EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi



Σχετικά έγγραφα
SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

STPM 944/2 EKONOMI KERTAS 2 MAKROEKONOMI

EKONOMI Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Ekonomi (944) Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Bab 1 Mekanik Struktur

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Matematika

Ciri-ciri Taburan Normal

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Tegangan Permukaan. Kerja

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan Bersama Membangun Negara

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Sebaran Peluang Gabungan

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Persamaan Diferensial Parsial

Keterusan dan Keabadian Jisim

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : faktor, minat, matematik

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

KAJIAN KE ATAS KEUPAYAAN GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DALAM MEMILIKI RUMAH DI KAWASAN JOHOR BAHRU. VOT UPP: 71693

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Katakunci : penerapan kemahiran generik

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

Transformasi Koordinat 3 Dimensi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

KALKULUS LANJUT. Integral Lipat. Resmawan. 7 November Universitas Negeri Gorontalo. Resmawan (Math UNG) Integral Lipat 7 November / 57

Latihan PT3 Matematik Nama:.. Masa: 2 jam. 1 a) i) Buktikan bahawa 53 adalah nombor perdana. [1 markah]

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

13 M. Syuhaimi.indd 149 5/28/10 4:21:43 PM

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

Pengantar Proses Stokastik

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PELAKSANAAN PRODUCTION BASED EDUCATION DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Pengantar Proses Stokastik

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : usaha, pemilihan kerjaya, remaja Melayu

Kalkulus Multivariabel I

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Transcript:

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi - Pengenalan - Skop Kajian Makroekonomi - Contoh Analisis Makroekonomi - Objektif Kajian Makroekonomi - Pembolehubah Makroekonomi - Dasar Makroekonomi 1

- Pengenalan o Makroekonomi - bidang ilmu yang memberi tumpuan kepada hal yang berkaitan dengan isu ekonomi pada peringkat agregat seperti masalah kitaran perniagaan, pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi, pengangguran dan inflasi. - Skop Kajian Makroekonomi o Cabang kajian ilmu makroekonomi memfokus kepada aspek: mengkaji ekonomi daripada perspektif agregat dengan memfokus kepada prestasi keseluruhan ekonomi dan hubung kait antara pelbagai sektor yang terdapat dalam sesebuah ekonomi, mengkaji penentuan output atau keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi melalui masa, mengkaji masalah atau isu ekonomi seperti kemelesetan, pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, imbangan perdagangan, kitaran perniagaan, tingkat harga agregat, perbelanjaan kerajaan, percukaian, penawaran wang dan kadar pertukaran asing, pendapatan benar, kadar upah dan penawaran buruh, dan mengkaji dasar yang digunakan oleh kerajaan dalam mempengaruhi dan menentukan prestasi ekonomi negara dan keberkesanannya dalam menangani atau mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. - Contoh Analisis Makroekonomi o Kajian terhadap prestasi ekonomi Pertumbuhan ekonomi, inflasi, pengangguran, imbangan pembayaran. o Kajian terhadap dasar kerajaan Dasar monetari, dasar fiskal, dasar kadar pertukaran. o Kajian terhadap belanjawan ekonomi Pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. - Objektif Kajian Makroekonomi o Objektif yang ingin dicapai adalah berbeza. Bagi penggubal dasar, kajian ini bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ekonomi serta memberi idea yang positif dan sesuai diaplikasikan untuk mencapai matlamat makroekonomi yang ditentukan oleh kerajaan. o Bagi pelajar, penyelidik dan masyarakat umum, mempelajari dan mendalami kajian makroekonomi adalah penting kerana mereka merupakan agen ekonomi, bakal pemimpin atau penggubal dasar di 2

masa hadapan. Dengan mengetahui bagaimana permasalahan makroekonomi yang dihadapi negara, penyelesaian pada peringkat individu, pasaran, industri dan negara dapat dilaksanakan. Ringkasnya setiap agen ekonomi perlu memiliki pengetahuan makroekonomi (termasuk mikroekonomi) bagi membantu pertumbuhan ekonomi yang lestari. - Pembolehubah Makroekonomi o merujuk kepada maklumat dan data statistik tentang aktiviti ekonomi. Maklumat ini digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian serta kecekapan kegiatan ekonomi sesebuah negara. Seterusnya, maklumat ini akan digunakan untuk tujuan perancangan ekonomi. o beberapa pembolehubah makroekonomi yang penting Pendapatan negara/keluaran negara Keluaran negara adalah jumlah nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dalam jangka masa tertentu, biasanya satu tahun. Dua konsep keluaran yang paling biasa digunakan adalah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK). o Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang berada di dalam sesebuah negara dalam satu tahun. Faktor pengeluaran ini dimiliki oleh rakyat tempatan dan rakyat asing. o Keluaran Negara Kasar (KNK) adalah nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara dalam satu tahun. Faktor pengeluaran ini boleh berada di dalam atau di luar negara. Keluaran negara boleh dinyatakan dalam nilai semasa atau benar Keluaran negara potensi 3

Tenaga buruh, gunatenaga dan pengangguran Tenaga buruh merujuk kepada penduduk dalam lingkungan umur bekerja 15-64 tahun (Jabatan Perangkaan, 1971:6). Tenaga buruh terdiri daripada mereka yang bekerja iaitu guna tenaga dan mereka yang menganggur. Guna tenaga merujuk kepada golongan bekerja yang terdiri daripada tenaga buruh yang bekerja untuk mendapatkan gaji atau upah (Chamhuri Siwar, et.al). Golongan penganggur pula merujuk kepada tenaga buruh yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan tingkat gaji atau upah tertentu. Ia juga terdiri daripada tenaga buruh yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan pekerjaan pada tingkat upah tertentu. Kadar pengangguran Jenis pengangguran o Pengangguran geseran o Pengangguran struktur o Pengangguran kitaran o Pengangguran teknologi o Pengangguran bermusim o Pengangguran tidak ketara Tingkat harga umum dan inflasi Tingkat harga ini merujuk kepada tingkat harga umum bagi satu bakul barang dan perkhidmatan. Kenaikan harga umum bermaksud kenaikan harga secara keseluruhan ke atas kebanyakan jenis barang dan 4

perkhidmatan yang dijualbeli dalam ekonomi. Tingkat harga umum diukur dengan indeks harga pengguna (IHP). Inflasi ialah suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan harga pada tahun semasa berbanding dengan harga purata tahun sebelumnya. Inflasi diukur dengan kadar inflasi. Jenis Inflasi o Inflasi tarikan permintaan o Inflasi tolakan kos o Inflasi diimport Hubungan kadar inflasi dengan nilai wang Apabila inflasi berlaku, nilai wang akan merosot. Hubungan antara pengangguran dengan inflasi 5

Kadar bunga, kadar inflasi dan kesan Fisher Kewujudan kadar inflasi (π) menimbulkan dua konsep kadar bunga, iaitu kadar bunga pasaran atau kadar bunga nominal (in) dan kadar bunga benar (ir). Hubungan dua konsep kadar bunga dengan kadar inflasi diberi dalam persamaan berikut: ir = in - π, (1.1) Imbangan pembayaran dan kadar pertukaran Imbangan pembayaran (IP) adalah satu penyata kewangan yang menunjukkan catatan urusniaga perdagangan antara sesebuah negara dengan negara asing dalam sesuatu tempoh, biasanya 1 tahun. Lebihan 6

IP berlaku apabila jumlah bayaran yang diterima dari luar negeri melebihi jumlah bayaran yang dibuat ke luar negeri dalam tempoh tersebut. Sebaliknya kurangan IP bermaksud jumlah bayaran yang diterima dari luar negara adalah kurang daripada jumlah bayaran yang dibuat ke luar negara dalam tempoh itu. Kadar pertukaran merujuk kepada harga mata wang antara dua negara untuk membolehkan aktiviti urusniaga antara negara dilakukan. o Kadar pertukaran ini bergantung kepada kuasa permintaan dan penawaran terhadap mata wang asing. Bagaimanapun terdapat dua (2) sistem utama yang menentukan kadar pertukaran asing, iaitu: Kadar pertukaran terapung atau bebas Kadar pertukaran terapung atau bebas ditentukan sepenuhnya oleh kuasa permintaan dan penawaran di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran tetap Kadar pertukaran tetap pula berlaku dengan wujudnya campur tangan kerajaan dalam pasaran tukaran asing atau mengikut standard emas. Campur tangan kerajaan adalah untuk menetapkan kadar pertukaran pada suatu kadar yang dirasakan sesuai untuk suatu tempoh masa tertentu untuk tujuan tertentu. Misalnya pada tahun 1998 kerajaan Malaysia pernah memancang (pegging) kadar pertukaran pada suatu tingkat harga, iaitu RM3.80 = USD1 untuk menghindarkan aktiviti spekulasi mata wang yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi dan kitaran perniagaan Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti ekonomi yang menyebabkan peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan serta kebajikan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi bernilai positif dapat dicapai apabila jumlah kuantiti faktor pengeluaran meningkat. 7

- Dasar Makroekonomi o Dasar sebelah permintaan. Dasar fiskal/dasar belanjawan Dasar kewangan/dasar monetari Kawalan langsung seperti dasar upah, dasar harga dan dasar perdagangan luar o Dasar sebelah penawaran. mengubah cukai pendapatan mengubah cukai faktor yang diimport meningkatkan insentif pelaburan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan 8