BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Kalkulus Multivariabel I

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Matematika

Bab 1 Mekanik Struktur

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Sebaran Peluang Gabungan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Keterusan dan Keabadian Jisim

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

A. Distribusi Gabungan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Kalkulus Multivariabel I

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Pengantar Proses Stokastik

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN. Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HMT Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Pengantar Proses Stokastik

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Hendra Gunawan. 16 April 2014

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI

Pembunuhan Rahmah. Mukadimah

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

FATWA-FATWA DI MALAYSIA. Bab ini membentangkan hasil kajian penyelidik terhadap fatwa-fatwa yang

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Katakunci : faktor, minat, matematik

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

AL-TAFSĪR AL-ʿILMῑ SERTA PENGARUH AL-MARĀGHI TERHADAP TAFSIR Al-AZHAR. Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Pumping Lemma. Semester Ganjil 2013 Jum at, Dosen pengasuh: Kurnia Saputra ST, M.Sc

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

Katakunci : salam, pelajar Islam

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Transcript:

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1 Oleh: Dato Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Pendahuluan. Dalam era globalisasi sekarang, peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. menjadi semakin kompleks dan mencabar. Sebagai khalifah, manusia perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t. serta tanggungjawab sesama makhluk. Justeru, umat Islam khususnya, perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan mendalami serta menguasai pelbagai cabang ilmu dan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah demi kemaslahatan ammah. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman. Perkembangan pesat dalam pelbagai cabang ilmu telah membawa banyak penemuan baru dan cabaran kepada umat Islam. Pendidikan veterinar khususnya mengenai khinzir merupakan salah satu daripada keperluan semasa kepada umat Islam kerana ia telah dan akan membawa pelbagai implikasi dalam konteks kehidupan hari ini dan generasi akan datang. Kajian atau penyelidikan dalam bidang ini akan memberikan manfaat secara keseluruhan terutama dalam aspek agama, perubatan, sains, teknologi makanan, sosio budaya, ekonomi dan masyarakat dalam sesebuah negara. Dalam masa yang sama, untuk melaksanakan segala keperluan dalam pendidikan veterinar, umat Islam seharusnya terlebih dahulu perlu menguasai prinsip asas yang terkandung dalam Islam yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak, serta dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan batil dengan sebaik-baiknya. Khinzir dan Kenajisannya. Seperti yang diketahui oleh umat Islam, daging khinzir adalah haram dimakan. Pengharamannya meliputi seluruh anggotanya termasuklah daging, lemak, limpa, jantung, air mata, air kencing, najis, kulit, kuku, bulu dan seluruh aspek badan yang dihubungkan dengan haiwan itu, sama ada yang mentah atau yang sudah dimasak, yang disembelih dengan cara syarie atau yang tidak disembelih, sama ada untuk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu, kasut, tali pinggang dan lain-lain. Kesemua ini tidak boleh dibersih dan disucikan. 1 Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Standard Halal dan Kepenggunaan, anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan Persatuan Kebajikan Islam SIRIM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam, UPM dan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, 8 Ogos 2009, di Auditorium SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor. 1

Beberapa ayat dalam al-quran dengan jelas telah menyatakan hukum ini. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-maidah, ayat 3:... ÍƒÌ Ψσø:$# ãνøtm:uρ ãπ $!$#uρ èπtgøšyϑø9$# ãνä3ø n=tæ ômtβìhãm Maksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya... Firman-Nya lagi dalam surah al-an aam, ayat 145: $YΒyŠ ρr& ºπtGøŠtΒ šχθä3tƒ βr& HωÎ) ÿ çµßϑyèôütƒ 5ΟÏã$sÛ 4 n?tã $Β ptèχ n<î) z Çrρé&!$tΒ Îû ß É`r& Hω è% ê..[ô_í çµ ΡÎ*sù 9ƒÍ Åz zνóss9 ρr& %nθà ó Β Maksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) - Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan kalau benda itu bangkai atau darah mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor... Ayat-ayat ini telah menyatakan perkaitan di antara khinzir dengan bangkai dan darah yang mengalir. Ini jelas menunjukkan bahawa khinzir dan seluruh anggotanya tidak boleh disucikan seperti mana tidak boleh disucikan darah yang mengalir atau tidak mengalir dan juga bangkai. Apabila terbukti kenajisan khinzir itu, maka diharamkan memakan apa sahaja juzuk daripada khinzir kerana najis semuanya adalah haram dimakan. Justeru, ulama dalam Mazhab Syafie bersepakat haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat daripada khinzir sama ada bulunya, kulitnya atau juzukjuzuknya, sama ada dalam bentuk makanan, barangan, peralatan atau lain-lain termasuklah membuat ubat bagi segala macam penyakit kerana tiada ubat pada bendabenda najis. Pendapat ini menjadi pegangan kebanyakan umat Islam di Malaysia. Selain itu, persoalan berkaitan khinzir adalah di antara topik hangat yang pernah dibincang dan dibahaskan oleh para ulama dalam pelbagai mazhab. Perbahasan ini juga merangkumi penggunaan barangan yang diperbuat daripada khinzir. Pertama: Imam Malik berpendapat, daging khinzir haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya sama dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau, musang, helang, gajah dan sebagainya. Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-quran hanya menjelaskan khinzir haram dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. Imam Nawawi daripada Mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan khinzir itu najis. 2

Perkataan najis membawa maksud kotor atau jijik yang dinyatakan dalam surah al- An aam, ayat 145 merujuk kepada daging khinzir. Ia bersifat umum dan tidak menunjukkan dengan jelas sama ada najis itu bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi kerana najis juga boleh bersifat sebagai najis hukmi seperti mana yang dinyatakan terhadap orang kafir yang disebut dalam surah at-taubah, ayat 28 yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis. Tiada para ulama yang berpendapat bahawa orang kafir itusebagai najis `aini, sebaliknya mereka berpendapat ia hanya najis hukmi atau najis i'tiqad (kepercayaan) sahaja. Kedua: Para ulama memutuskan apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih hukumnya adalah najis kerana ianya adalah bangkai. Semua kulit bangkai boleh disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan khinzir. Perkara ini jelas dinyatakan menurut kebanyakan ulama termasuk pendapat dalam Mazhab Syafie. Bagaimana pun, Imam Abu Yusuf dan al-zahiri berpendapat, kulit anjing dan khinzir juga boleh disucikan dengan samak, berdasarkan hadis riwayat Muslim yang menyatakan - Apa jua kulit haiwan, ianya suci apabila disamak. 2 Menurut Imam Abu Yusuf dan al-zahiri, hadis ini bersifat umum kepada semua jenis kulit termasuklah kulit anjing dan khinzir. Oleh kerana itu, merujuk kepada pendapat ini, segala barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan khinzir yang telah disamak boleh digunakan dan dipakai. Ketiga: Merujuk kepada hukum khinzir yang diambil sebagai ubat-ubatan. Para ulama bersepakat memutuskan bahawa bangkai semua haiwan adalah najis walau pun menurut Imam Abu Yusuf dan al-zahiri kulit bangkai termasuk bangkai khinzir boleh disucikan dengan samak, tetapi juzuk-juzuk khinzir yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak. Atas dasar ini, para ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan ubatubatan yang terdapat unsur khinzir seperti tisu, enzim, lemak dan sebagainya yang dicampur dalam ubat-ubatan kerana benda-benda najis tidak boleh dijadikan ubat, kecuali dalam keadaan darurat. Keempat: Para ulama memutuskan, makanan yang dimasuki bahan-bahan najis haram dimakan. Gelatin atau jeli yang biasanya diproses di negara-negara bukan Islam, jika asalnya diperbuat daripada haiwan yang tidak disembelih atau khinzir, maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan. Namun begitu, tidak semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada khinzir. 2 Sahih Muslim, hadis bil. 366. 3

Kaedah Menyamak Najis Mughallazah. Persoalan tentang hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah sebenarnya timbul dalam perbincangan para fuqaha berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: طھور اناء أحدكم اذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أوالھن بالتراب Maksud: Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah. (riwayat Muslim) Berdasarkan hadis tersebut dan beberapa hadis lain yang berkaitan, para fuqaha telah berselisih pendapat tentang hukum menyamak ini kepada beberapa pendapat: 1. Al-Syafiiah dan Hanabilah berpendapat wajib dibasuh tempat yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh (7) kali dan salah satu daripadanya dengan air bercampur tanah. Sekiranya tanah tersebut diganti dengan benda lain seperti sabun, ushnan (pokok yang tumbuh di tanah berpasir dan digunakan untuk menyucikan tangan dan pakaian) dan sebagainya maka menurut pendapat yang paling kuat (azhar) dalam Mazhab Syafie ianya tidak memadai. Ini kerana perintah untuk membasuh dengan tanah adalah perkara ta abbudi yang tidak boleh diganti dengan yang lain. Pendapat kedua dalam Mazhab Syafie menyatakan, gantian tanah adalah memadai. Pendapat ketiga, memadai sekiranya tiada tanah untuk tujuan tersebut dan pendapat keempat peralatan, memadai sekiranya penggunaan tanah akan merosakkan (قيل) baju dan seumpamanya. 3 2. Sesetengah fuqaha Hanabilah pula berpendapat, harus menggantikan tanah tersebut dengan dengan benda lain seumpamanya (yang sifatnya membersih) ketika tiada tanah atau boleh merosakkan peralatan atau tempat yang dibasuh tersebut. Sekiranya ada tanah dan tiada kemudharatan maka penggunaannya adalah diwajibkan. 4 3. Malikiah berpendapat, disunatkan membasuh bekas yang terkena najis mughallazah sebanyak tujuh kali. Tidak diwajibkan mengunakan tanah bersama basuhan tersebut kerana penggunaan tanah tidak thabit di dalam setiap periwayatan hadis. Terdapat sesetengah hadis yang diriwayatkan tidak 3 Mughni al-muhtaj, Juzu 1, hal. 137. Raudhah al-talibin, Juzu 1, hal. 141-142. 4 al-mausuah al-fiqhiah, Jld 10, hal. 138-139. 4

menyatakan tentang samak menggunakan tanah. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah mewajibkannya. 5 4. Hanafiah pula mempunyai beberapa pendapat dalam hal ini. Terdapat di antara mereka yang menyatakan wajib dibasuh tiga kali, lima kali atau tujuh kali berdasarkan hadis riwayat Dar al-qutni daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. membasuh kesan jilatan anjing pada bekas makanan sama ada tiga, lima atau tujuh kali. Dalam Hasyiah al-thahawi menyebutkan, disunatkan tujuh kali basuhan dan salah satunya dengan tanah. 6 Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam kebanyakan urusan ibadah, maka amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya. Keharusan Menggunakan Sabun Samak. Berdasarkan kemajuan dan perkembangan semasa, isu samak ini telah menarik minat sesetengah pengusaha untuk mencipta sabun daripada tanah liat yang boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah di samping berfungsi sebagai sabun biasa. Persoalannya, adakah sabun tanah liat tersebut boleh dianggap memadai bagi menggantikan tanah biasa seperti mana yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. sebelum ini? Jika dilihat kepada zahir hadis yang telah dinyatakan, Rasulullah s.a.w. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam al-sharbini menyatakan boleh dengan semua jenis tanah sekalipun debu pasir. 7 Perkara yang disyaratkan oleh para fuqaha ialah tanah yang digunakan untuk menyamak mestilah bersih daripada najis. Campuran tanah dengan benda-benda lain tidaklah menjadi halangan sekiranya campuran tadi bukan najis dan tidak mengubah sifat asal (keaslian) tanah tersebut. Penyucian dengan tanah adalah menjadi syarat dan bukannya satu kemestian keseluruhan kandungannya daripada tanah menurut pendapat yang asah. 8 Untuk menggunakannya (samak), tanah tersebut perlu disusuli dengan air sama ada dengan cara mencampurkan kedua-duanya atau meletakkan tanah dan kemudiannya disiram air ke atasnya atau menyiram air terlebih dahulu daripada tanah. 9 Basuhan air 5 Ibid, hal. 139. 6 Ibid, hal. 139-140. 7 Mughni al-muhtaj, Juzu 1, hal. 137. 8 Qalyubi wa Umairah, Juzu 1, hal. 74. 9 al-iqna, Jilid 1, hal. 233. 5

dengan tanah hanya disyaratkan sekali sahaja daripada tujuh basuhan tersebut dan ia lebih sesuai (أولى) diletakkan pada basuhan yang pertama. 10 Kesimpulannya, para fuqaha tidak sependapat dalam mewajibkan penggunaan tanah semasa proses menyamak najis mughallazah. Terdapat pendapat yang mewajibkannya dan ada yang mengatakan penggunaan tanah hanya sunat. Mazhab yang mewajibkan penggunaan tanah semasa proses menyamak najis mughallazah turut berbeza pendapat tentang bahan alternatif selain tanah yang boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah. Ada yang mengatakan hanya tanah yang boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah, ada yang mengharuskan penggunaan bahan alternatif yang fungsinya seumpama tanah dan ada yang mengharuskan penggunaannya sekiranya tiada tanah atau melibatkan kemudharatan. Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan tidak mengubah keaslian tanah dan ianya suci. Sabun Tanah Liat Yaqeen. Sabun tanah liat dengan jenama Yaqeen merupakan sejenis sabun yang dikeluarkan oleh Syarikat Heritage De Beau Impression, sebuah syarikat Bumiputera. Ia merupakan sabun tanah liat yang dicipta khusus untuk kegunaan masyarakat Islam sebagai sabun untuk menyamak najis mughallazah dan pada masa yang sama boleh digunakan sebagai mandian biasa. Kandungannya dikatakan 100 % halal dan diperbuat daripada 90% tanah liat asli (clay mud) yang diambil daripada tanah lapisan ketiga (3) yang dipanggil montmorillonite. Untuk menghasilkannya, tanah liat tadi dibersihkan dan dijemur di bawah cahaya matahari, setelah kering ia ditumbuk dan diayak secara manual sehingga halus dan berbentuk tepung. Kandungan tanah sebanyak 90% dalam bentuk tepung tadi akan dimasukkan ke dalam bahan-bahan lain untuk dibuat sabun. Selain daripada tanah liat, bahan lain yang diadun bersama ialah Glycerin, Sodium Laureth Sulfate, Stearic Acid, Sodium Stearate, Pertasodium Pentate, Clove Oil, Methylparaben dan Propylparaben yang disahkan suci daripada unsur haiwan. Apabila adunan bahan-bahan telah sebati maka ia dimasukkan ke dalam acuan untuk proses pengerasan. Selepas diproses dalam jangka masa lebih kurang empat (4) jam, maka akan terbentuklah sabun sebagaimana bentuk acuan tadi dan telah sedia untuk dibungkus dan dipasarkan. Di antara kegunaan sabun tanah liat Yaqeen ini ialah ; 1. Untuk bersuci daripada najis mughallazah. 2. Untuk menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan jeragat. 10 Mughni al-muhtaj, Juzu 1, hal. 137. 6

3. Untuk merawat kulit bermasalah seperti panau, gatal-gatal, bintik merah dan kaki merekah. Sehubungan itu, sekiranya kandungan tanah di dalam produk sabun Yaqeen yang dikeluarkan oleh Syarikat Heritage De Beau Impression ini mempunyai 90% tanah liat asli, maka sabun ini boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah. Tambahan pula, sesetengah benda pada masa sekarang tidak sesuai dibasuh dengan tanah secara langsung seperti peralatan kilang, pakaian dan sebagainya, maka sabun samak Yaqeen boleh menjadi alternatif kepada permasalahan ini. Ia juga sesuai dengan pendapat kedua dan keempat dalam Mazhab Syafie serta pendapat sesetengah pengikut Mazhab Hanbali. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006, di Hotel The Legend, Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa : Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah penggunaannya dilakukan mengikut syara. Beberapa Isu Berkaitan Khinzir. Berikut dinyatakan beberapa isu yang mempunyai perkaitan dengan khinzir dan boleh dijadikan sebagai rujukan umum dalam menangani permasalahan semasa umat Islam: 1. Pakaian yang digunakan oleh pengamal veterinary. Pakaian yang digunakan sama ada oleh para pelajar mahu pun pengamal veterinary haruslah pakaian yang sesuai seperti baju yang berlengan panjang, memakai sarung tangan (glove) dan memakai kasut ketika memegang khinzir atau pun anjing sekalipun ianya dilakukan untuk tujuan pembelajaran, penyelidikan mahun pun rawatan kepada haiwan tersebut. Oleh yang demikian, pakaian tersebut hendaklah disamak sekiranya ingin digunakan semula. Jika masih merasa kurang yakin, seseorang individu itu perlu menyamak anggota tubuh luaran dirinya sekadar di tempat yang dirasakan bersentuhan dengan anggota binatang tersebut. 2. Hukum memegang khinzir dan anjing. Hukum memegang khinzir dan anjing tidaklah menjadi satu perbahasan yang utama kerana selain daripada bertujuan untuk pembelajaran, penyelidikan atau rawatan, umat Islam masih diharuskan untuk menggunakan anjing bagi tujuan berburu, menjaga haiwan ternakan dan sebagainya. Sama ada ia dipegang secara sengaja atau tidak sengaja, apa yang lebih utama adalah kedua-dua binatang ini adalah najis mughallazah dan Islam sendiri telah menetapkan cara untuk menyucikan diri daripada najis ini. 3. Sensitiviti umat Islam di Malaysia. 7

Umat Islam diwajibkan untuk menuntut ilmu dan mempelajari sesuatu perkara itu atas beberapa sebab. Salah satu daripadanya adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan seluruh umat manusia. Mereka yang terlibat dalam pendidikan veterinar sama ada sebagai pelajar, tenaga pengajar mahu pun pegawai veterinar yang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Haiwan perlu melaksanakan tanggungjawab ini. Khidmat mereka ini diperlukan oleh negara untuk melakukan pelbagai kajian dan penyelidikan terutamanya bagi tujuan pencegahan sesuatu penyakit. Masyarakat kita tidak mampu lagi untuk menghadapi pelbagai permasalahan yang datang daripada khinzir seperti mana merebaknya virus JE, virus Nipah pada tahun 1999 serta yang terbaru virus Influenza A (H1N1) hingga boleh mengancam nyawa manusia. Justeru, masyarakat tidak perlu memandang serong terhadap mereka yang terlibat dalam bidang ini. Ia adalah kerana falsafah mencegah adalah lebih baik dari mengubati ( الوقاية خير من العالج ) atau prevention is better than cure merupakan kaedah yang terbaik bagi menangani permasalahan seperti ini. 4. Jaminan ganti rugi dan jual beli khinzir. Bagi pihak orang bukan Islam, khinzir dianggap sebagai harta yang bernilai. Seekor khinzir akan dimanfaatkan keseluruhannya termasuklah daging, tulang, organ dalaman, kulit, bulu serta najisnya. Ia dimanfaatkan sebagai makanan, ubat-ubatan, produk pembuatan, pakaian, baja dan sebagainya. Harus berjual beli di antara mereka (sesama bukan Islam) walaupun berada di negara Islam. Bagi orang Islam pula, khinzir dianggap bukan sebagai harta yang bernilai. Tidak harus (haram) berjual beli atau memakannya kecuali terpaksa atau dalam keadaan darurat. 5. Membinasakan khinzir. Sekiranya seseorang Muslim mencuri khinzir milik orang Islam, hukumnya tidak wajib dipulangkan semula atau jika dibunuh khinzir itu sekalipun, ia tidak wajib diganti. Tetapi jika khinzir milik orang bukan Islam yang dicuri sama ada oleh orang Islam atau pun yang bukan Islam, ia wajib dipulangkan atau jika dibunuh wajib diganti khinzir tersebut dengan seumpamanya. Tetapi tidak wajib dipotong tangan ke atas pencuri khinzir kerana terdapat syubhah iaitu tiada nilai menurut syarak terhadap khinzir yang dimiliki oleh orang Islam. Penutup. Pendidikan veterinar merupakan suatu bidang yang memenuhi keperluan semasa ketika ini. Bidang ini akan membawa banyak manfaat sama ada untuk bidang pendidikan itu sendiri, mahu pun kepada masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama, keharmonian, kesejahteraan dan kesepaduan dalam hubungan masyarakat perlu 8

dikekalkan dengan mengambilkira sensitiviti, adat dan budaya tempatan dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama. Masyarakat tidak boleh hanya dengan melemparkan stigma terhadap mereka yang terlibat dalam bidang ini. Dalam keadaan yang sama, keperluan pendidikan dalam bidang ini tidak membenarkan individu terutamanya mereka yang beragama Islam untuk mengambil ringan akan tuntutan serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. 9