Kedudukan Al-Sunnah Sebagai Sumber Sistem Pendidikan Islam

Σχετικά έγγραφα
PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

Kalkulus Multivariabel I

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Matematika

Sebaran Peluang Gabungan

Kalkulus Multivariabel I

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Pembunuhan Rahmah. Mukadimah

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

ETIKA ISLAM TERHADAP PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KERJAYA ANAK-ANAK. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan satu

Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Ini adalah Kitab Perjanjian Al-Wasiyyah oleh Imam Besar Al-Imam Al-A'zam Abu Hanifah, Rahmatullah 'Alaih, semoga Allah merahmatinya.

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

Bab 1 Mekanik Struktur

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Pengantar Proses Stokastik

Kerajaan Arab Saudi Kementerian Pendidikan Tinggi Universiti Islam Madinah Jabatan Kajian Ilmiah Bahagian Terjemahan

47 Persoalan. Qadar dan Qadha. Hafiz Firdaus Abdullah

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Pengantar Proses Stokastik

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BERBAKTILAH KEPADA IBU & BAPA

SULIT /2[PP]

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

A. Distribusi Gabungan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN. Oleh : Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid (Fakulti Pendidikan UKM)

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Ciri-ciri Taburan Normal

TIGA ASAS UTAMA א א. Oleh: SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMI.. (Bahasa Malaysia)

s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS

Keterusan dan Keabadian Jisim

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN. empat. Penulisan bab ini dibahagikan kepada ringkasan umum kajian, perbincangan

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

DIA Yang Menjual Agamanya

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

B.Perspektif tamadun barat >Arnold Toynbee suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran.

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA

RUKUN IMAN. Disediakan Oleh: Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah. (Bahasa Malaysia)

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB II HUKUM PUSAKA ISLAM. Cara pembahagian hukum pusaka Islam yang bersumberkan wahyu Allah SWT.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JIKA MEREKA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W,

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

Persamaan Diferensial Parsial

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

BAB KEDUA KONSEP AKIDAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

BAB KETIGA KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Uzur Yang Membolehkan Tidak Puasa Ramadhan

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

KOMUNIKASI DALAM ISLAM PRINSIP-PRINSIP BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

BAB 4 METODOLOGI PENTAFSIRAN SHEIKH MUHAMMAD IDRIS AL- MARBAWI 4.1 METODOLOGI PENTAFSIRAN AL-MARBAWI

UJIAN BERTULIS ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

DAFTAR ISI KANDUNGAN

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

Transcript:

( 1 Kedudukan Al-Sunnah Sebagai Sumber Sistem Pendidikan Islam Pendahuluan Al Sunnah adalah sumber kedua yang terpenting selepas al-quran dalam syariah Islam. Dalam sistem pendidikan Islam, al-sunnah juga merupakan sumber kedua terpenting. Kedudukan al-sunnah sebagai sumber hukum dan sumber pendidikan dalam Islam dinyatakan oleh Allah swt dalam beberapa ayat al-quran, di antaranya, firman Allah swt : & ó x«îû Λä ôãt uζs? βî*sù óοä3ζïβ Í ö F{$# Í<'ρé&uρ tαθß 9$# (#θãè ÏÛr&uρ!$# (#θãè ÏÛr& (#þθãψtβ#u t Ï%!$# $pκš r' tƒ. ξƒíρù's? ß ômr&uρ ö yz y7ï9 sœ 4 Ì ÅzFψ$# ÏΘöθu ø9$#uρ «!$Î/ tβθãζïβ σè? Λä Ψä. βî) ÉΑθß 9$#uρ «!$# n<î) çνρ Šã sù Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemerintah di kalangan kamu. Jika sekiranya kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya, jika kamu orang-orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. (Surah al-nisa ayat 59) Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al-quran dan sunnahku. (Hadis Riwayat Muslim) Sesuai dengan kedudukan al-sunnah sebagai sumber kedua terpenting dalam syariah dan pendidikan Islam, Allah swt menyatakan di dalam KitabNya bahawa Rasulullah saw adalah rahmat kepada seluruh alam : #Z ÏVx.!$# t x.sœuρ t ÅzFψ$# tπöθu ø9$#uρ!$# (#θã_ö tƒ tβ%x. yϑïj9 πuζ ym îοuθó é& «!$# ÉΑθß u Îû öνä3s9 tβ%x. ô s) 9 Bermaksud : Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta banyak menyebut nama Allah. (Surah al-ahzab ayat 21)

3 2 Dalam firman yang lain, Allah swt menyatakan : ϵÏG tƒ#u öνíκö n=tæ (#θè= Gtƒ ôμîγå à Ρr& ô ÏiΒ Zωθß u öνíκ Ïù y]yèt/ øœî) t ÏΖÏΒ σßϑø9$# n?tã ª!$# tβ ô s)s9 A Î7 Β 9 n= Ê Å s9 ã ö6s% ÏΒ (#θçρ%x. βî)uρ sπyϑò6ïtø:$#uρ = tgå3ø9$# ãνßγßϑïk=yèãƒuρ öνíκ Åe2t ãƒuρ Bermaksud : Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al Kitab dan al Hikmah (al-sunnah) dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah al-imran ayat 164) Firman Allah swt lagi: šχρã 3x tgtƒ öνßγ =yès9uρ öνíκö s9î) tαìh çρ $tβ Ä $ Ζ=Ï9 t Îi t7çfï9 t ò2ïe%!$# y7ø s9î)!$uζø9t Ρr&uρ Ì ç/ 9$#uρ ÏM uζéi t7ø9$î/ Bermaksud : Keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab, dan Kami turunkan kepadamu al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan, (Surah al-nahl ayat 44) Umumnya ayat-ayat al-quran yang telah dibentangkan di atas, menjelaskan betapa pentingnya kedudukan al-sunnah dalam syariat Islam serta sumbangan besarnya dalam sistem Pendidikan Islam. Sehinggakan Allah swt memerintahkan Rasulullah saw supaya menjelaskan semua ayat-ayat al-quran, disampai dan diperincikan kepada manusia melalui sunnahnya. Menurut Mudasir Rosder dan Che Yusuf Che Mat (1989), Rasulullah saw melakukan apa saja yang disuruh oleh Allah swt. Sunnahnya terdapat dalam perkataan, perbuatan dan taqrirnya. Jika dibandingkan dengan al-quran, al-sunnah berperanan menghuraikan yang mujmal, menjelaskan yang musykil dan memanjangkan yang ringkas. Oleh itu hubungannya dengan al-quran tidak boleh dipisahkan langsung.

3 Definasi al-sunnah Menurut Mustaffa al Siba i (1997), al-sunnah menurut bahasa ialah jalan atau tuntutan, samada terpuji atau tercela. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bermaksud : Sesiapa yang memberi contoh perbuatan yang baik, ia akan mendapatkan pahala perbuatan tersebut serta pahala mereka yang mengikutinya sehingga Hari Kiamat dan sesiapa yang memberikan contoh perbuatan yang buruk ia akan mnendapat siksaan perbuatan tersebut dan siksaan mereka yang menirunya sehingga Hari Kiamat (Hadith Riwayat Muslim) Mengikut ulama Hadis, al-sunnah ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad saw, samada dalam bentuk ucapan (qaul), fi il (perbuatan), taqrir, akhlak, sopan santun atau usaha perjuangannya samada sebelum ataupun setelah dilantik menjadi rasul. Sementara ulama fikah menyatakan al-sunnah ialah segala ketetapan yang berasal dari Nabi Muhammad saw dan bukan hukum fardhu atau hukum wajib. Menurut mereka al- Sunnah merupakan salah satu hukum yang lima, iaitu wajib, sunat, haram, makruh, dan harus. Mana-mana perkara yang tidak termasuk dalam lima hukum ini disebut bidaah. Ulama usul fikh pula telah membahagikan al-sunnah kepada tiga bahagian iaitu : 1. al-sunnah al-qauliyyah iaitu sabda Rasulullah saw 2. al-sunnah al-fi liyyah iaitu perbuatan Rasulullah saw dan 3. al-sunnah al-taqririyyah iaitu persetujuan atau diamnya Rasulullah saw sebagai tanda persetujuan. Oleh yang demikian mereka memberi perhatian yang mendalam terhadap perbuatan, perkataan dan hal keadaan Nabi Muhammad saw untuk melahirkan dan menentukan hukun Islam yang lima tadi supaya menjadi sumber hukum dan ikutan. Kedudukan al-sunnah Dalam Islam Sesuai dengan kedudukan al-sunnah sebagai sumber kedua terpenting dalam Islam, terdapat banyak ayat-ayat al-quran dan al-sunnah yang menyentuh berkaitan perkara tersebut. Di antaranya ialah : a) Dari al-quran: 1. Surah al-hasyr ayat 7 :

3 ( 4 ( ( 4 ß ƒï x!$# βî)!$# (#θà)?$#uρ (#θßγtfρ$$sù çµ Ψtã öνä39pκtξ $tβuρ çνρä ã sù ãαθß 9$# ãνä39s?#u!$tβuρ É>$s)Ïèø9$# Bermaksud : Apa sahaja yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. 2. Surah al-imran ayat 132: šχθßϑymö è? öνà6 =yès9 tαθß 9$#uρ!$# (#θãè ÏÛr&uρ Bermaksud : Dan taatilah Allah dan Rasul supaya kamu diberi rahmat. 3. Surah al-nisa ayat 80 : $ZàŠÏ ym öνîγøšn=tæ y7 oψù=y ö r&!$yϑsù 4 <uθs? tβuρ!$# tí$sûr& ô s)sù tαθß 9$# ÆìÏÜãƒ Β Bermaksud : Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. 4. Surah al-imran ayat 32: t Í Ï s3ø9$# =Ïtä Ÿω!$# βî*sù (#öθ 9uθs? βî*sù š^θß 9$#uρ!$# (#θãè ÏÛr& ö è% Bermaksud : Katakanlah: Ta'atilah Allah dan RasulNya, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir". 5. Surah al-ahzab ayat 36: öνïδì øβr& ô ÏΒ äοu z σø:$# ãνßγs9 tβθä3tƒ βr& # øβr& ÿ ã&è!θß u uρ ª!$# Ós% #sœî) >πuζïβ σãβ Ÿωuρ 9 ÏΒ σßϑï9 tβ%x. $tβuρ $YΖ Î7 Β Wξ n= Ê Ê ô s)sù ã&s!θß u uρ!$# ÄÈ ètƒ tβuρ Bermaksud : Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.

4 5 6. Surah al-nuur ayat 51. $uζ èïϑy (#θä9θà)tƒ βr& öνßγoψ t/ u/ä3ósu Ï9 Ï&Î!θß u uρ «!$# n<î) (#þθãßš #sœî) t ÏΖÏΒ σßϑø9$# tαöθs% tβ%x. $yϑ ΡÎ) tβθßsî=ø ßϑø9$# ãνèδ y7í s9'ρé&uρ $uζ èsûr&uρ Bermaksud : Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, "Kami mendengar, dan kami patuh" dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. b) Dari Hadis: 1. Apa sahaja yang ditetapkan oleh Kitabullah (al-quran), tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak mengamalkannya. Sekiranya tidak terdapat perinciannya dalam al-quran maka sunnah Nabi-lah yang menjelaskannya. (Hadis Riwayat Muslim). 2. Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah siapakah yang tidak mahu masuk syurga itu? Rasulullah bersabda : Sesiapa yang taat kepadaku, ia akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku bererti ia tidak mahu. (Hadis Riwayat Bukhari dan al Hakim) 3. Semasa Muaz bin Jabal diutus oleh Rasulullah saw menjadi penguasa di Yaman, beliau telah menyatakan kepada Rasulullah saw bahawa beliau akan menghukum dengan al-quran dan kemudian dengan al-sunnah. Jika beliau gagal mendapatkan hukum dari al-quran dan al-sunnah beliau akan menghukum dengan ijtihadnya. Tindakan beliau telah diperakui dan dipersetujui oleh Rasulullah saw. (Wahbah al-zuhaili) Peranan al-sunnah Dalam Syariah Islam Seperti yang telah dijelaskan bahawa al-sunnah adalah sumber kedua terpenting selepas al-quran dalam Syariah Islam. Oleh itu, peranan al-sunnah dalam syariah sangat besar, antaranya :

4 4 6 1. Sebagai memperkukuh dan memperkuatkan hukum yang ada di dalam al- Quran. Al-Quran menetap sesuatu hukum yang kemudiannya disokong dan diperkuatkan lagi oleh al-sunnah. Dengan itu, hukum tersebut mempunyai dua sumber dan dalil hukum, iaitu al-quran dan al-sunnah. Contohnya kewajipan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, menunaikan haji, berlaku ihsan kepada ibu bapa, jujur dan sebagainya. Contohnya, firman Allah swt di dalam al-quran yang menyentuh hukum pengharaman memakan harta orang lain dengan cara yang salah : tã οt pgïb šχθä3s? βr& HωÎ) È ÏÜ t6ø9$î/ Μà6oΨ t/ Νä3s9 uθøβr& (#þθè=à2ù's? Ÿω (#θãψtβ#u š Ï%!$# $yγ ƒr' tƒ $VϑŠÏmu öνä3î/ tβ%x.!$# βî) öνä3 à Ρr& (#þθè=çfø)s? Ÿωuρ öνä3ζïiβ <Ú#t s? Bermaksud : Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu Hukum pengharaman memakan harta secara salah telah diperkukuh melalui hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, tiada halal harta seseorang Muslim itu melainkan dengan keredaan dan persetujuan daripadanya. 2. Sebagai pentafsir kepada al-quran yang menghurai dan menerangkan maksud al-quran Di dalam al-quran terdapat ayat-ayat yang memerlukan pentafsiran dan penjelasan yang lebih terperinci. Dalam hal ini al-sunnah telah berperanan sebagai pentafsir yang menjelas dan menghuraikan maksud ayat ayat al-quran. Pentafsiran, penerangan dan perincian yang dibawa oleh al-sunnah terhadap al-quran boleh disimpulkan kepada empat cara: a. Menerang dan mentafsir yang umum Di dalam al-quran terdapat nas yang mempunyai maksud ringkas dan umum. Maka al- Sunnah berfungsi menerang dan mentafsir nas tersebut. Umpamanya Allah S.W.T memerintahkan supaya menunaikan solat, tetapi perintah ini tidak menerangkan cara menunaikan solat, waktu, bilangan rakaat, bacaaan yang wajib dibaca dalam solat, dan sebaginya. Oleh yang demikian Rasulullah saw telah mengajar dan menunujukkan

( 4 ( 4 7 kepada para sahabat cara-cara melaksanakan perintah Allah swt ini melalui sunnah Baginda.. b. Mentafsir dan menjelaskan kesamaran. Terdapat sesetengah ayat al-quran yang kurang jelas dan samar-samar maksudnya. Ayat tersebut sukar untuk difahami. Sebagai contoh, Allah swt berfirman: Ì ôfx ø9$# z ÏΒ ÏŠuθó F{$# ÅÝø sƒø:$# z ÏΒ âùu ö/f{$# äýø sƒø:$# ãνä3s9 t t7oktƒ 4 Lym (#θç/u õ $#uρ (#θè=ä.uρ Bermaksud : Dan makan minumlah kamu hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari waktu fajar (Surah al-baqarah: ayat 187) Maksud perkataan benang putih dan benang hitam di dalam ayat ini samar-samar. Melalui pemikiran dan pemahaman akal manusia semata-mata, ayat ini sukar difahami. Untuk menjelaskan kesamaran, maka Rasullullah saw telah menjelas dan mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan benang hitam ialah waktu malam dan benang putih ialah waktu siang. c. Mengkhususkan yang umum Terdapat beberapa nas al-quran yang disebut secara umum, maka peranan al-sunnah mengkhususkannya. Contohnya, firman Allah swt : È u svρw{$# Åeáym ã VÏΒ Ì x. %#Ï9 öνà2ï s9 ρr& þ Îû ª!$# ÞΟä3ŠÏ¹θムBermaksud : Allah memerintahkan kamu tentang (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan (Surah al-nisa : ayat11) d. Membataskan yang mutlak Al-Sunnah juga berperanan membataskan nas-nas al-quran yang mutlak, contohnya, al- Quran telah mengharamkan bangkai dan darah secara mutlak di dalam firman Allah swt : Í ƒì Ψσø:$# ãνøtm:uρ ãπ $!$#uρ èπtgøšyϑø9$# ãνä3ø n=tæ ômtβìh ãm Bermaksud : Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging babi (Surah al-maidah ayat 3) Kemutlakan pengharaman bangkai dan darah ini telah dibatasi al-sunnah dengan beberapa pengecualian seperti yang terdapat di dalam hadis yang bermaksud, dihalalkan

8 dua jenis bangkai dan dua jenis darah, bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang, manakala dua jenis darah pula ialah hati dan limpa. Kemutlakan hukum al-quran dalam perkara tersebut telah di had dan dibatasi oleh al-sunnah. 3. Sebagai sumber untuk mengetahui dan mangenal nasikh dan mansukh di dalam al-quran. Dalam perkara ini al-sunnah memainkan peranan yang penting kerana pensabitan nasikh dan mansukh bukan dibuat berdasarkan pemikiran dan ijtihad tetapi ayat-ayat tertentu perlu dikenal pasti melalui al-sunnah. Al-Sunnah juga berperanan sebagai dalil dan bukti untuk mengenal dan mensabitkan nasikh dan mansukh al-quran. Menurut al- Imam as-syafie al-quran dimansuhkan al-quran, bukan oleh al- Sunnah kerana al-sunnah tidak setaraf dengan al-quran. Al-Sunnah hanya sebagai penerangan dan penjelas sesuatu ayat yang telah dimansuhkan oleh ayat yang lain. Dengan ini, pensabitan nasikh dan mansukh adalah peranan al-sunnah. Bagaimanapun pendapat al-imam as-syafie ini bercanggah dengan pendapat beberapa ulama dan beberapa orang pengikutnya seperti al-baidawi dan al-asnawi. Mereka berpendapat, al-sunnah bukan sahaja menjadi bukti dan dalil pensabitan nasikh dan mansukh al-quran, malahan lebih jauh daripada itu, al-sunnah boleh memansuhkan al-quran. Contohnya dalam ayat yang berikut, Allah swt berfirman : t Î/t ø%f{$#uρ Ç ƒy Ï9 uθù=ï9 èπ Ϲuθø9$# # ö yz x8t s? βî) ßNöθyϑø9$# ãνä.y tnr& u Øym #sœî) öνä3ø n=tæ =ÏGä. t É) Fßϑø9$# n?tã $ˆ)ym ( Å ρã èyϑø9$$î/ Bermaksud : Diwajibkan atas kamu, apabila datang seorang di antara kamu (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibubapa dan kaum kerabatnya secara ma'ruf, (Ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa (Surah al-baqarah ayat 180) Ayat ini telah dimansukhkan oleh al-sunnah iaitu hadis Rasulullah saw yang bermnaksud tiada wasiat bagi penerima harta pusaka. 4. Mengadakan hukum yang tidak disebut oleh al-quran Al-Sunnah juga berperanan mengadakan atau membina hukum-hukum yang tidak disebut oleh al-quran. Keadaan ini diiktiraf oleh Allah swt sepertimana firmannya yang menyebutkan :

9 Ïπ1u öθ G9$# Îû öνèδy ΨÏã $¹/θçGõ3tΒ çµtρρß Ågs Ï%!$# _ÍhΓW{$# É< Ζ9$# tαθß 9$# šχθãèî7 Ftƒ t Ï%!$# ÞΟÎγøŠn=tæ ãπìh ptä uρ ÏM t6íh Ü9$# ÞΟßγs9 Ïtä uρ Ì x6ψßϑø9$# Ç tã öνßγ8pκ ]tƒuρ Å ρã èyϑø9$î/ Νèδã ãβù'tƒ È ÅgΥM}$#uρ. óοîγøšn=tæ ômtρ%x. ÉL 9$# Ÿ n=øñf{$#uρ öνèδu ñàî) öνßγ Ζtã ßìŸÒtƒuρ y]í t6y ø9$# Bermaksud : Orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Beberapa contoh hukum yang dibawa oleh al-sunnah ialah hukum memakai emas bagi lelaki, zakat fitrah, dan sebagainya. Al-Sunnah : Sumber Pendidikan Sepanjang Hayat Menurut Hassan Langgulung (1981) al-sunnah turut memainkan peranan penting di dalam usaha untuk memahami pendidikan yang digariskan oleh Islam kerana Rasulullah saw mencerminkan akhlak al-quran dalam segala tindak tanduknya, maka Allah memberinya tempat khusus di kalangan orang-orang Islam. Menurut Hj Abdullah Ishak (1995), sumber utama bagi pendidikan Islam ialah al-quran dan al-sunnah. Kandungannya mencakupi berbagai aspek kehidupan manusia yang begitu komprehensif dan lengkap terutamanya bagi membentuk peribadi insaniah yang unggul dari segi rohani, jasmani, akal, citarasa dan sosial supaya dapat berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah swt di bumi ini. Dr Ahmad Shalaby (1984) menyifatkan al-sunnah sebagai sumber yang tidak pernah tohor atau kering, sumber yang melahirkan contoh-contoh teladan yang baik serta terbukti pada budi pekerti Rasulullah saw. Dari sumber inilah melimpahnya petunjuk, pendidikan dan adab sopan. Dr. Nik Aziz Nik Pa (1996) menyenaraikan sumber-sumber perkhabaran adalah i. al-quran ii. al-sunnah iii. Ijmak

10 iv. Ijmak Ulamak Muktabar v. Pendapat umum para ilmuan, ahli sains, atau ahli bijakpandai. Menurut Mohd Radzi Othman (2005), kewibawaan ilmuan muslim itu banyak bergantung kepada usaha mendampingi al-quran dan al-sunnah sebagai sumber ilmu di samping penerokaan ilmu yang telah dilakukan dalam apa jua bidang sekalipun. Konsep pendidikan Rasulullah saw bertujuan untuk mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek samada jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna. (Azhar Hj Md Aros 2004) Al Sunnah sebagai sumber pendidikan yang menggarapkan konsep pendidikan sepanjang hayat bolehlah dikatagorikan seperti berikut : 1. Peringkat Awal Manusia. Al- Sunnah berperanan mendidik manusia bermula sejak mencari jodoh lagi bagi menjamin zuriat yang dilahirkan bakal menjadi manusia yang sempurna dan bertaqwa. Sesuai seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kekayaan, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Utamakanlah yang beragama, nescaya bahagialah hidup mu. Hadis ini menuntut supaya mencari pasangan yang berpegang teguh dengan aqidah sebagai persediaan awal untuk pentarbiayahan anak-anak yang bakal dilahirkan supaya mencintai agama seterusnya berakhlak mulia seperti orang yang melahirkannya. Malah bukan sahaja semasa memilih pasangan malah semasa melakukan persetubuhan juga hadis memerintahkan supaya membaca doa agar anak itu tidak dipengaruhi oleh syaitan. Seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Dari Ibnu Abbas ra, dari Nabi saw bersabda : Kalau sesaorang kamu hendak mengauli isterinya, hendaklah dia berkata : Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari godaan syaitan, dan jauhkanlah syaitan itu dari apa yang engkau kehendaki untuk memberi rezeki kepada kami. Maka sesungguhnya? Demikian Rasulullah berkata selanjutnya, jika ditakdirkan oleh Allah ada anak antara keduanya syaitan tidak dapat mengganggu anak itu buat selamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kemudian semasa ibu sedang mengandung, digalakkan supaya banyak membaca al- Quran dan ketika bayi itu dilahirkan sangat dituntut supaya dilaungkan azan pada telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.

11 2. Peringkat Kanak-kanak dan Dewasa Manusia. Dari peringkat awal zaman kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa, sepanjang hayat dan perjalanan hidupnya itu, manusia sentiasa dididik oleh al-sunnah dengan berbagai panduan, bimbingan dan petunjuk. Di antaranya seperti berikut : (a) Pendidikan Keimanan Ukuran ketahanan sesaorang tidak terletak pada kekuatan ia berkelahi, tetapi ketahanan itu terletak pada kemampuannya mengusai nafsu sewaktu dia marah (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Bekerjalah dengan taat kepada Allah dan jauhilah maksiat terhadap Allah dan suruhlah anak-anakmu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan. Maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka dari azab neraka (Riwayat ibbu Abbas dari ibnu Jarir dan ibnu Munzir). Ajarlah anak-anakmu tiga perkara, mencintai Nabimu dan mencintai keluarganya serta membaca al-quran kerana pembaca al-quran berada di sisi arasy Allah bersama para anbiya dan orang-orang sucinya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah (Hadis Riwayat Tabrani dari Ali bin Abi Talib) (b) Pendidikan Ibadah Suruhlahlah anakmu bersembahyang pada waktu mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka kalau tidak mahu bersembahyang sewaktu mereka berumur sepuluh tahun.dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Hadis Riwayat Abu Daud, al-turmuzi, Ahmad, al Hakim, Bukhari dan Muslim). Tiadalah duduk sesuatu kaum menyebut Allah melainkan mereka diselubungi oleh malaikat dengan rahmat Allah dan diturunkan ketenangan kepadanya, Allah juga menyebut-nyebut mereka itu di hadapan orang-orang yang disisinya. (Hadis Riwayat Muslim) Hebat sekali keperibadian orang mukmin iatu kerana setiap kejadian yang menimpa dirinya dianggap baik. Hal ini tidak mungkin ada pada peribadi selain mukmin. Apabila ia memperolehi kenikmatan bersyukur yang dengan syukurnya memperoleh sesuatu yang

12 lebih baik dan apabila ia menderita kesusahan bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (c) Pendidikan Akhlak Muliakan anak-anakmu dengan memperbaiki sopan santunnya (Hadis Riwayat ibnu Majah dari ibnu Abbas) Peliharalah dirimu dari dusta kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kecurangan dan kecurangan membawa ke neraka. (Hadis Riwayat Bukhari) Belum sempurna iman sesaorang dari kamu sehingga mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dari golongan itu. (Hadis Riwayat Abu Daud) Allah melaknat wanita yang berlagak lelaki dan lelaki yang berlagak wanita (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah) Sesiapa yang memudahkan kesusahan saudaranya dalam kesusahan dunia, nescaya Allah akan memudah kesusahannya di Hari Kiamat (d) Pendidikan keluarga Tidak ada susu yang lebih besar berkatnya daripada susu ibu (Ibnu Rusyd dalam al-muqaddimah) Setiap bayi dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi (Hadis Riwayat al Tabrani dan al-baihaqi)

13 Awasilah anak-anakmu dan perbaikilah adabnya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Tidaklah memberi seorang ayah kepada anaknya lebih baik dari adab yang baik. (Hadis Riwayat al-turmuzi) Jika seseorang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga anak adik beradik dan memperbaiki pendidikan mereka nescaya masuk syurga (Hadis Riwayat al-bukhari, Abu Daud dan al-turmuzi) Berubatlah sebab yang menciptakan penyakit juga menciptakan ubat. (Hadis Riwayat Ahmad) Dalam riwayat Muslim dari al Sya abi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Berbuat adillah di antara anak-anakmu sebagaimana kamu suka mereka berbuat adil antara kamu. Diriwayatkan dari Abu Hurairah beliau berkata : Rasulullah saw mencium Hassan bin Ali sedang al-aqra bin Habis al-tamimi duduk disampingnya, maka al-aqra berkata aku mempunyai 10 anak belum pernah aku cium seorang pun di antara mereka, Rasulullah memandangnya sambil berkata : Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim). Sabda Rasulullah saw bermaksud: Baikkanlah nama namamu sebab Allah memanggilmu dengan nama itu di hari kiamat (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan al Turmuzi). Hak anak kepada orang tuanya ada tiga : Memberinya nama yang baik, mengajarkannya menulis dan mengahwinkannya bila dia telah baligh. (Hadis Riwayat al Tabarani). Sesungguhnya orang muslim kalau ia membelanjai keluarganya maka ia adalah sedeqah (Riwayat yang lima kecuali Abu Daud).

14 Dunia adalah kesenangan sementara dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita yang soleh (Hadis Riwayat Muslim) (e) Pendidikan Kesihatan Tiada yang dipenuhi anak Adam suatu bekas yang lebih merbahaya dari perutnya. Memadailah anak Adam itu beberapa suap (makanan) yang akan menegakkan punggungngnya. Sekiranya mesti dilakukannya, maka biarlah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk pernafasannya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan at Tarmizi). Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku wajibkan mereka bersugi (gosok gigi) setiap kali hendak sembahyang sebagaimana aku wajibkan mereka berwudhu (Hadis Riwayat Bazzar dan Tabrani) Ajarlah anak-anak berenang dan memanah (Hadis Riwayat Ad Dailami) Jauhi arak kerana sesungguhnya arak itu adalah kunci segala kejahatan. (Hadis Riwayat Hakim) Sesungguhnya orang-orang yang berzina itu wajah mereka akan menyala nyalakan api (Hadis Riwayat Tabrani) Perkara yang sangat aku takuti atas umatku ialah perbuatan kaum Lut. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi) Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. (Hadis Riwayat Muslim) Ketahuilah bahawa di dalam tubuh itu ada mudghah, apabila ia baik, baiklah tubuh seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah tubuh seluruhnya, ketahuilah dia adalah hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

15 (f) Pendidikan kerjaya Sabda Rasulullah saw bersabda : Semulia-mulia pekerjaan ialah usaha sesaorang dengan tangannya sendiri. (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Sabda Rasulullah saw bersabda : Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk kepentingan akhiratnya seolah olah kamu akan mati esok pagi. (Hadis Riwayat Ibnu Asakir) Sabda Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang lemah lembut dalam semua kerjayanya. (Hadis Riwayat Bukhari) 3. Peringkat Akhir Kehidupan dan Pendidikan Manusia Jika dilihat dari sudut pendidikan al-sunnah seperti yang telah dibentangkan sebahagiannya di atas, jelaslah kepada kita bahawa konsep pendidikan al-sunnah adalah berterusan sepanjang hayat manusia di mukabumi ini. Sehingga di penghujung kehidupan manusia, iaitu pada saat-saat nazak (hampirnya kematian), mereka diajarkan dengan kalimah syahadah seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah saw dan akhir sekali, pendidikan al-sunnah berakhir diliang lahad, apabila mayat itu dibacakan talqin.

16 Kesimpulan Al- Sunnah sangat berperanan dalam pendidikan manusia. Bermula seawal kejadian manusia sehingga ke penghujung perjalanan hidupnya. Sesuai dengan falsafah Pendidikan Islam yang menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah saw yang mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Dari Anas bin Malik, sabda Rasulullah saw bermaksud : Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam. Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad Bukan melalui sunnahnya sahaja malah diri Rasulullah saw itu sendiri sebagai sumber pendidikan. Oleh itu tidak hairanlah bila al-quran menyebutkan bahawa Rasulullah saw itu, sebagai pendidik yang terbaik kerana mendapat asuhan dari Allah yang Maha bijaksana. Firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 151: = tgå3ø9$# ãνà6ßϑïk=yèãƒuρ öνà6šïj.t ãƒuρ $oψïg tƒ#u öνä3ø n=tæ (#θè= Gtƒ öνà6ζïiβ Zωθß u öνà6 Ïù $uζù=y ö r&!$yϑx. tβθßϑn= ès? (#θçρθä3s? öνs9 $ Β Νä3ßϑÏk=yèãƒuρ sπyϑò6ïtø:$#uρ Bermaksud : Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al- Hikmah (al-sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Allah mendidikku, maka ia memberiku sebaik-baik Pendidikan. Allahu a lam

17 Rujukan : 1. Wan Mohd Nor Wan Daud, terj : Rosnani Hashim. 1994. Konsep Ilmu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka 2. H.A Razak & H. Rais Lathief. 1978. Terjemahan Hadis Shahih Muslim, Jakarta : Penerbit Pustaka al-husna. 3. Drs. H. Moh. Zuhri. 1992. Terjemah Sunan at Tirmidzi. Jakarta : C.V Asy Syifa. 4. Bey Arifin, 1992. Tarjamah Susnan Abi Daud, Jakarta : C.V Asy Syifa 5. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Ahmad Shalaby. terj : Muchtar Jahja 1984. Masyarakat Islam, Singapura : Pustaka Nasional 7. Mohd. Radzi Othman et al. 2005. Warisan al-quran Peradaban Manusia. Penang : USM 8. Nik Aziz Nik Pa. 1996. Kesepaduan Dalam Pendidikan Mathematik di Malaysia, Konsep dan Strategi. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Ahmad Syalabi. 1978. Tarikh al-tarbiyya al-islamiyyah. Cairo: Maktab al-nahdah al- Misriyyah. 10. Ghazali Darussalam. 2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 11. Azhar Md Aros. 2004. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. 12. Mahayudin Hj Yahya. 2001. Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. 13. Prof. Dr Hasan Langgulung. 1986. Manusia dan Pendidikan: Suatu Analisa Psikologi dan Pendidikan. Jakarta : Penerbit Pustaka al-husna 14. Drs. Hanafi Mohamed. 1996. Falsafah Pendidikan Menurut al-quran. Selangor : Pustaka Ilmi 15. Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme : Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. terj : Mudasir Rosder & Che Yusuf Che Mat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

18 Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Pendidikan KEDUDUKAN AL-SUNNAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN ISLAM. Pensyarah : Ybhg. Dr. Ab. Halim bin Tamuri Kursus : Sumber-sumber Pendidikan Islam Kod : GC 6423 Pelajar : Abd. Shukor bin Mohd Ali No. Pelajar: P38997 Sesi : Jan-Mei 2007