SISTEM KOLOID. Pengenalan. Pengkelasan koloid

Σχετικά έγγραφα
Tegangan Permukaan. Kerja

Bab 1 Mekanik Struktur

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Matematika

Kalkulus Multivariabel I

Ciri-ciri Taburan Normal

MODUL NOTA SUPER RINGKAS KIMIA 2012 MR HAILMI

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Mana-mana 3 dari atas Cas nucleus bertambah merentasi Q, S dan T. Tarikan nucleus terhadap electron dalam petala

1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena).

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

UNIT 1. Air. 1.1 Pendahuluan

Sebaran Peluang Gabungan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).

Elektron. Nukleus. Modul G-Cakna Kertas 1 Set 3. 1 Rajah 1 menunjukkan satu model atom. Rajah 1. Siapakah yang memperkenalkan model ini?

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

1 Apakah ion-ion yang terdapat di dalam air laut yang menyebabkan kekat terbentuk apabila pakaian yang direndam dengan air laut dicuci dengan sabun.

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

REKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1

Kalkulus Multivariabel I

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

MODUL PENINGKATAN AKADEMIK SPM 2017 PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 (4531/2) BAHAGIAN A. 1(a) (i) P R P 1 (b)(i) Ralat rawak // ralat paralaks 1

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

KALKULUS LANJUT. Integral Lipat. Resmawan. 7 November Universitas Negeri Gorontalo. Resmawan (Math UNG) Integral Lipat 7 November / 57

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DISEMBER SESI 1999/2000

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Pelajaran 1 BENDALIR : PENGENALAN OBJEKTIF PELAJARAN. 1 Mentakrif tabiat bendalir.

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

SULIT 4541/1 4541/1 Kimia Kertas 1 Ogos ¼ jam BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2006

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

SAINS MODUL 2 Kertas 1 & 2

SULIT 4541/1 4541/1 Kimia Kertas 1 Ogos ¼ jam BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2004 KIMIA.

Teori Pengikatan. Teori Pengikatan. Ikatan Kimia

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

BIOKIMIA PROTEIN & ASID AMINO

Pengantar Proses Stokastik

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Pengantar Proses Stokastik

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA STSF 1413 SAINS FIZIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER CONTOH SOALAN

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

UNIT 5 PENUKAR AU-AT (PENERUS)

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Persamaan Diferensial Parsial

Lukisan Bergambar. Lukisan Skematik 2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 PENYATAAN MASALAH

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ALIRAN LAPISAN SEMPADAN

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Transcript:

SISTEM KOLOID Pengenalan Kajian mengenai koloid bermula pada awal kurun ke 19 oleh Graham. Sistem koloid yang mula dikaji ialah jelatin dan gam. Perkataan koloid adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud gam. Sistem koloid berada di antara sistem larutan benar dan ampaian. Larutan benar adalah larutan yang mengandungi molekul atau ion seperti larutan gula dan garam. Manakala ampaian adalah zarah-zarah yang terdiri lebih dari satu molekul dan cukup besar untuk dilihat dengan mata. Saiz zarah koloid lebih kurang 5nm hingga 200 nm dan hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Julat saiz ini hampir sama dengan jejari molekul kanji atau protein. Zarah koloid terdiri daripada agregat banyak molekul atau agregat satu molekul seperti AgCl, As 2 S 3, Au, protein, kanji dan polimer. Sistem koloid merupakan sistem dua fasa kerana terdapat permukaan yang memisahkan zarah atau fasa sebaran dan medium sebaran. Pada permukaan terdapat sifat jerapan dan keupayaan elektrik. Pengkelasan koloid Koloid dikelaskan kepada beberapa jenis bergantung kepada fasa dan media sebaran. Jenis koloid dan contoh-contoh ditunjuk dalam Jadual 1 Medium sebaran Fasa sebaran Nama Sistem Contoh gas cecair aerosol kabus, awam gas pepejal aerosol asap cecair gas foam(busa) krim cecair cecair emulsi susu, magnesia cecair pepejal sol sol emas, cat pepejal gas busa pepejal Pumika, marshmallow pepejal cecair Emulsi pepejal Jeli, mentega pepejal pepejal gel kaca rubi Jadual 1 Jenis dan contoh koloid 1

Jenis Sol Terdapat dua jenis sol iaitu sol liofobik dan sol liofilik. Jika media serakan ialah air sol dikenali sebagai sol hidrofobik dan sol hidrofilik. Contoh sol hidrofobik ialah As 2 S 3, Au dan AgCl. Fasa serakan tidak terserak dalam air secara spontan atau kurang afiniti terhadap air maka ia tidak stabil. Ia mudah digumpalkan oleh penambahan elektrolit. Koloid hidrofobik adalah stabil kerana terdapat jerapan ion pada zarah koloid dan menyebabkan zarah bercas dan saling tolak menolak. Contoh sol hidrofilik ialah selulosa, protein, polimer surfaktan. Fasa serakan mempunyai afiniti yang kuat terhadap pelarut. Sol jenis ini adalah stabil. Penyediaan sol hidrofobik Dua cara penyediaan sol hidrofobik iaitu kaedah kondensasi dan kaedah serakan. Kaedah kondensasi merupakan kaedah kimia dimana zarah koloid dibina daripada molekul tunggal di mana satu larutan tepu campuran disediakan dalam medium serakan dengan mengawal suhu dan kepekatan medium serakan yang rendah. Kaedah serakan merupakan kaedah fizikal dimana zarah koloid disediakan dengan memecahkan fasa serakan kepada zarah koloid. Kaedah kondensasi Fasa serakan adalah dalam keadaan larutan benar. Tindak balas kimia menghasilkan sol dan dilakukan secara berhati-hati dengan mengawal kepekatan bagi mencegah pengumpalan. Terdapat berbagai kaedah kondensasi bagi penyediaan sol hidrofobik. Penurunan Tindak balas penurunan melibatkan garam atau oksida logam. Agen penurun yang digunakan ialah formaldehid, hidrogen, karbon monoksida, hidrazina, hidroksilamina dan tanmin. Contoh: koloid emas. Beberapa titis AuCl 0.1% ditambahkan ke dalam 100 ml air. Tambahkan sedikit K 2 CO 3 untuk peneutralan larutan terhasil. Tambahkan bahan penurun tannin. Tannin juga 2

berfungsi sebagai agen pelindung koloid Au daripada mengumpal. logam lain seperti koloid perak. Koloid Pengoksidaan Sol sulfur disediakan secara pengoksidaan hidrogen sulfida dengan sulfur dioksida. 2H 2 S + SO 2 3S + 2H 2 O atau mengasidkan larutan natrium tiosulfat Na 2 S 2 O 3 + HCl 2NaCl + SO 2 + H 2 O + S Sol ini kurang stabil kerana terdapat NaCl. Keseimbangan ion Koloid AgCl disediakan dengan menambahkan larutan AgNO 3 kepada larutan NaCl yang cair. Satu larutan keruh terhasil tetapi tiada mendakan Ag + + Cl - AgCl Koloid arsenik sulfida disediakan secara menambahkan larutan hidrogen sulfida kepada larutan arsenious oksida 2As 3+ + 3S = AS 2 S 3 4. Kaedah hidrolisis Kaedah ini digunakan untuk menyediakan sol oksida dan hidroksida. Contoh: sol ferik oksida disediakan dengan cara larutan FeCl 3 dimasukkan dalam air mendidih. 2FeCl 3 + 6H 2 O Fe 2 O 3.3H 2 O + 6HCl 3

Kaedah pertukaran pelarut Contoh sulfur larut dalam alkohol tetapi tidak larut dalam air. Sol sulfur disediakan dengan menambahkan larutan sulfur dalam etanol tepu ke dalam air berlebihan dan dikacau. Kaedah serakan Pencanaian koloid Bahan dihancurkan/dicanai sehingga menghasilkan zarah-zarah bersaiz koloid dan diserakkan dalam media. Contoh sol sulfur Penyepaian elektrik - kaedah Bredig Arka dihasilkan diantara dua elektrod logam dalam air (Rajah 13.1). Arka yang dihasilkan menyebabkan suhu tinggi dan mengubah logam kepada wap. Wap dikondensasikan dalam air. membentuk zarah koloid - contoh sol Au, Pt, dan Ag. Kaedah Peptisasi Penyerakan bahan dilakukan oleh agen peptisasi. Agen peptisasi adalah elektrolit. Tambahkan sedikit elektrolit kepada bahan yang akan dijadi koloid. Bahan akan menjerap ion elektrolit menyebabkan zarah bercas dan saling tolak menolak. Contoh: Al(OH) 3 + AlCl 3 Al(OH) 3 mendakan sol CdS + H 2 CdS mendakan elektrolit sol AgCl + AgNO 3 AgCl mendakan sol 4

Fe(OH) 3 + NaOH Fe(OH) 3 elektrolit sol Penyediaan Koloid liofobik Penyediaan sol adalah secara serakan spontan dalam pelarut atau kaedah peptidaan seperti selulosa yang dilarutkan dalam campuran etanol-eter. Sifat koloid Gerakan Brown Zarah-zarah koloid sentiasa bergerak secara gerakan rawak dan pantas. Gerakan ini dikenali sebagai gerakan Brown. Penyerakan cahaya Zarah koloid masih dapat dikesan secara optik. Apabila alur cahaya dituju kepada larutan benar lintasan cahaya tidak dapat dikesan. Jika terdapat zarah koloid, alur lintasan cahaya dapat kesan kerana zarah koloid menyerakkan cahaya. Kesan ini dikenali sebagai kesan Tyndall. Akibatnya keamatan sinar yang diserakan I lebih tinggi daripada sinar tuju I o I = I o e - τ dimana τ ialah kekeruhan (turbidity) dan l ialah panjang lintasan cahaya. Sifat elektrik Apabila dua elektrod diletakkan dalam sol dan dikenakan keupayaan elektrik, zarah akan bergerak kepada satu arah. Ini menunjukkan zarah koloid bercas. Pergerakan zarah koloid dalam medan elektrik disebut elektroforesis. Pergerakan ini berlaku disebabkan oleh keupayaan elektrokinetik. Ia wujudnya kerana terdapat lapisan ganda dua elektrik pada permukaan. 5

Kestabilan koloid Kestabilan sol liofobik Kehadiran cas pada zarah koloid liofobik menentukan kestabilan. Penolakan di antara zarah yang sama cas menahan zarah saling mendekati untuk menggumpal. Cas pada zarah koloid dihasilkan melalui penjerapan ion. Jika larutan argentum (Ag + ) ditambah berlebihan pada larutan NaI, sol AgI bercas negatif terbentuk kerana I - terjerap (Rajah 2). Ag + + NaI AgI berlebihan sol negatif Rajah 2 Jika ion I - cair ditambah AgNO 3 berlebihan sol bergas positif terbentuk kerana Ag + terjerap (Rajah 13.3) I - + AgNO 3 AgI berlebihan sol positif Rajah 3 6

Kestabilan sol liofilik Bagi sol liofilik kestabilan sol wujud kerana bahan sendiri mengion membentuk fasa sebaran. Contoh protein mempunyai cas positif atau negatif disebabkan pengionan kumpulan -COOH, -NH + 3, Pada ph rendah protein bercas positif kerana terdapat NH + 3 pada ph tinggi molekul bercas negatif kerana terdapat ---- COO - dan - O - Kesan penambahan elektrolit Penambahan elektrolit mempengaruhi kestabilan zarah koloid kerana terdapat perubahan cas pada zarah. Sol liofobik sensitif terhadap penambahan elektrolit dimana pengumpalan mudah berlaku. Ini disebabkan ion yang berlawanan cas akan ditarik ke permukaan zarah (dijerap) melalui tarikan elektrostatik. Apabila cas pada zarah koloid berkurangan maka tolakan antara zarah koloid juga berkurangan. Bagi sol Au apabila NaCl ditambahkan, Na + akan dijerap dan mengurangkan cas negatif, seterusnya mengurangkan tolakan. Semakin besar cas pada ion yang berlawanan semakin kuat kesan penggumpalan. Jika elektrolit yang ditambah mmempunyai ion yang bercas besar, kepekatan ion yang kecil diperlukan untuk menggumpalkan zarah koloid. Sebaliknya ion bercas kecil memerlukan kepekatan yang lebih besar untuk menggumpalkan zarah. Aturan ini disebut aturan Schulze-Hardy. Bagi koloid liofilik, kepekatan elektrolit yang tinggi diperlukan untuk menggumpalkan koloid. Ini disebabkan zarah koloid liofilik dilindungi beberapa lapisan air yang tarikat dan tidak mudah ditambusi oleh ion. Sol liofilik boleh dilindungi daripada penggumpalan penambahan ion dengan cara menambahkan koloid liofilik atau koloid pelindung. Gel Dalam keadaan tertentu, sol liofilik boleh menggumpal dan menghasilkan bahan yang semikenyal bak kanji dan dikenali sebagai gel. Ada dua jenis gel iaitu gel kenyal dan gel tak kengal. Gel kenyal seperti jeli, jem, 7

puding jagung. Gel tak kenyal seperti asid silisik atau silika gel, Al(OH) 3 dan polimer hidrogel. Gel dibentuk dari molekul rantai panjang. Dalam bentuk gel, rantai molekul membentuk jaringan silang menyilang menyebabkan kelikatan bertambah dan menghasilkan bahan semipepejal. Gel kenyal dihasil semula selepas penyahhidratan dengan penambahan air. Gel tak kenyal selepas penyahhidratan menghasilkan pepejal bak kaca dan tidak membentuk gel dengan penambahan air. Gel kenyal boleh menyerap pelarut dan mengembang. Gel tak kenyal boleh menyerap pelarut tetapi tidak mengembang. Air hanya memasuki melalui liang gel yang tegar. Isipadu gel tak kenyal tidak berubah. Emulsi Emulsi ialah serakan satu jenis cecair dalam satu cecair lain yang saling tidak larut. Terdapat dua jenis cecair dalam emulsi iaitu air (w) dan minyak (o). Fasa serakan atau fasa dalaman adalah berbentuk titisan cecair tunggal (sama ada air atau minyak) yang terserak dalam bedia serakan atau fasa luaran ( sama ada minyak atau air). Diameter titisan cecair ialah 0.1 hingga 1 µm iaitu lebih besar daripada zarah sol. Dari rupa bentuk emulsi saiz titisan boleh diramalkan (Jadual 2). Terdapat dua jenis emulsi iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) dan minyak dalamair (o/w). Emulsi w/o mempunyai rasa berminyak dan mempunyai struktur seperti kulit (skin compartible). Emulsi w/o adalah lambat pecah dan lambat meresap. Contoh emulsi w/o ialah krim (kosmetik), mentega dan marjerin. Emulsi o/w mempunyai rasa seperti air, ringan dan ia mudah pecah tetapi selesa Emulsi adalah koloid hidrofobik, maka ia tidak stabil. Untuk menstabilkan emulsi, agen penstabil atau agen pengemulsi perlu ditambah. Bahan ini terjerap dengan mudah pada antara muka minyak dan air. Rantai hidrokarbon melarut dalam minyak dan kumpulan berkutub melarut dalam air. Tindakan agen pengemulsi ialah untuk mengurangkan tegangan antara muka di antara dua fasa. Tegangan permukaan yang tinggi menyebabkan permukaan 8

cecair menjadi kecil. Bila tegangan permukaan tinggi di antara fasa sebaran dan medium sebaran menyebabkan emulsi terpisah (setiap fasa menggumpal). Susu adalah contoh o/w di mana butiran lemak diserak dalam air dan distabilkan dengan protein kasein sebagai agen pengemulsi. Setiap agen pengemulsi mempunyai nilai HLB (hydrophilic lyophobic balance). Semakin tinggi nilai HLB semakin mudah ia larut dalam air. Emulsi w/o distabilkan oleh agen pengemulsi yang mempunyai nilai HLB rendah iaitu di antara 3 hingga 6. Contoh agen pengemulsi yang menstabilkan emusi w/o ialah gliseril monostearat. Emulsi o/w distabilkan agen pengemulsi yang mempunyai nilai HLB besar iaitu diantara 8 hingga 18. Contoh agen pengemulsi yang mempunyai nilai HLB 8-18 ialah acacia, metilselulosa, gelatin dan xanthan. Emulsi disediakan secara mengacau fasa serakan dalam media serakan dengan penambahan agen pengemulsi secara kuat untuk memecahkan fasa serakan. Untuk mengekalkan kestabilan emulsi bahan penstabil seperti makromolekul juga ditambah. Bahan penstabil akan membentuk lapisan pada permukaan titisan minyak. Titisan akan terhalang dari bertemu kerana faktor sterik. Bahan penstabil juga boleh larut dalam media serakan dan meningkatkan kelikatan emulsi. Saiz titisan Rupa bentuk > 1 µm Bak susu 0.1-1 µm Putih kebiruan 0.05 0.1 µm Separa lutsinar dan warna kelabu < 0.05 µm lutsinar Jadual 2 Saiz dan bentuk emulsi 9

Soalan 1. Sol raksa berbentuk sepera dengan diameter 0.7 nm. Berapakah luas permukaan zarah-zarah yang dihasilkan dari 1.0 g raksa jika ketumpatannya 3.5g cm -3. 2. Terangkan sifat-sifat sol hidrofobik dan hidrofilik. 3. Terangkan bagaimana sol hidrofobik distabilkan. 4. Anda dibekalkan larutan ferik klorida dan natrium hidroksida untuk menyediakan koloid ferik oksida berair. a) Apakah nama kaedah penyediaan koloid ini? b) Bagaimana menyediakan koloid bercas positif dan bercas negatif? c) Bagaimana zarah-zarah koloid ini memiliki cas? d) Bagaimana anda menentukan cas zarah koloid ini? e) Koloid tersebut sensitif terhadap penambahan elektrolit. Terangkan peraturan Hardy-Schulze mengenai kesan penambahan elektrolit. f) Berikan satu contoh elektrolit di mana ionnya bercas 1, 2 dan 3 bagi setiap jenis koloid yang disediakan (soalan b) g) Koloid ini boleh dielakkan dari pemendakan dengan menambahkan sejenis koloid lain. Apakah nama koloid itu? 5. Terangkan bagaimana proses berikut dijalankan. a) Pencegahan zarah lateks dari menggumpal. b) Penggumpalan zarah lateks. c) Pemendakan AgCl. 6. Terangkan bagaimana emulsi distabilkan. 10