KOMUNIKASI DALAM ISLAM PRINSIP-PRINSIP BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Rosni binti Wazir Jamiurrashid bin Makmum Rafiza binti Kasbun Khodijah binti Abdul Rahman 1 Abstrak Komunikasi adalah satu keperluan fitrah manusia. Setiap manusia yang normal sangat memerlukan komunikasi untuk menyampaikan hasrat, berbincang dan berhubungan antara satu sama lain. Kisah tentang komunikasi ini telah tercatat dalam al-quran semenjak zaman Nabi Adam a.s sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Paling menarik, baginda merupakan seorang insan yang luar biasa komunikasinya dan kerana kehebatan inilah Islam tersebar ke seluruh dunia. Umat Islam amat bertuah kerana bukan sahaja sirah baginda yang dapat kita hayati bahkan hadis baginda terbentang di dalam mushaf-mushaf, padat dengan tips-tips dan panduan yang amat bernilai. Penulisan ini akan menyentuh tentang tips-tips, prinsip serta panduan yang disimpulkan daripada ayat-ayat al-quran al-karim serta hadis baginda Muhammad s.a.w sebagai senjata untuk melahirkan komunikator yang berkesan. Pendahuluan Komunikasi melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia telah lama wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. Penyebaran agama Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dilakukan melalui komunikasi antara manusia dengan manusia dan pastinya baginda seorang komunikator yang hebat. 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 47
Menelusuri sirah, kita akan dapati bahawa kepandaian berpidato (alkhitabah) dan surat menyurat (al risalah) telah menjadi sumber komunikasi semenjak kedatangan Islam. Kedua dua kaedah tersebut merupakan bentuk komunikasi pemujukan yang digunakan oleh Rasulullah dan para cendekiawan Muslim lain selepas baginda yang bertujuan untuk mengembangkan dan menyebarkan agama Islam yang disampaikan dalam berbagai bagai perhimpunan dan melalui surat yang ditulis kepada raja dan ketua Arab yang berlainan. Melalui kebijaksanaan berpidato Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan agama Islam kepada orang Arab. 1 Melihat kepada kejayaan yang dicapai oleh baginda Rasulullah s.a.w, sudah pasti terdapat garis panduan komunikasi dalam Islam yang perlu dipatuhi. Sebahagian besarnya dapat diambil daripada ayat-ayat al- Quran dan hadis Nabi s.a.w. seperti penekanan terhadap sumber maklumat yang sahih, mesej yang disampaikan perlulah berbentuk amar ma aruf nahi mungkar, bercakap menggunakan perkataan yang baik dan mulia serta banyak lagi. Ini adalah untuk memastikan komunikasi yang dilakukan adalah berkesan dan mencapai tujuan yang diingini sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda di dalam sirahnya. Komunikasi Di Dalam Islam Manusia dilahirkan untuk berkomunikasi dan bagi seorang Muslim, komunikasi yang dilakukan seharusnya tidak sama dengan orang lain yang bukan Muslim. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi Islam, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Malahan, amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam. Berbeza dengan komunikasi konvensional pula hanya menitik beratkan soalsoal etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi dalam Islam berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. 2 1 Mohd Yahya Mohamed Arifin. (2007), Komunikasi Imam Syafie Dalam Penyebaran Islam, Jurnal Pengajian Media Malaysia, Universiti Malaya, jilid.9, hlm.1 2 Nor Saleha Mohd Saleh (2012), Komunikasi Pendekatan Islam, Melaka : Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka, hlmn 3. 48
Terdapat tiga unsur penting yang digambarkan oleh Aristotle dalam Rhetorics yang dihubungkan dengan perlakuan komunikasi iaitu komunikator, mesej dan penerima. Daripada perspektif Islam komunikator memegang kedudukan paling penting dalam komunikasi Islam yang menekankan beberapa ciri komunikator yang berkualiti seperti kebenaran, kerendahan hati, kebaikan, keadilan, kejujuran, keikhlasan, niat, kebenaran mesej yang disampaikan, pengesahan sumber mesej, dan penyiasatan untuk mengesahkan kejujuran dan ketepatan komunikator. 1 Selain daripada Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang komunikator yang hebat, Imam Shafi i juga terkenal sebagai seorang yang mempunyai kemahiran seperti ini. Kekuatan yang dimiliki oleh beliau mungkin telah membantunya menjadi seorang komunikator yang hebat pada zamannya. Kekuatan dan kehebatannya membolehkan pengaruh Imam Shafi i melalui mazhabnya telah menjadi ikutan ramai umat Islam hingga kini termasuk di Malaysia. 2 Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, amalan komunikasi amat sinonim dengan Islam dan terdapat tiga (3) contoh komunikasi yang terdapat dalam Al-Qur an, iaitu: 3 a) Komunikasi Allah S.W.T dengan malaikat dan para rasul; b) Komunikasi para rasul dengan manusia; dan c) Komunikasi sesama manusia. Ini menunjukkan bahawa komunikasi bagi seorang Muslim bukan sekadar antara manusia dengan manusia yang lain tetapi melibat dua pihak lagi yang lebih tinggi kedudukannya. Seseorang Muslim itu, akan dipertanggungjawabkan kepada kuasa yang lebih besar iaitu Allah s.w.t dengan bimbingan baginda Rasul. Seseorang Muslim berkomunikasi bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi membawa tanggungjawab sebagai seorang daie atau pendakwah yang diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat. 1 Mohd Yahya Mohamed Arifin, op.cit., hlm.4. 2 Saodah Wok Narimah Ismail dan Mohd Yusuf Hussain (2003), Teori-Teori Komunikasi, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., hlmn 124. 3 Ibid. 49
Terdapat banyak dalil di dalam al-quran yang menceritakan tentang komunikasi atau al-ittisal yang bererti sampaikan. 1 Firman Allah s.w.t : و ل قد و ص لن ا له م ا ل قو ل لع له م ي ت ذ كر و ن (القصص : ٢٠ ٥١) / Maksudnya : Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (Al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman) Komunikasi yang disampaikan haruslah seruan yang berguna iaitu menyeru kepada kebajikan dan kebaikan, sebagaimana cara yang digunakan oleh junjungan kita nabi Muhammad saw ketika menyampaikan dakwah kepada musyrikin Mekah. Firman Allah s.w.t : šχθßsî=ø ßϑø9$# ãνèδ y7í s9'ρé&uρ 4 Ìs3Ψßϑø9$# Ç tã tβöθyγ Ζtƒuρ Å ρã èprùq$î/ tβρããβù'tƒuρ Îösƒø:$# n<î) tβθãô tƒ π Βé& öνä3ψïiβ t ä3tfø9uρ 50 ) ا ل عمران: (١٠٤ /٤ Maksudnya : Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada ma ruf dan mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang mendapat keuntungan. Dalil lain yang juga merujuk kepada komunikasi supaya berbuat ma ruf dan mencegah kemungkaran telah dirakamkan di dalam al-quran : š tβ#u öθs9uρ 3 «!$Î/ tβθãζïβ σè?uρ Ìx6Ζßϑø9$# Ç tã šχöθyγ Ψs?uρ Å ρã èyϑø9$î/ tβρâ ß ù's? Ä $ Ψ=Ï9 ômy_ì zé& >π Βé& uöyz öνçgζä. 3 ) ا ل عمران : /٤ (١١٠ tβθà)å x ø9$# ãνèδçsyò2r&uρ šχθãψïβ σßϑø9$# ãνßγ ΖÏiΒ 4 Νßγ 9#Zöyz tβ%s3s9 É= tgå6ø9$# ã δr& Maksudnya : Kamu semua adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada manusia dengan mengajakmanusia supaya berbuat ma ruf dan mencegah kemungkaran. Prinsip-prinsip Komunikasi Berlandaskan al-quran dan al-sunnah Telah difahami bahawa amalan komunikasi merupakan sesuatu yang penting dalam Islam. Banyak kali disebut dalam al-quran dan sering diamali oleh baginda melalui sunnahnya. Maka, sekiranya ditelusuri kedua-dua sumber yang penting ini, akan terlahirnya tips dan garis-panduan komunikasi yang berkesan. 1 Hamid Maulana (2003), Foundation Of Communication in Islamic Societies, London : T&T Clark LTD, hlmn 30.
1) Memulakan percakapan dengan ucapan Assalamualaikum Islam menggalakkan setiap muslim memberi salam kepada muslim yang lain tidak kira berbeza usia, pangkat dan darjat. Hukum memberi salam adalah sunat manakala hukum menjawab salam adalah wajib. Hal ini telah didatangkan dalam hadis sahih berkaitan salam. Sabda Rasulullah s.a.w: 1 ع ن ع ب د ال له ب ن ع م رو ر ض ي ال له ع ن ه م ا ا ن ر ج لا س ا ل الن بي ا ي ا ل ا س لا م خ ي ر قا ل ت طع م ال طع ام و ت قر ا الس لام ع لى م ن ع ر فت و م ن لم ت ع رف. Maksudnya : Daripada Abdullah bin Amru radhiallahuanhu bahawa seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w. : Apakah Islam yang baik? Bersabda Rasulullah s.a.w : Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal. Rasulullah s.a.w menekankan bahawa memberi salam itu adalah hak seorang Muslim ke atas saudaranya yang lain. Sabda baginda : 2 عن ابى هريرة قال : قال رسول االله : حق المسلم على المسلم ست. قيل:و وماهن يارسول االله قال: اذا لقيته فسلم عليه واذا دعاك فاجبه واذا استنصحك فانصحه و اذا عطس فحمد االله فشمته واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه. Maksudnya : Dari Abu Hurairah, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW, hak muslim atas muslim lainnya ada enam perkara. Para sahabat bertanya : Apa saja wahai Rasulallah? Baginda menjawab: Apabila kau bertemu dengannya, hendaklah engkau beri salam kepadanya, apabila ia mengundangmu, hendaklah engkau memenuhinya, dan apabila ia minta nasihat kepadamu, hendaklah engkau menasihati dia, dan apabila ia bersin lalu memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka jawablah (dengan mengucapkan yarhamukallah), dan apabila ia sakit, hendaklah engkau menjenguk dia, dan apabila ia meninggal dunia, hendaklah engkau hantarkan jenazahnya. 2) Berfikir sebelum berkata-kata. Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan kita agar sentiasa berfikir sebelum berkata-kata. Sekiranya perkataan yang bakal diucapkan itu tidak membawa apa-apa faedah, maka sebaiknya adalah mendiamkan diri. 1 Muhammad bin Ismail al-bukhari, Sahih al-bukhari, Kitab Jami al-sahih al-musnad min Hadis Rasulullah s.a.w.. Bab It am al-ta am min Islam, No hadis 11, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993. 2 Muhammad bin Ismail al-bukhari, Sahih al-bukhari, Kitab al-isti zan, Bab al-salam li Ma rifah wag ghair al-ma rifah, no. hadis 5882, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993. 51
حديث ابى هريرة قال: قال رسول االله : من كان يو من با الله وا ليوم الا خر فلا يو ذ جاره و من كان يو من با ١ الله واليوم الا خر فليكرم ضيفه و من كان يو من با الله واليوم الا خر فليقل خيرا او ليصمت. Maksudnya : Hadis Abu Hurairah, beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia mengganggu tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tamunya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam saja. Amaran yang jelas dari baginda : 2. ا ن ا لع ب د لي ت ك ل م با ل كل م ة م ا ي ت ب ي ن م ا ف يه ا ي ه وى به ا ف ى الن ا ر ا ب ع د م ا ب ي ن ا لم ش ر ق و ا لم غ ر ب. Maksudnya : Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dipikirkan bahayanya terlebih dahulu, sehingga membuatnya dilempar ke neraka dengan jarak yang lebih jauh dari pada jarak antara timur dan barat. 3) Bercakap dengan lemah lembut (qawla layyina) Berbicara dengan perkataan yang lembut akan membuatkan pendengar merasa tertarik dan memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan. Firman Allah s.w.t : 4 ý øƒs ρr& ã.x tftƒ ã& #yè 9 $YΨÍh 9 Zωöθs% çµs9ÿωθà)sù (طه : /١٦ (٤٤ Maksudnya: Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan katakata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut. 4) Menggunakan perkataan yang baik (qaulan ma rufa) dan yang mulia (qaulan karima) Penggunaan perkataan yang baik dan mulia adalah amat pentinh, terutama dalam menyampaikan sesuatu yang mulia. Firman Allah s.w.t $YΖÎ7 Β#xρß tã Ç ΣM Ï9 šχ%x. z süø ±9$# βî) 4 öνæηuζ t/ éøu tƒ z süø ±9$# βî) 4 ß ômr& } Ïδ ÉL 9$# (#θä9θà)tƒ ÏŠ$t7ÏèÏj9 è%uρ (الا سراء : (٥٣/٥ 1 Muhammad bin Ismail al-bukhari, Sahih al-bukhari, Kitab al-adab, Bab Man Kana Yu min billah wa al-yaum al-akhir Fala Yu khaz Jarihi, No.hados 5672, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993. 2 Muslim bin al-hajaj al-qusyairi al-naysaburi, Sahih Muslim, Kitab al-zuhd wa al-raqa iq, Bab al-takalallum bi al-kalimah Yahw biha fi al-nar Ab ad ma Bayn al-masyriq wa al- Maghrib, No.hadis 5308, Dar Ihya al-turath al-kutub al- Arabiyyah, 1993. 52
4 ( H A D I S: Jurnal Ilmiah Berwasit. Tahun kelima, Bil: 10, R. awal 1437h, (Disember 2015) Maksudnya: Dan katakanlah kepada hamba-hamba-ku, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, syaitan itu selalu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sungguh syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. nο4θÿ2 9$# (#θè?#u uρ nο4θn= Á9$# (#θßϑšï%r&uρ $YΖó ãm Ä $ Ψ=Ï9(#θä9θè%uρ...(البقرة /١: (٨٣ Maksudnya : Dan Bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan solat dan tunaikan zakat. (Al-Baqarah : 83) و قض ى ر ب ك ا لا ت ع ب د وا ا لا ا ي اه و با لو ال د ي ن ا ح س ان ا ا م ا ي ب لغ ن ع ن د ك ا لك ب ر ا ح د ه م ا ا و ك لاه م ا فلا ت ق ل له م ا ا ف و لا ت ن ه ر ه م ا و ق ل له م ا قو لا ك ريم ا. (الا سراء :١٥/ ٢٣) Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan jangan engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perktaan yang baik. 5) Menyebut perkara yang baik-baik tentang orang lain =Ïtä r& $³Ò èt/ Νä3àÒ è / =tgøótƒ Ÿωuρ (#θý pgrb Ÿωuρ (الحجرات /٢٠: (١٢ ÒΟøOÎ) Çd à9$# uù èt/ āχî) Çd à9$# z ÏiΒ #ZÏWx. (#θç7ï tgô_$# (#θãζtβ#u t Ï%!$# $pκš r' tƒ Λ Ïm Ò># θs?!$# βî) 4!$# (#θà)?$#uρ 4çνθßϑçF δìs3sù $\GøŠtΒ ÏµŠÅzr& zνó s9 Ÿ à2ù'tƒβr& óοà2ß tnr& Maksudnya: Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani. (Al-Hujurat: 12) 6) Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik dan berdialog dengan cara yang lebih baik serta sampai kepada matlamat yang diingini (qaula baligha) ( Ï&Î# Î6y tã Ê yϑî/ ÞΟn=ôãr& uθèδ y7 /u βî) 4 ß ômr& } Ïδ ÉL 9$Î/ Οßγø9Ï y_uρ ( ÏπuΖ ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$Î/ y7în/u È Î6y 4 n<î) äí Š$# ) النحل : (١٢٥/١٤ t Ï tgôγßϑø9$î/ ÞΟn=ôãr& uθèδuρ 53
Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik, Sesungguhnya tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui sesiapa yang sesat dari jalan-nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Baginda Rasulullah sangat menitik-beratkan percakapan yang dapat difahami oleh orang yang mendengar. Perkara ini amat penting untuk memastikan tidak berlakunya silap faham yang boleh membawa kepada perkara yang tidak betul, terutama sekiranya ia berkaitan dengan urusan agama. Pesan baginda: 1 عن علي حدثوا الناس بما يعرفون ا تحبون ا ن يكذب االله ورسوله Maksudnya: Berbicaralah kepada manusia dengan apa-apa yang mereka pahami, apakah kau suka Allah dan Rasul-Nya didustakan? 7) Bercakap benar (qaula sadida) (#θèù ρr&«!$# šχρã.x s? /ä3ª=yès9 ϵÎ/ Νä38 ¹uρ öνà6ï9 sœ 4 (الا نعام : ٨ (١٥٢/ Ï ôγyèî/uρ ( 4 n1öè% #sœtβ%ÿ2 öθs9uρ (#θä9ï ôã$sù óοçfù=è% #sœî)uρ( Maksudnya : Apabila kamu berbicara, berbicaralah sejujurnya, sekalipun dia kerabat (mu) dan penuhilah janji Allah. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu ingat. (Al-An am : 152) ) الا حزاب : (٧٠/٢٢ 54 #Y ƒï y Zωöθs% (#θä9θè%uρ!$# (#θà)?$# (#θãζtβ#u t Ï%!$# $pκš r' tƒ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. ا و لي ك ا ل ذ ين ي ع لم ال ل ه م ا ف ي ق لو ب هم ف ا ع رض ع ن ه م و ع ظ ه م و ق ل له م ف ي ا ن فس هم قو لا ب ل يغ ا. ) النساء : ٦٣/٥). Maksudnya : Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka Qaulan Baligha perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. 8) Susunan maklumat jelas dan berstruktur dan ringan (qaula maysura) Ú Î7ßϑø9$# à n=t7ø9$# āωî) ÉΑθß 9$# n?tã $tβuρ 4 ) النور : ((٥٤/١٨ Maksudnya: Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.. 1 Muhammad bin Ismail al-bukhari, Sahih al-bukhari, Kitab al- Ilm, Bab man lam Khassa bi al- Ilm Qaum Duna Qau Karahiyyah an la Yafham, No.hadis 272, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993.
و ا م ا ت ع رض ن ع ن ه م اب ت غ اء ر ح م ة م ن ر ب ك ت ر ج وه ا ف ق ل له م قو لا م ي س ور ا (الا سراء : ٢٨/١٥) Maksudnya : Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhannya yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka Qaulan Maysura ucapan yang mudah. 9) Menyebut perkara yang penting berulang kali. Bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga katakata difahami".nabi s.a.w telah bersabda tentang perkara yang penting sebanyak 3 kali berturut-turut, atau kadang-kadang mengulanginya setelah beberapa hari. Hal ini menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah perkara penting yang perlu dilakukan oleh umatnya. Sebagai contoh: memberi nasihat atau peringatan jika sesuatu perkara itu adalah untuk kebaikan bersama. Ibn Mas ud menceritakan : 1 كان رسول االله ي ت خ و لن ا بالموعظة في الا ي ا م م خ ا ف ة الس ام ة علينا. Maksudnya : Dari Ibnu Mas ud ia berkata : Rasulullah s.a.w selalu memberikan mau izah kepada kami beberapa kali sehari kerana khuatir menimbulkan kebosanan pada diri kami. 10) Melaksanakan apa yang dikata šχθè=yèø s? Ÿω $tβ (#θä9θà)s? βr& «!$# y ΨÏã $ºFø)tΒuã9Ÿ2 (الصف : (٣/٢٨ Maksudnya : Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As-Saf : 3). 11) Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain öνçλm; öï øótgó $#uρ öνåκ ]tã ß#ôã$sù ( y7ï9öθym ô ÏΒ (#θ Òx Ρ]ω É=ù=s)ø9$# xá Î=xî $ˆàsù MΨä. öθs9uρ ( öνßγs9 MΖÏ9 «!$# z ÏiΒ 7πyϑômu $yϑî6sù ) ا ل عمران : (١٥٩/٤ t,î#ïj.uθtgßϑø9$# =Ïtä!$# βî) 4 «!$# n?tã ö.uθtgsù MøΒz tã #sœî*sù ( Í ö F{$# Îû öνèδö Íρ$x uρ Maksudnya : Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri. 1 Muhammad bin Ismail al-bukhari, Sahih al-bukhari, Kitab al- Ilm, Bab Ma ka Na Nabiy Yatakhawwalahum bi al-mau izah, no hadis 68, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993. 55
Kesimpulan Komunikasi dan perhubungan yang dilakukan oleh seseorang Muslim pastinya berbeza dari orang lain. Ini adalah kerana mereka bertanggungjawab bukan sekadar pada diri mereka tetapi juga pada Penciptanya, pesuruh-nya dan hamba-hamba-nya. Sekiranya seseorang itu meletakkan dirinya sebagai seorang da i sebagaimana baginda Rasul yang berkomunikasi kerana Allah Taala dan demi menyampaikan kebaikan, beliau pastinya memperolehi ganjaran pahala yang bukan sedikit. Garis panduan yang ditetapkan oleh Allah Taala dan disunnahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, adalah sebaik-baik panduan yang boleh diikuti. Bermula dengan keikhlasan hanya kerana-nya, memberi salam setiap kali ingin memulakan komunikasi, berfikir setiap kali mahu berkata-kata, memilih perkataan yang benar, mulia, tepat, tersusun, jelas dan mengotakan setiap apa yang dikatakan, semuanya akan menjadikan seseorang itu komunikator yang hebat dan berkesan. RUJUKAN: 1) al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih al-bukhari, Dar Ibn Kauthar : Beirut, 1993. 2) al-naysaburi, Muslim bin al-hajaj al-qusyairi, Sahih Muslim, Dar Ihya al-turath al- Kutub al- Arabiyyah, 1993. 3) Hamid Maulana (2003), Foundation Of Communication in Islamic Societies, London : T&T Clark LTD. 4) Mohd Yahya Mohamed Arifin. (2007), Komunikasi Imam Syafie Dalam Penyebaran Islam, Jurnal Pengajian Media Malaysia, Universiti Malaya, jilid.9. 5) Nor Saleha Mohd Saleh (2012), Komunikasi Pendekatan Islam, Melaka : Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka. 6) Saodah Wok Narimah Ismail dan Mohd Yusuf Hussain (2003), Teori-Teori Komunikasi, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd 56