J17(ELEKTRONIK)KT2(K) PP KJ KK JUM - 2-2 No. Kad Pengenalan: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN JURUTEKNIK J17 KERTAS II (ELEKTRONIK) Tarikh : 18 Disember 2013 (Rabu) Masa : 9.00 pagi 12.00 tgh (3 jam) Tempat : Kampus Kejuruteraan ARAHAN KEPADA CALON Kertas ini mengandungi DUA (2) Bahagian seperti berikut: Bahagian A : EMPAT PULUH (40) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Setiap soalan membawa satu (1) markah. Bahagian A menyumbang 40 markah. Bulatkan jawapan anda di dalam kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Bahagian B : LIMA (5) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab TIGA (3) soalan sahaja. Setiap soalan membawa dua puluh (20) markah. Bahagian B menyumbang 60 markah. Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan. Kertas soalan ini mengandungi 13 muka surat termasuk muka hadapan. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
2 BAHAGIAN A 1. Sebelum menyelesaikan sesuatu masalah pada peralatan elektronik, pilih kenyataan di bawah yang paling diutamakan oleh seorang juruteknik A. Tempat yang selesa B. Peralatan mencukupi C. Memakai pakaian yang bersesuaian D. Kefahaman tentang sesuatu peralatan elektronik 2. Rajah 1 menunjukkan sejenis komponen elektronik 2 1 3 Rajah 1 Dari Rajah 1, namakan bagi tamatan pin 1, 2 dan 3 A. Emitter, base, collector B. Base, emitter, collector C. Base, collector, emitter D. Collector, base, emitter 3. Berikut adalah kegunaan komponen bagi Rajah 1 i. Penguat arus ii. Penguat voltan iii. Suis elektronik iv. Penerus A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, iii dan iv D. semua
3 4. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai transistor KECUALI A. Transistor adalah peranti pengendalian arus B. Transistor biasanya dipanggil transistor simpangan dwikutub (BJT) C. Transistor dibuat daripada Silikon atau Germanium D. Berfungsi untuk menukar bentuk gelombang AU kepada denyutan AT 5. Proses penguatan dalam transistor akan menyebabkan A. isyarat masukan sama dengan isyarat keluaran B. isyarat masukan lebih besar dari isyarat keluaran C. isyarat keluaran lebih besar dari isyarat masukan D. isyarat keluaran lebih besar dari isyarat arus terus 6. Bila menyukat voltan pada transistor, didapati voltan pada kaki base, emitter dan collector adalah sama dengan voltan bekalan, ini bermakna transistor tersebut telah berlaku :- A. Litar tergantung (hanging) B. Litar bocor C. Litar pintas D. Litar buka Rajah 2 7. Berapakah nilai pemuat bagi rajah 2 di atas? A. 10.4pF B. 10nF C. 10 μf D. 0.1μF
4 8. Berapakah nilai kemuatan jika pemuat memiliki kod 471? A. 470pF B. 471pF C. 47nF D. 4.7nF 9. Fungsi pemuat adalah i. Penyimpan cas elektrik ii. Penapis iii. Penulin voltan AC iv. Membenarkan isyarat AC dan DC A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. semua 10. Nyatakan kesan ke atas kemuatan apabila luas plat dikecilkan. A. kemuatan bertambah B. kemuatan tetap C. Voltan dan kemuatan bertambah D. Kemuatan semakin kecil 11. Rintangan ialah A. komponen yang menentang arus B. keupayaan membanteras arus C. aliran arus yang terhalang D. kebolehan litar menghalang arus
5 Rajah 3 12. Rajah 3 menunjukkan sejenis komponen elektronik. Apakah nama komponen ini? A. Kapasitor B. Perintang boleh laras C. Bipolar junction transistor D. FET 13. Coulomb ialah unit bagi mengukur A. banyaknya arus B. banyaknya cas negatif C. banyaknya proton D. banyaknya tenaga terhasil 14. Di dalam sebuah rajah litar, nilai pada perintang adalah 2M2. Berapakah nilai sebenar perintang? A. 220K Ω B. 22MΩ C. 220000 Ω D. 2200000Ω 15. Nyatakan nilai perintang bagi perintang yang mempunyai kod nombor 2R7K. A. 2.7Ω± 5 % B. 2.7Ω± 10 % C. 2.7kΩ± 5 % D. 2.7kΩ± 10 %
6 16. Jika mengukur perintang menggunakan multimeter didapati jarum meter tidak bergerak langsung, ini bererti perintang tersebut mengalami kerosakan A. pintas B. bocor C. terbuka D. rendah nilai 17. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi kearuhan adalah seperti berikut KECUALI A. Bilangan lilitan B. Luas gelung lilitan C. Panjang gelung D. Pemalar dielektrik 18. Fungsi diod simpang adalah A. Menukar arus ulangalik kepada arus terus B. Membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah C. Meratakan voltan riak atau meratakan gelombang D. Mengurangkan kesan gangguan hingar 19. Valensi sesuatu atom ditentukan oleh A. Bilangan elektron bebas B. Bilangan elektron pada orbit luaran C. Bilangan lubang D. Bilangan neutron 20. Untuk satu diod A. Bahagian p dikenali sebagai anod dan bahagian n dikenali sebagai katod B. Bahagian p dikenali sebagai katod dan bahagian n dikenali sebagai anod C. Bahagian p dikenali sebagai pemungut dan bahagian n dikenali sebagai pemancar D. Arus mengalir di kedua-dua arah
7 21. Tugas diod zener dalam pengatur voltan ialah sebagai A. Penerus B. Pembahagi voltan C. Penstabil voltan D. Penguat voltan 22. Terminal katod separa pengalir boleh dipastikan oleh A. Panjang kaki diod B. Warna badan diod C. Jalur bulat ditandakan pada badan berdekatan dengan terminal D. Semua betul 23. Separa pengalir jenis P diperolehi dengan mencampur atom ke silikon atau germinium atom. A. Arsenik B. Phosphorus C. Boron D. Antimoni 24. Setiap litar mempunyai ciri-ciri asas berikut KECUALI A. Satu sumber kuasa B. Satu laluan elektron C. Satu peranti arus D. Satu peranti kawalan 25. Apakah kategori bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya? A. Penebat B. Pengalir C. Separuh pengalir D. Separuh penebat
8 26. Yang berikut merupakan keterangan bagi arus elektrik. A. Merujuk kepada aliran proton B. Merujuk kepada gerakan elektrod dalam orbitnya C. Aliran cas dari satu titik ke satu titik dalam pengalir D. Unit banyaknya elektron yang mengalir 27. Di dalam litar elektrik, jika voltan dalam keadaan yang sama dan rintangan ditambah maka A. Arus akan menjadi kurang B. Arus akan menjadi lebih C. Voltan akan bertambah D. Voltan akan menjadi sama 28. FET adalah A. Peranti kawalan arus B. Peranti kawalan voltan C. Peranti dwikutub D. Kedua-dua(B) dan (C) di atas 29. Apakah frekuensi bagi gelombang yang mempunyai tempoh 1ms A. 10Mhz B. 1000Hz C. 1HZ D. 10Hz 30. Di antara peralatan-peralatan berikut, yang manakah boleh menjana frekuensi? A. Oscilloscope B. Digital multimeter C. Frequency counter D. Function generator
9 31. Antara yang berikut, manakah alatan yang dikategorikan sebagai alatan pengujian? i. Meter pelbagai ii. Meter megaohm iii. Angkup vernier iv. Oscilloskop A. i dan iii B. ii dan iv C. i, ii dan iv D. tiada jawapan 32. Antara berikut manakah yang BUKAN bahagian yang terdapat di dalam sesebuah multimeter A. Julat pemilih B. Amplitud C. Pelaras 0 ohm D. Terminal keluaran 33. Untuk mengukur voltan arus terus julat pemilih hendaklah ditempatkan pada bahagian A. DCV B. ACV C. DcmA D. Ω 34. Apakah kegunaan utama osiloskop? A. Penayang bentuk gelombang elektrik. B. Pengukur arus terus. C. Pengesan voltan. D. Penguji komponen elektrik.
10 35. Pada permukaan skrin atau layar osiloskop terdapat garisan atau kotakkotak, apakah nama bagi garisan atau kotak-kotak tersebut? A. Pembaris B. Gratikul C. Penunjuk layar D. Graf fungsi 36. Salah satu cara berikut boleh digunakan untuk mengubah nilai aliran arus dalam sesebuah pengalir menjadi kecil. A. Menambah luas muka keratan pengalir B. Mengurangkan panjang kabel C. Menukar bahan pengalir yang berkerintangan tinggi D. Mengurangkan suhu 37. Penyataan R α l menerangkan: A. Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan B. Suhu pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan C. Kerintangan berkadar terus dengan panjang dawai D. Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas dawai 38. Transduser ialah nama peranti yang bertugas sebagai A. penukar arah putaran B. penukar tenaga C. penukar jenis kerja D. penukar kelajuan motor
11 39. Rajah 4 menunjukkan sejenis komponen elektronik X Rajah 4 Apakah pin X? A. Punca positif B. Set semula masa C. Voltan kawalan D. Keluaran Rajah 5 40. Rajah 5 di atas menunjukkan kabel sepaksi (coaxial cable) yang digunakan sebagai medium penghantaran fizikal dalam memindahkan mesej elektronik. Fungsi bonded aluminium foil adalah A. media pengalir elektrik B. penghalang kepada sebarang gangguan interferens C. penghalang dari kelembapan D. menentukan kelajuan data dihantar
12 BAHAGIAN B 1. a) Nyatakan fungsi multimeter. b) Berikan langkah-langkah untuk mengukur voltan AC dengan menggunakan Multimeter, contohnya dari soket alur keluar 13A di ruang tempat bekerja anda. Sertakan dengan gambarajah. c) Berikan EMPAT (4) langkah keselamatan menjaga multimeter. (20 markah) 2. a) Beri definisi untuk rintangan dan unit asas yang digunakan untuk mengukurnya. b) Nyatakan jenis-jenis perintang. c) Senaraikan TIGA (3) cara yang digunakan dalam mengenali nilainilai rintangan pada sesuatu perintang. (20 markah) 3. a) Apakah DUA (2) bahan asas yang digunakan untuk membuat transistor? b) Lakarkan gambar rajah skematik bagi transistor NPN dan transistor PNP. Beri cara mengenal kaki-kakinya. c) Jelaskan mengapa transistor berupaya sebagai pengganda arus yang baik? (20 markah)
13 4. a) Apakah yang difahami oleh seorang juruteknik tentang penyenggaraan? b) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan i. Penyenggaraan berjadual ii. Penyenggaraan baikpulih c) Mengapakah pengujian dan pemeriksaan peralatan perlu dijalankan? (Tuan/Puan boleh memberi penjelasan mengikut bidang pekerjaan masingmasing). (20 markah) 5. Tuliskan nota-nota pendek berkaitan perkara berikut: i. Transistor NPN ii. Integrated Circuit/IC iii. Kabel Fiber Optik iv. Daya gerak elektrik v. Hukum Ohm (20 markah) oooo0oooo