penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).

Σχετικά έγγραφα
perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Bab 1 Mekanik Struktur

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Ciri-ciri Taburan Normal

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Tegangan Permukaan. Kerja

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

PENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

SISTEM KOLOID. Pengenalan. Pengkelasan koloid

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena).

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH

Matematika

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Kalkulus Multivariabel I

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

1 Apakah ion-ion yang terdapat di dalam air laut yang menyebabkan kekat terbentuk apabila pakaian yang direndam dengan air laut dicuci dengan sabun.

UNIT 1. Air. 1.1 Pendahuluan

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sebaran Peluang Gabungan

BAB SATU PENDAHULUAN

REKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal.

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

KEPELBAGAIAN TUMBUHAN DAN KEPELBAGAIAN HAIWAN

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Umum

Mana-mana 3 dari atas Cas nucleus bertambah merentasi Q, S dan T. Tarikan nucleus terhadap electron dalam petala

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Keterusan dan Keabadian Jisim

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Kalkulus Multivariabel I

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Ekonomi (944) Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan

Hendra Gunawan. 16 April 2014

A. Distribusi Gabungan

Transcript:

4.5 Antioksidan Radikal bebas menyebabkan biomolekul seperti asid lemak di membran mengalami pengoksidaan dan mengakibatkan pengurangan kebendaliran pada membran, kehilangan enzim serta mengganggu aktiviti reseptor dan kerosakan pada protein membran yang menyebabkan pentakaktifan sel (Dean dan Davies, 1993). Kerosakan pada biomolekul seperti protein, lipid, lipoprotein dan DNA yang disebabkan oleh radikal bebas merupakan faktor pemula kepada beberapa jenis penyakit kronik seperti diabetes mellitus, kanser, arterosklerosis, artritis, radang, penyakit degeneratif saraf dan juga mempercepatkan proses penuaan (Hogg, 1998; Pong, 2003). Antioksidan adalah molekul yang merencat atau melambatkan proses pengoksidaan dengan menghalang pemula atau penambahan tindakbalas rantaian oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas. Maka penggunaan antioksidan sebagai langkah pencegahan awal kepada penyakit degenaratif menjadi tumpuan utama dalam penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). Antioksidan juga digunakan dalam industri makanan sebagai bahan tambahan untuk melambatkan pengoksidaan. Penambahan antioksidan sintetik membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994). Namun begitu, penggunaan antioksidan sintetik telah dihadkan kerana kesan karsinogenisitinya (Grice, 1986; Wichi, 1988; Madhavi dan Salunkhe, 1995). Maka, banyak kajian dilakukan untuk mencari antioksidan dari bahan semulajadi yang dipercayai lebih selamat untuk digunakan (Adegoke et al., 1998; Dorman dan Hiltunen, 2004; Reddy et al., 2005). 156

4.5.1 Ujian Antioksidan Asai untuk ujian antioksidan yang sering digunakan terdapat dalam pelbagai jenis kaedah bergantung kepada mekanisma yang berbeza dan juga jenis oksidan/antioksidan yang terlibat berbeza pada sifat fizikal dan kimianya serta keseimbangan lipofilik/hidrofilik (Frankel et al., 1994; Mathew dan Abraham, 2006). Penggunaan lebih daripada satu asai untuk ujian antioksidan ke atas ekstrak tumbuhan adalah perlu kerana sifat fitokimianya yang kompleks (Chu et al., 2000; Nuutila et al., 2003). Maka, dalam kajian ini tiga jenis asai digunakan untuk mengesan aktiviti antioksidan pada ekstrak metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. iaitu:- i. Asai Pelupusan Radikal Bebas Difenil Pikril Hidrazil (DPPH) ii. iii. Asai Pengurangan Kuasa Asai Pelunturan β-karotena 4.5.2 Asai Pelupusan Radikal Bebas Difenil Pikril Hidrazil (DPPH) Potensi aktiviti antioksidan oleh ekstrak mentah metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. dikaji dengan kaedah pelupusan molekul radikal bebas 1,1-difenil-2- pikrilhidrazil (DPPH). DPPH (Rajah 4.18) adalah radikal bebas yang stabil dan tidak akan bertindak balas dengan rantaian reaktif lain yang hadir seperti pengkelatan ion logam dan perencatan enzim (Amarowizc et al., 2004). Radikal bebas ini memberikan jalur penyerapan yang kuat pada absorbans 517 nm dengan warna violet yang terang dan ia berkeupayan untuk menerima elektron atau atom hidrogen dari molekul antioksidan. 157

DPPH yang telah dilupuskan berubah menjadi difenilpikril hidrazina yang bukan radikal (Rajah 4.19), warnanya semakin pudar serta kesan penyerapan semakin berkurangan. Penurunan nilai absorbans adalah berkadar langsung dengan bilangan molekul DPPH yang telah dilupuskan. Ciri-ciri inilah yang digunakan untuk menilai aktiviti antioksidatif pada sesuatu antioksidan. (Chen et al., 1995; Soares et al., 1997; Yamaguchi et al., 1998; Gordon, 2001). Rajah 4.18: Radikal bebas 1,1-difenil-2-pikrilhidrazil (DPPH) Rajah 4.19: Difenilpikril hidrazina 158

Ekstrak mentah metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. diuji dengan ujian pra-penyaringan terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia boleh memberikan kesan pelupusan ke atas radikal bebas DPPH pada kepekatan 5 mg/ml. Ujian prapenyaringan juga dijalankan ke atas asid askorbik dan BHA sebagai rujukan positif. Asid askorbik dan BHA adalah antioksidan yang dihasilkan secara sintetik. Jadual 3.17 menunjukkan rencatan (I%) pada 50% terhadap radikal bebas DPPH oleh asid askorbik dan BHA pada kepekatan 5 mg/ml iaitu 92.25±1.10% dan 91.53±1.15%. Kedua-dua ekstrak menunjukkan rencatan (I%) pada 50% dan lebih apabila diuji pada kepekatan 5 mg/ml, maka terbukti bahawa Cassia alata L. dan Cassia tora L. mempunyai aktiviti antioksidan. Diantara kedua-dua sampel, ekstrak Cassia tora L. menunjukkan pelupusan radikal bebas yang lebih tinggi daripada ekstrak Cassia alata L. dengan nilai 92.96±.1.88% berbanding dengan 92.82±1.79%. Nilai kepekatan rencatan 50 (IC 50 ) bagi ekstrak Cassia alata L. adalah 0.825 mg/ml dan 0.744 mg/ml untuk Cassia tora L. Bagi bahan rujukan positif yang digunakan pula, asid askorbik memberikan nilai IC 50 dengan 0.115 mg/ml dan butil hidroksianisol (BHA) pula ialah 0.156 mg/ml (Jadual 3.20). Rajah 3.20 menunjukkan aktiviti pelupusan radikal bebas DPPH oleh asid askorbik dan BHA. Rajah 3.19 menunjukkan pelupusan radikal bebas DPPH oleh ekstrak mentah metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. pada kepekatan 1.0 5.0 mg/ml. Peningkatan pelupusan terhadap radikal bebas DPPH oleh kedua-dua ekstrak berlaku apabila kepekatan ekstrak ditingkatkan 159

Hasil kajian ini membuktikan bahawa ekstrak metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. mempunyai ciri antioksidan kerana keupayaannya melupuskan radikal bebas DPPH melalui pendermaan atom hidrogen atau elektron. Aktiviti antioksidan ini adalah kesan pergantungan dos dimana aktiviti pelupusan radikal bebas meningkat apabila kepekatan ekstrak meningkat. Kajian yang dilakukan oleh Siddhuraju et al., (2002) mendapati aktiviti pelupusan (I%) ekstrak etanol daun Cassia fistula L. adalah lebih rendah daripada hasil kajian ini iaitu 79.9% tetapi ekstrak metanol batangnya menunjukkan aktiviti yang lebih kuat dengan aktiviti pelupusan (I%) sebanyak 93%. Dipercayai, aktiviti antioksidan oleh Cassia fistula L. ke atas radikal bebas DDPH disebabkan oleh kandungan taninnya yang tinggi dan juga terdapat sebatian kimia flavonol serta xanton (Gupta et al.,1989; Kashiwada et al., 1990). Kumaran dan Karunakaran (2007), melaporkan nilai kepekatan rencatan 50 (IC 50 ) bagi ekstrak etanol bunga Cassia auriculata L. adalah 55.45 mg/ml manakala ekstrak metanol pula adalah 52.41 mg/ml. Keputusan yang dilaporkan oleh mereka adalah lebih besar nilainya berbanding dengan hasil yang diperolehi dari kajian ini. Ini menunjukkan bahawa potensi antioksidan Cassia alata L. dan Cassia tora L. adalah lebih baik berbanding Cassia auriculata. 160

4.5.3 Asai Pengurangan Kuasa Arabshahi-Delouee dan Urooj (2007), mencadangkan keupayaan pendermaan elektron oleh komponen bioaktif menunjukkan ia juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kuasa dan berkait rapat dengan aktiviti antioksidan. Antioksidan berfungsi sebagai agen penurun dimana ia akan menurunkan agen pengoksida menjadi tidak aktif dan proses pengoksidaan akan terhenti. Dalam asai ini, kehadiran agen penurun seperti antioksidan pada sampel menyebabkan kompleks feriksianida/fe 3+ pada garam ferik mengalami proses penurunan kepada bentuk ferus/fe 2+. Kehadiran Fe 2+ boleh dikesan dengan memantau penghasilan warna biru Prusian Perl secara spektrofotometri pada absorbans 700 nm (Chung et al., 2002). Warna larutan ujian akan berubah dari warna kuning kepada pelbagai jenis warna hijau dan biru bergantung kepada pengurangan kuasa yang dihasilkan oleh ekstrak sampel. Keupayaan sebatian kimia yang terdapat pada sampel untuk bertindak sebagai agen penurun menunjukkan potensi aktiviti antioksidannya. Pengurangan kuasa oleh setiap ekstrak menunjukkan berlakunya peningkatan apabila kepekatan ekstrak meningkat. Begitu juga dengan aktiviti yang dihasilkan oleh Asid askorbik dan BHA iaitu pengurangan kuasa meningkat sejajar dengan peningkatan kepekatan. Di antara kedua-dua ekstrak, Cassia tora L. menunjukkan aktiviti yang paling tinggi diikuti dengan Cassia alata L. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21. Pengurangan kuasa oleh ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. pada kepekatan 20 mg/ml ialah 1.605±0.25 dan 1.708±0.21. Manakala pengurangan kuasa oleh Asid askorbik dan BHA pada kepekatan 20 mg/ml ialah 1.975±0.05 dan 1.787±0.07. 161

Pengurangan kuasa oleh ekstrak Cassia tora L. pada kepekatan 20 mg/ml adalah hampir dengan pengurangan kuasa BHA pada kepekatan 15 mg/ml iaitu 1.725±0.10. Siddhuraju et al., (2002), melaporkan ekstrak batang Cassia fistula L. menunjukkan pengurangan kuasa yang paling tinggi diikuti ekstrak daun dengan pengurangan kuasa yang sederhana manakala ekstrak bunga pula menunjukkan sedikit sahaja pengurangan kuasa. Aktiviti antioksidan adalah kesan pergantungan dos dimana peningkatan pengurangan kuasa berlaku apabila kepekatan ekstrak bertambah. Hasil kajian yang dilaporkan itu adalah sama dengan keputusan yang diperolehi dari kajian ini dimana pengurangan kuasa oleh ekstrak daun sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. adalah sederhana. Pengurangan kuasa oleh ekstrak bunga Cassia siamea juga adalah kesan pergantungan kepada dos (Kaur et al., 2006). Zhenbao et al.,(2006), melaporkan ekstrak etil asetat biji Cassia tora L. mempunyai aktiviti pengurangan kuasa yang tinggi iaitu 2.51 pada kepekatan 0.2 mg/ml lebih tinggi dari hasil kajian ini. Menurut Yen et al., (2000) pengurangan kuasa sebatian kimia antron dan alizarin adalah tinggi berbanding dengan sebatian kimia antrakuinon yang lain. Walaupun pengurangan kuasa kedua-dua ekstrak adalah lebih rendah daripada yang dihasilkan oleh Asid askorbik dan BHA namun ia membuktikan bahawa ekstrak metanol daun Cassia alata L. dan Cassia tora L. boleh berfungsi sebagai penderma elektron dan bertindakbalas terhadap radikal bebas dengan mengubahnya menjadi lebih stabil dan seterusnya menghentikan rantaian reaktif radikal bebas. 162

4.5.4 Asai Pelunturan β-karotena Asai ini menggunakan sistem model pengoksidaan teraruh haba pada emulsi akueus β-karotena dan asid linoleik. Semasa pengoksidaan, struktur aktif bis-alilik kumpulan metilena pada asid linoleik mengalami kehilangan atom hidrogen dan radikal bebas pentadinil terhasil. Radikal bebas ini akan mengambil atom hidrogen dari molekul β-karotena (Frankel, 1998). Ini menyebabkan molekul β-karotena kehilangan ikatan ganda duanya dan warna jingga karotenoid menjadi semakin pudar (Jayaprakasha et al., 2001). Pelunturan warna jingga molekul β-karotena boleh diukur secara spektrofotometri dengan penurunan bacaan absorbans. Antioksidan berfungsi sebagai agen penurun dan ia akan menghalang pelunturan β-karotena dengan meneutralkan radikal bebas yang hadir dalam sistem tersebut (Suja et al., 2005; Yang et al., 2008). Mekanisma ini digunakan untuk mengukur potensi antioksidan pada sesuatu ekstrak tumbuhan. Dalam kajian ini aktiviti antioksidan ekstrak metanol daun Cassia alata L. dan Cassia tora L. dikaji dan keputusan yang diperolehi ditunjukkan pada Rajah 3.22. Didapati bahawa peningkatan aktiviti antioksidan setiap sampel berlaku apabila kepekatan ekstrak meningkat. Aktiviti antioksidan Cassia alata L. adalah dalam lingkungan 72.46-84.45 % pada kepekatan 4-20 mg/ml manakala aktiviti antioksidan Cassia tora L. pula adalah dalam lingkungan 67.09-81.37 % pada kepekatan yang sama. 163

Ekstrak Cassia alata L. menunjukkan aktiviti antioksidan yang lebih tinggi dengan aktiviti 84.45±8.82% pada kepekatan 20 mg/ml berbanding ekstrak Cassia tora L. yang aktiviti maksimumnya adalah 81.37±9.56%. Antioksidan sintetik iaitu BHA pula menunjukkan aktiviti antioksidan sebanyak 91.81±2.10%. Hasil yang diperolehi menunjukkan aktiviti antioksidan maksimum Cassia alata L. dan Cassia tora L. adalah hampir dengan aktiviti antioksidan BHA pada kepekatan 16 mg/ml iaitu 82.21±1.19%. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Cassia alata L. dan Cassia tora L. mengandungi sebatian kimia yang boleh bertindak sebagai antioksidan dan berupaya untuk mengurangkan atau menghalang pelunturan β-karotena dengan bertindak ke atas radikal bebas yang hadir. 4.5.5 Jumlah Sebatian Fenolik Menurut Hall dan Cuppett (1997), keupayaan melupuskan radikal bebas dan spesies reaktif oksigen oleh kebanyakan ekstrak tumbuhan adalah kerana kandungan fenoliknya yang tinggi. Rice-Evans et al., (1995), menyatakan bahawa kebanyakan sebatian kimia fenolik mempunyai ciri-ciri sebagai agen penurun, berkeupayaan untuk menderma atom hidrogen dan juga melupuskan oksigen tunggal. Laporan lain juga menyokong kaitan antara keupayaan antioksidan sesuatu ekstrak tumbuhan dengan kehadiran sebatian kimia fenolik seperti metil orsenilat, asid orsenilik, atranorin dan asid lekanorik (Jayaprakasha dan Rao, 2000). 164

Jumlah kandungan sebatian fenolik pada ekstrak metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. ditentukan dengan menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu. Keluk piawai asid galik disediakan dan keputusan dinyatakan sebagai mg GAE (sama amaun asid galik)/l seperti dalam Jadual 3.25 dan Rajah 3.23. Berdasarkan keputusan yang diperolehi didapati kandungan sebatian kimia fenolik ekstrak Cassia tora L. adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 51.43±0.96 mg GAE/L berbanding ekstrak Cassia alata L. yang hanya mengandungi sebatian kimia fenolik sebanyak 47.49±1.50 mg GAE/L. Tetapi, jumlah kandungan sebatian kimia fenolik yang dikesan dalam kedua-dua ekstrak adalah kurang daripada 100 mg GAE/L. Ini menunjukkan korelasi diantara kehadiran sebatian fenolik dengan aktiviti antioksidan oleh kedua-dua ekstrak adalah rendah walaupun ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. mencatatkan aktiviti antioksidan yang tinggi dalam ketiga-tiga asai antioksidan. Namun begitu, terdapat beberapa kajian terdahulu melaporkan sebatian bukan fenolik juga turut menyumbang aktiviti antioksidan ekstrak (Harish dan Shivanandappa, 2005; Mariko et al., 2005). Jang et al., (2007), pula mencadangkan beberapa kemungkinan yang menjadi mekanisma kepada degradasi sebatian fenolik seperti peningkatan suhu tempat simpanan sampel menyebabkan penurunan kandungan sebatian fenolik ekstrak tumbuhan dan tempoh penyimpanan sampel yang lama juga memberikan kesan kepada kestabilan komponen antioksidan yang mungkin mengalami penguraian secara kimia dan enzimatik. 165

4.5.6 Ujian Antioksidan Secara Kuantitatif Sebatian kimia yang telah dipencilkan dari ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. iaitu sebatian kimia CA-10 dan sebatian kimia CT-16 dijalankan ujian antioksidan secara kuantitatif dengan menggunakan asai pelupusan radikal bebas DPPH kerana ia hanya menggunakan kuantiti sampel yang sedikit sahaja. Nilai kepekatan rencatan 50 (IC 50 ) kedua-dua sebatian kimia diperolehi (lihat Rajah 3.24). Nilai IC 50 bagi sebatian kimia CT-16 ialah 21 μg/ml manakala nilai IC 50 bagi sebatian kimia CA- 10 pula tidak dapat ditentukan. Sebatian kimia CT-16 adalah kaempferol (3) iaitu sejenis flavanoid manakala sebatian kimia CA-10 pula ialah emodin (9) dari kumpulan antrakuinon. Hasil kajian ini sama dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Zhang et al., (2005), dimana sebatian flavanoid yang dipencilkan dari bunga Reynoutria sachalinensis menunjukkan aktiviti antioksidan yang lebih baik dari sebatian antrakuinon yang juga dipencilkan dari sampel yang sama. Ibrahim et al., (2008) melaporkan sebatian kaempferol (3) yang dipencilkan dari Nerium oleander L. memberikan nilai IC 50 0.21 μg/ml tanpa sebarang kesan sitotoksik pada kepekatan 31.25 μg/ml. Panichayupakaranant dan Kaewsuwan (2004), juga melaporkan aktiviti pelupusan radikal bebas DPPH oleh sebatian kaempferol (3) dari daun Cassia alata L. adalah lebih tinggi dengan nilai dos efektif 50 (ED 50 ) 578.87±2.86 mm berbanding dengan sebatian emodin (9) hanya mencatat nilai ED 50 9.99±0.28 mm. 166

Aktiviti antioksidan oleh sebatian flavanoid adalah lebih baik disebabkan terdapat ikatan ganda dua pada gelang-c dan kehadiran kumpulan hidroksil pada kedudukan orto atau para pada sebatian tersebut (Kajiyama dan Ohkatsu, 2001; Hou et al., 2004). Choi et al., (1994), melaporkan bahawa kesemua sebatian antrakuinon iaitu krisofanol (8), emodin (9), physion (10), chryso-obtusin, aurantio-obtusin dan krisofanol glikosida yang dipencilkan dari biji Cassia tora L. kecuali alaternin tidak aktif ke atas radikal bebas DPPH Mereka melaporkan, ini adalah disebabkan oleh kekurangan kumpulan hidroksil pada struktur sebatian mempengaruhi kesan pelupusan oleh sebatian antrakuinon ke atas radikal bebas DPPH. Berdasarkan keputusan yang diperolehi dapat disimpulkan bahawa kehadiran sebatian flavanoid memberikan pengaruh yang lebih tinggi kepada aktiviti antioksidan oleh ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. berbanding sebatian antrakuinon yang merupakan sebatian kimia utama dalam kebanyakkan tumbuhan spesies Cassia. 167