perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.
|
|
- Κλεοπάτρα Κολιάτσος
- 6 χρόνια πριν
- Προβολές:
Transcript
1 4.4 Aktiviti Antimikrob Peningkatan kes-kes yang melibatkan mikroorganisma resistans kepada agen antimikrobial dikalangan pesakit yang dirawat menjadi kerunsingan dikalangan pakar perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain bakteria gram negatif merupakan antara mikroorganisma yang cenderung menjadi resistans kepada agen antimikrobial (Greenwood, 1998). Walaupun tiada sebarang kesukaran untuk merawat jangkitan bakteria pada masa kini, namun keupayaan mikroorganisma untuk berubah menjadi resistans terhadap agen antimikrobial merupakan satu ancaman kepada keberkesanan agen antimikrobial yang sedia ada (Ronald dan Jones, 1996). Maka, pencarian agen antimikrobial yang baru, selamat dan efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu. Dalam kajian ini, aktiviti antimikrob ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. dikaji. Ujian dijalankan ke atas beberapa strain bakteria dan kulat yang patogenik kepada manusia seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa, Escherichia coli ATCC 25922, Escherichia coli ATCC 35213, Klabsiella pneumonia, Proteus vulgaris, Proteus mirabilis, Candida albicans, Microsporum canis, Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Aspergillus niger. 148
2 4.4.1 Penskrinan aktiviti antimikrob Penskrinan aktiviti antimikrob ekstrak sampel dijalankan ke atas bakteria dan yis dengan menggunakan kaedah Ujian resapan disk manakala Ujian resapan agar digunakan ke atas kulat dermatofit. Ekstrak sampel diuji pada kepekatan 50, 100, 200 dan 400 mg/ml pada bakteria manakala untuk kulat, ekstrak diuji pada kepekatan 100, 200, 400 dan 800 mg/ml. Disk-disk yang mengandungi ekstrak sampel pada kepekatan berbeza diletakkan pada permukaan agar yang terlebih dahulu telah diinokulasikan dengan mikrob. Diameter zon rencatan yang melebihi 7 mm menandakan ekstrak adalah aktif. Keputusan yang diperolehi menunjukkan ekstrak sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. merencat pertumbuhan enam strain daripada sepuluh strain bakteria yang dikaji dan tiada sebarang perencatan ke atas strain yis dan kulat. Strain-strain bakteria yang direncat oleh ekstrak sampel terdiri daripada bakteria gram positif dan gram negatif iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris (lihat Jadual 3.9 hingga Jadual 3.12). Hanya dua strain bakteria gram negatif yang direncat mungkin disebabkan keadaan semula jadi bakteria gram negatif yang mempunyai membran fosfolifik luaran pada dinding sel menjadikan ia lebih resistans kepada sebatian lipofilik berbanding bakteria gram positif (Nikaido dan Vaara, 1985; Tomas-Barberan et al., 1988). 149
3 Hasil yang diperolehi ini berbeza dengan kajian yang telah dijalankan oleh Darah dan Halim (1995), dimana ekstrak etanol 95% daun Cassia alata L. merencat strain kulat dermatofit tetapi tiada sebarang perencatan ke atas strain bakteria. Kajian yang dijalankan oleh Somchit et al, (2003) pula mendapati bahawa ekstrak air dan etanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria Staphylococcus aureus tetapi tidak merencat strain yis Candida albicans berbanding ekstrak air dan etanol batang Cassia alata L. yang hanya merencat strain yis Candida albicans. Mastura dan Khozirah (2000), melaporkan ekstrak metanol daun Senna alata L. merencat strain bakteria Pseudomonas aeruginosa, Burkholederia cepacia, Staphylococcus aureus dan Staphylococcus epidermis tetapi tiada rencatan terhadap strain yis dan kulat dermatofit. Kajian yang dijalankan oleh Ogunti et al., (1991) juga mendapati ekstrak metanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria yang dikaji tetapi tiada rancatan ke atas strain kulat, sama dengan penemuan yang diperolehi dalam kajian ini. Menurut Acharya dan Chaterjee (1975), komponen kimia utama yang bersifat antikulat dipencilkan dari biji Cassia tora L. adalah asid krisofanik-9-antron. Pongpaichit et al,. (2004) pula melaporkan ekstrak metanol daun Cassia alata L., Cassia fistula L. dan Cassia tora L. menunjukkan aktiviti antikulat ke atas strain kulat Microsporum gypseum, Trichophyton rubrum dan Penicillium marneffei. Perbezaan pada hasil yang diperolehi dengan kajian-kajian terdahulu mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hasil keputusan seperti keadaan persekitaran dan cuaca di mana sampel diperolehi, jenis ekstrak yang diuji, jenis pengekstrakan yang dijalankan, jenis ujian antimikrob dan juga jenis mikroorganisma yang diuji (Ncube et al., 2008). 150
4 4.4.2 Aktiviti antimikrob secara kuantitatif Kajian antimikrob secara kuantitatif dijalankan dengan asai Kepekatan Rencatan Minimum (MIC) dan Kepekatan Bakterisidal Minimum (MBC) menggunakan sebatian kimia yang telah berjaya dipencilkan dari ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. MIC adalah kepekatan paling minimum yang diperlukan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma manakala MBC pula adalah kepekatan paling minima yang berkeupayaan untuk membunuh mikroorganisma 99.9% (Frost, 1994). Kaedah yang digunakan untuk menjalankan asai MIC dalam kajian ini melibatkan penggunaan plat mikrotiter 96-telaga. Ini adalah kerana kuantiti sebatian kimia yang dipencilkan dari ekstrak sampel adalah sangat sedikit maka kaedah yang memerlukan kuantiti yang agak besar seperti asai pencairanan bersiri kaldu menggunakan tabung uji adalah tidak sesuai (Eloff, 1998). Sebatian kimia yang diuji adalah sebatian kimia CA-10 dari ekstrak etil asetat Cassia alata L. dan sebatian kimia CT-16 pula dari ekstrak kloroform Cassia tora L. Strain-strain bakteria yang diuji adalah strain yang menunjukkan perencatan semasa diuji dengan Ujian resapan disk iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris. Ujian secara kuantitatif ini juga dijalankan menggunakan antibiotik kloramfenikol sebagai kawalan positif. Nilai MIC diambil pada kepekatan paling rendah yang menunjukkan tiada pertumbuhan bakteria berdasarkan kekeruhan yang boleh dilihat. Dalam kajian ini, garam tetrazolium digunakan untuk melihat kekeruhan pada telaga-96 plat mikrotiter dengan lebih jelas. Garam tetrazolium merupakan sebatian yang tidak berwarna berubah 151
5 menjadi derivatif formazan berwarna ungu melalui tindakbalas enzim oleh mikroorganisma (Eloff, 1998). Warna ungu yang terhasil menandakan kewujudan bakteria. Nilai MBC pula ditentukan dengan mensubkulturkan inokulum dari telaga yang memberikan nilai MIC pada plat agar dan tiada sebarang pertumbuhan bakteria dikesan. Nilai MIC dan MBC bagi sebatian kimia CA-10 dan CT-16 ditunjukkan pada Jadual 3.15 dan Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati sebatian kimia CA-10 menunjukkan aktiviti antimikrob yang kuat ke atas strain Bacillus subtilis dan Proteus vulgaris dengan memberikan nilai MIC μg/ml dan 3.91 μg/ml. Ia menunjukkan kesan yang sederhana ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC μg/ml. Manakala kedua-dua strain Staphylococcus aureus agak resistans ke atas sebatian kimia CA-10 dengan nilai MIC yang sama iaitu 250 μg/ml dan tiada rencatan ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan yang lebih rendah daripada 500 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula menunjukkan kesan antibakteria yang lebih luas dimana ia menunjukkan perencatan kuat ke atas strain-strain Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC dan Proteus vulgaris dengan nilai MIC μg/ml dan juga ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC μg/ml. Perencatan ke atas strain Bacillus subtilis pula agak lemah dengan nilai MIC 250 μg/ml dan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan kurang dari 500 μg/ml. 152
6 Nilai MBC sebatian kimia CA-10 ke atas strain Proteus vulgaris dan kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah sama dengan nilai MIC yang diperolehi iaitu 3.91 μg/ml dan 250 μg/ml. Ia menunjukkan kesan bakterisidal ke atas strain Bacillus subtilis pada μg/ml manakala nilai MBC pada strain Pseudomonas aeruginosa pula ialah 125 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula memberikan nilai MBC ke atas strain Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris sama dengan nilai MIC iaitu 250 μg/ml, μg/ml dan μg/ml masing-masing. Kesan bakterisidal sebatian kimia CT-16 ke atas kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah μg/ml. Oleh disebabkan nilai MIC kedua-dua sebatian kimia menunjukkan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus maka nilai MBC ke atas strain tersebut tidak ditentukan. Antibiotik kloramfenikol juga digunakan dalam ujian antimikrob ini sebagai kawalan positif. Kesan antimikrob kloramfenikol ke atas strain Bacillus subtilis dan Micrococcus luteus adalah lebih kuat berbanding sebatian kimia CA-10 dan CT-16 dengan nilai MIC pada 6.25 μg/ml. Namun begitu aktiviti antimikrob kloramfenikol sama dengan sebatian kimia CA-10 pada μg/ml ke atas strain Pseudomonas aeruginosa tetapi lebih rendah daripada sebatian kimia CT-16. Kloramfenikol merencat strain Proteus vulgaris dengan nilai MIC μg/ml iaitu tinggi daripada nilai MIC sebatian kimia CA-10 dan rendah sedikit daripada sebatian kimia CT-16. Berdasarkan analisis spektrum dan perbandingan dengan data dari kajian terdahulu, sebatian kimia CA-10 dikenalpasti sebagai emodin (9) dan sebatian kimia CT-16 pula ialah kaempferol (3). Kedua-dua sebatian tersebut merupakan sebatian dari kumpulan fenolik. Kebanyakkan sebatian fenolik yang disintesis oleh tumbuhan merupakan tindakbalas kepada jangkitan mikrobial. Ini juga merupakan faktor mengapa sebatian fenolik mempunyai ciri-ciri antimikrob (Ncube et al., 2008). 153
7 Perencatan mikrob oleh sebatian fenolik dipercayai melalui beberapa jenis mekanisma seperti perencatan ke atas enzim hidrolitik seperti protease dan karbohidrolase, pentakaktifan pelekatan mikrob, pentakaktifan protein sampul sel dan sebagainya (Cowan, 1999). Scalbert (1991), menyatakan sebatian fenolik merencat mikroorganisma melalui deprivasi zat besi atau melalui pengikatan hidrogen dengan enzim mikrob. Hasil kajian ini adalah sama dengan yang dilaporkan oleh Ayo et al., (2007), dimana emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etil asetat daun Cassia nigricans Vahl merencat beberapa strain bakteria gram positif dan negatif iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian yang dijalankan oleh Hatano et al., (1999), mendapati emodin (9) yang diasingkan dari biji benih Cassia tora berkeupayaan merencat empat strain Staphylococcus aureus Resistans-Metisilin (MRSA) dan sejenis strain Staphylococcus aureus Sensitif-Metisilin (MSSA). Manakala, Chukwujekwu (2006) pula melaporkan sebatian kimia emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etanol akar Cassia occidentalis hanya merencat strain bakteria gram positif. Keputusan dari kajian oleh Adeloye et al., (2007), mendapati kaempferol (3) yang diasingkan dari daun Urena lobata L. merencat strain bakteria gram positif, gram negatif dan yis. Manakala, kaempferol (3) dari bunga Linum capitatum Kit. pula berkeupayaan merencat Staphylococcus aureus, Escherichia coli tetapi tidak merencat Pseudomonas aeruginosa (Slavica et al., 2004). Kaempferol (3) yang berjaya dipencil dalam kajian ini merencat kesemua strain bakteria gram positif yang diuji dan dua strain bakteria gram negatif iaitu Proteus vulgaris dan Pseudomonas aeruginosa kecuali Micrococcus luteus yang resistans pada kepekatan kurang daripada 500 μg/ml. 154
8 Daripada keputusan yang diperolehi dalam kajian ini, dicadangkan Cassia alata L. dan Cassia tora L. berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber agen antimikrobial yang baru. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk mengenalpasti mekanisma perencatan oleh sebatian kimia dari bahagian lain tumbuhan tersebut. 155
gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,
3.2.2 Penskrinan aktiviti antimikrob Ekstrak metanol sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. dijalankan penskrinan aktiviti antimikrob dengan beberapa jenis mikrob yang patogenik kepada manusia seperti
Διαβάστε περισσότεραpenyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).
4.5 Antioksidan Radikal bebas menyebabkan biomolekul seperti asid lemak di membran mengalami pengoksidaan dan mengakibatkan pengurangan kebendaliran pada membran, kehilangan enzim serta mengganggu aktiviti
Διαβάστε περισσότεραBAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.
BAB EMPAT PERBINCANGAN 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. Analisis KLN dijalankan ke atas sampel ekstrak daun Cassia alata L. dan Cassia tora L. Penskrinan fitokimia dijalankan
Διαβάστε περισσότεραKONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???
Διαβάστε περισσότεραTH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun
TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi
Διαβάστε περισσότεραDETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi
BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan tentang keputusan analisis kajian yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi pendidikan pelajar
Διαβάστε περισσότερα2 m. Air. 5 m. Rajah S1
FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam
Διαβάστε περισσότεραANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM
ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan
Διαβάστε περισσότεραTegangan Permukaan. Kerja
Tegangan Permukaan Kerja Cecair lebih cenderung menyesuaikan bentuknya ke arah yang luas permukaan yang minimum. Titisan cecair berbentuk sfera kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadu adalah kecil.
Διαβάστε περισσότεραBAB DUA BAHAN DAN KAEDAH
BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH 2.1 Sumber sampel Sampel tumbuhan yang dikaji dalam penyelidikan ini adalah Cassia alata L. dan Cassia tora L. Kesemua sampel tersebut dikutip di sekitar Felda Lawin Selatan, Gerik,
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
Διαβάστε περισσότεραPerubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
Διαβάστε περισσότεραCiri-ciri Taburan Normal
1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk
Διαβάστε περισσότεραBab 1 Mekanik Struktur
Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N
Διαβάστε περισσότεραLAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.
Διαβάστε περισσότεραPERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari
PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-
Διαβάστε περισσότεραPeta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI
Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5
Διαβάστε περισσότεραSMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:
SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju
Διαβάστε περισσότεραUkur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron
Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN
Διαβάστε περισσότεραUNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat
Διαβάστε περισσότεραPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M
Διαβάστε περισσότεραPENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti
Διαβάστε περισσότεραSEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραRUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN
Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk
Διαβάστε περισσότεραSEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia
SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Universiti Teknologi Malaysia 1 Pengenalan Selain daripada teknik pemodulatan amplitud, terdapat juga teknik lain yang menggunakan isyarat memodulat untuk mengubah
Διαβάστε περισσότεραTEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan
TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut
Διαβάστε περισσότεραBAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila
Διαβάστε περισσότεραACCEPTANCE SAMPLING BAB 5
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot
Διαβάστε περισσότεραSistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar
untuk Fakultas Pertanian Uhaisnaini.com Contents 1 Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem koordinat adalah suatu cara/metode untuk menentukan letak suatu titik. Ada beberapa macam
Διαβάστε περισσότεραBAB SATU PENDAHULUAN
BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Umum Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan. Dianggarkan lebih kurang 15,000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di Malaysia
Διαβάστε περισσότεραMatematika
Sistem Bilangan Real D3 Analis Kimia FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa D3 Analis Kimia angkatan
Διαβάστε περισσότεραKEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA
Makmal Mekanik Pepejal KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA 1.0 PENGENALAN Dalam rekabentuk sesuatu anggota struktur yang akan mengalami tegasan, pertimbangan utama ialah supaya anggota tersebut selamat dari
Διαβάστε περισσότεραEEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet 1. Satu litar magnet mempunyai keengganan S = 4 x
Διαβάστε περισσότεραKlasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua
Matematika, 1999, Jilid 15, bil. 1, hlm. 37 43 c Jabatan Matematik, UTM. Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Nor Haniza Sarmin Jabatan Matematik, Fakulti
Διαβάστε περισσότεραInstitut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut
Διαβάστε περισσότεραBAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif
Διαβάστε περισσότεραKatakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah
Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Abdul Hafiz Hj.Abdullah & Siti Fairuz Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραHairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia
Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia Jadual 1: Sekolah yang dijadikan Sampel kajian Bil Nama Sekolah 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 2 SAM Hulu Langat
Διαβάστε περισσότεραKalkulus Multivariabel I
Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah
Διαβάστε περισσότεραSTQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.
STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan
Διαβάστε περισσότεραBAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD
BAB MODULATAN LITUD enghantaran iyarat yang engandungi akluat elalui atu aluran perhubungan eerlukan anjakan frekueni iyarat akluat kepada julat frekueni yang euai untuk penghantaran - roe ini diapai elalui
Διαβάστε περισσότεραKuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik
4-1 Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4.1 KEKUATAN STATIK Beban statik merupakan beban pegun atau momen pegun yang bertindak ke atas sesuatu objek. Sesuatu beban itu dikatakan beban statik sekiranya
Διαβάστε περισσότεραBAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang terkandung di dalam bab ini ialah subjek dan tempat kajian, instrumen
Διαβάστε περισσότεραBAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik
Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan
Διαβάστε περισσότεραSebaran Peluang Gabungan
Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,
Διαβάστε περισσότεραKeterusan dan Keabadian Jisim
Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep
Διαβάστε περισσότεραLABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR
TNR 1 space 1.15 LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR LAPORAN RESMI MODUL III TNR 1 Space.0 STATISTIK
Διαβάστε περισσότεραKonvergen dalam Peluang dan Distribusi
limiting distribution Andi Kresna Jaya andikresna@yahoo.com Jurusan Matematika July 5, 2014 Outline 1 Review 2 Motivasi 3 Konvergen dalam peluang 4 Konvergen dalam distribusi Back Outline 1 Review 2 Motivasi
Διαβάστε περισσότεραMENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA
MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA Oleh Mohd Hafizudin Kamal Sebelum wujudnya teori gelombang membujur oleh Huygens pada tahun 1678, cahaya dianggap sebagai satu aliran zarah-zarah atau disebut juga
Διαβάστε περισσότεραBAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan
BAB DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Kajian ini adalah untuk meneroka Metakognisi dan Regulasi Metakognisi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam kalangan murid tingkatan empat
Διαβάστε περισσότεραEMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005
EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan Dr Zuraidah Mohd Zain zuraidah@kukum.edu.my Julai, 2005 Overview untuk minggu 1-3 Minggu 1 Overview terma, takrifan kadar kegagalan, MTBF, bathtub curve; taburan
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραTINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).
II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Sistem Bilangan Riil Definisi Bilangan Riil Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur panjang, bersama-sama dengan negatifnya dan nol dinamakan bilangan
Διαβάστε περισσότεραKalkulus Multivariabel I
Fungsi Dua Peubah atau Lebih dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia 2015 dengan Dua Peubah Real dengan Dua Peubah Real Pada fungsi satu peubah f : D R R D adalah daerah asal (domain) suatu fungsi
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραRajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk
SOALAN 1 Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk menyambungkan dua takal yang terpasang kepada dua aci selari. Garispusat takal pemacu, pada motor adalah
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.
Perbandingan Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar Shahrin Bin Hashim & Herdy Bin Bailun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Διαβάστε περισσότεραartinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda
LAMPIRAN 48 Lampiran 1. Perhitungan Manual Statistik T 2 -Hotelling pada Garut Jantan dan Ekor Tipis Jantan Hipotesis: H 0 : U 1 = U 2 H 1 : U 1 U 2 Rumus T 2 -Hotelling: artinya vektor nilai rata-rata
Διαβάστε περισσότεραAmalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat
Διαβάστε περισσότεραSebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO
Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND Kompetensi menguraikan ciri-ciri suatu kurva normal menentukan luas daerah dibawah kurva normal menerapkan sebaran normal dalam
Διαβάστε περισσότεραUnit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS
PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep-konsep asas litar elektrik, arus, voltan, rintangan, kuasa dan tenaga elektrik. Unit OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan
Διαβάστε περισσότεραANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI
ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI 4.1 Pengenalan Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan kanak-kanak membaca al- Quran dengan baik menerusi
Διαβάστε περισσότεραKalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia
Kalkulus 1 Sistem Bilangan Real Atina Ahdika, S.Si, M.Si Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tiga perisian, iaitu
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Maklumat Demografi Responden Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Antaranya terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan
Διαβάστε περισσότερα(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:
MODUL 3 [Kertas 1]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 015 Muka Surat: 1 Jawab SEMUA soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan hubungan antara set A dan set B. 6 1 Set A Rajah 1 4 5 Set B (a) Nyatakan julat hubungan itu (b)
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, minat, matematik
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik
Διαβάστε περισσότεραPENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin
PENGENALAN KEPADA ENZIM En. Mohd Faizal bin Sa aidin OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir kuliah ini, pelajar-pelajar berupaya untuk: 1. Menerangkan fungsi dan ciri enzim 2. Menerangkan pengkelasan enzim 3.
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan
Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Mohd Nasir Bin Ripin & Ana Farina Binti Abdul Fatakh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
Διαβάστε περισσότεραHendra Gunawan. 16 April 2014
MA101 MATEMATIKA A Hendra Gunawan Semester II, 013/014 16 April 014 Kuliah yang Lalu 13.11 Integral Lipat Dua atas Persegi Panjang 13. Integral Berulang 13.3 33Integral Lipat Dua atas Daerah Bukan Persegi
Διαβάστε περισσότεραBAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan: Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik dan ujian bertulis yang dijalankan ke atas kumpulan responden
Διαβάστε περισσότεραHubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh
1 Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan oleh Megat Aman Zahiri Megat Zakaria Baharudin Aris Jamaluddin Harun Mohd Zolkifli bin
Διαβάστε περισσότερα( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )
(1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Menurut Webster s New Collegiate Dictionary (1981): " Oseanografi merupakan suatu ilmu yang berhubungan dengan maritim yang merangkumi pelbagai aspek seperti luas, kedalaman,
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains
Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam
Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Abdul Rahim Bin Hamdan & Nurul Aidayanti Binti Mohd Said Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραTransformasi Koordinat 2 Dimensi
Transformasi Koordinat 2 Dimensi RG141227 - Sistem Koordinat dan Transformasi Semester Gasal 2016/2017 Ira M Anjasmara PhD Jurusan Teknik Geomatika Sistem Koordinat 2 Dimensi Digunakan untuk mempresentasikan
Διαβάστε περισσότεραTOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS
1.1 KUANTITI DAN UNIT ASAS Fizik adalah berdasarkan kuantiti-kuantiti yang disebut kuantiti fizik. Secara am suatu kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Untuk mengukur kuantiti fizik, suatu
Διαβάστε περισσότεραE513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13
E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13 BAB 1 ( Bahagian 2) TAJUK : PENGKELASAN LITAR BERSEPADU OBJEKTIF Di akhir topik ini pelajar akan dapat : a. Mengklasifikasikan Litar Bersepadu berdasarkan kaedah pembikinan,
Διαβάστε περισσότεραBAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya
BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya perbincangan melewati aspek implikasi kajian serta lontaran cadangan
Διαβάστε περισσότεραBab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM
Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni Ilmu faraid atau
Διαβάστε περισσότεραBAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK
BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK 2.1 Hukum Keapungan Archimedes Sebuah badan yang terendam di air ditindak oleh beberapa daya. Pertama ialah berat atau jisim badan itu sendiri yang dianggap bertindak ke
Διαβάστε περισσότεραBAB 2 PEMACU ELEKTRIK
BAB 2 PEMACU ELEKTRIK PENGENALAN Kebanyakan perindustrian moden dan komersial menggunakan pemacu elektrik berbanding dengan pemacu mekanikal kerana terdapat banyak kelebihan. Di antaranya ialah : a) binaannya
Διαβάστε περισσότεραE513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1
E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1 BAB 2 : TUMBESARAN HABLUR DAN PENYEDIAAN WAFER OBJEKTIF : Di akhir pelalajaran ini pelajar akan dapat : a. Mentakrifkan istilah hablur tunggal, polihablur dan amorfus
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Umum
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Umum Zingiberaceae atau famili halia terdiri daripada tumbuhan monokotiledon semula jadi yang lazimnya tumbuh dengan subur di kawasan lembah dan lereng bukit hutan tanah
Διαβάστε περισσότερα1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena).
ahagian 1 ahan manakah yang TIK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? selulosa kanji getah asli garam biasa 2 ahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena). dekana sikloheksena
Διαβάστε περισσότεραBAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan Dalam bab ini, hasil analisis data akan dibincangkan. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam
Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor Othman Bin Napiah & Munada Binti Mohamad Rodi Fakulti Pendidikan Universiti
Διαβάστε περισσότεραTabel 1 Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan
Rumus kandungan gula : Bks + K - Bk ------------------ x % Bs Keterangan : Bks = kertas saring. K = Kristal. Bk = kosong. Bs = sampel. Tabel Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan
Διαβάστε περισσότεραSTRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER
STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER Winda Tri Wahyuningtyas Gati Annisa Hayu Plate Girder Plate girder adalah balok besar yang dibuat dari susunan yang disatukan
Διαβάστε περισσότεραPembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid
Matematika, 003, Jilid 19, bil., hlm. 11 138 c Jabatan Matematik, UTM. Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid Liau Lin Yun & Tahir Ahmad Jabatan Matematik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malasia
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik
Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang
Διαβάστε περισσότεραELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1
MAKTAB RENDAH Add SAINS your company MARA BENTONG slogan Bab 1 ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 LOGO Kandungan 1 Jenis Litar Elektrik 2 Meter Pelbagai 3 Unit Kawalan Utama 4 Kuasa Elektrik 1 1.1 Jenis
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar
Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia Lokman Bin. Mohd
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis
Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραHMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK
Angka Giliran: No. Tempat Duduk: _ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007 Oktober/November 2006 HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK Masa: 3 jam Sila
Διαβάστε περισσότεραKREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI
KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI Mohd Sahandri Gani Hamzah Saifuddin Kumar Abdullah Sarrunnida Ahmad Zaine Dewi Maharah Mohd Wahid Husni Zaim Khairun
Διαβάστε περισσότερα