TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Kalkulus Multivariabel I

Benar sekali Allah memberi informasi dalam Quran dan lebih-lebih melalui lisan RasulNya Muhammad SAW tentang siksa dan nikmat kubur.

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Matematika

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

Bab 1 Mekanik Struktur

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Sebaran Peluang Gabungan

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

KAJIAN BAHARU MENGENAI FASILAH: DARI ASPEK KEINDAHAN KEPADA KESERASIAN YANG MELUAS

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Bacaan Doa dan Dzikir serta Taubat pilihan

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Kalkulus Multivariabel I

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

BAB DUA KAJIAN BERKAITAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

A. Distribusi Gabungan

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Tegangan Permukaan. Kerja

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB KEEMPAT KONSEP PENYEDIAAN MODUL ASAS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ر ک ش ل ن س ح ن د م ح م ب ن ی ز ن. ل و ئ س م ه د ن س ی و ن ( ی ر ک ش ل &

Persamaan Diferensial Parsial

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

AL-TAFSĪR AL-ʿILMῑ SERTA PENGARUH AL-MARĀGHI TERHADAP TAFSIR Al-AZHAR. Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Hendra Gunawan. 16 April 2014

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

47 Persoalan. Qadar dan Qadha. Hafiz Firdaus Abdullah

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Qiraat Imam Asim Riwayat Hafs: Kajian Terhadap Dua Toriq

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Keterusan dan Keabadian Jisim

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

ی ا ک ل ا ه م ی ل ح ر

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

KAEDAH PENGAJARAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN. Oleh : Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid (Fakulti Pendidikan UKM)

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Ciri-ciri Taburan Normal

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK. perbezaan pemikiran berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya isu-isu yang boleh

BAB KEDUA KONSEP AKIDAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Kuasa Dua Tensor Yang Tak Abelan bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

KEASLIAN SANAD PENGAJIAN AL-QURAN: KELANGSUNGAN TRADISI ILMU AL-QURAN. Khairuddin bin Said * Jamaluddin bin Adam ** Abstrak

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

BAB EMPAT PEMBAHASAN KAJIAN. yang telah diamalkan selari dengan matlamat utama kajian untuk memperjelaskan

Transcript:

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID 1034 IKMAL ZAIDI BIN HASHIM ikmalzaidi@kuis.edu.my MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN mrsyafee@kuis.edu.my SHAHARUDIN BIN SAAD shaharuddin@kuis.edu.my ABSTRAK Akidah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Sumber utama dalam penggarapan ilmu Akidah ialah Al-Quran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran berkenaan Akidah dibaca dengan qiraat yang pelbagai. Sesuai dengan sifat Al-Quran yang Qat iyyah al-thubūt wa al-dilalah, perubahan bacaan atau qiraat yang melibatkan ayat-ayat Akidah mengundang persoalan iaitu sejauh mana ia mempengaruhi pentafsiran ayat-ayat tersebut. Bagi menjawab persoalan ini ilmu Tawjih al-qirā āt diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik kepelbagaian qiraat itu. Ilmu ini sangat signifikan dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran. Untuk itu penulis meneliti teks tafsir Marah Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan menganalisis secara deskriptif dan analitikal data-data berbentuk huraian pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat berhubung dengan Akidah dengan memfokuskan kepada kesan qiraat kepada makna ayat. Teks ini dipilih kerana ia merupakan satusatunya karya tafsir ulama Nusantara berbahasa Arab yang memuatkan banyak qiraat. Kepelbagaian pentafsiran ayat-ayat berkenaan Akidah akan dapat dikenalpasti dan akan menjadi hasil dan dapatan kajian kualilatif yang ringkas ini. Kata Kunci: Tawjih al-qirā āt, Kesan Pentafsiran, Akidah 1.0 PENDAHULUAN Para ulama telah menjadikan qiraat yang pelbagai sebagai sumber rujukan mereka kerana selain keabsahannya sebagai hujah, kepelbagaian qiraat juga dilihat mampu untuk mempelbagaikan pentafsiran. Namun kepelbagaian tersebut bukan bermaksud negatif seperti pentafsiran yang kontradik antara satu dengan yang lain tetapi tetapi lebih kepada variasi pentafsiran yang mampu difahami secara harmoni. Untuk itu para ulama tafsir telah memuatkan pelbagai qiraat dalam karya tafsir mereka dan ia menjadi satu identiti karya-karya tafsir muktabar. Variasi pentafsiran menatijahkan pengkayaan ilmu dan keluasan ufuk pemikiran umat dalam memahami wahyu Allah s.w.t dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. 452

2.0 KEPELBAGAIAN QIRAAT DAN KESANNYA KEPADA PENTAFSIRAN Kesan kepelbagaian qiraat terhadap pentafsiran sering menjadi perbahasan para ulama khasnya dalam bidang Ulum Al-Quran, Tafsir dan Qiraat. Ia juga menjadi persoalan yang sering mendapat perhatian para pengkaji disebabkan kepentingan membuktikan keutamaan qiraat sebagai salah satu sumber pentafsiran Al-Quran. Antara faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pentafsiran Al-Quran ialah kepelbagaian qiraat. Dr. Salah Abd al-fattah al-khalidiyy (2000:93) telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai hal ini. Antaranya beliau berkata: Pendirian mufassir terhadap qiraat yang benar ialah menisbahkan qiraat tersebut kepada Imam yang meriwayatkannya, memperbaiki cara bacaannya, memahami maknanya, menyatakan tawjih baginya, menjadikannya dalil, menyatukan qiraat sesama qiraat yang benar seumpamanya kerana semuanya merupakan kalam Allah dan tidaklah sebahagian kalam Allah itu lebih utama daripada sebahagian yang lain Dr. Muhammad Bazamūl (1996: 1/393) pula merumuskan beberapa kaedah penting bagi sesiapa yang mengkaji mengenai kesan-kesan qiraat terhadap pentafsiran Al-Quran iaitu: Perbezaan pentafsiran yang terdapat di antara wajah-wajah qiraat termasuk dalam kategori variasi pentafsiran (al-ikhtilaf al-tanawwu ) bukan pentafsiran yang kontradik dan bertentangan (al-ikhtilaf al-tanaqud atau al-tadad). Menyandarkan sesuatu qiraat kepada individu atau muqri tertentu menunjukkan ikhtiyar dan bukan menunjukkan qiraat itu direka dan dicipta oleh individu tersebut. Tiada perbezaan dari segi tafsir antara mana-mana qiraat yang diterima kerana semuanya merupakan kalam Allah s.w.t dan semuanya merupaka Al-Quran tiada sebarang perbezaan dari segi keutamaan. Qiraat yang sah sanadnya tetapi berlawanan dengan tulisan atau rasm Mushaf yang digelar sebagai qiraat yang shadhdhah boleh diambil faedah daripadanya dari segi tafsir walau pun ia tidak boleh dibaca dalam solat. Qiraat yang diriwayatkan secara bersanad dalam sumber-sumber hadis tetapi tidak disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat maka diistilah sebagai Qira at al- 453

Nabiyy. Ia dinamakan sedemikian kerana tidak dapat disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat. Qiraat yang seumpama ini boleh mengelirukan terutama mereka yang tiada pengetahuan dalam bidang qiraat kerana qiraat seumpama ini tidak bermaksud ia termasuk dalam qiraat yang mutawatirah dan tidak menunjukkan ia lebih utama daripada qiraat yang lain. Penamaan ini banyak disebutkan dalam beberapa karya tafsir seperti al-tabariyy, al-kashshaf dan al-muharrar al-wajiz. Terkadang-kadang wajah-wajah qiraat berbeza dari sudut makna yang menyebabkan satu-satu qiraat membawa makna masing-masing dan tersendiri yang membezakannya dengan wajah qiraat yang satu lagi. Tafsir-tafsir yang bersumberkan para ulama Salaf sewajarnya diteliti terlebih dahulu sebelum menghukumnya sebagai berbeza kerana mungkin pentafsiran tersebut berdasarkan wajah qiraat tertentu sahaja tanpa berasaskan qiraat yang lain. 3.0 TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN Disebabkan kepentingan ilmu ini dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran, maka di sinilah letaknya titik pertemuan antara ilmu Tawjih al-qirā āt dengan ilmu Tafsir. Apabila pentafsiran yang melibatkan ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang berbeza wajah qiraatnya maka ilmu tawjih al-qirā āt diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik qiraat yang pelbagai itu. Menurut Musa id ibn Sulayman al-tayyar (1999:126) selepas menyenaraikan karyakarya utama dalam ilmu tawjih al-qirā āt beliau menyatakan bahawa karya-karya tafsir yang besar dipenuhi oleh tawjih al-qirā āt seperti al-tabariyy, Ibn Atiyyah, al-qurtubiyy, Abū Hayyan, al-raziyy, al-shanqitiyy, Ibn Ᾱ shūr dan lain-lain. Walau bagaimanapun pendekatan para ulama Tafsir dalam mengaplikasikan tawjih al-qirā āt berbeza antara satu sama lain. Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat yang berorentasikan al-dirāyah. Menurut al-zarkashiyy:...ianya (ilmu Tawjih al-qirā āt) bukanlan suatu yang bersifat riwāyah dan bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada unsur aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah. Ia juga dinamakan sebagai ilmu al- Ihtijāj, ilmu Ma āni al-qirā āt dan ilmu Ilal-al-Qirā āt. Ia membincangkan tentang penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah, sebab, llah dan lain-lain 454

yang bertujuan menonjolkan justifikasi terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping memberikan faedah yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir. Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu yang perlu difahami ialah ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi ia lebih kepada menjelaskan kepelbagaian makna (al-dalālāt) yang tersurat dan tersirat di sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan menjadi sebahagian daripada penerangan dalam karya-karya ilmu nahu dan tafsir. Maka seseorang pentafsir Al-Quran dalam berhujah dengan qiraat sepatutnya bukan sahaja merujuk kepada sumber-sumber tafsir dalam karya-karya muktabar tetapi turut merujuk kepada karya-karya tawjih al-qirā āt yang mengumpulkan kesemua bentuk tawjih di dalamnya sama ada yang berkaitan dengan Nahu (al-tawjih al-nahwiyy), Sarf (al-tawjih al- Sarfiyy), Balaghah (al-tawjih al-balaghiyy), Semantik (al-tawjih al-dalaliyy) dan sebagainya. Karya terawal yang memuatkan tawjih al-qirā āt secara khusus ialah karangan Hārūn ibn Mūsā al-a war (m.170 H) berjudul Wujūh al-qirā āt. Selain karya tersebut terdapat sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping qiraat mutawātirah, ilmu ini turut melibatkan qiraat shādhdhah. Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada qiraat shādhdhah bertajuk al-muhtasab fi Tabyin Wujūh Syawādh al-qirā āt wa al- Idāh anhā tulisan Abū al-fath Uthmān ibn Jinniyy (m.392 H). 4.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-ILAHIYYAT Perbahasan mengenai akidah tidak terlepas daripada tiga bahagian iaitu Ketuhanan (al- Ilahiyyat), Kenabian (al-nubuwwat) dan Perkara-perkara Ghaib (al-ghaybiyyat/ al- Sam iyyat). Penulis membawakan tiga contoh bagi setiap bahagian dengan memetik teks Marah Labid yang berkaitan. Contoh 1: Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 148: و ل ك ل و ج ه ة ه و م و ل يه ا ف ٱس ت ب ق وا ٱل خ ي ر ت 455

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu م و ل يه ا dan م و ل ىه ا. Dalam memberikan tawjih kepada kedua-dua qiraat tersebut, Sheikh Nawawi Banten (1997 :51) menyatakan: Tawjih bagi qiraat pertama ialah Allah s.w.t yang memerintahkan agar semua kaum mengadap ke arah kiblat iaitu Kaabah sedangkan qiraat yang satu lagi membawa maksud setiap kaum tertakluk bagi setiap arah yang menghadap ke kiblat. Perbezaan maksud bagi kedua-dua qiraat tersebut mempunyai hubungan dengan persoalan aqidah berkaitan ketuhanan. Muhammad al-habash (1999:144) menyatakan bahawa mana-mana kiblat yang menjadi arah bagi hamba Allah itu walau pun pada zahirnya merupakan pilihannya sendiri namun pada hakikatnya merupakan dengan arahan dan kehendak Allah s.w.t jua. Persoalan ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya kehendak dan pilihan bagi hamba Allah tanpa menafikan hakikat bahawa yang mencipta perbuatan manusia itu ialah Allah s.w.t seperti yang dinyatakan dalam surah al-saffat ayat 96: ٦٩ وٱل ل ه خ ل ق ك م و م ا ت ع م ل ون Maksudnya: Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! Maka kedua-dua qiraat tersebut telah menghimpunkan kedua-duanya iaitu kehendak hamba dan kehendak Allah s.w.t. Hakikat ketuhanan ini tidak akan difahami dengan salah satu qiraat sahaja. Contoh 2: Firman Allah s.w.t dalam surah Ᾱ li Imran ayat 18 dan 19: ٨١ ش ه د ٱل ل ه أ ن ه ۥ ل ا إ ل ه إ ل ا ه و و ٱل م ل ئ ك ة و أ و ل وا ٱل ع ل م ق ا ئ م ا ب ٱل ق س ط ل ا إ ل ه إ ل ا ه و ٱل ع ز يز ٱل ح ك يم ٨٦ إ ن ٱلد ين ع ن د ٱل ل ه ٱل إ س ل م Terdapat dua qiraat pada perkataan yang bergaris iaitu إ ن ٱلد ين dan ن ٱلد ين أ. Tawjih bagi qiraat pertama iaitu dengan hamzah berbaris kasrah ialah ia merupakan permulaan kata-kata yang baru (kalam musta naf) dan tiada hubungan dengan ayat sebelumnya. Manakala qiraat yang kedua membawa pelbagai maksud kerana mempunyai hubungan dengan ayat sebelumnya. Sheikh Nawawi (1997 :117) membawakan pelbagai i rab bagi kalimah tersebut: 456

Sheikh Nawawi menjelaskan bahawa qiraat dengan fathah pada huruf hamzah membawa beberapa makna yang memberi kesan kepada pentafsiran yang pelbagai. Antaranya kalimah yang boleh difahami dengan makna dan. Beliau juga membawa beberapa taqdir bagi memahami pelbagai i rab. Kesimpulannya Muhammad al-habash (1999:146) menyatakan bahawa qiraat dengan fathah membawa maksud penjelasan tentang persaksian Allah s.w.t, para malaikatnya dan orang yang berilmu iaitu sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam. Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua qiraat ini tidak bertentangan kerana kedua-duanya menyatakan tentang suatu hakikat yang sama iaitu Islam merupakan satu-satunya agama yang diredai Allah s.w.t. Hanya yang membezakan kedua-duanya ialah al-tawkid iaitu bentuk penegasan yang pelbagai. Dalam qiraat dengan kasrah penegasan tersebut dinyatakan dalam bentuk ayat yang baru dan dimulakan dengan kalimah manakala dalam qiraat dengan fathah penegasan itu ditambah dengan persaksian daripada Allah s.w.t, para malaikat dan golongan yang berilmu. Contoh 3: Firman Allah dalam surah al-kahf ayat 44: ٱل و ل ي ة ه ن ال ك ل ل ه ٱل ح ق ه و خ ي ر ث و اب ا و خ ي ر ع ق ب ا ٤٤ Terdapat dua qiraat pada kedua-dua perkataan yang bergaris iaitu ٱل و ل ي ة (fathah waw) dan (qaf marfū ah). Sheikh ٱل ح ق makhfūdah) (qaf ٱل ح ق (kasrah waw) di samping ٱل و ل ي ة Nawawi (1997:250) menyatakan: 457

Kesimpulan daripada penyataan di atas Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi keduadua perkataan yang terlibat. Beliau menjelaskan bahawa membawa maksud iaitu pertolongan sedangkan bermaksud iaitu kerajaan. Manakala menjadi sifat kepada sedangkan menjadi sifat kepada. Kedua-dua perkataan dengan qiraat masing-masing memberi makna tambahan iaitu mengenai dua daripada nama-nama Allah s.w.t yang mulia iaitu dan di samping menegaskan sifat al-haqq bagi Allah s.w.t. 5.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-NUBUWWAT Antara ayat-ayat mengenai akidah yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan persoalan kenabian ialah firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 106: م ا ن نس خ م ن ء اي ة أ و ن نس ه ا ن أ ت ب خ ي ر م ن ه ا أ و م ث ل ه ا ٨٠٩ Sheikh Nawawi Banten (1997:38) telah menjelaskan qiraat yang terdapat pada perkataan yang bergaris: 458

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Dalam penyataan di atas Sheikh Nawawi menyatakan bahawa qiraat membawa maksud pemansuhan yang pelbagai. Sama ada ia membawa maksud penukaran (al-tabdil) atau penangguhan (al-ta khir). Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan satu lagi qiraat iaitu yang membawa maksud kelupaan (al-nisyan). Kepelbagaian makna yang terhasil daripada kepelbagaian qiraat pada kalimah tersebut membuktikan bahawa penurunan AlQuran telah ditakdirkan Allah s.w.t terjadi padanya dua perkara iaitu kelupaan dan penangguhan. Kelupaan yang dimaksudkan ialah apabila Allah s.w.t mahu agar Rasulullah s.a.w melupakan mana-mana ayat daripada Al-Quran makan baginda tidak akan mengingatinya. Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-a la ayat 6 dan 7: ٧ إ ل ا م ا ش ا ء ٱل ل ه إ ن ه ۥ ي ع ل م ٱل ج ه ر و م ا ي خ ف ى ٩ سى س ن ق ر ئ ك ف ل ا ت ن Maksudnya: 7. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. 8. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi. Penangguhan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t menangguhkan penurunan ayat-ayat tertentu sebaliknya digantikan dengan ayat-ayat yang lain yang membawa kebaikan yang sama atau lebih baik kepada hamba-hambanya. Demikian yang dinyatakan oleh al-jaṣ ṣ aṣ manakala Abū Zar ah pula menyatakan bahawa penangguhan yang dimaksudkan ialah penangguhan dalam memansuhkan (Ta khir al-naskh) (al-habash, 1999:162-163). Apa yang lebih penting ialah al-naskh merupakan suatu perkara yang benar-benar terjadi dan qiraat yang pelbagai telah membuktikannya. Contoh kedua dalam bahagian ini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 119: ٨٨٦ ب ٱل ج ح يم عن أ ص ح ك ب ٱل ح ق ب ش ير ا و ن ذ ير ا و ل ا ت س ل إ ن ا أر س ل ن 459

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Terdapat dua qiraat pada kalimah و ل ا ت س ل iaitu س ل و ل ا ت dan س ل و ل ا ت. Qiraat pertama membawa maksud penafian dan qiraat kedua membawa maksud larangan. Sheikh Nawawi (1997:42) mengungkapkan: Larangan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t melarang baginda s.a.w daripada bertanya tentang golongan kafir pada hari Kiamat. Ini disebabkan baginda sering merasa bersalah atas sikap golongan musyrikin yang menolak dakwah baginda. Firman Allah dalam surah al-kahf ayat 6: ٩ ك ع ل ى ء اث ر هم إ ن ل م ي ؤ م ن و ا ب ه ذ ا ٱل ح د يث أ س ف ا ف ل ع ل ك ب خ ع ن ف س Maksudnya: Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. Larangan ini dibenarkan dengan makna qiraat yang satu lagi iaitu penafian berlakunya pertanggungjawaban ke atas baginda s.a.w di akhirat kerana dakwah telah disampaikan kepada mereka dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan di atas tindak tanduknya sendiri. (al-habash, 1999: 166) Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah Ᾱ li Imran ayat 115: ٨٨١ و م ا ي ف ع ل وا م ن خ ي ر ف ل ن يك ف ر وه وٱل ل ه ع ل ي م ب ٱل م ت ق ين Terdapat dua qiraat pada و م ا ي ف ع ل وا iaitu و م ا ي ف ع ل وا dan و م ا تف ع ل وا di samping pada يك ف ر وه iaitu يك ف ر وه dan تك ف ر وه. Sheikh Nawawi (1997:147) berkata: 460

Qiraat yang bermaksud kamu ditujukan kepada semua orang beriman sedangkan qiraat yang bermaksud mereka ditujukan kepada ahli Kitab. Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah mereka yang telah menyatakan keislaman dan mengakui kerasulan baginda s.a.w. seperti Abd Allah ibn Salam, Tha labah ibn Sa id, Usayd ibn Sa id dan lain-lain. Kedua-dua makna di sebalik dua qiraat yang berbeza ini menunjukkan bahawa semua amalan yang baik tidak akan disia-siakan oleh Allah s.w.t dan tetap akan diberikan ganjaran olehnya selagi masih ada iman atau setelah ada iman di hati. 6.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-GHAYBIYYAT/ AL-SAM IYYAT Antara ayat-ayat yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan dengan perkara-perkara ghaib ialah ayat 30 surah Yūnus: Sheikh Nawawi (1997:485) berkata: ه ن ال ك ت ب ل وا ك ل ن ف س م ا أ س ل ف ت ٠٠ Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi dua qiraat yang mutawatirah dan satu qiraat yang shadhdhah. Qiraat membawa maksud setiap diri akan merasai kebahagiaan atau penderitaan berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Qiraat pula setiap diri akan 461

membaca sendiri amalan masing-masing seperti yang tercatat kitab amalan. Kedua-dua qiraat ini merupakan qiraat yang mutawatirah. Selain itu Sheikh Nawawi turut membawakan qiraat yang shadhdhah bermaksud Kami (Allah) menguji setiap diri disebabkan ujian terhadap apa yang telah dilakukan iaitu Kami perlakukan kepada setiap diri seperti perlakuan si penguji dan pemeriksa. Ia juga bermaksud Kami (Allah) timpakan bala atau azab kepada setiap diri yang engkar disebabkan kejahatan yang pernah dilakukan. Kepelbagaian makna dan pentafsiran yang terhasil daripada qiraat yang pelbagai pada ayat di atas telah menjelaskan persoalan nasib insan di akhirat iaitu setiap insan pasti akan membaca kitab amalan masing-masing yang hakikatnya merupakan ujian yang sedang diterima keputusannya seterusnya akan menerima balasan berdasarkan keputusan itu sama ada ke syurga mahu pun ke neraka. Selain itu firman Allah dalam surah al-naml ayat 82: و إ ذ ا و ق ع ٱل ق و ل ع ل ي ه م أ خ ر ج ن ا ل ه م د ا ب ة م ن ٱل أ ر ض ت ك ل م ه م أ ن ٱلن اس ك ا ن وا ب اي ت ن ا ل ا ي وق ن ون Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu أ ن dan :184) menyatakannya dalam Marah Labid: (1997 Nawawi Sheikh.إ ن Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-dua qiraat tersebut. Qiraat pertama dengan fathah pada huruf hamzah membawa maksud Dabbah al-ard yang merupakan tanda besar bagi hari Kiamat akan keluar dan berkata-kata kepada manusia tentang mereka yang tidak yakin dengan ayat-ayat Allah. Qiraat ini disokong oleh qiraat yang dinisbahkan kepada 462

Ubayy ibn Kaab yang membawa maksud yang sama. Qiraat dengan kasrah pada huruf hamzah pula membawa makna bagi ayat yang baru maka hukum berhenti pada kalimah adalah waqf tamm. Kesimpulannya wajib bagi kita beriman tentang kewujudan makhluk tersebut dan wajib kita beriman bahawa ia akan berkata-kata dan memberi nasihat kepada manusia. Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah al-zukhruf ayat 19: ٱل م ل ئ ك ة و ج ع ل وا ٱل ذ ين ه م ع ب د ٱلر ح م ن إ ن ث ا أ ش ه د وا خ ل ق ه م س ت ك ت ب ش ه د ت ه م و ي س ل و ن ٨٦ Terdapat dua qiraat pada kalimah yang bergaris iaitu ع ب د dan ع ند. Sheikh Nawawi menjelaskan tentang qiraat dan kesannya kepada makna ayat ini. Beliau (1997:381) menyatakan: Muhammad al-habash (1999:222) merumuskan bahawa ayat yang mempunyai dua qiraat yang berbeza ini mengandungi ancaman ke atas golongan yang menyifatkan para malaikat dengan sifat-sifat yang berlawanan dengan kehendak Allah seperi mengatakan para malaikat berjantina wanita (seperti yang dinyatakan dalam qiraat pertama). Ini berlawanan sama sekali dengan kemuliaan malaikat yang berada hampir dengan Allah s.w.t seperti yang dimaksudkan dalam qiraat yang kedua. 7.0 KESIMPULAN Penulis dapati Sheikh Nawawi Banten sering menjadikan qiraat mutawatirah sebagai hujah dalam menghuraikan ayat-ayat berkenaan akidah. Walau bagaimanapun beliau juga merujuk dan menjadikan qiraat shadhdhah yang bersumberkan sahabat dan tabiin sebagai hujah sokongan. Tidak ketinggalan hujah-hujah lughawiyy juga disertakan apabila perlu. Semua ini membuktikan kredibiliti dan kewibawaan Sheikh Nawawi sebagai ulama Tafsir. Banyak lagi ayat-ayat berkenaan akidah yang mengandungi kepelbagaian qiraat disebutkan dalam Marah Labid. Ayat-ayat ini perlu dikaji dan diselidiki dalam beberapa aspek selain tawjih seperti pemikiran dan pendekatan Sheikh Nawawi dalam membahaskan isu-isu akidah, 463

kecenderungan beliau dalam membicarakan ayat-ayat mutashabihat, sikapnya terhadap kumpulan-kumpulan seperti Muktazilah, Syiah dan lain-lain. 8.0 RUJUKAN Bazamūl, Muhammad Umar ibn Sālim, Dr. (1996), al-qirā āt wa Atharuhā fi al-tāfsir waal-ahkām, 2 j. Riyadh: Dār al-hijrah. Khalidiyy, Salah Abd al-fattah al-, Dr. (2000), Ta rif al-darisin bi Manahij al-mufassirin, Damsyik: Dar al-qalam. Muhammad al-habash (1999), al-qira at al-mutawatirah wa Atharuha fi al-rasm al- Qur aniyy wa al-ahkam al-shar iyyah. Beirut: Dar al-fikr al-mu aṣ ir. Muhammad ibn c Umar Nawawi al-jāwi (1417H/1997M), Marāh Labid li Kashf Ma c na al- Qur ān al-majid. Beirut: Dār al-kutub al- c Ilmiyyah. Muhammad Salāmah Yusuf Sulaymān Rabi Prof. Dr. (1999), al-futūhat al-ilāhiyyah fi Tawjih al-qirā āt al-qur āniyyah. Tanta: Fakulti al-qur ān al-karim li al-qirā āt wa Ulūmihā, Universiti al-azhar. 464