NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA SAINS DAN MATEMATIK BERSEPADU UNTUK APLIKASI VOKASIONAL (TEKNOLOGI) SEMESTER 2 OKTOBER 2015 Dua jam KOD KURSUS JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada petak yang disediakan. 2. Pamerkan kad pengenalan / kad pelajar anda. 3. Baca arahan soalan dengan teliti. Rujuk kepada Pengawas Peperiksaan / Pentaksir sekiranya terdapat sebarang kekeliruan. 4. Anda tidak dibenarkan berbincang atau berhubung dengan calon lain. 5. Anda dikehendaki menjawab dalam ruang jawapan yang disediakan pada kertas soalan ini. Anda boleh meminta kertas jawapan tambahan sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi. 6. Jawapan anda hendaklah dihantar bersama dengan kertas soalan ini. Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak. No. Soalan Markah Markah Bahagian A Soalan 1-10 10 Soalan 11 4 Soalan 12 4 Soalan 13 4 Soalan 14 4 Soalan 15 6 Soalan 16 6 Soalan 17 10 Soalan 18 6 Soalan 19 6 Bahagian B Soalan 1 10 Soalan 2 10 Soalan 3 10 Soalan 4 10 Soalan 5 10 JUMLAH MARKAH
Berikut adalah senarai rumus yang boleh digunakan. 1. a = v u t 11. Q = It 2. Momentum = mv 12. Beza keupayaan, V = IR 3. Daya, F = ma 13. Rintang berkesan, R = R 1 + R 2 + R 3 4. Tenaga kinetik = 1 mv 2 2 14. 1 = 1 + 1 + 1 R = R 1 + R 2 + R 3 15. Kuasa, P = IV 5. Tenaga Keupayaan = mgh 16. Kecekapan = kuasa output x 100% kuasa input 6. Ketumpatan, ρ = m v 17. Kecekapan = kerja output x 100% kerja input 7. Tekanan, P = F A 8. Haba, Q = mcθ 9. Halaju, v = fλ 10. Kuasa, P = tenaga masa 2
BAHAGIAN A [60 markah] Jawab SEMUA soalan di bahagian A. Tuliskan jawapan anda di ruangan yang disediakan. 1. Di antara berikut, yang manakah pernyataan paling tepat tentang kuantiti asas? A. Kuantiti yang digunakan oleh orang ramai. B. Kuantiti yang dapat diukur dengan menggunakan peralatan sains. C. Kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain. D. Gabungan kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban atau pembahagian atau keduaduanya. 2. Kuantiti yang manakah ialah kuantiti terbitan. A. Jisim B. Panjang C. Tekanan D. Suhu 3. Diameter molekul minyak ialah 0.000 000 000 74 m. Nyatakan nombor tersebut dalam bentuk berimbuhan. A. 0.074 ƞm B. 0.74 ƞm C. 7.4 ƞm D. 74 ƞm 4. Nyatakan 1051000000 m dalam bentuk piawai. A. 1.05 nm B. 1.051 x 10 9 m C. 1.051 x 10-9 m D. 1051000000.00 m 5. Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam satu saat adalah 299 792 458 m. Kirakan jarak yang dilalui oleh cahaya dalam unit km. A. 299792 B. 3.0 x 10 3 C. 2.99 x 10 8 D. 299792 x 10 3 3
6. Rajah 6 menunjukkan sebiji bola berada dalam keadaan pegun apabila ditarik pada arah bertentangan. 10N F Berapakah daya, F? A. 5 N B. 10N C. 15N D. 20N Rajah 6 7. Rajah 7 menunjukkan sebuah kapal terbang sedang berlepas. Kapal terbang itu sedang memecut dengan halaju yang tinggi. Rajah 7 Hubungan daya yang benar ialah. A. Daya tujah enjin lebih besar daripada rintangan udara B. Berat lebih besar daripada daya angkat sayap C. Rintangan udara lebih besar daripada daya tujah enjin D. Daya tujah enjin sama dengan rintangan udara 8. Antara berikut objek yang manakah mengalami pecutan graviti? A. Sebuah kapal terbang bergerak dengan halaju seragam pada ketinggian tetap B. Sebiji bola jatuh pada pecutan 9.8 ms -2. C. Sebuah kereta memecut dari keadaan pegun dan mengubah arah grakannya D. Sebuah kereta dalam keadaan pegun di satu cerun 4
9. Rajah 9 menunjukkan satu kawasan X mengelilingi Bumi di mana jasad yang berada di kawasan tersebut akan mengalami suatu daya. Kawasan X ialah A. Medan elektrik B. Medan magnet C. Medan graviti D. Daya graviti Rajah 9 10. Jika unit bagi berat ialah Newton, maka rumus bagi berat ialah A. Jisim x pecutan graviti C. Jisim x Laju B. Jisim x isipadu D. Jisim x Jarak 5
11. Nyatakan dua kuantiti fizik asas serta berikan unit SI yang sepadan. i. ii. [4markah] 12. Berikan unit SI bagi setiap kuantiti terbitan dibawah Kuantiti terbitan Luas i) Halaju ii) Momentum iii) Isipadu iv) 13. Lengkapkan Jadual 13. Rumus [4markah] Kuantiti Bentuk Piawai Bentuk Imbuhan (i) 0.00000025 m μm (ii) 0.234 g kg Jadual 4 [4 markah] 6
14. Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul. Sesuatu tindakan (i) atau menarik merupakan sejenis daya. Daya menyebabkan objek (ii). Apabila daya paduan yang bertindak ke atas suatu objek adalah sifar, ia berada dalam (iii). Oleh itu objek akan berada dalam keadaan pegun atau (iv) [4 markah] 15. Rajah 15 menunjukkan sebuah kapal sedang belayar di Lautan Cina Selatan dengan halaju malar. Daya apungan berat Rajah 15 (a) Pada Rajah 15, tanda dan labelkan dua daya lain yang bertindak pada kapal. [4 markah] (b) Jika berat kapal dan isinya adalah 10 000 N. Berapakah daya apungan yang bertindak pada kapal? Jelaskan jawapan anda. 7
16. (a) Apakah maksud kuantiti terbitan? (b) Terbitkan unit pengukuran bagi setiap kuantiti fizik terbitan yang berikut. Kuantiti terbitan Rumus Unit Pecutan (i) Frekuensi Hz Daya Jisim x Pecutan (ii) Tekanan (iii) Berat Jisim x pecutan graviti N [3 markah] (c) Diberi satu blok kayu berukuran 4.0 cm x 1.5 cm x 1.4 cm. Carikan isipadu blok kayu ini dalam unit m 3. 8
17. Rajah 17 menunjukkan seorang pemandu menekan brek keretanya apabila hampir melanggar seekor kambing. Rajah 17 (a) Senaraikan kuantiti asas dan kuantiti terbitan yang terlibat dalam situasi di atas. Kuantiti asas Kuantiti terbitan i) iii) ii) iv) [4 markah] (b) Jarak bandar Gemas dari tempat tersebut ialah 101 km. Berapakah jaraknya dalam unit mm? Nyatakan jawapan anda dalam bentuk piawai. [3 markah] (c) Jika kereta itu bergerak pada halaju 90 km j -1 sebelum berhenti, tentukan halajunya dalam unit m s -1. [3 markah] 9
18. Rajah 18 menunjukkan pemain bola sepak yang menendang sebiji bola berjisim 0.5 kg dengan daya 100 N. Rajah 18 (a) Nyatakan dua kesan daya yang bertindak ke atas bola sepak tersebut. i) ii) [ 2 markah] (b) Berikan dua faktor yang boleh mempengaruhi pecutan bola tersebut. i) ii) [2 markah ] (c) Hitungkan pecutan yang dialami oleh bola tersebut. [2 markah ] 10
19. Rajah 19 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai daun dilepaskan serentak dari ketinggian yang sama dalam bekas vakum. Jisim duit syiling dan daun masing-masing adalah 0.003kg dan 0.001 kg. vakum (a) Nyatakan maksud pecutan graviti. Rajah 19 (b)ramalkan apa yang akan berlaku kepada duit syiling dan daun dalam bekas vakum. Jelaskan jawapan anda. (c) Hitung berat duit syiling tersebut. [3 markah] 11
JAWAPAN BAHAGIAN A Soalan 1 10 1. 6. 2. 7. 3. 8. 4. 9. 5. 10. [10 markah] 12
BAHAGIAN B Jawab EMPAT (4) daripada 5 soalan di bawah dan tuliskan jawapan anda di ruangan yang disediakan. [40 markah] 1. Ketumpatan air boleh dihitung dengan menggunakan rumus; Ketumpatan = Jisim Isipadu (a) Senaraikan kuantiti asas dan unit SI yang melibatkan rumus ketumpatan. [4 markah] (b) Jisim air sebanyak 1000 kg dimasukkan ke dalam sebuah tangki seperti Rajah 1. 1 m 1 m 1 m Rajah 1 (i) Hitung isipadu tangki air tersebut dalam unit m 3. [ 1 markah ] (ii) Nyatakan isipadu tangki air tersebut dalam unit cm 3. [ 2 markah ] (iii) Tentukan ketumpatan air dalam unit g cm -3. [ 3 markah ] 13
2. Rajah 2 menunjukkan seorang pelajar memegang sebuah kotak yang berjisim 3600 g. Rajah 2 (a) Senaraikan kuantiti terbitan yang berkaitan dengan kotak tersebut. (b) Nyatakan jisim kotak tersebut dalam unit kg. [3 markah] (c) Kotak itu di bawa ke bulan, hitung berat kotak itu jika pecutan graviti bulan adalah 1/6 daripada pecutan graviti bumi. [3markah] (d) Berikan dua perbezaan di antara jisim dan berat.. 3. Rajah 3 menunjukkan Ihsan sedang bermain papan luncur. Daya geseran Daya tujahan Rajah 3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan daya? Nyatakan unit S.I bagi daya. (b) (i) Berikan daya-daya lain yang bertindak pada Ihsan selain daripada daya yang dinyatakan di atas. (ii) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada Ihsan sekiranya daya geseran yang bertindak ke atasnya melebihi daya tujahan. (iii) Apakah yang perlu dilakukan oleh Ihsan sekiranya beliau ingin menambahkan kelajuan papan luncur? (c) Jika papan luncur itu memecut, adakah daya daya yang bertindak pada papan luncur itu seimbang? (d) Jisim Ihsan dan papan luncur adalah 60 kg dan papan luncur itu bergerak dengan pecutan 4 m s -1. Hitungkan daya bersih yang bertindak ke atas papan luncur tersebut. [3 markah] 14
4. Rajah 4 menunjukkan satu bungkusan digugurkan daripada sebuah helikopter. Rajah 4 (a) Merujuk kepada situasi di atas, apakah yang dimaksudkan dengan medan graviti? (b) Berikan contoh lain bagi objek yang mengalami jatuh bebas. (c) Jika berat bungkusan adalah 500 N, hitung jisim bungkusan tersebut. (d) Ramalkan apa akan terjadi jika bumi tiada medan graviti. (e) Berapakah jisim bungkusan itu sekiranya di bawa ke bulan? [3 markah] [ 1 markah] 15
5. Rajah 5(a) menunjukkan sebuah pasu bunga yang berada di atas meja. F 1 = 40 N F 2 Rajah 5 (a) (a) Nyatakan maksud keseimbangan daya. (b) (i) Nyatakan nilai bagi F 2 (ii) Nyatakan hubungan antara F 1 dan F 2 (c) Rajah 5 (b) menunjukkan sebuah kereta yang sedang bergerak dengan pecutan sifar apabila daya tujah yang dikenakan adalah 1500 N. F 4 F 3 Rajah 5 (b) (i) Namakan F 4 (ii)tentukan nilai F 4 (d) (i) Daya tujah ditambah menjadi 2000 N. Hitung daya paduan yang bertindak ke atas kereta tersebut. (ii) Hitung pecutan kereta tersebut jika jisimnya 1000 kg. [3 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 16