Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : salam, pelajar Islam

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Ciri-ciri Taburan Normal

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

eprosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015 eisbn:

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Faktor Penerimaan Melokalisasi Tadbir Urus Pengagihan Zakat Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Bab 1 Mekanik Struktur

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Kalkulus Multivariabel I

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Transcript:

Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan sistem penasihatan akademik dan faktor-faktornya yang meliputi faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan kepada 107 responden yang terdiri daripada tiga kursus dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun hanya 100 responden yang mengembalikannya. Ianya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai α = 0.982. Hasil analisis menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar adalah tinggi iaitu pada tahap min 3.94. Di samping itu, faktorfaktor bimbingan, pemantauan dan pemerhatian berada pada tahap min yang sederhana iaitu 3.55, 3.50 dan 3.47 manakala faktor penasihatan berada pada tahap min yang tinggi iaitu 3.80. Analisis secara inferensi juga dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud di antara kedua-dua angkubah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan sistem penasihatan akademik dengan nilai r = 0.784, (r2) = 0.614. Manakala faktor bimbingan dengan nilai r = 0.703, (r2) = 0.495, penasihatan dengan nilai r = 0.754, (r2) = 0.569, pemantauan dengan nilai r = 0.667, (r2) = 0.445 dan pemerhatian iaitu r = 0.593, (r2) = 0.351. Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik Pengenalan Pada masa ini, kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius kepada prestasi akademik pelajar samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta. Ini kerana golongan inilah yang akan menerajui kepimpinan kelak. Jadi tidak hairanlah isu kecemerlangan akademik pelajar sentiasa menjadi isu perbincangan yang hangat dan sering mencuri perhatian masyarakat mahupun media. Pencapaian akademik pelajar sering dilihat dengan kebolehan yang terdapat pada pelajar itu. Namun tidak boleh dinafikan bahawa ada faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian mereka terutamanya pelajar di universiti. Antaranya ialah dengan wujudnya sistem penasihatan akademik kepada pelajar. Justeru itu, di setiap universiti harus memperkenalkan sistem penasihatan akademik pelajar yang mana ia sangat penting kepada semua pelajar. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu sahsiah dari segi akademik pelajar. Dengan adanya sistem penasihatan akademik ini, pelajar boleh meminta bantuan dan berjumpa dengan penasihat akademik mereka pada bila-bila masa asalkan ia tidak mengganggu jadual pelajaran mereka dan pensyarah. Pernyataan Masalah Akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi. Memandangkan kebanyakan pelajar yang memasuki university menghadapi pelbagai masalah, maka dengan

adanya sistem penasihatan akademik ini ianya dapat membantu pelajar mengurangkan masalah tersebut sama ada yang berkaitan dengan masalah akademik atau masalah peribadi. Walaupun setiap pelajar mempunyai seorang penasihat namun ada antara mereka yang kurang mengetahui peranan dan fungsi penasihat akademik tersebut. Malah ada yang menganggap bahawa penasihat akademik hanya berperanan sebagai penandatangani borang pendaftaran mata pelajaran dan pengesahan borang pendaftaran kursus bagi setiap semester sahaja. Rentetan dari itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana sistem penasihat akademik mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar dan dapat membantu pelajar dalam menghadapi masalah yang mereka hadapi. Objektif Kajian Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai suatu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu : 1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap sistem penasihatan akademik dalam mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar. 2. Mengenal pasti faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar. 3. Melihat sejauh mana hubungan di antara sistem penasihatan akademik dan faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Kepentingan Kajian Kajian ini dibuat untuk mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan pengaruh penasihat akademik terhadap tahap pencapaian akademik pelajar yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan di UTM, Skudai mengikut kursus. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan adalah diharapkan agar pelajar-pelajar dapat memastikan tugas seorang penasihat akademik iaitu sebagai bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian bukan setakat membantu dalam bidang akademik sahaja malah dalam masalah peribadi. Diharap agar para pelajar juga dapat memanfaatkan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak universiti kepada pelajar dengan sebaik-baiknya. Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan kepada pihak universiti serta dapat menjelaskan kepada pihak ibu bapa dan rakan-rakan sebaya betapa pentingnya perlaksanaan sistem penasihatan akademik di setiap universiti sebagai satu alternatif meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar dalam usaha membentuk insan yang berjaya dan berkualiti. Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat memberi maklumat kepada universiti-universiti lain yang belum melaksanakan sistem penasihatan akademik ini. Dengan yang demikian, diharapkan sistem penasihatan akademik ini dapat dilaksanakan di setiap universiti. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi bagi melihat pengaruh dan hubungan penasihat akademik dan tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian deskriptif merupakan kajian yang berbentuk tinjauan serta menggunakan kaedah soal selidik dalam

memperolehi data bagi melihat peratusan, min dan kekerapan. Manakala kajian inferensi pula adalah bertujuan bagi melihat hubungan (r) dan pengaruh (r2) antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999: 34), pendekatan tinjauan selalunya menggunakan soal selidik. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Penggunaan soal selidik ini boleh menjimatkan masa dan tenaga serta dapat mengurangkan kos perbelanjaan berbanding instrument yang lain. Di samping itu, soal selidik ini mengandungi arahan dan soalansoalan jenis tertutup untuk dijawab oleh semua responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif. Populasi Dan Sampel Populasi dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang terdiri daripada 107 orang pelajar lelaki dan perempuan yang mengambil kursus SPI (Pengajian Islam), SPL (Tesl) dan SPP (Fizik). Populasi yang terlibat bagi kajian ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1 di bawah: Jadual 1 : Jumlah Populasi Pelajar Fakulti Pendidikan Berdasarkan jadual 1, jumlah populasi adalah seramai 107 orang pelajar berdasarkan tiga kursus yang dipilih dalam kajian ini. Walau bagaimana pun, hanya 100 unit borang soal selidik yang telah dikembalikan kepada penyelidik, manakala bakinya sebanyak tujuh unit tidak dikembalikan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan jumlah keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Pemilihan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian adalah merupakan penyelidikan kes (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003: 37). Instrumen Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik. Set soal selidik ini merupakan alat yang mengumpul data bagi penyelidik. Oleh itu, bagi satu-satu kajian, satu soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua responden bertujuan bagi memastikan keseragaman bagi membolehkan pemprosesan data melalui komputer di mana setiap soalan dikemukakan mengikut urutan yang sama ( Ahmad Mahdzan Ayob, 2005: 59). Soal selidik ini mengandungi tujuh bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D, bahagian E, bahagian F dan bahagian G. Pada bahagian A, responden hanya menandakan salah satu pilihan jawapan dan soalan bebas iaitu mengisi tempat kosong. Tetapi bahagian B, C, D, E, F dan G menggunakan kaedah skala Likert, iaitu responden dikehendaki untuk menandakan jawapan mereka mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999: 97).

Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dilakukan, penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus SPK (Kimia). Kajian rintis yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memastikan soal selidik yang hendak digunakan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Reliability Coefficent). Rasional pemilihan sampel untuk kajian rintis ini kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak diuji. Di samping itu, kajian rintis ini juga untuk memastikan soal selidik yang diedarkan kepada sampel sebenar adalah berkualiti. Berdasarkan analisa yang dibuat, kebolehpercayaan soal selidik ini adalah menunjukkan nilai α = 0.982. Nilai ini menunjukkan bahawa soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis Keseluruhan Rumusan di dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada analisis data bagi bahagian B. Min keseluruhan dapat diterangkan seperti berikut bagi keseluruhan konstruk item: Jadual 2: Nilai min bagi keseluruhan konstruk item Jadual 2 menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi konstruk pencapaian akademik pelajar ialah 3.94. Persepsi pelajar terhadap sistem penasihatan akademik ialah 3.59. Manakala faktor bimbingan ialah 3.55, faktor penasihatan ialah 3.80, faktor pemantauan ialah 3.50 dan faktor pemerhatian ialah 3.47. Jadual 3: Keputusan Korelasi Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap system penasihatan akademik dan faktor-faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian mempunyai

hubungan yang kuat dengan tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar di UTM, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r yang diperolehi iaitu persepsi pelajar r = 0.784, bimbingan r = 0.703, penasihatan r = 0.754, pemantauan r = 0.667 dan pemerhatian r = 0.593. Jadual 4: Keputusan Regrasi Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap system penasihatan akademik dan faktor-faktor bimbingan, penasihat, pemantau dan pemerhati mempunyai pengaruh yang jelas dengan tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar di UTM, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r2 yang diperolehi iaitu persepsi pelajar r2 = 0.614, bimbingan r2 = 0.495, penasihatan r2 = 0.569, pemantauan r2 = 0.445 dan pemerhatian r2 = 0.351. Perbincangan Dari aspek pencapaian keputusan peperiksaan pelajar pula, ia diambil dari nilai purata keputusan keseluruhan semester iaitu CGPA, di mana penyelidik telah membahagikan kepada lima kategori iaitu kurang dari 2.0, 2.0-2.66, 2.67-2.99, 3.0-3.66 dan 3.67-4.00. Hasil kajian menunjukkan bahawa majority pelajar mendapat keputusan di antara CGPA 3.0-3.66 iaitu seramai 66 orang (66%) responden, diikuti nilai kedua tertinggi 3.67-4.0 iaitu seramai 19 orang (19%), seramai 11 orang (11%) mendapat keputusan 2.67-2.99. Manakala dua orang (2%) mendapat 2.0-2.66 dan tiada seorang pun yang mendapat skor paling rendah iaitu kurang dari 2.0. Analisis bagi keseluruhan min yang diperolehi ialah 3.94. Kajian turut mendapati bahawa 52.0% pelajar bersetuju mengatakan berjumpa dengan penasihat akademik dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Begitu juga dengan item Sistem ini dapat menyelamatkan pelajar daripada lalai dan lupa kepada pelajaran dan Sistem ini merupakan satu profession ke arah pembentukan pelajar berilmu, bertanggungjawab, berkebolehan dan berdaya saing dengan mencapai persetujuan yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 84.0% dan 83.0%. Ini menunjukkan tahap kefahaman pelajar tentang kepentingan penasihat akademik kepada pelajar-pelajar adalah tinggi dengan persetujuan responden sebanyak 84.0%, manakala sebanyak 62.0% responden tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan yang sistem ini dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh pelajar. Perkara ini disokong dalam kajian Norlaili Sapan (2002: 59) yang bertajuk Keperluan Penasihat Akademik Kepada Pelajar. Satu Tinjauan Terhadap Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan menyatakan sebanyak 63.2% responden menyatakan bahawa penasihat akademik tidak berkesan dalam membantu menangani masalah mereka.

Faktor pertama yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah faktor bimbingan penasihat akademik kepada tahap pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian mendapati 86.0% pelajar mengatakan penasihat akademik dapat membimbing pelajar dalam membuat penyesuaian peribadi, akademik, sosial, emosi dan akhlak dengan persekitaran universiti. Seramai 71.0% mengatakan tidak bersetuju bagi item yang mengatakan "Penasihat akademik selalu memberi kesedaran kepada pelajar sejak dari awal semester lagi tentang kepentingan mengutamakan pelajaran dalam kehidupan sehingga mencapai kejayaan dalam akademik". Faktor kedua yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah faktor penasihatan penasihat akademik terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar. Majoriti pelajar menyatakan penasihat akademik menasihati dan memberitahu pelajar tentang kesan pendaftaran dan pengguguran sesuatu matapelajaran iaitu sebanyak 86.0%. Ini penting kerana sekiranya pelajar tersilap memilih mata pelajaran ia akan memberi kesan terhadap keputusan purata gred CGPA pelajar. Faktor ketiga yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah faktor pemantauan penasihat akademik terhadap prestasi akademik pelajar. Bagi item yang mengatakan Penasihat akademik menyimpan rekod peribadi pelajar seperti butir-butir peribadi, maklumat keluarga, maklumat akademik dan kokurikulum dengan lengkap dan sentiasa dikemaskini tidak mendapat persetujuan iaitu seramai 76.0%. Faktor keempat yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah faktor pemerhatian penasihat akademik. Majoriti pelajar tahun empat bersetuju dengan nilai 86.0% mengatakan bahawa penasihat akademik sentiasa memerhati dan akan memanggil pelajar dibawah jagaannya yang mempunyai masalah akhlak. Menurut Wan Khairudin dalam kajiannya (2003: 78) menyatakan pendekatan yang digunakan oleh penasihat akademik adalah dengan mengambil berat tentang diri pelajar termasuk dari aspek tingkahlaku. Seramai 39.0% mengatakan penasihat akademik mereka pernah melaksanakan kaedah demikian. Walaupun bukanlah bilangan majoriti namun bilangan yang mengatakan tidak bersetuju lebih sedikit berbanding bilangan yang bersetuju. Rujukan Azmahani Abdul Aziz, Jamaludin Mohamad Yatim, Baharin Mesir (2007). Kajian Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar Melaui Program Kecemerlangan. Fakulti Kejuruteraan Awam: Universiti Teknologi Malaysia. Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot (2000). Dakwah Dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ismail Noor & Ibrahim Nor (2002). Kemahiran Sebagai Mentor (Kaedah Membimbing, Memberi Kaunseling Dan Menjadi Model Ikutan Ke Arah Keberkesanan Organisasi). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Johari Halim Shah B. Osman, Prof.Dr (2003). Kursus Penasihatan Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul Ta'zim: Universiti Teknologi Malaysia. Norlaili Bt Sapan (2002), Keperluan Penasihat Akademik Kepada Pelajar. Satu Tinjauan Terhadap Pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. Pentadbir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (2004/2005). Buku Panduan Sesi 2004/2005. Universiti Teknologi Malaysia: Pejabat Akademik, FKM. Pentadbir Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (2005/2006). Buku Panduan Akademik 2005/2006. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Tuan Baharom Mahmood. Penasihatan Akademik Satu Pandangan Peribadi. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Ukur dan Harta Tanah. Wan Khairudin Bin Wan Yahya (2003). Persepsi Pelajar Tahun 3&4 (Pengajian Islam) Terhadap Perlaksanaan Sistem Penasihat Akademik Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Penyelidikan. Zailiani Taslim. Berita Harian. Khamis, 28 Januari 1999. Program Mentor- Mentee Bantu Pelajar Bermasalah.