HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Bab 1 Mekanik Struktur

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Kalkulus Multivariabel I

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Matematika

Tegangan Permukaan. Kerja

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Pembunuhan Rahmah. Mukadimah

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Sebaran Peluang Gabungan

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : pelajar Islam, isu penukaran agama

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Kalkulus Multivariabel I

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

FATWA-FATWA DI MALAYSIA. Bab ini membentangkan hasil kajian penyelidik terhadap fatwa-fatwa yang

A. Distribusi Gabungan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-Kanak

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Keterusan dan Keabadian Jisim

Pengantar Proses Stokastik

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

Pengantar Proses Stokastik

PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU. Azhar Muhammad Kamarul Azmi Jasmi

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Potensi dan Cabaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian. Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Kuasa Dua Tensor Yang Tak Abelan bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Transcript:

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad Pendahuluan Kemajuan dunia perubatan pada hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara serta penciptaan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan menakjubkan serta membuktikan kebijaksanaan manusia. Dari sudut yang lain pula, pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada para ilmuan dan mujtahid yang terdiri daripada sarjana perundangan Islam yang seharusnya melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab. Justeru itu, para Ulama hari ini perlu tampil ke hadapan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat berkenaan hukum dan perkara perkara yang berkaitan dengannya. Kertas kerja ini bukanlah bertujuan untuk memberi fatwa berkaitan isu isu tersebut, tetapi sekadar mengumpulkan kajian para Ulama terhadap perkembangan yang berlaku di dalam dunia perubatan moden. 2.0 Fenomena Pembedahan Pertukaran Jantina Isu pembedahan pertukaran jantina ini bukanlah suatu penemuan moden yang wujud di dalam arus kemajuan masa kini. Isu ini telah wujud sejak tahun 1930 lagi. Individu pertama yang menjalankan pembedahan ini ialah Lili Elbe dari Denmark yang menjalankan pertukaran dari lelaki kepada wanita. Kemudian isu ini semakin mendapat perhatian apabila media cetak di Amerika Syarikat mendedahkan tentang kejayaan seorang rakyat Amerika Syarikat iaitu Christine Jorgensen melakukan pembedahan pertukaran jantina sekitar tahun 1952. Pada lewat tahun 50 an, seorang pakar bedah plastik Perancis, Dr.

Georges Burou telah mencipta satu kaedah moden bagi melakukan pembedahan pertukaran jantina ini. Hal ini menjadikan isu ini semakin mendapat perhatian khususnya bagi golongan transeksual sehingga merebak ke Negara negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Secara umumnya, pembedahan pertukaran jantina ini adalah operasi pembedahan yang melibatkan pertukaran jantina wanita kepada lelaki atau sebaliknya. Jantina mereka itu telah jelas lelaki ataupun wanita namun disebabkan kecenderungan mereka yang inginkan jantina yang diimpikan atau kebencian kepada jantina asal serta dikuasai dengan keinginan untuk menjalani kehidupan seks songsang maka berlakulah isu ini. Pembedahan pertukaran jantina daripada wanita kepada lelaki dilakukan dengan menghilangkan buah dada dan membuang saluran kelamin perempuan serta membina organ alat kelamin lelaki yang dibentuk dari daging paha dengan menggunakan kaedah mekanikal agar alat kelamin itu berfungsi. 1 Bagi golongan lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita pula, mereka akan melalui proses membuang zakar dan membentuk faraj serta membesarkan buah dada. 3. Jenis Jenis Pembedahan Pertukaran Jantina Jenis Pertama Pembedahan yang dilakukan bagi menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya. Perkara ini merupakan seburuk buruk amalan yang bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini berlaku disebabkan dorongan hawa nafsu yang inginkan jantina yang diidamkan serta ceteknya pengetahuan agama terhadap individu berkenaan. Kaedah perubatan sudah tidak mampu lagi merawat sebahagian dari golongan ini yang mana hasil dari kajian yang dijalankan ke atas golongan ini membuktikan rawatan ke atas mereka adalah suatu perkara yang mustahil. Mereka tetap dengan keputusan untuk melakukan pembedahan demi merealisasikan impian mereka memiliki jantina yang diidamkan. 1 Jarahah al Tajmil, Dar al Qalam,hlm. 424

Jenis Kedua Pembedahan yang dilakukan ke atas golongan khunsa. Khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semulajadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj), tiada langsung alat kelamin atau telah jelas mempunyai alat kelamin lelaki atau wanita namun pembentukan dalaman mereka didominasi oleh kelenjar atau hormon jantina lain. Ulama Fiqh membahagikan khunsa dibahagikan kepada dua : Pertama : Khunsa Wadhih (jelas). Pakar perubatan akan meninjau kepada kelenjar kelamin berpandukan kepada ujian pemeriksaan dan penyelidikan yang teliti, jika saluran kelenjar adalah ovum dan organ kelamin yang kelihatan ialah lelaki (zakar), maka ianya dikategorikan sebagai khunsa 2. Maka perlunya kepada pembedahan untuk menzahirkan organ kelamin wanita yang hakiki. Ianya terjadi kesan daripada pengeluaran hormon lelaki daripada kelenjar di atas ginjal dan kemudiannya organ kelamin akan membentuk organ lelaki serta tumbuh biji kelentit (clitoris) dengan cepat dan membesar seperti bentuk batang zakar dan kemudiannya melekat pada bibir kemaluan wanita (faraj) yang akhirnya membentuk seperti kantung yang berisi buah zakar. Perbezaannya ialah kantung biasanya mengandungi buah zakar tetapi kantung ini berisi cairan lemak. Terdapat juga kes apabila bayi perempuan yang dilahirkan namun disangkakan lelaki, tetapi setelah kelihatan tanda tanda baligh menunjukkan ianya perempuan dan selepas pemeriksaan pakar perubatan mereka juga berpendapat sedemikian, maka nyatalah perlunya dijalankan pembedahan untuk memulihkan kembali alat kelamin tersebut kepada asalnya. 3 Kedua : Khunsa Musykil (tidak jelas). Golongan ini mengandungi organ seksual, alat kelamin atau sistem reproduksi yang berupa buah testis dan telur ovari dan air kencing keluar serentak dari kedua dua alat tersebut. Identiti jantina golongan ini sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah mencapai akil baligh. Keadaan ini amat jarang terjadi 2 Ibn Qudamah, al Mughni, jil 2, hlm 552 3 Zuhair Muhammad al Sibai dan Muhammad Ali al Bar, al Tobib Adabuhu wa Fiqhuhu, hlm 319 320

4 dan para doktor belum lagi mencatatkan wujudnya khunsa hakiki yang mempunyai dua alat hubungan seksual yang berpasangan sama ada yang jelas kelihatannya hanya alat lelaki atau wanita sahaja ataupun kedua duanya sekali. Pada kebiasaannya salah satu dari kelenjar kelaminnya (buah testis atau telur ovari) akan dimatikan setelah dikenalpasti sama ada memiliki ciri ciri kewanitaan (seperti kedatangan haid) atau kelakian (seperti tumbuh janggut dan misai) 4 4.0 Hukum Pertukaran Jantina 1) Sesungguhnya Fiqh Islam telah bersepakat bahawa haram untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina semata mata kerana keinginan dan mengikut hawa nafsu. Ini kerana perbuatan ini adalah sia sia kerana mengubah struktur badan manusia tanpa ada sebarang hajat. Perbuatan ini merupakan salah satu kemusnahan kepada sistem seksual manusia. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi : É Ï Ftƒ tβuρ «!$# šyù=yz χç Éi tóãšn=sù öνåκ Ξz ßΔUψuρ ÉΟ yè ΡF{$# šχ#sœ#u à6ïngu;ã n=sù öνßγ Ρt ãβuψuρ öνßγ Ψt ÏiΨtΒ_{uρ öνßγ Ψ =ÅÊ_{uρ $YΨ Î6 Β $ZΡ#t ó äz t Å yz ô s)sù «!$# Âχρߊ ÏiΒ $wšï9uρ z süø ±9$# Maksudnya : Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang binatang ternak), lalu menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah, dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata. 5 Ayat di atas menjelaskan haram mengubah kejadian Allah SWT dengan alasan menurut hawa nafsu semata mata. Mengubah kejadian wanita kepada lelaki atau sebaliknya merupakan perbuatan yang mengubah kejadian Allah SWT tanpa sebarang keperluan dan rawatan yang dibenarkan. Maka jelas perbuatan ini sememangnya diharamkan oleh syariat. 4 Zuhair Muhammad al Sibai dan Muhammad Ali al Bar, al Tobib Adabuhu wa Fiqhuhu, hlm 319 320 5 Surah al Nisa : 119

4 4 Pendapat ini juga disokong dengan sabda Nabi SAW yang berbunyi : عن ابن عباس رضي الله عنھما قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبھين من الرجال بالنساء والمتشبھات من النساء بالرجال Maksudnya : Daripada Abdullah bin Abbas R.A katanya : Rasulullah SAW melaknat orang orang lelaki yang menyerupai diri seperti kaum wanita dan orang orang perempuan yang menyerupai diri seperti kaum lelaki. 6 Hadis ini menunjukkan dilaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya dengan apa jua bentuk penyerupaan yang dilakukan. Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa lafaz laknat menunjukkan bahawa haramnya perbuatan tersebut. Ulama Fiqh Kontemporari juga bersepakat menyatakan perbuatan ini diharamkan yang mana ianya telah diputuskan di dalam Persidangan Fiqh Islam kali ke 11 melalui resolusi mereka yang ke 6 yang diadakan di Mekah pada 19 Feb 26 Feb 1989. 7 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 4 yang bersidang pada 13 14 April 1982 juga telah memutuskan bahawa pertukaran jantina dari lelaki kepada wanita atau sebaliknya adalah haram dari segi syarak. Ini kerana seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya menukar jantinanya. Begitu juga dengan golongan wanita. 8 2) Fiqh Islam juga telah berijmak sesungguhnya dibolehkan untuk melakukan pembedahan untuk mengesahkan jantina bagi golongan khunsa musykil yang tidak tahu sama ada mereka itu lelaki ataupun wanita. Ini kerana ianya merupakan kaedah rawatan mengikut kaedah semulajadi. Jika mengikut fitrah semulajadi manusia, manusia itu dilahirkan sama ada lelaki ataupun wanita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang berbunyi : u θä. %!$# â!$t±o yϑï9 Ü=yγtƒuρ $ZW tρî) â!$t±o yϑï9 Ü=pκu â!$t±o $tβ ß,è=øƒs ÇÚö F{$#uρ ÏN uθ yϑ 9$# Û ù=ãβ! 6 Al Imam al Nawawi, jilid 10,hlm 253 7 Al Majma al Fiqh al Islami, Mekah, Kali ke 11,13 20 Rejab 1409 H 8 www.e fatwa.gov.my

Maksudnya : Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki Nya; Ia mengurniakan anak anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, dan mengurniakan anak anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. 9 Di dalam hal ini, tidak wujud unsur mengubah kejadian Allah kerana adanya keperluan bagi melakukan pembedahan dan ianya adalah pengecualian daripada nas nas yang mengharamkan mengubah kejadian Allah. Ini kerana keadaan sedemikian jika dibiarkan akan membawa kepada kemudharatan dan kesukaran kepada perempuan dan syariat Islam didatangkan dengan tujuan untuk mencapai maslahah dan menolak kemudaratan yang berlaku berpandukan kepada kaedah fiqh ( الضرار يزال ) yang bermaksud kemudharatan dihindarkan dan kaedah ( المشقة تجلب التيسير ) yang bermaksud kesukaran membawa kepada kesenangan. 10 Tiada unsur unsur penipuan, pembohongan atau pemalsuan pada kedua dua keadaan di atas kerana motif dijalankan pembedahan tersebut adalah bertujuan untuk mengembalikan semula kepada kejadian asal yang normal dengan melakukan sesuatu rawatan, maka ianya adalah diharuskan. Akademi Fiqh Islam melalui persidangan yang diadakan di Mekah pada tahun 1989 juga telah memutuskan bahawa harus menjalankan pembedahan yang munasabah bertujuan menghilangkan kesamaran pada khunsa supaya ianya kembali normal seperti insan lain. 11 3) Namun para Fuqaha kontemporari telah berselisih pendapat berkaitan hukum pertukaran jantina bagi golongan yang mengalami gangguan psikologi akibat inginkan jantina yang diimpikan iaitu golongan lelaki yang mengalami gangguan psikologi kerana ingin menukar kepada wanita dan sebaliknya. Fuqaha juga berselisih pendapat berkaitan hukum pengesahan jantina bagi golongan khunsa yang jelas iaitu golongan lelaki yang telah jelas kelakiannya tetapi terdapat baginya rahim dan juga ovum (Congenital Adrenal Hyperplasia) 12. Begitu juga golongan perempuan yang jelas kewanitaannya tetapi terdapat baginya testis (Testicular Feminization Syndrome) 13. Perselisihan ini terbahagi kepada dua pendapat iaitu : 9 Surah as Syura : 49 10 Ibn Nujaim, al Aysbah wa al Nazoir, hlm 85 11 Al Majma al Fiqh al Islami, Mekah, Kali ke 11, 13 Rejab 1409 H 12 Golongan yang mempunyai genetik wanita tetapi membesar menjadi seorang lelaki 13 Golongan yang mempunyai genetik lelaki tetapi membesar menjadi seorang wanita

4 Pendapat Pertama : Dibolehkan untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina tersebut. Ini kerana pada hakikatnya ianya dilakukan untuk mengesahkan jantina mereka dan merawat penyakit psikologi yang dialami sama kepentingannya dengan merawat kesakitan anggota. Allah SWT telah berfirman : $Yè Ïϑy_ } $ Ψ9$# $ušômr&!$uκ Ρr'x6sù $yδ$ušômr& ô tβuρ Maksudnya : Sesiapa yang menjaga keselamatan manusia, maka seolah olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. 14 Sesungguhnya kelakian atau kewanitaan itu adalah satu tabiat semulajadi penciptaan manusia. Apabila berubah salah satu kepada jantina yang lain ianya tidak dikira terkeluar dari tabiat tersebut. Pendapat Kedua : Haram untuk lakukan pembedahan pertukaran atau untuk mengesahkan jantina. Ini merupakan pendapat dari kebanyakan Fuqaha. Ini kerana pertukaran jantina tidak akan mengubah fungsi sistem semulajadi manusia malah akan menghilangkan fungsinya dan sesiapa yang melakukan pertukaran jantina ini tidak akan memperolehi fungsi jantina yang lain. Pembedahan pertukaran jantina ini akan mendatangkan konflik kepada fungsi semulajadi manusia terutamanya apabila ianya mengganggu kestabilan imbangan masyarakat dan hak hak yang berkaitan dengan lelaki dan wanita seperti hak warisan, ibadat, aurat dan sebagainya. Wajib bagi golongan ini melakukan apa jua rawatan bagi meringankan beban mereka tanpa ada sebarang penyelewengan terhadap status jantina mereka yang zahir. Setiap pihak hendaklah sentiasa member sokongan kepada golongan ini bagi membolehkan mereka menjalani gaya hidup sihat secara berperingkat. 14 Surah al Maidah : 32

5.0 Hukum Pertukaran Jantina Dari Segi Perundangan Menurut perundangan di Malaysia, status golongan transeksual ini masih lagi tidak jelas. Jika diperhatikan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan ia menjelaskan berkaitan kesamarataan semua orang di sisi undang undang dan tidaklah boleh adanya perbezaan oleh sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina. Peruntukan ini menyebut jantina merujuk kepada perbezaan lelaki dan perempuan sahaja manakala golongan yang melakukan pembedahan pertukaran jantina ini atau transeksual masih wujud ketidakjelasan daripada segi jantina. Malah golongan khunsa juga tidak disebut dengan jelas dalam peruntukan tersebut. Perlu diingat bahawa kebanyakan undang undang di Malaysia membezakan antara lelaki dan perempuan berdasarkan kepada butir butir peribadi yang tercatat dalam surat beranak atau kad pengenalan. Sebarang pertukaran nama pada kad pengenalan adalah dibolehkan namun apabila ia melibatkan pertukaran status jantina, maka ia akan melibatkan soal bidang kuasa perundangan yang perlu diputuskan oleh mahkamah. Jika dilihat kepada status golongan transeksual menurut perundangan Islam di Malaysia pula, ternyata ianya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus yang melibatkan golongan ini. Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Wilayah Persekutuan 1997 misalnya memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (Seksyen 25), liwat (Seksyen 25) dan juga musahaqah iaitu persetubuhan antara perempuan dan perempuan (Seksyen 26). Malah, umat Islam di setiap negeri di Malaysia terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan (sekiranya digazetkan di negeri). Dalam hal ini, pada tahun 1982 telah diputuskan bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram dari segi syarak. Dengan ini, maka dengan sendirinya jika seseorang itu cuba untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina, perbuatan itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 12 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Wilayah Persekutuan 1997.

Kesimpulan Perbuatan menukar jantina sama ada dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya akan melibatkan implikasi hukum dari segi syarak berkaitan perkahwinan, perwalian, ibadat, kematian dan hal hal yang berkaitan kerana perbuatan menukar jantina tersebut telah jelas dilarang dan diharamkan oleh Islam. Seorang lelaki yang menukar jantinanya melalui pembedahan alat kelaminnya kepada alat kelamin perempuan tidak diiktiraf sebagai perempuan dan sekiranya berkahwin, maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah. Namun bagi golongan khunsa musykil pula, adalah diharuskan melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar benar berfungsi mengikut keadaan yang sesuai. Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi yang dilahirkan khunsa, jalan yang terbaik ialah redha dan meminta pakar perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu. Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasaan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. Inilah sebab utama berlakunya masalah pertukaran jantina ini. Apa yang jelas di sini ialah konflik konflik sebegini perlulah dipandang serius. Ini kerana, sehingga kini Malaysia tidak mempunyai dasar yang jelas berkaitan status golongan transeksual ini. Dasar yang khusus perlu dipinda bagi memutuskan status mereka yang telah melakukan pertukaran jantina ini. Selain itu, satu peruntukan khusus perlu digubal bagi mengenakan tindakan undang undang terhadap mereka yang melakukan pembedahan pertukaran jantina ini. Ini kerana isu ini memberi kesan yang besar khususnya kepada masyarakat Islam kerana ia akan melibatkan perkara perkara yang berkaitan dengan hukum dan juga sistem kehidupan manusia. Keadaan ini dikhuatiri boleh menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan selain memupuk generasi masa depan yang tidak mampu memahami erti hubungan mahram mahupun perkahwinan.