Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Σχετικά έγγραφα
HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Bab 1 Mekanik Struktur

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Matematika

Kalkulus Multivariabel I

Sebaran Peluang Gabungan

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Jawi Bahasa Melayu PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Ciri-ciri Taburan Normal

Kalkulus Multivariabel I

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Keterusan dan Keabadian Jisim

Tegangan Permukaan. Kerja

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

A. Distribusi Gabungan

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Hendra Gunawan. 16 April 2014

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

Pengantar Proses Stokastik

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Pengantar Proses Stokastik

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Katakunci : faktor, minat, matematik

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Kuasa Dua Tensor Yang Tak Abelan bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Persamaan Diferensial Parsial

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA A03101 PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2015 Matematik Bahagian A Mei

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu ¹AB. RAZAK AB. KARIM ²NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

Transcript:

Topik7 Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memperihalkan perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu; dan 2. Menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu. PENGENALAN Perancangan korpus bahasa melibatkan penyediaan sistem tulisan dan ejaan yang standard bagi sesuatu bahasa. Pada masa ini, bahasa Melayu ditulis dalam dua jenis sistem tulisan, iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Anda telah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi dalam topik 6 dan dalam tajuk ini pula, anda akan diperkenalkan dengan sistem ejaan Rumi. Menurut Amat Juhari Moan (1992:1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

134 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 7.1 LATAR BELAKANG Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ialah kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang pertama datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali dan dikatakan tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-1293 Masihi. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 pula merupakan tanggal yang diingati bermulanya kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun demikian kuasa Portugis juga merosot dengan kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris. Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Sistem ejaan yang digunakan oleh Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaan Rumi/Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya. Antara contoh senarai kata adalah di tunjukkan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Ejaan Rumi/ Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad Rumi Senarai Pigafetta BI (Terjemahan Bahasa Itali dalam senarai asal) Allah God Allah Caphre heathen kafir mischit mosque masjid bapa father bapa mama,ambui mother mama,ibu anach son anak capala head kepala Ejaan Rumi Kini Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal catatan pelayaran Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskhah Itali dan tiga naskhah Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah Itali tersebut. Bausani dikatakan mendasarkan ejaan senarai itu berasaskan naskhah Itali yang tersimpan di Ambrosiana Perpustakaan di Milan yang bertarikh 1525 atau lebih tepat dikatakan daripada naskhah lain. Pigafetta dikatakan mempelajari bahasa Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak perkataan-perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan Bausani tentang tulisan Rumi ini telah dipetik oleh Hashim Musa (ibid:394) seperti yang berikut:

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 135 (a) Abjad vokal <e> pepet dalam bahasa Melayu/Indonesia moden kebanyakannya dieja dengan abjad vokal <a> dalam senarai Pigafetta, kecuali dalam beberapa perkara, misalnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad <u>. (b) Bunyi /h/ yang lemah ucapannya digugurkan sama ada di hadapan atau di belakang perkataan, misalnya Alla± (Allah) dan ±atti (hati). (c) Bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan, misalnya tungu (tunjuk), tumi (tumit). (d) Alternasi antara bunyi /l/ dan /r/ merupakan pengaruh daripada bahasa Tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), kauir (katil). Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi. Senarai ini terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda. Houtman dikatakan ditebus semula oleh pihak Belanda pada 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan menyiarkan senarai kata tersebut dalam JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III). Antara contohcontoh senarai kata seperti yang berikut: Jadual 7.2: Senarai Pigafetta yang sepadan dengan Bahasa Inggeris dan Rumi Senarai Pigafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini kareya to work kerja arijs the day hari sana there sana minta request minta engat remember ingat pegy go pergi mary let us go (come) mari Menurut Hashim Musa (ibid:400), sistem ejaan Rumi dalam senarai Houtman bagi bahasa Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan dengan yang terdapat dalam senarai Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem yang berbezabeza. Malah terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.

136 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang berjudul A Dictionary of English and Malayo, Malayo and English diterbitkan di London. Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk. Contoh senarai kata oleh Thomas Bowrey adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3. Jadual 7.3: Senarai Thomas Bowrey Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini kitta poonea my kita punya tuan poonea thy, yours tuan punya dea poonea his dia punya camee poonea ours kami punya todohan accusation tuduhan gocho slap gocoh toolah punishment tulah Menurut Hashim Musa (ibid:407), sistem ejaan Thomas Bowrey ternyata mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg,dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, dan kesemuanya seolah-olah melambangkan kepanjangan konsonan atau pun tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut. 7.2 LATAR BELAKANG Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa Melayu kerana akibat Perjanjian Inggeris Belanda 1824, daerah Melayu dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Indonesia yang diletakkan di bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya diletakkan pula di bawah British atau Inggeris. Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan dan ejaan mereka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka menyeragamkan sistem ejaan. Belanda telah menggunakan sistem ejaan van Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung derngan rakyat. Pihak Inggeris pula menggunakan sistem ejaan Wilkinson bagi semua penerbitannya dan juga surat menyurat dalam bahasa Melayu. Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam bahasa Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda. Beliau telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonan (Jadual 7.4).

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 137 Jadual 7.4: Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu VOKAL Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden a a fana, bahasa e e emas, pernah e é elok, teleng i i bimbing, wadjib o o bohong, onggok u œ djatuh, oetus Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden DIFTONG Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden au au poelau, saudagar ai ai pakai, pakaian Bahasa Belanda/ Indonesia KONSONAN b b baroe, sebab c tj tjari,botjor d d dari, Ahad j dj djari f f fasal g g megah, gaib h h hari, roemah k k kami, takdir kh ch chabar l ch lari m m mari n n nanas ng ng nganga ny nj njawa p p padi r r ramai Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden

138 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI s s sabit sy sj sjech t t tali w w wang y j jakin z z zaman Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah ejaan imbuhan, bentuk klitik, dan partikel yang dianjur digandingkan dengan kata dasar misalnya rumahku, ke Padang, di Betawi. Bentuk ka dan sa dieja menjadi ke dan se. Huruf h pada awal kata tidak digugurkan. Kata majmuk pula dieja cantum. Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904. Ejaan ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay Spelling. Hashim Musa (ibid:429) telah menyebarkan enam peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa Melayu, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan bahasa Melayu. Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal dieja mengikut sebutan orang Melayu. Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya kemudian bukan kemedian, demikian bukan demekian, arakian bukan arekian. Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyamai bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya keluar (lawan masuk) dieja berbeza dengan kaluar (arah luar). Perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya dan cahaya dieja dengan abjad h ditengahnya, iaitu menyamai anjuran Ophuijsen. Sistem pemilihan vokal antara o dan u, antara e dan i pada akhir suku kata tertutup: Vokal o dipilih bukan u jika pada suku kata akhir yang berpola ong, ok, oh. Misalnya kepong, buloh, merbok. Vokal u dipilih jika suku kata akhir berpula um, ut, un, ul, us, dan ur misalnya minum, tahun, betul, hangus dan labur. Pada penghujung laporan ejaan Rumi ini, jawatankuasa itu telah melampirkan satu senarai panjang sebagai contoh dan panduan ejaan Rumi bahasa Melayu menurut sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan inilah yang menjadi panduan

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 139 dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah, yang terkenal dengan Ejaan Sekolah. AKTIVITI 7.1 Susur galurkan perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu berdasarkan penulisan Amat Juhari Moain dan Hashim Musa. SEMAK KENDIRI 7.1 (a) Bincangkan tentang kandungan daftar kata Pigafetta. (b) Bandingkan ejaan Wilkinson dan ejaan Ophuijsen. 7.3 PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA MELAYU 7.3.1 Ejaan Za ba Nama ZaÊba sudah tidak asing lagi kepada pencinta bahasa Melayu. Jasa tokoh ini yang tidak mungkin dilupakan ialah pembakuan sistem ejaan Rumi. Sistem ejaan ZaÊba telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan urusan rasmi kerajaan sejak tahun 1940-an lagi. Za'ba, atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad (kemudian diberi gelar Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu Ketiga, dalam tahun 1956, dan dianugerahkan PMN membawa gelar Tan Sri, dalam tahun 1962), bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923, di Bahagian Terjemahan, Jabatan Pendidikan Tanah Melayu. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Biro Penterjemahan, yang nama rasminya ialah Jabatan Karang Mengarang Sultan Idris Training College, (ditubuhkan pada tahun 1924) dan ditempatkan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim. Beliau kekal di sana sehingga tahun 1939. ZaÊba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai huruf saksi (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf vokal yang berikut:

140 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Bunyi atas kasar = a halus = Bunyi bawah kasar = e halus = i Bunyi hadapan kasar = o halus = u (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan <a>, misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata. Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan dengan // misalnya nam, mping, ngkau, pdang, kras, dan smbah. Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan <e>. Misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher. Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan dengan <i> yang dilambangkan dengan <i> misalnya ikan, isi, ibu, gigi, kirim, nipis. Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang dilambangkan dengan <o> misalnya orang, oleh, olok, bodoh, poko, tombong. Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan dengan <u> misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun. (Ismail Dahaman: 1991,234) Menurut Ismail Dahaman (1991), perbezaan yang jelas antara ZaÊba dengan penulis-penulis lain ialah pendiriannya tentang panjang-pendek bunyi vokal dalam hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan huruf saksi Alif, Ya dan Wau dikatakan sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan tanda fathah, kasrah dan dammah dikatakan sebagai tanda vokal pendek. Pendirian ini jelas menunjukkan bahawa sistem bunyi bahasa melayu yang betul dan benar, tidak terdapat konsep panjang-pendek vokal seperti yang dihujahkan oleh penulis sebelum ini. ZaÊba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen apa-apa sebagai penanda panjang-pendek bunyi bagimana-mana grafem, vokal dalam sistem ejaannya. Ismail Dahaman (ibid:235) telah meringkaskan aturan keserasian huruf vokal dalam ejaan ZaÊba seperti yang berikut: (i) Grafem <e> digunakan pada suku kata yang ditutupi <h> atau <k> tanpa mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir, misalnya aleh, adek, pileh, puteh. (ii) Grafem <e> digunakan juga pada suku kata akhir ditutupi pada suku kata akhir konsonan selain <h> atau <k> sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /e/ atau /o/ misalnya seret, lereng, chomel, monyet.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 141 (iii) Grafem <i> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain <h> atau <k> sekiranya suku kata pra-akhir mengandung /a/, / /, /i/ atau /u/ misalnya nasib, chinchin, ghaib, saing. (iv) Grafem /i/ digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi <k> sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/, misalnya baik, naik. (v) Grafem <o> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi <h>, <k>, <ng>, atau <r> tanpa mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir., misalnya basoh, hidong, ukor. (vi) Grafem <o> digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain <h>, <k>, <ng>, <r> sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /e/ atau /o/, misalnya belot, bolot, gomol. (vii) Grafem <u> digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain <h>, <k>, <ng>, <r> sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /a/, / /, /i/, u/, misalnya bakul, hidup, huruf, kaut, laut. (viii) Grafem <u> digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan <h>, <k>, <ng>, <r> sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/ misalnya jauh, sauk. Terdapat tiga bunyi diftong dalam sistem ZaÊba, iaitu /ai/, /au/, dan /oi/ yang dilambangkan dengan <ai>, <au>, dan <oi>. Diftong wujud dalam suku kata terbuka. Diftong yang hadir selepas vokal dapat dilihat pada perkataan yang berikut : piai, kiai, Riau, buai, muai. Fonem Grafem Contoh Kata /ai/ <ai> murai, kedai, tapai /au/ <au> kachau, surau, pisau /oi/ <oi> kaloi, amboi, tampoi Huruf konsonan pula, senarai grafem Rumi dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan pada pemadanan dengan huruf Jawi seperti yang berikut: 1. Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi <h> <k> <s> <t> <z>

142 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2. Digraf Rumi yang sepadan dengan huruf jawi tunggal <ny> <ch> <kh> <th> <sh> <gh> <dh> <dz>.. 3. Tanda koma di atas kiri  yang disepadankan dengan huruf ain dan sebagai tanda bagi bunyi vokal nasal. 4. Grafem Jawi tunggal yang lain yang sepadan satu lawan-satu dengan huruf Jawi. <b > <d> <f> <g> <j> <l> <m> <n> <p> <r> <w> <y> Huruf <c>, <g>, <v> dan <x> tidak digolongkan sebagai grafem Rumi kerana digunakan bagi kata daripada bahasa Inggeris sahaja. 7.3.2 Ejaan Rumi Kongres Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi. Oleh itu kertas kerja Asraf mencadangkan perkara-perkara yang berikut (Abdul Jalil Haji Anuar : 1999):

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 143 (i) (ii) (iii) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan dalam pelaksanaan. Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus dipermudah-mudahkan. Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya satu dan sama sahaja, atau sekurang-kurangnya pokok dasar serta asalnya sama, iaitu bahasa Melayu. Sistem Ejaan Kongres menurunkan peraturan mengeja dalam huruf Rumi menggunakan kaedah yang berikut: (a) Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya a diberi a seperti a dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada a,e,é,i,o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e pepet. Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (é). Huruf e bertanda ini diberi nama e taling misalnya sémak, lépak, léhér. Penggunaan e tanpa tanda lebih banyak daripada é bertanda. (b) Konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal a. Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, //, //, /p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/ digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman. Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila: (a) Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata. (b) Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja, atau pun huruf vokal bersama satu huruf konsonan, baik konsonan itu berada di hadapan atau di belakang vokal letaknya, atau pun dengan satu vokal di tengah-tengah dua huruf konsonan. (c) Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan letaknya, maka itu bererti dua suku kata. (d) Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi tidak lebih daripada satu vokal. (e) Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata yang terjadi daripada kombinasi itu disebut suku kata mati. Jika vokal itu di belakang, suku kata itu disebut suku kata hidup.

144 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Konsonan yang digunakan dalam ejaan ini seperti ejaan lain, iaitu hendaklah diikuti oleh vokal. Dalam sistem ejaan ini, tidak dibenarkan membentuk konsonan kluster kecuali untuk kata pinjaman daripada bahasa Barat. Bagi kata yang berasal daripada bahasa Arab, kata tersebut hendaklah dieja mengikut peraturan ejaan Rumi Bahasa Melayu. Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi (maksudnya fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. (a) Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika dengan berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan. (b) Fonem /h/ pada tengah tidak boleh digugurkan jika diapit oleh vokal yang sama. (c) Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit oleh vokal yang tidak sama. (d) Fonem /h/ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan memang tidak ada fonem /h/ pada katanya yang asal. (e) Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali memang fonem tersebut todak ada pada katanya yang asal. Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk: (a) Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah sampai ke hujung baris. (b) Menulis kata ulang. (c) Menyambung beberapa kata majmuk. Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka. 7.3.3 Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia- Indonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 145 Dalam rundingan itu beberapa perkara telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemajuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya itu adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama itu ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua belah pihak itu pada hari ini dalam tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya adalah bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya dari kerajaan kedua-dua buah negara. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam upacara pelancaran ini ialah Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak b. Rahiman dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu ini adalah hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dahulu lagi citacita menyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama dan memberi faedah kepada kedua-dua negara. Di samping itu, ini juga bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan perkembangan-perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus tahun. Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902, apabila tulisan Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson. Sistem ini kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun. Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 satu sistem ejaan yang dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk. Malangnya, sistem ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar untuk diikuti.

146 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa rundingan diadakan antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Kemudiannya pada tahun 1966, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan siri-siri rundingan baru dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuannya pada 27 Jun 1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama Malaysia/Indonesia. Perlaksanaan sistem ini juga terpaksa ditangguh sehingga bulan Jun 1972, satu rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman telah pergi ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Ibu Dra. Mulyadi. Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju berdasarkan kepada semangat keputusan 1967. Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa depan. Ini adalah satu kejayaan yang amat besar maknanya bagi masa hadapan keduadua bahasa Malaysia-Indonesia. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa. PUEBM (1975) telah menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu: (i) Pemakaian huruf: (a) Senarai abjad Rumi yang dipakai; (b) Lima huruf vokal a,e,i,o,u dan pola keserasian vokal dalam suku kata pertama dan akhir tertutup, iaitu vokal u dan i digunakan pada suku kata akhir tertutup jika vokal pada suku kata bukan akhir bukan o atau u, dengan satu kekecualian yang tidak mematuhi keserasian itu, iaitu dalam ejaan kata pinjaman, sama ada dari Asia atau Barat (misalnya aneh, lakon, pamer, perabot, tulen, traktor, karbon) (c) Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi. (d) Huruf konsonan yang berjumlah 26 termasuk q dan x bagi menulis istilah dan huruf k untuk melambangkan huruf Jawi Ain dan Hamzah, iaitu b,c,f,g,gh,h,j,k,l,m,n,ng,ny,p,q,r,s,sy,t,v,x,y,z. (ii) Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain dan juga senarai pola persukuan kata bahasa Melayu.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 147 (iii) Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan pedoman ejaan baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus untuk mengekalkannya. (iv) Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12 kaedah dan huruf miring yang mengandungi tiga kaedah ejaan. (v) Penulisan yang terdiri daripada: (a) Kata dasar yang dieja terpisah (b) Kata turunan, iaitu dibentuk daripada imbuhan dengan kata dasar yang dieja secara bercantum kecuali jika bentuk imbuhan yang dipinjam diletakkan di hadapan huruf besar, maka dieja dengan sempang (pan- Afrikan, pan-asian) (c) Kata gandaan yang dieja menggunakan sempang di antara bentuk yang diganda dan angka dua tidak boleh digunakan. (d) Kata ganti singkatan ku, kau, mu dan nya ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahulu atau mengikutinya. (e) Kata depan di, ke dan dari ditulis terpisah daripada perkataan yang mengikutinya. (f) Kata panggilan si dan sang dieja terpisah. (g) Partikel lah, kah, tah dieja berangkai dengan perkataan yang mendahuluinya, manakala pun dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang pada kelazimannya ditulis bercantum misalnya adapun, walaupun, bagaimanapun. (h) Kata gabungan dieja dengan dua cara, iaitu secara terpisah dan secara bercantum. Kata yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu bentuk rangkai kata umum termasuk istilah (air hujan, kapal terbang), bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati, ibu, bapa), dan bentuk simpulan bahasa (buah hati, anak emas). Kata yang dieja berangkai pula terdiri daripada beberapa bentu. Pertama, semua bentuk gabungan yang dieja terpisah apabila menerima gabungan apabila menerima imbuhan hendaklah ditulis bercantum. Kedua, gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata yang tersenarai sepenuhnya dalam daftar ejaan Rumi Bahasa Malaysia tetap dieja sebagai satu perkataan kecuali yang tidak tersenarai, dieja terpisah. Ketiga, gabungan kata yang dieja terpisah apabila digandakan hanya bahagian pertama kata yang diulang. Bahagian akhir dalam sistem ejaan adalah yang berkaitan dengan tanda baca. Aspek yang diperkatakan ialah penggunaan tanda titik, tanda koma, tanda koma bertindih, tanda sempang, pisah elipsis, tanya, tanda kurung, tanda kurung siku, tanda petik, tanda petik tunggal, tanda ulang, tanda garis miring dan penyingkat.

148 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan sentiasa dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga dikemaskinikan oleh DBP melalui persetujuan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang sekretariatnya juga ialah DBP. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perkembangan tulisan bahasa Melayu kini sentiasa dipantau dan diawasi perkembangannya selari dengan perkembangan ilmu semasa. AKTIVITI 7.2 (a) Bezakan antara ejaan kongres dan ejaan ZaÊba. (b) Bincangkan tentang kemunculan Ejaan Universiti Malaya yang dilaksanakan di Universiti Malaya pada 1 Januari 1971. SEMAK KENDIRI 7.2 Bincangkan peranan ZaÊba dalam perkembangan tulisan Rumi bahasa Melayu. 7.4 PEDOMAN EJAAN KATA PINJAMAN Dalam proses perkembangan bahasa Melayu, banyak pengaruh daripada dunia Melayu telah menyerap masuk khususnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Secara kasar kata pinjaman bahasa Inggeris dapat dikelaskan kepada dua golongan, iaitu kata-kata yang telah meresap masuk sejak dahulu lagi. Kata-kata ini tidak dirancang pengambilannya. Oleh itu, kata ini tidak menunjukkan ejaan yang seragam malah ada yang telah disesuaikan dengan sebutan lidah Melayu misalnya preman, joli, buku, sekolah dan lain-lain. Kumpulan kedua ialah katakata yang dirancang pengambilannya khususnya istilah. Ejaan kata-kata ini lebih mirip kepada ejaan asal dalam bahasa Inggeris misalnya asid, aktiviti, diploma, kritik dan lain-lain. Kaedah penulisan kata pinjaman bahasa Inggeris ini mengikut pola yang telah ditentukan. Pemilihannya tidak terbatas kepada umum sahaja tetapi juga meliputi istilah dalam bidang khusus. Pola-pola tersebut ialah: 1. a tetap a album album plastic plastik

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 149 2. a menjadi e (bagikatakatayangtelahlamaterserapkedalambm) acre ekar agent ejen allowance elaun apple epal 3. ai menjadi e campaign kempen mail mel train tren mosaic mosaik kecuali bagi trailer tetap dieja trailer 4. au tetap au audit menjadi audit auditorium auditorium autonomy autonomi 5. c (sebelum vokal a,u,o konsonan) dilafazkan sebagai (k) menjadi (k) classic menjadi klasik coat kot cocoa koko cube kiub 6. c (sebelum e, i, dan y) yang dilafazkan sebagai (s) menjadi (s) ceiling menjadi siling cent sen circus sirkus 7. cc menjadi k account akaun accordian akordian 8. ch yang dilafazkan (c) menjadi (c) charge chart March caj carta Mac

150 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 9. ch yang dilafazkan sebagai (k) menjadi (k) architect menjadi arkitek mechanic mekanik scheme skema 10. cl menjadi kl classic klasik clinic klinik clause klausa kecuali class dan club menjadi kelas dan kelab 11. e tetap e economy ekonomi electric elektrik emotion emosi 12. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata digugurkan arcade menjadi arked brake brek cake kek case kes 13. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata menjadi a caste menjadi kasta note nota scale skala 14. ea tetap ea creative menjadi kreatif gear gear ideal ideal 15. ea yang dilafakan (i) menjadi i beefsteak menjadi bifstik cream krim peas pis kecuali sergeant menjadi sarjan 16. ee menjadi i beer menjadi bir jeep jip puree puri

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 151 17. ei tetap ei atheist menjadi ateis protein protein kecuali receipt menjadi resit 18. eo tetap eo geometry menjadi geometri neon neon stereo stereo 19. eu tetap eu neutral menjadi neutral petroleum petroleum kecuali amateur dan museum menjadi amatur dan muzium 20. ew menjadi u pewter menjadi piuter screw skru kecuali stew tetap stew 21. f tetap f fact menjadi fakta focus fokus formal formal kecuali fiesta dan freeman menjadi pesta dan preman 22. g tetap g gas menjadi gas glass gelas goal gol kecuali bagi kata yang sudah lama terserap ke dalam BM seperti general, margarine, giraffe menjadi jeneral, majerin, zirafah. 23. i tetap i individual menjadi individu script skrip unit unit kecuali pencil menjadi pensel

152 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 24. i yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai file menjadi fail pipe paip slide slaid 25. ia tetap ia dialect menjadi dialek piano piano radiator radiator 26. ie tetap ie diesel menjadi diesel oriental oriental orientation orientasi kecuali bagi kata fiesta, plier dan science menjadi pesta, playar dan sains. 27. ie pada akhir kata menjadi i calorie menjadi kalori coolie kuli 28. io tetap io polio menjadi polio radio radio studio studio 29. iu tetap iu aquarium menjadi akuarium premium premium stadium stadium 30. ng tetap ng congress menjadi kongres singlet singlet dubbing dabing 31. o tetap o note menjadi nota editor editor sector sektor

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 153 32. oa menjadi o boat menjadi bot cocoa koko goal gol 33. oo yang dilafazkan (u) menjadi u monsoon menjadi monsun cartoon kartun taboo tabu kecuali book menjadi buku 34. ou yang dilafazkan (u) atau (e) menjadi u coupon menjadi kupon journal jurnal soup sup 35. ou yang dilafakan (au) menjadi au counter menjadi kaunter pound paun accountant akauntan 36. q menjadi k quiz menjadi kuiz squash skuasy squadron skuadron 37. s tetap s gas menjadi gas stamp setem salad salad 38. sc menjadi sk scale menjadi skala scope skop script skrip sc dilafazkan (s) bagi science menjadi sains 39. sch menjadi sk scheme menjadi skema scolastic skolastik kecuali school menjadi sekolah

154 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 40. th menjadi t ethics menjadi etik marathon maraton theory teori 41. u menjadi a bus menjadi bas custom kastam truck trak 42. u tetap u cushion menjadi kusyen republic republik university universiti 43. u yang dilafazkan (iu) menjadi iu cube menjadi kiub fuse fius tube tiub 44. ue di akhir kata menjadi u glue menjadi glu issue isu 45. ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan antique menjadi antik cheque cek catalogue katalog 46. ui menjadi u biscuit menjadi biskut juice jus recruit rekrut 47. v menjadi b (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM dan telah mantap ejaannya) governor menjadi gabenor private prebet violin biola

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 155 48. v tetap v novel menjadi novel vitamin vitamin university universiti 49. x yang tidak terletak pada awal kata menjadi ks express menjadi ekspres maximum maksimum sex seks tetapi x di awal perkataan tetap x seperti x-ray 50 y yang tidak terletak pada awal kata menjadi i harmony menjadi harmoni lorry lori 51. y yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai style menjadi stail type taip kecuali nylon menjadi nilon 52. z tetap z zinc menjadi zink zip zip 53. Konsonan ganda menjadi konsonan tunggal aggresive menjadi agresif battery bateri lorry lori 54. Kata yang terdiri daripada suku kata ditambah a di hujungnya lens menjadi lensa lymph limpa pulpa palpa kecuali bag (beg), brake (brek), gas (gas), golf (golf) film (filem), plan (pelan)

156 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI AKTIVITI 7.3 Huraikan bagaimanakah ejaan akhir kata pinjaman bahasa Inggeris dieja. SEMAK KENDIRI 7.3 Huraikan peraturan yang telah ditetapkan oleh JKTBM dalam pengejaan kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 (Mohd. Naim Daipi, 1990:28) di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi. Senarai terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda. ZaÊba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai huruf saksi (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf vokal. Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi. Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 157 Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Cornelius de Houtman Fonem Grafem Huruf saksi Kata pinjaman Konsonan Pedoman umum ejaan rumi Pigafetta Thomas Bowrey Van Ophuijsen Vokal Wilkinson ZaÊba Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, November 1992 hlm. 1060-1967. Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman (1991). Ejaan rumi Wilkinson (1904) dlm. Jurnal Bahasa, Februari 1991 hlm. 115-126. Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan ZaÊba. Jurnal Bahasa, Jun 1991 hlm. 507-522. Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan rumi baharu. Jurnal Bahasa, September 1991 hlm. 791-810.

158 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Arkib Negara: Hari Ini dalam sejarah http://hids.arkib.gov.my/doc/2003/jun/27_06_1967_2003.htm) dipetik pada 1 Julai 2008.