BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN
|
|
- Ἀχείμ Ζάππας
- 6 χρόνια πριν
- Προβολές:
Transcript
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Mesin memberi makan ikan secara automatik telah menjadi satu daya tarikan kepada penternak-penternak ikan secara besar-besaran atau pemilik persendirian kolam ikan pada masa kini. Bagi yang berkemampuan untuk membeli alat ini mereka akan cuba untuk mendapatkan satu alat yang bukan sahaja memudahkan kerja mereka, malah murah, lebih efisen dan lebih praktikal untuk diletakkan dikawasan kolam ternakan dan juga kolam di rumah. Pengusaha kolam ikan semestinya memerlukan satu cara yang baru bagi memastikan ikan peliharaan mereka sentiasa diberikan makanan yang mencukupi dan pada masa yang tetap. 1
2 1.1.2 Perbezaan produk pemberi makan ikan di pasaran Produk diatas menunjukkan satu mesin yang memberi makanan kepada ikan ternakan dimana mesin akan dipasangkan di tepi kolam ternakan dan makanan akan jatuh ke bawah. Kelemahan produk ini adalah makanan hanya jatuh pada satu tempat sahaja. Makanan akan tertumpu pada satu kawasan sahaja menyebabkan ikan yang berada dikawasan lain tidak mendapat makanan yang mencukupi untuk tumbesaran. Kelemahan lain mesin ini ialah ianya mempunyai system bukaan yang rumit dimana ianya dikawal oleh system pengaturcaraan logic (PLC) yang agak mahal dan memerlukan kos penghasilan yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang rumit dan memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai system pengaturcaraan logic (PLC) sahaja. Rajah 1.1 mesin makan ikan kolam ternakan 2
3 Produk keluaran di bawah ialah produk yang dicipta untuk kegunaan akuarium dirumah dimana ianya diletakkan dibahagian atas akuarium atau dibahagian tepi dengan diapit pelekat yang mampu bertahan pada permukaan cermin akuarium. Produk ini mepunyai kelemahan dimana makanan yang digunakan adalah jenis keluaran khas yang berbentuk panjang ke bawah dan terendam di dalam air akuarium. Ini akan menyebabkan air akuarium akan mudah kotor dan perlu ditukar kerap berbanding akuarium biasa. Kelemahan lain ialah ikan tersebut akan makan melalui makanan yang terendam di dalam air. Produk ini hanya menggunakan satu alat untuk memegang makanan daripada terputus. Produk ini hanya menggunakan aktiviti ikan sahaja untuk memberi makan dimana ikan tersebut perlu menggigit sendiri makanan daripada kaedah biasa diamana makanan akan jatuh sendiri akibat proses mesin sendiri. Ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara dan kelemahan yang ingin diatasi di dalam penghasilan Auto Pallet Sender yang ingin dihasilkan. Rajah 1.2 mesin makan ikan akuarium 3
4 1.2 PENYATAAN MASALAH Dalam dunia yang serba canggih dan berteknologi tinggi ini, penggunaan peralatan dan mesin-mesin yang canggih dan berteknologi diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup manusia bagi mencapai kepuasan dan keselesaan yang dikehendaki oleh manusia sejagat. Kehidupan manusia semakin berkembang maju seiring dengan peredaran masa malah kemajuan ini telah menghasilkan begitu banyak peralatan yang dapat membantu dan meringankan kerja manusia dalam mencapai sesuatu keinginan dan kepuasan yang dikehendaki oleh manusia. Pelbagai teknologi telah dihasilkan yang berfungsi membantu industri berat mahupun kecil dan juga sektor-sektor lain yang menjana pertumbuhan ekonomi dunia pada ketika ini. Kepelbagaian peralatan canggih dan berteknologi mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan apabila manusia mengaplikasikan peralatan tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Matlamat dalam menghasilkan peralatan berteknologi ini mestilah mempunyai sifat yang praktikal dan selamat apabila digunakan atau mesin dihasilkan khusus dalam membantu dan mempermudahkan melakukan tugas penternak kerana aspek teknologi yang telah diserapkan dalam penghasilan mesin ini. Auto Pallet Sender ini digunakan untuk memudahkan proses memberi makanan kepada ikan secara teratur. Penghasilan mesin ini merupakan suatu langkah baru bagi menerapkan konsep keselesaan dan mudah dikendalikan yang diaplikasikan dalam mesin ini. Dari segi penggunaannya, mesin ini menjimatkan masa serta memudahkan penghantaran makanan ikan secara automatik dan tidak perlu mengajikan pekerja yang ramai. 4
5 Elemen mekanikal yang digunakan dalam alat bantu ini dapat menjadikan peralatan ini praktikal dan mudah dalam beberapa aspek dalam teknologi yang diperlukan seperti keselamatan dan nilai ergonomik. Konsep penghasilan mesin ini merangkumi hampir keseluruhan peralatan berteknologi yang diperlukan seperti mempunyai ciri-ciri keselamatan serta keselesaan yang tinggi dan beberapa lagi aspek penting dalam sesuatu peralatan berteknologi dan praktikal. Oleh yang demikian dengan terhasilnya mesin yang diberi nama Auto Pallet Sender ini diharapkan mampu memberikan impak dan kesan kepada penternak-penternak masa kini. 5
6 1.3 OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai adalah: i. Merekabentuk satu produk yang boleh digunakan dalam industri perikanan ii. Membina satu sistem automatik kepada pengusaha kolam ternakan ikan air tawar iii. Menguji keberkesanan, kecekapan dan ketahanan Auto Pallet Sender 6
7 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian projek ini adalah seperti berikut: i. Bagaimanakah cara bagi menjimatkan masa dalam proses memberi makan ikan? ii. Apakah kaedah yang digunakan untuk memberi makan secara sistematik? 1.5 SKOP KAJIAN i. Kajian ini dikhususkan untuk satu kolam ikan sahaja. ii. iii. iii. Pengkhususan ikan air tawar contohnya ikan keli dan ikan talapia. Reka bentuk hanya prototaip untuk kajian kepenggunaan. Kapasiti muatan makanan ikan sebanyak 5kg sahaja 7
8 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Projek ini memberi kepentingan dan faedah kepada para pengusaha kolam ikan bagi memudahkan mereka memberi makan kepada ikan-ikan ternakan mereka secara teratur dan sistematik. 1.7 TAKRIFAN ISTILAH Mesin: Alat mekanik atau elektrik yang mengubah tenaga untuk melakukan atau alat membantu mempermudahkan pekerjaan manusia. Automatik: Bergerak secara sendiri/secara spontan. Tekanan: Sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh atau daya per unit luas dalam permukaan berkenaan. 8
9 1.8 RUMUSAN BAB Antara perkara yang dapat dirumuskan dari bab ini adalah kami dapat mengenal pasti masalah yang dilalui kepada pengusaha dalam proses memberi makan ikan kepada ikan-ikan ternakan. Selain itu, objektif kami adalah bagi merekabentuk sebuah model Auto Pallet Sender bagi menggantikan cara yang terdahulu. Skop kami adalah dapat digunakan pada satu kolam ikan sahaja dan tangki makanan ikan hanya dapat menampung sebanyak 5kg makanan ikan didalamnya. 9
10 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Kajian literatur merupakan penyelidikan yang dijalankan terhadap kajian terdahulu yang telah dijalankan di mana perkara ini akan digunakan untuk memperbaiki sistem dan mendapatkan perbezaan di antara satu sama lain. Kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah berkisarkan tentang tajuk projek yang dibuat. Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan mengenai cara dan teknologi yang digunakan dan juga proses yang digunakan serta kendalian projek yang dijalankan. Mesin ini umumnya didefinisikan sebagai alat yang merangkumi bahagian satu elemen yang mengabungkan pergerakan serta kerja yang dilakukan. Ia juga dapat diklasifikasikan sebagai alat yang dapat mengubah daya atau pergerakan yang mana terhasil daripada mengubah tenaga tertentu dari satu bentuk asal kepada bentuk yang lain. Ia terhasil daripada himpunan atau kombinasi daripada beberapa elemen jasad tegar (rigid body) yang dapat menghasilkan kerja. Mesin boleh digerakkan dari pelbagai jenis sumber tenaga seperti dari sumber elektrik, elektronik mahupun dengan tenaga manusia. 10
11 Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem dalam Auto Pallet Sender di dalam sektor pembuatan adalah seperti berikut: Faktor Ekonomi Auto Pallet Sender dapat menyediakan penggunaan kemudahan perkhidmatan pada tahap yang maksimum selain mengurangkan tenaga manusia dan akan meminimumkan peranan manusia dalam pergerakannya. Masalah yang bakal dihadapi dapat diatasi dengan segera kerana faktorfaktor yang dipertimbangkan semasa kajian yang diadakan sebelum penghasilan projek ini dilakukan Faktor Teknikal Mesin Auto Pallet Sender ini akan dapat memenuhi kehendak kerja yang memerlukan kelajuan, kekuatan dan lain-lain di dalam melakukan kerja. Selain itu, kadar fleksibiliti yang tinggi di dalam jenis produk dan variasi di samping dapat meningkatkan kualiti dan mengurangkan kerosakan pada produk Faktor Sosiologi Mesin ini dapat mengurangkan tenaga manusia semasa melakukan tugas dan kerja dilakukan oleh mesin. Selain daripada itu, penghasilan Auto Pallet Sender ini adalah tidak mempunyai kelalaian yang sedia wujud pada manusia. Contohnya, mesin ini hanya perlu disetkan timer untuk menjalankan kerja memberi makan ikan pada waktu yang teratur. 11
12 2.2 TEORI/KONSEP Projek ini menggunakan konsep tekanan air dimana tekanan air yang dikenakan akan menolak makanan-makanan ikan tersebut jatuh ke dalam kolam. Tekanan air adalah kekuatan yang bekerja pada makanan ikan oleh kelajuan air. Secara amnya, formula untuk tekanan ialah: P = F/A Dimana F daya yang berserenjang dengan permukaan A luas permukaan Manakala, formula bagi Hukum Pascal ialah: P = ρɡh P1 = P2 F1/A1 = F2/A2 12
13 2.3 KAJIAN TERDAHULU Cara memberi makanan ikan secara manual Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak kecil. Makanan dimasukkan ke dalam bekas seperti baldi dan penternak akan membawa makanan tersebut ke sekeliling pelantar sangkar sambil menabur makanan. Kaedah ini di dapati sesuai bagi ternakan kecil-kecilan (Mohd Khalil, 2009). Cara memberi makan jenis taburan ini kurang efisen kerana makanan diberikan dengan jumlah yang tidak sekata dan akan terjadi lebihan makanan di dalam kolam dan menyebabkan kolam cepat kotor dan ikan mudah diserang penyakit. Rajah 2.1 Memberi makan ikan secara manual 13
14 2.3.2 Cara memberi makanan ikan mengunakan demand feeder Alat ini tediri dari tabung makanan, injap dan padel yang terendam di dalam air. Alat ini dipasang ditepi sangkar. Makanan dimasukkan ke dalam tabung makanan berbentuk silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kon dan dipasang injap. Injap ini akan terbuka sekiranya padel digerakkan. Apabila hendak makan ikan-ikan akan menyentuh padel dan pergerakkan ini akan membuka injap dan makanan akan jatuh ke dalam sangkar. Ikan-ikan akan merebut makanan tersebut. Penternak perlu memeriksa tabung makanan dan mengisinya semula apabila makanan di dalam tabung itu habis dimakan ikan. Proses ini akan berulang-ulang sehinggalah semua ikan sudah kenyang. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik kerana ikan akan mengambil makanan secukupnya sehingga kenyang. Ini bermakna ikan sentiasa mendapat makanan yang mencukupi dan berterusan. Keadaan ini akan mempercepatkan tumbesaran ikan. Rajah 2.2 demand feeder 14
15 2.4 RUMUSAN BAB Setelah di analisis, sesuatu reka bentuk diperhalusi dari segi fungsi binaan, bahan yang digunakan serta keadaan yang ekonomik. Pada peringkat ini lukisan berskala dilukis bagi mendapatkan gambaran sebenar projek tersebut. Setelah semuanya selesai barulah proses pembinaan Auto Pallet Sender dilakukan. Binaan yang dibuat adalah berasaskan pada sambungan struktur yang dicantumkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya dapat digunakan dengan baik dan selamat. Struktur tersebut direkanbentuk dan dibina untuk menyokong beban atau daya supaya binaan tersebut kukuh, tidak mudah tumbang atau rosak. Struktur binaan akan mengalami beban statik, beban dinamik atau kedua-duanya sekali. Untuk itu beberapa aspek penting dalam mereka bentuk perlu diberi perhatian yang lebih seperti: i. Kekuatan struktur ii. Saiz anggota struktur iii. Faktor pemasangan dan penyelenggaraan iv. Faktor keselamatan 15
16 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Merekabentuk adalah satu kaedah yang diguna bagi menghasilkan sesebuah projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dan menginovasikan sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif projek kami. Selain itu, metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Fungsi metodologi adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan sesuatu reka bentuk bagi menghasilkan produk yang sistematik dan bermutu tinggi. Menggunakan kaedah PRIME: P - Problem (mereka satu reka bentuk baru) R - Research (penyelidikan) I - Invention (ciptaan kaedah penghasilan projek) M - Modification (pengubasuaian) E Evalution (penilaian) 16
17 Setiap langkah kerja dalam carta alir metodologi perlu difahami terlebih dahulu, ini penting bagi melancarkan perjalanan projek yang akan dijalankan. Setelah memahami carta alir tersebut, sesuatu projek dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sepanjang melakukan kerja-kerja menyiapkan projek Auto Pallet Sender langkah kerja yang dilakukan oleh kumpulan kami terdiri daripada: i. Proses rekabentuk produk. ii. Proses pemilihan bahan mentah dan komponen. iii. Proses pemotongan bahan mentah. iv. Proses pemasangan komponen-komponen. v. Proses pengujian projek.. 17
18 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Rekabentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia mempengaruhi hampir setiap perkara yang kita lakukan. Semua rekabentuk yang dihasilkan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang berpunca daripada situasi dalam persekitaran hidup manusia. Jikalau rekabentuk dapat memenuhi keperluan sesuatu situasi sepenuhnya rekabentuk tersebut dikatakan Berjaya. Bagi merekabentuk sesuatu rekabentuk, kami mementingkan beberapa aspek yang penting untuk memastikan rekabentuk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Aspek-aspek dimaksudkan adalah seperti di bawah i. Fungsi utama Memudahkan pengusaha memberi makanan ikan pada kolam ternakan. Memberi makanan secara automatik. ii. Bahan yang digunakan Bahan yang digunakan adalah terdiri daripada peralatan mekanikal dan elektrikal yang sesuai dan berkualiti. Kami telah memilih bahan yang bersesuaian untuk menghasilkan rekabentuk projek kami ini. Sebagai contoh, kami menggunakan besi jenis keluli lembut untuk menjadi kerangka kepada rekabentuk projek kami. Kami menggunakan pam air bagi mengalirkan makanan ikan ke dalam kolam ternakan. 18
19 3.2.1 Reka bentuk awal projek Rajah 3.1 Reka bentuk awal projek 19
20 3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Data diperolehi daripada kaedah borang soal selidik mendalam yang telah diedarkan kepada pengusaha-pengusaha kolam ikan di Tanjung Lumpur, Kuantan. Pemilihan responden telah dibuat secara rawak dan seramai 10 orang telah dipilih. Penyelidik terlebih dahulu menghubungi pengusaha-pengusaha kolam ikan untuk mengatur temu janji untuk diedarkan borang soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada responden secara bersemuka. Tempoh pengumpulan data akan berlanjutan selama sebulan, bermula dari Jun sehingga Julai. Soal selidik tersebut berpandukan kepada soalan yang dikemukan pada borang soal selidik yang telah diedarkan. Terdapat sebanyak 5 soalan yang dikemukan tentang masalah yang dihadapi oleh responden atau pengusaha kolam ikan ketika proses memberi makan ikan dijalankan. 20
21 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang kami gunakan ialah konsep evaluasi dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep rekaan tersebut. Cara ini dilakukan dengan memberi mata kepada setiap konsep yang dilakarkan didalam memilih konsep yang terbaik. Keputusan adalah berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Jika Terdapat kelemahan didalam konsep yang dipilih ianya boleh diperbaiki. NO. Kriteria Interest criteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 1 Kecekapan Rekaan komersial Kos Operasi Mudah alih Saiz projek Jumlah Jumlah Jumlah keseluruhan Jadual 3.1 reka bentuk evalusi 21
22 3.5 KAEDAH PEMILIHAN BAHAN Berikut adalah pemilihan bahan bagi projek kami ialah: Jenis Besi Jenis besi yang digunakan untuk membuat rangka projek adalah daripada besi hollow. Kami memilih besi hollow bagi membina rangka projek kami kerana besi jenis ini mempunyai jisim yang ringan, anti-karat, serta proses pemasangan yang cepat Roda Rajah 3.2 besi hollow Roda merupakan salah satu alat yang memudahkanya untuk bergerak. Kami menggunakan roda jenis nylon yang berketahanan tinggi dan tahan lama. Rajah 3.3 roda nylon 22
23 3.5.3 Pemasa Pemasa memainkan peranan penting bagi projek kami kerana waktu memberi makan ikan perlu disetkan dengan baik supaya ikan-ikan ternakan makan dengan teratur. Jenis pemasa yang kami gunakan ialah pemasa jenis suis. Rajah 3.4 pemasa suis Pam air Jenis pam air yang digunakan ialah pam air empar. Ini kerana pam empar mempunyai saiz yang senang dibawa kemana-mana dan murah. Rajah 3.5 pam empar 23
24 3.6 PROSES PENGHASILAN Berikut adalah proses yang dilalui bagi menyiapkan projek kami: Rangka projek Proses pertama dalam menyiapkan projek ini ialah merekabentuk rangka asal mesin. Berikut adalah rangka besi yang telah dipotong dengan mengikut ukuran yang telah kami tetapkan seperti rajah dibawah Rajah 3.6 proses memotong besi 24
25 3.6.2 Mengimpal Mesin kimpal digunakan bagi mengimpal mana-mana bahagian projek yang perlu dikimpal. Kami menggunakan kimpalan gas bagi didalam proses percantuman projek. Rajah 3.7 proses mengimpal Membuat kemasan Tujuan membuat kemasan adalah bagi memperkemaskan serta menambah daya tarikan projek. Rajah 3.8 proses kemasan 25
26 3.6.4 Memasang projek Memasang sambungan paip PVC pada pam air. Rajah 3.9 proses pemasangan 26
27 3.7 KOS BAHAN Berikut adalah anggaran kos projek kami yang dihasilkan bagi menyiapkan projek. Bil. Komponen/Bahan Jumlah Bahan Harga 1 Roda 4 RM 20 2 Pam Air 1 RM Pemasa suis 1 RM 40 4 Paip PVC 1 RM 10 5 Soket T 2 RM 2 6 Soket L 3 RM 3 7 Spray paint (black) 1 RM Hos 1 RM JUMLAH HARGA RM Jadual 3.1 kos anggaran projek 27
28 3.8 RUMUSAN Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yang sesuai dengan objektif kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik. Metodologi ini sewajarnya mengunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi menghasilkan dapatan idea yang mempunyai kesahihan dan nilai yang tinggi. Bab ini telah menerangkan beberapa pembolehan yang digunakan dalam instrumen soal selidik iaitu cara-cara pengusaha kolam ikan memberi makanan kepada ikan-ikan ternakan. Selain itu, prosedur pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik dan kaedah penganalisisan data yang terdiri daripada Morphology Chart juga diterangkan bagi memastikan idea dapat digabungkan dan dicerna dengan lancar dan sistematik serta menghasilkan projek yang berkualiti dan inovatif. 28
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN
DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi
Διαβάστε περισσότεραKONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???
Διαβάστε περισσότεραBab 1 Mekanik Struktur
Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Injap adalah alat yang mengatur, mengarahkan atau mengawal aliran udara. Kegunaan injap adalah untuk mengendalikan sebuah proses cairan, dalam posisi terbuka cecair akan
Διαβάστε περισσότερα2 m. Air. 5 m. Rajah S1
FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam
Διαβάστε περισσότεραTH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun
TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi
Διαβάστε περισσότεραRajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk
SOALAN 1 Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk menyambungkan dua takal yang terpasang kepada dua aci selari. Garispusat takal pemacu, pada motor adalah
Διαβάστε περισσότεραELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1
MAKTAB RENDAH Add SAINS your company MARA BENTONG slogan Bab 1 ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 LOGO Kandungan 1 Jenis Litar Elektrik 2 Meter Pelbagai 3 Unit Kawalan Utama 4 Kuasa Elektrik 1 1.1 Jenis
Διαβάστε περισσότεραKEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA
Makmal Mekanik Pepejal KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA 1.0 PENGENALAN Dalam rekabentuk sesuatu anggota struktur yang akan mengalami tegasan, pertimbangan utama ialah supaya anggota tersebut selamat dari
Διαβάστε περισσότεραPeta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI
Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5
Διαβάστε περισσότερα( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )
(1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1
Διαβάστε περισσότεραPerubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
Διαβάστε περισσότεραANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM
ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan
Διαβάστε περισσότεραSMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:
SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραEMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005
EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan Dr Zuraidah Mohd Zain zuraidah@kukum.edu.my Julai, 2005 Overview untuk minggu 1-3 Minggu 1 Overview terma, takrifan kadar kegagalan, MTBF, bathtub curve; taburan
Διαβάστε περισσότεραKemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76
LOGO SEKOLAH Nama Sekolah UJIAN BERTULIS 2 Jam Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76 NAMA :..... ANGKA GILIRAN : TERHAD 2 BAHAGIAN A [60 markah] Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang
Διαβάστε περισσότεραJika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Διαβάστε περισσότεραKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK ISI KANDUNGAN BIL 4.1 Pengenalpastian masalah. TAJUK i. Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga produk
Διαβάστε περισσότεραPENGEMBANGAN INSTRUMEN
PENGEMBANGAN INSTRUMEN OLEH : IRFAN (A1CI 08 007) PEND. MATEMATIKA FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS HALUOLEO KENDARI 2012 A. Definisi Konseptual Keterampilan sosial merupakan kemampuan
Διαβάστε περισσότεραEEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet 1. Satu litar magnet mempunyai keengganan S = 4 x
Διαβάστε περισσότεραPENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M
Διαβάστε περισσότεραKANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik
Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang
Διαβάστε περισσότεραUkur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron
Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN
Διαβάστε περισσότεραKuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik
4-1 Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4.1 KEKUATAN STATIK Beban statik merupakan beban pegun atau momen pegun yang bertindak ke atas sesuatu objek. Sesuatu beban itu dikatakan beban statik sekiranya
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik
Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan
Διαβάστε περισσότεραTEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan
TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut
Διαβάστε περισσότεραACCEPTANCE SAMPLING BAB 5
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot
Διαβάστε περισσότεραBAB 2 KONSEP ASAS KUALITI
BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI DEFINISI KUALITI KUALITI: Merupakan sifat/ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang boleh menyumbangkan kepada kepuasan /kehendak pengguna. Menurut ANSI/ASQC- Kualiti merupakan
Διαβάστε περισσότεραAmalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat
Διαβάστε περισσότεραLAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pengelap adalah sejenis komponen yang bermotor dan mempunyai getah pengelap yang digunakan untuk mengelap cermin hadapan kereta. Terdapat beberapa jenis pengelap kereta,
Διαβάστε περισσότεραKalkulus Multivariabel I
Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah
Διαβάστε περισσότεραTAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA
TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA Pernyataan Masalah Sebelum/Semasa Melebihi Tempoh dan Bajet yang Ditetapkan Pembangunan
Διαβάστε περισσότεραCiri-ciri Taburan Normal
1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Projek yang akan dihasilkan adalah untuk mengekalkan kebersihan dalam landasan pintu gelongsor (sliding door railway). Pintu gelongsor menggunakan gerakan linear atau
Διαβάστε περισσότεραBAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila
Διαβάστε περισσότεραKeterusan dan Keabadian Jisim
Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep
Διαβάστε περισσότεραPERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari
PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-
Διαβάστε περισσότεραEPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi
EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi - Pengenalan - Skop Kajian Makroekonomi - Contoh Analisis Makroekonomi - Objektif Kajian Makroekonomi - Pembolehubah Makroekonomi - Dasar
Διαβάστε περισσότεραLATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR
1. a) Nyatakan dengan jelas Prinsip Archimedes tentang keapungan. b) Nyatakan tiga (3) syarat keseimbangan STABIL jasad terapung. c) Sebuah silinder bergaris pusat 15 cm dan tinggi 50 cm diperbuat daripada
Διαβάστε περισσότεραUnit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS
PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep-konsep asas litar elektrik, arus, voltan, rintangan, kuasa dan tenaga elektrik. Unit OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan
Διαβάστε περισσότεραTegangan Permukaan. Kerja
Tegangan Permukaan Kerja Cecair lebih cenderung menyesuaikan bentuknya ke arah yang luas permukaan yang minimum. Titisan cecair berbentuk sfera kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadu adalah kecil.
Διαβάστε περισσότεραBAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian
Διαβάστε περισσότεραSESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2
SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 TOPIK 4.0: KERJA, TENAGA DAN KUASA Kelas: DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): Di akhir LA ini, pelajar akan boleh: 1. Menerangkan
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal
Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal Abdul Basit Samat@Darawi & Sahilah Mohd Rodzi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
Διαβάστε περισσότεραBAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN MASALAH
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN MASALAH Sampah sudah menjadi isu menular pada masa kini, pengasingan yang sangat sukar mengakibatkan kebanyakkan masyarakat di Malaysia telah merungut tentang pembuangan
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 PENYATAAN MASALAH
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam perkembangan teknologi sudah berkembang pesat begitu juga teknologi penetesan yang telah sanggup menciptakan alat penetas buatan yang dikenali sebagai alat penetas
Διαβάστε περισσότεραSTQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.
STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan
Διαβάστε περισσότεραBAB 2 PEMACU ELEKTRIK
BAB 2 PEMACU ELEKTRIK PENGENALAN Kebanyakan perindustrian moden dan komersial menggunakan pemacu elektrik berbanding dengan pemacu mekanikal kerana terdapat banyak kelebihan. Di antaranya ialah : a) binaannya
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan
Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Mohd Nasir Bin Ripin & Ana Farina Binti Abdul Fatakh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENDAHULUAN. kebanyakkan pengguna motosikal lebih kerap mengunakan tongkat sisi kerana lebih
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Dalam mengejar era modenisasi kebanyakkan motosikal mempunyai dua sistem tongkat yang utama iaitu tongkat sisi dan tongkat tengah. Namun demikian kebanyakkan pengguna motosikal
Διαβάστε περισσότεραREKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal.
UNIT 10 REKABENTUK LITAR HIDRAULIK OBJEKTIF Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Merekabentuk
Διαβάστε περισσότεραSebaran Peluang Gabungan
Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,
Διαβάστε περισσότεραKajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM
Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM Nihra Haruzuan Bin Mohamed Said & Nurulhakimah Binti Embong
Διαβάστε περισσότεραPENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti
Διαβάστε περισσότεραKANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi
Διαβάστε περισσότεραKalkulus Multivariabel I
Fungsi Dua Peubah atau Lebih dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia 2015 dengan Dua Peubah Real dengan Dua Peubah Real Pada fungsi satu peubah f : D R R D adalah daerah asal (domain) suatu fungsi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis
Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Διαβάστε περισσότεραUNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat
Διαβάστε περισσότεραTahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains
Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains Seth Sulaiman & Mohd Zawawi Mohd Razali Fakulti Pendidikan,
Διαβάστε περισσότεραKatakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah
Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Abdul Hafiz Hj.Abdullah & Siti Fairuz Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραSTRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER
STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER Winda Tri Wahyuningtyas Gati Annisa Hayu Plate Girder Plate girder adalah balok besar yang dibuat dari susunan yang disatukan
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini menerangkan tentang latar belakang kajian projek yang dilakukan sama ada perlu atau tidak projek ini dilakukan. Sedikit demi sedikit huraian untuk pengetahuan
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk meningkatkan
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.
Perbandingan Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar Shahrin Bin Hashim & Herdy Bin Bailun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Διαβάστε περισσότεραKREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI
KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI Mohd Sahandri Gani Hamzah Saifuddin Kumar Abdullah Sarrunnida Ahmad Zaine Dewi Maharah Mohd Wahid Husni Zaim Khairun
Διαβάστε περισσότεραBab 3. Metodologi Kajian. Pendahuluan. pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan
Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan Bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan tentang reka bentuk
Διαβάστε περισσότεραFAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK UJIKAJI TAJUK : E : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H 1. Tujuan : 2. Teori : i. Mendapatkan lengkuk kemagnetan untuk satu
Διαβάστε περισσότεραSENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN
vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii
Διαβάστε περισσότεραSEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραRUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN
Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk
Διαβάστε περισσότεραPERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000
PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM 4+000 KM 7+000 LATAR BELAKANG TUJUAN DAN BATASAN MASALAH METODOLOGI PERENCANAAN HASIL Semakin meningkatnya
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam
Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Abdul Rahim Bin Hamdan & Nurul Aidayanti Binti Mohd Said Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Διαβάστε περισσότεραBAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar
Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar Azhar Muhammad & Shamsiah Abd Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains
Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail
Διαβάστε περισσότεραBAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,
BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam tentang reka bentuk kajian, memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data, teknik statistik
Διαβάστε περισσότεραPENGENALAN. 2. Memahami bahawa sebuah robot adalah merupakan salah satu unsur dalam satu sistem automasi.
JT609 / BAB 1 / 1 BAB 1 PENGENALAN OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Di akhir bab ini pelajar akan dapat: 1. Mengatahuii istilah dan terminologi dalam sistem robot 2. Memahami bahawa sebuah robot adalah merupakan
Διαβάστε περισσότεραKalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia
Kalkulus 1 Sistem Bilangan Real Atina Ahdika, S.Si, M.Si Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ
Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Kelas Pengajian Al-Qur an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan JAJ Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah & Nor Hidayah Binti Hamsur Fakulti Pendidikan Universiti
Διαβάστε περισσότεραInstitut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut
Διαβάστε περισσότεραartinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda
LAMPIRAN 48 Lampiran 1. Perhitungan Manual Statistik T 2 -Hotelling pada Garut Jantan dan Ekor Tipis Jantan Hipotesis: H 0 : U 1 = U 2 H 1 : U 1 U 2 Rumus T 2 -Hotelling: artinya vektor nilai rata-rata
Διαβάστε περισσότεραE513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1
E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1 BAB 2 : TUMBESARAN HABLUR DAN PENYEDIAAN WAFER OBJEKTIF : Di akhir pelalajaran ini pelajar akan dapat : a. Mentakrifkan istilah hablur tunggal, polihablur dan amorfus
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional
Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Kuala Selangor, Klang Dan Kuala Langat, Selangor Asnul Dahar Minghat & Hassan Samsuddin Fakulti
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : faktor, minat, matematik
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik
Διαβάστε περισσότεραBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Penghantaran makanan segera adalah perkhidmatan di mana satu rangkaian restoran yang menyampaikan makanan segera kepada pelanggan. Sesuatu pesanan yang biasanya dibuat
Διαβάστε περισσότεραTOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS
1.1 KUANTITI DAN UNIT ASAS Fizik adalah berdasarkan kuantiti-kuantiti yang disebut kuantiti fizik. Secara am suatu kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Untuk mengukur kuantiti fizik, suatu
Διαβάστε περισσότεραBahagian A [ 60 markah] Jawab semua soalan
Bahagian A [ 60 markah] Jawab semua soalan 1. Tandakan ( ) bagi cara pemakaian yang betul ketika di bengkel dan (x) yang salah pada petak yang disediakan. Memastikan rambut pendek, rapi dan kemas. Menanggalkan
Διαβάστε περισσότεραSESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH
SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH TOPIK 1.0: KUANTITI FIZIK DAN PENGUKURAN COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): Di akhir LA ini, pelajar akan boleh: CLO3: Menjalankan
Διαβάστε περισσότεραMatematika
Sistem Bilangan Real D3 Analis Kimia FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa D3 Analis Kimia angkatan
Διαβάστε περισσότεραMODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)
MODUL 3 [Kertas 2]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 2015 Muka Surat: 1 1. Selesaikan persamaan serentak yang berikut: MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini) 2x y = 1,
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : staf Maybank, system perbankan Islam
Persepsi Staf Maybank Taman Universiti Terhadap Penyertaan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sistem Perbankan Islam Hussin Salamon & Mohamad Ashrof Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
Διαβάστε περισσότεραBAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengarah, tahap pelaksanaan program PBE, tahap kesediaan kesediaan pensyarah dalam
Διαβάστε περισσότεραTINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).
II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Sistem Bilangan Riil Definisi Bilangan Riil Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur panjang, bersama-sama dengan negatifnya dan nol dinamakan bilangan
Διαβάστε περισσότεραKatakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar
Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia Lokman Bin. Mohd
Διαβάστε περισσότεραSEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia
SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Universiti Teknologi Malaysia 1 Pengenalan Selain daripada teknik pemodulatan amplitud, terdapat juga teknik lain yang menggunakan isyarat memodulat untuk mengubah
Διαβάστε περισσότερα