GARIS PANDUAN PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN (NADOPOD)

Μέγεθος: px
Εμφάνιση ξεκινά από τη σελίδα:

Download "GARIS PANDUAN PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN (NADOPOD)"

Transcript

1 UTHM/OSHE/GP.013 GARIS PANDUAN PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN (NADOPOD) 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti diperingkat induk atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) berhubung Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (NADOPOD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Garis panduan ini digunapakai semasa membuat siasatan dan menyediakan laporan aduan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (NADOPOD) oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 3.0 RUJUKAN 3.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaaan) yang diwartakan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Garis Panduan Pemberitahuan Kemalangan, Kejadiaan Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan DEFINISI / TAKRIFAN PTj OSHE NADOPOD SLO Kemalangan Pusat Tanggungjawab. Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kemalangan Nyaris, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan. Safety Liason Officer. Seorang yang dilantik oleh Ketua Pusat Tanggungjawab sebagai penyelaras berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di setiap PTj masing-masing. Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut 1

2 Kecederaan Maut Kecederaan Tidak Maut Kejadian Berbahaya Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan JKKP PTj Kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau kematian dalam tempoh satu tahun tarikh kemalangan Kecederaan yang menghalang seorang pekerja daripada melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada ketidakupayaan untuk bekerja secara kekal atau sementara, atau Kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan. Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam Lampiran 1. Keracunan atau penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam Lampiran 2. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Pusat Tanggungjawab 5.0 PENGURUSAN NADOPOD 5.1 Semua kakitangan, kontraktor, pelajar serta pelawat bertanggungjawab melaporkan sebarang Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan yang berlaku di UTHM kepada pihak PTj pada kadar segera. 5.2 Pihak PTj hendaklah menyediakan saluran komunikasi yang bersesuaian untuk membolehkan mana-mana pekerja membuat aduan berkaitan NADOPOD. 5.3 Pihak PTj melalui SLO hendaklah memulakan siasatan terhadap aduan berkaitan NADOPOD yang diterima atau diketahui. 5.4 Kawasan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya hendaklah tidak diganggu sehingga siasatan selesai dilakukan kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan bantuan. 5.5 Siasatan hendaklah dilakukan untuk mengumpulkan semua maklumat dan fakta melalui kaedah-kaedah yang berikut: a. Mendapatkan keterangan; b. Menemubual dan merekod kenyataan atau percakapan daripada mangsa/saksi/ Ketua Jabatan/ Ketua Unit atau mereka yang berkenaan; c. Menyiasat di tempat kejadian/kemalangan; d. Mengambil gambar-gambar foto/video; dan e. Mengumpul dokumen-dokumen, bahan-bahan bukti dan seumpamanya. 5.6 Laporan siasatan yang disediakan hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut: a. Maklumat Kejadian (maklumat mangsa, maklumat saksi, tarikh dan masa kejadian, makumat berkaitan kecederaan mangsa atau kerosakan yang dialami); 2

3 b. Kronologi dan punca kejadian; c. Langkah penambahbaikan; dan d. Pengesahan dan ulasan Ketua PTj. 5.7 Laporan siasatan perlu dimajukan kepada Bahagian OSHE untuk tindakan lanjut dan pengemaskinian rekod. 5.8 Laporan siasatan hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat JKKP PTj untuk tindakan atau makluman ahli mesyuarat. 5.9 Bagi kemalangan yang menyebabkan Kecederaan Maut, Kecederaan Tidak Maut yang menyebabkan tidak dapat bekerja lebih dari 4 hari, Kejadian Berbahaya seperti di Lampiran 1 dan Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan seperti di Lampiran 2 hendaklah dilaporkan kepada Bahagian OSHE pada kadar segera. 3

4 Lampiran 1 KEJADIAN BERBAHAYA KERUNTUHAN PERANCAH 1. Keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-mana perancah yang tingginya lebih daripada 5 meter yang mengakibatkan sebahagian besar daripada perancah jatuh atau terbalik. KERUNTUHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR 2. Di mana-mana bangunan atau struktur yang dalam pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau perobohan, keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada manamana bahagian bangunan atau struktur itu, atau daripada mana-mana topang sementara, kecuali jika cara dan takat keruntuhan atau keruntuhan sebahagian disengajakan. LITAR PINTAS ELEKTRIK 3. Litar pintas atau beban lampau elektrik yang disertai api atau letupan yang mengakibatkan pemberhentian loji yang terlibat selama lebih daripada 24 jam dan yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang. PELEPASAN BAHAN 4. Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal apa-apa bahan atau agen dalam hal keadaan yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius kepada mana-mana orang. LETUPAN, KEBAKARAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR 5. Letupan, kebakaran atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan mana-mana tempat kerja atau loji yang terdapat di dalam tempat kerja itu. 6. Apa-apa letupan atau kebakaran yang berlaku di mana-mana tempat kerja yang berpunca daripada penyalaan bahan terproses, barangan sampingan atau barangan siapnya yang mengakibatkan pemberhentian atau penggantungan kerja biasa di tempat itu selama lebih daripada 24 jam. 7. Peletusan bekas yang berputar, roda, batu pengasah atau roda pengasah yang digerakkan oleh kuasa mekanik. 8. Peletusan, peletupan atau keruntuhan talian paip atau mana-mana bahagiannya; atau penyalaan apaapa benda di dalam talian paip, atau apa-apa benda yang sebaik sebelum ia dinyalakan, berada di dalam talian paip. 9. Peletupan, keruntuhan, peletusan atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan apa-apa vesel tertutup termasuklah dandang stim atau vesel tekanan tidak berapi; kehilangan air, peleburan palam boleh lakur dan peletusan tiub. 10. Kebakaran atau letupan di dalam sesuatu gudang atau kawasan penyimpanan di mana bahan berbahaya disimpan. JENTERA PENGANGKAT DSB 11. Keruntuhan, keterbalikan atau kegagalan apa-apa beban yang menahan sebahagian daripada manamana kren, derik, win pesawat angkat, kerangka cerucuk, lif, pengorek atau perkakas lain yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan orang atau barang atau mana-mana bahagiannya. 4

5 Lampiran 2 KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN 1. KERACUNAN (a) Monomer Akrilamida (b) Alkohol (c) Antimoni (d) Arsenik (e) Benzena atau homolog (f) Berilium atau salah satu daripada sebatiannya (g) Kadmium (h) Karbon disulfida (i) Gas karbon monoksida (j) Gas karbon dioksida (k) Kromium (l) Dietilena dioksida (dioksana) (m) Etilena oksida (n) Fluorin (o) Gas hidrogen sianida atau gas hidrogen sulfida (p) Plumbum atau sebatian plumbum (q) Mangan atau sebatiannya (r) Raksa atau salah satu daripada sebatiannya (s) Metil bromida (t) Nitroklorobenzena, atau terbitan nitro, amino atau kloro daripada benzena atau homolog benzena (u) Nikel (v) Wasap nitrus (w) Organoklorin, organofosfat, karbamat, nitrofenol, pentaklorofenol, dimetilditiokarbamat atau sebatian klorofenoksi dan dipiridil (x) Fosforus (y) Kayu Rengas (z) Terbitan halogen daripada hidrokarbon alifatik atau aromatik 2. JANGKITAN (a) Antraks (Pekerjaan yang melibatkan pengendalian benang bulu, rambut, bulu kejur, belulang atau kulit atau hasil-hasil atau baki-baki lain daripada binatang, atau hubungan dengan binatang-binatang yang dijangkiti antraks. (b) Glanders (Pekerjaan yang melibatkan hubungan dengan binatang jenis kuda atau bangkainya). (c) Leptospirosis (Pekerjaan yang melibatkan kerja di tempat-tempat yang banyak tikus atau roden yang lain dan apa-apa pekerjaan yang melibatkan penjagaan atau pengendalian anjing-anjing, lembu kerbau, babi dan kuda atau mana-mana binatang lain yang telah dijangkiti penyakit). (d) Tuberkulosis atau kusta (e)hepatitis virus (f) Apa-apa penyakit yang disebabkan oleh patogen (g) Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS) 3. PENYAKIT KULIT (a) Akne (Kerja yang melibatkan pendedahan kepada minyak mineral, tar, gegala atau arsenic). (b) Keulseran pada permukaan kornea mata (Kerja yang melibatkan pengendalian, atau pendedahan kepada tar, gegala, sekam padi, bitumen, minyak mineral (termasuk parafin), jelaga, habuk organik atau apa-apa baki mana-mana bahan ini. (c) Ketumbuhan baru setempat pada kulit, papiloma atau keratitis. 5

6 (d) Barah epitelium atau ulser pada kulit disebabkan, dalam apa-apa hal, oleh tar, gegala, sekam padi, bitumen, minyak mineral (termasuk parafin), jelaga atau apa-apa sebatian, hasil atau baki mana-mana bahan ini. (e) Folikulitis (Kerja yang melibatkan pendedahan kepada minyak mineral, tar, gegala atau arsenik). (f) Barah kulit (Kerja yang melibatkan pendedahan kepada minyak mineral, tar, gegala atau arsenik). (g) Keulseran krom (Kerja yang melibatkan penggunaan atau pengendalian asid kromik, kromat atau bikromat ammonia, kalium, zink atau natrium, atau apa-apa persediaan atau larutan yang mengandungi mana-mana bahan ini). (h) Radang, keulseran atau penyakit malignan pada kulit atau tisu subkulitan tulang atau leukemia, atau anemia jenis aplasia akibat sinaran X, zarah mengion, radium atau bahan radioaktif lain atau bentuk tenaga sinaran lain. (i) Selulitis subkulitan atau bursitis akut yang terjadi pada sekitar lutut. (Kerja yang melibatkan kerja kasar yang menyebabkan geseran atau tekanan kuat atau lama pada atau di sekitar lutut. (j) Selulitis subkulitan pada tangan. (Kerja yang melibatkan kerja kasar yang menyebabkan geseran atau tekanan kuat atau lama pada tangan). (k) Selulitis subkulitan atau bursitis akut yang terjadi pada atau di sekitar siku. (Kerja yang melibatkan kerja kasar yang menyebabkan geseran atau tekanan kuat atau lama pada siku). (l) Dermatitis pekerjaan (Kerja yang melibatkan pengendalian minyak mineral, asid, alkali, habuk atau apaapa agen luaran lain yang boleh mengganggu kulit). (m)penyakit kulit yang disebabkan oleh kayu Rengas. (Pengerjaan kayu Rengas atau apa-apa proses dalam atau bersampingan dengan pengilangan barang-barang daripadanya. 3. PENYAKIT PARU-PARU (a) Barah paru-paru atau mesotelioma. (b) Penyakit bronko pulmonari (c) Kerengsaan pulmonari (d)asma pekerjaan yang disebabkan oleh pemeka atau perengsa (e) Pneumokoniosis (silikosis, asbestosis, antrakosilikosis, stanosis, siderosis atau siderosilikosis) (f) Alveolitis ekstrinsik (penyakit paru-paru petani) (g) Bisinosis (h) Barah bronkus atau paru-paru (i) Penyakit fibrotik 4. KEADAAN LAIN (a) Barah (Barah yang disebabkan oleh 4-aminobifenil, Arsenik,Benzena, Benzidina, Bis-kloro metil eter, Kromium, Hematit, Gas mustard, β-naftilamina, Nikel, Jelaga, tar dan minyak, Vinil klorida, Hidrokarbon aromatik polisiklik berbentuk, Akrilonitril, 1,2-dibromoetana (etilena dibromida), Habuk kayu, Benz-opirena atau Formaldehid) (b) Katarak sinaran haba (c) Kejang haba atau strok haba (d)radang salutan sendi pergelangan tangan dan sarung tendon (e)kejang tangan atau lengan bawah akibat pergerakan berulang (f) Penyakit udara mampat atau susulannya (g) Kerosakan pendengaran disebabkan kebisingan (h)penyakit disebabkan getaran (masalah otot, tendon, tulang, kepada getaran. sendi, saluran darah atau saraf) 6

PSP-DKKP-02 DOKUMEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, PSP (PELAN TINDAKAN KECEMASAN) POLITEKNIK SEBERANG PERAI

PSP-DKKP-02 DOKUMEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, PSP (PELAN TINDAKAN KECEMASAN) POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini sebagai garis panduan bagi seseorang pegawai keselamatan kesihatan pekerjaan/pekerja/pegawai yang terlibat/mengambil respon/ tindakan/ persediaan terhadap situasi kecemasan apabila

Διαβάστε περισσότερα

PROSEDUR PEMBERITAHUAN KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN SERTA PENYIASATAN

PROSEDUR PEMBERITAHUAN KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN SERTA PENYIASATAN PROSEDUR PEMBERITAHUAN KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN SERTA PENYIASATAN Tarikh Kelulusan : Mesyuarat Ke-4 JKKPU 16 Oktober 1998 Tarikh Kemaskini : Mesyuarat

Διαβάστε περισσότερα

Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A

Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A M A L A Y S I A Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 54 No. 3 15hb Februari 2010 TAMBAHAN No. 14 PERUNDANGAN

Διαβάστε περισσότερα

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat: SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju

Διαβάστε περισσότερα

HURAIAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

HURAIAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) HURAIAN CADANAN INDAAN/TAMAHAN DOKUMEN (CD) Mencadangkan orang ermohonan Cadangan/Tambahan Dokumen (CD) untuk mendapatkan kelulusan pada Mesyuarat engurusan Khas CADe ke-57 (il.3/2012) pada 21 Mac 2012

Διαβάστε περισσότερα

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

2 m. Air. 5 m. Rajah S1 FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam

Διαβάστε περισσότερα

Bab 1 Mekanik Struktur

Bab 1 Mekanik Struktur Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N

Διαβάστε περισσότερα

PENGEMPARAN SAMPEL/SPESIMEN DARAH

PENGEMPARAN SAMPEL/SPESIMEN DARAH HUSM/TDM/QP-03 SAMPEL/SPESIMEN DARAH MAKMAL PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Disediakan oleh: DELLEMIN CHE ABDULLAH Diluluskan oleh: ABDUL HAKIM HJ. ABDULLAH Tarikh efektif:

Διαβάστε περισσότερα

http://www.dph.gov.my/ohu 01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page i 01.Layout 4/23/09 11:21 AM Page ii Cetakan Ketiga 2008 NO ISBN : 983-42556-0-8 Unit Kesihatan Pekerjaan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian

Διαβάστε περισσότερα

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi

Διαβάστε περισσότερα

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 MAKTAB RENDAH Add SAINS your company MARA BENTONG slogan Bab 1 ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 LOGO Kandungan 1 Jenis Litar Elektrik 2 Meter Pelbagai 3 Unit Kawalan Utama 4 Kuasa Elektrik 1 1.1 Jenis

Διαβάστε περισσότερα

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep-konsep asas litar elektrik, arus, voltan, rintangan, kuasa dan tenaga elektrik. Unit OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan

Διαβάστε περισσότερα

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5

Διαβάστε περισσότερα

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76 LOGO SEKOLAH Nama Sekolah UJIAN BERTULIS 2 Jam Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76 NAMA :..... ANGKA GILIRAN : TERHAD 2 BAHAGIAN A [60 markah] Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang

Διαβάστε περισσότερα

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat

Διαβάστε περισσότερα

Tegangan Permukaan. Kerja

Tegangan Permukaan. Kerja Tegangan Permukaan Kerja Cecair lebih cenderung menyesuaikan bentuknya ke arah yang luas permukaan yang minimum. Titisan cecair berbentuk sfera kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadu adalah kecil.

Διαβάστε περισσότερα

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X. BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua

Διαβάστε περισσότερα

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan

Διαβάστε περισσότερα

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi

Διαβάστε περισσότερα

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X. BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua

Διαβάστε περισσότερα

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet 1. Satu litar magnet mempunyai keengganan S = 4 x

Διαβάστε περισσότερα

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi - Pengenalan - Skop Kajian Makroekonomi - Contoh Analisis Makroekonomi - Objektif Kajian Makroekonomi - Pembolehubah Makroekonomi - Dasar

Διαβάστε περισσότερα

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???

Διαβάστε περισσότερα

PROGRAM KESELAMATAN UKM

PROGRAM KESELAMATAN UKM Program Keselamatan UKM 1 PROGRAM KESELAMATAN UKM 1.1 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertekad dan beriltizam untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat

Διαβάστε περισσότερα

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK ISI KANDUNGAN BIL 4.1 Pengenalpastian masalah. TAJUK i. Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk

Διαβάστε περισσότερα

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan

Διαβάστε περισσότερα

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA Makmal Mekanik Pepejal KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA 1.0 PENGENALAN Dalam rekabentuk sesuatu anggota struktur yang akan mengalami tegasan, pertimbangan utama ialah supaya anggota tersebut selamat dari

Διαβάστε περισσότερα

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus Multivariabel I Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH B

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH B BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: Nama produk: MAIZE STARCH B RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH B 1.2 Kegunaan relevan yang dikenal pasti bagi zat atau campuran serta kegunaan

Διαβάστε περισσότερα

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX C169 - DEXTRINE

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX C169 - DEXTRINE BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX C169 - DEXTRINE Nama produk: TACKIDEX C169 - DEXTRINE Nama kimia: Dextrin Nombor CAS: 9004-53-9 Nama INCI:

Διαβάστε περισσότερα

Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan Bersama Membangun Negara

Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan Bersama Membangun Negara Ahad. 25 Sept, 2011 Cari Help A++ A+ A English Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan Bersama Membangun Negara Laman Utama Profil Korporat Borang Perkhidmatan

Διαβάστε περισσότερα

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DISEMBER SESI 1999/2000

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DISEMBER SESI 1999/2000 SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DISEMBER SESI 1999/2000 KOD MATAPELAJARAN : SMJ 3403 NAMA MATAPELAJARAN : TERMODINAMIK

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA NEOSORB XTAB 290

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA NEOSORB XTAB 290 BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA NEOSORB XTAB 290 Nama produk: NEOSORB XTAB 290 Nama kimia: Sorbitol Nombor CAS: 50-70-4 Nama INCI: SORBITOL 1.2 Kegunaan

Διαβάστε περισσότερα

Keterusan dan Keabadian Jisim

Keterusan dan Keabadian Jisim Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep

Διαβάστε περισσότερα

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk SOALAN 1 Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk menyambungkan dua takal yang terpasang kepada dua aci selari. Garispusat takal pemacu, pada motor adalah

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH 5%

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH 5% BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA MAIZE STARCH 5% Nama produk: MAIZE STARCH 5% Nama kimia: kanji Nombor CAS: 9005-25-8 Nama INCI: 1.2 Kegunaan relevan

Διαβάστε περισσότερα

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila

Διαβάστε περισσότερα

Ciri-ciri Taburan Normal

Ciri-ciri Taburan Normal 1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA KEOFLO ADP - MODIFIED MAIZE STARCH USP

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA KEOFLO ADP - MODIFIED MAIZE STARCH USP BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA KEOFLO ADP - MODIFIED MAIZE STARCH USP Nama produk: KEOFLO ADP - MODIFIED MAIZE STARCH USP 1.2 Kegunaan relevan yang

Διαβάστε περισσότερα

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu. BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.

Διαβάστε περισσότερα

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M

Διαβάστε περισσότερα

PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000

PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000 PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM 4+000 KM 7+000 LATAR BELAKANG TUJUAN DAN BATASAN MASALAH METODOLOGI PERENCANAAN HASIL Semakin meningkatnya

Διαβάστε περισσότερα

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON Makmal Sains Bahan UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON (1) Tujuan (a) (b) Mempelajari teknik penyediaan spesimen Mempelajari metalografi keluli karbon yang telah mengalami

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX I 231

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX I 231 BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: Nama produk: TACKIDEX I 231 RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA TACKIDEX I 231 1.2 Kegunaan relevan yang dikenal pasti bagi zat atau campuran serta kegunaan

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA DEXTROSE ANHYDRE CF

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA DEXTROSE ANHYDRE CF BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA DEXTROSE ANHYDRE CF Nama produk: DEXTROSE ANHYDRE CF Nama kimia: glukosa Nombor CAS: 50-99-7 Nama INCI: GLUCOSE 1.2

Διαβάστε περισσότερα

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar untuk Fakultas Pertanian Uhaisnaini.com Contents 1 Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem koordinat adalah suatu cara/metode untuk menentukan letak suatu titik. Ada beberapa macam

Διαβάστε περισσότερα

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA STSF 1413 SAINS FIZIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER CONTOH SOALAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA STSF 1413 SAINS FIZIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER CONTOH SOALAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA STSF 1413 SAINS FIZIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER CONTOH SOALAN JAWAB SEMUA SOALAN. JAWAB DENGAN MENGHITAMKAN PADA NOMBOR DALAM BORANG, JAWAPAN

Διαβάστε περισσότερα

HELAIAN DATA KESELAMATAN mengikut Peraturan (EU) No. 1907/2006

HELAIAN DATA KESELAMATAN mengikut Peraturan (EU) No. 1907/2006 Tarikh semakan 28.04.2015 Versi 1.2 BAHAGIAN 1. Pengenalan Bahan Kimia Berbahaya Dan Pembekal 1.1 Pengenalpastian produk Nombor Pendaftaran REACH Nombor pendaftaran tidak tersedia untuk bahan ini kerana

Διαβάστε περισσότερα

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA Nama produk: NUTRALYS F85F - PEA PROTEIN

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA Nama produk: NUTRALYS F85F - PEA PROTEIN BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA NUTRALYS F85F - PEA PROTEIN Nama produk: NUTRALYS F85F - PEA PROTEIN Nama kimia: Pea, ext. Nombor CAS: 90082-41-0

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA GLUCIDEX 21

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA GLUCIDEX 21 BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA GLUCIDEX 21 Nama produk: GLUCIDEX 21 Nama kimia: Syrups, hydrolyzed starch, dehydrated Nombor CAS: 68131-37-3 Nama

Διαβάστε περισσότερα

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4-1 Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4.1 KEKUATAN STATIK Beban statik merupakan beban pegun atau momen pegun yang bertindak ke atas sesuatu objek. Sesuatu beban itu dikatakan beban statik sekiranya

Διαβάστε περισσότερα

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA SAINS DAN MATEMATIK BERSEPADU UNTUK APLIKASI

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA Nama produk: GLUCIDEX 12 - MALTO DEXTRINE

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA Nama produk: GLUCIDEX 12 - MALTO DEXTRINE BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA GLUCIDEX 12 - MALTO DEXTRINE Nama produk: GLUCIDEX 12 - MALTO DEXTRINE Nama kimia: Maltodextrin Nombor CAS: 9050-36-6

Διαβάστε περισσότερα

BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI

BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI DEFINISI KUALITI KUALITI: Merupakan sifat/ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang boleh menyumbangkan kepada kepuasan /kehendak pengguna. Menurut ANSI/ASQC- Kualiti merupakan

Διαβάστε περισσότερα

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk

Διαβάστε περισσότερα

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN

Διαβάστε περισσότερα

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA Pernyataan Masalah Sebelum/Semasa Melebihi Tempoh dan Bajet yang Ditetapkan Pembangunan

Διαβάστε περισσότερα

G-PHOSATE 41 BAHAGIAN 1 PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT

G-PHOSATE 41 BAHAGIAN 1 PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT G-PLANTER SDN BHD No. Pendaftaran : LRMP. R1/8375 BAHAGIAN 1 PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama & Alamat Pengilang : G-Planter Sdn Bhd (643873-X) B-3-30, Block Bougainvillea, 10 Boulevard,

Διαβάστε περισσότερα

BAB III PERENCANAAN DAN GAMBAR

BAB III PERENCANAAN DAN GAMBAR digilib.uns.ac.id 7 BAB III PERENCANAAN DAN GAMBAR 3.1. Skema dan Prinsip Kerja Alat Gambar 3.1. Meja kerja portabel. Prinsip kerja dari meja kerja portabel ini adalah meja kerja yang mempunyai massa yang

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA RISIMALDEX 19

RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA RISIMALDEX 19 BAHAGIAN 1 : Pengenalpastian 1.1 Pengenal pasti produk: RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA RISIMALDEX 19 Nama produk: RISIMALDEX 19 Nama kimia: Maltodextrin Nombor CAS: 9050-36-6 Nama INCI: MALTODEXTRIN 1.2

Διαβάστε περισσότερα

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2 SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 TOPIK 4.0: KERJA, TENAGA DAN KUASA Kelas: DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): Di akhir LA ini, pelajar akan boleh: 1. Menerangkan

Διαβάστε περισσότερα

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus Multivariabel I Fungsi Dua Peubah atau Lebih dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia 2015 dengan Dua Peubah Real dengan Dua Peubah Real Pada fungsi satu peubah f : D R R D adalah daerah asal (domain) suatu fungsi

Διαβάστε περισσότερα

Pengantar Proses Stokastik

Pengantar Proses Stokastik Bab 6: Rantai Markov Waktu Kontinu Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Rantai Markov Waktu Kontinu Peluang Kesetimbangan Pada bab ini, kita akan belajar mengenai rantai markov waktu kontinu yang

Διαβάστε περισσότερα

SURAT RUJUKAN LAMPIRAN ISI KANDUNGAN

SURAT RUJUKAN LAMPIRAN ISI KANDUNGAN 1 2 ISI KANDUNGAN NO PERKARA 1 PERATURAN UMUM KESELAMATAN MAKMAL 4 2 PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN PELINDUNG 5 DIRI (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT) 3 PERALATAN KECEMASAN MAKMAL 7 4 PERATURAN PENGGUNAAN

Διαβάστε περισσότερα

REKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal.

REKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal. UNIT 10 REKABENTUK LITAR HIDRAULIK OBJEKTIF Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Merekabentuk

Διαβάστε περισσότερα

A. Distribusi Gabungan

A. Distribusi Gabungan HANDOUT PERKULIAHAN Mata Kuliah Pokok Bahasan : Statistika Matematika : Distibusi Dua peubah Acak URAIAN POKOK PERKULIAHAN A. Distribusi Gabungan Definisi 1: Peubah Acak Berdimensi Dua Jika S merupakan

Διαβάστε περισσότερα

Pengantar Proses Stokastik

Pengantar Proses Stokastik Bab 6: Rantai Markov Waktu Kontinu Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Rantai Markov Waktu Kontinu Peluang Kesetimbangan Pada bab ini, kita akan belajar mengenai rantai markov waktu kontinu yang

Διαβάστε περισσότερα

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987). II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Sistem Bilangan Riil Definisi Bilangan Riil Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur panjang, bersama-sama dengan negatifnya dan nol dinamakan bilangan

Διαβάστε περισσότερα

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-

Διαβάστε περισσότερα

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN TIGA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA MUZIK TAHUN TIGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN

Διαβάστε περισσότερα

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015 Proses Pembakaran 1 Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015 Proses Pembakaran 1. Sumber Tenaga Dunia 2. Bahanapi Gas Komponen, Sifat ( SG, CV,

Διαβάστε περισσότερα

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4 Pn. Samila Mat Zali STRUKTUR KURSUS Peperiksaan Akhir : 50% Ujian teori : 10% Mini projek : 10% Amali/praktikal : 30% 100% OBJEKTIF KURSUS Mempelajari komponen-komponen utama

Διαβάστε περισσότερα

Daftar notasi. jarak s 2, mm 2. lebar dari muka tekan komponen struktur, mm.

Daftar notasi. jarak s 2, mm 2. lebar dari muka tekan komponen struktur, mm. LAMPIRAN 467 Daftar notasi E c = modulus elastisitas beton, MPa. Es = modulus elastisitas baja tulangan non-prategang, MPa. f c = kuat tekan beton yang disyaratkan pada umur 28 hari, MPa. h = tinggi total

Διαβάστε περισσότερα

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005 3472/2 Matematik Tambahan Kertas 2 September 2005 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA 3472/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005 MATEMATIK TAMBAHAN Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 3 4 7 2

Διαβάστε περισσότερα

Sebaran Peluang Gabungan

Sebaran Peluang Gabungan Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,

Διαβάστε περισσότερα

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

PENGEMBANGAN INSTRUMEN PENGEMBANGAN INSTRUMEN OLEH : IRFAN (A1CI 08 007) PEND. MATEMATIKA FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS HALUOLEO KENDARI 2012 A. Definisi Konseptual Keterampilan sosial merupakan kemampuan

Διαβάστε περισσότερα

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Injap adalah alat yang mengatur, mengarahkan atau mengawal aliran udara. Kegunaan injap adalah untuk mengendalikan sebuah proses cairan, dalam posisi terbuka cecair akan

Διαβάστε περισσότερα

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Hendra Gunawan. 16 April 2014 MA101 MATEMATIKA A Hendra Gunawan Semester II, 013/014 16 April 014 Kuliah yang Lalu 13.11 Integral Lipat Dua atas Persegi Panjang 13. Integral Berulang 13.3 33Integral Lipat Dua atas Daerah Bukan Persegi

Διαβάστε περισσότερα

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 4 AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 Sebagaimana pada 1 Oktober 2016 2 AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 Tarikh Perkenan

Διαβάστε περισσότερα

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR 1. a) Nyatakan dengan jelas Prinsip Archimedes tentang keapungan. b) Nyatakan tiga (3) syarat keseimbangan STABIL jasad terapung. c) Sebuah silinder bergaris pusat 15 cm dan tinggi 50 cm diperbuat daripada

Διαβάστε περισσότερα

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6,

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000 25 KERACUNAN RAKSA Lokman, R. * PENGENALAN Raksa merupakan elemen logam berat yang menghakis dengan nombor atom 80 dan berat melekular 200.8. Beratnya adalah

Διαβάστε περισσότερα

Lampiran A1 FORMULA BAYARAN SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI BENCANA YANG BERLAKU MULAI 1 JANUARI 2001 HINGGA 30 JUN 2015 1. HILANG UPAYA KEKAL (HUK) Tahap HUK Bayaran dan Formula Keterangan HUK sebanyak

Διαβάστε περισσότερα

RISALAH DATA KESELAMATAN

RISALAH DATA KESELAMATAN 1 PENGENALPASTIAN PRODUK DAN SYARIKAT RISALAH DATA KESELAMATAN Nama produk: Sekatan terhadap penggunaan: Racun serangga kebersihan umum Pembekal: Nama Syarikat: SUMITOMO CHEMICAL COMPANY, LIMITED Jabatan/Bahagian

Διαβάστε περισσότερα

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR TNR 1 space 1.15 LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR LAPORAN RESMI MODUL III TNR 1 Space.0 STATISTIK

Διαβάστε περισσότερα

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA KANDUNGAN TAKLIMAT A. PENGENALAN B. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN C. KUMPULANWANG DISATUKAN (KWDS) D. OPERASI PERAKAUNAN E. DASAR PERAKAUNAN F. PEGAWAI PENGAWAL G. PEGAWAI

Διαβάστε περισσότερα

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Matematika, 1999, Jilid 15, bil. 1, hlm. 37 43 c Jabatan Matematik, UTM. Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Nor Haniza Sarmin Jabatan Matematik, Fakulti

Διαβάστε περισσότερα

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007 April 2007 HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Διαβάστε περισσότερα

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN 1 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3 Mei 2013 1 ½ jam NAMA : TINGKATAN : JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN Kertas 3 Satu jam tiga puluh minit

Διαβάστε περισσότερα

HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE. Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM HRMIS BENEFITS REALISATION CAPTURE Pembentangan KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SMPC DAN SMPT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM 1 Tujuan 1 Membentang Hasil Kajian Keberkesanan SMPC & SMPT dalam

Διαβάστε περισσότερα

Bab 2. Loji Kuasa Stim

Bab 2. Loji Kuasa Stim Bab Loji Kuaa Stim tujuan - penjanaan tenaga elektrik bendalir kerja iala air baan api arang batu, ga ali, minyak komponen utama dandang, turbin, pemeluwap, pam air uapan. Pretai Loji Penggunaan tim tentu

Διαβάστε περισσότερα

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia. Mekanik Bendalir I KERJA RUMAH. Sem II Sesi 2003/04

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia. Mekanik Bendalir I KERJA RUMAH. Sem II Sesi 2003/04 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Mekanik Bendalir I KERJA RUMAH Sem II Sesi 2003/04 Pensyarah: Mohd. Zubil Bahak mzubil@fkm.utm.my ext 34737 Arahan: Pelajar diwajibkan menghantar

Διαβάστε περισσότερα

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2014 TEKNOLOGI ELEKTRIK Kertas Teori Mei

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2014 TEKNOLOGI ELEKTRIK Kertas Teori Mei NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN LEMAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2014 TEKNOLOGI ELEKTRIK Kertas Teori ETE Mei 1 _ 1 jam Satu

Διαβάστε περισσότερα

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 ) (1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1

Διαβάστε περισσότερα

Skema

Skema (a) Mass of pineapples (kg) Jisim nanas Number of pineapples Bilangan nanas 0.6.0..5.6.0..5.6 3.0 3 4 6 7 0 Semua nilai betul m 3-4 nilai betul m Number of pineapple Bilangan nanas + Variasi selanjar Semua

Διαβάστε περισσότερα

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOLEJ KOMUNITI JEMPOL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOLEJ KOMUNITI JEMPOL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOLEJ KOMUNITI JEMPOL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA PE 4 - MESIN 3 FASA Kegunaan Peringkat Dalaman Sahaja BAB 1 KESELAMATAN AM ISI KANDUNGAN Muka Surat 1.1

Διαβάστε περισσότερα

PERATURAN AKADEMIK [82]

PERATURAN AKADEMIK [82] PERATURAN AKADEMIK [82] PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA Diterbitkan oleh: PEJABAT PENGAJIAN PRASISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ISBN 983 95 85 614 Pejabat Pengajian

Διαβάστε περισσότερα

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK UJIKAJI TAJUK : E : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H 1. Tujuan : 2. Teori : i. Mendapatkan lengkuk kemagnetan untuk satu

Διαβάστε περισσότερα

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Mesin memberi makan ikan secara automatik telah menjadi satu daya tarikan kepada penternak-penternak ikan secara besar-besaran atau pemilik persendirian kolam ikan pada

Διαβάστε περισσότερα