Seap Anak PERMATA Negara 1 KURIKULUM PERMATA NEGARA ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 0 4 TAHUN
2 Seap Anak PERMATA Negara Cetakan Pertama, November 2008 Hak Cipta c NCDRC, UPSI ISBN 983-3759-41-5 Cetakan Kedua, Januari 2010 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-983-43953-1-5 Cetakan Ketiga, Januari 2013 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-967-0493-34-3 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri, W101, Aras 1, Blok 3440, Enterprise Building1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-83194000 Faks: 03-83194001/03-83188645 Web : http:/www.permata.jpm.my
Seap Anak PERMATA Negara 3 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Pelaksanaan Program PERMATA yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami untuk menghasilkan dokumen ini. Kami amat menghargai keperihatinan dan komitmen kerajaan dalam usaha menambahbaik Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education and Care) di Negara ini. Syabas diucapkan kepada Y.A.B. Dato Sri kerana telah mengambil langkah positif dan proaktif memastikan pewaris generasi bangsa dan modal insan Negara pada masa hadapan mendapat pendidikan awal yang terbaik. Ini semua telah termaktub dalam Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telahpun diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2008. Penggerak utama Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia, sehingga tercetusnya Program PERMATA Negara ini ialah Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri. Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri telah berterusan terlibat secara langsung demi memastikan Program PERMATA Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang singkat, Program PERMATA Negara telah dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Negara, dan telah memberikan peluang kepada kanak-kanak, khususnya dari luar bandar dan dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana yang kondusif dan ceria. yang mengintegrasikan aspek pengasuhan dan pendidikan adalah satu usaha yang tepat untuk menyediakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang menyeluruh khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Penekanan kepada amalan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kebolehan dan keunikan individu kanak-kanak adalah suatu pendekatan yang sangat baik dan selaras dengan amalan pendidikan awal yang berkualiti yang dilaksanakan di seluruh dunia. Menggunakan kaedah bermain sebagai asas kepada semua aktiviti pembelajaran adalah cara terbaik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Fitrahnya, kanak-kanak sentiasa belajar melalui bermain kerana melalui bermain mereka akan: meneroka, ingin tahu, bertanya, mencuba dan mengeksperimen apa-apa sahaja yang terdapat di persekitaran mereka. Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggubalan kurikulum ini adalah lengkap dan bersifat holistik. Adalah diharapkan para pendidik akan melaksanakan kurikulum ini dengan sebaiknya, kerana merekalah peneraju utama yang
4 Seap Anak PERMATA Negara akan menentukan kejayaan usaha murni ini. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung sepenuhnya kepada pendidik yang akan mengimplementasinya bersama kanak-kanak. Adalah diharapkan segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan dalam menggubal kurikulum ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak, khususnya, dan Negara, amnya, dengan komitmen dan keprihatinan tinggi pendidik. Sekalung penghargaan juga disampaikan kepada Ahli Majlis Pelaksanaan Program PERMATA, Ahli Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program PERMATA di atas segala sumbangan idea dan sokongan yang diberikan. Rakaman terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA Negara, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Kesihatan Malaysia, semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individuindividu professional lain yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan dan penerbitan dokumen Edisi Ketiga ini. Majlis berseri gilang-gemilang Di tambah seri aluan gendang Budi dan jasa dikenang-kenang Sumbangan diberi tidak kan hilang TERIMA KASIH 1 Oktober 2012
Seap Anak PERMATA Negara 5 PRAKATA Setiap anak perlu diberikan permulaan hidup yang terbaik (the best starts in life), maka dengan itu lahirlah konsep Setiap Anak PERMATA Negara Assalamualaikum WBT, dan Salam Sejahtera, Sesungguhnya, dalam membangunkan modal insan Negara, pendidikanlah wadah utamanya. Pada hakikatnya, masa hadapan sesebuah Negara bergantung kepada pembangunan modal insan yang berkebolehan. Dari itu, pembangunan modal insan haruslah dimulakan pada peringkat awal kerana proses perkembangan mental dan emosi serta pemupukan nilai-nilai murni dan kemahiran berkembang dengan begitu cepat dalam tempoh tersebut. Ingatan saya masih segar di mana 5 tahun yang lalu saya bersama-sama beberapa orang profesional, profesor, pendidik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan membincangkan permasalahan dan gejala sosial di Negara ini. Kami penuh yakin sekiranya anak-anak kecil telah diasuh dengan nilai-nilai murni, mereka akan mempunyai asas peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja bersifat mulia. Akhirnya kami sepakat bahawa salah satu strategi jangka panjang yang berupaya menangani masalah sosial dan sebagai langkah awal membina modal insan Negara ialah dengan memberikan setiap kanak-kanak yang lahir di bumi bertuah ini permulaan hidup yang terbaik atau the best starts in life. Pembentukan nilai diri sebagai insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan lebih berkesan jika dilakukan sejak lahir lagi. Mereka seharusnya diberikan persediaan yang secukupnya dari segi perkembangan mental, rohani, sosial dan fizikal. Umpama kata pepatah Melayu, Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Persediaan yang bersesuaian dengan perkembangan mental, emosi dan fizikal mereka akan memastikan mereka akan berupaya membesar secara positif. Inilah sebenarnya intipati kepada program Setiap Anak PERMATA Negara yang menekankan peri pentingnya pendidikan awal diberikan kepada setiap kanak-kanak sejak lahir lagi. Begitulah sejarah bagaimana tercetus idea untuk melaksanakan Program PERMATA Negara. Saya merasa amat berbangga kerana kerajaan telah menerima pandangan kami bahawa salah satu strategi untuk menangani masalah sosial dan membina modal insan Negara ialah memberikan asuhan dan didikan yang terbaik semasa mereka masih kecil lagi. Kita menaruh harapan yang besar kepada mereka sebagai generasi pewaris untuk memakmur dan memajukan Negara kita ini. Alhamdulillah, mengambilkira kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan telahpun meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan pada 2008. Kerajaan juga bersetuju dijadikan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak- Kanak Kebangsaan khusus bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk diguna pakai oleh semua
6 Seap Anak PERMATA Negara pusat asuhan kanak-kanak. Dengan ini, standard dan kualiti asuhan dan didikan serta proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak adalah sama dan seragam. Saya amat menekankan kepada aspek pendidikan awal diterapkan kepada anak-anak yang berada di TASKA ini agar mereka dapat berkembang dengan menyeluruh, baik dalam semua aspek, intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Adalah diharapkan dengan pemakaian ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja, tetapi turut diseimbangkan dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan, emosi, pemikiran dan tingkah laku. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua penulis, edisi baru dan lama, dan semua yang terlibat dalam penggubalan dan penerbitan Edisi ketiga ini. Saya berdoa semoga khidmat bakti kita ini diberkati dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anak-anak pada masa hadapan. Indah Sulaman Selendang Sutera Dipakai oleh gadis jelita Anak-anak kita umpama permata Jika digilap pasti tinggi nilainya Salam hormat Y.A.BHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA
Se ap Anak PERMATA Negara 7 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN...3 PRAKATA...3 1. FALSAFAH DAN DIDIKAN AWAL KANAK - KANAK Falsafah Pendidikan Kebangsaan... 9 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan... 9 Falsafah... 9 Matlamat... 12 Ciri-Ciri Anak PERMATA Negara... 12 2. PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA... 14 2.1 Latar Belakang Program PERMATA Negara... 14 2.2 Pelaksanaan... 16 2.3 Prinsip Yang Memandu... 17 2.4 Objektif... 17 2.5 Indikator Kualiti... 18 2.6 Reka Bentuk... 19 2.7 Siapa Kanak-Kanak... 21 2.8 Kepentingan Pembelajaran Awal... 22 2.9 Teori yang Melandasi... 23 2.10 Pendapat Ahli Falsafah Berkaitan Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak... 28 2.11 Perspektif Agama dan Fahaman Lain Mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak... 29 2.12 Bukti Kajian Neurosains... 29 2.13 Nilai-Nilai Murni Dalam... 30 2.17 Keistimewaan... 32 3. KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA NEGARA...33 3.1 Pengisian Kurikulum... 33 3.2 Model Konseptual... 33 3.3 Skop Kurikulum... 3.4 Aspek Pengasuhan Kanak-Kanak Di TASKA... 36 3.4.1 Pemakanan Seimbang...36 3.4.2 Penjagaan dan Bayi Dan Kanak-Kanak dan Latihan Urus Diri... 40 3.4.3 Keselamatan Kanak-Kanak Dan TASKA...47 3.4.4 Amalan Pengasuhan Di TASKA...49 3.5 Bidang Pembelajaran PERMATA... 54 3.5.1 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian...54 3.5.2 Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal... 61 3.5.3 Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik... 66 3.5.4 Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran...72 3.5.5 Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor... 79 3.5.6 Perkembangan Kreativiti Dan Estetika... 84
8 Se ap Anak PERMATA Negara 4. PEDAGOGI PERMATA... 88 4.1 Belajar Melalui Bermain... 88 4.2 Konsep 3E... 93 4.3 Aktiviti-Aktiviti Lain... 95 4.4 Peranan Pendidik... 96 5. MODUL PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PERMATA... 98 5.1 Panduan Menggunakan Modul Pembelajaran Kanak-kanak 5.2 MODUL 1 Peringkat Umur 0 hingga 6 Bulan (0-6 Bulan)... 99 5.3 MODUL 2 Peringkat Umur 6 hingga 12 Bulan (6-12 Bulan)... 100 5.4 MODUL 3 Peringkat Umur (1-2 Tahun)... 102 5.5 MODUL 4 Peringkat Umur 2 hingga 3 Tahun (2-3 Tahun)... 104 5.6 MODUL 5 Peringkat Umur 3 hingga 4 Tahun (3-4 Tahun)... 106 5.7 MODUL 6 - Modul Tambahan untuk Pengayaan... 108 6. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PERMATA... 112 6.1 Keperluan Kemudahan Pembelajaran... 112 6.2 Ciri-Ciri Premis... 112 6.3 Konsep Premis... 113 6.4 Aspek Fizikal TASKA... 113 6.5 Aspek Sosial... 117 6.6 Kemudahan Peralatan Pembelajaran... 118 7. PEMERHATIAN DAN PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK...121 7.1 Tujuan Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak... 121 7.2 Prinsip Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak... 124 7.3 Kaedah Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak... 125 7.3.1 Log Harian Kanak-Kanak Dan Lain-Lain Rekod Kanak-Kanak...125 7.3.2 Pengesanan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas...128 8. PENJADUALAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN... 130 8.1 Perancangan Tahunan, Bulanan Dan Harian TASKA... 130 8.2 Aktiviti Rutin di TASKA PERMATA 9. KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI... 141 9.1 Kolaborasi Dengan Ibu Bapa/Keluarga... 141 9.1.1 Tujuan Kolaborasi Dengan Ibu Bapa... 141 9.1.2 Tanggungjawab Ibu Bapa... 142 9.1.3 Aktiviti Ibu Bapa di TASKA PERMATA... 142 9.1.4. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik... 144 9.2 Kolaborasi Dengan Komuniti... 144 10. ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK/PENGASUH... 148 10.1 Ciri-Ciri Sahsiah Pendidik/Pengasuh... 148 10.2 Tanggungjawab Pendidik/Pengasuh PERMATA... 150 10.3 Etika Pendidik/Pengasuh... 151
Seap Anak PERMATA Negara 9 PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memberi penekanan kepada menyediakan pendidikan dan asuhan berkualiti kepada kanak-kanakkanak dari umur lahir hingga 4 tahun. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 adalah seperti berikut: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1.2 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosio-ekonomi global.
10 Seap Anak PERMATA Negara DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2008 "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak--kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". Pelaksanaan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan, dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak. Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:- (i) (ii) (iii) (iv) menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa; menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan; membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan; mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif;
Seap Anak PERMATA Negara 11 (v) (vi) menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak; meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan (vii) memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak 1.3 Falsafah Kurikulum Permata Negara Falsafah adalah suatu pegangan yang menjadi teras dalam merekabentuk sesebuah program atau kurikulum. Dalam hal ini, falsafah yang dipegang dalam Kurikulum PERMATA Negara, adalah seperti berikut: FALSAFAH KURIKULUM PERMATA NEGARA Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik, dan pengetahuan asas tentang dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik, dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi antara pendidik, ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya". Dengan berasaskan Falsafah yang jelas, adalah diharapkan bahawa pihak-pihak yang melaksanakan akan dapat memahami dan menghayati peri pentingnya memberi perhatian istimewa dalam membantu perkembangan kanak-kanak yang holistik. Setiap kanak-kanak secara fitrahnya mempunyai potensi dan kecerdasan yang boleh dikembangkan. Jika menggunakan cara yang betul dan dibantu, maka dipercayai potensi ini akan lebih cepat berkembang. Oleh itu asuhan dan didikan awal yang berkualiti adalah amat penting dalam membina generasi masa hadapan Negara yang cemerlang.
12 Seap Anak PERMATA Negara 1.4 Matlamat Kurikulum Permata Negara bermatlamat mengembangkan kemahiran dan peribadi kanak-kanak yang terbaik agar lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal. MATLAMAT KURIKULUM PERMATA NEGARA Matlamat ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat. 1.5 Ciri-Ciri Anak Permata Negara Sahsiah Mulia dan Patriotik Mahir Berkomuni kasi Kompeten Belajar Yakin, Berdikari dan Jatidiri Kreatif dan Inovatif
Seap Anak PERMATA Negara 13 Bersahsiah Mulia dan Patriotik Baik akhlak dan tingkahlaku, sopan santun dan berperibadi luhur Dapat mengawal emosi, ceria, mesra, penyayang, berempati Beriman Menghormati budaya dan identiti bangsa Sayangkan Negara Mahir Berkomunikasi Boleh berkomunikasi dalam pelbagai keadaan Menguasai ekspresi verbal dan bahasa reseptif Menunjukkan peningkatan dalam penguasaan literasi awal Mempunyai kemahiran berbual dan faham adab berbual Memahami Bahasa Inggeris mudah Kompeten Belajar Boleh memberi fokus dan perhatian semasa belajar Inkuisitif dan bermotivasi belajar Pandai membina jaringan Resilien Yakin, Berdikari dan Berjati Diri Mempunyai konsep kendiri positif Mampu mengurus diri Berani mencuba dan mengambil risiko Kreatif dan Inovatif Suka merekacipta dan imaginatif Kreatif menyelesaikan masalah Menghayati nilai seni dan keindahan
14 Seap Anak PERMATA Negara PROGRAM PERMATA NEGARA "Anak-anak adalah sumber Negara, penyumbang kelestarian tamadun bangsa, mereka merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan penjana wawasan, pembentuk zaman dan kemajuan" (YAB. Dato Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia) 2.1 Latar Belakang Program Permata Negara Idea mengenai program pendidikan awal kanak-kanak (kini dinamakan Program PERMATA Negara) telah dikonsepsi pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar yang diketuai oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu) sebagai satu pendekatan proaktif untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia. Idea itu seterusnya direalisasikan dengan penubuhan Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara pada April 2006. Sebagai langkah permulaan, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan atau National Child Development Research Centre (NCDRC) telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menguruskan pembinaan dan pelaksanaan penyelidikan yang berkaitan. NCDRC juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA. Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik berhubung asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap Anak PERMATA Negara", sebagai landasan asas misi nasional membangunkan modal insan berjiwa murni dan berminda kelas pertama. Sebuah sekretariat ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri bagi membangun, memantap dan seterusnya menyelaras dasar tersebut serta melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang dikenali sebagai Program PERMATA Negara. Pada Mei 2007 Projek Perintis PERMATA Negara telah dilaksanakan di lima buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), iaitu di Putrajaya, Subang Jaya, Kepala Batas, Chini, dan Mempaga menggunapakai. Projek rintis ini telah dijalankan selama 18 bulan dan hasil penemuannya telah dilaporkan dalam beberapa seminar dan seterusnya di bentangkan di Kabinet. Hasil dapatan menunjukkan perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah, emosi, sosial dan intelek amat menyerlah dan lebih baik daripada kanakkanak yang sebaya dengan mereka yang tidak mengikuti Program PERMATA Negara. Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan Program PERMATA Negara, dan mengarahkan pelaksanaannya ke semua TASKA kelolaan kerajaan
Seap Anak PERMATA Negara 15 seperti TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), TASKA Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), TASKA Tempat Kerja dan TASKA Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. dan TASKA Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk perluasan Program PERMATA Negara di bawah agensi-agensi berkenaan. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memperuntukan penglibatan pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (NCDRC), Kementerian Kesihatan, dan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil langkah-langkah yang telah digariskan bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan sempurnanya (Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U.(A) 170/2008]). Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara oleh semua agensi yang terlibat. Hasilnya telah dibentangkan dalam sebuah seminar yang dihadiri oleh semua pihak-pihak yang terbabit. Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa pelaksanaan oleh pihak-pihak berkenaan telah dijalankan dengan efisyen dan berkesan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan perkembangan kanak-kanak PERMATA melonjak lebih tinggi dengan menggunakan Kurikulum PERMATA Negara. Pandangan dari ibu bapa menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan perkembangan anak-anak mereka dan bersetuju bahawa adalah sebuah kurikulum yang berkualiti dan anak-anak mereka telah mendapat faedah yang sangat besar daripadanya. Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanakkanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.
16 Seap Anak PERMATA Negara 2.4 Pelaksanaan Kurikulum Permata Negara telah disemak dan diperbaki pada tahun 2008 sebelum ianya dilaksanakan di semua PAPN, Taska KEMAS, JPNIN, Taska di Tempat Kerja, Taska Komuniti dan Taska Keluarga YPKT. Seterusnya, semakan kedua telah dilakukan pada tahun 2012 untuk mengintegrasikan aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak serta kemahiran pengurusan TASKA yang terdapat dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) ke dalam. Dengan adanya penekanan dalam aspek pengasuhan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak, maka edisi ke-3 ini boleh dianggap sebagai lengkap dan menyeluruh. Latihan bagi Pendidik/Pengasuh juga telah dikaji semula dan sebuah modul latihan yang lengkap telah dibina. Kursus Pendidik/Pengasuh PERMATA yang ditawarkan mulai 2013 adalah mengandungi sebahagian besar daripada komponen asas yang diambil daripada Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Setiap Pendidik/Pengasuh adalah diwajibkan mempunyai Sijil Kursus Permata bagi melayakkan mereka berkhidmat di TASKA PERMATA mulai 2013. menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, Pendidik dan ibu bapa yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti. Aktiviti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan PERMATA disediakan untuk semua peringkat umur kanak-kanak, dari umur lahir hingga 4 tahun. Kanak-kanak, seawal usia 3 bulan juga boleh diterima untuk dijaga dan asuh di TASKA PERMATA. menyediakan modul-modul pembelajaran khusus mengikut umur kanak-kanak. Terdapat 6 buah modul pembelajaran PERMATA untuk kanak-kanak 0-6 bulan, 6-12 bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun dan modul tambahan bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun tetapi mempunyai kebolehan melebihi umurnya. Modul ini menyediakan aktiviti pembelajaran tambahan untuk pengayaan. menekankan latihan mengurus diri semasa berada di TASKA. Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga diri sendiri seperti makan, mandi, pergi ke tandas, memakai pakaian, mengosok gigi, menyikat rambut, mengambil barang mainan sendiri, dengan diselia dan dibantu oleh Pendidik/Penolong Pengasuh. Dengan cara ini, kanakkanak belajar berdikari dan berdisiplin. Aspek kebersihan dan keselamatan diri amat penting diterapkan dalam diri kanak-kanak. Amalan lain yang wajar disebut ialah mengenai penekanan kepada permakanan dan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak. Dengan itu, diharap kanakkanak yang dilahirkan daripada program PERMATA Negara ini bakal menjadi warga negara Malaysia yang terbaik dari segi peribadi, ceria, bijaksana, dan berakhlak mulia.
Seap Anak PERMATA Negara 17 2.5 Prinsip Yang Memandu Kurikulum Permata Negara berpegang kepada prinsip-prinsip berikut: i. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang perlu dihormati, dikembangkan dan disanjungi. ii. iii. iv. Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah sangat kritikal (mengikut kajian neurosains), terutama dalam pembentukan sahsiah, membina kemahirankemahiran sensorimotor dan intelek. Kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba, mengeksperimen, dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik kanak-kanak ialah melalui bermain, dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan, selamat dan penuh kasih sayang. Amalan dan sumber pembelajaran adalah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran mereka, sesuai dengan budaya tempatan, berintegrasi teknologi dan jaringan global. v. Persekitaran pembelajaran hendaklah ceria, mesra, mengupayakan dan merangsangkan, dalaman dan luaran yang selamat kepada kanak-kanak. vi. vii. Kolaborasi dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti menjadi teras penting dalam menentukan kejayaan kurikulum PERMATA Negara. Menghormati hak asasi, agama dan budaya kanak-kanak, normal dan yang berkeperluan khas. 2.6 Objektif Kurikulum Permata Negara Objektif adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu: i. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individuindividu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil.
18 Seap Anak PERMATA Negara ii. iii. Membina kemahiran interpersonal dan sosial, yang baik untuk membolehkan kanakkanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. iv. Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan dan keselamatan diri dan gaya hidup sihat. v. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri. vi. vii. viii. ix. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta perkembangan fizikal yang mapan. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian. Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baru, mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam atau di luar kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka. Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak. 2.7 INDIKATOR KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA Indikator yang boleh diambil kira bagi menentukan kualiti adalah seperti berikut : i. Kanak-kanak aktif dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran. ii. iii. Matlamat yang ingin dicapai jelas dan difahami oleh semua pihak. Kurikulum adalah berasaskan penyelidikan. iv. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain, meneroka, mengeksperimen, mengalami, membaca, bercerita, menyanyi dan lain-lain, secara bebas atau terancang. v. Kurikulum yang komprehensif dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Seap Anak PERMATA Negara 19 vi. vii. viii. ix. Ada standard piawaian (SOP PERMATA) untuk mengawal selia kurikulum. Penaksiran perkembangan kanak-kanak dibuat melalui pelbagai teknik yang menggambarkan prestasi kanak-kanak yang sebenar. Terdapat sistem sokongan yang jelas yang membolehkan ibu bapa, agensi dalam komuniti, masyarakat tempatan dan pihak kerajaan untuk terlibat di TASKA. Membina kehidupan kanak-kanak yang sihat, selamat dan sejahtera. 2.8 Reka Bentuk Kurikulum Permata Negara Kurikulum ini dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan yang dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang telah dibuat ke atas beberapa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang telah dilaksanakan di Negara-Negara maju di dunia. Di samping itu, ia juga direkabentuk berlandaskan teori dan falsafah yang mantap, yang mengintegrasikan kepelbagaian budaya dan agama selaras dengan suasana pelbagai kaum di Malaysia. Matlamatnya adalah bersifat global dan futuristik supaya menghasilkan generasi baru yang akan meletakkan negara di mercu tinggi dan setara dengan negara-negara maju di dunia. juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum awal kanak-kanak negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang telah dilaksanakan dengan berjaya di luar negara. Antara yang menjadi rujukan ialah: Kurikulum Montessori: Fokus kepada kemahiran deria dan motor Menggunakan kaedah pembelajaran secara hands-on dan deria; kurikulum berpusatkan kanak-kanak Persekitaran terancang (prepared environment) Ibu bapa digalakkan terlibat bagi memastikan ada kesinambungan pembelajaran di rumah
20 Seap Anak PERMATA Negara Kurikulum Reggio Emilia: Fokus dalam memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Menggunakan pendekatan projek berasaskan inisiatif kanak-kanak Menekankan persekitaran semulajadi yang mana pendidik adalah pasangan kepada kanak-kanak Menekankan penglibatan aktif ibu bapa Kurikulum HighScope (Amerika Syarikat): Fokus kepada membina keyakinan diri dan self-esteem kanak-kanak Menggunakan konsep pembelajaran aktif, berpusatkan kanak-kanak Meneroka persekitaran semulajadi Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangunkan kurikulum dan pengajaran Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) (United Kingdom): Fokus kepada anak sebagai individu unik, hubungan positif, persekitaran mengupayakan, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak Menggunakan kaedah belajar melalui bermain Persekitaran mengupayakan kanak-kanak (enabling environment) Kurikulum Te Whariki (New Zealand): Fokus kepada perkembangan individu melalui pengupayaan untuk melahirkan kanak-kanak yang yakin dan berdikari Menekankan penggunaan teknologi dan jalinan keluarga/ komuniti untuk membantu kanak-kanak belajar. Fokus pembelajaran ialah membina learning stories Persekitaran yang mengupayakan dan mengutamakan teknologi Menekankan hubungan ibu bapa dan komuniti untuk membantu pembelajaran kanak-kanak mempunyai beberapa persamaan dengan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak seperti yang tersebut di atas, terutamanya dalam memberi penekanan kepada kombinasi antara aspek jagaan, asas asuhan dan penggarapan
Seap Anak PERMATA Negara 21 elemen pendidikan, merangsang perkembangan holistik kanak-kanak, pendekatan belajar melalui bermain, penyediaan persekitaran yang kondusif dan selamat serta kolaborasi ibu bapa dan komuniti. Secara umumnya, semua kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah berfokus kepada membangunkan dan mengembangkan kualiti diri kanak-kanak serta membentuk keperibadian dan ketinggian jati diri yang akan membantu mereka menjadi modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Namun begitu, setiap negara mempunyai perspektif sendiri dari segi budaya, norma sosial masyarakat dan kualiti modal insan yang mereka inginkan. Begitu juga dengan negara Malaysia. Dari segi kandungan mempunyai perspektif tersendiri dan kualiti modal insan yang diinginkan. menegaskan supaya aspek pembentukan sahsiah kanak-kanak diberikan perhatian utama, selain membantu kanakkanak berkembang dari segi emosi, rohani, sosial, dan intelek. Harapan negara daripada pelaburan yang disalurkan dalam program ini ialah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi rohani, emosi, sosial, fizikal, dan intelek, disamping mempunyai jati diri mapan, resilien serta mampu berdaya saing di peringkat tempatan dan global. 2.9 Siapa Kanak-Kanak Pengertian tentang siapa itu kanak-kanak dan bagaimana menyediakan pendidikan awal untuk kanak-kanak diterangkan dengan jelas sekali dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu atau The United Nation Convention on the Rights of the Child, ringkasnya CRC. Menurut CRC, kanak-kanak adalah individu yang berumur di bawah 18 tahun. Mereka dianggap kanak-kanak atau individu minor kerana belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mengikut undang-undang, maka mereka perlu diletakkan dalam penjagaan dan perlindungan orang dewasa dan mereka mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, penjagaan, perlindungan dan penglibatan dalam masyarakat serta bersuara dalam negaranya. Di sesetengah negara, janin (fetus) yang belum lahir tetapi telah cukup sifat-sifatnya juga termasuk dalam kategori kanak-kanak dan mereka juga mempunyai hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan dalam negaranya. Kanak-kanak dari perspektif adalah individu yang berumur 4 tahun ke bawah, yang memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang teliti sertai pendidikan awal yang bersesuian ke arah membentuk keperibadian mereka yang mantap dan akal atau minda yang sihat. mempercayai bahawa kanak-kanak adalah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar. Semenjak di dalam kandungan lagi, insan ini telah mulai belajar melalui perasaan ibunya dan boleh merasai kesan-kesan daripada setiap tindakan ibunya. Selepas dilahirkan, insan ini belajar dengan lebih cepat daripada orang lain dan dunia persekitarannya. Pembelajaran atau pengalaman awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, penjaga dan pendidik untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran dengan penuh kasih
22 Seap Anak PERMATA Negara sayang bagi mengembangkan potensinya. menganggap setiap kanak-kanak sebagai individu yang mempunyai keunikan tersendiri dan sejak lahir sudah boleh dikembangkan kualiti dirinya dari segi fizikal, emosi dan rohani, sosial dan intelek. Berdasarkan pandangan tersebut di atas, dan pandangan pemikir-pemikir dari barat dan timur, ternyatalah kanak-kanak itu adalah insan yang begitu berharga, seumpama butir-butir permata yang harus digilap supaya terserlah dan terpancar kilauan cahayanya. 2.10 Kepentingan Pembelajaran Awal Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanakkanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Potensi pembelajaran bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam kandungan lagi. Pada peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini, pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya. Pada usia ini otak kanak-kanak seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat dari persekitarannya. Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka. Personaliti yang terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan mulia, positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah kepada mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti. 2.11 Tiga Tahun Pertama Perkembangan otak kanak-kanak adalah kritikal pada umur tiga tahun pertama. Kebanyakan daripada perkembangan asas kanak-kanak berlaku pada peringkat umur ini dan sebahagian daripadanya dikatakan akan kekal sehingga dewasa. Saintis menganggarkan bahawa menjelang umur tiga tahun kanak-kanak telah membina sebanyak 1,000 trilion jaringan (sinaps) - kira-kira dua kali ganda penjaringan yang ada dalam minda orang dewasa. Minda kanak-kanak dikatakan sebagai superdense atau sangat tepu dengan maklumat menjelang usia 10 tahun. Bermula daripada usia 11 tahun, ia akan membuang jaringan-jaringan yang kurang sesuai dan keanak-anakan proses ini dinamakan pruning atau mencantas. Jaringan
Seap Anak PERMATA Negara 23 yang tinggal adalah jaringan-jaringan yang berkesan untuk membina asas pemikiran yang kukuh dan matang. Oleh itu, adalah amat penting setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program pembelajaran awal yang berkualiti. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan awal yang baik dijangka akan membesar menjadi individu yang cerdas minda, kreatif, berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti yang ceria dan positif. Malaysia amat memerlukan tenaga manusia yang produktif, kreatif dan berdaya maju untuk menerajui negara ke arah pembangunan yang berlipat ganda menjelang 2020 dan selepasnya. 2.12 Teori Yang Melandasi Kurikulum Permata Negara Teori adalah idea yang dihasilkan melalui penyelidikan. Idea ini diuji berulang kali melalui penyelidikan dan dibuktikan benar sehingga terdapat teori lain yang boleh menolaknya. Sebelum diterima, idea ini akan diperdebatkan oleh ahli-ahli pemikir dalam bidang tersebut, sehingga dianggap mantap dan diterima sebagai sebuah teori. Pelaksanaan kurikulum PERMATA Negara akan lebih berkesan jika pendidik memahami teori-teori yang berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pembinaan Kurikulum PERMATA Negara telah dilandaskan kepada beberapa teori yang relevan dengan keperluan perkembangan kanak-kanak di Malaysia. Ia dinamakan teori eklektik (eclectic) atau teori integratif; di mana ia menggabungkan beberapa teori dan pandangan tokoh-tokoh serta perspektif agama (Islam, Buddha, Hindu dan Fahaman Confucious) - untuk melahirkan satu susunan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan acuan Malaysia. Kurikulum ini kelak dapat diterima sebagai satu kurikulum kebangsaan oleh semua. Antara teori dan falsafah yang digunapakai dalam ialah seperti berikut:
24 Se ap Anak PERMATA Negara Teori Dan Falsafah Yang Melandasi Pembentukan Sahsiah dan tingkah laku Teori Psikologi Sosial -- ERIKSON Teori Attachment BOWLBY Perkembangan Sosial Teori Pembelajaran Sosial - BANDURA & VYGOTSKY Perkembangan Intelek Teori Perkembangan Intelek PIAGET & VYGOTSKY Kecerdasan dan potensi kanak-kanak Teori Kepelbagaian Kecerdasan -- GARDNER Kepentingan kolaborasi ibu bapa dan komuniti dan sistem sokongan Teori Sistem Ekologikal -- BRONFENBRENNER Pengaruh budaya Dari pandangan Islam, Confucius, Buddha & Hindu (i) Teori Psikologi Sosial Erik Erikson (1902-1994). Menurut Erikson, terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial sepanjang hidup seseorang individu. Peringkatperingkat perkembangan Erikson membantu kita memahami cara mendidik kanak-kanak untuk melahirkan individu yang berjati diri, yakin, mempunyai harga diri tinggi dan mempunyai kemahiran sosial untuk berfungsi dalam masyarakatnya dengan efektif. melandaskan sebahagian kaedah-kaedah pembinaan sahsiah dan identiti diri kanak-kanak PERMATA daripada Teori Erikson. (ii) Teori Perapatan Bowlby (1969, 1988): Teori ini menyatakan bahawa perapatan (attachment) adalah ikatan emosi yang istimewa antara bayi dengan ibu atau pengasuh yang melibatkan saling rasa selesa, kasih sayang dan kepuasan. Bowlby menerangkan perapatan sebagai ikatan (bonding) psikologi yang terbentuk di antara manusia, yang memberi kesan sehingga dewasa. Beliau berpendapat bahawa hubungan intim ini dapat membantu survival kanak-kanak apabila dalam keadaan yang terdesak. Bowlby mencadangkan proses perapatan atau ikatan (bonding) berlaku pada umur lahir hingga 6 bulan pertama. Pada masa ini, bayi lumrahnya melekat pada ibu, bapa atau pengasuhnya. Daripada umur 6 hingga18 bulan, bayi akan meragam jika dipisahkan dengan orang yang rapat dengannya. Teori ini khususnya dipakai dalam membina hubungan Pendidik dengan bayi dan dalam semua aktiviti bersama bayi PERMATA.
Seap Anak PERMATA Negara 25 (iii) Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1925-kini) - Bandura menyatakan bahawa kanak-kanak belajar dengan cara meniru gaya atau gelagat orang lain. Beliau menyatakan kanak-kanak belajar berkongsi, bekerjasama, bergaul dan sebagainya selepas memerhati orang lain melakukannya. Beliau membuktikan melalui kajiannya bahawa kanak-kanak belajar menjadi agresif apabila melihat ibu bapa atau orang lain bertindak agresif, dan begitu juga sebaliknya. Ibu bapa dan pendidik adalah model utama yang menjadi tiruan tingkah laku kanak-kanak. (iv) Teori Perkembangan Kognitif (Intelek) Jean Piaget (1896-1980) dan Vygotsky (1896-1934): Mengikut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses pembinaan (construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari ditambah kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih banyak pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanakkanak, maka lebih cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga sebagai Teori Konstruktivisme. Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep daripada pengalaman pembelajaran yang baru, sama ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau diakamodasikan) ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek yang dinamakan skemata. Skemata menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan membolehkan minda menggunakan maklumat tersebut untuk berfikir, mena akul dan menyelesaikan masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat kepada skematanya yang akan menjadi semakin kompleks, semakin meningkat usianya. Piaget adalah pakar pendidikan awal kanak-kanak pertama yang mengkaji tentang perkembangan intelek kanak-kanak. Beliau mencadangkan intelek kanak-kanak berkembang dalam 4 peringkat, iaitu: 1. Sensorimotor (lahir-2 tahun) 2. Pra-operasi (2-7 tahun) 3. Operasi konkrit (7-12 tahun) 4. Operasi formal (12 tahun ke atas) Teori Piaget menjadi landasan utama dalam menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran PERMATA untuk kanak-kanak mengikut umur dan tahap perkembangan intelek mereka. Bermula dengan peringkat sensorimotor di mana kanak-kanak membina kemahiran deria dan motor kasar, koordinasi mata dan motor kasar serta motor halus (psikomotor), pembentukan konsep object permanence, keupayaan membuat representasi simbolik, permulaan pemikiran logik, dan kemunculan literasi awal, sehingga ke peringkat pra-operasi di mana, kanak-kanak mula menguasai bahasa, kemahiran berkomunikasi, pembinaan pemahaman awal matematik, awal sains, dan dunia persekitaran serta pembentukan keupayaan menaakul nilai dan moral.
26 Seap Anak PERMATA Negara Untuk memastikan pembentukan intelek kanak-kanak cepat berlaku, pendidik digalakkan sentiasa memberi pengukuhan kepada kanak-kanak. Menurut Skinner (1953, 1978), tingkah laku boleh dibentuk dan diperkasakan melalui pengukuhan positif (melalui pujian atau ganjaran) atau pengukuhan negatif (hukuman). menekankan supaya pendidik sentiasa memberi pengukuhan positif kepada kanak-kanak dan tidak sebaliknya. Teori Vygotsky juga menerangkan perkembangan intelek kanak-kanak tetapi dari segi perspektif sosiobudaya. Beliau menyatakan bahawa perkembangan intelek adalah disebabkan oleh interaksi sosial kanak-kanak di dalam budayanya. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dalam persekitaran sosial dan budayanya, termasuklah budaya di rumahnya sendiri. Vygotsky menganggap bahasa adalah alat penting yang menghubungkan dunia sosio-budaya dengan fungsi minda seseorang dan beliau menegaskan bahawa penguasaan bahasa diperolehi melalui interaksi dengan orang lain dan orang dewasa. Seseorang kanak-kanak boleh berkembang secara sendirian dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan adanya interaksi atau bantuan (scaffolding) daripada orang dewasa, misalnya pendidik atau guru, maka zon perkembangan proksimal kanakkanak boleh diperbesarkan. Berlandaskan teori Piaget dan Vygotsky, penekankan supaya pendidik sentiasa merangsang dan mencabar minda kanak-kanak melalui soalan-soalan dan perbincangan, membantu mereka mempelajari kosa kata baru, dan menguasai bahasa supaya mereka dapat melahirkan perasaan atau pandangan melalui bahasa yang mereka kuasai. Penekanan kepada rangsangan minda melalui interaksi dengan kanak-kanak dengan pendidik, ibu bapa dan komuniti dalam persekitarannya dapat menyumbang secara signifikan kepada perkembangan intelek kanak-kanak. (v) Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner (1943-kini): Horward Gardner percaya bahawa setiap individu mempunyai beberapa jenis kecerdasan dan tidak ada satu kecerdasan yang lebih baik daripada yang lain. Semuanya sama penting. Teorinya mencadangkan bahawa setiap kanak-kanak bukan sahaja belajar dengan cara berbeza tetapi mempunyai kekuatan / kecerdasan yang berlainan yang menjadikan mereka individu yang unik. Terdapat lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh Gardner daripada kajian-kajiannya selama dua abad.