perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

Σχετικά έγγραφα
gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Ciri-ciri Taburan Normal

Bab 1 Mekanik Struktur

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

BAB SATU PENDAHULUAN

Matematika

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Kalkulus Multivariabel I

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Sebaran Peluang Gabungan

Keterusan dan Keabadian Jisim

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Kalkulus Multivariabel I

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Katakunci : faktor, minat, matematik

PENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Hendra Gunawan. 16 April 2014

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Umum

1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena).

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Tabel 1 Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

Transcript:

4.4 Aktiviti Antimikrob Peningkatan kes-kes yang melibatkan mikroorganisma resistans kepada agen antimikrobial dikalangan pesakit yang dirawat menjadi kerunsingan dikalangan pakar perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain bakteria gram negatif merupakan antara mikroorganisma yang cenderung menjadi resistans kepada agen antimikrobial (Greenwood, 1998). Walaupun tiada sebarang kesukaran untuk merawat jangkitan bakteria pada masa kini, namun keupayaan mikroorganisma untuk berubah menjadi resistans terhadap agen antimikrobial merupakan satu ancaman kepada keberkesanan agen antimikrobial yang sedia ada (Ronald dan Jones, 1996). Maka, pencarian agen antimikrobial yang baru, selamat dan efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu. Dalam kajian ini, aktiviti antimikrob ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. dikaji. Ujian dijalankan ke atas beberapa strain bakteria dan kulat yang patogenik kepada manusia seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa, Escherichia coli ATCC 25922, Escherichia coli ATCC 35213, Klabsiella pneumonia, Proteus vulgaris, Proteus mirabilis, Candida albicans, Microsporum canis, Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Aspergillus niger. 148

4.4.1 Penskrinan aktiviti antimikrob Penskrinan aktiviti antimikrob ekstrak sampel dijalankan ke atas bakteria dan yis dengan menggunakan kaedah Ujian resapan disk manakala Ujian resapan agar digunakan ke atas kulat dermatofit. Ekstrak sampel diuji pada kepekatan 50, 100, 200 dan 400 mg/ml pada bakteria manakala untuk kulat, ekstrak diuji pada kepekatan 100, 200, 400 dan 800 mg/ml. Disk-disk yang mengandungi ekstrak sampel pada kepekatan berbeza diletakkan pada permukaan agar yang terlebih dahulu telah diinokulasikan dengan mikrob. Diameter zon rencatan yang melebihi 7 mm menandakan ekstrak adalah aktif. Keputusan yang diperolehi menunjukkan ekstrak sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. merencat pertumbuhan enam strain daripada sepuluh strain bakteria yang dikaji dan tiada sebarang perencatan ke atas strain yis dan kulat. Strain-strain bakteria yang direncat oleh ekstrak sampel terdiri daripada bakteria gram positif dan gram negatif iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris (lihat Jadual 3.9 hingga Jadual 3.12). Hanya dua strain bakteria gram negatif yang direncat mungkin disebabkan keadaan semula jadi bakteria gram negatif yang mempunyai membran fosfolifik luaran pada dinding sel menjadikan ia lebih resistans kepada sebatian lipofilik berbanding bakteria gram positif (Nikaido dan Vaara, 1985; Tomas-Barberan et al., 1988). 149

Hasil yang diperolehi ini berbeza dengan kajian yang telah dijalankan oleh Darah dan Halim (1995), dimana ekstrak etanol 95% daun Cassia alata L. merencat strain kulat dermatofit tetapi tiada sebarang perencatan ke atas strain bakteria. Kajian yang dijalankan oleh Somchit et al, (2003) pula mendapati bahawa ekstrak air dan etanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria Staphylococcus aureus tetapi tidak merencat strain yis Candida albicans berbanding ekstrak air dan etanol batang Cassia alata L. yang hanya merencat strain yis Candida albicans. Mastura dan Khozirah (2000), melaporkan ekstrak metanol daun Senna alata L. merencat strain bakteria Pseudomonas aeruginosa, Burkholederia cepacia, Staphylococcus aureus dan Staphylococcus epidermis tetapi tiada rencatan terhadap strain yis dan kulat dermatofit. Kajian yang dijalankan oleh Ogunti et al., (1991) juga mendapati ekstrak metanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria yang dikaji tetapi tiada rancatan ke atas strain kulat, sama dengan penemuan yang diperolehi dalam kajian ini. Menurut Acharya dan Chaterjee (1975), komponen kimia utama yang bersifat antikulat dipencilkan dari biji Cassia tora L. adalah asid krisofanik-9-antron. Pongpaichit et al,. (2004) pula melaporkan ekstrak metanol daun Cassia alata L., Cassia fistula L. dan Cassia tora L. menunjukkan aktiviti antikulat ke atas strain kulat Microsporum gypseum, Trichophyton rubrum dan Penicillium marneffei. Perbezaan pada hasil yang diperolehi dengan kajian-kajian terdahulu mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hasil keputusan seperti keadaan persekitaran dan cuaca di mana sampel diperolehi, jenis ekstrak yang diuji, jenis pengekstrakan yang dijalankan, jenis ujian antimikrob dan juga jenis mikroorganisma yang diuji (Ncube et al., 2008). 150

4.4.2 Aktiviti antimikrob secara kuantitatif Kajian antimikrob secara kuantitatif dijalankan dengan asai Kepekatan Rencatan Minimum (MIC) dan Kepekatan Bakterisidal Minimum (MBC) menggunakan sebatian kimia yang telah berjaya dipencilkan dari ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. MIC adalah kepekatan paling minimum yang diperlukan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma manakala MBC pula adalah kepekatan paling minima yang berkeupayaan untuk membunuh mikroorganisma 99.9% (Frost, 1994). Kaedah yang digunakan untuk menjalankan asai MIC dalam kajian ini melibatkan penggunaan plat mikrotiter 96-telaga. Ini adalah kerana kuantiti sebatian kimia yang dipencilkan dari ekstrak sampel adalah sangat sedikit maka kaedah yang memerlukan kuantiti yang agak besar seperti asai pencairanan bersiri kaldu menggunakan tabung uji adalah tidak sesuai (Eloff, 1998). Sebatian kimia yang diuji adalah sebatian kimia CA-10 dari ekstrak etil asetat Cassia alata L. dan sebatian kimia CT-16 pula dari ekstrak kloroform Cassia tora L. Strain-strain bakteria yang diuji adalah strain yang menunjukkan perencatan semasa diuji dengan Ujian resapan disk iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris. Ujian secara kuantitatif ini juga dijalankan menggunakan antibiotik kloramfenikol sebagai kawalan positif. Nilai MIC diambil pada kepekatan paling rendah yang menunjukkan tiada pertumbuhan bakteria berdasarkan kekeruhan yang boleh dilihat. Dalam kajian ini, garam tetrazolium digunakan untuk melihat kekeruhan pada telaga-96 plat mikrotiter dengan lebih jelas. Garam tetrazolium merupakan sebatian yang tidak berwarna berubah 151

menjadi derivatif formazan berwarna ungu melalui tindakbalas enzim oleh mikroorganisma (Eloff, 1998). Warna ungu yang terhasil menandakan kewujudan bakteria. Nilai MBC pula ditentukan dengan mensubkulturkan inokulum dari telaga yang memberikan nilai MIC pada plat agar dan tiada sebarang pertumbuhan bakteria dikesan. Nilai MIC dan MBC bagi sebatian kimia CA-10 dan CT-16 ditunjukkan pada Jadual 3.15 dan 3.16. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati sebatian kimia CA-10 menunjukkan aktiviti antimikrob yang kuat ke atas strain Bacillus subtilis dan Proteus vulgaris dengan memberikan nilai MIC 31.25 μg/ml dan 3.91 μg/ml. Ia menunjukkan kesan yang sederhana ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC 62.50 μg/ml. Manakala kedua-dua strain Staphylococcus aureus agak resistans ke atas sebatian kimia CA-10 dengan nilai MIC yang sama iaitu 250 μg/ml dan tiada rencatan ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan yang lebih rendah daripada 500 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula menunjukkan kesan antibakteria yang lebih luas dimana ia menunjukkan perencatan kuat ke atas strain-strain Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213 dan Proteus vulgaris dengan nilai MIC 31.25 μg/ml dan juga ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC 15.63 μg/ml. Perencatan ke atas strain Bacillus subtilis pula agak lemah dengan nilai MIC 250 μg/ml dan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan kurang dari 500 μg/ml. 152

Nilai MBC sebatian kimia CA-10 ke atas strain Proteus vulgaris dan kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah sama dengan nilai MIC yang diperolehi iaitu 3.91 μg/ml dan 250 μg/ml. Ia menunjukkan kesan bakterisidal ke atas strain Bacillus subtilis pada 62.50 μg/ml manakala nilai MBC pada strain Pseudomonas aeruginosa pula ialah 125 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula memberikan nilai MBC ke atas strain Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris sama dengan nilai MIC iaitu 250 μg/ml, 15.63 μg/ml dan 31.25 μg/ml masing-masing. Kesan bakterisidal sebatian kimia CT-16 ke atas kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah 62.50 μg/ml. Oleh disebabkan nilai MIC kedua-dua sebatian kimia menunjukkan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus maka nilai MBC ke atas strain tersebut tidak ditentukan. Antibiotik kloramfenikol juga digunakan dalam ujian antimikrob ini sebagai kawalan positif. Kesan antimikrob kloramfenikol ke atas strain Bacillus subtilis dan Micrococcus luteus adalah lebih kuat berbanding sebatian kimia CA-10 dan CT-16 dengan nilai MIC pada 6.25 μg/ml. Namun begitu aktiviti antimikrob kloramfenikol sama dengan sebatian kimia CA-10 pada 62.50 μg/ml ke atas strain Pseudomonas aeruginosa tetapi lebih rendah daripada sebatian kimia CT-16. Kloramfenikol merencat strain Proteus vulgaris dengan nilai MIC 15.63 μg/ml iaitu tinggi daripada nilai MIC sebatian kimia CA-10 dan rendah sedikit daripada sebatian kimia CT-16. Berdasarkan analisis spektrum dan perbandingan dengan data dari kajian terdahulu, sebatian kimia CA-10 dikenalpasti sebagai emodin (9) dan sebatian kimia CT-16 pula ialah kaempferol (3). Kedua-dua sebatian tersebut merupakan sebatian dari kumpulan fenolik. Kebanyakkan sebatian fenolik yang disintesis oleh tumbuhan merupakan tindakbalas kepada jangkitan mikrobial. Ini juga merupakan faktor mengapa sebatian fenolik mempunyai ciri-ciri antimikrob (Ncube et al., 2008). 153

Perencatan mikrob oleh sebatian fenolik dipercayai melalui beberapa jenis mekanisma seperti perencatan ke atas enzim hidrolitik seperti protease dan karbohidrolase, pentakaktifan pelekatan mikrob, pentakaktifan protein sampul sel dan sebagainya (Cowan, 1999). Scalbert (1991), menyatakan sebatian fenolik merencat mikroorganisma melalui deprivasi zat besi atau melalui pengikatan hidrogen dengan enzim mikrob. Hasil kajian ini adalah sama dengan yang dilaporkan oleh Ayo et al., (2007), dimana emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etil asetat daun Cassia nigricans Vahl merencat beberapa strain bakteria gram positif dan negatif iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian yang dijalankan oleh Hatano et al., (1999), mendapati emodin (9) yang diasingkan dari biji benih Cassia tora berkeupayaan merencat empat strain Staphylococcus aureus Resistans-Metisilin (MRSA) dan sejenis strain Staphylococcus aureus Sensitif-Metisilin (MSSA). Manakala, Chukwujekwu (2006) pula melaporkan sebatian kimia emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etanol akar Cassia occidentalis hanya merencat strain bakteria gram positif. Keputusan dari kajian oleh Adeloye et al., (2007), mendapati kaempferol (3) yang diasingkan dari daun Urena lobata L. merencat strain bakteria gram positif, gram negatif dan yis. Manakala, kaempferol (3) dari bunga Linum capitatum Kit. pula berkeupayaan merencat Staphylococcus aureus, Escherichia coli tetapi tidak merencat Pseudomonas aeruginosa (Slavica et al., 2004). Kaempferol (3) yang berjaya dipencil dalam kajian ini merencat kesemua strain bakteria gram positif yang diuji dan dua strain bakteria gram negatif iaitu Proteus vulgaris dan Pseudomonas aeruginosa kecuali Micrococcus luteus yang resistans pada kepekatan kurang daripada 500 μg/ml. 154

Daripada keputusan yang diperolehi dalam kajian ini, dicadangkan Cassia alata L. dan Cassia tora L. berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber agen antimikrobial yang baru. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk mengenalpasti mekanisma perencatan oleh sebatian kimia dari bahagian lain tumbuhan tersebut. 155