Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : faktor, minat, matematik

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Ciri-ciri Taburan Normal

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Kalkulus Multivariabel I

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Katakunci : penerapan kemahiran generik

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Bab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Bab 1 Mekanik Struktur

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Ujian Kecergasan Fizikal: Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah?

Tegangan Permukaan. Kerja

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

A. Distribusi Gabungan

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Sebaran Peluang Gabungan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Matematika

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Transcript:

41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2 Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia : cute_carol@hotmail.com 2 Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan antara kaedah kad permainan dengan buku besar dalam membantu murid mengenali ciri-ciri penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca yang melampau. Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen dan melibatkan 12 orang pelajar daripada Tahun 4. Subjek yang dipilih memperolehi markah di antara 35-50 dalam ujian Diagnostik dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B melalui teknik padanan. Kumpulan A diberikan intervensi kad permainan manakala Kumpulan B diberikan intervensi buku besar. Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya diberi intervensi yang satu lagi bagi meninjau minat responden. Data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, soal selidik, dan temu bual yang kemudiannya dianalisis melalui statistik diskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kedua-dua kumpulan dalam ujian pasca adalah signifikan berbanding dengan ujian pra (p=0.001). Min Kumpulan A telah meningkat sebanyak 87.3% manakala min kumpulan B telah meningkat sebanyak 65.1%. Walau bagaimanapun, hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan kaedah kad permainan dan buku besar (p> 0.05). Kata kunci: kad permainan, buku besar, reka bentuk eksperimen PENGENALAN Dalam era globalisasi yang begitu pesat berkembang hari ini, negara kita kian mengorak langkah untuk menuju ke arah kemajuan pembangunan negara yang lebih sempurna. Salah satu daripadanya adalah perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang lebih dikenali sebagai NKRA (National Key Results Areas) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2009. Dalam Program Transformasi Kerajaan ini, NKRA Pendidikan telah diberi keutamaan (Utusan Borneo, 2011). Hal ini kerana pendidikan sememangnya berperanan penting dalam menyediakan modal insan yang cemerlang dan bakal menerajui negara kita ke arah mencapai status negara maju. Berdasarkan satu kajian peringkat antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2007 pernah menunjukkan bahawa pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains semakin menurun, malahan jurang pencapaian antara negara Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura dan Hong Kong semakin melebar iaitu sebanyak 20 peratus berbanding hanya 5 peratus pada tahun 2003 (Utusan

42 Borneo, 2011). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan Malaysia harus bertindak pantas supaya tidak terus ketinggalan dalam persaingan pendidikan pada peringkat antarabangsa. Dalam usaha menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 ini, guru memainkan peranan yang amat penting sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajarnya. Guru haruslah merancang dan melaksanakan pendekatan dan strategi pengajaran yang paling sesuai dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya memastikan semua murid dapat menguasai ilmu pengetahuan yang disampaikan. Persoalannya, bagaimanakah guru boleh menentukan sama ada penggunaan sesuatu pendekatan, kaedah, atau strategi adalah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid-muridnya? Salah satu kaedah adalah dengan melakukan kajian tindakan. Lantaran itu, wujudnya kajian ini sebagai satu usaha untuk membandingkan keberkesanan dua pendekatan iaitu penggunaan kaedah kad permainan (game card) dan kaedah buku besar (big book) dalam mata pelajaran Sains bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid Tahun Empat. Dengan kajian yang dijalankan ini, adalah diharapkan murid dapat belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang berbeza di samping meninjau pendapat murid bagi meningkatkan amalan, kemahiran, teknik, strategi dan perubahan pengajaran guru demi memberi impak yang positif kepada pelajar pada masa depan. Isu Keprihatinan Kajian Sejak beberapa tahun yang lalu, para ahli teori, penyelidik, dan pengajar telah pun mendokumentasikan bahawa main adalah kaedah yang paling optimum bagi pembelajaran dan perkembangan individu. Mereka juga mencadangkan bahawa ketidakhadiran unsur main sering menjadi halangan bagi perkembangan kegembiraan, kesihatan, dan minda yang kreatif bagi seseorang individu (Fromberg, 2002). Manakala buku besar pula merupakan alat yang sering digunakan dalam pengajaran bacaan awal bagi bahasa Inggeris dan penggunaannya sudah pun mantap sejak beberapa tahun yang lalu. Saiz buku besar yang besar menjadikannya sesuatu yang baru dan dapat menarik sifat ingin tahu kanak-kanak serta mengekalkan minat mereka (Mohana Nambiar, 1993). Dalam buku besar juga, grafik dan gambar banyak digunakan dalam saiz yang besar. Noriati et. al. (2009) menyatakan bahawa perincian visual gambar yang digunakan dalam p&p dapat memudahkan pemahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami. Justeru, kedua-dua intervensi yang diberi fokus dalam kajian ini merupakan strategi yang telah pun dicadangkan oleh para sarjana dan ahli pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kajian ini bertumpu kepada membuat perbandingan antara penggunaan kedua-dua strategi ini untuk murid-murid sekolah rendah. OBJEKTIF 1. Membantu murid yang berpencapaian rendah dalam meningkatkan kebolehan mereka mengingati fakta-fakta sains yang dipelajari. 2. Mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah kad permainan (game card) berbanding dengan cara pengajaran buku besar (big book).

43 3. Menyediakan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid. PERSOALAN KAJIAN 1. Di antara kaedah kad permainan dan kaedah buku besar, yang mana satu lebih berkesan? Sejauh manakah murid-murid berminat dalam kaedah kad permainan dan 2. kaedah buku besar? HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis Nol, Ho Ho 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan A yang diberi intervensi kad permainan. Ho 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan B yang diberi intervensi buku besar. Ho 3: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra bagi kumpulan A dan kumpulan B. Ho 4: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi kumpulan A dan kumpulan B. Hipotesis Alternatif, Ha Ha 1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan A yang diberi intervensi kad permainan. Ha 2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan B yang diberi intervensi buku besar. Ha 3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra bagi kumpulan A dan kumpulan B. Ha 4: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi kumpulan A dan kumpulan B. Pembahagian Kumpulan Disebabkan kajian ini menggunakan kaedah eksperimen untuk membuat perbandingan antara intervensi kad permainan dengan intervensi buku besar, kumpulan-kumpulan responden hendaklah dibentuk secara seimbang sebelum kajian dijalankan. Dalam kajian ini, kumpulan sasaran telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B berdasarkan teknik padanan supaya menjamin kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Menurut Chua Yan Piaw, teknik padanan dilakukan dengan mengenal pasti pasanganpasangan responden yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan meletakkan pasangan reponden tersebut ke dalam kumpulan-kumpulan yang berasingan (2006, p. 62). Justeru, responden telah diagihkan kepada dua kumpulan secara seimbang berdasarkan dua ciri yang utama iaitu jantina dan markah responden dalam ujian diagnostik. Bilangan setiap jantina dalam kedua-dua kumpulan adalah sama. Begitu juga dengan jumlah markah pencapaian dalam ujian Diagnostik mereka (rujuk Jadual 1).

44 Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Berdasarkan Teknik Padanan PROSEDUR KAJIAN Untuk membandingkan keberkesanan antara dua teknik yang dikaji, iaitu kad permainan dan buku besar, kesaksamaan dalam memilih dan membahagi kumpulan sasaran kajian adalah sangat penting. Oleh itu, langkah pertama dalam kajian ini adalah menentukan sasaran kajian. Ujian Diagnostik diberikan kepada semua murid Tahun 4 bertujuan untuk memilih murid yang lemah dalam topik Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Dua belas orang pelajar yang terpilih sebagai kumpulan sasaran kajian kesemuanya mendapat markah di antara 35-50 dalam ujian tersebut dan seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut teknik padanan seperti Jadual 1. Markah Ujian Diagnostik mereka dijadikan sebagai markah Ujian Pra untuk dibandingkan dengan Ujian Pasca selepas setiap intervensi yang diberikan kemudiannya. Selepas penentuan kedua-dua kumpulan sasaran kajian, kajian diteruskan dengan perlaksanaan intervensi ke atas mereka untuk menguji persoalan kajian yang pertama iaitu keberkesanan antara kaedah kad permainan dan kaedah buku besar. Intervensi kad permainan diberikan dahulu kepada kumpulan sasaran A, dikuti dengan intervensi buku besar kepada kumpulan sasaran B. Kedua-dua kumpulan responden ini diminta menjawab Ujian Pasca sebaik sahaja intervensi habis diberikan kepada mereka. Keputusan Ujian Pasca setiap kumpulan responden dianalisis dan dibandingkan dengan data Ujian Pra pada kemudiannya untuk membandingkan keberkesanan antara kedua-dua intervensi dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan kumpulan sasaran mengenai fakta-fakta Sains dalam topik Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Untuk menjawab persoalan kajian kedua, iaitu sejauh manakah murid-murid berminat dalam kaedah kad permainan dan kaedah buku besar, maka kedua-dua intervensi perlulah diberikan kepada setiap kumpulan responden supaya mereka boleh memilih kaedah manakah yang paling disukai oleh mereka. Dengan itu, kumpulan sasaran A menjalani intervensi buku besar manakala kumpulan sasaran B pula menjalani intervensi kad permainan sekali lagi.

45 Sebaik sahaja perlaksanaan intervensi tamat, setiap sasaran kajian diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan 6 orang responden yang dipilih secara rawak. Tujuan soal selidik dan temubual dijalankan adalah untuk meninjau minat dan pendapat responden tentang kedua-dua kaedah ini secara menyeluruh. Semua data yang didapati melalui ujian, soal selidik dan temu bual dianalisis dan ditafsirkan. Langkah perlaksanaan adalah seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian ANALISIS DATA Keputusan responden dalam ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dengan kaedah statistik diskriptif dan statistik inferensi. Sementara itu, perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19 telah digunakan untuk membuat analisis ujian-t supaya menguji kebenaran hipotesis yang dicadangkan. Data soal selidik pula akan dianalisis melalui kaedah statistik diskriptif. Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Tujuan ujian pra dan pasca diberikan kepada sasaran kajian adalah untuk menguji kefahaman dan ingatan mereka dalam membandingkan keberkesanan antara kaedah permainan dan kaedah buku besar dalam topik Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Markah ujian pra diambil daripada markah yang diperoleh sasaran kajian dalam ujian diagnostik sebelum sebarang intervensi diberikan. Ujian pasca pula diberikan kepada sasaran kajian selepas setiap intervensi dibuat. Markah penuh bagi ujian pra dan pasca adalah 100%.

46 Rajah 2: Perbezaan pencapaian kumpulan A antara ujian pra dan ujian pasca selepas intervensi kad permainan Rajah 2 menunjukkan pencapaian 6 orang responden daripada kumpulan A. Data telah menunjukkan dengan jelas bahawa semua responden telah mencapai peningkatan yang mendadak dalam ujian pasca berbanding dengan markah ujian pra. Selepas intervensi kad permainan ini dilaksanakan, markah minimum responden telah meningkat 77.8% daripada 36 hingga 64 manakala markah maksimum telah meningkat 91.7% daripada 48 hingga 92 markah. Jadual 2: Ujian-t Bagi Min Perbezaan Antara Ujian Pra Dan Pasca Kumpulan A Berdasarkan Jadual 2, nilai kebarangkalian yang diperoleh (t = -6.907, df = 5, p<0.05) daripada program SPSS v19 adalah kurang daripada nilai alfa yang ditentukan, maka hipotesis nol pertama (H0 1) adalah ditolak. Dengan penolakan hipotesis nol (H0 1) maka hipotesis alternatif (HA 1) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan A diterima. Ini bermakna pelajar memperoleh min markah ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min markah ujian pra. Dengan ini, kita boleh menyimpulkan bahawa kaedah kad permainan memang berkesan atas penguasaan murid dalam topik pembelajaran ini. Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikanan, α=0.05 (5%) atau tahap keyakinan (95%).

47 Rajah 3: Perbezaan pencapaian kumpulan B antara ujian pra dan ujian pasca selepas intervensi buku besar Rajah 3, analisis data menunjukkan bahawa 100% responden kumpulan B juga telah mencapai kemajuan yang jelas dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Selepas intervensi buku besar dilaksanakan, markah minimum responden telah meningkat sebanyak 66.7% daripada 36 hingga 60 manakala markah maksimum telah meningkat 58.3% daripada 48 hingga 76 markah. Tidak dinafikan bahawa kaedah buku besar turut membantu responden dalam memahami dan mengingati fakta Sains dalam topik ini. Jadual 3: Ujian-t Bagi Min Perbezaan Antara Ujian Pra Dan Pasca Kumpulan B Berdasarkan Jadual 3, statistik ujian-t adalah signifikan (t = -7.511, df = 5, p<0.05), maka hipotesis nol yang kedua (Ho 2) ditolak. Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan pada min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca selepas intervensi buku besar diberikan. Dengan ini hipotesis alternatif kedua (Ha 2) diterima. Sama dengan dapatan analisis bagi intervensi kad permainan, intervensi buku besar turut mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian di kalangan responden kumpulan B.

Rajah 4: 48 Perbezaan jumlah markah ujian pra dan pasca selepas setiap intervensi Berdasarkan Rajah 4, dapat disimpulkan bahawa kaedah kad permainan adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah buku besar kerana lajur markah ujian pasca bagi intervensi kad permainan adalah lebih tinggi daripada lajur markah ujian pasca bagi intervensi buku besar. Jumlah markah ujian pasca selepas intervensi kad permainan adalah 13.5% lebih banyak daripada jumlah markah ujian pasca selepas intervensi buku besar. Rajah 5: Perbandingan min ujian pra dan pasca antara intervensi kad permainan dan intervensi buku besar Rajah 5 telah menggambarkan perbezaan min ujian pasca antara intervensi kad permainan dan intervensi buku besar dengan nyata. Min ujian pasca responden kumpulan intervensi kad permainan adalah 9.4 markah lebih tinggi daripada min ujian pasca responden kumpulan intervensi buku besar. Dengan ini, kita boleh menginterpretasikan bahawa kaedah kad permainan adalah lebih berkesan daripada kaedah buku besar dalam meningkatkan prestasi responden secara keseluruhannya.

49 Jadual 4: Keputusan ujian-t bagi ujian pra kumpulan A dan B Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 4 melaporkan bahawa nilai F=0.000 dengan nilai kebarangkalian p ialah 1.000 (> 0.05). Ini bermakna hipotesis nol yang menyatakan varians bagi kumpulan responden A adalah sama dengan varians bagi kumpulan pelajar B adalah gagal ditolak. Dengan erti kata lain, varians markah ujian pra adalah sama atau homogen di antara kedua-dua kumpulan A dan B. Jadual Independent Samples Test (ttest for equality of means) menunjukkan bahawa nilai t=o.ooo dengan darjah kebebasan (df)=10. Kebarangkalian untuk memperoleh perbezaan min markah ujian 0.000 ialah 1.000 ( 0.05). Maka hipotesis nol yang ketiga, Ho 3 adalah tidak dapat ditolak manakala hipotesis alternatif Ha 3 ditolak. Ini mengesahkan bahawa kedua dua kumpulan mempunyai tahap prestasi pemahaman yang sama sebelum sesi rawatan atau pengajaran dijalankan. Seterusnya, bagi membandingkan kesan intervensi yang diberikan kepada kumpulan A dan B dalam ujian pasca, analisis ujian-t tidak bersandaran dilakukan sekali lagi untuk menguji ketepatan hipotesis Ho 4 dan Ha 4. Jadual 5: Keputusan ujian-t bagi ujian pos kumpulan A dan B Berdasarkan Jadual 5, Levene's Test for Equality of Variances melaporkan bahawa nilai keberangkalian p ialah 0.628 (> 0.05) dengan nilai F=0.250. Ini membawa maksud bahawa varians markah ujian pasca kumpulan A adalah sama dengan varians markah ujian pasca kumpulan B. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh daripada jadual Independent Samples Test (t-test for equality of means) lebih daripada nilai alfa yang

50 ditentukan (t = 2.004, df = 10, p= 0.073), keputusan ujian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi kumpulan A dan kumpulan B. Dengan itu hipotesis nol yang keempat (Ho 4) adalah diterima manakala hipotesis alternatif yang keempat (Ha 4) adalah ditolak. Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa keduadua intervensi kad permainan dan intervensi buku besar adalah berkesan bagi murid-murid. Analisis Soal Selidik Rajah 6: Respons murid terhadap intervensi Berdasarkan carta pai dalam Rajah 6, boleh diperhatikan bahawa opsyen kad permainan masih menjadi pilihan teramai. 58% responden mengatakan mereka lebih memahami topik Penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca melampau apabila cikgu mengajar menggunakan kad permainan, manakala 67% pula mengatakan bahawa mereka boleh mengingat fakta sains dengan lebih mudah melalui kaedah kad permainan. Hanya 33% responden sahaja yang mengatakan bahawa mereka lebih faham dan ingat fakta sains apabila kaedah buku besar digunakan oleh guru. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden yang berpendapat bahawa dia lebih memahami topik pembelajaran apabila buku teks digunakan oleh guru manakala tiada responden yang berpendapat bahawa buku teks paling membantunya dalam mengingati fakta sains. Ringkas kata, memandangkan kaedah kad permainan menjadi pilihan paling ramai responden bagi item 2 dan 4, kaedah ini boleh dikatakan lebih berkesan untuk belajar topik Penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca melampau pada pandangan responden.

Analisis Temu Bual 51 Temu bual ini dianalisis melalui transkripsi temu bual. Semua catatan ringkas jawapan responden serta rakaman video dan audio dibaca dahulu untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh responden. Maklumat penting digariskan dan tema yang bersesuian dibentukkan berdasarkan aspek-aspek yang digariskan itu. Daripada analisis data temu bual, maka boleh disimpulkan bahawa kebanyakan responden adalah lebih suka akan kaedah kad permainan sejajar dengan hasil analisis soal selidik. Dua faktor utama kebanyakan responden lebih suka terhadap penggunaan kad permainan adalah pertama, kad permainan adalah lebih seronok; kedua adalah kerana kad permainan dapat membantu mereka mengingat isi pembelajaran dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan buku besar. KESIMPULAN Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa kedua-dua intervensi kad permainan dan buku besar yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam topik pembelajaran Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Ini juga telah membuktikan bagaimana penggunaan strategi pembelajaran dan pengajaran serta alat bantu mengajar yang sesuai dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid berbanding dengan pengajaran tradisional berpandukan buku teks dan chalk and talk. Walau bagaimanapun, bukan semua responden menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pra dan pasca dengan banyak. Terdapat beberapa responden yang hanya menunjukkan peningkatan markah yang sedikit. Ini bermaksud kaedah yang digunakan perlu ditambahbaik lagi supaya dapat membantu semua murid dalam menguasai topik pembelajaran dengan lebih berkesan lagi. Pada pendapat saya, kaedah kad permainan yang digunakan merupakan kaedah yang berpusatkan pelajar dan juga berpusatkan bahan. Permainan memang berkesan dalam melibatkan murid-murid dengan aktif di samping membekalkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan, kompetitif, berdaya saing dan bebas daripada tekanan. Reka bentuk permainan yang bersifat kompetitif akan memberi motivasi kepada pelajar untuk menang dalam permainan. Tanpa motivasi, pembelajaran tidak akan berlaku (Clark, 2007). Motivasi inilah yang memandukan pelajar supaya lebih berusaha menguasai kandungan topik pembelajaran dan ini membolehkan pembelajaran berlaku secara optimum seterusnya Meningkatkan pencapaian murid-murid. Sepanjang perlaksanaan kajian ini saya juga mendapati bahawa kaedah permainan memang berkesan dan menarik minat pelajar. Sepanjang proses intervensi kad permainan dijalankan, saya dapat memerhatikan bahawa responden memang seronok dan cuba mencari jawapan dengan bersungguh-sungguh. Minat responden juga dapat diperlihatkan apabila mereka meminta untuk meminjam kad permainan tersebut daripada saya selepas intervensi dijalankan. Selain itu, kad jawapan Doraemon yang dibekalkan juga telah memainkan peranan yang penting sekali dalam permainan kerana murid sendiri dapat memeriksa jawapan yang betul dengan pantas apabila menghadapi kemusykilan. Justeru, permainan ini dapat dimainkan oleh murid pada bila-bila masa sahaja walaupun tanpa pemantauan dan bimbingan guru.

52 Bagi kaedah buku besar pula, didapati murid-murid adalah kurang suka terhadap kaedah ini dan peningkatan pencapaian responden dalam ujian pasca juga tidak begitu mendadak berbanding dengan pencapaian responden yang diberikan intervensi kad permainan. Ini mungkin disebabkan kaedah buku besar yang saya gunakan tidak begitu berkesan dan menarik bagi pelajar. Kaedah buku besar yang disyorkan oleh ahli pendidikan di negara barat sebenarnya digunakan bertujuan utama untuk meningkatkan kemahiran membaca bahasa Inggeris dalam murid dan salah satu ciri yang penting adalah ia perlu berunsurkan cerita. Akan tetapi, buku besar yang saya hasilkan hanya menggunakan carta sains yang besar dan tidak mempunyai unsur cerita. Kemungkinan minat responden terhadap kaedah buku besar dapat ditingkatkan lagi jika unsur cerita dimasukkan. Justeru, hasil kajian tentang keberkesanan buku besar ini tidak dapat digeneralisasikan sepenuhnya ke atas p&p secara umum. Gelung kedua kajian boleh menimbangkan faktor ini dan memasukkan unsur cerita dalam buku besar supaya lebih menarik minat pelajar. Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa keberkesanan kaedah buku besar banyak bergantung kepada cara penyampaian guru. Salah satu faktor yang menjadikan buku besar dapat menarik minat kanak-kanak adalah kerana saiznya yang besar dan gambarnya yang berwarna-warni. Walau bagaimanapun, tumpuan kanak-kanak juga tidak akan panjang kerana mereka akan berasa bosan apabila isi kandungan yang sama dibaca terlalu banyak kali. Masalah kedudukan pelajar turut akan menjadi kekangan kepada guru kerana guru perlu memastikan semua pelajar dapat melihat buku besar dengan jelas dalam bilik darjah yang ruangnya terhad. Jika dibandingkan dari segi kos dan masa pula, saya mendapati kaedah kad permainan adalah lebih memudahkan guru. Kad permainan lebih senang dihasilkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Manakala penghasilan buku besar memerlukan masa yang panjang dan tenaga yang banyak. Kos untuk mencetakkan gambar dan perkataan yang besar juga tinggi jika guru tidak pandai melukis. Justeru, saya berpendapat bahawa kebanyakan guru di Malaysia tidak akan menghasilkan sebuah buku besar khas untuk mengajar sesuatu topik walaupun mereka sedar bahawa kaedah ini mungkin berkesan bagi p&p mereka disebabkan mereka dibebankan dengan terlalu banyak tugas. Walau bagaimanapun, kekangan ini tetap boleh diatasi dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam menghasilkan buku besar bersama-sama atau melalui kerjasama antara beberapa orang guru subjek sains. Oleh sebab kajian ini adalah kajian pertama yang saya lakukan, terdapat beberapa kelemahan dari segi pengumpulan data juga. Saya berpendapat bahawa instrumen soal selidik dan temu bual boleh dimantapkan lagi dengan menambahkan beberapa soalan untuk meninjau keberkesanan antara kedua-dua intervensi dengan lebih mendalam. Dalam temu bual yang dijalankan, saya tidak terfikir untuk bertanya pendapat responden tentang cara-cara menambah baik lagi strategi kad permainan dan buku besar supaya menjadi lebih menyeronokkan dan efektif. Sebab responden suka akan kad permainan berbanding dengan buku besar juga boleh diteroka dengan lebih lanjut sebenarnya. Selain itu, pendapat responden juga boleh ditinjau dari segi cara lain yang mereka ingin cikgu gunakan dalam pengajaran Sains. Walau bagaimanapun, kajian ini tetap berjaya dilaksanakan dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah penyelia. Saya akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang

53 didapati dalam kajian saya ini jika kitaran kedua akan dilaksanakan seterusnya. Secara keseluruhannya saya telah menimba banyak pengalaman dan pengetahuan melalui kajian ini. Memandangkan kaedah kad permainan adalah begitu berkesan dan menyeronokkan bagi murid-murid, saya akan berusaha mengaplikasikannya dalam p&p saya pada masa hadapan. Selain itu, saya juga percaya p&p akan bertambah berkesan jika kedua-dua kaedah digunakan bersama. Kaedah buku besar boleh digunakan oleh guru dahulu untuk menyampaikan isi kandungan pembelajaran diikuti dengan aplikasi kaedah kad permainan untuk mengukuhkan pemahaman dan ingatan murid-murid dalam tajuk pembelajaran.

RUJUKAN 54

55

56