muslim b. al-hajjaj b. Muslim al-qushairi al-naisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al- Maktabah al-asriah. Mustafa Said Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, Al-Ustaz Mahyuddin Mustawin, Al-Ustaz Ali Al-Syirbiji dan Al-Ustaz Muhammad Amin Lutfi, (1992). Nuzhat al-muaqin Sharh Riyad al-solihin min Kalam Said al-mursalin. Bairut: Mu'aah al-risalah. Juzuk 1-2. Mustafa Said Al-Khin. Nuzhat al-muaqin Sharh Riyad al-solihin min Kalam Said al-mursalin. Bairut: Mu'aah al- Risalah. Juzuk 1-2

PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH SWT NADI PENGGERAK PEMBANGUNAN PERADABAN INSAN* Kamarul Azmi Jasmi Mohd Ismail Mustari Ahmad Kilani Mohamed Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Pendidikan akhlak kepada Allah SWT (PAKA) merupakan nadi penggerak kepada aspek Pendidikan Pembangunan Insan yang terpenting dalam Pendidikan Islam. Kesempurnaan pendidikan akhlak ini menjadi pemangkin untuk membentuk manusia menjadi insan yang sempurna dalam segala aspek terutamanya dalam aspek kerohanian. Al-lmam Al-Nawawi melalui karyanya, Kitab Riyad al-solihin, membicarakan secara terperinci aspek AKA ini. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 22 PAKA yang terdiri kepada tiga pembangunan iaitu AKA melalui pembangunan hati, pembangunan pemikiran dan pembangunan tindakan. Kesemua AKA ini berkait rapat antara satu sama lain yang mampu memperkuat dan memperkukuhkan aspek kerohanian dan peribadi insan soleh. 1.0 PENGENALAN Pembentukan insan yang soleh dan kamil menjadi satu cabaran baru ibu bapa dan pendidik yang dipertanggungjawabkan dalam mendidik Pendidikan Islam dalam era pasca modenisme. Peningkatan jenayah Juvana seperti membunuh, mencuri, bersabit dengan orang, kesalahan jantina, melanggar ordinan tahanan, judi, melanggar undang-undang kecil perbandaran, lalu-lintas, tidak terkawal dan lain-lain sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jadual 1), menjadikan ibu bapa dan pendidik terutamanya guru pendidikan Islam banyak dipersalahkan kerana tidak dapat mendidik anak-anak dan para pelajarnya menjadi manusia yang berguna. Jadual T: Jumlah Juvana Melqyu Pari 1996-2001 Tahun Juvana Melayu 1996 2,564 1997 2,825 1998 3,836 1999 3,792 2000 3,442 2001# 1,107 # Sehingga Jun 2001, Sumber: Jabatan Kebaj kan Masyarakat. Bagaimana untuk membentuk anak-anak menjadi manusia yang soleh? Merupakan persoalan yang selalu ditanyakan dalam mendidik generasi era pasca modenism ini. Jawapan * Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004) City Bayview Hotel, Langkawi pada, 04-06 Sep. 2004, anjuran Universiti Utara Malaysia.

øø rr ööö åå ÈÈ øø ÇÇÇ öö FF ööö ßß Îi ii oo øø rr!!! oo ÉÉÉ Éb bb kepada persoalan ini sudah terjawab dengan mudahnya sebagaimana yang diterjemahkan oleh pendidikan Rasulullah s.a.w. kepada masyarakat Jahiliah sehingga membentuk satu umat yang terbaik. Hal ini diperakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sabdanya, @şâžq@ðđäć Ô@Ćâ$Øž ĆïŽ @ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @ ðđjşåüa@žßbô@žßbô@bžážéćåžè@žêýüa@žðđšžš@æćïž žy@žæći@žçaž ĆáđÈ ĆâžéŽäí$ÝŽî@Žæîđ Üa@şâžq@ĆâžéŽäí$ÝŽî@Žæîđ Üa "Daripada Imran b. Husain r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaikbaik kamu yang berada sekurun denganku kemudian golongan kurun yang berikutnya, kemudian golongan kurun yang berikutnya." (Al-Bukhari, 1994: 222/7) Hadis menjelaskan bagaimana Pendidikan Rasulullah s.a.w. membentuk para sahabatnya sehingga menjadi sebaik-baik umat. Kebaikan umat ini dimanfaatkan sehingga ke generasi yang ketiga. Dalam membicarakan Pendidikan Rasullullah s.a.w. ini, seorang tokoh yang ulung umat Islam yang terkenal iaitu al-imam al-nawawi telah membicarakan secara mendalam aspek-aspek asas Pendidikan Islam yang perlu diperkukuhkan agar kemampanan rohani mampu untuk memelihara diri daripada pengaruh luaran yang tidak baik. Menurut paradigma beliau menjelaskan bahawa terdapat 22 Pendidikan akhlak Kepada Allah SWT yang perlu ditanamkan dalam diri individu insan agar asas atau tapak yang kukuh ini pula mampu untuk membina pembangunan insan yang menyeluruh atau soleh dalam erti kata yang sebenarnya. Pendidikan akhlak kepada Allah SWT ini terkandung dalam tiga aspek pula iaitu: pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui pemikiran; Pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui hati dan pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui tindakan. Pendidikan akhlak kepada Allah S.W.T melalui fikiran adalah tiga etika iaitu, tafakkur, mengingati maut, dan memendekkan angan-angan. Manakala pendidikan akhlak kepada Allah SWT melaui sifat-sifat hati yang terkandung 15 sifat iaitu: keikhlasan dan kehadiran niat, taubat, sabar, benar, qana c ah, bersyukur, muraqabah, yaqin dan tawakkal, takut dan harap, warak dalam perkara syubhat, takwa, istaqamah, berpegang kepada perintah Allah SWT dan menangis kerana takutkan kepadanya dan rindu kepadanya. Pendidikan akhlak kepada Allah S.W.T melalui tindakan terdiri dalam empat sifat iaitu: sifat bersegera kepada kebaikan dan bersungguh-sungguh, menjaga sunnah Rasulullah s.a.w, zuhud di dunia, memperbanyakkan perkara berkat dan menambahkan kebajikan ketika umur tua (Kamarul Azmi, 2003). 2.0 PERANAN SIFAT-SIFAT PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI INSAN SOLEH Syaitan dan nafsu merupakan halangan utama pembentukan manusia soleh. Syaitan sentiasa memandu manusia untuk membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak tatasusila dan agama sebagaimana janjinya kepada Allah SWT yang diceritakan sendiri dalam firman- Nya yang berbunyi: t Ï t Ïèu uηø ødr r& öνå åκ ]t tƒè Èθø øî {u uρçúö ö F F{$ $# Î Îû öνß ßγs s9 u uζî iƒy y { Ï ÏΖo ok ƒu uθø øîr r&!$o oÿï Ï3b>u u tα$s t s% 2

Ï ÉÉÉ øø FF ÖÖÖ ÈÈÈ àà ùù '' TT T[ [[ În nn ;;; ÍÍÍ UU ãã þþþ În nn ÍÍÍ pp ööö ÈÈÈ ÉÉ øø āāā ÉÉÉ ãã ãã Ï oo þþ nn 444 nn öö ßß 888 WWW ÇÇÇ öö VV ãã FF èè Ï øø øø nn ûûû ÅÅ ÈÈÈ øø ùù ãã ää õõ äää ÇÇÇ ÌÌ Ìh hh éé!!! āāā öö FF "Iblis berkata: "Wahai Tuhankuf Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya a kit akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (Surah al-hijr, 15:39) Begitu juga dengan nafsu sentiasa mengarahkan manusia untuk melakukan kemungkaran sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi: Λ Ï Ïm Ö θà àx xî Î n1u u βî Î) 44 4 þ Î n1u u zz zοï z Ïmu u $t tβ āωî Î) Ï þ þθ 9$ Î Î/ 8οu u $ ΒV V{ }} } ø } ø Ζ9$ $# βî Î) 44 4 û Å Å ø øt tρ ä Ì ht t/é é&!$t tβu uρ "Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orangyang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Yusuf, 12:53) Justeru, Pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalai pencapaian tiga aspek iaitu pemikiran, hati dan tindakan aspek di atas menurut paradigma al-nawawi mengambil peranan utama untuk membentuk peribadi yang tinggi dan soleh. 2.1 Peranan pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui pemikiran Pemikiran manusia merupakan tempat memproses maklumat yang datang daripada mata, telinga, bau dan sentuh. Pemikiran yang benar akan memuat turun kepada hati dengan kebenaran dan pemikiran yang rosak akan memuat turun kesesatan kepada hati. Justeru itu, pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui tafakkur, mengingati maut dan memendekkan angan-angan merupakan senjataampuh yang mampu membendung kepada kerosakan pemikiran setiap insan. Pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui tafakkur sebagai contoh mampu mencelikkan hati tentang kebenaran hakikat Allah SWT selaku pencipta dan agama sebagai dasar peraturan-nya untuk menusia. Allah SWT telah berfirman, É= t t6ø ø9f F{$ $# Í ÍÍ Í<' 'ρt [{ ;M t tƒu Uψ Í $p pκ ]9$ $#u uρ È ø øš 9$ $# É# n n=ï ÏF z$ $#u uρ ÇÚö ö F F{$ $#u uρ ÏN u uθ y yϑ 9$ $# È,ù ù=y yz Î Îû āχî Î) ÏN u uθ u uκ 9$ $# È,ù ù=y yz Î Îû t tβρã ã 6x xt tgt tƒu uρ öνî ÎγÎ Î/θã ãζã ã_ 4 n n?t tãu uρ #Y YY YŠθã ãèè è%u uρ $V VV Vϑ u ušï Ï%!$ $# tβρã t ãä ä.õ õ t tƒ t Ï t Ï%!$ $# Í $ Ζ9$ $# zz z>#x z x t tã $o oo oψé É)s sù y7o y oψ y ysö ö6ß ß WξÏ ÏÜ t t/ #x x y yδ Mø ø)n n=y yz $t tβ $u uζ /u u ÇÚö ö F F{$ $#u uρ "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kamil Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azabneraka. " 3

((( ãã èè 333 777 èè 555 444 oo ((( ãã àà >>> ÖÖÖ ÉÉ āāā èè ÝÝ rr!!! >>> ÅÅ ööö èè Ïi ii Dalam firman-nya yang lain pula Dia memerintahkan kepada baginda, (Surah Ali Imran: 190-191) /ä ää ä3î Î6Ï Ïm$ ÁÎ Î/ $t tβ 44 4 (#ρã ã 6x xt tgs s? Οè èo 3 y yš t tè èùu uρ 4 o o_ Wt tβ! 7 ƒï Ï x x 5>#x x t tã ô y y t tƒ (#θã ãβθà à)s s? t t t t/ βr rr r& Νä ää (( ( >οy y Ï Ïm u uθî Î/ Νä ää ä3ý ÝàÏ Ïãr r&!$y yϑ ΡÎ Î) ö è è% ä3 9ÖƒÉ É t tρāωî Î) uθè u èδ βî Î) 44 4 >π ΖÅ Å_ Ï iβ Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranku)". (Surah Saba', 34:46) Ayat pertama di atas dengan jelas meminta manusia mencari kebenaran melalui tafakkur terhadap segala kejadian langit dan bumi serta kejadian-kejadian alam untuk melihat kekuasaan Allah SWT selaku Tuhan sebenar bagi sekelian alam. Tafakkur yang mendalam terhadap alam ini mampu member!kan input tentang kekuasaan-nya sehingga mampu menurukan rasa kekaguman terhadap diri-nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung ke dalam hatinya. Kekaguman kekuasaan-nya seterusnya akan mendatangkan rasa hati tentang perlu untuk mencari cara kehidupan yang diredainya. Ayat yang kedua pula sekali lagi Allah SWT memerintahkan hambanya berfikir pula tentang ajaran-ajaran yang dibawakan Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ajaran yang dibawa baginda itu direka-reka sendiri untuk kepentingan bagiitda sendiri atau ajaran itu merupakan ajaran yang diturunkan Allah SWT untuk kesejahteraan pengamalnya? Tafakkur terhadap persoalan ini boleh mencelikkan akal untuk meningkatkan keazaman hati untuk kembali kepada Allah SWT dan mengikuti ajaran-ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Selain tafakkur, mengingati maut dan mengurangkan angan-angan yang juga pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui pemikiran juga mampu memberikan kegerunan kepada hati daripada melakukan maksiat atau degil terhadap perintah Allah SWT Satu hadis ada berbunyi (Al-Tarmidzi 1994: 138/4, Al-Nasa'i, 1930:4/4), @ðđåćéžî@ đpaş ÝÜa@ 3ãđˆbŽè@ Ž 6Øđˆ@ aìž đr6øc@ ŽâÝŽŽì@ đêćïýžè@ žêýüa@ ôýž @ đêýüa@ žßížžš@ ŽßbÔ@ ŽßbÔ@ òž ĆîŽ žè@ ðđic@ ĆæŽÈ ŽpĆíŽá6Üa "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perbanyakan mengingati yang memutuskan kelazatan iaitu maut. (Al-Tarmidzi dan Al-Nasa'i) Hadis ini menunjukkan galakkan Rasulullah s.a.w. supaya berfikir dengan sesuatu yang memutuskan keinginan untuk berseronok-seronok. Kerana kehidupan orang yang mengutamakan keseronokan merupakan punca manusia banyak terjerumus kepada perkara yang dilarang oleh agama atau melanggar perintah agama. Ini kerana apabila manusia berfikir tentang maut yang sentiasa menunggu saat menerkam dirinya, menyebabkan hatinya 4

merasa takut untuk melakukan maksiat dan sentiasa untuk melakukan ketaatan agar mati dalam husnul al-khatimah (Mustafa Said Al-Khin, et al, 1992:424/1). Menanamkan pendidikan akhlak kepada Allah SWT dengan mengingati mati ini kepada pemikiran dianggap oleh Rasulullah s.a.w. sebagai manusia yang bijak. Sedangkan sebaliknya pula yang banyak berangan-angan dan suka berseronok-seronok dengan mengikut hawa nafsu adalah dianggap oleh baginda merupakan orang yang lemah. Shaddad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (Al-Tarmidzi, 1994:187/4, IbnuMajah, 1954:1423/2), @Ž ĆÉŽi@bŽáđÜ@ŽÞđáŽÈŽì@žêŽ6ÑŽä@ŽçaŽ @ĆæŽà@ž İïÙ6Üa@ŽßbÔ@ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @İðđjşåÜa@ĆæŽÈ Ćìc@3æĆi@đ aş Ž @ĆæŽÈ đêýüa@ôýžè@ôşåžážmžì@bžèažížè@žêž6ñžä@žêžjćmc@ćæžà@žđubžé6üažì@đpćížá6üa Shadad bin Aus menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Sebijak-bijak manusia siapa yang muhasabah diri dan beramal untuk selepas mati, dan manusia yang lemah pula siapa yang mengikut hawa nafsunya dan beranganangan kepada Allah SWT (akan melayannya dengan baik tanpa beramal kepada-nya)" (Al-Tarmidzi dan IbnuMajah) Keterangan di atas sudah jelas peranan pendidikan akhlak kepada Allah melalui pemikiran banyak membantu hati mendapat kebenaran seterusnya membentuk, mendidik dan mencorakkan hati dengan didikan akhlak kepada Allah SWT melalui hatinya pula. 2.2 Pendidikan akhlak kepada Allab SWT melalui hati Menurut paradigma al-imam al-nawawi (1983) bahawa kepentingan hubungan pendidikan akhlak kepada Tuhan melalui hati sememangnya merupakan asas kepada pembangunan insan yang menyeluruh termasuk pembentukan tindakan material dan jasmani. Ini kerana pendidikan akhlak kepada Allah seperti keikhlasan dan kehadiran niat hanya kepada Allah SWT; sabar terhadap segala ujian-nya; benar atau membenarkan ajaran-nya dan ajaran rasul-nya; qana ah iaitu merasa cukup dengan pemberian-nya; bersyukur terhadap anugerahnya; muraqabah iaitu sentiasa berjaga-jaga dalam tindakan dan kelakuan kerana merasa sentiasa diperhatikan-nya; yaqin terhadap pertolongan-nya dan tawakkal iaitu pergantungan penuh terhadap-nya dalam setiap pekerjaan yang telah dilaksanakan; takut terhadap azabnya di dunia dan akhirat apabila melakukan kejahatan dan harap terhadap syurganya terhadap segala amalan baik; warak dalam perkara haram dan syubhat; takwa iaitu sentiasa mentaati-nya dalam menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya kerana takutkan pembalasan-nya; istaqamah iaitu sentiasa memastikan diri berada di landasan perintahnya; berpega'ng kepada perintah Allah SWT dan menangis kerana takutkan kepada-nya; rindu kepadanya dan taubat iaitu sentiasa kembali kepada-nya apabila terbabas dari jalan-nya, merupakan pendidikan akhlak yang membentuk kesepaduan dan kemantapan iman yang tidak boleh digangu gugat lagi sama ada dengan nafsu dan syaitan. Keimanan yang terpancar kesan daripada pendidikan akhlak kepada Allah melalui hati ini seterusnya memberikan impak kepada tindakan, kelakuan, sikap dan peribadi. Hal ini sudah dipertegaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri yang menyebut (Al-Bukhari, 1994: 22/1 dan Muslim 206/3), 5

@büc@žêgý$ø@ž ŽŽv6Üa@Ž ŽÐ@ĆpŽ ŽÐ@aŽˆ3gŽì@žêGÝ$Ø@ž ŽŽv6Üa@Ž ÝŽ @ĆoŽzÝŽ @ažˆ3g@nóžíć žà@đ ŽŽv6Üa@ðđÐ@şç3gŽì@bÜc žk6ýõ6üa@žðđèžì "Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati " (Al-Bukhari dan Muslim) Hadith di atas menegaskan bagaimana peranan hati dalam menentukan segala tindakan manusia. Hati yang terdidik dengan iman yang terbina daripada pendidikan akhlak kepada Allah SWT yang sempurna akan memancarkan tingkah laku yang baik. Hal ini ada dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya (Al-Bukhari, 1994: 104/7 dan Muslim, 2001: 43/1), @3ãĆíŽï6ÜaŽì@ đêýübđi@ žæđàćüžî@ ŽçbØ@ ĆæŽà@ ŽßbÔ@ ŽâÝŽŽì@ đêćïýžè@ žêýüa@ ôýž @ şðđjşåüa@ şçc İðđÈaŽžƒ6Üa@ ĆîŽ ž @ ðđic@ ĆæŽÈ @žæđàćüžî@žçbø@ćæžàžì@žêñćïžš@ćã3 6Ùžï6ÝÐ@3 đ f6üa@3ãćížï6üažì@đêýübđi@žæđàćüžî@žçbø@ćæžàžì@đë3šbžu@ôü3g@ćæđćzžï6ýð@3 đ f6üa Ćo$ÙĆŽïđÜ@Ćìc@ać ĆïŽ @ĆÞ$ÕŽï6ÝÐ@3 đ f6üa@3ãćížï6üažì@đêýübđi "Daripada Abu Suraih al-khuzai bahawa Nabi s.a.w bersabda, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan memuliakan tetamimya dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan menghubungkan silatulrahim, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari akhirat, sudah pasti dia akan berkata yang baik atau dia hanya diam. " (Al-Bukhari dan Muslim) Hadith ini menunjukkan bahawa keimanan kepada Allah S.W.T di dalam hati seseorang merupakan asas untuk membentuk peribadi seseorang yang memungkinkannya melakukan kebaikan kepada sesama manusia. Kebaikan yang datang daripada peribadi dan tindakan yang betul memberikan implikasi yang baik juga kepada aspek pengurusan yang lain seperti pengurusan material, organisasi dan lain-lainnya. Sebaliknya tidak mempunyai pendidikan akhlak kepada Allah SWT di dalam hatiya yang menyebabkan hilang cahaya iman, menyebabkan tindakan juga akan menjadi rosak. Ini adalah kerana hati menjadi asas kepada pembentukan pendidikan akhlak luaran dan segala pembangunan yang lain (Al-Nawawi, 1983: 199). Rasulullah s.a.w. pemah bersabda (al- Bukhari, 1994: 146/3; Muslim, 2001: 46/1), @ŽížèŽì@ðđäĆŽî@Žµđy@ðđäaşÜa@ðđäĆŽî@bÜ@ŽßbÔ@ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @đêýüa@žßížžš@şç3g@òž ĆîŽ žè òž ĆîŽ žè@ðžic@ćæžè žic@ćæžè ČæđàĆüžà@ŽížèŽì@bŽéžiŽ Ć Žî@Žµđy@Ž Ćᎃ6Üa@žlŽ Ć Žî@bÜŽì@ČæđàĆüžà@ŽížèŽì@ž 3 ĆŽî@Žµđy@ž 3ŠbşÜa@ž 3 ĆŽî@bÜŽì@ČæđàĆüžà "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak berzina penzina ketika sedang berzina sedangkan dia adalah mukmin, tidak minum arak ketika dia minum sedangkan dia adalah mukmin dan begitu juga 6

tidak mencuri seorang pencuri sedangkan dia adalah mukmin, begitu juga tidak mencuri ketika dia mencuri sedangkan dia adalah mukmin" (Al-Bukhari dan Muslim) Hadis ini bermaksud tindakan atau kelakuan seseorang dan hatinya saling berkait rapat antara sama lain. Orang yang berzina, meminum minuman keras dan mencuri berlaku kerana hilangnya sinar keimanan di dalam hatinya. Ini adalah kerana Hati merupakan raja bagi segala anggota badannya dan tindakannya. Peranan pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui hati dalam pendidikan pembangunan insan akan melahirkan perkara-perkara berikut: 2.2.1 Benci dan takut kepada maksiat Pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui hati dengan perantaraan keikhlasan dan kehadiran niat, taubat, muraqabah, takut dan harap, warak, takwa, istaqamah dan rindu kepada-nya membentuk hati individu terhadap iman yang mantap untuk benci dan takut kepada maksiat. Semua pendidikan akhlak ini menyebabkan hati sentiasa berada dalam kebimbangan untuk menyimpan keinginan melakukan dosa apatah lagi melakukannya. Ini adalah kerana hatinya dirasakan tidak boleh lari daripada pengetahuan Allah SWT, takutkan azab dan sentiasa berwaspada supaya tidak tergelincir daripada jalan kebenaran (Al-Nawawi, 1983). Bahkan kekuatan iman yang disinari pendidikan akhlak ini akan memberikan kesan kepada perlakuan maksiat yang ternampak oleh dirinya dengan tindakan hati untuk menghalang sama ada dengan kuasa dan nasihat. Sekurang-kurangnya hati akan membenci maksiat tersebut yang merupakan tahap keimanan yang paling rendah. Rasulullah s.a.w. ada bersabda (Muslim, 2001: 44/1), @ać ÙĆåžà@Ćâ$ÙĆåđà@õcŽŠ@ĆæŽà@žßí$ÕŽî@ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @đêýüa@žßížžš@žoćéđáž@ßíõî ßíÕî@Ş ïđéž @Ş ïđéž@ðic@æè @ðic@æè 3ç3ç3ç3çbŽº3h6Üa@žÒŽÉĆšc@ÚđÜŽˆŽì@đêđj6ÝÕđjÐ@ĆÊđdŽnĆŽî@ĆâÜ@Ćç3hÐ@đêđäbŽđÝđjÐ@ĆÊđdŽnĆŽî@ĆâÜ@Ćç3hÐ@đëđ Žïđi@žëĆ İïŽÍžï6ÝÐ "Daripada Abu Said al-khudri r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendakah dia mengubah dengan tangannya, jika dia tidak berkuasa, hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia masih tidak berkuasa, hendaklah dengan hatinya dan tahap ini merupakan selemah-lemah iman." (Muslim) Hadis ini menjelaskan bahawa jika iman ada tertanam di hati sudah tentu sekurangkurangnya dia akan membenci maksiat yang berlaku di depan matanya. Kemudian jika hati tersebut penuh dengan sifat takwa, qanaah, sabar, syukur dan lain-lain lagi pendidikan akhlak kepada Allah SWT, hatinya akan memandu lidah dan tindakannya untuk memberi nasihat atau mengambil tindakan. Hadis ini dengan sendirinya bermaksud bahawa hati yang tidak mengambil kisah terhadap maksiat yang berlaku atau membenci maksiat tersebut, dia sebenarnya sedang mengalami kelemhan tahap iman teruk. 2.2.2 Meninggalkan perkara yang tidak berfaedah Hati yang penuh dengan pendidikan akhlak kepada Allah SWT juga akan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah kepada kehidupannya dan kehidupan akhiratnya. Ini adalah 7

Ï ÍÍ øø ÈÈÈ öö Ï øø ÜÜÜ ÓÓÓ øø rr ßßß ëëë øøww (( ( Ï ÝÝ øø āāā @@@ âââ öö ÈÈ óó èè ààà ÞÞÞ ùù nn zzz MM øø nn kerana hatinya sudah rindu kepada Allah SWT selaku Pencipta sehingga tidak ada masa melainkan kepada melakukan sesuatu yang disukai-nya dan apatah lagi untuk melakukan perkara yang dibencinya. Inilah yang dikatakan orang bijak sebagaimana yang terjelas pada hadis yang lalu dan disokong pula dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi (Al- Tarmidzi 1994: 142/4): @bü@bžà@žê$øć Žm@đöĆ Žá6Üa@3ãbÝĆ3g@3æĆžy@Ćæđà@ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @đêýüa@žßížžš@žßbô ŽßbÔ@òŽ ĆîŽ žè@ðđic@ćæžè đêïđåćéžî "Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda, sebaik-baik seorang Islam ialah seseorang yang meninggalkan sesuatu yang tidak memberi makna kepadanya." (Al-Tirmidhi) 2.2.3 Berhati-hati dalam tindakan Takwa dan muraqabah merupakan pendidikan akhlak kepada Allah SWT yang boleh menyebabkan seseorang yang memilikinya sentiasa membuat sesuatu tindakan dengan pemerhatian yang mendalam. Ini kerana dirinya memahami bahawa setiap tindakannya ada Allah SWT dan wakil-nya yang memerhati dan mencatat segala percakapan dan tindakannya sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT sendiri, Ó ŠÏ ÏGt tãë= Ï Ï%u u ϵ ƒy y s s9āωî Î) @Αö öθs s% Ï ÏΒ àáï Ïù ù=t tƒ $ Β Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). " (Surah Qaf, 50:18) Hatinya memahami bahawa Allah SWT bukan sahaja maha mengetahui tentang segala bisikan hatinya bahkan Dia sentiasa berada paling dekat memerhatikannya. Allah SWT berfirman, Ï ƒí Í u uθø ø9$ $# È ö ö7y ymô Ï ÏΒϵø ø s s9î Î) Ü>t tø ø%r r& ß ø øtw wυu uρ ç çç çµý Ý ø øt tρ Ï ÏµÎ Î/ â È Èθó ó u uθè è? $t tβþοn n= èt tρu uρz ΣM M}$ $# $u uζø ø)n n=y yzô s s)s s9u uρ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Qaf, 50:16) Justeru, dia akan sentiasa berwaspada dalam tindakannya supaya tidak terjerumus kepada tindakan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT 8

þþ ççç óó ŸŸ În nn öö çç ššš ÅÅ nnøø III ßß öö øø ÍÍ!! óó øø 2.2.4 Terpelihara daripada nafsu dan syaitan Sikap tawakkal dan.khlas kepada Allah SWT mampu memelihara hati seseorang daripada godaan dan bisikan jahat yang sentiasa mencari peluang meracuni hati kepada maksiat. Allah S.W.T pernah mencentakan bagaimana cubaan syaitan dan nafsu untuk menyesatkan Nabi Yusuf tetapi kerana Baginda seorang yang ikhlas terhadap Allah SWT, Dia memeliharanya daripada terjemurums ke dalam kemaksiatan. Firman-Nya, u þ u þθ 9$ $# çµ Ζt tã t Î t Îó óçu uζï Ï9 y7ï y Ï9 x x Ÿ Ÿ2 44 4 Ï ÏµÎ n/u u zz z y z yδö öç ç/ #u u βr rr r& Iωö öθs s9 $p pp pκí Í5 Νy yδu uρ (( ( Ï ÏµÎ Î/ ôm ϑy yδ ô s s)s s9u uρ š Å ÅÁn n=ø ø ß ßϑø ø9$ $# $t tρï ÏŠ$t t6ï Ïã ô Ï ÏΒ ç çç çµ ΡÎ Î) 44 4 u! u!$t t±ó ósx xø ø9$ $#u uρ Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan Yusuf perkara yang tidak baik dan perbuatan keji, kerana sesungguhany dia dari hamba-hambi Kami yang dibersihkan dari segala dosa. (Surah Yusuf, 12:24) Begitu juga dengan sikap tawakkal kepada Allah SWT apabila keluar mencari rezeki, sifat ini akan memelihara hati daripada bisikan dan hasutan syaitan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya (al~ Tarmidzi, 1994: 270/5; Abu Daud, 1994: 503/2): @3âĆđi@ŽßbÕÐ@đêđnĆïŽi@Ćæđà@žÞžuş Üa@ŽxŽ Ž @ažˆ3g@žßbô@žâýžžì@đêćïýžè@žêýüa@ôýž @şðđjşåüa@şçc ŞÚđÜbŽà@3æĆi@3 Žäc@ĆæŽÈ @ŽoïđÔžìŽì@ŽoïđÑ$ØŽì@Žoîđ žè@ş đøžåïđy@žßbõžî@žßbô@đêýübđi@bü3g@òşí$ô@büžì@žßćížy@bü@đêýüa@ôýžè@žo6ýøžížm@đêýüa ŽðđÔžìŽì@ŽðđÑ$ØŽì@Žñđ žè@ć Ô@ÞžuŽ đi@úü@žòćïø@ž Ž e@čçbdćïž @žêü@žßí$õžïð@žµđ bžïş Üa@žêÜ@ôşzŽåŽnŽnÐ Anas bin Malik bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan: đêýübđi@bü3g@òşí$ô@büžì@žßćížy@bü@đêýüa@ôýžè@žo6ýøžížm@đêýüa@3âćđi (Maksud: Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). ' Beliau bersabda: "Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya, 'Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan', hingga setan-setan menjauh darinya. Lalu setan yang lainnya berkata, "Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan." (Al~ Tarmidzi dan Abu Daud) Sememangya manusia periukan hidayah Allah SWT untuk memberikan pertunjukkan kepada jalan yang lurus. Justeru itu, pendidikan akhlak kepada Allah SWT seperti ikhlas dan tawakkal ini sudah memadai untuk menarik pertunjuk-nya dalam kehidupan manusia. 9

2.2.5 Meningkatkan motivasi dalam beramal soleh Pendidikan akhlak kepada Allah SWT merupakan asas penting untuk meningkatkan motivasi dalaman individu insan terhadap ama] soleh. Ikhlas melakukan sesuatu amalan contohnya boleh melipat gandakan keuntungan bukan sahaja dari segi pahala bahkan dari segi terlepas daripada malapetaka. Pahala kerana ikhlas ini dalam amalan terjelas sebagaimana hadis qudsi yang berbunyi (al-bukhari 1994: 239/7; Muslim, 2001: 66/1), @ŽßbÔ@ôÜbŽÉŽmŽì@ÛŽŠbŽjŽm@đêİiŽŠ@ĆæŽÈ@ñ3ìĆ Žî@bŽáïđÐ@ŽâÝŽŽì@đêĆïÝŽÈ@žêÝÜa@ôÝŽ @đêýüa@3ßížžš@ćæžè bşjžè@3æćia@ćæžè @žêýüa@ bžéžjžnø@ bžé6ýžáćéžî@ ĆâÝÐ@ ŞóŽåŽŽzđi@ şâžè@ ĆæŽáÐ@ ÚđÜŽˆ@ ŽæşïŽi@ şâžq@ đpbžøiïşüažì@ đpbžåžžz6üa@ ŽkŽnØ@ ŽêÝÜa@ şç3g @3ÊĆjŽ@ôÜ3g@ŞpbŽåŽŽy@Ž Ć ŽÈ@žëŽ ĆåđÈ@şÞŽuŽì@şŽÈ@žêÝÜa@bŽéŽjŽnØ@bŽéÝđáŽÉÐ@bŽéđi@şâŽè@Ćç3gŽì@NóÝđàbØ@NóŽåŽŽy@žëŽ ĆåđÈ @NóÝđàbØ@NóŽåŽŽy@žëŽ ĆåđÈ@žêÝÜa@bŽéŽjŽnØ@bŽé6ÝŽáĆÉŽî@ĆâÝÐ@ŞóŽøİïŽđi@şâŽè@Ćç3gŽì@ŞòŽ7đrØ@ŞÓbŽÉĆšc@ôÜ3g@ŞÒĆÉđš@đóŽ bđà NóŽåŽŽy@žëŽ ĆåđÈ@žêÝÜa@bŽéŽjŽnØ@bŽé6ÝŽáĆÉŽî@ĆâÝÐ@ŞóŽøİïŽđi@şâŽè@Ćç3gŽì@ŞòŽ7đrØ@ŞÓbŽÉĆšc@ôÜ3g@ŞÒĆÉđš@đóŽ bđà NòŽ đyažì@nóžøiïž@žêýüa@bžéžjžnø@bžéýđážéð@bžéđi@şâžè@ćç3gžì "Daripada Ibnu Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w. ketika menceritakan tentang Tuhannya yang berfirman, "Sesungguhnya Allah S. W. T. menulis semua kebaikan dan keburukan. Kemudian Baginda menerangkan (cara Allah S. W. T. menulis) tersebut: "Sesiapa yang ingin melakukan satu kebajikan tetapi tidak dilakukannya, Allah S. W. T. menulis kebajikan tersebut sebagai satu pahala yang sempurna. Jika sesiapa pula ingin melakukan kebajikan, kemudian dia mengamalkannya, Allah SWT menulis baginya 10 pahala sehingga 700 kali ganda bahkan sehingga berlipat-lipat kali ganda hanyaknya. Sedangkan sesiapa yang ingin melakukan kejahatan, tetapi dia tidak melakukannya, Allah S. W. T. menulis pula untuknya satu pahala penuh, jika dia ingin melakukan kejahatan itu, kemudian dia melakukannya, Allah S. W. T. menulis untuknya satu dosa. (Al-Bukhari dan Muslim) Manakala peranan ikhlas dalam melepaskan diri dari malapetaka sebagaimana kisah tiga orang yang terperangkap di dalam gua yang berjaya melepaskan dirinya dengan mempersembahkan kepada Allah SWT amalan yang paling ikhlas sebagai syafaat terhadap untuk dibukakan mulut gua yang terperangkap dengan batu (Al-Bukhari, 1994: 177/4; Muslim, 2001: 1023/4). 2.2.6 Memancarkan sinar hati yang bersih Perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang boleh menghitamkan hati sehingga menjadi kotor berkarat (Al-Ghazali, 1988). Namun pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui taubat sebagai pengimbang kepada hati yang dikotorkan oleh dosa. Taubat merupakan ramuan yang boleh membersihkan hati yang kotor dan Allah SWT sentiasa mahu menerima dan gembira untuk menerima taubat hambanya yang telah menyesal (Imam Muslim, 1981:61/17). 2.3 Pendidikan akhlak Kepada Allah SWT Melalui Perbuatan Pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui perbuatan dan tindakan merupakan aspek terakhir yang sebenarnya cerminan kepada pendidikan akhlak Allah SWT melalui pemikiran dan hati. Kerana pemikiran yang mendalam memberi kesan kepada kemantapan iman yang 10

t t ÅÅ FF t öö øø ((( ãã öö t Ïj jj îîî óó éé «««ÉÉÉ ßß ööö ää t berada di dalam hati. Sedangkan hati yang mantap dengan keimanan pula mampu menggerakkan anggota badan kearah yang baik terutamanya dalam berakhlak kepada Allah SWT Ini kerana menurut al-ghazali (1988), hati umpama raja bagi rakyatnya iaitu anggota badannya. Sinar keimanan dalam hati apabila sudah wujud dengan sendirinya akan mendorong diri insan bersegera kepada kebaikan lagi bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Apatah lagi jika umurnya telah menjangkau 40-an, sudah tentu dia menambahkan usahanya bagi meningkatkan amalan sebelum menemui Tuhannya. Usaha utama dalam membangunkan pendidikan akhlak kepada Allah SWT ini ialah usaha mengikuti sunah-sunah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana cara hidup baginda merupakan cara hidup yang disukai dan dicintai oleh Allah SWT sebagaimana firman-nya, #Z ZZ ZÏ ÏVx x.!$ $# tx x.s sœu uρtå ÅzF Fψ$ $# tπö öθu u ø ø9$ $#u uρ!$ $# (#θã ã_ö öt tƒtβ%x x. y yϑï j9 πu uζ y ymîοu uθó ó é é& «!$ $# ÉΑθß ß u u Î ÎûöΝä ä3s s9tβ%x x. ô s s) 9 "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah Al-Ahzab, 33:21) Firman Allah SWT ini menegaskan bagaimana Rasulullah s.a.w. diiktiraf terbaik cara hidupnya dan orang yang benar-benar ingin mencari keredaan Allah SWT atau orang yang berakhlak kepada-nya sudah tentu akan menjadikan kehidupannya mengikut cara kehidupan orang yang dicintai-nya. 3.0 KESIMPULAN Tiga aspek pendidikan akhlak kepada Allah SWT merupakan rangkuman yang bersatu jitu untuk kemantapan keimanan individu insan terutama dalam era pasca modenism yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Pendidikan akhlak kepada?vllah SWT melalui hati berperanan untuk menumpukan pemikiran kepada penciptaan untuk mencari kebenaran dalam kehidupan di dunia terutamanya tentang Pencipta itu sendiri. Usaha menanamkan pendidikan akhlak kepada Allah SWT melalui hati di samping cerapan pemikiran pula mampu membangkitkan keimanan yang mendalam. Ini kerana hati yang terbangkit sepenuhnya dengan pendidikan akhlak ini menyerlahkan cahaya iman yang mantap untuk membentuk tindakan dan kelakuan manusia beriman yang memberi manfaat kepada diri, ahli keluarga, masyarakat dan umat Islam. 4.0 RUJUKAN Abdullah Basmeih (1982). "Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-quran. " Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Abu Daud (1994). Sunan Abi Baud. Bairut: Dar al-fikr. Jii. 2. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Jilid 1-5. 11

Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Bustani, Fuad Afram, (1956). Munjid al-tullab. Bairut: Dar al-masriq. Al-Ghazali (1988). Ihya' 'Ulum al-din. Kuala Lumpur: Victory Ajensi. Jii. 1-8. Al-Nasa'i, (1930). Sunan al-nasa 7 bi Sharh al-hqfiz Jalal al-din al-suyuti Wa Hasiah al- Imam al-sundi. Beirut: Dar al-fikr. Al-Nawawi (1983). Riyad al-salihin. Beirut: Dar al-fikr al-mu c asir. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jii. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Tarmidzi (1994). Sunan al-tarmidzi. Beirut: Dar al-fikr. Jilid 1-5. Ibnu Majah (1954). Sunan Ibnu Majah. Mesir: Dar al-fikr. Jilid 1-2. Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma al-imam al-nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-solihin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tesis Sarjana. Kamarul Azmi B. Jasmi, Azmi Shah Suratman, Prof. Madya Aminuddin Ruskam, Ahmad Kilani Mohamed & Zulkefli b. Harun (2003). Pengaruh Pemikiran al-imam al-nawawi Di Kalangan Guru-guru Takmir Di Negeri Johor. Johor Baharu: UTM. Penyelidikan Vote 71873 Mohd Saleh b. Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muslim (1981). Sahih Muslim Bi Sharh al-nawawi. Bairut: Dar al-fikr. Muslim, Abu al-husain Muslim b. al-hajjaj b. Muslim al-qushairi al-naisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al-maktabah al-asriah. Mustafa Said Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, Al-Ustaz Mahyuddin Mustawin, Al-Ustaz Ali Al- Syirbiji dan Al-Ustaz Muhammad Amin Lutfi, (1992). Nuzhat al-muaqin Sharh Riyad al-solihin min Kalam Said al-mursalin. Bairut: Mu'aah al-risalah. Juzuk 1-2. Mustafa Said Al-Khin. Nuzhat al-muaqin Sharh Riyad al-solihin min Kalam Said al- Mursalin. Bairut: Mu'aah al-risalah. Juzuk 1-2. 12