Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR NOR HASIMAH BINTI ISMAIL

Σχετικά έγγραφα
PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Bab 1 Mekanik Struktur

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Katakunci : faktor, minat, matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Kalkulus Multivariabel I

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Matematika

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Keterusan dan Keabadian Jisim

Pengantar Proses Stokastik

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Pengantar Proses Stokastik

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : salam, pelajar Islam

Tegangan Permukaan. Kerja

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Sebaran Peluang Gabungan

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

A. Distribusi Gabungan

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Transcript:

MANU Bil. 21, 61-75, 2014 ISSN 1511-1989 Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR NOR HASIMAH BINTI ISMAIL Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak Abstrak Pertelingkahan adalah perkara yang dilarang oleh agama kerana menyebabkan berlakunya permusuhan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pihak-pihak ini akan berbalah sesama mereka. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pertelingkahan antara kawan terdapat dalam novel karya Fatimah Busu. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Psikologi Islam Al-Ghazali untuk menganalisis. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu dan menganalisis pertelingkahan dengan kawankawan dalam novel Fatimah Busu. Kajian ini dijalankan untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam memilih kawan. Kebiasaannya, kawan adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah dan harapan. Pemilihan kawan yang tepat adalah perlu kerana kawan dapat mempengaruhi nilai, emosi dan cara pergaulan. Kata Kunci: Pertelingkahan, permusuhan, contoh, teladan, emosi dan cara pergaulan. Abstract Disputation is prohibited by the religious nature. These disputes will cause hostility between the parties with the other. Both sides are blaming each other. This study was performed to evaluate the differences between the characters in the novel Fatimah Busu. This study will use Al-Ghazali Islamic Psychological Approach to analyse. The objective of this research is to describe and analyse issues of disagreement between friends in Fatimah Busu novels. This study was undertaken to provide a model and example for the readers to choose a friend. Usually friends are sharing experiences, views, interests, problems and expectations. Electoral right partner is necessary because partners can influence the values, emotions and interactions. Keywords: Conflict, hostility, example, model, emotions and interactions.

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail PENGENALAN Fatimah Busu merupakan seorang penulis novel dan cerpen yang giat berkarya semenjak tahun 1950-an hingga kini, produktif dan kreatif serta sering mencuba pendekatan baharu dalam penulisan novel dan cerpen. Fatimah Busu mula berkarya sejak tahun 1957. Pelbagai bentuk penulisan telah diceburinya iaitu sajak, drama pentas atau radio, cerpen dan novel. Media massa yang menyiarkan karya-karyanya termasuklah Akhbar Warta Mingguan (1957), Gelanggang Filem (1958-1960), Radio Malaysia, Akhbar Berita Minggu dan Majalah Keluaran Dewasa Bahasa dan Pustaka (Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat). Dalam jagat kesusasteraan tanah air, genre cerpen dan novel telah menonjolkan bakat mengarang Fatimah Busu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980), Yang Abadi (Teks Publishing, 1980) dan Al-Isya (Teks Publishing, 1985). Sebanyak sepuluh buah cerpennya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen yang berjaya ialah Mawar yang Belum Gugur (1971), Nasinya Tumpah (1972), Freshie dan Lambaian Tanah Hijau (1973), Bunga-bunga Pulau dan Sampah yang Hanyut (1974), Anak Bumi Tercinta dan Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan (1975), Mahar Asmara (1983/1984) dan Al-Amin (1984/1985). Genre novel yang dihasilkan pula ialah Ombak Bukan Biru dan Kepulangan. Antologi puisinya yang terbaru Apa Ada di Sana (Versi Dunia) telah diterbitkan pada tahun 2004. Sebagai ahli akademik atau sarjana, beliau telah melaksanakan penelitian ilmiah dengan menghasilkan buku yang berjudul Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992). Buku ini, kemudiannya memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1992/1993. Kini, dua buah cerpen beliau yang pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia menjadi bahan teks Komponen Sastera dalam bahasa Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 62

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu (STPM). Cerpen-cerpen itu ialah Anak Bumi Tercinta (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001) dan Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996). Hasil pena terkini Fatimah Busu ialah Ada Apa di Sana (Versi Dunia) (Pustaka Nusa, 2004), Salam Maria (Absolute Publications, 2004), Keajaiban Alam (Pekan Ilmu Publications, 2004) dan The Missing Piece Bahagian 1 (Citra Kurnia Enterprise, 2005). Pengkaji memilih novel Fatimah Busu kerana novel yang dihasilkan mengandungi banyak konflik yang boleh dijadikan contoh dan teladan untuk generasi akan datang. Fatimah Busu memilih tajuk dalam bahasa Inggeris kerana maksud yang hendak disampaikan adalah jelas. Beliau berpendapat frasa The Missing Piece 1 menjelaskan wanita sempurna adalah wanita yang kehilangan sesuatu. Justeru, setelah berlaku kehilangan, yang tinggal hanyalah penyerahan diri kepada Allah SWT. Dalam kajian ini, penulis mengkaji pertelingkahan yang berlaku sesama kawan dalam tiga buah novel Fatimah Busu. SOROTAN LITERATUR Artikel daripada keratan akhbar Berita Harian pada Isnin 9 Ogos 2010 halaman 6 bertajuk Pasal Harta Pusaka - Abang robohkan kediaman adik. Pertelingkahan antara keluarga menyebabkan seorang lelaki sanggup mengambil tindakan yang drastik tanpa mengira ahli keluarga. Seorang abang bertindak merobohkan sebahagian rumah adik perempuan menggunakan jengkaut kerana membina rumah di tapak lot rumah miliknya di Kampung Selinsing, Kelantan. Lelaki berkenaan berbuat demikian kerana suami adiknya bekerja di luar kawasan iaitu Sabah. Semasa kejadian itu berlaku, adiknya sedang menyediakan sarapan pagi dan lima orang anaknya sedang tidur. Pertelingkahan antara keluarga berlaku kerana perebutan harta. Akibat nafsu yang tidak mengenal batas kemanusiaan, seseorang sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan demi memenuhi kehendak hatinya. Artikel seterusnya ialah Berebut Harta di Kubur Ibu dari petikan artikel menerusi keratan akhbar Harian Metro 21 Disember 2009 halaman 63

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail 4(http://abihaiqal.blogspot.com/2009/12/aksi-jijik-si-derhaka.html). Kejadian ini berlaku di Putrajaya, pertelingkahan keluarga berlaku antara tiga orang anak lelaki yang menghantar ibunya yang berusia 60-an ke rumah orang tua kerana tidak mahu menanggung beban menjaga ibunya yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dengan alasan mereka mempunyai tanggungan yang ramai. Selama dua tahun ibunya berada di rumah orang tua, seorang anak pun tidak pergi melawat ibunya. Sewaktu ibunya uzur, pegawai dari rumah orang tua memaklumkan kepada anak-anaknya tentang kesihatan ibunya namun tidak seorang pun datang menjenguknya. Sebaik sahaja dikebumikan barulah anak-anaknya datang berebut harta peninggalan di kubur ibunya. Abang sulung bertanyakan barang kemas, manakala anak yang bongsu mahukan sijil kematian kerana mahu mengeluarkan wang simpanan ASB ibunya, walaupun ibunya mahu menyedekahkan wang tersebut kepada golongan yang memerlukan. Hal ini menunjukkan pertelingkahan berlaku antara keluarga disebabkan harta yang mendorong seseorang bertindak di luar batas kemanusiaan. Mereka sanggup membuang ibu demi keselesaan walaupun mereka berpendapatan tetap. Akibat menurut nafsu anak-anak sanggup membelakangkan ibu tetapi menghendaki harta. Untuk mendapatkan bahan penulisan, penulis telah menemu bual Fatimah Busu. Beliau menjelaskan bahawa pemerhatian, pengalaman dan campuran idea kreatif adalah prasyarat utama dalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam kehidupan seharian, masalah pertelingkahan antara rakan dan keluarga sering berlaku. Pertelingkahan antara rakan sering berlaku dalam. kalangan sahabat seperti rakan tempat belajar, rakan sepejabat serta rakan yang menjadi jiran, manakala pertelingkahan antara keluarga sering berlaku antara adik-beradik kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain. Hal ini wujud apabila timbul perasaan iri hati dan cemburu di dalam hati masingmasing. Paparan tinta yang ditulis adalah gambaran kejadian semasa serta idea-idea kreatif yang diabadikan dalam karya. Semua olahan idea ini ditulis untuk dijadikan contoh dan teladan kepada audiens yang membaca. Persoalan kajian ialah untuk menentukan sama ada isu-isu pertelingkahan berlaku dalam masyarakat dan mengenal pasti jalan 64

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu penyelesaian untuk mengatasi pertelingkahan. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu pertelingkahan dengan rakan yang terdapat dalam novel dan menganalisisnya. Kajian ini menggunakan pendekatan Islam Al-Ghazali. Kaedah yang dijalankan ialah kaedah perpustakaan dan temu bual. PENDEKATAN Pendekatan psikologi juga disebut psikologikal. Cara ini memberi penekanan kepada penyorotan kejiwaan dalam kajian sastera. Dalam kajian ini, penulis memilih psikologi Islam sebagai pendekatan kajian. Psikologi Islam bermaksud perspektif Islam terhadap psikologi moden dengan membuang konsep-konsep yang tidak sesuai dan bertentangan dengan Islam. Hana Djumhana Bastaman (Rafy Sapuri, 2009: p. 27) mendefinisikan psikologi Islam sebagai corak psikologi berdasarkan citra manusia menurut ajaran Islam, yang mempelajari keunikan dan pola perilaku manusia sebagai ungkapan pengalaman interaksi dengan diri sendiri, lingkungan sekitar dan alam kerohanian, dengan tujuan meningkatkan kesihatan mental dan kualiti keagamaan. Psikologi Islam adalah usaha membangunkan teori dari al-quran, hadis atau kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama Islam yang popular dan terus mewarnai dunia psikologi sekarang hingga berkembang pesat. Hasil karya Al-Ghazali dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada ilmuwan Islam. Beliau juga mendapat gelaran Hujjatul Islam kerana jasanya yang besar bukan sahaja kepada Islam, malah di persada antarabangsa kerana menyediakan sumber rujukan Islam yang menyeluruh. Beliau berusaha mengembalikan kegemilangan umat Islam dengan menyediakan sumber rujukan yang menyeluruh berteraskan al-quran dan hadis (http://books.google.com.my/books?id). Dalam Kitab Ihya Ulumi d_ Din (http://books.google.com.my/books?id) secara keseluruhannya Al- Ghazali merumuskan bahawa jiwa, roh, hati dan akal mempengaruhi luaran. Namun begitu, aspek yang paling besar pengaruhnya kepada tingkah laku manusia ialah hati. Perkataan hati secara fizikalnya bemaksud salah satu organ di dalam tubuh manusia iaitu jantung. Hati yang halus itu, ialah hakikat manusia kerana hati yang merasa mengetahui dan mengenal diri manusia. Huraian berkenaan hati tidak dibuat berasaskan hakikat zatnya, 65

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail tetapi sifat-sifat dan keadaannya yang halus dan tidak dapat dilihat. Ia terpancar daripada wajah dan tingkah laku manusia (http://books.google. com.my/books?id). Psikologi Islam Menurut Imam al-ghazali (Hawa Nafsu) Al-Ghazali mengemukakan istilah nafs secara etimologi adalah berhubungan dengan asal usul penipuan dan secara silih berganti juga dipakai dengan literatur Arab dengan erti jiwa kehidupan atau ghairah dan hasrat duniawi sebagai dorongan yang kemudian melahirkan nafsu (2001: p. 99) Al-Ghazali telah membahagikan nafsu manusia kepada tiga kategori, iaitu nafsu ammarah iaitu nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Allah menyatakan dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan. 1) Nafsu ammarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Jika hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal hati akan binasa. Oleh itu, individu akan terjerumus ke arah tingkah laku yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim dan ditimpa dengan pelbagai keburukan serta bencana kepada diri serta persekitaran. Orang-orang yang memiliki jiwa seperti ini sukar ditegur kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Nafsu ammarah menduduki tempat paling rendah dalam kehidupan manusia, malah lebih rendah daripada haiwan. Hal ini disebabkan haiwan tidak mempunyai akal. Mereka bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup. Namun, kesan yang dihasilkan tidaklah seteruk yang dilakukan oleh manusia. 2) Nafsu lawwamah adalah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya dalam melaksanakan peraturan-peraturan Allah. Allah menyatakan dalam Surah al-qiyamah ayat 2 yang bermaksud, Aku bersumpah dengan nafsu lawwarah (yang amat menyesali dirinya sendiri). Orang yang memiliki jiwa seperti ini menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. 66

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu Mereka mudah membaiki diri dan mudah menerima teguran orang lain. Individu itu tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Ia sering memikirkan baik buruk, halal, haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakannya. 3) Nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang. Allah menyatakan dalam Surah al-fajr ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, Wahai nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredainya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku. Orang yang memiliki jiwa seperti ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Segala kesenangan hidup tidak membuat akannya lupa diri, sementara kesusahan yang dialami tidak menjadikan dirinya gelisah. Hal ini demikian kerana hatinya mempunyai ikatan yang kuat kepada Allah. Ia redha dengan segala ketetapan dan ujian yang Allah berikan kepadanya. Berdasarkan maksud ayat yang disebut di atas, individu yang sampai ke tahap ini akan mendapat balasan syurga (http://books.google.com.my/books). Apabila kita mengenal dan mengetahui tatatingkat nafsu masingmasing maka, bolehlah kita berusaha memperbaikinya ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya, melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan-nya. Analisis Pertelingkahan antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu Pertelingkahan wujud disebabkan terdapat rasa tidak senang dengan sikap atau perlakuan kawan. Perasaan ini memuncak apabila kawan yang dianggap sahabat sejati, tetapi mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Malah, karenah kawan juga akan menimbulkan pertelingkahan dalam diri. Novel Ombak Bukan Biru menjelaskan pertelingkahan yang berlaku kepada Imrah apabila mengetahui Rubiah, kawan baiknya cuba merampas kekasihnya Yamin. Pertelingkahan ini wujud apabila timbul rasa tidak puas hati dan rasa tidak senang sesama kawan. Tanpa diduga, pertemuan Imrah 67

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail dengan Yamin bersama Rubiah makan di sebuah restoran sebelum menonton wayang telah membuka rahsia bahawa kawan baiknya telah berkawan dengan kekasihnya. Ekoran daripada itu, Imrah sudah tidak mempercayai Rubiah yang cuba merampas kekasihnya. Imrah merasakan kawan baiknya telah menikamnya dari belakang. Kini, Imrah sedar selama ini Rubiah selalu bertanyakan Yamin, rupa-rupanya dia berminat kepada Yamin. Imrah mengambil keputusan untuk melupakan Yamin dan memberi peluang kepada Rubiah yang sangat menyukai Yamin. Pertelingkahan dengan kawan ini menyebabkan Imrah kehilangan kawan dan kekasih. Dalam novel ini jelas menunjukkan Yamin adalah seorang yang mempunyai sikap mazmumah. penulis mendapati Yamin tidak puas dengan kehadiran Imrah dalam hidupnya dan Rubiah dijadikan teman wanita yang baharu. Hidupnya penuh dengan kerakusan nafsu, kehidupannya dihambakan oleh nafsu yang tidak pernah puas dan tidak akan puas. Sikap ini dijelaskan dalam buku Membersih Jiwa Dari Sifat Mazmumah hasil karya Nur Iman Affandi, Dan tidaklah keinginan manusia terpuaskan kecuali jika sudah menjadi santapan cacing-cacing tanah (HR. Al Bukhari & Muslim dari Ibnu Abbas r.a). Seseorang yang tidak berasa puas dengan apa yang dimiliki akan terus memilih selagi mempunyai peluang. Yamin sewajarnya bersikap positif dan menggunakan akal yang waras dalam menjalinkan hubungan cintanya. Akal memungkinkan manusia bertindak secara rasional dan bukan melakukan perkara secara emosional. Ekoran daripada hal ini, wujud pertelingkahan sesama kawan iaitu antara Imrah dengan Rubiah. Imrah beranggapan Rubiah sudah merampas kekasihnya, manakala Rubiah dengan bangga merasakan dirinya telah berjaya memiliki hati Yamin, walaupun mengetahui Yamin menjalinkan hubungan cinta dengan Imrah. Hakikatnya, Yamin adalah seorang yang tunduk pada hawa nafsu dan bertindak tidak menggunakan akal, sebaliknya segala tindakan adalah untuk memenuhi nafsu semata-mata. Situasi ini memberi kepuasan sementara, bukanlah kebahagiaan yang hakiki. Rentetan itu, Imrah merasakan dirinya telah dipermainkan oleh Yamin. Justeru, beliau telah bertindak melepaskan Yamin agar Yamin dapat memilih Rubiah sebagai suri hidupnya. Yamin pula tidak dapat menerima 68

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu keputusan Imrah. Perlakuannya itu hanya untuk menggertak Imrah agar kembali menagih cinta kepadanya. Perlakuan Yamin ini telah menyebabkan Yamin jatuh sakit. Namun, Imrah tetap dengan pendiriannya. Dia sudah tidak mahu menerima Yamin dalam hidupnya. Padanya, Yamin sudah curang dengannya dan memilih kawan baiknya sendiri. Imrah merelakan perhubungan mereka dan dia mengundur diri. Setiap perlakuan yang dibuat perlulah berlandaskan agama. Yamin sepatutnya menggunakan akal yang waras dalam tindakannya demi menjaga hubungannya dengan Imrah. Salehuddin Al Jawiy (2004: 16) menjelaskan hukum akal ialah satu sifat iaitu Allah meletakkan pada otak manusia dengan segala ciri yang istimewa. Dengan adanya sifat ini, secara tidak langsung akan membezakan antara sifat manusia daripada makhluk-makhluk lain seperti haiwan. Dalam erti kata lain dengan adanya akal, mulialah manusia ini dibandingkan dengan makhluk yang lain di muka bumi ini. Firman Allah: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka dari daratan dan lautan. Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka daripada kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Surah al-isra (7): 70 Dalam ayat di atas, Allah mengatakan kepada kita betapa Allah telah memuliakan anak cucu Adam iaitu manusia yang diberi kelebihan-kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah. Manusia telah dibekalkan oleh Allah dengan akal hingga Allah menyerahkan daratan dan lautan untuk dikuasai oleh mereka. Maka, setiap insan itulah berhak memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Allah memberikan akal, maka seseorang manusia itulah yang akan menilai dan mencorakkan dalam kehidupannya terhadap apa yang dipilihnya. Dalam novel Salam Maria, pertelingkahan dengan kawan berlaku apabila kawan yang dianggap kawan sehidup semati telah bertindak seperti kawan makan kawan. Kawan tersebut mengambil kesempatan atas kebaikan atau kelemahan kawannya untuk kepentingan peribadinya. 69

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail Hal ini berlaku kepada muda-mudi yang bebas pergaulan hidup mereka atau hidup dalam keadaan sosial. Mereka hidup tanpa batasan agama dan meninggalkan suruhan Allah SWT seperti sembahyang dan sebagainya. Mereka hanya mementingkan keseronokan duniawi semata-mata. Akibat terlalu percaya kepada kawan akhirnya diri sendiri yang merana. Apabila mereka mengandung, lelaki yang pernah berkawan baik, iaitu pemuda yang sama-sama bekerja di kilang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukannya. Malahan, mereka diugut akan dipukul oleh samseng sehingga patah riuk. Mereka terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan baharu. Hal ini berlaku kepada Nadhirah yang sudah tiga kali mengandung, Haizan dua kali mengandung dan Diana yang pertama kali mengandung anak luar nikah. Pengaruh kawan boleh mengubah hati seseorang. Jika berkawan dengan orang jahat akan menjadi jahat, jika berkawan dengan orang baik akan menjadi baik. Oleh itu, dalam berkawan pilihlah kawan yang boleh dijadikan contoh atau teladan. Dalam novel Salam Maria, penulis mendapati Diana, Haizan dan Nadhirah termakan pujukan kawan serta terpengaruh dengan kawan. Mereka sanggup melakukan zina dan menggugurkan kandungan. Kawan-kawan sebegini sepatutnya tidak boleh didekati kerana boleh merosakkan diri sendiri. Situasi ini berkaitan dengan syahwat. Allah SWT mengingatkan manusia agar tidak tenggelam dan hanyut dalam syahwat. Apabila seseorang manusia mengikut syahwat, maka ia akan kerugian di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah dalam al-quran yang bermaksud: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikan khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu), dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. Surah Shaad (4): 26 70

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu Orang yang mengikut hawa nafsunya, akalnya akan cenderung untuk berfikiran negatif dan selalu mengikuti tuntutan syahwat dan membiarkan akalnya dikalahkan oleh kenikmatannya yang singkat. Jiwa akan tersesat dengan kegagalan dan keengganan dalam membangkitkan semangat hidup kerana dirinya telah membiarkan tubuh dan akalnya dikawal oleh syahwat. Antara pengaruh langsung terhadap jiwa menunjukkan bahawa orang yang memperturutkan syahwat ialah tidak mempunyai jiwa yang stabil atau berasa tidak tenang. Hal ini biasa dialami oleh orang yang merasa berdosa dan nuraninya terusik oleh perasan bersalah. Zakaria Stapa (1999: 54) menjelaskan bahawa di dunia Barat pada masa kini pergaulan bebas tanpa batasan begitu berleluasa. Aturan tersebut telah menimbulkan pelbagai bentuk gaya hidup yang jauh menyimpang daripada norma-norma biasa kemanusiaan. Ekoran daripada itu, timbul masalah akhlak dan sosial yang amat menggerunkan. Pada masa ini, institusi perkahwinan sudah semakin tidak bernilai dan tidak begitu relevan, malahan dianggap sebagai sebuah institusi lapuk. Masyarakat Barat menganggap bahawa perkahwinan bukanlah satu-satunya kaedah bagi membentuk sebuah unit keluarga. Malahan, mereka bebas membentuk keluarga dengan cara tinggal serumah bersama dengan pasangan masing-masing tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Inilah budaya sosial yang diamalkan di Barat pada masa kini. Apabila melakukan perbuatan yang jahat dan melanggar peraturan Allah SWT, seseorang itu akan berasa bersalah akan perbuatannya itu. Hal ini terjadi kepada Maznah yang telah membuang bayinya kerana dia tidak mahu orang lain mendapat susah kerana anaknya, dan kawan-kawan juga tidak mahu menerimanya kerana mengetahui dia mempunyai anak luar nikah. Maria Zaitun begitu terkejut dan terharu mendengar pengakuan Maznah. Konflik berlaku dalam diri Maria Zaitun dan dia tidak menyangka Maznah bertindak sedemikian. Sanggup membuang anak sendiri sematamata untuk berada dalam kesenangan tanpa ada anak. Menurut Abdul Latif bin Muda (2001: p. 9) dalam Huraian Ayat-ayat Hukum menyatakan bahawa setiap individu hendaklah mengetahui, mempelajari memperkukuh 71

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail diri mereka dengan beramal tentang apa-apa yang mereka pelajari serta ketahui dan sekali gus meninggalkan apa-apa yang sepatutunya ditinggalkan. Maznah bertindak untuk kepentingan peribadi. Dia merasakan bahawa bayinya menyusahkan dan mengganggu kehidupannya. Lantaran itu, Maznah bertindak membuang bayinya. Situasi ini berlaku kerana Maznah terlalu mengikut kata hati sehingga menyebabkan dia hanyut dan sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk. Dalam hal ini, Maznah banyak melakukan kesalahan di mana dia telah melakukan zina. Dia dianggap sebagai pembunuh kerana telah menggugurkan anak yang dikandungnya. Nafsu syahwat telah mengusai Maznah. Dia sanggup melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah demi mengecapi kenikmatan yang seketika cuma. Kesalahan perbuatannya telah menyebabkan dia terus berada dalam keadaan bersalah sehingga sanggup membunuh darah dagingnya sendiri. Dalam zaman moden ini, banyak sebab yang boleh mengundang syahwat. Pengaruh rangsangan syahwat itu mencipta situasi yang tidak disangka sebelumnya, seperti mempercepatkan masa kematangan bagi anak dan memberi kesempatan luas kepada anak untuk berlaku tidak senonoh. Cinta dan seks adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Namun, sayangnya cinta itu merupakan satu penyebab yang membuat orang selalu terjebak pada perlakuan zina. Pengaruh syahwat pada akhirnya akan membuat perilaku yang tidak baik kepada seseorang. Zina dikategorikan sebagai kesalahan dosa besar yang menjadi perhatian umum. Firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Surah Al-Israa (17): 30 Pertelingkahan dengan kawan juga berlaku dalam The Missing Piece 1. Charlie dan Imrah berkawan baik kerana mereka bersama-sama bekerja dan belajar mengambil kelas malam untuk menduduki peperiksaan STPM. Disebabkan mereka berkawan baik, maka timbul perasaan cemburu dalam kalangan guru sekolah tempat mereka mengajar. 72

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu Persahabatan yang akrab ini telah disalahertikan. Ramai guru di sekolah itu tidak senang dengan perhubungan mereka. Sebenarnya, Imrah dan Charlie mempunyai peminat yang tersendiri. Cikgu Hanim meminati Charlie, manakala Cikgu Zainudin pula meminati Imrah. Namun, semua itu tidak dilayan oleh mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas antara keduanya apabila melihat mereka berbaik. Pertelingkahan yang lain pula berlaku apabila Imrah berbaik dengan Charlie. Persahabatan mereka semakin baik. Namun kerana kehendak cita-cita, masing-masing perlu berpisah untuk ke menara gading. Itulah cita-cita yang mereka impikan selama ini. Charlie telah ditempatkan di Universiti Malaya (UM), manakala Imrah berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Kedua-duanya menerima dengan hati terbuka tentang tawaran melanjutkan pelajaran itu, namun begitu mereka berasa sedih kerana sudah lama berkawan dan terpaksa berpisah. Dalam kehidupan seharian setiap perlakuan mestilah berasaskan akal. Tindakan yang dilakukan mestilah rasional, bukan emosional. Katakanlah: Aku hanya memberikan kepadamu satu pengajaran, iaitu: hendaklah kamu bergerak bangun kerana Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri lantas hendaklah kamu tafakkur (berfikir-fikir mengenangkan ajaran Rasulullah) Surah Saba (34): 46 Manusia yang tidak menghargai nikmat akal, tidak akan menggunakan akal menurut tujuan akal itu diciptakan dan mengabaikan perintah Allah Taala. Firman Allah Taala: Berapa banyaknya ayat-ayat (petanda) yang ada di langit dan bumi yang membuktikan kebesaran Tuhan yang mereka lalui dan mereka hanya melengah-lengah sahaja. Surah Yusuf (12): 105 Di sini jelas menunjukkan bahawa Imrah dan Charlie menyedari bahawa perhubungan mereka perlu ada batasan kerana Imrah ialah isteri orang. Rachmat Djoko Pradopo (2000: 105) menyatakan psikologi wanita lebih cenderung memperlihatkan bahawa wanita merupakan insan yang lebih dekat dengan masalah-masalah kehidupan yang praktis. Antara lelaki dengan wanita, wanita lebih banyak menghadapi masalah. 73

Siti Khariah binti Mohd. Zubir & Nor Hasimah binti Ismail Hawa nafsu adalah dorongan syahwat kepada sesuatu yang bersifat rendah, segera dan tidak mengindahkan nilai-nilai moral (http:// bunglonistiqomah.blogspot.com/2013/04/psikologi-islam.html). Jika membuat pilihan lebih dipengaruhi oleh hawa nafsu, kecenderungannya adalah pada kenikmatan segera atau pada kenikmatan sesaat, bukan pada kebahagiaan abadi. Jika orang dalam menentukan pilihan dengan dipengaruhi tuntutan nurani dan agama, pertimbangannya lebih kepada memilih kebahagiaan abadi (http://www.wikimu.com/news/displaynews. aspx?id=19223). Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja kecuali mereka yang membuat zalim. Mereka adalah kelompok (kaum) yang menurut hawa nafsu sehingga tersesat dalam menjalankan hidup. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Maka jika mereka tidak menjawab (tentanganmu) ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Surah al-qasas (28): 50 Antara hidayah yang Allah berikan ialah matahari memberi petunjuk waktu, bulan memberi petunjuk hitungan bulan dan bintang yang menjadi petunjuk arah atau mata angin. Petunjuk untuk hati ialah rasul, nabi, ulama, al-quran dan hadis. Petunjuk ini adalah untuk jalan kehidupan di dunia dan akhirat. Hati yang gelap atau sakit akan jauh daripada kebahagiaan yang sejati. KESIMPULAN Kesimpulannya, pemilihan kawan harus bersandarkan pada faktor latar belakang kawan tersebut, di samping mengetahui ciri-ciri kawan yang baik. Kawan yang baik ialah kawan yang melindungi kita, membantu menutup keburukan kawan, sentiasa membantu meringankan masalah, selain 74

Pertelingkahan Antara Kawan-kawan dalam Novel Terpilih Fatimah Busu sentiasa mengalah dengan kawan. Persefahaman dan sifat bertolak ansur dengan kawan juga merupakan faktor utama untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan kawan. Seterusnya, segala tingkah laku dan perbuatan seharian mestilah berlandaskan agama Islam bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. RUJUKAN Abdul Latif Muda. (2001). Huraian ayat-ayat hukum. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Fatimah Busu. (1977). Ombak bukan biru. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp. Fatimah Busu. (1980). Salam Maria. Selangor: Absolute Press (M). Fatimah Busu. (2005). The missing piece I. Selangor: Citra Kurnia Enterprise. Ghazali. (2007). Ihya Ulumiddin. TK.H Ismail Yakub (terj.) Singapura: Pustaka Nasional. Nur Iman Affandi. (2002). Membersih jiwa. dari sifat mazmumah. Kuala Lumpur: Al Hidayah Publishers. Rachmat Djoko Pradopo. (2000). Wanita di mata wanita: perspektif sajak-sajak Toeti Heraty. (Kartono 1981: 175) dipetik dari pengantar. Bandung: Penerbit Nasa. Salehuddin, Al Jawiy. (2004). Sifat 20 ilmu tauhid Awaluddin Ma rifatullah. Johor: Perniagan JAHABERSA. Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Ninggal. (2008). Teori kaunseling Al Ghazali. Selangor: PTS Publications & Distributors. Zakaria Stapa. (1999). Akidah dan akhlak dalam kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Hayati Ibrahim. 21 Disember 2009. Berebut harta di kubur ibu. Harian Metro. Hilmi Haniz. (Ogos 9, 2010) Pasal Harta Pusaka - Abang robohkan kediaman adik. Berita Harian. Temu bual secara bebas antara penulis dengan Fatimah Busu. Penulis Novel. 15 Mei 2011. Sumber internet: http://abihaiqal.blogspot.com/2009/12/aksi-jijik-si-derhaka.html http://books.google.com.my/books http://bunglonistiqomah.blogspot.com/2013/04/psikologi-islam.html http://www.ujanailmu.com.my/cat_fatimah.cfm http://www.wikimu.com/news/displaynews.aspx?id=19223 ranjaudunia.blogspot.com/.../teori-kaunseling-al-ghaz... MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (Journal of the Centre for the Promotion of Knowledge & Language Learning) 75