KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Σχετικά έγγραφα
PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Kalkulus Multivariabel I

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Matematika

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Sebaran Peluang Gabungan

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Kalkulus Multivariabel I

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Bab 1 Mekanik Struktur

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

B.Perspektif tamadun barat >Arnold Toynbee suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran.

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Pengantar Proses Stokastik

KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN. Oleh : Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid (Fakulti Pendidikan UKM)

Pengantar Proses Stokastik

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan satu

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

A. Distribusi Gabungan

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

ETIKA ISLAM TERHADAP PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KERJAYA ANAK-ANAK. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Katakunci : salam, pelajar Islam

Keterusan dan Keabadian Jisim

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Tegangan Permukaan. Kerja

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Ciri-ciri Taburan Normal

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

PERATURAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN. empat. Penulisan bab ini dibahagikan kepada ringkasan umum kajian, perbincangan

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Katakunci : faktor, minat, matematik

LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP (Oleh : Asy-Syaheed Sayyid Qutb)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Transcript:

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN KURSUS GC6423 SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM PENSYARAH DR. AB. HALIM BIN TAMURI DISEDIAKAN OLEH MOHD AZMAN BIN MOHAMED YUSUF NO.MATRIK : P39114 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER DALAM SISTEM PENDIDIKAN ISLAM $YΨ Î6 Β #Y θçρ öνä3ö s9î)!$uζø9t Ρr&uρ öνä3în/ ÏiΒ Ö yδö ç/ Νä.u!%ỳ ô s% â $ Ζ9$# $pκš r' tƒ 174. Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan Telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran). Al-Quran merupakan cahaya dan petunjuk kepada umat manusia serta panduan untuk menjalani kehidupan di atas dunia yang penuh cabaran dan godaan ini. Definisi Al-Quran Al-Quran ialah kalamullah yang berupa mukjizat yang diturunkan kepada penutup para Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s, yang tertulis pada masahif. Ia diriwayatkan kepada kita secara mutawattir, membacanya adalah dianggap satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-nas. (Sheikh Muhammad Ali As-Shabuni, 2005) Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula dari Mekah dan berlanjutan sehingga ke Madinah. Kitab tersebut mengandungi 114 surah yang terdiri daripada kira-kira 80 000 perkataan. Kamus Oxford mengeja nama al-quran sebagai Koran dan mendefinisikannya sebagai kitab suci bagi golongan Mohammedans, koleksi wahyu-wahyu lisan yang diterima oleh Muhammad yang ditulis dalam bahasa Arab. (Mohammad Khalifa, 1994). 2

Nama-nama Al-Quran Antara nama-nama lain Al-Quran ialah Al-Furqan, Al-Tanzil, Al-Zikr, Al-kitab dan sebagainya. Seorang sarjana Arab telah membilang dan mendapati bahawa Al-Quran mempunyai tidak kurang daripada lima puluh lima nama dan gelaran. (Mohammad Khalifa, 1983) Sebenarnya, Al-Quran merupakan sumber ilmu yang utama dan sempurna untuk dijadikan pedoman, petunjuk dan peringatan kepada umat Islam. Segala ilmu-ilmu yang ada di dalamnya membuktikan bahawa betapa sempurnanya Al-Quran yang dicipta oleh Allah S.W.T dan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana makhluk sekalipun. Setelah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ia tersusun menjadi suatu musyhaf yang lengkap di zaman Saidina Uthman bin Affan, maka ia telah dibuat penambahbaikan dari segi tulisannya agar mudah dibaca oleh umat Islam. Disebabkan Islam menekankan tentang kepentingan ilmu pengetahuan maka ramailah antara pengarang dan penterjemah berusaha mengarang, menulis dan menterjemahkan bermacam-macam buku sama ada mengenai bahasa Arab, syariah, sejarah, falsafah, akhlak dan sebagainya dengan merujuk kepada kitab Al-Quran sehingga banyaknya buku-buku ilmiah di perpustakaan Cairo, Cardova dan sebagainya. Kemudian bidang keilmuan terus berkembang dan lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain melalui asas-asas ilmu tersebut. Al-Quran merupakan satu sumber asas dan terpenting di dalam kewujudan dan perkembangan Tamadun Islam. Kitab ini bukan sahaja menjadi ibu kepada segala kitab 3

yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t, malah ia merupakan petunjuk yang sangat berguna kepada manusia keseluruhannya. Ia dianggap sebagai mukjizat yag diberikan oleh Allah s.w.t. kepada manusia. Lebih penting lagi, Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terpelihara isi kandungannya sejak diturunkan sehinggalah ke hari ini dan seterus hingga ke hari kiamat yang mana kesahihannya tidak terusik atau tercemar. Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa kesucian Al-Quran akan tetap terpelihara dan segala usaha untuk menyelewengkannya pasti akan menemui kegagalan. Oleh itu setiap individu muslim mestilah menguasai, memahami serta menghafaz Al- Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka supaya menjadi muslim yang cemerlang dan terbilang sama ada di dunia mahupun di akhirat. Teori Islam didalam bidang pendidikan untuk membina individu muslim ini bermula dari tahap awal kehidupannya melalui beberapa ketetapan seperti berikut : 1. Mementingkan penghafalan Al-Quran dan al-sunnah. 2. Mementingkan bahasa Arab di setiap peringkat pengajian. 3. Guru-guru mestilah melengkapkan pelajar-pelajar dengan akidah dan moral. 4. Menyempurnakan pendidikan dalam bentuk fizikal,mental dan kebudayaan. Pendidikan dalam bidang profesionalisme dan ketenteraan tidak kurang pentingnya,begitu juga dengan menanamkan semangat perjuangan Islam. (Anwar Al-Jundi, 2001) 4

Sistem Pendidikan Islam Adalah Bersumberkan Al-Quran Al-Karim Pendidikan Islam adalah berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana maksud hadis Nabi : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku Abdul Raof Dalip (1998) menyatakan bahawa Pendidikan Islam bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis, bertujuan untuk menjadikan seseorang itu menghayati perkara-perkara hak, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Satu kejayaan yang unggul akan dapat diketemukan hasil didikan yang selari dan berteraskan akidah keimanan kepada Allah S.W.T. Ianya boleh melahirkan peribadi muslim yang berilmu, ikhlas, amanah, benar, dedikasi dan sifat-sifat positif yang lain. Serentak dengan itu akan terhapus sifat-sifat riak, takabbur, mementingkan diri sendiri dan sifat-sifat negatif yang tidak memberikan keuntungan kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara. Abu Hasan An-Nadwi (1974) dengan tegas mengatakan bahawa sekiranya pendidikan umat Islam tidak berdasarkan akidah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah maka pendidikan itu bukanlah Pendidikan Islam tetapi ia adalah pendidikan asing. Al-Quran merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi. Dengan sendirinya Al-Quran lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain sebagai rujukan untuk menentukan 5

sesuatu hukum atau syariat. Atas dasar inilah, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga sekarang dan untuk selamanya, Al-Quran telah menjadi sumber rujukan utama bagi para faqih Islam. (Muhammad Ibrahim Jannati, 2002). Tujuan hidup ini ialah adalah untuk beribadah dan menyembah hanya kepada Allah s.w.t. Menyembah Allah s.w.t bererti memusatkan penyembahan kepada Allah s.w.t. sematamata dengan menjalani dan mengatur segala segi dan aspek kehidupan di dunia ini, lahir dan batin, jasmani dan rohani sesuai dengan kehendak Ilahi, sama ada dalam kehidupan individu dengan Allah s.w.t. sebagai hambanya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat. Dalam erti kata lain, di setiap bidang kehidupan seseorang hamba Allah itu, sama ada yang berupa ibadah terhadap Ilahi ataupun yang berupa muamalah sesama manusia, semuanya dilakukan dalam rangka penyembahannya kepada Allah s.w.t dengan niat untuk mencari keredhaannya semata-mata. (Abu Urwah, 1986). Sememangnya kita dihidupkan di atas dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah Taala dan untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam ini. Ini sebagaimana yang ditegaskan dalam Al-Quran Al-Karim dalam surah az-zariyat ayat 56 yang berbunyi : Èβρß ç7 èu Ï9 ωî) } ΡM}$#uρ Ågø:$# àmø)n=yz Βuρ 56. Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-ku. 6

Segala sistem hidup kita dan semua urusan mengenai hidup kita ini sama ada di bidang pendidikan, ekonomi, perundangan dan sebagainya adalah berpandukan kepada Al-Quran Al-Karim. Tidak terkecuali suatu apapun, semuanya adalah berdasarkan kepada satusatunya mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang masih kekal sehingga ke hari ini malah sehingga ke hari kiamat itu. Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1993) Di bidang perundangan Islam misalnya, Al-Quran dijadikan sebagai sumber utama kerana terdapat ciri-ciri khusus dalam perundangan Al-Quran iaitu : 1. Syumuliyyah. Syariat yang dibawa oleh Al-Quran merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. 2. Tidak membebankan. Syariat Islam yang diturunkan oleh Al-Quran untuk menyelesaikan masalah manusia, dengan tujuan untuk memberi keselesaan dalam kehidupan dan menegakkan keadilan. Maka untuk tujuan itu, undang-undang yang diturunkan oleh Allah s.w.t. adalah bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan tabiat manusia itu sendiri. 3. Kurang tanggungan kewajipan. Mengurangkan tanggungan kewajipan adalah di antara ciri-ciri undang-undang yang dibawa oleh Al-Quran. Ia juga bertujuan supaya tidak membebankan manusia. Hukumhukum yang terdapat dalam Al-Quran sama ada dalam bentuk perintah atau larangan amat terbatas, mudah difahami dan diamalkan. Al-Quran sentiasa mengingatkan manusia 7

3 supaya tidak banyak bertanya tentang perintah yang diturunkan sebagaimana firman Allah Taala dalam surah al-maidah ayat 101 yang berbunyi : t Ïm $pκ ]tã (#θè=t ó n@ βî)uρ öνä. σý n@ öνä3s9 y ö6è? βî) u!$u ô r& ô tã (#θè=t ó n@ Ÿω (#θãζtβ#u š Ï%!$# $pκš r' tƒ ÒΟŠÎ=ym î θà xî ª!$#uρ $pκ ]tã ª!$# $x tã öνä3s9 y ö7è? ãβ#u ö à)ø9$# ãα t ム101. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Apa yang dijelaskan oleh Allah s.w.t tentang hukum yang Allah s.w.t tentukan larangannya atau Allah s.w.t tidak menjelaskan tentang larangannya tetapi disebabkan soalan mereka membuatkan hukum sesuatu itu berubah menjadi haram kerana pertanyaan mereka. Kalau mereka tidak bertanya lebih lanjut, barangkali hukum itu diberi pilihan sahaja sama ada hendak dilakukan atau ditinggalkan sahaja. 4. Beransur dan bertahap dalam pelaksanaan. Orang-orang Arab di Semenanjung Tanah Arab telah mempunyai adat dan cara hidupnya yang tersendiri ketika kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Adat dan tradisi ini adalah warisan generasi silam yang diwarisi secara turun temurun oleh generasi yang kemudian. Antara adat dan kebiasaan itu ada yang tidak mudah ditinggalkan kerana telah menjadi tabiat dan kebiasaan hidup mereka. Oleh itu, untuk membuat perubahan terhadap tabiat tabiat yang tidak baik, yang diwarisi itu, perlulah ada pendekatan yang baik iaitu dilakukan secara bertahap dan beransur-ansur. 8

3 ( 3 Antara tabiat tidak baik yang mereka warisi dalam kehidupan ialah meminum arak dan berjudi. Bagi menghapuskan penyakit masyarakat ini, Islam mengambil pendekatan secara lembut dengan cara melayani mereka yang ketagihan arak ini secara rasional dan mengetuk pemikiran mereka supaya berfikir secara baik dan tenang. Di peringkat permulaan, untuk mengatasi masalah ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat sekadar memberi nasihat dan peringatan agar mereka berfikir secara serius. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang berbunyi :!$yϑßγßϑøoî)uρ Ä $ Ζ=Ï9 ßìÏ oψtβuρ Î7Ÿ2 ÖΝøOÎ)!$yϑÎγŠÏù ö è% ãνä3s9 ª!$# ß Îi t7ムš Ï9 x x. uθø yèø9$# È è% tβθà)ï Ζム#sœ$tβ š tρθè=t ó o uρ Î Å yϑø9$#uρ Ì ôϑy ø9$# Ç tã y7tρθè=t ó o ª $yϑîγïèø Ρ ÏΒ ç t9ò2r& tβρã 3x tfs? öνà6 =yès9 ÏM tƒfψ$# 219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-nya kepadamu supaya kamu berfikir, [136] segala minuman yang memabukkan. Dalam Nas di atas tidak terdapat penjelasan tentang hukum haramnya,sebaliknya Allah s.w.t. cuba menarik perhatian tentang bahayanya kepada manusia yang lebih besar daripada manfaat yang dirasakan terdapat dalam kedua-duanya. kegiatan meminum arak terutamanya ketika beribadat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Nisa ayat 43 : 9

4 3 $ 7ãΨã_ Ÿωuρ tβθä9θà)s? $tβ (#θßϑn= ès? 4 Lym 3 t s3ß óοçfρr&uρ nο4θn= Á9$# (#θç/t ø)s? Ÿω (#θãψtβ#u t Ï%!$# $pκš r' tƒ Νä3ΨÏiΒ Ó tnr& u!$y_ ρr& @ x y 4 n?tã ρr& # yìó Λä Ψä. βî)uρ (#θè=å tføós? 4 Lym @ Î6y Ì Î/$tã ωî) (#θßs øβ$sù $Y7ÍhŠsÛ #Y Ïè ¹ (#θßϑ ϑu tfsù [!$tβ (#ρß ÅgrB öνn=sù u!$ ÏiΨ9$# ãλä ó yϑ s9 ρr& ÅÝÍ!$tóø9$# z ÏiΒ # θà xî # θà tã tβ%x.!$# βî) öνä3ƒï ƒr&uρ öνä3ïδθã_âθî/ 43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub[301], terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu Telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun. [301] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi. Setelah selesai al-qur an memberi peringatan terhadap bahaya arak, kemudian diikuti dengan larangan meminum arak pada masa yang tertentu, maka pada akhirnya barulah al- Quran menjelaskan tentang hukum pengharaman arak ini secara keseluruhannya kerana bahayanya yang besar terhadap perhubungan manusia dan keamanan masyarakat.pengharaman ini tidak terbatas kepada arak sahaja, malahan mencakup perkara-perkara lain yang juga turut menjejaskan keamanan dan kemesraan perhubungan masyarakat. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 90 dan 91 : È yϑtã ô ÏiΒ Ó ô_í ãν s9ø F{$#uρ Ü>$ ÁΡF{$#uρ ç Å øšyϑø9$#uρ ã ôϑsƒø:$# $yϑ ΡÎ) (#þθãψtβ#u t Ï%!$# $pκš r' tƒ tβθßsî=ø è? öνä3ª=yès9 çνθç7ï tgô_$sù Ç süø ±9$# 10

( öνä. ÝÁtƒuρ Î Å yϑø9$#uρ Ì Κsƒø:$# Îû u!$ÿòøót7ø9$#uρ nοuρ y yèø9$# ãνä3uζ t/ yìï%θムβr& ß süø ±9$# ß ƒì ム$yϑ ΡÎ) tβθåκtjζ Β Λä Ρr& ö yγsù Íο4θn= Á9$# Ç tãuρ «!$# Ì ø.ïœ tã 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). [434] Al Azlaam ertinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi. Maka dengan turunnya ayat ini jelaslah kedudukan hukum tentang arak, judi, menilik nasib dan menyembah berhala yang semuanya haram lantaran bahayanya yang mengancam perhubungan manusia dan keamanan masyarakat. 11

Kesimpulan Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber kepada sistem Pendidikan Islam untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T yang bertakwa. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan asas pembentukan insan muslim sama ada dari segi rohani, jasmani, pemikiran dan juga emosi melalui pernyataan-pernyataannya. Al-Quran dan As-Sunnah juga menjelaskan kesempurnaan rohani, jasmani, pemikiran dan emosi. Al-Quran dan As-Sunnah membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup seseorang muslim yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Al-Quran hendaklah dijadikan sumber pendidikan Islam bertujuan untuk menanam akidah ke dalam jiwa manusia. Oleh itu, setiap pendidikan hendaklah dimulakan dengan Al-Quran kerana ia menjadi asas kepada pendidikan keseluruhannya. 12

Bibliografi Al-Quran Al-Karim. Abdul Halim El-Muhammady. 1993. Perkembangan Undang-undang Islam Dari Zaman Rasulullah s.a.w hingga Zaman Penjajahan Barat. Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Abu Hasan An-Nadwi. 1974. Nahwa At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah Al-Hurrah. Al-Mukhtarul Islami. Cairo. Abu Urwah. 1986. Risalah Usrah jilid 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Abdul Raof Dalip. 1998. Punca-punca Pendidikan Islam Menerusi Al-Quran Al-Karim. Suara Pendidik. Dis 1998, 113-118. Anwar Al-Jundi. 2001. Kejatuhan Ideologi Materialisma dan Agenda Pengisian Islam. Penterjemah : Rosli Alias. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Mohammad Khalifa. 1994. Al-Quran dan Orientalisme. Penterjemah : Zakaria Stapa dan Mohamad Asin Dollah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Ibrahim Jannati. 2002. Al-Quran Sebagai Sumber Pertama Ijtihad. Dalam : Belajar Mudah Ulum Al-Quran. Susunan Sukardi K.D. Jakarta : PT. Lentera Basritama. Sheikh Muhammad Ali As-Shabuni. 2005. Penjelasan Ilmu-ilmu Al-Quran.Terjemahan : M.S. Hafid Masyhuri. Selangor : Crescent News (KL) Sdn. Bhd. 13