PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : faktor, minat, matematik

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : penerapan kemahiran generik

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : salam, pelajar Islam

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Ciri-ciri Taburan Normal

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH ILMU PENDIDIKAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN

Sebaran Peluang Gabungan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. yang digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Aspek-aspek tersebut ialah reka

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. terperinci tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, tata

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Kalkulus Multivariabel I

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Bab 1 Mekanik Struktur

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Transcript:

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM Mohd Ali bin Ibrahim Mohd Rustam bin Ramli Meor Ibrahim bin Kamaruddin Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru Abstrak Kajian ini bertujuan membuat perbandingan penilaian antara pensyarah dengan guru pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 76 orang pensyarah pembimbing, Fakulti Pendidikan, UTM dan 236 guru pembimbing terlibat dalam menyelia dan menilai 236 orang guru pelatih yang menjalani Program Latihan Mengajar bagi sesi 2010/2011 di Negeri Johor. Instrumen yang digunakan ialah borang skor penilaian penyelia bersekutu dengan nilai kebolehpercayaan α=0.910. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p=0.000) antara penilaian pensyarah pembimbing dengan guru pembimbing bagi aspek persediaan mengajar, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p=0.027) penilaian pensyarah pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih Jabatan Pendidikan Sains dan Matemtik (JPSM) dengan guru pelatih Jabatan Pendidikan Sains Sosial (JPSS). serta kompetensi guru pelatih JPSM dengan guru pelatih Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) dengan nilai p=0.030. Selain itu, terdapat juga perbezaan signifikan penilaian guru pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih JPSM dengan JPTK (nilai p=0.000) serta kompetensi guru pelatih JPSS dengan JPTK dengan nilai p=0.026. Kata Kunci : Pensyarah pembimbing, Guru pembimbing, Guru pelatih, Penilaian Kompetensi 1.0 Pengenalan Bagi melahirkan seorang guru yang professional dan mencapai standard yang baik, program latihan intensif merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal guru menggilap kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Sepanjang menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih berpeluang untuk meningkatkan kecekapan penyampaian pengajaran, meluaskan pengalaman serta mendapatkan teori serta amali pengajaran dan pembelajaran kerana program ini mengandungi beberapa komponen yang dapat membentuk golongan guru yang berkualiti. (Kamaruddin, 1998). Hal ini sebenarnya menjadi sebagai satu platform bagi mencapai wawasan Standard Guru Malaysia yang menggariskan kompetensi profesional guru yang perlu dicapai. Semasa Program Latihan Mengajar bimbingan dan penilaian dari pensyarah pembimbing dan guru pembimbing adalah amat diperlukan oleh guru-guru pelatih bagi membantu mereka terutamanya dalam pemilihan kaedah penyampaian pengajaran yang berkesan. Proses penilaian ini adalah elemen yang paling penting dalam memastikan segala objektif yang dirangka dalam Program Latihan Mengajar tercapai. Bimbingan dan penilaian ini menjadi penanda aras bagi menilai sejauhmanakah seseorang guru pelatih itu sudah bersedia dan yakin untuk melibatkan diri dalam realiti dunia kerjaya perguruan. 1

Proses bimbingan yang dilakukan di sekolah merupakan satu bentuk latihan kepada guru pelatih. Namun, proses bimbingan itu perlu merangkumi skop yang lebih luas dan mencapah yang bukan sahaja memberi skor penilaian dan gred kepada guru pelatih tetapi juga membimbing guru pelatih dalam mempertingkatkan prestasi mereka agar dapat menjadi seorang guru yang berkualiti dalam profesion perguruan. Menurut Che Mohd Norazul (2007), guru pelatih merupakan golongan yang masih mentah dan kurang mahir dalam selok belok pengajaran. Justeru itu, bimbingan yang berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mereka peka akan segala tugas, peranan dan tangungjawab mereka. Bagi memastikan guru pelatih ini dapat menjadi seorang guru yang berwibawa, kerjasama dan sokongan daripada pihak yang terlibat adalah penting supaya dapat mencorakkan sikap guru pelatih yang penuh dengan dedikasi dan iltizam. Penyeliaan dan penilaian merupakan aspek penting dalam memastikan keberkesanan Program Latihan Mengajar. Sekiranya penyeliaan dan penilaian dapat dilakukan secara optimum, guru-guru pelatih dapat dibimbing dengan berkesan. Terdapat beberapa aspek yang berkait-rapat dengan penyeliaan dan penilaian, antaranya adalah seperti berikut: i) Peranan penyeliaan Penyelia berperanan sebagai agen sosialisasi dan perubahan dalam diri guru pelatih yang sedang menjalani program latihan mengajar. Melalui bimbingan yang diberikan, perubahan yang diharapkan terutamanya dalam aspek mutu penyampaian pengajaran dan juga pembentukan sikap profesionalisme dikalangan guru pelatih. Peranan seorang penyelia merangkumi sebagai pembantu, penunjuk cara, orang kepercayaan dan penyelesai masalah yang bergantung kepada bagaimana proses penyeliaan dilaksanakan. Memandangkan kepelbagaian peranan yang perlu dimainkan oleh seorang penyelia maka mereka perlu lebih peka dalam memberikan bimbingan yang berkesan. Konsep penyeliaan yang dipraktikkan dalam Program Latihan Mengajar di UTM ialah penyeliaan bersekutu yang mana seorang guru pelatih akan diselia dan dibimbing oleh dua pihak iaitu guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Persoalan yang timbul ialah adakah proses penilaian dari pensyarah dan guru pembimbing adalah selaras sepanjang Program Latihan Mengajar berlangsung. Perkara ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya memandangkan pensyarah dan guru pembimbing merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencapai matlamat latihan mengajar. Guru pelatih yang masih mentah memerlukan acuan yang terbaik daripada pensyarah dan guru pembimbing untuk membantu dalam membentuk personaliti unggul yang perlu ada pada seorang guru. ii) Penilaian Gred Pensyarah dan guru pembimbing juga berperanan dalam memberi penilaian dan gred kepada guru pelatih. Penilaian yang dilakukan ke atas guru pelatih ini mengambil kira empat domain utama iaitu persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta refleksi kendiri. Penilaian yang dilakukan oleh penyelia adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah digariskan. Walaupun begitu, masih berlaku ketidakselarasan dalam proses penyeliaan. Hal ini berlaku kerana para pensyarah dan guru pembimbing mempunyai latarbelakang, kemahuan dan pandangan yang berbeza. Hal ini akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pemarkahan yang akan diberikan kepada guru pelatih. Oleh itu, proses penilaian perlu diselaraskan agar tidak berlaku jurang besar dalam gred yang diberikan. 2

2.0 Kajian Literatur Bagi semua institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita yang menawarkan kursus perguruan, elemen latihan menjadi elemen wajib bagi semua mahasiswa terbabit. Mereka semua perlu menjalani Program Latihan Mengajar yang menjadi satu peluang terbaik kepada mereka untuk merasai sendiri pengalaman sebenar mengajar di persekitaran sekolah yang sebenar. Semasa menjalani program inilah mereka akan mempraktikkan segala pengetahuan, kemahiran dan teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari semasa waktu pengkuliahan. Mereka juga mendapat pengalaman untuk menguruskan bilik darjah dan segala tanggungjawab yang diamanahkan semasa bergelar guru praktikal secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru pelatih (Nomahajazrin Suria, 2006). Kepentingan menjalani Program Latihan Mengajar bagi seseorang guru pelatih ialah guru pelatih dapat menunjukkan dan mengamalkan segala tingkahlaku-tingkahlaku yang diinginkan untuk mengajar secara efektif dengan pemilihan dan penggunaan keadah pengajaran yang difikirkan sesuai. Pengalaman yang ditimba oleh guru pelatih semasa menjalani program ini menjadi batu asas yang akan dijadikan panduan semasa mereka menceburi dunia perguruan yang sebenar kelak. Dalam tempoh latihan ini juga, guru pelatih akan diselia dan dinilai oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dan proses penyeliaan dan penilaian ini membolehkan guru pelatih untuk mendapatkan tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, serta teguran supaya mereka mendapat gambaran yang jelas untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan (Azhar, 2008). Melalui Program Latihan Mengajar, guru pelatih diberi peluang untuk mengguna atau mempraktikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam suasana bilik darjah sebenar. Dalam konteks ini, guru pelatih dianggap sebagai aperentis yang menjalani latihan di bawah kawalan dan bimbingan guru terlatih yang mahir dan berpengalaman dalam jangka masa tertentu (Abu Hassan b. Kassim & Meor Ibrahim b. Kamaruddin, 1995). Semasa menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh, bersikap profesional semasa mengaplikasi dan mempraktikkan teori-teori dalam pengajaran mereka (Zainah, 2003). Menurut Ibrahim Mamat (2001) pula guru yang profesional mempunyai kemahiran dalam hal-hal keguruan, menguasai teori dan mempraktikkannya dalam pengajaran. Konsep penyeliaan guru pelatih yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia ialah penyeliaan bersekutu yang melibatkan dua pihak iaitu pensyarah dan guru pembimbing. Guru pembimbing adalah guru terlatih yang dilantik oleh pengetua sekolah untuk membimbing guru pelatih di sekolah semasa Program Latihan Mengajar dijalankan. Guru pembimbing ini bergabung tenaga dengan pensyarah pembimbing dan mereka mempunyai kemahiran dalam dua bidang iaitu pedagogi dan pengkhususan (Thayalan, 2002). Menurut Normahajazrin Suria (2006), antara elemen yang penting dalam Program Latihan Mengajar ialah penyeliaan penyelia kepada guru pelatih. Penyeliaan pengajaran ini merupakan satu tindakan dan perlakuan terancang yang dilaksanakan untuk mempengaruhi tingkahlaku dan proses perjalanan pengajaran seseorang guru. Tujuan ianya dilakukan ialah untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawabnya mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini bagi mengesan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan guru itu sekaligus memperbaiki mutu pengajarannya. Antara peranan penyeliaan adalah memastikan guru pelatih memperoleh segala kemahiran asas yang berkaitan dengan pengajaran yang diperlukan oleh seseorang guru disekolah untuk mengajar, meningkatkan lagi kemahiran pengajaran dan profesionalisme guru, menggilap sifat-sifat dan tingkahlaku guru pelatih supaya menjadi guru yang berwibawa, memberi 3

maklumbalas yang objektif kepada guru tentang tahap pencapaian pengajaran yang terkini, mendiagnosa dan menyelesaikan masalah pengajaran, membantu guru pelatih membentuk kemahiran menggunakan strategi pengajaran, membantu guru dalam membentuk sikap dan sifat terhadap pembangunan profesionalisme yang berterusan dan meningkatkan serta mengekalkan motivasi guru (Thayalan, 2002). Menurut kajian yang dilakukan oleh Hamidah (2002), guru pembimbing dan pensyarah pembimbing merupakan dua golongan yang rapat dengan guru pelatih semasa Program Latihan Mengajar yang mempunyai peranan dalam membantu perkembangan guru pelatih sepanjang proses latihan. Hal ini disebabkan guru pembimbing dapat melakukan pemerhatian kepada guru pelatih kerana mereka berada pada sekolah yang sama dan guru pembimbing lebih arif tentang persekitaran sebenar sekolah dan memahami perihal pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Falsafah disebalik proses penyeliaan ialah membina hubungan dan jalinan sosial yang menghubungkan beberapa pihak yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks Program Latihan Mengajar, proses penyeliaan melibatkan kerjasam antara pensyarah UTM dan guru pembimbing di sekolah yang memberikan bantuan dan khidmat perundingan kepada guru pelatih dengan menyediakan suasana dan keadaan pengajaran yang berkesan. Seseorang penyelia yang dilantik itu berperanan dalam mengajar guru cara untuk mengajar dan mengajar kepimpinan profesional dalam membentuk corak pendidikan khususnya kurikulum pengajaran (Ibrahim Mamat, 2001). Menurut Normahajazrin Suria (2006), peranan guru pembimbing merangkumi aspek yang luas. Tugasnya bukan sahaja memberi panduan kepada guru pelatih dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, malahan mendidik dan membantu guru pelatih dalam usaha menjadi seorang guru yang profesional memandangkan kualiti dan kecemerlangan seseorang guru itu berkaitrapat dengan tahap profesionalisme yang dipamerkan semasa menjalankan tugas. Tugas guru pembimbing menurut Hazil et. al, (1995) pula ialah mendengar pandangan guru pelatih dan disusuli dengan memberikan sokongan, membantu guru pelatih untuk menganalisa pengajaran guru pelatih dengan cara berbincang dan mengajukan persoalan yang spesifik untuk memastikan pemikiran guru pelatih ini sentiasa fokus serta membantu guru pelatih dalam meningkatkan kaedah pengajaran mereka. Guru pembimbing dan pensyarah pembimbing juga perlu menitikberatkan aspek perkembangan guru pelatih dalam menyelesaikan isu-isu pedagogi dalam keadaan yang tenang dan bebas semasa melakukan proses penyeliaan. Bukan sahaja elemen-elemen praktikal didalam bilik darjah seperti kaedah dan teknik pengajaran yang hanya diberi perhatian tetapi juga teori-teori pengajaran disebalik aktiviti-aktiviti pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih perlu diambil kira (Fauziah, 2002). 3.0 Penyataan Masalah Penyeliaan yang diakukan oleh panel penilai ke atas guru-guru pelatih semasa Program Latihan Mengajar merupakan elemen yang penting bagi menentukan matlamat dalam melahirkan bakal guru-guru terlatih yang berkaliber dan mempunyai sahsiah yang dinamik. Fungsi dan peranan pensyarah pembimbing contohnya sudahpun dirangka dengan jelas seperti yang terdapat di dalam panduan latihan praktik yang telah disediakan oleh Jabatan Latihan Praktik Universiti Teknologi Malaysia. Persoalannya adakah fungsi dan peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing ini dilaksanakan dan adakah penilaian yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing kepada guruguru pelatih di bawah seliaan mereka mencapai standard yang ditetapkan? 4

4.0 Persoalan Kajian Persoalan kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut: i) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing kepada guru pelatih daripada aspek perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran serta personaliti dan profesionalisme? ii) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan. iii) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian pensyarah pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan? iv) Adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan? 5.0 Prosedur Kajian Kajian ini adalah kajian berbentuk diskritif dan dijalankan semasa para guru pelatih menjalankan latihan mengajar dalam tempoh 13 minggu di sekolah dalam negeri Johor. Para guru pelatih dikehendaki menjalani rancangan orentasi sekolah pada minggu pertama selepas melaporkan diri di sekolah mereka ditempatkan. Para pensyarah dan guru pembimbing akan menjalankan tanggungjawab membimbing dan menilai kompetensi guru pelatih antara minggu ke dua hingga minggu ke tiga belas. Dalam tempoh ini pensyarah pembimbing dikehendaki menilai kompetensi guru pelatih sekurang-kurangnya dua kali, manakala guru pembimbing melakukan penilaian sebanyak enam kali. Borang skor penilaian latihan mengajar diguna dan merupakan instrumen kajian bagi mengumpul data dan maklumat berkaitan. Data-data yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Latihan Mengajar (SMLM) secara atas talian. Pengkaji mendapatkan maklumat skor penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui laman web http://www.fp.utm/lm2010 setelah mendapat kebenaran daripada pengurus latihan praktik Fakulti Pendidikan. Setelah itu, data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah perisian komputer Statistical Packages for Social Science (SPSS) verion 16.0. Pemilihan jenis rekabentuk kajian deskriptif dan inferensi dipilih kerana penyelidikan deskriptif dapat menghuraikan sesuatu keadaan, fenomena, situasi serta kekangan yang berlaku secara bermakna. Statistik inferensi pula merupakan teknik menganalisis data dan membuat inferen kepada parameter yang terlibat untuk menentukan bagaimana daripada bilangan data sedikit yang diperoleh daripada sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi yang besar (Gay et. al, 2009). Dalam kajian ini pula, parameter yang ingin dikaji merangkumi tiga aspek penyeliaan terhadap guru pelatih iaitu aspek persediaan mengajar, penyampaian pengajaran, serta personaliti dan profesionalisme. 6.0 Responden Kajian Kajian ini secara umumnya melibatkan dua pihak utama iaitu 76 orang pensyarah pembimbing dan 236 orang guru pembimbing yang menyelia 236 orang guru pelatih 5

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor yang sedang menjalani Program Latihan Mengajar bagi sesi 2010/2011. Taburan lokasi pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di enam buah daerah di negeri Johor seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Taburan pensyarah dan guru pembimbing mengikut daerah Bil Daerah Bilangan Pensyarah Pembimbing Bilangan Guru Pembimbing 1 Kluang 7 24 2 Kulai 13 32 3 Pontian 8 25 4 Muar 14 52 5 Batu Pahat 10 40 6 Johor Bahru 26 63 Keberkesanan proses bimbingan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pensyarah dan guru pembimbing merupakan kayu ukur kejayaan Program Latihan Mengajar yang merupakan platform bagi menilai sejauhmanakah guru-guru pelatih ini mempraktikkan segala ilmu pedagogi, psikologi dan pengetahuan lain yang berkaitan dengan kaedah, teknik serta model pengajaran yang efektif. Di sebabkan ini, pemilihan responden dalam kajian ini bersesuaian dengan objektif kajian iaitu menilai dan membandingkan tahap penyeliaan bersekutu terhadap guru pelatih. Di sinilah dapat dilihat sejauhmana proses penyeliaan telah mencapai standard yang ditetapkan. 7.0 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang skor penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Kedua-dua borang ini mempunyai format dan kandungan yang sama. Terdapat enam bahagian di dalam borang skor ini iaitu bahagian pertama diisikan nama guru pelatih, kelas yang diajar, masa, tarikh dan penyeliaan kali ke berapa. Bahagian kedua hingga kelima pula ialah ruangan skor dan ulasan bagi aspek penilaian iaitu aspek persediaan mengajar, penyampaian pengajaran, serta personaliti dan profesionalisme seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2. Akhir sekali, di bahagian keenam diisi jumlah skor, nama dan tandatangan pensyarah. Bagi aspek persediaan mengajar, elemen yang dinilai ialah objektif pengajaran, isi kandungan, strategi dan bahan bantu mengajar. Bagi aspek penyampaian pula, guru pelatih dinilai dari segi set induksi, kemahiran komunikasi, strategi, penggunaan bahan bantu mengajar, interaksi guru dan pelajar, perkembangan konsep, pengurusan masa, kawalan bilik darjah dan penutup. Selain itu, personaliti dan profesionalisme guru pelatih juga dinilai berdasarkan kematangan dan keyakinan, tahap profesionalisme dan penampilan diri. 6

Jadual 2 : Elemen-elemen kompetensi dan skor bagi setiap aspek Aspek yang dinilai Skor ( % ) Persediaan Mengajar Objektif pengajaran 10 Isi pengajaran 10 Strategi 10 Bahan bantu mengajar 5 Penyampaian Pengajaran Pengenalan 5 Komunikasi 5 Strategi 5 Penggunaan bahan bantu mengajar 5 Interaksi guru-pelajar 5 Perkembangan konsep dan penilaian 5 Pengurusan masa 5 Kawalan Kelas/Bengkel/Makmal 5 Penutup 5 Personaliti dan Kematangan dan keyakinan 5 Profesionalisme Profesionalisme 5 Personaliti 5 8.0 Analisis Data Data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan mencari min dan statistik inferensi dengan menggunakan ujian hipotesis. Bagi menguji kesahan item di dalam borang skor penilaian yang digunakan sebagai instrumen kajian, pengujian item telah dilakukan dengan memilih data penilaian bagi 20 orang guru pelatih yang dipilih secara rawak. Hasil pengujian memberikan nilai croanbach alpha = 0.910. Ujian hipotesis dijalankan bagi melihat jika terdapat perbezaan signifikan pada penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, dan menguji kewujudan perbezaan signifikan penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing ke atas guru pelatih daripada Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan pada aspek persediaan mengajar, penyampaian pengajaran serta personaliti dan profesionalisme. 7

9.0 Hasil Dapatan Kajian i) Perbandingan penilaian pensyarah dengan guru pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih Persoalan pokok dalam kajian ini ialah untuk menunjukkan, adakah terdapat perbezaan signifikan penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing bagi semua aspek penilaian kompetensi guru pelatih (Jadual 3). Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan skor penilaian antara pensyarah dengan guru pembimbing (Jadual 4). Perbezaan signifikan ini menunjukkan berlakunya ketidakselarasan dalam proses penilaian bagi mengukur standard dan kualiti yang ditetapkan. Jadual 3: Penilaian pensyarah dan guru pembimbing terhadap kompetensi guru pelatih Aspek Penilaian Min pensyarah Min guru p Ujian hipotesis Persediaan Mengajar 3.9513 4.2415 0.000 Diterima Penyampaian Pengajaran 3.7910 3.9906 0.000 Diterima Personaliti & Profesionalisme 4.1441 4.4068 0.000 Diterima Aras signifikan: p < 0.05 Jadual 4: Analisis Ujian t ke atas skor penilaian pensyarah dan guru pembimbing min nilai p Ujian hipotesis Pensyarah Pembimbing 3.7771 0.000 Diterima Guru Pembimbing 4.0059 0.000 Diterima Aras signifikan: p < 0.05 ii) Perbandingan skor penilaian kompetensi guru pelatih merentasi kumpulan guru pelatih Analisis yang dilakukan ke atas data-data skor penilaian terhadap guru pelatih antara kumpulan guru pelatih menunjukkan terdapat perbezaan signifikan sama ada berdasarkan penilaian pensyarah dan guru pembimbing. Berdasarkan Jadual 5, terdapat perbezaan signifikan bagi penilaian pensyarah pembimbing terhadap pelajar JPSM dan JPSS serta JPSM dan JPTK. Dapatan ini menunjukkan bahawa nilai skor yang diberikan kepada dua kumpulan guru pelatih ini mempunyai taburan yang jauh. Nilai min yang diberikan adalah lebih rendah kepada guru pelatih JPSM. Hal ini menunjukkan bahawa guru pelatih daripada JPSM hanya mendapat skor yang sederhana dalam ketiga-tiga aspek penilaian pensyarah pembimbing. Manakala Jadual 6 pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi penilaian guru pembimbing terhadap[ pelajar JPSM dan JPTK serta JPSS dan JPTK. Dapatan ini menunjukkan bahawa nilai skor yang diberikan kepada dua kumpulan guru pelatih ini mempunyai taburan yang jauh. Nilai min yang diberikan adalah lebih rendah kepada guru pelatih JPSM dan JPSS. Hal ini 8

menunjukkan bahawa guru pelatih daripada JPSM dan JPSS hanya mendapat skor yang sederhana dalam ketiga-tiga aspek penilaian guru pembimbing. Jadual 5 : Analisis ujian-t bagi penilaian pensyarah pembimbing ke atas kumpulan guru pelatih Guru Pelatih min nilai p Ujian Hipotesis JPSM 3.8019 0.027 Ditolak Penilaian JPSS 3.9411 Pensyarah JPSM 3.8019 0.030 Ditolak Pembimbing JPTK 3.9157 JPSS 3.9411 0.688 Diterima JPTK 3.9157 Aras signifikan: p < 0.05 Jadual 6 : Analisis ujian-t bagi penilaian guru pembimbing ke atas kumpulan guru pelatih Guru Pelatih min nilai p Ujian Hipotesis JPSM 3.9977 0.059 Diterima Penilaian Guru JPSS 4.1233 Pembimbing JPSM 3.9977 0.000 Ditolak JPTK 4.1233 JPSS 4.1233 0.016 Ditolak JPTK 4.1233 Aras signifikan: p < 0.05 10.0 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara penilaian pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada aspek persediaan mengajar, penyampaian pengajaran, personaliti dan profesionalisme serta skor penilaian keseluruhan. Antara faktor berlakunya ketidakselarasan penyeliaan adalah disebabkan cara dan gaya penyeliaan yang kurang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh Thayalan (2002), menyatakan bahawa guru pembimbing sentiasa memberikan ulasan yang baik kepada guru pelatih. Antaranya memberikan peneguhan positif yang konsisten dan mempunyai gaya pengajaran yang baik. Ulasan ini ditulis di borang skor penilaian untuk dibaca dan dibincangkan bersama pelatih dala sesi refleksi. Hal ini bertentangan dengan segelintir pensyarah pembimbing yang hanya menulis ulasan di borang skor penilaian dan meninggalkan kelas sebelum sesi pengajaran ditamatkan. Borang itu hanya diletakkan didalam buku rancangan guru pelatih untuk dibaca. Malangnya, dengan cara begini guru pelatih tidak berpeluang untuk melakukan perbincangan dengan pensyarah pembimbing terutama dalam aspek-aspek yang lemah (Said, 2001). Selain daripada itu, ketidakselarasan penilaian ini disebabkan oleh latarbelakang penyelia yang berbeza. Sebagai contoh, guru pembimbing yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai latar belakang kemahiran yang sama dengan guru pelatih. Hal ini bermaksud guru pelatih daripada jurusan sains akan mendapat guru pembimbing yang mengajar sains, guru pelatih jurusan pendidikan islam akan mendapat guru pembimbing yang mengajar subjek pendidikan islam dan seterusnya. Namun begitu, pemilihan pensyarah adalah tidak semestinya mengikut jurusan guru pelatih. Sebagai contoh, terdapat pensyarah daripada 9

JPSS yang menyelia guru pelatih daripada JPSM. Hal ini sebenarnya menyukarkan guru pelatih seperti yang dinyatakan dalam kajian oleh Zainab (1998), guru pelatih merungut kerana kemahuan yang diinginkan pensyarah pembimbing tidak selari dengan apa yang dicadangkan oleh guru pembimbing. Maka disini berlakunya konflik kepakaran yang menyebabkan guru pelatih terpaksa memilih untuk mengikut apa yang dicadangkan oleh sebelah pihak sahaja. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kajian-kajian lepas yang menunjukkan kelemahan guru pelatih sains dalam aspek-aspek yang dinilai. Menurut Siew (2003) dalam kajiannya menyatakan bahawa dari segi persediaan mengajar, guru pelatih sains masih lagi kurang mahir dalam menyata dan membezakan objektif am dan objektif khusus. Tambahan lagi, guru pelatih sains ini tidak dapat menyatakan objektif pengajaran berdasarkan kemampuan pelajar. Objektif merupakan perkara asas dalam menentukan perjalanan keseluruhan proses pengajaran dan sekiranya penulisan objektif tidak dapat dilakukan dengan baik pasti akan berlaku kepincangan dalam penyampaian pengajaran. Dari aspek penyampaian pengajaran pula, kelemahan yang ada pada guru pelatih sains ialah pada aspek bahan bantu mengajar dan strategi pengajaran. Satu kajian yang dilakukan oleh Said (1996) menyatakan bahawa guru pelatih matematik menghadapi masalah dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan. Mereka tidak cukup kreatif untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat memudahkan penyampaian sesuatu konsep matematik. Selain itu juga, guru pelatih ini tidak mahir dalam menentukan mod pengajaran yang paling sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan, jelas menerangkan dapatan kajian yang menunjukkan taburan min skor penilaian guru pelatih JPSM mempunyai perbezaan signifikan dengan taburan min skor penilaian guru pelatih JPSS dan JPTK. Dapatan ini dapat dijelaskan dengan dapatan-dapatan kajian yang lepas yang dapat menjelaskan situasi taburan markah guru pelatih. Seperti dapatan penilaian pensyarah pembimbing, dapatan penilaian daripada guru pembimbing juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam taburan markah bagi pelajar JPSN. Menurut kajian yang dilakukan oleh Zainah (2003), guru pembimbing menyatakan bahawa guru pelatih sains tidak mahir dalam mengendalikan aktiviti pelajar seperti apa yang telah dirancangkan. Guru tidak dapat menyediakan satu modul pengajaran yang boleh memenuhi keperluan pelajar lemah dan yang cerdas. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang dilakukan oleh Aishah (2001) yang menyatakan guru pelatih jurusan sains sukan kurang mahir dalam melibatkan pelajar yang pasif dan pemalu untuk turut serta dalam aktiviti sukan yang dijalankan. Umum mengetahui bahawa pengajian pendidikan sains sukan yang melibatkan aktiviti di padang memerlukan penglibatan semua pelajar di dalam kelas. Justeru itu, peranan guru adalah amat penting untuk memastikan semua pelajar turut sama dalam aktiviti yang dijalankan. Aspek lain yang dikesan menjadi punca penilaian guru pembimbing adalah rendah kepada guru pelatih sains adalah disebabkan oleh guru pelatih kurang mahir dalam teknik penyoalan (Zainah, 2003). Guru tidak dapat mempelbagaikan cara mengajukan soalan kepada murid supaya proses pengajaran menjadi lebih menarik. Natijahnya, interaksi dua hala antara guru dan pelajar tidak dapat dijalin dengan baik. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing terhadap guru pelatih. Perbezaan ini menunjukkan proses penilaian oleh pensyarah pembimbing dan penyelia pembimbing masih lagi tidak mencapai standard dan piawaian optimum yang ditetapkan. Pensyarah pembimbing dan 10

guru pembimbing memainkan peranan yang besar dan penting dalam memberikan bimbingan yang berkesan kepada guru-guru pelatih. Bimbingan ini merangkumi aspek penyampaian pengajaran, pengawalan bilik darjah dan juga kemahiran dalam pembinaan rangkaian sosial. Kepentingan penyeliaan dan bimbingan ini bagi menjamin bakal-bakal guru yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran yang seharusnya ada dalam diri seorang guru. Oleh itu, bagi meminimumkan ketidakselarasan dalam proses penilaian, alternatifalternatif yang sesuai perlu segera dipertimbangkan terutamanya mengkaji dan menilai semula instrumen penilaian, konsep penyeliaan bersekutu dan sistem pengendalian program latihan praktikal itu sendiri. 11.0 Rujukan Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz, Abdul Ghafar dan Mohammad Haron (1992). Panduan Latihan Mengajar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Hassan Kassim & Meor Ibrahim (1995). Penyelia & Penyeliaan Guru PelatihPerancangan & Penyampaian Pengajaran. Kertas Kerja Bengkel Penyelarasan Penyeliaan Latihan Mengajar bagi Penyelia Bersekutu MRSM/UTM. Universiti Teknologi Malaysia. Che Mohd Norazizul Bin Che Nudin (2007). Penyeliaan Pensyarah Terhadap Pengajaran Guru-Guru Pelatih Sewaktu Latihan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. New Jersey: Pearson Education, Inc. Hamidah Mohamad Yunus (2002). Masalah-masalah yang Dihadapi dalam Menyediakan Persediaan Mengajar di kalangan Guru Pelatih Pendidikan Teknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Hazel, H. Katherine, B. & Donald (1995). The School Mentor Handbook. Kogan Page Limited, London. Ibrahim Mamat (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu & Cabaran Kepimpinan. Edisi Kedua. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj Husin (1998). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya, Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Kamus Dewan (2002). Edisi Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Menghayati Kurikulum Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Normahajazarin Suria Binti Jamuri (2006). Tinjauan Maklum Balas Daripada guru Pelatih UTM Mengenai Keberkesanan Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Said Zulkifli (2001). Seliaan Dan Bimbingan Pensyarah Dan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siew Haw Siang (2003). Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknikal Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/ Kemahiran Hidup) Perdana dalam Pengaruh Faktor Asas Terhadap Pencapaian Latihan Mengajar II Sesi 2001/2002. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Thayalan A/L Supramani (2002). Persepsi Guru-Guru Pelatih UTM Terhadap Peranan Penyeliaan Penyelia Bersekutu di Sekolah Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. 11

Zainah Mahmud (2003). Penilaian Penyelia Latihan Praktik Terhadap Kemahiran Asas Mengajar Pelajar Tahun 4SPI dalam Latihan Praktikal. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. 12