PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM METODOLOGI PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN TERHADAP GURU-GURU TAKMIR DI NEGERI JOHOR

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kalkulus Multivariabel I

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : faktor, minat, matematik

Bab 1 Mekanik Struktur

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Ciri-ciri Taburan Normal

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH SWT NADI PENG- GERAK PEMBANGUNAN PERADABAN INSAN

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Matematika

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Katakunci : salam, pelajar Islam

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Kalkulus Multivariabel I

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Sebaran Peluang Gabungan

Tegangan Permukaan. Kerja

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

A. Distribusi Gabungan

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Faktor Penerimaan Melokalisasi Tadbir Urus Pengagihan Zakat Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Hendra Gunawan. 16 April 2014

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : PPBK, penerimaan guru pelatih

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM J- QAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transcript:

PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM METODOLOGI PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN TERHADAP GURU-GURU TAKMIR DI NEGERI JOHOR Kamarul Azmi Jasmi 1 Mohd Ismail Mustari 1 Siti Fauziyani Md Saleh @ Masrom 2 1 Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia 2 Sek. Men. Keb. Kangkar Pulai, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Skudai Johor Suggested Citation: Jasmi, K. A., Mustari, M. I., & Md Saleh @ Masrom, S. F. (2004). Pengaruh Pemikiran al-nawawi dalam Metodologi Pendidikan dan Pendakwahan Terhadap Guru-guru Takmir di Negeri Johor in Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004 at Asiania Resort, Langkawi, on 25-27 September 2004, pp 1-9. ISBN 983-29-750-50. ABSTRAK Al-Imam al-nawawi merupakan seorang tokoh pendidik dan pendakwah yang terkenal dalam dunia Islam. Banyak karya beliau masih digunakan secara aggresif hingga sekarang dalam proses pendakwahan dan pendidikan masyarakat Islam khususnya di negeri Johor. Kesan daripada itu, banyak pemikiran tokoh tersebut mempengaruhi guruguru takmir di negeri Johor terutamanya dari aspek metodologi dakwah dan pendidikan masyarakat. Ini terbukti dalam kajian lapan pemikiran al -Nawawi pada 2003. Semua pemikiran beliau diterima dan dipersetujui oleh guru-guru takmir bahkan diterima sebagai satu pendekatan dan metodologi umum pendakwahan dan pendidikan mereka. REFERENCES Abdullah Basmeih (1982). Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Ahmad Ratib Hamus, (1983). Kunuz al-bahithin. Bairut: Dar al-fikr al-ma'asir. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jil. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Munziri, Al-Imam Al-Hafiz Abd Al-Azim b. Abd Al-Qawi, (1990). Al-Targhib wa al-tarhib mm al-hadith al- Sharif. Bairut: Dar Maktabah al-hayah. Jilid 1-2. Al-Nawawi (1983). Riyad al-salihin. Beirut: Dar al-fikr al- Mu c asir. Al-Tarmidzi (1094). Sunan al-tarmidzi. Beirut: Dar al-fikr. Hanafi Mohamed, (1996). Falsafah Pendidikan Menurut Al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi. Ibnu Majah (t.t.). Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al-fikr. Kamarul Azmi Jasmi, Azmi Shah Suratman, Aminuddin Ruskam, Ahmad Kilani Mohamed & Zulkefli Harun (2003). Pengaruh Pemikiran al-imam al-nawawi Di Kalangan Guru-guru Takmir Di Negeri Johor. Johor Baharu: UTM. Penyelidikan Vote 71873 Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Al-Imam al-nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-solihin. Universiti Malaya: Projek Sarjana. Muhammad 'Ajaj Al-Khatib, (1981). Usui al-hadith c Ulumuhu wa Mustalahuhu. Damsyiq: Dar al-fikr. Muslim, Abu al-husain Muslim b. al-hajjaj b. Muslim al-qushairi al-naisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al- Maktabah al-asriyyah. Nor Al-Din Atar, (1997). Manhaj al-naqdfi c Ulum al-hadith. Bairut: Dar al-fikr al- Ma'asir. Wan Hussain Azmi, (1989). Metodologi Dakwah Dalam Dunia Moden. Dakwah, Bulan Jun.

PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM METODOLOGI PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN TERHADAP GURU TAKMIR DI NEGERI JOHOR. * Kamarul Azmi Jasmi Mohd Ismail Mustari Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Siti Fauziyani Md Saleh @ Masrom Sek. Men. Keb. Kangkar Pulai, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81110 Skudai Johor. Abstrak Al-Imam al-nawawi merupakan seorang tokoh pendidik dan pendakwah yang terkenal dalam dunia Islam. Banyak karya beliau masih digunakan secara aggresif hingga sekarang dalam proses pendakwahan dan pendidikan masyarakat Islam khususnya di negeri Johor. Kesan daripada itu, banyak pemikiran tokoh tersebut mempengaruhi guruguru takmir di negeri Johor terutamanya dari aspek metodologi dakwah dan pendidikan masyarakat. Ini terbukti dalam kajian lapan pemikiran al-nawawi pada 2003. Semua pemikiran beliau diterima dan dipersetujui oleh guru-guru takmir bahkan diterima sebagai satu pendekatan dan metodologi umum pendakwahan dan pendidikan mereka. 1.0 PENGENALAN Al-Imam Al-Nawawi (1234-1277M) merupakan tokoh yang disegani oleh umat Islam dahulu dan sekarang. Kajian yang dijalankan baru-baru ini membuktikan bahawa beliau sememangnya tokoh yang dihormati dan dikagumi (Kamarul Azmi et al, 2003). Beliau juga merupakan tokoh ikutan ramai kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengamalkan kehidupan sebenar Nabi Muhammad iaitu mujahadah, warak, muraqabah dan zuhud. Jangka hayatnya selama 45 tahun dihabiskan untuk memberi khidmat kepada pembangunan Islam dalam bentuk memberi pengajaran dan menghasilkan puluhan karyakarya yang bermutu sehingga tidak sempat untuk mengutamakan keperluan dirinya sendiri seperti berkahwin. Antara karya beliau yang terkenal di kalangan ulama Islam ialah al- Majmu c, al-minhaj Syarh Sahih Muslim, al-hadith al-arbai c in, Raudah al-tolibin fi al-fiqh, al-azkar, Riyad al-solihin dan lain-lain (Kamarul Azmi, 2002). Beliau merupakan tokoh guru dalam bidang pendidikan dan merupakan tokoh pendakwah dalam bidang dakwah sehingga karya-karya beliau banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan pendakwahan umat manusia kepada Allah S.W.T. Yang Maha Esa dan agama-nya. 2.0 PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN Antara pengaruh pemikiran pendidikan dan pendakwahan beliau terdiri daripada lapan espek utama sebagaimana yang dinyatakan di bawah ini. * Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004 di Asiania Resort, Langkawi. pada 25-27Sep. 2004 anjuran Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM). 1

2.1 Kurikulum yang lengkap dan metodologi yang baik dalam Asas Kejayaan Pendidikan dan Pendakwahan Menurut paradigma al-nawawi, kurikulum pembangunan rohani insan mestilah lengkap dalam rangka proses pendidikan dan pendakwahan. Beliau send in mengutarakan keperluan yang sempurna terhadap kurikulum pembangunan insan. Dalam karangan pendidikan beliau kitab Riyadh al-solihin, terdapat 104 sifat-sifat yang perlu ditanamkan dalam pembangunan kerohanian insan selain perlu memberi perhatian terhadap 104 aspek batasan agama yang boleh memelihara kesolehan seseorang serta terjauh daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar (Kamarul Azmi, 2002). Isi didikan pembangunan sempurna yang diasakan oleh pendidik ini mampu membentuk seorang manusia menjadi insan yang soleh. Selain daripada itu, metodologi pendakwahan yang baik juga mengambil peranan utama dalam kejayaan pendidikan insan dan pendakwahan. Kejayaan didikan dan pendakwahan Rasulullah s.a.w. dalam membentuk peribadi sahabat-sahabatnya berkait rapat dengan metodologi pendidikan dan pendakwahan yang sesuai dan tepat. Justeru, al-nawawi memilih bermacam-macam metodologi dalam karangan pendidikan beliau dalam rangka pendidikan dan pendakwahan pembangunan insan (Kamarul Azmi, et al, 2003). 2.2 Penggunaan al-quran dan al-hadis sebagai asas dalam kurikulum Al-Imam Al-Nawawi menunjukkan kecenderungan untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith tanpa diulas dengan panjang lebar dalam kebanyakan karangan beliau. Kemungkinan beliau merasakan kedua-dua sumber ini sudah memadai sebagai kurikulum pembangunan insan tanpa perlu diperbahaskan lagi dengan penggunaan akal fikiran (Kamarul Azmi et al, 2003). 2.3 Hadis yang tidak terlalu daif boleh digunakan untuk motivasi Al-Imam al-nawawi bersetuju bahawa penggunaan hadis-hadis yang tidak terlalu daif boleh digunakan dalam motivasi dan nasihat agama. Justeru, beliau ada menggunakan hadis-hadis yang tidak terlalu daif sebagai contoh menurut pentahkik kitab beliau iaitu iaitu Ahmad Ratib Hamus (1983) ada menyenaraikan sebanyak 17 da'if petikan hadith tergolong dalam Riyadh al-solihin. Penggunaan hadis da'if dalam motivasi beribadat dan nasihat ada dibahaskan oleh ulama-ulama hadis dalam tiga pandangan iaitu (Muhammad 'Ajaj Al-Khatib, 1981: 351), (1) Tidak boleh diamalkan secara mutlak. Pendapat ini dipilih oleh Ibn Al- c Arabi, Imam Bukhari dan Imam Muslim, dan juga Ibn Hazam. (2) Boleh diamalkan secara mutlak. Pendapat ini dipegang oleh Imam Abu Dawud dan Imam Ahmad dengan alasan bahawa Hadith da c if lebih baik daripada pemikiran perseorangan. (3) Boleh digunakan dalam masalah kelebihan-kelebihan amal dan nasihat-nasihat atau yang sejenisnya apabila memenuhi beberapa syarat iaitu, (a) Tidak terlalu da if sehingga tidak tercakup di dalamnya seorang pendusta atau yang tcrtuduh berdusta juga orang yang tidak sering melakukan kesalahan. Al- c Auza'i meriwayatkan ulama bersepakat dengan syarat ini. (b) Hadith da c if tersebut bukanlah perkara-perkara pokok yang biasanya diamalkan. 2

(c) Pengamalnya tidak menyakini bahawa ia berstatus kuat, tetapi hanya sekadar berhati-hati. Pendapat ketiga adalah lebih digemari oleh kebanyakan jumhur ulama Hadith dan Fiqh, bahkan disepakati oleh ulama yang termasuk Al-Imam Al-Nawawi sendiri dan Ibnu Hajar Al-Haithami sebagaimana yang dinyatakan oleh Nor al-din Atar dalam bukunya Manhaj al- Naqd fi c Ulum al-hadith (1997: 293). Justeru, ke da c ifan hadis seperti di dalam Kitab Riyad al-solihin boleh diamalkan dan memenuhi syarat di atas kerana kebanyakkan perawi hadith tidak sampai ke tahap terkenal sebagai seorang pendusta, hanya tidak diketahui sahaja kedudukannya. Tambahan pula, kebanyakan tema-tema hadith dianggap da c if yang dibawakan oleh Al-Imam Al-Nawawi ini berkisar kepada kelebihan amal dan nasihat (Kamarul Azmi, 2002). 2.4 Penekanan teknik motivasi dalam rangka usaha pembangunan rohani Al-Imam al-nawawi (1983) memberi penekanan terhadap penggunaan teknik motivasi atau motivasi dalam meningkatkan setiap pembangunan kerohanian insan. Penggunaan motivasi dan motivasi dengan hadis-hadis motivasi sangat diutamakan lebih-lebih lagi insan yang baru berjinak-jinak dengan amalan, ibadat dan akhlak Islam. Apabila telah sebati amalan, sikap dan tindakan individu insan selarj dengan ajaran Islam baru tumpuan pencapaian amalan, sikap dan tindakan ditujukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. (Kamarul Azmi, 2002). 2.5 Teknik Motivasi Melebih Kecaman Menurut Paradigma al-nawawi adalah perlu meletakkan keutamaan kepada metodologi motivasi berbanding daripada kecaman dalam metodologi penyampaian pendidikan dengan nisbah 6:4 (Kamarul Azmi b. Jasmi, 2002: 82). Prinsip ini selari dengan prinsip sunnah Rasulullah s.a.w dalam sabdanya (al-bukhari, 1994: 30/1), aìž ÑŽåžm@b ÜŽì@aìž İ ŽiŽì@ @Žßb Ô@Žâ ÝŽ Žì@đêĆï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @İðđjşåÜa@ĆæŽÈ ŞÚđÜbŽà@ æći@ Žä c@ćæžè Maksud: "Apabila baginda mengutuskan seseorang daripada sahabat-sahabatnya untuk melaksanakan sesuatu suruhannya, baginda bersabda, Sampaikanlah khabar gembira dan jangan menakut-nakutkan... " (Al-Bukhari) Selain itu, tujuan penyampaian adalah untuk membangunkan pembangunan Insan sejajar dengan ajaran Islam kepada semua golongan masyarakat. Justeru, sewajamya pendidik memperbanyakkan metodologi motivasi berbanding kecaman, kerana penggunaan motivasi dapat menimbulkan kegembiraan beramal dan rasa harap sebaliknya kecaman pula menimbulkan rasa takut untuk melakukan kejahatan. Metodologi motivasi memadai kepada manusia secara umum. Tetapi untuk manusia yang banyak berdalih dan berdegil hanya metodologi kecaman sahaja yang boleh memberi kesan kepada mereka. Ini adalah kerana, mereka akan rasa tidak selamat dari azab Allah S.W.T jika tetap berdegil dan banyak berdalih (Wan Hussain Azmi, 1989: 33). 3

2.6 Teknik Suruhan Melebihi Tegahan Penggunaan metodologi yang berbentuk suruhan dalam melakukan sesuatu seperti hadith yang berbunyi buatlah begini dan begitu telah menjadi keutamaan kepada al-nawawi berbanding yang berbentuk tegahan daripada melakukan sesuatu seperti jangan buat begini dan begitu. Pada amnya sikap manusia lebih suka diberikan tunjuk ajar terhadap sesuatu perkara berbanding menyalahkan apa yang mereka lakukan dalam perkara tersebut. Menurut paradigma al-nawawi bahawa adalah perlu untuk menggunakan arahan berbentuk suruhan berbanding tegahan dengan nisbah sekitar 7:3. Sekalipun metodologi suruhan merupakan yang disukai berbanding bentuk arahan larangan. Namun, arahan bentul larangan perlu bagi memastikan keterangan bentuk batasan yang dilarang itu jelas arahannya (Kamarul Azmi, 2002). 2.7 Pemilihan kata yang mud ah dan jelas dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Pendakwahan Metodologi lain Al-Imam Al-Nawawi ialah dalam pendidikan dan pendakwahan ialah penggunaan kata-kata yang jelas maksudnya (Al-Nawawi, 1983: 55). Kecenderungan beliau terserlah melalui pemilihan kata-kata yang jelas bahasanya samada daripada pengungkapan hukum mahupun pemilihan hadis-hadis. Beliau sendiri berpandangan bahawa adalah makruh menyusun kata dengan susunan yang rumit ketika bercakap dengan orang awam dan orang yang setara dengan mereka (Al-Nawawi, 1983: 672). Pemilihan kata-kata yang jelas dan terang memberikan kefahaman yang mendalam kepada semua golongan masyarakat. Tujuan pendidikan dan pendakwahan adalah untuk membangunkan semua peringkat golongan manusia menurut pembangunan pendidikan Islam. Oleh itu, dengan cara memilih jalan yang mudah diikuti akan menambahkan keberkesanan pengajaran beliau. Ini berasaskan kepada setiap manusia mempunyai beberapa perbezaan tingkat akal dan kemampuan fizikalnya. Justeru, segala bentuk pendidikan, pengajaran, bimbingan, nasihat dan sebagainya hendaklah disampaikan dengan mudah dan tidak menyulitkan (Hanafi Mohamed, 1996). Allah S.W.T sendiri telah memilih metodologi Al-Quran yang dipermudahkan dari segi bahasa, uslub dan lain-lain agar manusia dari pelbagai peringkat dapat mengambil pengajaran daripadanya. Sebagaimana firmannya di dalam surah al-qamar ayat 32: 9 Ï. Β ÏΒ ö yγsù Ì ø.ïe%#ï9 tβ#u ö à)ø9$# $tρ œ o ô s)s9uρ Maksud: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" (Surah al-qamar, 54:32) Begitu juga Rasulullah s.a.w telah mengambil metod memudahkan umatnya dengan perintah di dalam hadith di bawah ini (al-bukhari, 1994: 22/1, Muslim, 2001: 602/3, Ibnu Majah, U.: 318/2), aìž İ ŽÉžm@b ÜŽì@aìž İ Žî@Žßb Ô@Žâ ÝŽ Žì@đêĆï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @İðđjşåÜa@ĆæŽÈ ŞÚđÜbŽà@ æći@ Žä c@ćæžè 4

Maksud: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan seorang Sahabat untuk melaksanakan salah satu perintahnya, Baginda bersabda,...permudahkanlah dan jangan memayahkan. " (Al-Bukhari dan Muslim) Justeru, pendangan al-nawawi tentang kepentingan penggunaan bahasa yang mudah merupakan satu pemikiran yang baik ke arah keberkesanan pendidikan dan pendakwahan. 2.7 Hubungan dengan Tuhan Asas Pembangunan Keseluruhan Menurut paradigma al-imam al-nawawi bahawa kepentingan hubungan akhlak kepada Tuhan sememangnya tidak boleh dinafikan sebagai asas kepada pembangunan insan yang menyeluruh termasuk pembentukan tindakan material dan jasmani (al-nawawi, 1983: 311). Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut (al-bukhari, 1994 dan Muslim 206/3), @b Ü c@ žê Ý Ø@ ž Ž Žv Üa@ Ž Ž Ð@ ĆpŽ Ž Ð@ ažˆ gžì@ žê Ý Ø@ ž Ž Žv Ü a@ Ž ÝŽ @ ĆoŽz ÝŽ @ ažˆ g@ óžíć žà@ đ Ž Žv Üa@ ðđð@ şç gžì@ b Ü c žk Ý Õ Üa@ŽðđèŽì Maksud: "Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hatl " (Al-Bukhari dan Muslim) Hadith di atas menegaskan bahawa pembangunan akhlak dengan Tuhan melalui keimanan yang penuh kepada Allah S.W.T menjadi asas kepada pembentukan akhlak luaran dan segala pembangunan yang lain (Al-Nawawi, 1983: 199). Hal ini dibuktikan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut (al-bukhari, 1994: 104/7 dan Muslim, 2001: 43/1), @đê ÝÜbđi@ žæđàćüžî@ Žçb Ø@ ĆæŽà@ Žßb Ô@ Žâ ÝŽ Žì@ đêćï ÝŽÈ@ žê ÝÜa@ ô ÝŽ @ İðđjşåÜa@ ĆæŽÈ žêćåžè@ žê ÝÜa@ Žð𚎊@ òž ĆîŽ žè@ ðđi c@ ĆæŽÈ @Žçb Ø@ ĆæŽàŽì@ žêžáđyžš@ ĆÞđ Žï Ý Ð@ đ f Üa@ ãćížï ÜaŽì@ đê ÝÜb đi@ žæđàćüžî@ Žçb Ø@ ĆæŽàŽì@ žê ÑĆ@ Ćã Ùžï Ý Ð@ đ f Üa@ ãćížï ÜaŽì ĆožáĆ ŽïđÜ@Ćì c@ać ĆïŽ @ĆÞ ÕŽï Ý Ð@ đ f Üa@ ãćížï ÜaŽì@đê ÝÜbđi@žæđàĆüžî Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada nabi s.a.w katanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan memuliakan tetamunya dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan menghubungkan silatulrahim, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari akhirat, sudah pasti dia akan berkata yang baik atau dia hanya diam. " (Al-Bukhari dan Muslim) Hadith ini menunjukkan bahawa keimanan kepada Allah S.W.T sebagai asas untuk membentuk peribadi seseorang yang memungkinkannya melakukan kebaikan kepada sesama manusia. Kebaikan yang datang daripada peribadi dan tindakan yang betul memberikan implikasi yang baik juga kepada aspek pengurusan yang lain seperti pengurusan material, organisasi dan lain-lainnya. 5

3.0 KAJIAN LAPAN PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DI KALANGAN GURU TAKMIR DI TIGA DAERAH DI NEGERI JOHOR Sebanyak 209 set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru takmir yang berdaftar di tiga daerah iaitu Daerah Johor Bahru, Daerah Kluang dan Daerah Batu Pahat. Hanya 179 set borang soal selidik yang dijawab dengan sempurna oleh responden kajian. Bakinya sebanyak 24 set borang soal selidik tidak dijawab langsung dan juga tidak lengkap dijawab. Daripada jumlah 179 responden, sebanyak 41 daripada 43 responden datang daripada daerah Johor Bahru. Manakala daerah Batu Pahat jumlah responden ialah 99 daripada 125 dan Kluang pula berjumlah 39 daripada 41 responden (Jadual 1). Hasil kajian keseluruhan pemikiran al-nawawi di kalangan guru takmir di negeri Johor dapat dilihat dalam Jadual 1 dan boleh disimpulkan seperti berikut: (1) Daripada lapan item yang diutarakan oleh penyelidik, item yang tertinggi yang disokong oleh responden ialah item lapan. Item ini merupakan item yang bertanya: "Hubungan dengan Tuhan perlu diutamakan dan menjadi asas kepada lain-lain pembangunan kerohanian dan material. " Item ini dipersetujui oleh sebanyak 96.6% (173) daripada 179 responden. (2) Item kedua tertinggi yang dipersetujui oleh responden ialah Item 7 iaitu: "Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas adalah faktor yang penting kepada kejayaan Pendidikan dan pendakwahan." Responden yang bersetuju dengan item ini sebanyak 96.1% (172), kurang seorang daripada item yang sebelumnya. (3) Isi yang lengkap dan metodologi penyampaian yang baik merupakan faktor utama kepada kejayaan pendakwahan " dalam item satu merupakan item ketiga tertinggi yang dipilih oleh responden yang berjumlah 95.5% (171). (4) Salah satu metodologi yang baik dalam pendakwahan ialah dengan memberi penekanan terhadap penggunaan hadith-hadith motivasi beramal kepada audien. Perkara ini banyak digunakan oleh Al-Imam Al-Nawawi pendidikan dan pendakwahannya. Didapati sebanyak 93.3% responden bersetuju dengan pemikiran ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Item empat. (5) Satu fakta lain pula didapati dalam kajian pemikiran Al-lmam Al-Nawawi (Kamarul Azmi, 2002), beliau berkecenderungan menggunakan motivasi berbanding dengan penggunaan kecaman dengan nisbah 6 : 4. Hasil penyelidikan ini juga mendapati kebanyakan responden bersetuju dengan pemikiran ini. Persetujuan responden berjumlah 81.6% (146) berbanding yang tidak bersetuju hanya dua responden dan yang tidak pasti sebanyak 31 responden (item lima). (6) Kepentingan penggunaan motivasi dalam pendakwahan ditunjukkan lagi dalam pemikiran al-nawawi dengan sikap beliau menyokong penggunaan hadith yang tidak terlalu daif dibolehkan untuk tujuan motivasi. Bahkan pemikiran ini disokong pula oleh Ibnu Hajar (Nor al-din Atar, 1997: 293). Justeru, didapati Al-Imam Al-Nawawi sendiri 6

ada memilih sebanyak 17 hadith yang dianggap daif oleh sesetengah ulama untuk dimuatkan dalam karya Kitab Riyad al-solihin yang mempunyai 1896 hadith yang kebanyakan adalah sahih (1624) dan sebahagian kecil pula dalam kedudukan Hadith Hasan Sahih (109) dan Hadith Hasan (146) (Kamarul Azmi, 2002: 69). Pemikiran beliau yang membolehkan penggunaan hadith yang tidak terlalu daif untuk tujuan motivasi ini nampaknya dipersetujui oleh sebanyak 80.4% responden (item tiga). Hanya 10.1% sahaja yang tidak bersetuju dengan item ini. Jadual 1 Taburan skor mengenai pengaruh pemikiran al-imam al-nawawi yang mempengaruhi guruguru takmir dalam metodologi pendidikan dan pendakwahan No. Item STS TS TP S SS Min (1) Isi yang'lengkap dan metodologi penyampaian yang baik merupakan Bil - 1 7 118 53 4.25 faktor utama kepada kejayaan pendakwahan. % - 0.6 3.9 65.9 29.6 (2) 1 Penggunaan Al-Quran dan al-hadith al-sahihah sudah memadai Bil 1 52 40 49 37 3.39 sebagai pegangan kerohanian tanpa memerlukan penggunaan akal % 0.6 29.0 22.3 27.4 20.7 dan ulasan yang panjang. (3) Penggunaan hadith yang tidak terlalu daif dibenarkan untuk tujuan Bil - 18 17 129 15 3.79 motivasi beramal dan pembentukan akhlak yang baik. % - 10.1 9.5 72.0 8.4 (4) Menggunakan hadith-hadith motivasi sangat ditekankan dalam Bil - 2 10 134 33 4.11 pembangunan kerohanian insan. % - 1.1 5.6 74.9 18.4 (5) Menggalakkan penggunaan Motivasi (motivasi) berbanding Bil - 2 31 126 20 3.92 Kecaman (kecaman) dalam ucapan, dakwah dan Iain-lain dengan nisbah 6:4. % - 1.1 17.3 70.4 11.2 (6) Menggalakkan penggunaan suruhan berbentuk positif berbanding Bil - 4 45 93 37 3.91 suruhan berbentuk negatif dalam ucapan, dakwah dan lain-lain dengan nisbah 7:3. % - 2.2 25.1 52.0 20.7 (7) Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas adalah faktor yang Bil - - 7 91 81 4.41 penting kepada kejayaan pengajaran dan pendakwahan. % - - 3.9 50.8 45.3 (8) Hubungan dengan Tuhan perlu diutamakan dan menjadi asas Bil - - 6 78 95 4.50 kepada lain-lain pembangunan kerohanian dan material. % - - 3.4 43.5 53.1 Min Keseluruhan 4.04 (N = 179 (Kamarul Azmi et al, 2003: 62) (7) Satu kaedah pendakwahan yang baik pada pemikiran Al-Imam Al-Nawawi ialah dengan penggunaan suruhan berbentuk positif berbanding penggunaan suruhan yang berbentuk negatif dalam ucapan, dakwah dan lain-lain dengan nisbah 7:3. Suruhan berbentuk positif bermaksud pendakwah mengarahkan dan menunjukkan apa yang perlu dilakukan seperti arahan: "Buatlah begini-begini". Manakala suruhan berbentuk negatif pula bermaksud pendakwah mengarahkan audiennya meninggalkan apa yang dilarang dalam agama. Sebagai contoh arahan suruhan berbentuk negatif; "Janganlah buat begini-begini (Kamarul Azmi, 2002). (8) Al-Imam Al-Nawawi menunjukkan kecenderungan untuk tidak mengulas ayat-ayat Al- Quran dan hadith yang dibawakan oleh beliau dengan panjang lebar. Kemungkinan beliau merasakan kedua-dua sumber ini sudah memadai sebagai kurikulum pembangunan insan tanpa perlu diperbahaskan lagi dengan panjang lebar dengan penggunaan akal fikiran. Kecenderungan ini nampaknya tidak disokong oleh 7

kebanyakan responden hanya 48.1 % (86) responden sahaja yang menyokong penulisan berbentuk sebegini. Manakala bakinya 26.9% (48) responden tidak bersetuju dan selebihnya pula 45 responden tidak pasti dengan item yang dikemukakan. Sebagai satu kesimpulan, kebanyakan pemikiran al-nawawi sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan guru-guru takmir di negeri Johor dan diterima dengan baik. Min keseluruhan pemikiran al-nawawi yang mencapai 4.04 sudah cukup menggambarkan segala pemikiran beliau diterima positif sebagai lambang pengaruhnya yang kuat dalam masyarakat Islam. 4.0 PENUTUP Al-Imam al-nawawi merupakan tokoh yang berpengaruh di kalangan umat Islam. Banyak pemikiran beliau yang diterjemahkan dalam puluhan karya yang hebat-hebat telah mempengaruhi pemikiran golongan ilmuan selepas beliau. Kajian terhadap lapan pemikiran yang berpengaruh beliau sudah menggambarkan kedudukan beliau selaku ulamat yang sentiada dicontoh dalam pendidikan dan pendakwahan. 5.0 RUJUKAN Abdullah Basmeih (1982). Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Ahmad Ratib Hamus, (1983). Kunuz al-bahithin. Bairut: Dar al-fikr al-ma'asir. Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jil. 1-8. Beirut: Dar al-fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Al-Munziri, Al-Imam Al-Hafiz Abd Al-Azim b. Abd Al-Qawi, (1990). Al-Targhib wa al- Tarhib mm al-hadith al-sharif. Bairut: Dar Maktabah al-hayah. Jilid 1-2. Al-Nawawi (1983). Riyad al-salihin. Beirut: Dar al-fikr al-mu c asir. Al-Tarmidzi (1094). Sunan al- Tarmidzi. Beirut: Dar al-fikr. Hanafi Mohamed, (1996). Falsafah Pendidikan Menurut Al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi. Ibnu Majah (t.t.). Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al-fikr. Kamarul Azmi B. Jasmi, Azmi Shah Suratman, Prof. Madya Aminuddin Ruskam, Ahmad Kilani b. Mohamed & Zulkefli b. Harun (2003). Pengaruh Pemikiran al-imam al- Nawawi Di Kalangan Guru-guru Takmir Di Negeri Johor. Johor Baharu: UTM. Penyelidikan Vote 71873 Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Al-Imam al-nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-solihin. Universiti Malaya: Projek Sarjana. Muhammad 'Ajaj Al-Khatib, (1981). Usui al-hadith c Ulumuhu wa Mustalahuhu. Damsyiq: Dar al-fikr. Muslim, Abu al-husain Muslim b. al-hajjaj b. Muslim al-qushairi al-naisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al-maktabah al-asriyyah. Nor Al-Din Atar, (1997). Manhaj al-naqdfi c Ulum al-hadith. Bairut: Dar al-fikr al-ma'asir. Wan Hussain Azmi, (1989). Metodologi Dakwah Dalam Dunia Moden. Dakwah, Bulan Jun. 8

9