Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah)

Σχετικά έγγραφα
HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kalkulus Multivariabel I

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

Bab 1 Mekanik Struktur

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Kalkulus Multivariabel I

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

Matematika

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

Keterusan dan Keabadian Jisim

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Ciri-ciri Taburan Normal

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Sebaran Peluang Gabungan

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Jawi Bahasa Melayu PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Katakunci : salam, pelajar Islam

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

Transcript:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah) Penggal 3 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia. Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 TERHAD

Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu Senarai kandungan Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman. Penghargaan (a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah. (b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. 1.0 PENGENALAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep. 1.1 Latar Belakang (a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk. (b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan masalah atau isu kajian. (c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman. 1.2 Definisi Konsep Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat tokoh). Definisi daripada kamus tidak diterima. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian) Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: (a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan. (b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai. (c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja. (d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan, Apakah yang hendak membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik, dikaji? mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya. (e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Pernyataan objektif mesti mengandungi ayat pendahuluan Hasil kajian ini adalah untuk... Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan (a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk kajian) (b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya: (i) Untuk menambah dokumentasi (ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan Apakah kegunaan hasil kajian? (iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran (c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar. 2 TERHAD

4.0 SKOP KAJIAN Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian. Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal. Apakah yang ingin dibuat dalam kajian? 5.0 BATASAN KAJIAN (a) Pernyataan tentang had data (b) Batasan dari segi lokasi kajian (c) Batasan dari segi tempoh/masa (d) Batasan dari segi informan/responden/subjek: dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan 6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar) Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan. Kaedah Kepustakaan Kaedah kepustakaan merujuk kepada proses pelajar merujuk bahan bacaan di perpustakaan, pusat sumber, dan juga laman web yang tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang definisi istilah, konsep-konsep penting, dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan kajian pelajar. 6.1 Pengumpulan Data Apakah yang tidak ingin dibuat dalam kajian? Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan orang Negeri Sembilan. (a) Kaedah Lapangan (i) Teknik pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. (ii) Teknik temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut. (iii) Teknik soal selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. (iv) Teknik rakaman Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/subjek. 3 TERHAD Huraian kaedah kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.

(b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan (i) Teks lama (klasik) (ii) Teks moden (iii) Korpus (iv) Filem 6.2 Penganalisisan Data Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis data. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian. Huraian dapatan kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan. (a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian (b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan (c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak 8.0 RUMUSAN KAJIAN Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula. 9.0 PENUTUP (a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya (b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya BIBLIOGRAFI (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor) (a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1). (b) Pelajar hendaklah menyatakan tiga hingga lima rujukan sahaja. (c) Bibliografi boleh terdiri daripada (i) buku (ii) artikel (iii) sumber Internet (d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi (i) nama penulis/pengarang (ii) tahun/tarikh *Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia (e) Penggunaan Internet terhad kepada dua sumber sahaja NOTA AKHIR (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor) LAMPIRAN (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor) Peringatan: Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL. Catatan: Untuk contoh penulisan esei ilmiah, rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3. 4 TERHAD

Lampiran 1 PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI 1. Karya Penulis Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Bilangan jilid (e) Edisi dan terbitan (f) Tempat terbit (g) Nama penerbit Contoh: Oleh seorang penulis A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh dua orang penulis Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh tiga orang penulis Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis 2. Karya Terjemahan Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan. (a) Nama penterjemah (b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung Contoh: Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris) 5 TERHAD

3. Kamus dan Ensiklopedia Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Judul (b) Jilid (c) Tahun (d) Edisi dan cetakan (e) Tempat terbit Contoh: Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama negeri (b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa (c) Tahun terbit (d) Judul (e) Tempat terbit (f) Nama penerbit Contoh: 5. Majalah Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul majalah (e) Bilangan keluaran (f) Jilid (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Kemala. Gagasan Hadiah Sastera ASEAN dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac 1977. 6 TERHAD

6. Jurnal Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya (e) Jilid (f) Bilangan keluaran (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Abdullah Yusoff. Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995. Za ba, Modern Development dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940. 7. Surat khabar atau Buletin Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Nama surat khabar atau buletin (e) Tarikh terbit 8. Monograf Contoh: Zaharuddin Mohd. Ali. PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995. Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Nama siri (e) Jilid (f) Bilangan (g) Tempat terbit (h) Penerbit Contoh: Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3). 7 TERHAD

8. Latihan Ilmiah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Peringkat pengajian (e) Tempat Contoh: Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan Meditasi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 9. Kertas Data Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Tempat (f) Bentuk bahan dalam tanda kurung Contoh: Sanat Md. Nasir, 1979. Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar Keseringan dan Struktur. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Stensilan). 10. Kertas Kerja Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel (f) Tempat (g) Tarikh Contoh: Othman Putih, 1991. Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah Masa Depan. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. 8 TERHAD

11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama pensyarah (b) Tahun (c) Tajuk (d) Sumber nota (e) Tempat (f) Tarikh Contoh: Artwood, Joyce, 1986. Editors in Publishing. Kumpulan nota ceramah yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986. 12. Wawancara Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Bahan berakam Contoh: (b) Bahan tidak berakam Contoh: Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. 13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD) Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Tajuk (b) Tahun (c) Bentuk bahan dalam tanda kurung (d) Nama pengarah (e) Tempat terbit (f) Penerbit (g) Bilangan bahan (h) Tempoh (i) Lokasi Contoh: Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:vhs. Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M) Sdn. Bhd. Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur: EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min. 9 TERHAD

14. Bahan Internet Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama pengarang (b) Tahun (c) Tarikh dicapai (d) Alamat laman sesawang Contoh: Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012, daripada http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalambahasa-sunda-2/ Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841 1941. Sosiohumanika 3(2): 219 242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/file/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf 15. Contoh Penulisan Bibliografi BIBLIOGRAFI Buku Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal/Makalah dalam Jurnal: Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75 99. Bahan Internet: Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012, daripada http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-bahasa-sunda-2/ 10 TERHAD

Lampiran 2 CONTOH ESEI 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5) TAJUK PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, DAN ANGKA GILIRAN CALON 2. HASNIDA BT HARON 940115-04-5192/SJ1021 1001 3. ARBAIYAH BT HJ ZULKIFLI 940825-11-5432/SJ1021 1002 4. HARON BIN ABU KASSIM 940202-46-5431/SJ1021 1003 5. KAMARIAH BT AHMAD 940126-43-5664/SJ1021 1004 ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON SEKOLAH MENENGAH TANJUNG PUTERI, 80500 JOHOR BAHRU NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH MARKAH 11 TERHAD

TAJUK KAJIAN: PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN 12 TERHAD

SENARAI KANDUNGAN Penghargaan i 1.0 Pengenalan 2 1.1 Latar Belakang 2-3 1.2 Definisi Konsep 3-4 2.0 Objektif Kajian 4 3.0 Kepentingan Kajian 4 4.0 Skop Kajian 5 5.0 Batasan Kajian 5 6.0 Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan Data 6.2 Mengumpulkan Data 6.3 Menganalis Data 5 6 6-8 7.0 Dapatan Kajian 7.1 Vokal depan sempit [i] 7.2 Vokal depan separuh sempit [e] 7.3 Vokal depan luas [a] 7.4 Vokal tengah [ə] 7.5 Vokal belakang sempit [u] 7.6 Vokal belakang separuh sempit [o] 9-10 10 11 12 12 13 8.0 Rumusan Kajian 13 9.0 Penutup 14 Bibliografi 15 Lampiran Lampiran I Lampiran II Lampiran III 16 17 18 i 13 TERHAD

PENGHARGAAN Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurnianya, penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Penyelidik juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kelas Mawar, Encik Hassanuddin Othman, yang telah banyak meluangkan masa untuk membantu penyelidik menyiapkan kajian ini sehingga selesai. Kepada Allah penyelidik memohon agar beliau diberikan balasan yang sebaik-baiknya. Penyelidik juga mengucapkan terima kasih kepada informan-informan untuk kajian ini. Tidak lupa, penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penyelidik yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan latihan ilmiah ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian dialek. Hasnida bt Haron Arbaiyah Hj Zulkifli Kamariah Ahmad Haron Abu Kassim September 2013 ii 14 TERHAD

1.0 PENGENALAN Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam bahasa Melayu dan dialek Negeri Sembilan, serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Setiap bahasa mempunyai dialek daerahnya yang tersendiri. Dialek daerah merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan kelainan pertuturan antara kumpulan masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan pemastautinan kumpulan penutur yang berbeza. Kelainan itu melibatkan beberapa aspek bahasa, termasuk aspek sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut. Catatan: Lanjutkan bahagian ini dengan kutipan/petikan pendapat tokoh tentang perbezaan atau kelainan yang dimaksudkan dan juga tentang keterangan dialek Negeri Sembilan. Kemudian buat rumusan sendiri mengenainya.) Catatan: Bahagian ini perlu diakhiri dengan kenyataan yang menuju ke arah pernyataan masalah/isu/persoalan kajian. Contoh 1: Pada hakikatnya, dalam penggunaan bahasa yang sebenar, wujud percampuradukan antara sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan dialek. Untuk mengelakkan keadaan tersebut, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali dibuat kajian tentang perbezaan antara kedua-duanya agar penutur dapat mengetahui sebutan baku yang sebenar dan apabila bertutur dalam konteks formal, dia tidak terpengaruh oleh dialek daerah.) Contoh 2: Kelainan sebutan, sama ada antara dialek daerah dengan bahasa Melayu baku atau antara beberapa dialek itu sendiri merupakan sesuatu yang unik bagi bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali kajian 2 15 TERHAD

dilakukan untuk memperlihatkan kelainan-kelainan tersebut agar hasilnya dapat diketengahkan bagi makluman mereka yang berminat dalam bidang kajian dialek.) 1.2 Definisi Konsep Menurut Asmah Hj Omar (2008), dialek dimaksudkan kepada variasi bagi sesuatu bahasa yang... Bahasa baku ialah satu variasi bahasa yang telah dikodifikasikan atau diseragamkan... Sebutan baku bahasa Melayu ialah satu bentuk sebutan yang telah diseragamkan, iaitu sebutan sesuatu bunyi atau fonem itu adalah sebagaimana lambang fonetiknya. Sebagai contoh, bunyi /u/ dalam perkataan /buluh/ dibunyikan sebagai [buluh], bukan [buloh]. Menurut Raja Mukhtaruddin...bunyi vokal ialah... Menurut Yunus Maris pula, vokal... Mengikut... Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa vokal dapat didefinisikan sebagai bunyi yang dihasilkan dengan... (Catatan: Dapatkan kutipan definisi daripada tokoh dalam bidang fonologi sebelum membuat rumusan sendiri) 16 TERHAD 3

Variasi bebas merujuk kepada dua bunyi vokal yang penggunaannya boleh bertukar ganti dalam satu pasangan minimal, misalnya bagi perkataan agama, ada penutur yang menyebutnya sebagai [agama], dan [ugama] tetapi maksudnya sama. Ini bermakna, dalam konteks itu vokal [a] dan [u] bervariasi bebas. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk (a) mengumpul data tentang sebutan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan, (b) membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan dialek Negeri Sembilan berdasarkan kehadirannya dalam suku kata/perkataan, (c) menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek Negeri Sembilan. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk (a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Negeri Sembilan dengan sebutan bahasa Melayu baku, (b) menambah dokumentasi tentang kajian dialek, (c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu secara formal tetapi memperlihatkan pengaruh dialek Negeri Sembilan. 4 17 TERHAD

4.0 SKOP KAJIAN Kajian ini berfokus kepada penyebutan enam bunyi vokal bahasa Melayu baku mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan. Sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan, vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji. 5.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Seremban. Oleh itu, sebutan itu tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek Negeri Sembilan yang pada hakikatnya berbeza-beza mengikut daerah pemastautinan. Informan juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan. Oleh itu, sebutan yang setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Sembilan yang tidak terdedah kepada bahasa baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan telah terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain. 6.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian. 6.1 Mendapatkan Data Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidik mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Sembilan. Informan diminta menyebut beberapa perkataan yang penyelidik senaraikan, iaitu yang mengandungi vokal-vokal yang berbeza, dan sebutan itu mengikut dialek mereka. Mereka juga diminta berbual dalam dialek Negeri Sembilan. Penyelidik merakamkan sebutan dan juga perbualan itu. 5 18 TERHAD

6.2 Mengumpulkan Data Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan sebutan perkataan yang mengandungi vokal-vokal tersebut dalam bentuk ejaan Rumi dan dalam transkripsi fonetik. 6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan semua vokal dalam bahasa Melayu, iaitu vokal [i], [e], [a], [ə], [u], dan [o]. Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang berikut. sempit [i] Depan Tengah Belakang sempit [u] separuh sempit [e] ə separuh sempit [o] separuh luas [ɛ] separuh luas [ɔ] luas [a] Rajah jenis-jenis vokal Rajah di atas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian depan lidah manakala yang di sebelah kanan ialah belakang lidah. Bahagian yang bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat dan bukaan antara rahang. 6.3.1 Vokal depan sempit [i] Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit keras tetapi tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar 6 19 TERHAD

melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang adalah sempit manakala keadaan bibir terhampar. 6.3.2 Vokal depan separuh sempit [e] Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan bunyi [i]. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi [i] manakala keadaan bibir terhampar. 6.3.3 Vokal depan luas [a] Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendahrendahnya. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas daripada semasa menghasilkan bunyi [ε] manakala keadaan bibir antara bundar dan terhampar. 6.3.4 Vokal tengah [ə] Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan separuh sempit. Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan, manakala keadaan bibir neutral. 6.3.5 Vokal belakang sempit [u] Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar 7 20 TERHAD

melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit. 6.3.6 Vokal belakang separuh sempit [o] Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit. Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu dicatatkan perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut susunan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan yang berbeza dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan ejaannya, transkripsi fonetik sebutan bakunya dan sebutannya mengikut dialek daerah Negeri Sembilan. Dengan demikian, perbezaan sebutan itu dapat dilihat dengan jelas. 8 21 TERHAD

7.0 DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Sembilan. 7.1 Vokal depan sempit [i] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku ikan [ikan] ikut [ikut] itu [itu] ini [ini] sakit [sakit] kulit [kulit] polis [polis] habis [habis] tulis [tulis] cili [cili] tapi [tapi] keli [keli] dia [dia] Sebutan dialek [ikan] [ikuiʸt] [tu] [ni] [sakiʸt] [kuliʸt] [pɔlih] [habeh] [tuleh] [ladɔ]* [tapi] [semilaŋ]* [diɔ] Jadual 1: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit *Penutur dialek Negeri Sembilan menyebut cili sebagai lada dan ikan keli sebagai ikan semilang. Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa (jelaskan dapatan kajian). Contoh : sebutan vokal [i] pada awal dan tengah suku kata dalam dialek N 9 adalah sama dengan sebutan bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun, dalam suku kata tertutup pada akhir perkataan, sebutannya berbeza. Jika suku kata akhir tertutup itu diakhiri oleh bunyi [t] bunyi [i] disebut dengan artikulasi tambahan [ʸ]. Jika suku kata itu diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut sebagai [e], kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas. 9 22 TERHAD

Bagi vokal [i] yang terdapat pada awal sesetengah perkataan, bunyi itu gugur, misalnya [itu] disebut sebagai [tu] dan [ini] disebut sebagai [ni] sahaja. 7.2 Vokal depan separuh sempit [e] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku elak [elaʔ] ekor [ekor] esok [esoʔ] leher [leher] selekeh [səlekeh] tengok [teŋoʔ] boleh [boleh] kes [kes] kole [kole] tele [tele] ole-ole [oleole] Sebutan dialek [ɛlaɂ] [ɛkɔ] [ɛsɔʔ] [lɛhɛ] [səlɛkɛh] [tɛŋɔʔ] [buleh] [kɛs] [kɔlɛ] [tɛlɛ] [olɛolɛ] Jadual 2: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit Jadual 2 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian) 10 23 TERHAD

7.3 Vokal depan luas [a] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku air [air] abu [abu] tumbang [tumbaŋ] emak [əmaʔ] ombak [ombaʔ] tongkang [toŋkaŋ] ikan [ikan] engkau [əŋkau] ubat [ubat] buat [buat] tempat [təmpat] sempat [səmpat] ketua [ketua] kuda [kuda] lada [lada] apa [apa] bangsa [baŋsa] Sebutan dialek [aɛ] [abu] [tombaŋ] [ɔmaʔ] [ɔmbaʔ] [toŋkaŋ] [ikan] [ɛkau] [ubɛʔ] [buɛʔ] [tompɛʔ] [sompɛʔ] [kətuɔ] [kudɔ] [ladɔ [apɔ] [baŋsɔ] Jadual 3: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan luas Berdasarkan jadual di atas nyata bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a] dalam dialek Negeri Sembilan berbanding dengan sebutan baku dalam kedudukan tertentu, iaitu (jelaskan dapatan kajian) 11 24 TERHAD

7.4 Vokal tengah [ə] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku engkau [əŋkau] emak [əmaʔ] empat [əmpat] beli [bəli] pedas [pədas] perut [pərut] ketua [kətua] bersih [bərsih] semilang [səmilaŋ] tempat [təmpat] kempis [kəmpis] Sebutan dialek [ɛkau] [ɔmaɂ] [ɔmpɛʔ] [bɔli] [pɔdɛh] [pɔɣot] [kətuɔ] [bəɣosɛh] [səmilaŋ] [tɔmpɛɂ] [kɔmpih] Jadual 4: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah Berdasarkan jadual di atas (jelaskan dapatan kajian) 7.5 Vokal belakang sempit [u] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku ubat [ubat] ular [ular] juga [juga] buat [buat] dua [dua] rasuah [rasuah] bumbung [bumbuŋ] salur [salur] perut [pɔrut] ikut [ikut] batu [batu] sapu [sapu] itu [tu] Sebutan dialek [ubɛɂ] [ula] [jugaʔ] [buɛʔ] [duɔ] [rasuah] [bumbɔŋ] [salɔ] [pɔɣot] [ikut] [batu] [sapu] [tu] Jadual 5: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit Hasil pemerhatian terhadap Jadual 5, didapati bahawa (jelaskan dapatan kajian) 12 25 TERHAD

7.6 Vokal belakang separuh sempit [o] Penyebutannya: Perkataan sebutan baku ombak [ombaʔ] ole-ole [ole-ole] orang [oraŋ] kotor [kotor] esok [esoʔ] ekor [ekor] boleh [boleh] polis [polis] tolong [toloŋ] tengok [teŋoʔ] bongkar [boŋkar] tongkang [toŋkaŋ] teko [teko] polo [polo] Sebutan dialek [ɔmbaɂ] [ole-ole] [oɣaŋ] [kotɔ] [esɔʔ] [ɛkɔ] [bulɛh] [pɔlih] [tɔlɔŋ] [tɛŋɔʔ] [bɔŋka] [tɔŋkaŋ] [tɛkɔ] [pɔlɔ] Jadual 6: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh sempit Jadual 6 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian) 8.0 RUMUSAN KAJIAN Rumusannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan vokal-vokal bahasa Melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokal dalam kedudukan yang berbeza, seperti (Lanjutkan huraian dengan memberikan penjelasan dan contoh mengikut kedudukan dalam suku kata/perkataan) Ternyata bahawa terdapat.(jumlah vokal- tunjukkan vokalnya) dalam dialek Negeri Sembilan berbanding dengan hanya enam vokal dalam sebutan bahasa Melayu baku. 13 26 TERHAD

9.0 PENUTUP Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. yang dituturkan di Negeri Sebenarnya, setiap dialek mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa yang menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Negeri Sembilan, tetapi juga dalam dialek-dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang seperti ini akan diteruskan. 14 27 TERHAD

BIBLIOGRAFI Asmah Hj Omar... Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2). Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain Yunus Maris Kamus Linguistik (senaraikan bibliografi lain yang digunakan dalam rujukan) 15 28 TERHAD

Lampiran I Senarai nama informan Informan 1 Nama: Siti Aminah binti Musa Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar IPTS Informan 2 Nama: Adam Amin bin Samad Umur: 20 tahun Pekerjaan: Sendiri Informan 3: Nama: Salmi Aishah binti Ahmad Shuib Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar IPTS Informan 4: Nama: Khatijah binti Mohd Kamil Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar IPTS 29 TERHAD 16

Senarai perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang disebut oleh informan Vokal [i] ikan sakit cili ikat kulit keli Lampiran II Vokal [e] elak leher kole ekor selekeh tele Vokal [a] air bangsa ketua abu tumbang kuda Vokal [ə] engkau tempat emak lemas Vokal [u] ubat bumbung batu ular salur sapu Vokal [o] ombak bongkar teko ole-ole tongkang polo 30 TERHAD 17

Lampiran III Transkripsi fonetik daripada rakaman perbualan informan Rakaman 1 [ɔmak] [dɛn] [bɔli] [ikan] [səmilaŋ] [tapi] [dɛn] [taɂ] [makan] [pɔdɛh] [baɲaɂ] [ladɔ] [sakiʸt] [pɔɣut] [nanti] [kənɔ] [makan] [ubɛk] [dɛn] [taɂ] [sukɔ] [mɔh] [maen] [pɔlɔ] [dɛn] [taɂ] [pɔnah] [maen] [ɛkau] [baŋsɔ] [apɔ] [tu] [pɔn] [taɂ] [pɔnah] [maen] [ɛkau] [la] [kətuɔ] Rakaman 2 [manɔ] [kɔlɛ] [aɛ] [salo] [bumboŋ] [bɔcɔ] [kotɔ] [tɔmpɛk] [ni] [sapu] [bəɣoseh] [bəɣoseh] [esɔɂ] [dɛn] [bawaɂ] [ɛkau] [gi] [pantai] [ɛkau[ [kan] [sukɔ] [dɔŋa] [ɔmbaɂ] [bulɛh] [tɛŋɔɂ] [tɔŋkaŋ] Rakaman 3 [pɔlih] [tu] [naɂ] [bɔŋka] [jugaɂ] [kɛs] [rasuah] [kɛk] [tɔmpeɂ] [diɔ] [tapi] [taɂ] [sɔmpɛɂ] [diɔ] [sakiʸt] [kɔnɔ] [buɛɂ] [oɣaŋ] [abɛh] [kuliʸt] [diɔ] [kawan] [kawan] [sumɔ] [cubɔ] [ɛlaɂ] [jumpɔ] [diɔ] [daɣi] ] [tadi] [bəcakap] [dɛn] [dahagɔ] [tɔlɔŋ] [buɛɂ] [aɛ] [tɛ] [apɔ] [adɔ] [dalam] [bɛg] [tu] [kɔmpih] [je] Rakaman 4 [diɔ] [naɂ] [bɔli] [duɔ] [ɛkɔ] [kudɔ] [gilɔ] [abɛh] [tumbaŋ] [pɔkɔɂ] [kɛɂ] [dɔpan] [tu] [nanti] [dɛn] [nampaɂ] [ula] [kɛɂ] [tɔpi] [batu] [warne] [golap] [macam] [abu] [tɛŋɔɂ] [sampai] [sakiʸt] [lɛhɛ] [apɔ] [pasal] [ɛkau] [taɂ] [bawaɂ] [baliʸɂ] [bulɛh] [buwat] [olɛ] [olɛ] [masɔɂ] [dalam] [tɛkɔ] [ɛkau] [mɛmaŋ] [gilɔ] [lɔpɛh] [ni] [jaŋan] [ikut] [manɔ] [dɛn] [naɂ] [poi] 18 31 TERHAD

CONTOH ESEI 2 Lampiran 3 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5) TAJUK NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, DAN ANGKA GILIRAN CALON DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN, DAN FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK 1. HAMZAH BIN ZULKIFLI 940530-09-5191/SP1053 1020 2. ARMANDA ZARRA BT AHMAD ZAIN 940808-04-5402/SP1053 1021 3. DANNIA BT MAHMUD 940610-46-5454/SP1053 1040 4. FAIZAL BIN MOHD 940505-08-5033/SP1053 1045 ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON SEKOLAH MENENGAH TELUK NIPAH, 11800 PULAU PINANG NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH MARKAH 32 TERHAD

TAJUK KAJIAN: DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN, DAN FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK 33 TERHAD

Penghargaan 1.0 Pengenalan SENARAI KANDUNGAN Halaman ii 1.1 Latar Belakang 2 1.2 Definisi Konsep 2 2.0 Objektif Kajian 2 3.0 Kepentingan Kajian 3 4.0 Skop Kajian 3 5.0 Batasan Kajian 4 6.0 Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan Data 4 6.2 Mengumpulkan Data 5 6.3 Menganalisis Data 6 7.0 Dapatan Kajian 7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik 6 7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 7-9 7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik 9-12 8.0 Rumusan Kajian 13 9.0 Penutup 13 Bibliografi 14 Nota Akhir 14 Lampiran Lampiran 1 14 Lampiran 2 14 i 34 TERHAD

PENGHARGAAN Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami ingin merakamkan ucapan setinggitinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam Atas Kelas Mawar, Encik/Puan... yang telah banyak meluangkan masa membantu kami menyiapkan kajian ini sehingga selesai. Kami memohon kepada Allah agar beliau diberikan balasan yang sebaikbaiknya. Kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas dan individu di institusi yang dikunjungi oleh pihak kami sewaktu mendapatkan bahan untuk menyelesaikan penulisan ini. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan penulisan esei ilmiah ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian laras bahasa Melayu lama. Hamzah bin Zulkifli Armanda Zarra bt Ahmad Zain Dannia bt Mahmud Faizal bin Mohd September 2013 ii 35 TERHAD

1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian ini berfokus terhadap bahasa Melayu Klasik, yakni sejenis variasi bahasa Melayu yang wujud akibat perkembangan masa. Bahasa Melayu mengalami evolusi tertentu sebelum mencapai tahap kewujudan bahasa Melayu kini. Salah satu tahap perkembangan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu kuno yang beralih kepada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu Klasik merupakan salah satu tahap perkembangan bahasa Melayu yang... (salah satu permasalahan kajian ialah walaupun bahasa Melayu klasik sering dianggap sebagai salah satu tahap yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu, namun begitu huraian bahasa ini secara terperinci tidak begitu banyak dibuat oleh pengkaji terdahulu). 1.2 Definisi Konsep Bahasa Melayu ialah sejenis variasi bahasa yang dituturkan oleh... Bahasa Melayu klasik ialah sejenis variasi kepada bahasa Melayu yang terhasil akibat perubahan masa. Bahasa ini... 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk meninjau bahan bertulis, mengumpul data tentang bahasa Melayu klasik dan: (a) menghuraikan definisi bahasa Melayu klasik; (b) menghuraikan tahap perkembangan bahasa Melayu klasik; dan (c) mengenal pasti dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. 36 TERHAD 2

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah: (a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup, definisi dan fungsi bahasa Melayu klasik. (b) Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan bahasa Melayu klasik sebagai rujukan kepada para pembaca dan pengkaji yang akan datang. (c) Untuk menyediakan panduan yang dapat dijadikan rujukan dalam proses pengajaran berkaitan bahasa Melayu klasik. (d) Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik. 4.0 SKOP KAJIAN Fokus kajian ini ialah kepada bahasa Melayu klasik, iaitu salah satu laras bahasa Melayu yang wujud berdasarkan perkembangan masa. Aspek yang diberikan tumpuan ialah definisi, tahap perkembangan, dan fungsi-fungsi laras bahasa ini pada zamannya. Definisi bahasa Melayu klasik dihuraikan berdasarkan empat aspek, iaitu zaman, pengaruh, proses pengislaman dan aksara. Tahap perkembangan bahasa Melayu klasik akan meninjau dan mengupas perkembangan bahasa ini pada tahap permulaan, perkembangan, kegemilangan, dan peralihannya. Fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik berfokus kepada perbincangan peranan bahasa Melayu klasik sebagai lingua franca, bahasa perhubungan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa penulisan dan kesusasteraan dan fungsi lain... 3 37 TERHAD

5.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik sahaja. Oleh itu, kajian ini tidaklah menggambarkan secara keseluruhan tahap perkembangan bahasa Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu. Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ini juga hanya dilakukan terhadap sumber bertulis sebab mustahil untuk mendapatkan data lisan sebab kewujudan bahasa Melayu klasik yang sudah lama berlaku, iaitu sekitar abad ke- 11 hingga abad ke-13. 6.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan sebegini lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu, terutamanya sains sosial. Kajian yang menerapkan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mentafsir dan mengupas fenomena sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia dan masyarakat (Sarjit Singh & Zahid Emby, 2010:73). Pendekatan sebegini bermatlamat untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang tingkah laku manusia dan faktor yang mendorong manusia bertindak sebegitu. Berlatar belakangkan suasana dan keadaan semula jadi, pendekatan ini cuba mendapatkan gambaran menyeluruh sesebuah kajian. 6.1 Mendapatkan Data Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti perpustakaan, bilik sumber, arkib, laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis untuk memperoleh maklumat. 38 TERHAD 4

6.2 Mengumpulkan Data Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kajian kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku, tulisan ilmiah, jurnal, makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain yang terdapat di perpustakaan, bilik sumber, arkib, dan sumber lain. Pembacaan ini merupakan cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan maklumat tentang bahasa Melayu klasik. Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku, tulisan ilmiah, jurnal, makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat ialah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense dan laman lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat untuk melakukan kajian pustaka, seperti mendapatkan maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran. Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad, yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan dengan bahasa Melayu klasik dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini. Semua maklumat bertulis, khususnya maklumat tentang bahasa Melayu klasik yang diperoleh menerusi tinjauan terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik sumber, arkib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemui akan dijadikan sebagai asas kepada penulisan kajian ini. 39 TERHAD 5

6.3 Menganalisis Data Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti yang dibincangkan di atas akan digunakan untuk menuliskan tiga aspek bahasa Melayu klasik yang dikaji, iaitu definisi bahasa Melayu klasik, tahap perkembangan bahasa Melayu klasik dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu definisi, tahap perkembangan, dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan tiga aspek ini: 7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik Ada empat cara untuk mendefinisikan bahasa Melayu klasik, iaitu: 7.1.1 Definisi berdasarkan zaman kewujudannya 7.1.2 Definisi berdasarkan pengaruh Arab dan Islam 7.1.3 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang mengalami proses pengislaman (berkaitan dengan konsep jawi sama ada dari segi manusia atau tulisan) 7.1.4 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang sudah mengenali huruf atau aksara dan kegiatan penulisan bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan yang membentuk konsep baku dalam bahasa Melayu. 40 TERHAD 6

7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 7.2.1 Peringkat Permulaan Bahasa Melayu Klasik Pada abad ke-13 pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan di Nusantara yang turut sama membawa kepada perkembangan penggunaan bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan bahasa Arab dan penggunaan tulisan Jawi menggunakan huruf Arab. Akibatnya, berlaku satu lagi tahap evolusi terhadap bahasa Melayu, yakni bahasa Melayu berkembang pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi malah bahasa-bahasa dari Barat, seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris turut mempengaruhi perkembangan bahasa ini pada waktu itu. Bahasa Melayu pada ketika ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik kerana mempunyai aksara Jawi. Menurut Ismail Hussein (1984: 25), bahasa Melayu klasik bermula pada sekitar abad ke-13 dan ke-14, iaitu beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bahan bukti yang pertama menunjukkan penggunaan bahasa Melayu klasik di Nusantara ialah cacatan yang ditemui pada Batu Bersurat Sungai Teresat di Kampung Buloh, Kuala Berang (Batu Bersurat Terengganu). Menurut Syed Mohammad Naquid al-attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masehi. Kebanyakan sarjana bahasa berpendapat bahawa bahasa yang terdapat pada prasasti ini menyemai bahasa Melayu klasik yang dimuatkan dalam Sejarah Melayu. Penggunaan tulisan ini menjadi titik tolak kepada permulaan zaman bahasa Melayu klasik. Selain itu, prasasti yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik juga ditemui di Kedah, Kelantan, Perak, 41 TERHAD 7

Pahang, Negeri Sembilan, dan Sumatera, iaitu di Jambi, Riau, Acheh dan Sumatera Selatan (Amat Juhari Moain, 1994). Oleh itu, jelaslah bahawa bahasa Melayu klasik mula digunakan pada sekitar abad ke-14 sehingga ke awal abad ke-19. 7.2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Pada tahap ini, perkembangan bahasa Melayu klasik yang bermula dengan penggunaan tulisan jawi dipengaruhi pula oleh bahasa dari Barat, seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Perkembangan ini menyebabakan bahasa Melayu sekali lagi bertembung dengan bahasa dan kebudayaan lain yang mendatangkan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu klasik. Perkembangan ini mula berlaku pada sekitar abad ke-15. Menurut Amat Juhari Moain (1992: 1062), tulisan rumi yang digunakan oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi merupakan tulisan rumi yang digunakan pada kali pertama setelah Melaka ditawan Portugis. Pada tahun 1521 seorang penggembara Itali, iaitu Antonio Pigafetta membuat cacatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanan bahasa Itali. 7.2.3 Peringkat Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu klasik mengalami zaman kegemilangan menerusi tiga zaman, iaitu zaman kerajaan Melaka, Acheh dan kerajaan Johor-Riau. Terdapat beberapa pengaruh dan faktor yang menyebabkan pencapaian ini. Antaranya, ialah... 42 TERHAD 8

7.2.4 Peringkat Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden Pada awal sekitar abad ke-19 bahasa Melayu Moden mula mengambil alih kedudukan dan fungsi bahasa Melayu klasik. Keadaan ini ditandai oleh hasil karangan tulisan Abdullah Munsyi. Zaman Abdullah Munsyi bolehlah dianggap sebagai zaman peralihan daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden. Zaman bahasa Melayu moden sebenarnya bermula pada awal abad ke-20, yakni setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan. 7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik 7.3.1 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Lingua Franca Bahasa lingua franca ialah bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan berkomunikasi dalam kalangan masyarakat yang berlainan bahasa ibundanya. Di Melaka pada ketika ini mempunyai 84 bahasa dan bahasa Melayu klasik dijadikan sebagai bahasa lingua franca oleh penutur bahasa yang berlainan ini. Bahasa Melayu klasik menjadi lingua franca dalam pelbagai kegiatan penduduk pada masa ini. Contohnya, dalam aktiviti perniagaan, perdagangan, perbualan dan penyebaran agama Islam. Seterusnya, ketika zaman kerajaan Melaka bahasa Melayu klasik menjadi bahasa lingua franca dalam perhubungan Melaka dengan negeri lain yang mempunyai urusan dengannya. Dalam keadaan ini bahasa Melayu klasik menjadi lingua franca melalui pengunaannya dalam surat yang dihantar 43 TERHAD 9

oleh negeri Melaka ke negeri lain. Dalam hubungan negeri Melaka dengan negeri yang lebih bertaraf, Melaka akan menghantar ufti dan surat sembah. Surat salam akan dikirimkan kepada negeri yang setaraf dengan Melaka dan Melaka akan menerima surat sembah dari negeri yang berada di bawah naungannya. Surat neutral akan diberikan kepada negeri yang bermusuhan dengan negeri Melaka. Selain itu, terdapat juga surat dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis kepada pemerintah di luar dari Nusantara dan surat izin berdagang. Contohnya, surat Melayu terawal dari Ternate ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal John III yang bertarikh 1521 dan 1522. Kemudian surat Melayu... 7.3.2 Bahasa Melayu Klasik sebagai Bahasa Hubungan dalam Masyarakat Melayu Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa perhubungan dalam masyarakat Melayu dikenali dengan wujudnya bahasa dalam dan bahasa luar. Hal ini bermakna wujudnya kelas bahasa tertentu dalam bahasa Melayu klasik, iaitu bahasa yang digunakan oleh golongan pemerintah atau bangsawan dan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa. Bahasa yang digunakan oleh pemerintah atau bangsawan dianggap sebagai bahasa dalam, bahasa istana atau bahasa tinggi. Bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa pula dikenali sebagai bahasa luar, bahasa biasa atau bahasa rendah. Golongan rakyat biasanya menggunakan bahasa luar ini sesama rakyat sahaja ketika berkomunikasi. Lazimnya bahasa Melayu klasik yang dikenali sebagai 44 TERHAD 10

bahasa luar terdiri daripada dialek Melayu tempatan di negeri-negeri Melayu. Bahasa dalam pula digunakan oleh raja untuk berkomunikasi dengan rakyat dan digunakan oleh rakyat untuk berkomunikasi dengan raja. Contohnya, di dalam Hukum Kanun Melaka telah termaktub undangundang berkaitan dengan hal ini, iaitu seseorang yang hendak mengadap Sultan mestilah bercakap bahasa dalam (atau dikenali sebagai bahasa istana). 7.3.3 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Undang-undang Negeri Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa undang-undang negeri terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis yang menggunakan bahasa Melayu klasik ialah Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua undangundang adat ini dihafal oleh Ketua Adat masing-masing. Contoh undangundang bertulis yang menggunakan bahasa Melayu klasik ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah dan lain-lain. 7.3.4 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Ilmu Pengetahuan Bahasa Melayu klasik yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan terlihat pada zaman Acheh. Zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan keintelektualan Melayu yang memperlihatkan cendekiawan Melayu menghasilkan karya ilmu dalam bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pengantar di institusiinstitusi pendidikan tertentu dan digunakan untuk penyebaran agama 45 TERHAD 11

Islam. Pada ketika ini juga bahasa Melayu klasik menjadi bahasa yang digunakan dalam kalangan sarjana dan cendekiawan. Antara tokoh yang menggunakan bahasa Melayu klasik pada ketika ini ialah Hamzah Fansuri dan Syed Nuruddin al-raniri. 7.3.5 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Penulisan dan Kesusasteraan Bertulis (Kitab dan Buku) Bahasa Melayu Klasik juga digunakan untuk menghasilkan kesusasteraan bertulis, seperti kitab dan buku tertentu. Hal ini terbukti dengan terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa Melayu. Karya-karya bahasa Melayu klasik dihasilkan untuk tujuan tertentu, seperti digunakan untuk menguatkan semangat rakyat ketika menghadapi peperangan dan sebagai sumber hiburan kepada rakyat untuk melepaskan tekanan dan merehatkan diri mereka. Karya-karya sastera yang menggunakan bahasa Melayu klasik terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu karya sastera asli, karya saduran (lagenda Islam), karya terjemahan, cerita sezaman dengan Nabi Muhammad (Hikayat Muhammad Hanafiah), cerita berbingkai (Hikayat Bayan Budiman), ketatanegaraan (Taj-us Salatin), lagenda Islam, tokoh (Hikayat Zulkarnain) dan Nabi Muhammad dan keluarga (Hikayat Nabi Bercukur). 7.3.6 Fungsi-fungsi Lain (jika ada) Pelajar boleh menghuraikan fungsi lain sekiranya mereka menemui maklumat tentang fungsi tersebut. 12 46 TERHAD