ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU DI ERA GLOBALISASI DI MALAYSIA

Σχετικά έγγραφα
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kalkulus Multivariabel I

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Bab 1 Mekanik Struktur

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB 3 PERENCANAAN TANGGA

Matematika

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Kalkulus Multivariabel I

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Katakunci : salam, pelajar Islam

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Pengantar Proses Stokastik

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Pengantar Proses Stokastik

Sebaran Peluang Gabungan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

:ιύχ ϑϊϭϟ ΎϬ Α ϦϴϘσΎϨϟ ήθϐϟ ΔϴΑήόϟ Ϡ ϟ ϢϴϠόΗ ΞϬϨϣ ϳήϜϟ ϥ ήϙϟ ϢϬϓ ϱϊϩϓ Ω Άϓ ΪϤΣ Abstract Abstrak

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN PENDAKWAH DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT MEDAN INDONESIA KHOIRUL FADLI

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

Transformasi Koordinat 3 Dimensi

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci : penerapan kemahiran generik

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah Dr Abdul Hamid Al-Ghazali

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Katakunci : faktor, minat, matematik

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

PERBANDINGAN PENILAIAN ANTARA PENSYARAH DENGAN GURU PEMBIMBING TERHADAP KOMPETENSI GURU PELATIH UTM

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000

BAB 4 PERENCANAAN TANGGA

Keterusan dan Keabadian Jisim

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

B.Perspektif tamadun barat >Arnold Toynbee suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Tegangan Permukaan. Kerja

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

A. Distribusi Gabungan

Transcript:

ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU DI ERA GLOBALISASI DI MALAYSIA Baharuddin bin H. Puteh dan Mohamad Nazli bin H. Omar Kolej Universiti Islam Melaka E-mail: dr_baharudin@yahoo.com Abstrak: Sejarah telah menunjukkan bahwa dunia Melayu-Islam merupakan pusat peradaban, pusat perkembangan budaya dan pusat perdagangan yang penting. Kebudayaan Melayu-Islam sejak ratusan tahun telah memperlihatkan kemampuannya untuk berkembang pesat merangkumi bahasa, kesusasteraan, kesenian, pemikiran, dan norma hidup. memang tidak dapat dinafikan bahwa fenomena globalisasi memberikan pengaruh kepada kehidupan umat Melayu-Islam. Namun, pengaruhnya lebih cenderung kepada negatif berbanding positif. Cuma ia bergantung kepada umat Islam untuk mendepaninya dengan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpaksikan kepada al-qur'an dan al-hadits. Pegangan yang kukuh dan utuh terhadap dua sumber perundangan ini mampu menyelamatkan umat manusia khususnya umat Islam daripada terjerumus ke dalam kemungkaran yang tjidak dituntut dalam syariat Islam. Kata kunci: Islam, Melayu, dan Malaysia Pendahuluan Pembahasan dan perbincangan tentang Islam di Malaysia selalu menarik minat para pengkaji dan peneliti tentang kedudukan Islam di Negara ini mengingat masyarakat umum sudah mengetahui bahwa Malaysia merupakan sebuah Negara Islam. Ia disebabkan kecenderungan mereka untuk melakukan penyelidikan ini karena struktur masyarakat Islam di Malaysia mempunyai kedinamisan dan keistimewaan tersendiri. Ada juga yang melontarkan pendapat bahwa di antara Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan, malahan terangkum dalam Pelembagaan Malaysia yang menyebut dengan jelas tentang bangsa Melayu dan kekuatan Islam tersebut sebagai agama persekutuan. Skenario di Malaysia, antara Islam dan bangsa Melayu mempunyai ikatan yang erat. Ini dibuktikan oleh banyak sarjana dan tokoh-tokoh akademik yang telah menyelidiki serta menganalisis tentang penghayatan dan pelaksanaan hukum-hukum Islam dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Menurut Rahimin Affandi (2005) bahwa proses pembangunan kekuatan agama Islam di Malaysia bukan dimulai sejak kemerdekaan pada 1957, tetapi ia sudah terbangun sejak sekian lama, yaitu semenjak Islam bertapak di Tanah Melayu. 115

Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, Vol.10, No.1 Januari-Juni 2014 Ia dikukuhkan lagi pada masa kini dengan merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan Malaysia dalam Pasal 160 yang menyentuh dengan jelas tentang tiga elemen utama untuk bangsa Melayu, yaitu perlu beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu merujuk kepada kebudayaan (Muhammad Fauzi Asmuni, 2011). Keterikatan antara tiga komponen ini telah membentuk satu identitas yang kuat dan jitu sehingga mampu memperkuat jati diri Melayu yang sudah terbentuk sejak lama. Oleh yang demikian, tulisan ini akan mengupas dan membincangkan kaitan Islam dan bangsa Melayu serta kedudukannya di era globalisasi di Malaysia. Hubungan Islam dan Melayu Lipatan sejarah telah merekam bahwa sebelum datangnya bangsa Eropa yang menjajah kawasan ini, masyarakat di Nusantara, khususnya alam Melayu telah mempunyai tamadun dan kebudayaannya yang cemerlang (Zainal Kling, 2005). Walaupun begitu, kecemerlangan tersebut sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai dasar dan asas perpaduan dan jati diri yang tiada bedanya dengan tamadun lain sehingga datangnya Islam yang telah membawa bersamanya asas jati diri untuk diaplikasi dalam kehidupan umat Melayu sehingga kini (Ahmad Munawar Ismail, et. Al., 2012). Rahimin Affandi (2005) menggariskan beberapa faktor berhubung kecenderungan bangsa Melayu di Malaysia memilih Islam sebagai asas pegangan kehidupan mereka. Secara mudahnya ia adalah karena kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang dapat dijelaskan dengan beberapa sebab, yaitu: 1. Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentalitas masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal (menghormati keharmonisan alam). 2. Sifat ajaran Islam yang mudah dipahami, rasional, dan sesuai dengan fitrah manusia dibandingkan agama lain. 3. Cakupan agama Islam yang bersifat perkauman yang terbatas kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua bangsa manusia sedunia yang dibangun atas asas persaudaraan (ukhuwah). Asas persaudaraan ini tidak menerima sebarang pembagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabat dan derajatnya di sisi Allah. 116

Baharuddin Bin H. Puteh & Mohamad Nazli Bin H. Omar : Islam Dan Kebudayaan Melayu Ia diperkukuhkan lagi dengan pandangan yang dikemukakan oleh seorang sarjana kebudayaan Melayu- Islam, yaitu Syed Muhammad Naquib al- Attas yang mengatakan bahwa ajaran Islam telah memperkenalkan umat Melayu kepada budaya dan disiplin ilmu yang sebenar dengan mengenepikan paham takhayul dan mitos. Selain itu, Islam juga yang telah memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia Timur dan Barat sehingga bangsa Melayu menempa serta membangun kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah (Ahmad Munawar Ismail, et.al., 2012). Selain daripada itu juga bahwa penerimaan masyarakat Islam di Tanah Melayu ini disebabkan tertariknya mereka kepada kelengkapan dan keindahan Islam itu sendiri yang menjadi umat yang lebih baik berbanding dengan agama lain. Ini diperkukuhkan dengan pandangan Khurshid Ahmad (1981) yang menjelaskan beberapa perkara utama dalam membincangkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri. Di antaranya ialah: 1. Cara hidup Islam yang sempurna. 2. Kesejagatan dan kemanusiaan. 3. Mudah, rasional, dan praktis. 4. Perpaduan antara material dan rohani. 5. Keseimbangan antara individu dan masyarakat. 6. Mengandungi unsur tetap dan berubah. 7. Ajaran yang terpelihara. Keistimewaan dan kesyumulan Islam ini dapat dirungkai serta dikaji menerusi peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh Allah swt dan diaplikasikan mengikut sunah dan hadits Rasulullah saw. Menerusi penggubalan hukum tersebut, ia dapat membantu manusia untuk menjalani kehidupan beragama selain menunaikan keperluan sehari-hari yang lebih teratur, sistematik, dan beretika. Secara mudahnya manusia amat memerlukan agama dan pegangan. Dalam kata yang mudah manusia memerlukan pendidikan Islam dan bimbingan akhlak agar mereka dapat membentuk sifat kemanusiaan serta memainkan peranan mereka yang dilantik oleh Allah swt sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Sekiranya mereka tidak memiliki pendidikan dan bimbingan akhlak mengikut jalur Islam, mereka akan terdedah kepada perkara-perkara yang keji dan terkutuk seperti dengki, iri hati, zalim, dan sifat tercela lainnya. Lantas ini akan memberikan pengaruh yang mendalam dalam kehidupan manusia. Tantangan umat Islam kini seperti penyalahgunaan narkoba, pembuangan bayi, murtad, dan pembunuhan memerlukan perhatian yang 117

4 Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, Vol.10, No.1 Januari-Juni 2014 serius. Tambahan pula bangsa Melayu memiliki adat kebudayaannya yang baik, seperti sopan santun, lemah lembut, menghormati orang tua, dan lain-lain sedikit sebanyak tercalar dengan pengikisan nilai agama ini. Oleh karena itu, akhlak yang muncul dari acuan agama Islam yang padu ini dapat membentuk jati diri yang utuh dan mapan dalam jiwa masyarakat Melayu. Hanya Islam saja yang mampu memandu manusia ke jalan yang sebenar buat sekelian manusia. Firman Allah ÉΟ n= 9$# Ÿ ç7ß çμtρ uθôêí yìt7?$# Ç tβ ª!$# ÏμÎ/ Ï ôγtƒ ÏμÏΡøŒÎ*Î/ Í θ Ψ9$# n<î) ÏM yϑè= à9$# z ÏiΒ Νßγã_Ì ãƒuρ 5ΟŠÉ)tGó Β :Þ u ÅÀ 4 n<î) óοîγƒï ôγtƒuρ artinya: Dengan (al-quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaannya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gulita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terangbenderang, Dengan izinnya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (QS. al- Maidah: 16). Pembentukan Jati Diri Kebudayaan Melayu-Islam yang Dinamis Firman Allah, Zπ ù!$ÿ2 ÉΟù=Åb 9$# Îû Aρß tã öνà6s9 çμ ΡÎ) (#θè=äz Š$# (#θãζtβ#u š Ï%!$# $yγ ƒr' tƒ Ç süø ±9$# ÅV uθäüäz (#θãèî6 Ks? Ÿωuρ Î7 Β artinya: Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukumhukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang nyata (QS. al-baqarah : 208). Ayat ini jelas menunjukkan tentang peranan Islam dalam memandu hidup manusia dalam berbagai aspek kehidupan. Individu dan masyarakat bertamadun perlu menjurus kepada masyarakat yang menjalani kehidupan yang berpaksi kepada dasar-dasar Islam selain dapat membina kebudayaan dan ketamadunan bangsa yang diberkati. Bagi merealisasikan hasrat ini, kekuatan pembinaan jati diri dalam kebudayaan Melayu-Islam ini amat bergantung kepada kemantapan aqidah dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin. Dalam memperkuat pembinaan jati diri kebudayaan Melayu-Islam ini, selayaknya perlu diterapkan dengan pengukuhan menurut al-quran dan al- Sunnah di samping beberapa elemen lain: 118

Baharuddin Bin H. Puteh & Mohamad Nazli Bin H. Omar : Islam Dan Kebudayaan Melayu 1. Kekuatan untuk membela dan mempertahankan hak untuk kehidupan yang baik. 2. Kekuatan aqidah bagi melahirkan pengetahuan manusia yang jelas dan paham tentang keperluan keimanan bagi melahirkan budi pekerti yang baik. 3. Kekuatan ilmu pengetahuan karena ia mampu mendorong manusia untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat. 4. Kekuatan akhlak sebagai proses pembentukan budi pekerti yang mulia. 5. Kekuatan ikatan sosial yang berperan untuk menolong masyarakat dalam menegakkan dasar-dasar Islam bertujuan untuk kebahagian umat Islam. 6. Kemantapan perdamaian berkaitan pelaksanaan perpaduan dalam masyarakat. 7. Kekuatan ekonomi dalam mencari kekayaan dan kemajuan untuk dijana dan digunakan secara adil dan bijaksana (Abu Bakar, 1976). Berdasarkan elemen-elemen di atas, ia dapat memberi gambaran tentang perlunya kekuatan agama, yaitu Islam dalam memperkuat nilai-nilai kemanusiaan, khususnya dalam kebudayaan dan peradaban yang perlu ditunjang oleh kemantapan aqidah, syariah, dan akhlak. Peranan Islam dalam Kebudayaan Melayu Dunia Melayu-Islam sebenarnya mempunyai sejarah gemilang sebelum datangnya penjajah Barat di rantau ini. Sejarah telah menunjukkan bahwa dunia Melayu-Islam merupakan pusat peradaban, pusat perkembangan budaya dan pusat perdagangan yang penting (Fariza Md. Sham, 2002). Kebudayaan Melayu-Islam sejak ratusan tahun telah memperlihatkan kemampuannya untuk berkembang pesat merangkumi bahasa, kesusasteraan, kesenian, pemikiran, dan norma hidup. Dalam membincangkan tentang kegemilangan tamadun dan budaya Melayu, yang menjadi persoalan yang sering dibahas ialah siapakah yang layak memainkan peranan untuk mengangkat marwah dan derajat Melayu sehingga menjadi masyhur dan terkenal. Jawabannya ialah Islam yang menjadi pegangan dilihat sebagai faktor utama yang memainkan peranan dalam memperkuat bangsa Melayu beserta kebudayaannya. Dalam meluaskan perbincangan tentang perkara ini, penulis akan mengupas 119

Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, Vol.10, No.1 Januari-Juni 2014 kebudayaan ini dari aspek kesenian sebagai asas. Tamadun dan peradaban Islam telah mempengaruhi bidang kesenian Melayu, baik dari segi ukiran, seni bangunan, dan seni hias. Contohnya dalam pembangunan masjid, pengaruh seni bangunan masjid dari Asia Barat telah mempengaruhi reka bentuk masjid di alam Melayu. Ia dapat dizahirkan berdasarkan bentuk kubah dan bentuk mihrab yang menghadap kiblat. Peranan Islam dalam kebudayaan Melayu ini diperkukuhkan lagi dengan pengaruh seni lagu dan musik yang dikembangkan oleh panyair-penyair Islam untuk menggantikan seni lagu dan musik pra Islam. Media seni lagu dan musik ini telah digunakan oleh para pendakwah untuk mengembangkan agama Islam. Di Malaysia, seni lagu dan musik bercorak dakwah dikenal sebagai nasyid dan qasidah (Fariza Md. Sham, 2002). Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahwa agama Islam ke alam Melayu merupakan satu zaman transformasi kepada umat Melayu yang asalnya dalam kegelapan kepada cahaya. Selama ini, umat Melayu dibelenggu dengan paham dan pegangan yang bergantung kepada mitos dan khayalan, namun Islam telah mempengaruhi dan mencorakkannya untuk kesejahteraan ummah. Tantangan Kebudayaan Melayu-Islam di Era Globalisasi Globalisasi bukan sekedar slogan, tetapi ia adalah perancangan strategik dunia Barat bagaimana menjadikan masyarakat non Barat, khususnya orang-orang Islam sebagai sasaran penjajahan bentuk baru. Kekuatan langit terbuka yang menghasilkan teknologi komunikasi dan telekomunikasi serta penguasaan sistem keuangan dan ekonomi di bawah sistem keuangan internasional (IMF), Bank Dunia, Persatuan Perdagangan Dunia (WTO) adalah contoh bagaimana Barat sedang mengatur langkah yang amat agresif supaya konsep dunia tanpa sempadan dapat dicapai dan akhirnya proses pembaratan dapat terjadi dalam semua aspek kehidupan. Inilah tantangan terbesar yang sedang dihadapi oleh umat Islam karena secara jangka panjang umat Islam menghadapi gugatan dan ancaman yang luar biasa (Sidek Baba, 2010). Dalam hal sedemikian, Malaysia tidak dapat mengelak untuk maju dan berkembang. Sebagian daripada tuntutan untuk maju dan berkembang mampu memberi pengaruh dalam jati diri dan integritas umat Islam, khususnya dalam bersaing dengan dunia Barat yang dilihat maju dan modern kehidupannya. Oleh karena itu, amat perlu pemikiran ulang 120

Baharuddin Bin H. Puteh & Mohamad Nazli Bin H. Omar : Islam Dan Kebudayaan Melayu dibuat, strategi baru dibangunkan dan pendekatan bijaksana diatur supaya Islam sebagai agama yang pernah menempa nama dalam pembinaan tamadun manusia mampu menjuarai kembali dalam arus perubahan dunia yang semakin hilang pedoman dan arahnya. Justru kekuatan aqidah, iman, kualitas diri yang dibangun berasaskan keteguhan ilmu yang sepadu, berjiwa merdeka, kepentingan keadilan dan moral harus menjadi orientasi dalam proses pendidikan dan pembangunan ummah (Sidek Baba, 2010). Dalam membicarakan beberapa tantangan globalisasi terhadap kebudayaan Melayu-Islam di Malaysia, dinyatakan beberapa tantangan yang perlu diberi perhatian khusus. Di antaranya: 1. Ancaman keutuhan kebudayaan Melayu. Beberapa perkembangan yang dapat dilihat di sini ialah ancaman yang menggugat keutuhan kebudayaan Melayu-Islam yang berpaksikan globalisasi. Sebagai contoh, dampak negatif yang dibawa oleh paham liberalisme yang memberi pengaruh kepada pemahaman Islam di Malaysia. Dapat dilihat dari sebagian pendukung paham ini yang mencoba menyebarkannya dalam kehidupan beragama, khususnya agama Islam sehingga ia mampu memberi pengaruh yang besar kepada survival umat Islam itu sendiri. 2. Penghinaan terhadap peribadi Rasulullah dan ulama muktabar. Masyarakat Melayu-Islam di Malaysia memnag terkenal sensitif dengan isu kerasulan Rasulullah saw. Namun, sejak belakangan ini lahirnya satu usaha dan gerakan yang mengendaki agar pribadi Rasulullah dipermainkan dan dipertikaikan. Terdapat tindakan yang secara terang-terangan menghina pribadi Rasulullah yang digambarkan sebagai insan yang mempunyai kecenderungan nafsu yang tinggi melalui perkawinan Rasulullah saw. (Farish A. Noor, 2000). Perkara ini timbul hasil dari pengaruh globalisasi yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia. 3. Merebaknya Paham Liberalisme. Gerakan liberalisme yang didukung oleh Sister in Islam (SIS) dan Forum Iqra /Jemaah al-qur'an Malaysia dilihat memainkan peranan yang penting dalam penularan paham liberalisme ini. Buktinya apabila SIS dan JAM ini dilihat menonjol dalam menyokong pembentukan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang diseminarkan pada 24 Februari 2005 (Anis Shakila Ismail, 121

Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya, Vol.10, No.1 Januari-Juni 2014 2006). IFC didirikan berdasarkan Majlis Peguam Malaysia yang disokong oleh Majlis Perundingan Malaysia bagi ajaran Buddha, Kristen, Hindu, dan Sikh (MCCBCHS) yang dilihat mencampuri kedaulatan agama Islam yang menjadi teras kepada agama Persekutuan Malaysia. Pembentukan IRC ini dilihat mampu memberi impak yang negatif kepada kelangsungan agama Islam yang mana ia berpunca daripada pengaruh globalisasi kini. Berdasarkan ancaman-ancaman di atas sebenarnya ia akan menjadi masalah dan mampu merusakkan kesyumulan dan keindahan Islam terhadap kebudayaan Melayu-Islam yang sudah terbina sekian lama di Malaysia. Namun, desakan dan rempuhan kuat dari pengaruh globalisasi ia telah mencorakkan pola kehidupan yang beragam. Kesimpulan Secara asasnya, memang tidak dapat dinafikan bahwa fenomena globalisasi memberikan pengaruh kepada kehidupan umat Melayu-Islam. Namun, pengaruhnya lebih cenderung kepada negatif berbanding positif. Cuma ia bergantung kepada umat Islam untuk mendepaninya dengan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpaksikan kepada al- Qur'an dan al-hadits. Pegangan yang kukuh dan utuh terhadap dua sumber perundangan ini mampu menyelamatkan umat manusia khususnya umat Islam daripada terjerumus ke dalam kemungkaran yang tjidak dituntut dalam syariat Islam. Daftar Kepustakaan Al-Quran al-karim. Abu Bakar H. (1976). Syarah Falsafah Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman Press. Ahmad Munawar Ismail, et.al. (2012). Islam Dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition (143-154). Anis Shakila Ismail. (2006). Pemikiran Islam Liberal di Malaysia: Kajian Terhadap Isu Yang Ditimbulkan oleh Farish A. Noor dan Syed Akhbar Ali, (Latihan Ilmiah Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, tidak diterbitkan). Farish A. Noor. (2000). Let Islam Lead The Way with Its Progressive View In Sexuality, dalam News Straits Times, 4 November 2000. Fariza Md. Sham. (2002). Peranan Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. dalam Dakwah Kepada Masyarakat Muslim Di Malaysia. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM. Khursid Ahmad. (1981). Islam: Prinsip Dasar dan Karekteristiknya 122

Baharuddin Bin H. Puteh & Mohamad Nazli Bin H. Omar : Islam Dan Kebudayaan Melayu (terjemahan). Bandung: Perpustakaan Salman. Muhammad Fauzi Asmuni. (2011). Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jati Diri Dan Agama Islam, dalam Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Rahimin Affandi. (2005). Citra Islam dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Satu Analisa, Jurnal Pengajian Melayu Jilid 15. Sidek Baba. (2010). Memahami Konsep Penguasaan Ilmu Pengetahuan, dalam Ke Arah Umat Hadhari. Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan. Zainal Kling. (2005). Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd. 123