eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015 eisbn:

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Ciri-ciri Taburan Normal

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : salam, pelajar Islam

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Kalkulus Multivariabel I

HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Bab 1 Mekanik Struktur

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Faktor Penerimaan Melokalisasi Tadbir Urus Pengagihan Zakat Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Sebaran Peluang Gabungan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian. Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Transcript:

PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP SKIM GADAIAN ISLAM DI KOTA BHARU KELANTAN Fathi Syakirin Hassan, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahab Abstrak Kewujudan skim gadaian Islam (Ar-Rahnu) di Malaysia telah mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah satu instrumen kewangan Islam. Ar-rahnu dijalankan dengan memberi kemudahan pinjaman tunai yang cepat, telus, adil serta berasaskan prinsip-prinsip Syariah. Kertas kerja ini bertujuan bagi menilai sejauh mana kepercayaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu) dengan melihat kepada corak penerimaan masyarakat terhadap skim ini. Seramai 50 orang responden yang terlibat bagi menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan yang terdiri daripada peniaga-peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Besar Ketereh serta penyewa kedai di Parkson Kota Bharu dan juga masyarakat yang tinggal disekitar Kota Bharu yang turut menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu. Bagi pembuktian kajian ini, ia menggunakan dua kaedah iaitu cara perolehan data dan cara penganalisaan data. Cara perolehan data menggunakan data-data primer dan data-data sekunder iaitu melalui borang soal selidik, temu bual secara langsung dengan responden yang terlibat serta melalui pembacaan hasil penyelidikan yang lepas. Manakala cara penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah atau teknik iaitu min skor analisis, analisis faktor dan analisis regresi logistik. Hasil dapatan kajian mendapati dasar prosedur pinjaman mudah adalah sangat mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu) setelah diukur menggunakan kaedah analisis min skor. Kata kunci: Penerimaan Ar Rahnu, Dasar Syariah, Dasar Prosedur Pinjaman Mudah, Dasar Mudah Akses dan Penerimaan Masyarakat Terhadap Skim Gadaian Islam. PENGENALAN Sistem pajak gadai ini sebenarnya telah lama wujud iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana Nabi sendiri telah menjalankan aktiviti tersebut berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya. Seterusnya, pada abad ke-15, iaitu zaman masyarakat Melayu tradisional aktiviti pajak gadai telah bermula di mana pemimpin-pemimpin besar atau masyarakat Melayu pada waktu itu akan menyerahkan sebahagian harta-benda mereka kepada peniaga-peniaga Cina sebagai jaminan ke atas pinjaman atau hutang yang diberikan. Setelah beberapa dekat telah berlalu, skim Ar-Rahnu telah menjadi satu sistem perniagaan yang popular kini sehingga hampir seluruh cawangannya ada di setiap negeri di Malaysia. Ia merupakan salah satu cabang dalam sistem muamalat Islam yang semakin mendapat perhatian daripada masyarakat kerana penubuhannya adalah untuk memberi bantuan dalam bentuk wang kepada orang ramai terutamannya kepada pelanggan-pelanggan yang mengalami masalah kedesakan wang pada waktu-waktu kecemasan. Kini, kerajaan berhasrat untuk menjadikan skim pajak gadai Islam sebagai skim pajak gadai utama di negara ini bagi menggantikan skim pajak gadai konvensional. Walaupun sistem pajak gadai konvensional telah bertapak untuk sekian lamanya dan menguasai hampir sebahagian besar industri ini, namun kemunculan sistem pajak gadai Islam telah mula mendapat sambutan daripada masyarakat, di mana masyarakat seakan sedar akan kelebihan dan keistimewaan skim gadaian Islam ini. Selain itu, skim ini juga telah banyak ditawarkan di industri perbankan seperti di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Rakyat, Bank AgroBank dan Bank Muamalat. Terkini, pejabat pos di seluruh Malaysia juga turut menawarkan perkhidmatan Ar Rahnu. PERNYATAAN MASALAH Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah merealisasikan visi berteraskan Islam dan memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan untuk menerapkan nilai-nilai keislaman dalam pentadbiran serta urusannya, dimulai dengan penubuhan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) yang pertama dinegara ini dengan menawarkan perkhidmatan seperti transaksi gadaian, transaksi tebusan dan permohonan bayaran balik wang yang tidak dituntut. Walaupun Ar-rahn ini telah lama wujud dan menawarkan perkhidmatan yang berteraskan Islam sepenuhnya, namun masih ada beberapa perkara yang berbangkit yang menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan Ar-rahn ini. Oleh itu, timbul beberapa isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Ar Rahnu iaitu sejauh mana institusi Ar-rahn menitikberatkan isu keselamatan di bangunan atau tempat beroperasi. Di 1

manatelah berlaku rompakan di pusat gadaian yang menyebabkan banyak kehilangan barang emas yang digadaikan oleh penggadai. Kesannya, masyarakat kurang yakin untuk menggunakan perkhidmatan Ar-rahn bagi melakukan transaksi gadaian. Selain itu, isu berkenaan sejauh mana layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Ar-rahn sehingga menyebabkan masyarakat lebih berminat untuk berurusan dengan kedai pajak gadai bagi melakukan transaksi gadaian. Selain itu juga, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pengkaji, pihak Ar-rahn tidak membenarkan wakil dalam kalangan ahli keluarga penggadai itu sendiri untuk urusan membayar upah dan menebus balik barang yang digadai. Walaupun, wakil telah membawa surat gadaian dan surat akuan. Justeru, ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pengguna. Kesannya, pengguna akan menganggap pihak pengurusan Ar-rahn tidak begitu effisien dalam menjalankan tugas dan akan memberi persepsi yang negatif kepada masyarakat. Ini secara tidak langsung menimbulkan isu dalam skim perkhidmatan Ar rahn. Di samping itu juga, permasalahan dalam skim perkhidmatan Ar rahn apabila timbul rungutan daripada masyarakat kerana kegagalan pihak Ar-rahn dalam menghantar notis atau surat peringatan apabila sudah sampai tempoh waktunya sehingga menyebabkan mereka terlepas dari membayar upah. Hal ini dikhuatiri akan menyebabkan barang gadaian mereka akan terjual apabila sudah melebihi tempoh yang diberikan. Kesannya, masyarakat akan berasa was-was dengan perkhidmatan Ar-rahn apabila perkara ini terjadi kepada mereka. Ketegasan pihak Ar-rahn dalam menilai barang gadaian seperti hanya mengambil kira nilai atau berat emas tidak termasuk sekali dengan batu permata yang ada pada barang emas tersebut. Hal ini telah menimbulkan rungutan daripada masyarakat dan kesannya masyarakat tidak berapa mempercayai serta berminat untuk menggunakan perkhidmatan Ar-rahn kerana kedai pajak gadai konvensional mengambil kira nilai permata tersebut. OBJEKTIF KAJIAN Sehubungan dengan isu yang dibangkitkan di atas, objektif kajian ini adalah merupakan penilaian yang dilakukan secara umum bagi menilai sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu) di Kota Bharu. Secara khusus objektif kajian adalah seperti berikut: a) Meniai tahap kepercayaan masyarakat terhadap skim Ar Rahnu. b) Menentukan faktor yang paling utama mempengaruhi tahap kepercayaan masyarakat terhadap skim Ar Rahnu. c) Mengukur tahap penerimaan masyarakat terhadap skim Ar Rahnu berdasarkan tiga faktor yang dikemukakan iaitu dasar syariah, dasar prosedur pinjaman mudah dan dasar mudah akses. KAJIAN LEPAS Penerimaan masyarakat terhadap Skim Gadaian Islam (Ar Rahnu) ini dapat dibuktikan melalui sorotan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji yang lepas berkaitan dengan penerimaan skim ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh Muhammad Saiful Islami Mohd Taher et al. (2010), masyarakat lebih terjerumus untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai konvensional terutama apabila mereka terdesak untuk memperolehi wang dengan segera dan mudah. Justeru, skim Ar- Rahnu yang berlandaskan Islam sepenuhnya telah diperkenalkan bagi menggantikan skim gadaian konvensional. Melalui skim Ar Rahnu ini, masyarakat boleh mendapatkan wang dengan segera dan mudah tanpa melibatkan diri dengan unsur riba dalam transaksi gadaian. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hussin Bin Salamon dan Niswah Abdul Aziz (2010), menyatakan bahawa penglibatan orang bukan Islam dalam sistem pajak gadai Islam (Ar Rahnu) adalah disebabkan caj penyimpanan barang yang murah jika hendak dibandingkan dengan caj perkhidmatan pajak gadai konvensional. Oleh itu, ia dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada masyarakat tanpa perlu membayar caj perkhidmatan yang tinggi kepada pajak gadai konvensional. Manakala, kajian yang dilakukan oleh (Mohd Farhan Ahmad dan Mohd Adib Ismail, 2011) terhadap penerimaan skim Ar Rahnu oleh masyarakat adalah disebabkan skim Ar Rahnu merupakan satu produk yang menawarkan pembiayaan peribadi berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang selari dengan perkembangan dan arus perubahan zaman. Bagi memenuhi kehendak semasa dalam menawarkan pembiayaan peribadi secara efisien dan patuh syariah, kontrak Ar Rahnu dilihat mampu menyediakan pembiayaan secara tunai dengan proses yang mudah serta patuh syariah di mana tiada unsur riba ataupun gharar dalam transaksi gadaian Islam walaupun pelanggan mendapat tunai dengan kadar yang segera dan mudah seperti pajak gadai konvensional. Selain itu, skim Ar Rahnu 2

juga akan dikenakan caj perkhidmatan yang rendah kepada pelanggan untuk melakukan transaksi gadaian. Menurut Azila Abdul Razak et al. (2013), menyatakan bahawa pajak gadai Islam menawarkan alternatif sistem ekonomi dan kewangan yang lebih adil kepada semua lapisan masyarakat. Dari aspek mikro kredit, pajak gadai Islam dapat membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui pertambahan institusi-institusi baru misalnya Pos Malaysia yang tidak memfokuskan kepada potensi keuntungan semata-mata. Dengan adanya kemudahan seperti ini, masyarakat mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi gadaian dan membantu bagi mengurangkan beban mereka secara tidak langsung. Suriani Sulong (2001) dalam kajiannya mendapati skim Ar Rahnu ini bukan sahaja menarik minat masyarakat Islam bahkan golongan bukan Islam. Mereka tertarik kepada gadaian secara Islam memandangkan skim itu bertujuan memberi kemudahan pinjaman kepada pelanggannya tanpa mengenakan faedah dan menjamin kebajikan sosial penggadai. Kajian oleh Rohani Ismail (2002), mendapati antara sebab golongan bukan Islam turut tertarik untuk menggunakan perkhidmatan gadaian Islam adalah kerana barang gadaian lebih terjamin keselamatannya dan kadar upah simpan yang dikenakan adalah tidak membebankan. Secara kesimpulannya, terdapat banyak kajian yang dijalankan tentang gadaian Islam (Ar Rahnu) di Malaysia. Kebanyakkan skop yang ditekankan ialah berkenaan dengan kelebihan gadaian Islam berbanding gadaian konvensional dan sejauh mana Ar Rahnu dapat membantu masyarakat secara umumnya. Sebaliknya tidak wujud kajian yang khusus tentang sejauh mana penerimaan skim ini dikalangan masyarakat umumnya kepada pengguna perkhidmatan ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menilai persepsi masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu) dan tahap kepercayaan masyarakat terhadap skim ini yang dikatakan suatu pinjaman mikro kredit yang lebih baik. Namun begitu kenapa ada lagi sesetengah masyarakat yang masih tegar menggunakan pajak gadai konvensional dalam urusan gadaian walaupun skim ini banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada pengguna. METODOLOGI Sampel Kajian Kajian ini dijalankan di Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Besar Ketereh dan Parkson di Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga serta orang awam yang merupakan pelanggan skim pajak gadai Islam Ar Rahnu. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Instrumentasi Kajian Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data primer adalah borang soal selidik. Borang soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian dan pada bahagian B, C dan D diukur menggunakan Skala Likert seperti yang diringkaskan dalam Jadual 3.1 dan Jadual 3.2. Jadual 1: Pembahagian Soalan Soal Selidik Bahagian Soalan-soalan Bilangan Item A Maklumat peribadi responden 9 B Alasan mengguna skim Ar Rahnu (Dasar Syariah, 18 Prosedur Pinjaman Mudah dan Dasar Mudah Akses) C Memilih Konvensional 6 D Pandangan/Persepsi Terhadap Ar Rahnu (Pandangan Positif 14 Dan Pandangan Negatif) E Cadangan Kepada Skim Ar Rahnu 7 Jumlah 54 Jadual 2: Skala Likert 1 2 3 4 5 Sangat Tidak Tidak Bersetuju Sederhana Bersetuju Sangat Bersetuju Bersetuju Kaedah Analisis 3

Analisis data dijalankan dengan melakukan analisis min skor (analisis statistik deskriptif), analisis faktor dan analisis regresi logistik. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 1.6. Analisis Min Skor (Analisis Statistik Deskriptif) Menurut Chua (2006), statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Statistik deskriptif menggunakan petunjuk-petunjuk seperti min, sisihan piawai dan sebagainya untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah. Statistik ini merupakan teknik yag digunakan untuk meringkaskan satu bahan mentah dan diproses ke dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami. Secara keseluruhannya, jadual kekerapan (frekuensi), peratusan dan skor min digunakan untuk menjawab keseluruhan objektif ini. Analisis Faktor Analisis ini betujuan untuk mencari beberapa (atau sebilangan kecil) faktor yang tersirat daripada sekumpulan besar pembolehubah bebas. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992), analisis faktor dapat dilakukan melalui empat langkah iaitu: i. Sediakan matriks korelasi antara semua pembolehubah yang dianalisis secara faktor. Ini dilakukan oleh komputer melalui prosedur FACTOR. ii. Komputer kemudian akan melakukan cabutan faktor-faktor awalan. iii. Komputer akan melakukan pemutaran paksi untuk mendapatkan faktor-faktor akhiran untuk diinterpretasikan oleh penyelidik. iv. Langkah seterusnya ialah memberi nama kepada faktor-faktor yang diterbitkan berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang muatan faktornya yang memenuhi kriteria tertentu. Misalnya: Melalui pemutaran cara varimax, para penyelidik sering menggunakan syarat muatan faktor setinggi 0.3 sebagai minimum. Sebelum analisis faktor dapat dilakukan, ujian kebolehpercayaan perlu dilakukan. Nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) perlu diuji. Nilai KMO merupakan darjah perkaitan antara item dan kesesuaian bagi penggunaan analisis faktor dijalankan. Nilai KMO yang berada pada 0.90 adalah terbaik, nilai 0.80 adalah baik, nilai 0.70 adalah sederhana, 0.60 adalah tidak berapa baik, nilai 0.50 adalah kurang baik manakala nilai yang kurang daripada 0.5 adalah tidak boleh diterima untuk dilakukan analisis faktor. Untuk rotasi faktor, ektraksi yang pertama daripada analisis adalah item-item yang mempunyai nilai varian yang maksimum. Oleh itu, nilai yang diperlolehi tidak mudah untuk diinterpretasi kerana item-item tidak berkorealasi dengan tinggi. Namun begitu, kebanyakan item-item adalah terletak dalam faktor pertama walaupun korelasinya tidak terlalu tinggi. Untuk membolehkan item-item boleh diinterpretasikan, mereka akan diputarkan untuk memaksimumkan faktor muatan bagi item-item tertentu. Item-item ini kemudiannya boleh ditentukan untuk mendapatkan maksud faktor tersebut. Kaedah yang biasa digunakan untuk menjalankan rotasi ialah orthogonal dan oblique (Bryman dan Cramer, 2005). Analisis Regresi Logistik Regresi logistik digunakan untuk mengukur hubungan fungsi antara satu pembolehubah kualitatif dengan pembolehubah tidak bersandar sama ada berbentuk kuantitatif mahupun kualitatif. Berbeza dengan regresi biasa, nilai yang diperolehi bagi analisis regresi logistik adalah menunjukkan nilai kebarangkalian untuk sesuatu peristiwa itu berlaku. Dalam kajian ini, analisis regresi dijalankan adalah untuk menguji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap skim ar rahnu ini. Penerimaan masyarakat terhadap skim ini diukur menggunakan pembolehubah dikotomi iaitu nilai 1 untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan skim ar rahnu dan nilai 0 diberikan kepada pengguna yang tidak menggunakan skim ini. Pi = 1/(1 + e!! ).(1) Di mana Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang menggunakan perkhidmatan ar rahnu (Y=1). Bagi kebarangkalian untuk responden yang tidak menggunakan perkhidmatan ar rahnu (Y=0), persamaan adalah seperti berikut: (1-Pi)= 1/(1 + e! ).. (2) ialah: Oleh itu, nisbah kebarangkalian untuk masyarakat menerima perkhidmatan skim ar rahnu 4

e! =pi / (1 Pi)..(3) Persamaan (3) ditukarkan ke dalam bentuk logaritma dan menghasilkan persamaan (4) di bawah: Zi = In( Pi 1 Pi) = Ine!" = β0+β1x1+β2x2+β3x3... (4) Persamaan logit yang terakhir dapat dibentuk ialah: Log (Pi/ (1-Pi)) = β0+β1x1+β2x2+β3x3.. (5) Di mana: P = Kebarangkalian untuk responden menyatakan ia pengguna perkhidmatan skim ar rahnu atau tidak (1 = Pengguna, 0 = Tidak) X1 = Dasar Patuh Syariah X2 = Dasar Prosedur Pinjaman Mudah X3 = Dasar Mudah Akses ANALISIS PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP SKIM GADAIAN ISLAM Analisis Min Skor Jadual 3: Ringkasan Analisis Deskriptif (Analisis Min Skor) PEMBOLEHUBAH MIN Dasar Syariah 4.20 Dasar Prosedur Pinjaman Mudah 4.28 Dasar Mudah Akses 4.03 Skim Konvensional 2.83 Pandangan Positif Tentang Ar Rahnu 4.30 Pandangan Negatif Tentang Ar Rahnu 2.47 Berdasarkan ringkasan analisis min skor jadual 3 menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah memberikan nilai min skor yang tinggi di mana dasar patuh syariah adalah sebanyak 4.20, dasar prosedur pinjaman mudah adalah sebanyak 4.28 manakala dasar mudah akses adalah sebanyak 4.03. Antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut, dasar prosedur pinjaman mudah adalah sangat mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam ini. Walaupun begitu, responden mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan positif terhadap perkhidmatan skim gadaian Islam ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor yang paling utama mempengaruhi tahap kepercayaan masyarakat untuk menerima skim Ar Rahnu adalah dasar prosedur pinjaman mudah. Analisis Faktor Dalam analisis faktor ini, ianya adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang paling berpengaruh dalam menentukan kejayaan usahawan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pada awalnya terdapat tiga faktor yang telah dipilih untuk menguji tahap penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam. Ujian kebolehpercayaan yang dijalankan mendapati nilai alpha cronbach adalah 0.793. Oleh itu, soalan yang diajukan memenuhi syarat kebolehpercayaan kerana melebihi nilai 0.5 (rujuk lampiran). Seterusnya, untuk menjalankan analisis faktor, nilai KMO yang diperolehi berdasarkan jadual KMO and Barlett s Test di bawah adalah 0.700 (rujuk lampiran). Untuk mendapatkan nilai muatan, matriks faktor akan diputarkan dengan menggunakan kaedah varimax. Kaedah yang digunakan ialah analisis komponen utama (Principal Component Analysis). 5

Setelah matriks diputarkan didapati wujud lima faktor yang mempunyai nilai muatan yang melebihi 0.5 yang boleh diterima untuk analisis regresi logistik. Faktor yang mempunyai nilai muatan yang tinggi menunjukkan faktor tersebut mempunyai hubungan yang tinggi dengan pembolehubah bersandar yang ingin dikaji. Jadual 4 menunjukkan komponen matrik yang diputarkan dimana nilai tersebut menunjukkan nilai muatan. Di mana C1=dasar patuh syariah, C2=dasar prosedur pinjaman mudah, C3=dasar mudah akses, C4=dasar mudah maklumat dan C5=dasar prosedur cepat. Jadual 4: Rotated Component Matrix Skim gadaian Islam tidak dikenakan kadar faedah (bebas daripada unsur riba). Caj perkhidmatan Ar Rahnu lebih murah berbanding pajak gadai konvensional. Skim gadaian Ar Rahnu menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh syarak. Pengguna tidak perlu berdepan dengan karenah birokrasi untuk mendapatkan pinjaman asalkan pengguna mempunyai barang untuk digadai Bayaran balik barang gadaian boleh dilakukan secara sekaligus atau ansuran. Pengguna boleh berhubung terus dengan pihak Ar Rahnu untuk melakukan transaksi gadaian tanpa melibatkan pihak lain. Kedudukan kaunter Ar Rahnu strategik dan memudahkan orang ramai berurusan. Premis Ar Rahnu menyediakan kemudahan yang baik dan selesa serta pegawai yang cekap. Pihak Ar Rahnu akan menyimpan barang gadaian dengan selamat dan dilindungi dengan takaful. Pengguna dapat melakukan transaksi gadaian sama ada di pejabat pos atau bank Notis-notis akan dihantar kepada pelanggan dari semasa ke semasa sebagai peringatan. Bayaran balik untuk mendapatkan semula barang gadaian adalah mudah kerana tidak melibatkan banyak urusan. Pengguna tidak perlu mengisi banyak dokumentasi untuk menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu. Pengguna boleh mendapatkan wang dalam tempoh masa yang singkat dengan menggunakan skim Ar Rahnu. Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan skim gadaian Islam dengan melayari internet. Pengguna boleh memperolehi informasi yang terkini berkaitan dengan skim Ar Rahnu melalui perhubungan pergaulan sama ada di tempat kediaman atau di pejabat. Skim pembiayaan mudah tunai, cepat dan memenuhi keperluan semasa serta tuntutan syarak. Skim gadaian Ar Rahnu bebas daripada unsur penindasan dan ketidakadilan di mana wang lebihan hasil jualan barang gadaian yang tidak mampu ditebus oleh pelanggan akan dikembalikan. C1 C2 C3 C4 C5 0.821 0.765 0.755 0.645 0.564 0.79 8 0.67 1 0.65 4 0.65 0 0.58 8 0.53 1 0.80 5 0.77 6 0.55 6 0.80 4 0.79 5 0.73 9 0.56 1 Analisis Regresi Logistik Untuk menjalankan analisis regresi logistik, responden yang digunakan adalah seramai 42 orang berbanding responden awal seramai 50 orang. Ini kerana, setelah soalan berkaitan dengan penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (ar rahnu), terdapat 8 orang responden yang 6

tidak menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu, seramai 8 orang responden telah digugurkan untuk tujuan analisis regresi logistik. Ini adalah kerana, bagi pembolehubah dikotomi, hanya terdapat dua kebarangkalian sahaja iaitu 1 bagi pengguna skim perkhidmatan ar rahnu dan 0 bagi yang tidak menggunakan perkhidmatan ini. Sebanyak lima faktor pembolehubah yang menjadi faktor penerimaan yang akan dianalisis menggunakan analisis regresi logistik. Hasil daripada analisis regresi logistik, persamaan regresi yang berikut dapat dibentuk: Log (Pi / (1-Pi)) = -20.376 + 2.703C1 + 3.734C2 + 1.068C3 + 3.056C4 + 0.883C5 Di mana: P = Kebarangkalian bagi responden menyatakan bahawa ia menggunakan skim perkhidmatan ar rahnu atau tidak menggunakan skim ini (Ya=1: tidak=0) C1= Dasar Patuh Syariah C2= Dasar Prosedur Pinjaman Mudah C3= Dasar Mudah Akses C4= Dasar Mudah Maklumat C5= Dasar Prosedur Cepat Secara ringkasnya, hasil regresi binomial logistik dapat ditunjukkan dalam Jadual 5 Jadual 5: Hasil Persamaan Regresi Binomial Logistik Pembolehubah bebas Koefisien (β) Exp (β) Sig Konstan Dasar Patuh Syariah Dasar Prosedur Pinjaman Mudah Dasar Mudah Akses Dasar Mudah Maklumat Dasar Prosedur Cepat -20.376 2.703 3.734 1.068 3.056 0.883 0.000 14.921 41.863 2.909 21.239 2.418 0.998 Berdasarkan Jadual 5, didapati pembolehubah dasar patuh syariah, dasar prosedur pinjaman mudah, dasar mudah akses, dasar mudah maklumat dan dasar prosedur cepat tidak signifikan bagi setiap aras keertian sama ada untuk 1%, 5% atau 10%. Oleh itu, ia dapat disimpulkan bahawa kelima-lima faktor tersebut bukan merupakan faktor yang signifikan terhadap penerimaan masyarakat. Namun begitu, hasil ini hanya bersesuaian untuk responden dalam kajian yang dijalankan sahaja. Implikasi Dasar Taburan mengenai responden dapat difahami dengan mudah berdasarkan analisis min skor (analisis deskriptif) yang telah dijalankan. Bagi anaisis faktor pengguna pekhidmatan ar rahnu pula, maklumat yang diperolehi dapat menentukan faktor manakah yang signifikan dalam mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu). Oleh itu implikasi dasar menunjukkan masyarakat berminat tentang ar-rahnu kerana ia patuh syariah. Oleh itu pihak institusi ar-rahnu perlu tonjolkan aspek patuh syariah dalam perkhidmatan yang diberikan supaya masyarakat lebih yakin. KESIMPULAN Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak atau institusi pajak gadai Islam dalam melakukan pembaharuan terhadap skim gadaian Islam. Justeru, masyarakat akan lebih berminat dan percaya untuk menggunakan skim ini disamping dapat menarik masyarakat yang bukan beragama Islam bagi turut serta menggunakan perkhidmatan ini. Skim gadaian Islam merupakan satu alternatif yang baru bagi menggantikan skim pajak gadai konvensional kerana ia merupakan dasar yang patuh syariah, dasar prosedur pinjaman mudah dan dasar mudah akses. Ini dapat dibuktikan melalui hasil penganalisian min skor di mana didapati analisis min skor terhadap tiga faktor ini memberi kesan yang positif terhadap penerimaan masyarakat terhadap skim gadaian Islam (Ar Rahnu). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa masyarakat percaya akan perkhidmatan skim ar rahnu ini sebagai suatu pinjaman mikro kredit yang cepat dan mudah tunai. Selain itu, institusi Ar Rahnu juga diharapkan agar terus dapat meningkatkan lagi pembangunan sosial ekonomi negara setanding 7

dengan negara-negara maju yang lain yang turut menawarkan skim pajak gadai bagi mengurangkan kadar jenaayah di negara ini apabila kemudahan pembiayaan yang mudah tunai diperkenalkan. RUJUKAN Al-Qur an al-karim. Ahmad Mahdzan Ayob. 1992. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi, Edisi ke-2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Suraini Mohd Rhouse & Emilda Hashim (2013). Peranan Institusi Pajak Gadai Islam dalam Pembangunan Sosio- Ekonomi. PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 1352-1363 ISSN: 2231-962X. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bryman, A. and Cramer (2005), D. Quantitative Data Analysis with SPSS 12 and 13: A Guide for Social Scientists. Chua Yan Piaw (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1: Kaedah Penyelidikan, McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia. Dr. Andy Field (2005), Reseacrh Method II: Factor Analysis SPSS Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz (2010). Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof & Norridzwan Abidin (2010). Prinsip Al-Rahn Sebagai Asas Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam Di Malaysia. Voice of Academia Vol.5 No.1. Universiti Teknologi MARA, Kedah. Mohd Farhan Ahmad & Mohd Adib Ismail (2011). Pendekatan Baru Pembiayaan Peribadi Satu Cadangan. PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 178 183 ISSN: 2231-962X. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Norhafizah (2009), Masalah Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Peruncitan Melayu Di Daerah Hulu Langat. Pusat Pengajian Ekononomi, Falkulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Suriani Sulong (2001), Ar-Rahn: Teori Dan Amalannya Di Bank Rakyat (Kertas Projek, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Santoso, S. 2003. SPSS Mengolah Data Statistik Secara Profesional. PT. elex Media Komputindo. Jakarta. Siti Zarina (2013), Kerelevenan Gadaian Islam Dalam Meningkatkan Ekonomi Peniaga Kecil. Pusat Pengajian Ekononomi, Falkulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sugiyono, 2005, Metode Penelitian Kualitatif, Bandung: Alfabeta. 8

Lampiran 9