PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA
|
|
- Πανκρατιος Κωνσταντόπουλος
- 7 χρόνια πριν
- Προβολές:
Transcript
1 ( 3 Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA Asiah Binti Hassan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) No. Telefon: , drrosnani2407@gmail.com Abstrak Islam adalah satu-satunya agama yang prihatin terhadap hak, perlindungan dan kebajikan wanita, termasuklah wanita yang berstatus ibu tunggal. Ibu tunggal yang dimaksudkan ialah wanita yang ketiadaan atau kematian suami Seorang wanita yang kematian suami diwajibkan berihdad iaitu berkabung dengan melalui masa iddah selama empat bulan sepuluh hari. Kertas kerja ini akan menumpukan hukum-hukum yang berkaitan dengannya berdasarkan pendapat imam-imam mazhab. Ternyata perintah yang diwajibkan ini adalah merupakan pembelaan terhadap wanita yang sepatutnya diberi sokongan oleh semua pihak. Masyarakat Islam dan kerajaan bertanggungjawab membantu anak-anak yatim dan ibu tunggal yang berkerja dan tidak berkerja. Untuk wanita yang berkerja, kerajaan disarankan memberi cuti bergaji dalam masa menjalani iddah tersebut sama ada sepanjang tempoh atau sebahagiannya. 1. Pendahuluan Islam menetapkan bagi seorang wanita yang kematian suami menjalani masa iddah selama empat bulan sepuluh hari,berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ßγn=y_r& z øón=t/ #sœî*sù #Z ô³tãuρ 9 åκô r& sπyèt/ö r& ÎγÅ à Ρr'Î/ z óá /u titƒ %[` uρø r& tβρâ x tƒuρ öνä3ζïβ tβöθ ùuθtfムt Ï%!$#uρ Î6yz tβθè=yϑ ès? $yϑî/ ª!$#uρ Å ρâ êyϑø9$î/ ÎγÅ à Ρr& þ Îû z ù=yèsù $yϑšïù ö/ä3øšn=tæ y$oψã_ Ÿξsù Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu sedangkan mereka meninggalkan isteri-isteri maka mereka (iaitu para isteri) hendaklah menahan diri mereka (ber iddah) selama empat bulan sepuluh hari. (al-quran:al-baqarah:234) Iddah ialah satu jangka masa yang wajib dilalui oleh seseorang isteri yang baru diceraikan oleh suaminya bagi memastikan rahimnya tidak mengandung daripada benih bekas suaminya (untuk membolehkannya berkahwin dengan lelaki yang lain apabila tamat tempohnya) atau semata-mata mengabdikan diri kepada Allah atau kerana menyatakan kesedihan dengan kematian suami. (Al-Kasani,1328H:3:190) 2. Hukum Iddah Dari segi hukumnya,iddah merupakan perkara wajib. Terdapat tiga sebab kenapa iddah itu diperlukan: 1. Untuk mempastikan rahim perempuan itu tidak mengandung, dengan itu dapat dielakkan dari berlakunya percampuran nasab (keturunan) janin di antara nasab bapanya dengan nasab suami ibunya yang lain. 42
2 2. Untuk memberi kesedaran kepada suami isteri di atas kesilapan atau kesalahan yang telah mereka lakukan. 3. Menunjukkan kedudukan atau penghormatan kepada suaminya yang sudah tiada di dalam tempoh masa tertentu. Bagi wanita yang sedang menjalani tempoh iddah talaq raj i apabila suaminya meninggal dunia,maka isteri hendaklah berpindah menjalani iddah perempuan yang kematian suaminya, iaitu selama empat bulan sepuluh hari, tetapi jika isteri sedang menjalani iddah talaq bain maka iddahnya tidak berubah, kerana talaq bain telah memutuskan ikatannya dengan suaminya sedangkan kematian suaminya berlaku sesudah terputusnya ikatan itu, sempurnakanlah tempoh iddah talaqnya itu, tidak perlu berihdad (berkabung) dan sekiranya dia hamil maka dia berhak mendapat nafkah.(al-zuhaili,1989:7:646) 3. Maksud dan Hukum Ihdad Ihdad pada pengertian bahasanya ialah menegah atau membatasi diri. Manakala istilah syara ialah meninggalkan segala perhiasan dan apa sahaja yang boleh membawa kepada kategori perhiasan diri serta menarik perhatian ramai terhadap wanita tersebut seperti memakai pakaian berwarna-warni, memakai haruman, memakai barangan perhiasan, memakai celak dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai perhiasan. (Al-Zuhaili:659) Jumhur ulama dari empat mazhab, Maliki, Syafi i, Hanafi, dan Hanbali sependapat bahawa berihdad hukumnya wajib ke atas setiap isteri yang menjalani iddah kematian suami ( iddah wafat).(al-zuhaili:660) Kewajipan ini jelas menerusi al-sunnah seperti mana diterangkan oleh Ummu Atiyyah r.a: مصبوغا ثوبا نلبس ولا نتطيب نكتحل ولا ولا عشرا و اشهر أربعة زوج علي الا ثلاث فوق ميت على نحد ان ننهي كنا Bahawa kami dilarang daripada memakai perhiasan di waktu kematian lebih daripada tiga hari melainkan di waktu kematian suami iaitu selama empat bulan sepuluh hari serta kami tidak boleh memakai kain yang berwarna.(al- Syawkani,1832:6:295) Dalam hadith lain pula, diriwayatkan oleh Umm Habibah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: لا يحل لامرأة تو من باهلل واليوم الا خر تحد على ميت فوق ثلاث الا علي زوج أربعة اشهر وعشرا Tidak halal seorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berihdad di atas kematian lebih daripada tiga hari kecuali di atas kematian suami mereka selama empat bulan sepuluh hari.(al-syawkani:292) Maksud daripada kedua hadith di atas jelas menunjukkan hukum berihdad adalah wajib bagi wanita yang kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. Sementara bagi kematian 43
3 4 3 Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 kaum kerabat terdekat seperti bapa atau anak atau saudara kandung hanya diharuskan tiga hari sahaja dengan mendapat keizinan suami. 4. Ihdad Sebelum Dan Selepas Islam Menurut sejarahnya, sebelum kedatangan Islam, ihdad telah pun menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah. Apabila berlaku kematian suami, wanita-wanita jahiliah akan berihdad dalam keadaan melampaui batas. Mereka akan berihdad selama setahun penuh dengan memakai pakaian serba hitam justeru untuk menzahirkan rasa kesedihan dan kedukaan yang teramat sangat. Di samping itu mereka juga tidak dibenarkan berkawan-kawan dan hidup seorang diri serta menyendiri. Mereka juga tidak dibenarkan sama sekali memperlihatkan rasa kegembiraan dalam tempoh setahun perkabungan tersebut. ولا طيبا تمس ولم ثيا ا شر ولبست حفشا دخلت زوجها عنها تو في إذا المرأة كانت شيي ا حتى تمر ا سنة... 8l#t zî) u ö xî ÉΑöθy ø9$# n<î) $ è tg Β ΟÎγÅ_ uρø X{ Zπ Ϲuρ %[` uρø r& tβρâ x tƒuρ öνà6ψïβ šχöθ ùuθtgムt Ï%!$#uρ Λ Å6ym î ƒí tã ª!$#uρ 7 ρã è Β ÏΒ ÎγÅ à Ρr& þ Îû š ù=yèsù $tβ Îû öνà6ø n=tæ y$oψã_ Ÿξsù z ô_t yz βî*sù Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-quran:al-baqarah:234) Apabila syariat Islam diutuskan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW, amalan ihdad hanya dibataskan selama empat bulan sepuluh hari sahaja dengan beberapa kelonggaran yang dibenarkan dan menolak amalan yang boleh menyiksa wanita.(al-jurjawi:2:83-84) 5. Wanita Yang Berihdad Dilarang Berhias Menurut pendapat fuqaha perhiasan yang dilarang memakainya semasa isteri berihdad kerana kematian suami merangkumi semua perkara dan perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai perhiasan dan boleh menarik perhatian orang ramai kepadanya. Antara kategori perhiasan ialah memakai barang kemas, memakai celak mata, memakai wangi-wangian, memakai minyak rambut yang berbau wangi, memakai inai dan memakai pakaian berwarnawarni yang boleh dikategorikan sebagai perhiasan dan mampu menarik perhatian.(al- Zuhaili: ) 44
4 Menurut Imam Malik Rahimahullah, wanita tidak ditegah daripada memakai pakaian berwarna hitam atau yang bewarna agak gelap. Begitu juga mengikut pendapat Imam Syafi i, Hanafi dan Hanbali.(Al-Zuhaili:662) Larangan memakai harum-haruman (perfume) sama ada di badan atau di rambut ialah bagi mengelakkan daripada mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian ramai serta menimbulkan nafsu syahwat. Begitu juga dengan memakai celak daripada apa jenis sekalipun kecuali Celak Parsi. Celak Parsi tidak ditegah kerana tujuan menakainya bukanlah untuk berhias atau mencantikkan diri tetapi untuk mencerahkan pandangan. Tujuan pemakaiannya lebih kepada perubatan dan bukannya perhiasan.(al-zuhaili: ) Selain daripada itu wanita berihdad juga tidak ditegah daripada memakai sesuatu di muka yang tidak menimbulkan daya tarikan seperti memakai ubat, bedak sejuk atau seumpamanya. Wanita berihdad juga dilarang memakai celak kecuali untuk tujuan berubat, sebagaimana hadith Umm Hakim binti Asid daripada ibunya: Bahawa suaminya meninggal dan dia mengalami kesakitan pada kedua matanya maka dia memakai celak kemudian dia pergi berjumpa Umm Salamah (isteri Rasulullah s.a.w) bertanya mengenai halnya. Maka kata Umm Salamah: Janganlah dipakaikan celak kecuali sekiranya tidak dapat tidak kerana terlalu kuat sakitnya maka bolehlah engkau memakai celak pada waktu malam dan menyapunya pada waktu siang. Kemudian Umm Salamah berkata: Nabi s.a.w datang menemui saya yang sedang berihdad di atas kematian Abi Salamah dan saya memakai celak, maka baginda bersabda: Pakailah pada waktu malam dan sapulah pada waktu siang.(al-khattab,1333h:3: ) Menurut pendapat Mazhab Syafi i, haram ke atas wanita yang sedang berihdad memakai celak sekalipun kerana berhajat memakainya, berdasarkan hadith Humayd Ibn Nafi daripada Zainab binti Abi Salamah. Telah berkata Umm Salamah: الي امرأة جاءت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله ان ابنتي تو في عنها زوجها وقد اشتكت عينها افنكحلها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا مرتين أو ثلاثا كل ذلك يقول لا ثم قال: إنما هي اربعة اشهر و عشر Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah!, anak perempuan saya telah kematian suaminya dan dia mengadu sakit mata, apakah boleh kami menyuruhnya memakai celak? Nabi SAW menjawab: Jangan, sebanyak dua atau tiga kali, kemudian baginda bersabda: Masa untuknya (berihdad)) selama empat bulan sepuluh hari.. (Al-Syawkani:296) Hadith di atas menunjukkan haram seorang wanita yang baru kematian suaminya memakai celak pada matanya sekalipun ia berhajat memakainya (kerana sakit), sementara hadith sebelum itu mengharuskan memakai celak pada malam hari dan menyapunya pada siang hari. Untuk menghimpunkan kedua hadith di atas yang pada zahirnya nampak bercanggah, ialah dengan melihat keadaan wanita, sekiranya dia tidak mempunyai apa-apa hajat maka 45
5 46 Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 tidaklah halal dia memakainya pada waktu malam dan menyapunya pada waktu siang, walaupun begitu tidak memakainya adalah lebih baik. 6. Hikmat Dan Sebab Wajib Ihdad Hikmat seorang wanita itu meninggalkan segala perhiasan pada dirinya kerana berdukacita di atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari, ini kerana seorang janin itu sempurna segala sifatnya dan ditiupkan padanya roh ialah selepas melalui masa seratus dua puluh hari berada dalam kandungan rahim ibu iaitu dalam jangka lebih empat bulan, maka ditambah sepuluh hari lagi sebagai mengambil jalan yang lebih sedikit. Sebab wajib ihdad ialah sebagai tanda kesedihan kaum wanita kerana telah kehilangan nikmat pakaian, perhiasan serta keperluan aksesori kecantikan dengan kematian suami kerana lazimnya keperluan tersebut disediakan oleh suami. Jika diperhatikan dewasa ini kaum wanita yang bekerja, mereka bukan sahaja mampu untuk membeli aksesori perhiasan sendiri tetapi mereka juga pastinya akan berhias apabila keluar ke pejabat. Walau apa pun alasannya kewajipan berihdad adalah satu perintah Allah Ta ala yang mesti ditunaikan sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah tanpa perlu dipersoalkan. Islam menetapkan iddah bagi wanita yang kematian suami juga bagi melaksanakan hak suami yang telah meninggal dunia. Allah mewajibkan isteri supaya menghormati, setia dan melayan suaminya dengan baik. Oleh itu, isteri tidak sewajarnya terus melupakan suaminya sebaik sahaja dia meninggal dunia. Dengan tamatnya tempoh iddah dan masa berihdad selama empat bulan sepuluh hari itu maka bolehlah wanita yang bergelar balu itu berkahwin lagi. 7. Wanita Yang Kematian Suami Perlukan Pembelaan Dan Sokongan Berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada balu atau ibu tunggal dengan mewajibkan iddah untuk beberapa tempoh tertentu sebagai membantu wanita menyesuaikan diri menghadapi situasi diri yang berbeza dari segi adat dan undang-undang, juga memandangkan ibu tunggal terpaksa menghadapi realiti bahawa dirinya kini berseorangan dalam menguruskan rumahtangga,maka seharusnya masyarakat Islam amnya dan kerajaan khususnya memelihara keselamatan dan kehormatan wanita dengan menyediakan sistem sokongan dan jaminan sosial yang sepatutnya. Masyarakat Islam dan kerajaan bertanggungjawab membantu anak-anak yatim dan ibu tunggal yang berkerja dan tidak berkerja. Untuk wanita yang berkerja kerajaan disarankan memberi cuti bergaji sepanjang tempoh menjalani iddah tersebut. Cuti iddah perlu diberikan kerana kematian suami akan memberikan kesan yang besar keatas emosi isteri. Perasaan sedih,stres dan kemurungan akan memberi kesan kepada produktiviti kerja kakitangan wanita. Maka, pemberian cuti adalah lebih baik daripada balu itu terus berkerja dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Balu juga perlu diberi masa untuk menyusun atur kehidupannya dan keluarga selepas kematian suami. Pemberian cuti iddah juga akan memudahkan lagi pengurusan aset dan liabiliti si mati dibuat secepat mungkin dan akan membantu pengurusan harta pusaka. Anak-anak juga turut merasakan implikasi kehilangan bapa. Anak-anak memerlukan masa dan sokongan ibu serta ahli keluarga lain untuk menyesuaikan keadaan keluarga yang kehilangan ketuanya. Wanita kematian suami perlu diberi masa bersama anak-anak untuk mengurangkan kesan negatif kehilangan bapa. Dalam keadaan yang lain, apabila suami
6 meninggal dunia, maka isteri kehilangan mahram yang selama ini menjadi pelindung dirinya. Oleh yang demikian, masyarakat Islam dan kerajaan khususnya bertanggungjawab memelihara keselamatan dan kehormatan wanita dengan menyediakan sistem sokongan yang sepatutnya. Terdapat beberapa dalil khusus berkaitan balu dan anak yatim dalam al-quran dan al-sunnah. Selain daripada ayat 234 surah Al-Baqarah yang menunjukkan kewajipan beriddah, hukum harus berpoligami dalam surah Al-Nisa turut merujuk kepada pembelaan yang diberikan kepada anak yatim. Selain itu, surah Al-Nisa juga menyatakan tentang kewajipan membahagikan harta pusaka mengikut kadar yang ditetapkan oleh syara dan larangan memakan harta anak yatim. Kesemua dalil ini menunjukkan keprihatinan Islam terhadap masalah ibu tunggal dan anak yatim Ibu Tunggal Yang Berkerja Mendapat Pembelaan Dengan memahami sistem dan fungsi golongan wanita seumpama jantung yang mengepam kerukunan kepada sesuatu keluarga; merekalah anak, isteri, ibu, nenek, guru dan teman, maka Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha memartabatkan keperluan fungsi ini demi penghormatan kepada wanita. Pelbagai bentuk usaha telah dibuat, antaranya pengukuhan nilai moral, pendidikan, latihan kerjaya dan bantuan kewangan. Sebagai menjaga kebajikan ibu tunggal yang berkerja, Kerajaan Negeri Kelantan terus menerajui perubahan dalam agenda berkebajikan dengan meluluskan cuti selama 30 hari dengan gaji penuh kepada kakitangan awam wanita yang kematian suami kali pertama. Sebelum itu, cuti yang diberikan adalah selama 3 hari dan bermula November 2013 cuti tersebut telah ditambah 27 hari menjadikan 30 hari jumlah cuti tersebut. Syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang cakna dengan kebajikan wanitanya dengan menjayakan Pelaksanaaan Cuti Ihdad tersebut. Kita berharap wanita-wanita di negeri lain juga akan mendapat pembelaan seperti itu. 9. Kesimpulan Seorang wanita yang kematian suami diwajibkan berihdad iaitu berkabung dengan melalui masa iddah selama empat bulan sepuluh hari. Islam menetapkan iddah bagi wanita yang kematian suami bagi melaksanakan hak suami yang telah meninggal dunia. Isteri tidak sewajarnya terus melupakan suaminya sebaik sahaja dia meninggal dunia. Memandangkan wanita yang kematian suami terpaksa menghadapi realiti bahawa dirinya kini berseorangan dalam menguruskan rumahtangga,maka seharusnya masyarakat Islam amnya dan kerajaan khususnya memelihara keselamatan dan kehormatan wanita dengan menyediakan sistem sokongan dan jaminan sosial yang sepatutnya. Untuk wanita yang berkerja kerajaan disarankan memberi cuti bergaji sepanjang tempoh menjalani iddah tersebut. Cuti iddah perlu diberikan kerana kematian suami akan memberikan kesan yang besar keatas emosi isteri. Wanita kematian suami perlu diberi masa bersama anak-anak untuk mengurangkan kesan negatif kehilangan bapa. Dalam keadaan yang lain, apabila suami meninggal dunia, maka 47
7 isteri kehilangan mahram yang selama ini menjadi pelindung dirinya. Ternyata sekali bahawa pensyariatan ihdad sebagai pembelaan terhadap wanita. Bibliografi 1. Al-Quran al-karim. 2. Al-Syawkani, Muhammad Ibn. Ali Ibn Muhammad (1832), Nayl al-awtar, Mesir:Maktabah Mustafa al-babi al-halabi Wa Awladuh. 3. Al-Jurjawi, Ali Ahmad, (t.t), Hikmat al-tasyri wa Falsafatuh, Qahirah:Muassasah al- Halabi wa syarikah Li al-nasyr wa al-tauzi. 4. Wahbah al-zuhaili, Dr. (1989), al-fiqh al-islami wa adillatuh, Damsyik:Dar al-fikr. 5. Amin Mahmud al-khattab, Fath al-malik al-ma bud (1353H), Syarh Sunan Abi Dawud, Mesir:Matba ah al-istiqamah. 6. Mahmud Muhammad al-khattab, (1397/1977), al-din al-khalis, Mesir: Matabi al- Mukhtar al-islami, Dar al-salam. 7.Samhani Ismail, (2016), Membangun Bersama Islam Memartabatkan Wanita Kelantan, Kelantan: Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan 48
PENGEMBANGAN INSTRUMEN
PENGEMBANGAN INSTRUMEN OLEH : IRFAN (A1CI 08 007) PEND. MATEMATIKA FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITAS HALUOLEO KENDARI 2012 A. Definisi Konseptual Keterampilan sosial merupakan kemampuan
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum
BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian
2 m. Air. 5 m. Rajah S1
FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam
TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun
TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi
Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.
BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Bab 1 Mekanik Struktur
Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N
Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.
BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua
Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor Masyarakat bukan Muslim terutama masyarakat barat menganggap bahawa Islam menindas golongan
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN TIGA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA MUZIK TAHUN TIGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )
(1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1
ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM
ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan
SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:
SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju
PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari
PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-
Keterusan dan Keabadian Jisim
Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep
Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI
Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5
PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi
PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor
Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam
Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam AHMED AL-AMIR TSEKOURA VIVIAN EUROPEAN ISLAMIC RESEARCH CENTER (EIRC) Athens Greece Diterjemahkan oleh - Faried Adnan - Jamilah Malek - Aina Syaqilah - Farah
Kalkulus Multivariabel I
Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah
TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan
TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut
1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.
( 4 3 1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah
Sebaran Peluang Gabungan
Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA
UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat
BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1
BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1 Oleh: Dato Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Pendahuluan. Dalam era globalisasi sekarang, peranan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II
LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.
Pembunuhan Rahmah. Mukadimah
Pembunuhan Rahmah Mukadimah Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan Nya dan nikmat yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarga, para sahabat serta
BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages
Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar
untuk Fakultas Pertanian Uhaisnaini.com Contents 1 Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem koordinat adalah suatu cara/metode untuk menentukan letak suatu titik. Ada beberapa macam
PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES
PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES 1. Apakah kegunaan ubat-ubat ini? Perencat α-glucosidase Biguanida Perencat DPP-IV Meglitinida Sulfonylurea Perencat
Matematika
Sistem Bilangan Real D3 Analis Kimia FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa D3 Analis Kimia angkatan
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas
HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad
HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad Pendahuluan Kemajuan dunia perubatan pada hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat.
Pengantar Proses Stokastik
Bab 6: Rantai Markov Waktu Kontinu Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Rantai Markov Waktu Kontinu Peluang Kesetimbangan Pada bab ini, kita akan belajar mengenai rantai markov waktu kontinu yang
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK
PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti
Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia
Kalkulus 1 Sistem Bilangan Real Atina Ahdika, S.Si, M.Si Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa
Pengantar Proses Stokastik
Bab 6: Rantai Markov Waktu Kontinu Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Rantai Markov Waktu Kontinu Peluang Kesetimbangan Pada bab ini, kita akan belajar mengenai rantai markov waktu kontinu yang
BAB 2 PEMACU ELEKTRIK
BAB 2 PEMACU ELEKTRIK PENGENALAN Kebanyakan perindustrian moden dan komersial menggunakan pemacu elektrik berbanding dengan pemacu mekanikal kerana terdapat banyak kelebihan. Di antaranya ialah : a) binaannya
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang
BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang terkandung di dalam bab ini ialah subjek dan tempat kajian, instrumen
HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003 Februari/Mac 2003 HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi
STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.
STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan
EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet 1. Satu litar magnet mempunyai keengganan S = 4 x
Persamaan Diferensial Parsial
Persamaan Diferensial Parsial Turunan Parsial f (, ) Jika berubah ubah sedangkan tetap, adalah fungsi dari dan turunanna terhadap adalah f (, ) f (, ) f (, ) lim 0 disebut turunan parsialpertama dari f
Kalkulus Multivariabel I
Fungsi Dua Peubah atau Lebih dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia 2015 dengan Dua Peubah Real dengan Dua Peubah Real Pada fungsi satu peubah f : D R R D adalah daerah asal (domain) suatu fungsi
BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK. perbezaan pemikiran berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya isu-isu yang boleh
BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK 2.1 Pengenalan Hakikat perkahwinan adalah perkongsian hidup dua insan yang berlainan jantina dan latar belakang. Namun, amat menyedihkan apabila pertentangan pendapat dan
BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi
BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan tentang keputusan analisis kajian yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi pendidikan pelajar
Tegangan Permukaan. Kerja
Tegangan Permukaan Kerja Cecair lebih cenderung menyesuaikan bentuknya ke arah yang luas permukaan yang minimum. Titisan cecair berbentuk sfera kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadu adalah kecil.
SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia
SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Universiti Teknologi Malaysia 1 Pengenalan Selain daripada teknik pemodulatan amplitud, terdapat juga teknik lain yang menggunakan isyarat memodulat untuk mengubah
Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua
Matematika, 1999, Jilid 15, bil. 1, hlm. 37 43 c Jabatan Matematik, UTM. Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Nor Haniza Sarmin Jabatan Matematik, Fakulti
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak
STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM Oleh: Fatimah Binti Ali 1 Abstrak Artikel ini menjelaskan mengenai status (taraf atau kedudukan) dan hak (kuasa berbuat sesuatu) wanita menurut Islam. Perbincangan meliputi
BAB II HUKUM PUSAKA ISLAM. Cara pembahagian hukum pusaka Islam yang bersumberkan wahyu Allah SWT.
( ( BAB II HUKUM PUSAKA ISLAM 2.1 Pengenalan Cara pembahagian hukum pusaka Islam yang bersumberkan wahyu Allah SWT. menjamin keadilan dan persamaan hak di kalangan Masyarakat Muslim. Ia memberi kesan kepada
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita
Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Firdaus Binti Ismail Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI
PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI Oleh: Dr Saadan Man Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1. Pengenalan Kepesatan pembangunan teknologi dalam dunia moden
EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005
EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan Dr Zuraidah Mohd Zain zuraidah@kukum.edu.my Julai, 2005 Overview untuk minggu 1-3 Minggu 1 Overview terma, takrifan kadar kegagalan, MTBF, bathtub curve; taburan
TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID
TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID 1034 IKMAL ZAIDI BIN HASHIM ikmalzaidi@kuis.edu.my MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN
PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)
PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE Data Contoh Hitungan Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor) Latitud, φ L = 3 44' Utara Longitud, λ L = 101 23' Timur = 6 jam 45m 32s Longitud
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;
BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif
RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN
Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk
BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila
PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU
MOHAMAD HASAN BIN OMAR PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU PROF. MADYA DR AZIZI BIN YAHAYA UTM
KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN
KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN KURSUS GC6423 SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM PENSYARAH DR. AB. HALIM BIN TAMURI DISEDIAKAN
SULIT /2[PP]
1 1223/2[PP] BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN LIMA 2011 PERATURAN PEMARKAHAN PENDIDIKAN ISLAM Kertas 2
STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).
STQS114 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO). DISEDIAKAN OLEH: AINUR JALALIA BINTI ABDUL RAHIM NUR DINAH BINTI ABDUL
s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS
PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNAH RASULULLAH s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA MUQADDIMAH Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut
A. Distribusi Gabungan
HANDOUT PERKULIAHAN Mata Kuliah Pokok Bahasan : Statistika Matematika : Distibusi Dua peubah Acak URAIAN POKOK PERKULIAHAN A. Distribusi Gabungan Definisi 1: Peubah Acak Berdimensi Dua Jika S merupakan
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden
EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi
EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi - Pengenalan - Skop Kajian Makroekonomi - Contoh Analisis Makroekonomi - Objektif Kajian Makroekonomi - Pembolehubah Makroekonomi - Dasar
Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR
an Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR 1 MUTIARA RAMADHAN Sebuah Produksi: PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Cetakan Pertama: 2012 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan
BAB III HUKUM PUSAKA KONVENSIONAL DI INDONESIA. Dalam bab ini, hukum pusaka konvensional dimaksudkan dengan pelaksanaan
BAB III HUKUM PUSAKA KONVENSIONAL DI INDONESIA 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, hukum pusaka konvensional dimaksudkan dengan pelaksanaan hukum pusaka yang merujuk kepada selain daripada hukum faraid. 1 Masyarakat
PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi
PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM Kamarul Azmi Jasmi Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Suggested Citation: Jasmi, K. A. (2009). Pemanduan Selamat Pada Pandangan Islam
SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH
72/1 NAMA :. TINGKATAN : MATEMATIK TAMBAHAN Kertas 1 September 201 2 Jam SMK SERI MUARA, 6100 BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS
BAB II TINJAUAN ISLAM TERHADAP STATUS AGAMA DAN PENGASUHAN (CUSTODY) ANAK DI MALAYSIA
BAB II TINJAUAN ISLAM TERHADAP STATUS AGAMA DAN PENGASUHAN (CUSTODY) ANAK DI MALAYSIA A. Status Agama dan Pengasuhan (Custody) anak. 1. a.) Pengertian Agama dan dasar hukumnya. Agama atau ugama menurut
Konvergen dalam Peluang dan Distribusi
limiting distribution Andi Kresna Jaya andikresna@yahoo.com Jurusan Matematika July 5, 2014 Outline 1 Review 2 Motivasi 3 Konvergen dalam peluang 4 Konvergen dalam distribusi Back Outline 1 Review 2 Motivasi
BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan
BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK 2.0 Pendahuluan Sesungguhnya Allah (s.w.t) tidak menjadikan bagi umatnya sesuatu yang menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan
(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:
MODUL 3 [Kertas 1]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 015 Muka Surat: 1 Jawab SEMUA soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan hubungan antara set A dan set B. 6 1 Set A Rajah 1 4 5 Set B (a) Nyatakan julat hubungan itu (b)
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN
KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN Nuremelia Binti Mohamad Rawan dan Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK
Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal
Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Makanan Berlogo Halal Abdul Basit Samat@Darawi & Sahilah Mohd Rodzi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5
ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot
MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)
MODUL 3 [Kertas 2]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 2015 Muka Surat: 1 1. Selesaikan persamaan serentak yang berikut: MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini) 2x y = 1,
Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik
Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan
Ciri-ciri Taburan Normal
1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk
BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD
BAB MODULATAN LITUD enghantaran iyarat yang engandungi akluat elalui atu aluran perhubungan eerlukan anjakan frekueni iyarat akluat kepada julat frekueni yang euai untuk penghantaran - roe ini diapai elalui
KERTAS KHAS: SAHAM WAKAF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM; KE ARAH PELAKSANAANNYA DI NEGERI KELANTAN. Oleh: Hamidi Bin Abdul Ghani 1.
KERTAS KHAS: SAHAM WAKAF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM; KE ARAH PELAKSANAANNYA DI NEGERI KELANTAN Oleh: Hamidi Bin Abdul Ghani 1 Abstrak Artikel ini membincangkan konsep wakaf dalam Islam secara umum dan menjelaskan
Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron
Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN
STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER
STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER Winda Tri Wahyuningtyas Gati Annisa Hayu Plate Girder Plate girder adalah balok besar yang dibuat dari susunan yang disatukan
IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak
IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1 Abstrak Tafsir al-qur an al- Azim atau lebih dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir, adalah di antara kitab tafsir al-qur an
Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)
Autistic Spectrum Disorder 1. Autistic Disorder (Autism) 2. Non-Autistic : -Pervasive Developmental Disorder -Asperger syndrome -Ratt s Syndrome -Fragile x Syndrome -Childhood Disintegrative Disorder Diagnostic
BAB I PENDAHULUAN. Di Indonesia, terdapat beberapa sistem berkenaan hukum pusaka iaitu Hukum
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Masalah Kajian Di Indonesia, terdapat beberapa sistem berkenaan hukum pusaka iaitu Hukum Pusaka Adat, Hukum Pusaka Berdasarkan Kitab Undang-undang Hukum Perdata (KUHP),
BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah
BAB 2 DAKWAH TERHADAP SAUDARA BARU 2.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah terhadap saudara baru. Bab ini membincangkan mengenai definisi dakwah dan
SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh mzsaleh@ukm.my www.ukm.my/zainudin 29/01/2004 Kuliah 12 1 MAKROEKONOMI
Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM
Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM Nizam Abd Latib, PhD Timbalan Pengarah Rosmidah Hashim, PhD Jabatan Ilmu Pendidikan Abstrak Kajian ini bertujuan
BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan satu
BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN 2.1.PENDAHULUAN Islam adalah agama yang syumul. Ajarannya meliputi semua aspek kehidupan manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan
Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar
Stres Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Semasa Menjalani Latihan Mengajar Azhar Muhammad & Shamsiah Abd Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA. Perbincangan di dalam bab ini lebih menjurus kepada aplikasi Istihsan yang
JU BAB 3 PENGAMALAN ISTIHSAN DI DALAM PENGHAKIMAN MAHKAMAH- MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA 3.1 PENDAHULUAN Perbincangan di dalam bab ini lebih menjurus kepada aplikasi Istihsan yang diamalkan oleh mahkamah-mahkamah
SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2
SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 TOPIK 4.0: KERJA, TENAGA DAN KUASA Kelas: DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): Di akhir LA ini, pelajar akan boleh: 1. Menerangkan
BAB KETIGA KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
BAB KETIGA KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 3.1 Pendahuluan Setelah dijelaskan pengertian akidah secara terperinci, perbincangan seterusnya akan difokuskan pula kepada kanak-kanak iaitu yang menjadi
Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Hussin Bin Salamon & Niswah Bini Abdul Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak