BERBAKTILAH KEPADA IBU & BAPA Terbitan JAMIYAH SINGAPURA
2
KANDUNGAN Mukadimah 5 Hak Ibu Bapa 7 Berbaktilah 9 Kewajipan Berbakti 12 Semangat Berbakti 15 Berbakti Menghapuskan Dosa Besar 17 Berbakti Membawa Berkat 19 Kematian Tidak Putuskan Bakti 22 Silaturahim Dan Ziarah Pusara 24 Melihat Ibu Bapa Dan Sifat Lemah Lembut 26 Keizinan Dan Menyambut Kedatangan Ibu Bapa 29 Kamu Dan Hartamu 31 Saat Melahirkan Dan Tekat Untuk Berbakti 34 Reda Allah Dan Terkabulnya Doa 36 Derhaka Dan Laknat 44 Amal Penderhaka Tidak Diterima 48 Haram Derhaka Kepada Ibu Bapa 50 3
Usah Sebabkan Ibu Bapa Sedih 51 Pandangan Tajam Dan Padahnya 52 Neraka Bagi Orang Yang Memukul Ibu Bapa 56 Penderhaka Jadi Orang Berbakti 57 Sunnah Untuk Mendapatkan Anak 59 Anak Lindungi Ibu Bapa Dari Api Neraka 63 Kelebihan Anak-Anak Perempuan 67 Kewajipan Mendidik Anak 71 Anak-Anak Sandaran Ibu Bapa 75 Kewajipan Ibu Bapa Nafkahi Anak 76 Galakan Bersilatarahim 79 4
MUKADIMAH Bismillahir Rahmanir Rahim BERSYUKUR kita kepada Allah kerana dengan izin dan bantuan-nya, Jamiyah dapat menerbitkan buku amat penting ini. Ia memberikan bimbingan berguna bagaimana anak-anak hendak menyumbangkan bakti kepada ibu bapa mereka. Kanak-kanak merupakan amanah Allah kepada setiap ibu bapa. Amanah itu perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab dan pengorbanan. Malah kadangkala ibu bapa tidak pentingkan nyawa mereka demi mengutamakan amanah Allah itu. Ibu bapa yang memahami amanah Allah itu lazimnya berusaha dengan apa cara yang termampu dan penuh kesungguhan untuk mengangkat darjat dan memuliakan amanah yang diserahkan kepada mereka. Usaha menjadikan anak itu insan bermanfaat, ternyata bukan mudah. Berbagai usaha diperlukan. Dari peringkat bayi lagi, pengorbanan masa, tenaga dan wang amat dipentingkan. Demikian juga dengan sifat-sifat sabar, tabah, tekun, tulus, kasih sayang dan lain-lain seumpamanya. 5
Berbahagialah ibu bapa apabila anak-anak mereka menyedari hakikat pengorbanan ibu bapa tadi lalu membalasnya sebaik mungkin. Bagaimana pula dengan anak-anak yang melupakan pengorbanan ibu bapa mereka? Risalah inilah diharapkan dapat menjadikan mereka anak-anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa mereka! Yang ikhlas Penerbit JAMIYAH SINGAPURA 6
4 ( ( ( HAK IBU BAPA PERHATIAN Allah terhadap ibu bapa amat tinggi. Perhatian itu dihubung-kaitkan dengan berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan perbuatan menyembah Allah dan mengesakan-nya. Allah berfirman dalam surah An Nisaa ayat 36:... $YΖ ômî) È ø t$î! uθø9$î/uρ $\ ø x ϵÎ/ (#θä.îô³è@ Ÿωuρ!$# (#ρß ç6ôã$#uρ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-nya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu... Dalam surah Al Isra ayat 23, Allah menegaskan:... $Ζ ômî) È ø t$î! uθø9$î/uρ çν$ ƒî) HωÎ) (#ÿρß ç7 ès? āωr& y7 /u 4 Ós%uρ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya... Begitu juga dalam surah Al An am ayat 151: $\ ø x ϵÎ/ (#θä.îô³è@ āωr& öνà6øšn=tæ öνà6š/u tπ ym $tβ ã ø?r& (#öθs9$yès? ö è%...( $YΖ ômî) È ø t$î! uθø9$î/uρ 7
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu. Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan berbakti kepada ibu bapa ialah: berbuat baik kepada mereka, mengerjakan hak-hak mereka, selalu taat kepada mereka, jauhi apa juga yang menyakiti mereka dan kerjakanlah sesuatu yang menggembirakan mereka. Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan kecuali pada perkara atau sesuatu yang haram. Pada saat itulah tidak ada ketaatan terhadap seseorang dalam perkara yang melanggar perintah Allah. Taat kepada ibu bapa termasuk amalan-amalan yang diwajibkan dan amat baik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menderhakai mereka termasuk antara dosa-dosa besar dan berat. Jelas dalam dalil qath i bahawa kaum kerabat dan keluarga mempunyai hak memelihara hubungan silaturahim dan mengerjakan hak-hak mereka serta jauhi dari memutuskan hubungan silaturahim. 8
Keluarga yang terdekat dan erat adalah ibu bapa. Merekalah yang menjadi penyebab wujudnya kita. Dari itu tidak dapat tidak, hak mereka ternyata berlipat-ganda. Tanggungjawab mereka bertambah. Pendapat mereka sewajarnya dihormati. Oleh sebab itu siapakah yang lebih berhak berbakti kepada kedua ibu bapa selain daripada anak? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Seorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga ia mendapatkan orang tuanya yang menjadi seorang hamba kemudian dibeli dan dimerdekakannya. BERBAKTILAH Islam menuntut setiap manusia supaya berbakti kepada ibu bapa disamping mengajak mengamalkannya. Ramai rasul atau utusan Allah mendapat pujian dari Allah kerana bakti yang mereka lakukan kepada ibu bapa mereka. Dalam hubungan ini Allah berfirman dalam surah Maryam ayat 14 mengenai Nabi Yahya a.s.: 9
$ ÅÁtã # $ 6y_ ä3tƒ óοs9uρ ϵ ƒy Ï9 uθî/ #Ct/uρ Dan orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka. Mengenai Nabi Isa a.s. pula firman-nya dalam surah Maryam ayat 32, Allah Mengingatkan: $ É)x #Y $ 7y_ Í_ù=yèøgs öνs9uρ ÎAt$Î! uθî/#ct/uρ Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia (Allah) tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Mengenai Nabi Yusuf a.s. Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 100 Allah menerangkan:...(#y ß çµs9 (#ρ yzuρ Ä öyèø9$# n?tã ϵ ƒuθt/r& yìsùu uρ Dan Dia (Allah) menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana, lalu mereka semua tunduk hormat kepada Yusuf Berhubung Nabi Ismail a.s. Allah menghuraikan melalui firman-nya dalam surah Ash-Shaffat ayat 102: t ÎÉ9 Á9$# z ÏΒ ª!$# u!$x βî) þ ÎΤß ÉftFy ( ãtβ σè? $tβ ö yèøù$# ÏMt/r' tƒ tα$s% 10
Ia menjawab Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah, kamu akan mendapatkanku termasuk orang-orang yang sabar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Ya la dan At Tabrani menjelaskan: Seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata: Sesungguhnya saya ingin ikut berjihad tetapi saya tidak mampu. Rasulullah s.a.w. bertanya Adakah salah seorang ibu bapamu masih ada? Ia menjawab: Ya, ibuku. Maka Rasulullah bersabda: Temuilah Allah dengan berbakti kepada ibumu, kerana andai kamu melakukannya, maka kamu telah mengerjakan haji, umrah dan berjihad. Hadis yang diriwayatkan At Tabrani, menyatakan: Daripada Talhah as-silmi, dia berkata Aku datangi Rasulullah s.a.w. dan bertanya Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ingin berangkat berjihad di jalan Allah! Rasulullah bertanya Adakah ibumu masih hidup? Saya jawab Ya. Maka Nabi bersabda Dampingilah ibumu kerana di sanalah terdapat syurga. 11
4 Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud; Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah Siapakah manusia paling berhak menerima perlakuan baik saya? Baginda menjawab: ibumu. Ia berkata: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu. Ia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab Ayahmu. KEWAJIPAN BERBAKTI Kewajipan berbakti kepada ibu bapa telah dijelaskan dalam al Quran dan hadis serta ijma ulama. Melalui al Quran Allah berfirman dalam surah al Isra ayat 23: $ ΒÎ) $Ζ ômî) È ø t$î! uθø9$î/uρ çν$ ƒî) HωÎ) (#ÿρß ç7 ès? āωr& y7 /u 4 Ós%uρ 7e é&!$yϑçλ ; à)s? Ÿξsù $yϑèδÿξï. ρr&!$yϑèδß tnr& uy9å6ø9$# x8y ΨÏã tóè=ö7tƒ $VϑƒÌŸ2 Zωöθs% $yϑßγ 9 è%uρ $yϑèδöpκ ]s? Ÿωuρ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka 12
janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan Ah dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Melalui hadis yang diriwayatkan al Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: Sabda Rasulullah kepada orang yang bertanya: Apakah yang engkau perintahkan kepadaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab Berbaktilah kepada ibumu. Kemudian kembali dan bersabda Berbaktilah kepada ibumu. Kemudian kembali untuk kali keempat: Berbaktilah kepada ayahmu. Dalam sebuah hadis lain riwayat Abu Ya la dan At Tabrani di dalam Al Kabir bermaksud: Rasulullah bersabda: Bertakwalah kepada Allah, dirikanlah salat, keluarkanlah zakat, tunaikan haji dan umrah, berbaktilah kepada ibu bapamu, hubungkanlah silaturahim, hormatilah tetamu dan suruhlah (manusia) mengerjakan kebaikan dan cegahlah (mereka) dari perbuatan munkar. 13
Melalui sebuah hadis lain riwayat Ibnu Majah secara ringkas, menyatakan: Daripada Ismail bin Umayyah bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Berilah wasiat kepadaku: Maka Rasulullah bersabda: Janganlah kamu menyengutukan Allah dengan sesuatu meskipun kamu dibakar atau dibelah menjadi dua bahagian. Orang itu berkata: tambah lagi wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berbaktilah kepada ibu bapamu dan janganlah kamu meninggikan suaramu terhadap mereka. Jika mereka menyuruhmu keluar dari duniamu, maka keluarlah untuk mereka. Ia berkata: Tambah lagi wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Jangan minum arak, kerana ia sumber setiap kejahatan. Ia berkata: Tambah lagi wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Didiklah keluargamu dan berilah nafkah kepada mereka daripada kemudahan hartamu dan janganlah kamu berhenti dari menasihati mereka, dan takutlah mereka kepada Allah. Bahkan para ulama telah sepakat mengatakan bahawa berbakti kepada ibu bapa adalah wajib. 14
15
SEMANGAT BERBAKTI Daripada Abdullah bin Mas ud r.a. menyatakan sebuah hadis riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmizi dan Nasai berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah: Perbuatan apakah yang amat digemari Allah? Di dalam riwayat lain ditanyakan: Perbuatan apakah yang amat baik? Rasulullah s.a.w. bersbda: Salat pada waktunya. Aku berkata: Kemudian apa? Baginda bersabda: Berbakti kepada ibu bapa. Aku berkata: Kemudian apa? Baginda bersabda: Jihad di jalan Allah. Rasulullah bersabda: Hamba yang taat kepada ibu bapanya dan taat kepada Allah tempatnya di syurga paling atas. (Dikeluarkan Dailami di dalam Musnad Firdaus). Umar bin Khattab r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Akan datang kepada kamu Uwais bin Amir bersama sepasukan Mujahidin dari Yaman, dari kabilah Murad dan Qaran. Dia (Uwais) mengidap penyakit sopak kemudian sembuh kecuali di suatu tempat sebesar wang 16
dirham. Dia mempunyai ibu yang dia berbakti kepadanya. Jika dia bersumpah atas nama Allah nescaya akan dikabulkan. Jika kamu boleh membuatnya memintakan ampunan untukmu maka buatlah. Dalam riwayat lain: Sesungguhnya sebaik baik tabi in adalah seseorang lelaki yang dipanggil Uwais. Dia mempunyai seorang ibu dan mengidap sakit sopak. Maka temuilah dia agar dia ingin memohon keampunan untukmu. Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Syu bi Iman daripada Umar bin Hammad, dia berkata: Seorang lelaki memberitahu kami, dia berkata: Telah keluar Ali dan Umar dari tawaf, tiba-tiba mereka bertemu seorang lelaki lalu memberitahu kami. Dia berkata: Telah keluar Ali dan Umar dari tawaf, tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang Arab Badwi yang sedang menggendung ibunya di atas punggungnya sambil bersyair, bermaksud: Aku adalah kenderaannya tidak mahu lepas. Jika ada tunggangan terperanjat dan hairan, maka aku tidak terperanjat dan tidak hairan. Kerana jasa 17
beliau yang mengandungku dan menyusuiku lebih besar lagi. Aku memenuhi panggilan-mu ya Allah, aku memenuhi panggilan-mu. Ali berkata: Wahai Abu Hafash (maksudnya Umar) marilah ikut bersama tawaf kerana siapa tahu rahmat akan turun mengenai kita. Maka orang itu masuk ikut bersama tawaf dan berkata: Jika kamu berbakti kepadanya maka Allah akan lebih mengasihi. Dia akan membalas kamu dengan sedikit menjadi banyak. BERBAKTI MENGHAPUSKAN DOSA BESAR Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan At Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim, Ibnu Umar r.a. berkata: seorang lelaki mendatangi Rasulullah lalu berkata Sesungguhnya saya telah melakukan dosa besar, apakah masih ada keampunan untuk bertaubat? Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah kamu masih mempunyai ibu? Dalam riwayat lain dikatakan Adakah kamu masih mempunyai ibu bapa? Ia menjawab: Tidak. 18
Rasulullah bersabda: Adakah kamu mempunyai ibu saudara sebelah ibu? Orang itu menjawab Ya. Maka Rasulullah bersabda: Berbaktilah kepada beliau! Daripada Atha bin Yasar r.a. bahawa beliau telah didatangi seorang lelaki lalu berkata: Sesungguhnya saya telah meminang seorang perempuan, tetapi ia menolak untuk mengahwiniku. Kemudian datang orang lain meminangnya dan dia mahu mengahwininya. Oleh itu aku cemburu terhadapnya, maka aku bunuhnya. Masih adakah kesempatan bagiku untuk bertaubat? Ibnu Abbas bertanya Adakah ibumu masih hidup? Orang itu menjawab Sudah meninggal. Maka ia berkata bertaubatlah kepada Allah dan dekati-nya sedekat mungkin yang boleh. Atha bertanya kepada Ibnu Abbas mengapa kau tanya perihal kehidupan ibunya? Dia menjawab Sesungguhnya aku tidak mengetahui sesuatu perbuatan yang lebih dekat kepada Allah daripada berbakti kepada ibu. - (Hadis riwayat Bukhari). 19
BERBAKTI MEMBAWA BERKAT Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda Sesiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung silaturahim. (Hadis diriwayatkan Ahmad). Daripada Mu az bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah bersabda Sesiapa yang berbakti kepada ibu bapanya, maka berbahagialah ia kerana Allah akan melanjutkan usianya. (Hadis riwayat Abu Ya la At- Tabrani). Daripada Tsaubah r.a. bahawa Rasulullah telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dan Ibnu Hibban di dalam Sahih nya, bermaksud: Sesungguhnya seseorang akan diputuskan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya dan tidak dapat ditolak kecuali dengan doa dan tidak dilanjutkan usianya kecuali dengan berbakti. 20
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Hakim, bermaksud: Jagalah kesucian para isterimu. Dan berbaktilah kepada orang tuamu nescaya anak-anakmu akan berbakti kepadamu. Dan sesiapa yang didatangi saudaranya untuk meminta maaf, hendaklah dia terima sama ada dia benar atau salah. Jika dia enggan melakukan demikian, maka dia tidak memasuki telaga (maksudnya tidak bersama kami). Dariapada Ibnu Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis riwayat Thabrani dengan sanad hasan, bermaksud: Berbaktilah kepada orang tuamu nescaya anak anakmu akan berbakti kepadamu dan jagalah kesucian nescaya akan terjaga kesucian isteri-isterimu. Daripada Abu Darda, seorang lelaki mendatanginya dan berkata: Sesungguhnya ayahku masih bersamaku hingga aku dinikahkannya dan sekarang ayahku menyuruhku menceraikannya (isteriku). Abu Darda berkata: Aku bukanlah orang yang menyuruhmu untuk menderhakai ibu bapamu, dan bukanlah orang 21
yang menyuruhmu menceraikan isterimu. Tetapi akan ku beritahu apa yang telah pernah aku dengar daripada Rasulullah. Aku mendengar Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahih nya: Seorang ayah adalah pintu syurga paling tengah, maka peliharalah pintu itu andai kamu mahu atau tinggalkan (atau jika kamu tidak mahu) Al Baidhawi berkata: Maknanya bahawa sebaik-baik perantara untuk masuk syurga bagi mencapai darjat-darjatnya yang tinggi ialah taat kepada orang tua dan memerhatikan halnya. Hifni berkata Ertinya taat kepada orang tua dan berbakti kepadanya adalah sebab untuk masuknya seseorang daripada pintu syurga paling tengah iaitu pintunya paling baik dan menikmatinya. Yang dimaksudkan pertengahan di sini bukan pertengahan menurut indera kerana ada hadis marfu bermaksud: Pintu tengah terbuka bagi orang-orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya. Maka sesiapa yang berbakti kepada mereka, pintu itu akan dibuka untuknya dan sesiapa yang menderhakai mereka. Maka pintu itu 22
akan ditutup daripadanya. (Dikeluarkan oleh Ibnu Shahis di dalam Targhib dan oleh Dailami di dalam Musnadil Firdaus). KEMATIAN TIDAK PUTUSKAN BAKTI Daripada Abi Asid Malik bin Rabi ah as Sai di, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di rumah Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah dan berkata: Wahai Rasulullah! Apakah masih ada sesuatu cara yang boleh saya lakukan untuk berbakti kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia? Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya, salatkan (doakan) atau salatkan jenazah mereka serta minta diampunkan dosa mereka, serta tunaikan haji dan hubungan silaturahim yang tidak disambung kecuali dengan mereka berbakti dan menghormati kawan-kawan mereka.- (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban di dalam Sahih nya. Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: Seorang hamba yang ditinggal mati ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka, menderhaka kepada mereka, 23
namun dia tetap mendoakan mereka dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka, maka dia akan ditulis Allah sebagai orang yang berbakti. - (Diriwayatkan Baihaqi di dalam Syu abil Iman). Daripada Malik bin Zurarah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohon keampunan untuk ibu bapa yang sudah meninggal dunia daripada seorang anak termasuk perbuatan berbakti. (Diriwayatkan Ibnu Najjar). Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjahnya di syurga, maka ia akan berkata: Wahai Tuhanku, dari mana semua ini untukku? Maka dijawab: Dari meminta ampun untuk kamu. - (Diriwayatkan oleh Ahmad dan ibnu Majah serta Baihaqi). Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: Jika seseorang manusia meninggal, maka semua amalnya akan terputus kecuali tiga perkara: Sadakah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak-anak yang saleh yang sentiasa mendoakan untuknya. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud). 24
SILATURAHIM DAN ZIARAH PUSARA Abi Burdah r.a berkata: Aku datang ke Madinah, maka aku didatangi Abdullah bin Umar r.a. kemudian dia berkata: Tahukah engkau mengapa aku datang kepadamu? Aku jawab: Tidak. Ia lalu berkata: Kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang ingin bersilaturahim kepadanya di dalam kuburnya, maka hendaklah ia bersilaturahim kepada para saudara bapanya setelah dia meninggal dan sesungguhnya antara bapaku, Umar dan bapamu ada hubungan tali persaudaraan dan kasih sayang, maka aku ingin menghubunginya. (Diriwayatkan Abdur Raziq dan Ibnu Hibban di dalam Sahih nya). Daripada Abdillah bin Dinar, daripada Abdullah bin Umar r.a. seorang lelaki Arab Badwi dijumpai di perjalanan kota Makkah. Maka Abdullah bin Umar memberi salam dan menaikkannya ke atas keledai yang ditungganginya serta memberikannya serban di kepalanya. Ibnu Dinar berkata: Kami katakan kepadanya semoga Allah membimbingmu, sesungguhnya mereka adalah orang-orang Badwi dan mereka rela 25
dengan sesuatu. Maka Abdullah bin Umar berkata: Sesungguhnya bapa orang ini dahulu sahabat baik Umar bin Khattab (maksudnya bapaku). Dan aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: bahawa sebaik-baik berbakti adalah silaturahim anak kepada sahabat-sahabat akrab bapanya. (Riwayat Muslim). Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menziarahi pusara kedua ibu bapanya atau salah seorang di antara mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti. (Riwayat Thabrani di dalam Al Ausath ). Daripada Muhammad bin Nu man dalam hadis marfu kepada Nabi s.a.w.: Sesiapa yang menziarahi pusara kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti. - (Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Asy-Syu ab dan oleh Abi Dunya di dalam kitab Al Qubur). 26
MELIHAT IBU BAPA & SIFAT LEMAH LEMBUT Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak seorangpun melihat kepada kedua ibu bapanya dengan penglihatan kasih sayang kecuali dia telah ditulis seperti pahala haji yang makbul dan mabrur.- (Riwayat Rafi di dalam Tarikh Qazwin dengan sanad lemah, dan diriwayatkan Baihaqi dengan lafaz: Tidak seorang anak yang berbakti yang melihat kedua ibu bapanya dengan penglihatan kasih sayang kecuali Allah menuliskan pahala haji mabrur di setiap penglihatan. Dia berkata: Walaupun melihat seratus kali dalam setiap hari? Baginda bersabda: Ya! Allah Maha Besar dan Maha Baik, yakni Maha Besar daripada apa yang dibayangkan, dan kebaikannya lebih banyak daripada sesuatu yang dinisbahkan kepada kelemahan di dalam kekuasaan-nya dan kepada kekurangan di dalam kehendak dan keinginannya- Nya. Dalam riwayat lain oleh Baihaqi: Jika seorang anak melihat orang tuanya dengan penglihatan yang membahagiakan, maka dia seperti memerdekakan suatu jiwa. Dikatakan: Wahai Rasululah, walaupun 27
ia melihat 360 kali penglihatan? Rasulullah menjawab: Allah Maha Besar daripada itu. Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Melihat pada tiga perkara merupakan ibadah: Melihat wajah ibu bapa, Mushaf (Kitab Suci al Quran) dan laut. (Riwayat Abu Na im. Dan diriwayatkan oleh Abu Daud dengan lafaz: Melihat Kaabah adalah ibadah, melihat wajah ibu bapa ibadah dan melihat Kitab Allah juga ibadah). Daripada beberapa sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima perkara termasuk ibadah: Melihat mushaf, melihat Kaabah, melihat ibu bapa, melihat air zamzam dan melihat wajah orang alim (bijak). (Riwayat Darul Qutni). Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Isra ayat 23-24: ÉeΑ %!$# y$uζy_ $yϑßγs9 ôùï z$#uρ * $VϑƒÌŸ2 Zωöθs% $yϑßγ 9 è%uρ...... Ïπyϑôm 9$# z ÏΒ... Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang... 28
Abu Hadaj berkata: Aku berkata kepada Abu Sa id bin Musayyab: Setiap sesuatu yang disebut di dalam Al Quran mengenai berbakti kepada ibu bapa sudah kuketahui kecuali firman Allah s.w.t. yang bermaksud Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Apa yang dimaksudkan dengan perkataan mulia itu? Ia menjelaskan: Perkataan seorang hamba yang bersalah kepada tuannya yang kasar. (Riwayat Bukhari) Beliau menyatakan: Maksudnya tunduklah kepada ibu bapamu sebagaimana tunduknya seorang hamba kepada tuannya yang kasar dan keras hati. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Seorang lelaki mendatangi Rasulullah bersama seorang tua. Baginda berkata: Siapakah orang tua bersamamu ini? Ayahku. Jawabnya. Rasulullah bersabda Jangan berjalan di hadapannya. Dan jangan duduk sebelum beliau duduk. Jangan memanggil namanya. Jangan kamu menjadi penyebab kemurkaannya. (Dikeluarkan oleh Thabrani di dalam Al Ausath. 29
KEIZINAN DAN MENYAMBUT KEDATANGAN IBU BAPA Allah s.w.t. berfirman dalam surah An Nur ayat 59: tβx ø tgó $# $yϑÿ2 (#θçρé ø tfó u ù=sù zοè=ßsø9$# ãνä3ζïβ ã x ôûf{$# x n=t/ #sœî)uρ... öνîγî=ö6s% ÏΒ š Ï%!$# Dan apabila anak-anakmu telah sampai usia baligh, hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin... Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w. Apakah saya mesti minta izin daripada ibuku jika saya masuk biliknya? Baginda bersabda: Ya! Tidak ada orang lain kecuali saya yang melayaninya. Ujar lelaki itu. Rasulullah s.a.w. bersabda Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian? Jawab lelaki itu Tidak! Maka minta izinlah kepada ibumu. Sabda Baginda. Dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Al Adab Al Mufrad daripada Sufyan daripada A masy daripada Alqamah berkata seorang lelaki ketika mendatangi Abdullah bin Mas ud dan berkata: Apakah saya mesti minta izin kepada ibu saya? Baginda menjawab kamu tidak suka melihatnya sepanjang masa? (Maksudnya: Minta izin kerana mungkin beliau sedang tukar pakaian. 30
Dikeluarkan oleh Bukhari juga daripada riwayat Syu bah daripada Abu Ishak, dia berkata: Aku mendengar Muslim bin Nazir berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Huzaifah, maka ia berkata: Apakah saya mesti minta izin kepada ibu saya? Huzaifah menjawab Jika kamu tidak meminta izin, maka kamu akan melihat sesuatu yang tidak kamu kehendaki. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., dengan ungkapannya: Aku belum pernah melihat seorangpun yang berwibawa dan berkelakuan seperti Rasulullah s.a.w. terhadap Fatimah puteri Rasulullah. Jika ia memasuki rumah Rasulullah, baginda bangun dan menciumnya serta mempersilakannya duduk di tempat duduk Baginda. Jika Nabi s.a.w. mendatangi rumah Fatimah, dia bangkit dari tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakannya duduk di tempat duduknya. (Riwayat Abu Daud dan Nasai serta At Tirmizi dan berkata ia hadis hasan). Sesetengah ulama berkata menyambut kedatangan ibu termasuk usaha berbakti, menghormati, merendah diri dan mematuhi. Itulah antara kecintaan anak terhadap orang tua mereka. 31
KAMU DAN HARTAMU Daripada Jabir r.a. bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai harta dan anak. Tetapi ayah saya ingin menguasai harta saya. Rasulullah bersabda: Kamu dan hartamu milik ayahmu. (Sunan Ibnu Majah). Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada seorang lelaki; Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu. (Hadis riwayat Abu Ya la). Daripada Ibnu Umar juga beliau berkata: Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya, maka dia berkata: Sesungguhnya dia (bapaku) mengambil hartaku. Rasulullah s.a.w. menjawab Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahnya. (Hadis riwayat Thabrani di dalam Al Kabir ). Daripada Jabir r.a., dia berkata: Seorang lelaki mendatangi Nabi dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku. 32
Maka Rasulullah s.a.w. menyarankan: Pergi dan bawalah ayahmu kepadaku. Kemudian turunlah Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Sesungguh nya Allah Azza wa Jalla mengirim salam dan berfirman kepadamu: Jika orang tua itu datang, tanyakan kepadanya mengenai sesuatu yang ia katakan di dalam dirinya sesuatu yang didengarnya. Ketika orang tua itu tiba, Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: Bagaimana dengan hal anakmu yang mengadu mengenai kamu? Kamu ingin mengambil hartanya? Dia menjawab: Tanyakan kepadanya, wahai Rasulullah! Apakah aku belanjakan kepada salah seorang ibu saudaranya (dari sebelah ibunya) atau kepada salah seorang ibu saudaranya (dari sebelah bapanya) atau kepada diriku sendiri? Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: Biarkan itu semua. Beritahu kepadaku mengenai sesuatu yang kamu katakan di dalam dirimu sesuatu yang didengarnya. 33
Orang tua itu menjawab: Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah masih tambah keyakinan kami kepadamu. Saya telah menyatakan di dalam diriku sesuatu yang telah didengar. Rasulullah s.a.w. bersabda: Katakan, aku akan mendengarnya. Dia menjawab: Saya katakan: Kuberi kamu makan sejak kecil. Kupenuhi hajatmu sehingga dewasa. Kamu minum minuman yang aku sediakan hingga kamu kenyang. Jika malam kamu sakit, aku tidak tidur kerana penyakitmu. Aku berjaga dengan penuh gelisah. Seakan-akan aku yang sakit. Mataku basah dengan air mata tangisan. Aku khuatir kehilangan kamu walaupun dia tahu bahawa maut adalah sesuatu yang telah ditentukan. Tetapi ketika kamu telah mencapai usia dan batas yang aku tunggu-tunggu, kamu membuat balasanku dengan hati yang kasar dan berkesan, seakan-akan kamulah yang berjasa dan melakukan kebaikan. Andai kamu tidak memelihara hak ayahku, kamu melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh jiran 34
kamu yang sentiasa bertelagah, menjadi wakil bagi orang-orang yang menolak kebenaran. Jabir berkata: Ketika itu Nabi s.a.w. mengambil leher baju anaknya dan berkata: Kamu dan hartamu milik ayahmu. (Riwayat Thabrani di dalam Ash Shaghir dan Al Ausath dan di dalamnya ada Munkadir bin Muhammad, lemah. Tetapi telah dipercayai oleh Ahmad. Hafiz Nuruddin Al Haitamidi dalam Majma Zawaid berkata: Hadis dengan kesempurnaan seperti itu tidak diketahui. Dia berkata: Tetapi ia mempunyai cara-cara lain yang ringkas yang sanadnya sahih.) SAAT MELAHIRKAN DAN TEKAD UNTUK BERBAKTI Jika seseorang ingin memerhatikan apa yang dideritai oleh ibu betapa sakitnya mengandung dan semasa melahirkan, maka kesabarannya dalam kesusahan dan perhatian ketika mendidik anak, memelihara dan memenuhi berbagai keperluannya semasa kecil dan menyayanginya setelah dia membesar. 35
Demikian juga dengan pekerjaan, usaha dan masa depan anak itu dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara dan mencari nafkah serta pendidikan. Tiada sebarang keraguan bahawa jerih payah ibu bapa mengajak anaknya berbakti dan berbuat baik pastinya lebih daripada itu dalam usaha berbakti, berbuat baik dan menghormati. Al Quran mengisyaratkan antara kesusahan tesebut melalui firman Allah dalam surah Al Ahqaf ayat 15 bermaksud: Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Dalam surah Lukman ayat 14 Allah berfirman:... 9 δuρ 4 n?tã $Ζ δuρ çµ Βé& çµ Fn=uΗxq...... Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah... Firman Allah lagi dalam surah Al Israa, ayat 24: #ZÉó ¹ ÎΤ$u /u $yϑx....... Sebagaimana mereka berdua (ibu bapa) telah mendidik aku waktu kecil. 36
Diriwayatkan seorang lelaki dan seorang perempuan mendatangi Rasulullah s.a.w. bertelagah mengenai anak mereka. Lelaki itu berkata: Anakku keluar daripada tulang punggungku. Perempuan itu pula berkata Wahai Rasulullah, ia membawanya dengan ringan dan meletakkannya dengan nafsu syahwat, sedang aku mengandung dan melahirkannya dengan bersusah-payah serta menyusuinya selama dua tahun. Maka Rasulullah s.a.w. menetapkan bagi ibu untuk mengasuh anaknya. REDA ALLAH DAN TERKABULNYA DOA Abdullah bin Amr bin Ash berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Reda Allah pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada kemarahan ibu bapa. (Diriwayatkan oleh At Tirmizi secara marfu dan mauquf dan oleh Hakim dengan mengikut Muslim dan oleh Bukhari di dalam Al Mufrad. Dan daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menjadikan ibu bapanya reda, maka dia telah menjadikan Allah reda, dan 37
4 sesiapa yang menjadikan ibu bapanya marah, maka dia telah menjadikan Allah marah. (Riwayat Ibnu Najjar di dalam Tarikh Baghdad ). Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Masa sebelum kamu ada tiga orang yang telah pergi. Mereka masuk beristirahat di sebuah gua. Tiba-tiba runtuh batu besar daripada gunung hingga meletup ke gua itu. Mereka berkata: Tidak ada yang menyelamatkan kamu dari batu besar ini kecuali kamu berdoa sebaik amalan kamu. Dalam surah Al Isra, ayat 23-24, Allah berfirman: $ ΒÎ) $Ζ ômî) È ø t$î! uθø9$î/uρ çν$ ƒî) HωÎ) (#ÿρß ç7 ès? āωr& y7 /u 4 Ós%uρ 7e é&!$yϑçλ ; à)s? Ÿξsù $yϑèδÿξï. ρr&!$yϑèδß tnr& uy9å6ø9$# x8y ΨÏã tóè=ö7tƒ $yϑßγs9 ôùï z$#uρ $VϑƒÌŸ2 Zωöθs% $yϑßγ 9 è%uρ $yϑèδöpκ ]s? Ÿωuρ ÎΤ$u /u $yϑx. $yϑßγ Ηxqö $# Éb> è%uρ Ïπyϑôm 9$# z ÏΒ ÉeΑ %!$# y$uζy_ #ZÉó ¹ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Andai salah seorang di antara keduanya atau kedua- 38
duanya lanjut usia dalam peliharaannmu, maka jangan sekali-kali menyatakan kepada keduanya perkataan ah. Janganlah kamu membentak mereka. Ucapkan kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkan: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil. Sufyan r.a. ditanya oleh seseorang: Berapa kalikah seseorang anak mendoakan ibu bapanya dalam sehari atau dalam masa sebulan atau dalam masa setahun? Beliau menjawab: Kita mengharapkan semoga Allah membalasnya jika ia mendoakan mereka di akhir tasyahudnya (di akhir sembahyangnya). Sebahagian tabi in berkata: Sesiapa yang mendoakan ibu bapanya sebanyak lima kali (dalam sehari), maka dia telah melaksanakan hak mereka ketika berdoa. Ini kerana Allah berfirman dalam surah Lukman ayat 14: çåáyϑø9$# n<î) y7 ƒy Ï9 uθî9uρ Í< öà6ô $# Èβr&... 39
Bersyukurlah kepada-ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-ku kau akan kembali. Mereka bersyukur kepada Allah dengan menyembah-nya lima kali sehari. Begitu juga mereka berterima kasih kepada ibu bapa dengan mendoakan mereka lima kali dalam sehari. Mendoakan ialah meminta dikasihi, khusus untuk ibu bapa yang beragama Islam. Ada yang berkata: untuk am sama ada ibu bapa Muslim atau bukan Muslim. Ada yang berkata: Sudah dimansukhkan dengan ayat larangan meminta ampunan sebagaimana diriwayatkan Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad. Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika seseorang hamba meninggalkan doa untuk ibu bapanya, maka putuslah rezeki daripada-nya. (Riwayat Hakim di dalam At Tarikh dan Dailami di dalam Musnadul Firdaus dengan sanad lemah). Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga jenis doa diperkenankan untuk mereka. Tidak ada keraguan di dalamnya: Doa orang yang dianiaya, doa orang berpergian dan doa 40
ibu bapa untuk anak. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan Bukhari di dalam Al Musnadul Firdaus dan Abu Daud serta At Tirmizi. Ia hadis hasan. Dan diriwayatkan Ibnu Majah dengan lafaz: Dan doa untuk anaknya). Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Terdapat tiga doa yang tidak ditolak: Doa ibu bapa untuk anaknya, doa orang yang teraniaya dan doa orang musafir. (Riwayat Abu Hasan di dalam Ats-tsulusiyyat wa Dhiya Muqaddasi di dalam kitab Al Mukhtarah.). Abu Hurairah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang bayi di dalam buaian yang boleh bercakap kecuali Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Ada yang bertanya: Wahai Nabi Allah, siapakah sahabat Juraij itu? Baginda bersabda: Juraij adalah seorang paderi gereja yang dimilikinya sendiri. Dia adalah seorang pengemabala lembu yang tinggal di bawah gerejanya. Seorang perempuan penduduk desa berulang alik kepada pengembala itu. Pada suatu hari pengembala itu datang dan berkata: Wahai Juraij! Dia sedang sembahyang. Dalam dirinya dia berkata: Ibuku dan sembahyangku. Dia 41
mengutamakan sembahyangnya. Ibunya memanggilnya lagi. Dia berkata pada dirinya: Ibuku dan sembahyangku. Dia tetap mengutamakan sembahyangnya. Ketika dia tidak menyahut panggilan ketiga, ibunya berkata: Semoga Allah mencelakakan kamu, Ya Juraij, hingga kamu berfikir di depan para pelacur. Ibunya lalu pulang. Maka datanglah raja membawa beberapa wanita yang biasa berulang alik kepada Juraij dalam keadaan telah melahirkan: Daripada siapa? Dia bertanya. Daripada Juraij. Sang raja bertanya: Orang yang memiliki gereja itu? Ya! Jawab para wanita itu hancurkan gerejanya dan bawa paderi itu kepadaku! Perintah sang raja. Mereka segera melaksanakan perintah itu. Tangan paderi itu kemudian mereka ikat ke lehernya dengan tali. Para wanita pelacur yang dilalui paderi itu tersenyum riang melihatnya. Diceritakan: seorang lelaki mempunyai tiga orang anak. Ketika dia sakit tenat, anak sulungnya berkata kepada dua orang adiknya: Untuk kamu berdua ialah harta warisan ayah. Bagi saya ialah khidmat pelayanannya. 42
Ketika ayahnya meninggal, dalam mimpinya dia melihat ayahnya berkata: Pergilah ke suatu tempat yang diarahkan nescaya kamu akan dapat wang satu dinar. Ambillah! Sesungguhnya padanya ada berkat. Dia tidak melakukan apa yang disarankan dalam mimpinya itu. Pada malam kedua dan ketiga, mimpi itu datang lagi. Menjelang pagi, dia mengambil wang itu dan membeli seekor ikan. Di dalam ikan itu ditemui dua butir intan. Dia mengambil dan menjualnya dengan harga 60,000 dinar. Kemudian dia melihat dalam mimpinya ayahnya berkata: Inilah hasil khidmat layananmu kepada ayahmu. Diceritakan oleh Ibnu Sammak r.a.: Terdapat seorang lelaki duduk di sebelahku, maka aku mendengar dia akan meninggal dunia. Tiba-tiba datang seorang ibu yang lanjut usia. Ibu itu melihatnya hingga dia pejamkan matanya dan dibalut. Kemudian dia berkata: Semoga Allah mengasihanimu, wahai anakku. Kamu telah berbakti kepada kami dan mengasihani kami. Semoga Allah melimpahkan kesabaran kepada kami terhadapmu. Kamu telah banyak berjaga malam (untuk sembahyang) dan banyak berpuasa. 43
Semoga Allah mengabulkan sesuatu yang kamu cita-citakan dari kasih sayang-nya, dan kamu benar-benar tabah. Ibu tua itu kemudian melihatku dan berkata: Andai ada seseorang yang boleh kekal kerana (kasihkan) seseorang, nescaya Rasulullah akan kekal kerana kasihkan umatnya. Pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat seorang pemuda yang membawa ibu bapanya yang cacat ke masjid Rasulullah agar mereka dapat bersembahyang berjemaah bersama. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak mereka, lalu Rasulullah bertanya mengenai mereka. Jawapan yang disampaikan: Anak itu telah meningggal. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: Andai seseorang boleh kekal untuk seseorang, nescaya anak orang yang cacat itu akan kekal untuk ibu bapanya. Seorang lelaki mendatangi Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. dan berkata: Sesungguhnya aku mendampingi ibuku sebagaimana dia telah mendampingiku ketika aku kecil, apakah aku telah 44
melakukan haknya? Umar menjawab: Tidak! Dia bertanya: Kenapa? Umar menjawab: Dia dahulu mendampingi ibunya mencita-citakan kematiannya. DERHAKA DAN LAKNAT Derhaka kepada ibu bapa ialah tidak taat kepada mereka dan meremehkan hak mereka. Ia juga bererti mengerjakan sesuatu yang tidak menyenangkan mereka. Derhaka juga bererti menyakiti hati mereka meski dengan perkataan ah. Ia juga bererti pandangan menghina kepada ibu bapa atau memperkecil keadaan mereka. Al Quran menjelaskan erti derhaka dan melarang berkata ah dalam surah Al Isra ayat 23:... 7e é&!$yϑçλ ; à)s? Ÿξsù...... Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah... Allah mengancam orang yang menyatakan perkataan ah itu dalam surah Al Ahqaaf, ayat 17: ÏMn=yz ô s%uρ ylt zé& βr& û Í_ÏΡ#y Ïès?r&!$yϑä3 9 7e é& ϵ ƒt$î! uθï9 tα$s% Ï%!$#uρ... Î=ö7s% ÏΒ ãβρãà)ø9$# 45
Dan orang yang berkata kepada ibu bapanya: Ah, bagi kamu berdua, apakah kamu memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan pada hal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku... Lalu kedua ibu bapanya itu memohon pertolongan Allah sambil mengatakan Celaka kamu, berimanlah! Di dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih nya, Rasulullah s.a.w. menulis sepucuk surat kepada penduduk Yaman, bermaksud: Sesungguhnya dosa paling besar kepada Allah pada hari kiamat ialah: menyengutukan Allah dengan sesuatu, membunuh jiwa mukmin tanpa hak, melarikan diri dalam peperangan di jalan Allah, derhaka kepada ibu bapa, menuduh berzina kepada wanita suci, belajar sihir, memakan riba dan memakan harta anak yatim. Daripada Umar bin Khattab r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: Adakah kamu tahu apa yang kamu katakan mengenai orang yang berzina, orang yang mencuri dan orang yang meminum arak? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Itu adalah 46
perbuatan-perbuatan keji. Di dalamnya juga terdapat seksaan. Apakah aku belum memberitahu dosa-dosa paling besar: Menyengutukan Allah dengan sesuatu. Kemudian Baginda membacakan surah Lukman ayat 14: çåáyϑø9$# n<î) y7 ƒy Ï9 uθî9uρ Í< öà6ô $# Èβr&... Bersyukurlah kepada-ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-ku-lah kau akan kembali. Daripada Abdullah bin Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda, bermaksud: Dosa-dosa besar ialah menyengutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh jiwa dan sumpah palsu. (Sumpah palsu ialah sumpah yang digunakan untuk merebut harta seseorang tanpa hak). Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah melaknat tujuh orang dari atas tujuh langit dan mengulangi laknat terhadap salah seorang di antara mereka tiga kali dan melaknat setiap orang daripada mereka tiga kali, serta melaknat setiap orang di antara mereka laknat yang mencukupinya. 47
Baginda bersabda: Dilaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth (kaum lelaki yang meninggalkan isteri-isteri mereka dan mengumpulkan lelaki tanpa wanita homoseks), dilaknat orang yang menyembelih (binatang) dengan selain nama Allah, dilaknat orang yang menderhakai kedua ibu bapanya. (Riwayat Thabrani dan Hakim: Sahih isnadnya). Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah melaknat orang yang menyembelih dengan selain nama Allah, dan orang yang mencerca ibu bapanya. (Riwayat Ibnu Hibban) Daripada Mu ammar daripada Hisyam daripada Urwah, bapanya berkata: Telah tertulis dalam kitab Taurat: Dilaknat orang yang mencerca ayahnya dan orang yang mencabut tukhun atau petunjuk bumi dan orang yang menghalang dari jalan Allah. (Hadis dikeluarkan oleh Abdur Raziq di dalam Musyannaf nya. Daripada Abdullah bin Amr bin Ash bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga orang yang Allah haramkan mereka masuk syurga: peminum arak, penderhaka dan dayust (atau orang yang tidak 48
cemburu terhadap isteri atau keluarganya) yang melakukan keji di dalam keluarganya. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah bersabda: Empat orang, hak Allah atas mereka untuk tidak memasukkan mereka ke dalam syurganya, tidak memberi kesempatan kepada mereka merasakan nikmat syurga, peminum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan penderhaka kepada ibu bapanya. (Riwayat Hakim dan berkata: sahih isnadnya). AMAL PENDERHAKA TIDAK DITERIMA Abu Umamah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga orang yang Allah tidak menerima taubat dan ibadah wajibnya: penderhaka dan mannan (pembangga diri dan gemar menyebutnyebut kebaikannya), dan orang yang mendustakan kadar. (Riwayat Ibnu Abi Ashim, kitab As Sunnah) Tsaubah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga perkara dalam satu amalan yang tidak bermanfaat bersamanya: menyengutukan Allah dengan amalan tidak bermanfaat: menyengutukan Allah dengan sesuatu, menderhakai ibu bapa dan 49
melarikan diri dari peperangan. - (Riwayat Thabrani di dalam Al Kabir ). Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak diterima salat orang yang dimurkai ibu bapanya yang tidak zalim terhadapnya. (Riwayat Abu Hasan bin Ma ruf di dalam kitab Fadlail Bani Hasyim). Abu Bakar As Siddiq r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua dosa dilambatkan Allah menurut kehendak-nya hingga ke hari kiamat kecuali dosa menderhakai ibu bapa kerana sesungguhnya Allah menyegerakan seksaan bagi pelakunya sewaktu hidup sebelum matinya. (Riwayat Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad, Thabrani dan Hakim). Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kebaikan paling cepat pahalanya adalah berbakti kepada ibu bapa dan menyambung silaturahim. Kejahatan paling cepat seksaannya adalah menzalimi dan memutuskan silaturahim. (Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah). Yazid bin Tsabit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima perkara Allah segerakan seksaan terhadap pelakunya: menzalimi, mengkhianati, 50
menderhakai ibu bapa, memutuskan hubungan silaturahim dan kebaikan yang tidak berterima kasih (kerana diungkit-ungkit atau disebut-sebut. (Riwayat Ibnu Laal di dalam Makarimul Akhlak ). HARAM DERHAKA PADA IBU BAPA Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah bersabda: Sesiapa yang pada pagi harinya mentaati Allah terhadap kedua ibu bapanya, maka dia mempunyai dua pintu syurga yang terbuka baginya meskipun seorang demi seorang. Dan sesiapa yang pada petangnya bermaksiat kepada Allah terhadap ibu bapanya, maka dia mempunyai dua pintu neraka yang terbuka baginya, meskipun seorang demi seorang. Seorang lelaki kemudian bertanya walaupun mereka (ibu bapa) itu menzaliminya? Baginda bersabda walaupun mereka menzaliminya (tiga kali baginda mengulanginya). Diriwayatkan Abu Syaibah dan Hakim di dalam At Tarikh dan Baihaqi di dalam Syu abul Iman ). Zaid bin Arqam berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa pada pagi hari ibu bapanya meredainya, maka dia mempunyai dua pintu yang 51
terbuka untuk masuk ke syurga. Dan sesiapa yang pada pagi hari ibu bapanya memurkainya, maka dia mempunyai dua pintu untuk masuk ke neraka. Seorang bertanya Meskipun mereka menzaliminya? Rasulullah bersabda Meskipun ibu bapanya menzaliminya. (Dua kali diulang jawapan itu). (Diriwayatkan dari Quthni di dalam Al Afrad dan Dailami). USAH SEBABKAN IBU BAPA SEDIH Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda Sesiapa yang menyebabkan ibu bapanya sedih hati, maka dia telah menderhakai mereka. (Riwayat Ibnu Khatib).dan dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad. Daripada Umar r.a. Tangisan ibu bapa itu termasuk penderhakaan. Juga dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Al Adab daripada Ziyad bin Mi raq daripada Thaisilah bahawa dia mendengar Ibnu Umar berkata: Tangisan ibu bapa itu termasuk penderhakaan dan dosa besar. Abdullah bin Amr bin Ash berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Antara yang termasuk dalam 52
dosa-dosa besar ialah cacian seorang lelaki terhadap ibu bapanya. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Adakah seseorang itu mencaci bapa kawannya dan dia (kawan itu) mencaci ibunya. (Diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud dan At Tirmizi). Amr bin Maimun berkata: Musa melihat seseorang di atas singgahsana, maka dia ingin menjadi seperti itu di tempatnya: Kami memberitahu kamu mengenai amalnya. Dia tidak mendengki manusia sesuatu yang dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-nya, dan tidak berjalan dengan mengadu-domba (melaga-lagakan) dan tidak menderhakai ibunya. Dia berkata Wahai Tuhanku! Siapakah yang telah menderhakai ibu bapanya? Allah berfirman: Cacian terhadap ibu bapa hingga mereka berdua dicaci. (Riwayat Ahmad di dalam Az-Zuhd). PANDANGAN TAJAM DAN PADAHNYA Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak berbakti sesiapa yang menajamkan pandangan matanya kepada bapanya. (Riwayat Baihaqi dan Ibnu Mardawih). Dan diriwayatkan oleh Thabrani dengan lafaz: Tidak 53
berbakti sesiapa yang menajamkan pandangan matanya kepada ayahnya dengan marah. Maksudnya: Sesiapa yang memandang ibu bapanya dengan pandangan marah, walaupun tanpa berbicara, maka dia belum berbakti kepada mereka, dan tidak ada selepas berbakti selain penderhakaan. Maka penderhakaan sebagaimana dengan perkataan juga boleh hanya sekadar pandangan marah. Amr bin Murrah Al-Juhani r.a. berkata: Seorang lelaki mendatangi Rasulullah kemudian berkata: Wahai Rasulullah! aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa engkau adalah Pesuruh Allah dan aku mengerjakan salat lima waktu, dan aku keluarkan zakat hartaku serta berpuasa pada bulan Ramadan! Maka Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan ini, maka ia bersama para nabi dan orang-orang yang benar dan para syuhada pada hari kiamat begini menunjukkan dua jarinya selagi dia tidak menderhakai ibu bapanya. (Riwayat Ahmad dan Thabrani dengan dua sanad: salah satunya sahih. Dan diriwayatkan juga oleh Khuzaimah dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sahih mereka. 54
Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata: ketika kami berada di sisi Nabi s.a.w. seorang mendatangi Nabi s.a.w. kemudian berkata: Ada seorang pemuda yang sedang sibuk dengan dirinya (menghadapi mati), maka dikatakan kepadanya: Katakan laa ilaa ha illallah! Tetapi dia tidak dapat mengatakannya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah dia mengerjakan salat? Ya! Rasulullah s.a.w. bangun (dari duduknya) dan kami pun bangun bersama baginda lalu masuk ke tempat pemuda itu lalu bersabda: Katakanlah laa ilaa ha illallah!. Pemuda itu menjawab Saya tidak dapat (mengatakannya). Baginda bertanya Kenapa? Mereka menjawab Dulu dia menderhakai ibunya. Nabi s.a.w. bersabda Adakah ibunya masih hidup? Mereka menjawab Ya! Baginda bersabda Panggil dia! Mereka lalu memanggilnya dan datanglah dia. Rasulullah bersabda Adakah dia anakmu? Ya! Jawabnya. Baginda kemudian bersabda kepadanya: Apa pendapatmu beritahu aku jika dinyalakan api yang besar kemudian dikatakan kepadamu: 55
Apabila kamu tolong dia, maka akan kami biarkan dia, jika tidak maka kami akan bakar dengan api ini, adakah kamu mahu menolongnya? Dia menjawab Wahai Rasulullah, (jika demikian) maka aku tolong dia. Baginda bersabda Jadikanlah aku saksi, kamu telah reda terhadapnya bahawa aku telah meredai anakku. Ibunya berkata Ya Allah! Aku jadikan Engkau saksi dan menjadi Rasul Engkau saksi bahawa aku telah meredai anakku. Rasulullah bersabda Wahai anak, katakan laa ilaa ha illallahu wahdahu la syarikalah, wa asyhadu anna Muhammddan Abduhu wa Rasuluhu. Maka dia mengatakannya. Baginda lalu bersabda: Segala puji bagi Allah Tuhan yang menyelematkannya denganku dari api neraka. (Riwayat Thabrani dan Ahmad). Umar Ibn Khattab r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga orang dilaknat Allah: orang yang membenci ibu bapanya, pengadu-domba di antara seorang lelaki dan isterinya untuk memisahkan mereka kemudian menggantikan kedudukan lelaki itu setelah ditinggalkannya. Dan pengadu-domba itu akan menimbulkan berbagai cerita supaya 56
mereka saling membenci dan mendengki. (Diriwayatkan Dailami di dalam Musnadul Firdaus ). Dan daripada Sahal bin Mu az daripada bapanya r.a. bapanya berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara para hamba Allah dan para hamba yang Allah tidak melihat dan tidak memuji mereka dan tidak membersihkan mereka. Ada yang bertanya: Siapakah mereka, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Orang yang lepas tangan daripada ibu bapanya, orang yang diberi bantuan oleh sesuatu kaum lalu dia tidak berterima kasih atas bantuan mereka dan lepas tangan daripada mereka. - (Riwayat Ahmad dan Baihaqi) NERAKA BAGI ORANG YANG MEMUKUL IBU BAPA Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tujuh orang yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan dan tidak akan menghimpunkan mereka bersama makhluk-makhluk semesta alam serta memasukkan mereka ke dalam api neraka. 57
Urutan mereka yang akan masuk neraka itu (kecuali mereka bertaubat) ialah: Orang yang berzina dengan tangannya, orang yang berzina dan yang dizinai, peminum arak, orang yang memukul ibu bapa hingga mereka meminta tolong, orang yang menyakiti jirannya hingga mereka mengutukinya, orang yang berzina dengan isteri jirannya. (Riwayat Baihaqi di dalam Syu abul Iman dan Hasan bin Arafah di dalam Juzu nya). Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Peliharalah sahabat-sahabat baik ayahmu. Jangan kamu putuskan hubungan silaturahim dengan mereka, kerana Allah akan memadamkan cahayamu. (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad, Thabrani dan Baihaqi). Dan dari Abu Hurairah r.a. Ka ab Al Ahbar, beliau berkata: Di dalam Kitab Allah yang diturunkan ke atas Musa (a.s.) terdapat perkataan: Peliharalah sahabat baik ayahmu, jangan kamu putuskannya kerana Allah akan memadamkan cahayamu. (Diriwayatkan Ibnu Asakir). PENDERHAKA JADI ORANG BERBAKTI 58