Pengikut Jesus Ke 13 Al Hawwari Al Thalith Ashar. Sayed Ahmad Al Hassan Wasi dan Utusan Imam Al Mahdi. Bukan terjemahan rasmi

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Benar sekali Allah memberi informasi dalam Quran dan lebih-lebih melalui lisan RasulNya Muhammad SAW tentang siksa dan nikmat kubur.

Matematika

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Sebaran Peluang Gabungan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Mana gereja Christian sebenar hari ini?

Bab 1 Mekanik Struktur

Pengantar Proses Stokastik

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Pengantar Proses Stokastik

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus Multivariabel I

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

A. Distribusi Gabungan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Bacaan Doa dan Dzikir serta Taubat pilihan

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Tegangan Permukaan. Kerja

TIGA ASAS UTAMA א א. Oleh: SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMI.. (Bahasa Malaysia)

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

DAFTAR ISI KANDUNGAN

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

47 Persoalan. Qadar dan Qadha. Hafiz Firdaus Abdullah

RUKUN IMAN. Disediakan Oleh: Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah. (Bahasa Malaysia)

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Adakah Yesus seorang Kristian atau Muslim? Oleh : Abo Kareem El-Marakshy

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Tanda-tanda Allah di Langit dan di Bumi

Pumping Lemma. Semester Ganjil 2013 Jum at, Dosen pengasuh: Kurnia Saputra ST, M.Sc

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Persamaan Diferensial Parsial

Ciri-ciri Taburan Normal

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

Kuasa Dua Tensor Yang Tak Abelan bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

HMT Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak

MA4181 PENGANTAR PROSES STOKASTIK Bab 2 Peluang dan Eks

BAB KEEMPAT KONSEP PENYEDIAAN MODUL ASAS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

JIKA MEREKA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W,

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

BAB 4 METODOLOGI PENTAFSIRAN SHEIKH MUHAMMAD IDRIS AL- MARBAWI 4.1 METODOLOGI PENTAFSIRAN AL-MARBAWI

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BERBAKTILAH KEPADA IBU & BAPA

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

TATACARA WUDUK DAN SOLAT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

Khotbah Jum at CATATAN. Vol. II, Nomor 3 16 Hijrah/Mei Pemimpin Redaksi & Penanggung Jawab: Ahmad Supardi

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Pengantar Proses Stokastik

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS

LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP (Oleh : Asy-Syaheed Sayyid Qutb)

BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK. perbezaan pemikiran berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya isu-isu yang boleh

Transcript:

Pengikut Jesus Ke 13 Al Hawwari Al Thalith Ashar Sayed Ahmad Al Hassan Wasi dan Utusan Imam Al Mahdi Bukan terjemahan rasmi

Pendahuluan Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Solawat dan salam pada Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi. Jesus AS atau dikenali sebagai Isa AS di dalam lidah Arab adalah seorang figur yang sangat penting dalam agama Samawi Kristian dan Islam. Kristian menganggap beliau sebagai Tuhan mutlak sementara Islam pula menyebutkan beliau sebagai seorang Nabi yang agung. Kitab Pengikut Jesus ke 13 ini memuatkan soalan dan jawaban dari Sayed Ahmad Al Hassan, berkaitan pelbagai tafsiran di dalam Gospel/ Injil, namun kemuncak yang paling menarik adalah bagaimana beliau mengupas isu penyaliban Jesus serta menerangkan dengan pelbagai dalil pembuktian bahawa Jesus tidak disalib dan seseorang yang lain telah diserupakan kepada beliau AS, lalu dibunuh dan disalib bagi pihaknya. Pembuktian pembuktian ini sekaligus membuktikan ilmu Sayed Ahmad Al Hassan dan seterusnya menunjukkan bahawa beliau adalah apa yang apa yang di dakwakan, iaitu utusan Ilya kepada Yahudi, utusan Jesus kepada Kristian, dan utusan Imam Mahdi AS kepada Muslimin. Bab satu sehingga bab lima adalah nota ringkasan kepada tulisan Sayed Ahmad AS sementara bab seterusnya adalah terjemahan penuh, namun bukanlah terjemahan rasmi. Ianya hanyalah hasil kerja kami yang penuh kefakiran dan kesalahan, yang berniat mahu mengongsikan mutiara ilmu yang penuh berharga. Mohon dimaafkan segala kesalahan jika ada. Akhir kata, semoga para pembaca sekalian beroleh petunjuk dari Tuhan dan nampak akan kebenaran Seruan Ahmad Al Hassan. Sekian terima kasih.

Bab 1: Siapakah Singa Dan Kambing Di Dalam Mimpi John Soalan 1: Di dalam beberapa kitabnya, Sayed Ahmad AS menafsirkan 24 orang pemimpin dalam mimpi Yohanes sebagai 12 orang Imam dan Mahdi yang disebutkan dalam wasiat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, siapakah anak domba yang disalib di dalam mimpi tersebut yang berada di tengah tengah mereka, dan siapakah yang mereka seru? Jawaban: Ayat yang berkenaan Kitab Wahyu Bab 4: 2 Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu. 3 Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud. 4 Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas. 5 Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh tujuh Roh Allah. Dan di dalam Bab 5: 1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. 2 Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, Siapakah yang layak

memecahkan meterai meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini? 3 Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 4 Aku menangis tersedu sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 5 Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu. 6 Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia. 7 Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 8 Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa doa umat Allah. 9 Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah. 10 Engkau sudah menjadikan mereka imam yang mengabdi kepada Allah kita, dan memerintah di dunia. 11 Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu ribu dan berjuta juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat empat makhluk, dan para pemimpin itu. 12 Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan,

penghormatan, kemuliaan, dan pujian. 13 Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut pendeknya semua makhluk di alam semesta ini menyanyi, Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama lamanya! 14 Keempat empat makhluk itu menjawab, Amin! Para pemimpin itu pun bersujud serta menyembah Allah dan Anak Domba itu. Di dalam bab 14: 1 Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama sama Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama Nya dan nama Bapa Nya. 1. Jelas dari ayat ayat di atas, orang yang digambarkan pada suatu masa sebagai singa dan sebagai anak domba di masa yang lain adalah sebahagian dari 24 orang pemimpin tersebut. Dan orang yang duduk di atas satu takhta itu adalah orang terbaik di kalangan semua mereka, dan mendominasi mimpi ini. Dan 24 orang pemimpin yang duduk di atas takta ini adalah orang yang paling dekat kedudukannya dengan pemilik takhta tersebut. (Nota: Total takhta yang disebut dalam ayat ayat di atas adalah 25, di mana ada satu takhta yang mempunyai kedudukan lebih tinggi dari 24 takhta yang lain.) 2. Oleh itu, anak domba yang dibunuh tersebut bukanlah lebih baik dari yang duduk di atas takhta, mahupun ia bukanlah lebih baik dari 24 takhta yang lain.

3. Namun kita dapati anak domba ini layak mengambil naskah dari orang yang duduk di atas takhta, jadi macam mana dia boleh ambil naskah tersebut, sedangkan dia tidak lebih baik dari 24 takhta tersebut? 4. Oleh itu, anak domba yang dibunuh ini, mestilah merupakan simbol kepada salah seorang dari 24 pemimpin tersebut. 5. Jika ada orang pertikai, macam mana anak domba ini boleh mewakili salah seorang dari 24 orang ini, sedangkan 24 orang ini merupakan entiti yang berbeza dengan anak domba tersebut, Sayed Ahmad AS kata, ini mimpi, macam macam boleh jadi. Kalau nak ikut logik, maka mimpi ini sendiri boleh ditolak. 5 Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu. 6 Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia. 7 Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 6. Jadi singa dan anak domba yang disembelih adalah simbol bagi orang yang telah menang dan berjaya membuka gulungan naskah, dan kedua ini adalah orang yang sama dan sebahagian dari 24 orang pemimpin tersebut.

7. kemenangan memecahkah tujuh buah menterai, yang memerlukan keberanian, kekuatan dan dedikasi, singa adalah simbolnya. Sementara kejayaan membuka gulungan naskah pula, yang memerlukan pengorbanan, disimbolkan oleh anak domba yang disembelih. Tiada percanggahan antara kedua darjat ini. 8. Kekuatan jiwa datang dari pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran apabila diuji dengan kezaliman. 9. Kristian menafsirkan anak domba yang dibunuh ini adalah Yesus(Isa) AS. Namun ini terbatal apabila mereka juga mempercayai bahawa yang duduk di atas takhta itu adalah Allah. Maha suci Allah dari apa yang mereka katakan. 10. Penafsiran mereka telah memberi had kepada Allah SWT dan membatalkan Ketuhanannya. Sayed Ahmad AS meminta kita merujuk Kitab Tauhid di mana beliau telah membatalkan aqidah agama agama lain 11. Sayed Ahmad AS: Menurut kami, yang duduk di atas takhta itu adalah Muhammad SAW dan di sekeliling baginda adalah 24 orang pemimpin juga duduk di atas takhta takhta. Mereka adalah khalifah Allah di muka bumi, para Imam dan Mahdi yang disebutkan di dalam wasiat Nabi SAW

Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS Soalan: Gereja menafsirkan "Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS" sebagai Isa/Jesus AS. Adakah ini benar? Soalan anda tentang Tunas ini disebutkan di dalam Kitab Yesaya(Isaiah). 1 Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. 2 Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. 3 Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. 4 Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan. 5 Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. 6 Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama sama, dan kanak kanak akan menjaga semuanya. 7 Lembu dan beruang akan makan bersama sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu. 8 Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa. 9 Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air. 10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja

Daud akan menjadi tanda kepada bangsa bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. 11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa Nya untuk membawa kembali umat Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau pulau. 12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang. 1. Tafsiran Kristian bahawa orang yang akan lahir ini adalah Isa AS adalah batil, bercanggahan dengan teks serta ideologi mereka. 2. Kristian percaya Isa AS adalah tuhan, jadi dalam teks di atas, bagaimana Isa AS disebut mentaati TUHAN, menghormati Tuhan dan dikurniakan oleh TUHAN? Mereka akan membuat takwilan, namun Sayed Ahmad AS sudah membatalkan ideologi mereka dalam kitab Tauhid. 3. Tambahan pula, Isa AS tidak memerintah dan bukan pula menjadi hakim pada zamannya, dan beliau tidak dapat menegakkan keadilan dan kesaksamaan pada orang yang tertindas, jadi bagaimana teks di atas boleh dirujukkan pada Isa AS? 4. Apa yang digambarkan di dalam teks tersebut tidak terjadi di zaman Isa AS, sebuah zaman yang digambarkan penuh dengan keamanan, keharmonian, keadilan, semua ini tidak terjadi di zaman Isa AS. 5. Keseluruhan teks tersebut jauh dari apa yang diwakili Isa AS dan apa yang terjadi di zamannya.

Adakah Isa AS mengumpulkan orang yang terbuang dari Israel (Yaakob pada mereka) Adakah Isa AS mengumpulkan yang berserakan dari Yehudah (Anak Yaakob pada mereka) 6. Jika mereka mengatakan Isa AS menyeru mereka dan mengumpulkan mereka dengan keimanan, maka ini juga batal, kerana seruan Isa AS dari mula sehingga pengangkatannya tidak melepasi beberapa kota. 7. Sedangkan berdasarkan teks ini, pada zaman individu yang akan diutuskan ini, manusia dari seluruh pelusuk bumi, walaupun jauh dari tempat beliau diutuskan juga akan beriman dengannya. Rujuk semula teks tersebut: 12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang. 8. Perkataan Yehuda atau Judah maksudnya "Pujian" atau "Ahmad" di dalam bahasa Arab. Dalilnya: 35Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, Kali ini aku akan memuji TUHAN. Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama. 9. Dan Israel bermaksud "Abdullah" dalam bahasa Arab, iaitu Hamba Allah. Jadi Sayed Ahmad AS menyusun semula ayat di atas seperti berikut:

12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Abdullah dan Ahmad yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang. 10. Dan ada riwayat dari Ahlulbait AS yang menyebutkan sahabat Imam Mahdi AS yang dikumpulkan seperi awan. ع ل ي ب ن ا ب ر اه يم ع ن ا ب يه ع ن اب ن ا ب ي ع م ي ر ع ن م ن ص ور ب ن ي ون س ع ن ا س م اع يل ب ن ج اب ر ع ن ا ب ي خ ال د ع ن ا ب ي ج ع ف ر ع ف ي ق و ل ا الله ع ز و ج ل ف اس ت ب ق وا ال خ ي رات ا ي ن ما ت ك ون وا ي ا ت ب ك م ا الله ج م يعا ق ال ال خ ي ر ات ال و لا ي ة و ق و ل ه ت ب ار ك و ت ع ال ى ا ي ن ما ت ك ون وا ي ا ت ب ك م ا الله ج م يعا ي ع ن ي ا ص ح اب ال ق اي م ال ثلا ث م اي ة و ال ب ض ع ة ع ش ر ر ج لا ق ال و ه م و ا الله الا مة ال م ع د ود ة ق ال ي ج ت م ع ون و ا الله ف ي س اع ة و اح د ة ق ز ع ك ق ز ع ال خ ر يف Dari Abu Jaafar a.s tentang firman Allah swt: "Oleh itu berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, maka Allah tetap akan membawa kamu bersama (2:148). Beliau a.s bersabda: Al Khairat(kebaikan) bermaksud wilayah. Dan "dimana sahaja kamu berada, Allah akan membawa kamu bersama" bermaksud para sahabat Al Qaim yang berjumlah lebih sedikit dari tiga ratus sepuluh orang Demi Allah Dia akan mengumpulkan mereka dalam satu masa seperti awan sirus di musim luruh." (Al Kafi)

Bab 3: Wanita Diselimuti Matahari Dan Bulan Soalan 3: Imam Ahmad Al Hassan telah menerangkan bahawa wanita yang berpakaian matahari dan bulan di dalam mimpi John/ Yohannes, adalah ibu Imam Mahdi AS. Bagaimanapun para paderi dan gereja menyatakan sebaliknya. Jadi, bagaimana beliau AS membuktikan perkataannya? Jawaban Sayed Ahmad AS: Bahagian Pertama Soalan di atas adalah berkaitan ayat berikut: Kitab Wahyu, Bab 14 1 Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. 2 Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan. 5 Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta. 11Saudara saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.

12 Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit. 13Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu. 17Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus 1. Kristian menafsirkan "wanita" dalam ayat diatas sebagai gereja. Sayed Ahmad AS mengatakan ini jauh dari kebenaran. Sedangkan pendeta Kristian juga menafsirkan Isa AS sebagai anak gereja. Namun hakikatnya Isa AS diutuskan sebelum wujud atau adanya institusi gereja. 2. Dan menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS juga adalah tidak tepat, kerana: Jika wanita itu adalah Mariam AS, maka siapa anaknya? Siapakah 12 bintang, matahari dan bulan? 3. Jika mereka menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS, maka mereka memerlukan 15 lagi watak untuk menafsirkan mimpi ini dengan tepat. 4. Dan adakah Isa AS " memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi"?

5. Atau adakah Mariam AS mempunyai zuriat lain selain Isa AS yang dikenali sebagai pelindung agama, iaitu sebagai seorang Rasul atau Khalifah? Yang akan sentiasa diperangi oleh syaitan seperti yang disebut dalam mimpi di atas. Tiada 6. Seperkara lagi, mimpi selalunya akan menerangkan perkara masa hadapan, kerana jika ia menerangkan perkara kelmarin contohnya, atau perkara yang sudah terjadi, maka ia akan kehilangan makna atau tujuan. Sebabnya, kebanyakan orang dah tahu perkara yang terjadi sebelumnya. 7. Mimpi John/Yohannes terjadi lama selepas Mariam AS melahirkan Isa AS, maka telah sempurna misi Isa AS dan beliau telah diangkat. Jadi mimpi Yohannes adalah berkaitan perkara ghaib, yang akan terjadi di masa hadapan, bukan perkara sejarah yang sudah terjadi. 8. Apa yang telah disebut sebelum ini, semuanya menafikan wanita ini sebagai Mariam AS. Perkara Kedua 1. Sebelum Sayed Ahmad AS menerangkan makna mimpi ini, beliau menekankan bahawa mimpi adalah kata kata Tuhan. Seperti juga kata katanya dalam Taurat, Injil, dan Quran, maknanya berbeza pada waktu dan tempat yang berbeza.

2. Matahari mungkin boleh membawa maksud Nabi dan Rasul di satu tempat, namun maksudnya boleh jadi juga sebagai ibu bapa dalam mimpi yang lain. Mungkin kita melihat seseorang tertentu dalam mimpi, tetapi bukan orang itu yang dimaksudkan. (Contoh: Ana(auzubillahi minal ana) pernah bermimpi berjumpa Sayed Khamenei dan makan bersamanya. Mungkin benar itu adalah orangnya, mungkin tidak, mungkin Aimmah AS, yang datang dalam bentuk Sayed Khamenei) 3. Jadi mimpi adalah firman Allah, ia boleh dalam bentuk simbol, tanda tanda isyarat, hikmah Illahi seperti mana wahyu, kata kata para Nabi dan firman Allah SWT dalam kitab kitab suci. Sayed Ahmad AS menyambung, bahawa jika perkara ini sudah jelas, maka: 4. Wanita di dalam mimpi tersebut adalah ibu kepada Imam Mahdi AS pada satu waktu, kerana beliau dikelilingi oleh matahari, bulan dan 12 bintang, iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, dan semua Imam sehinggalah Imam Mahdi AS, total = 14. 5. Anak yang akan wanita ini lahirkan adalah Mahdi Pertama, yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW. Jadi jumlah keseluruhan menjadi 15 seperti yang disebutkan dalam mimpi ini, syaitan dari kalangan jin dan manusia memerangi keturunan wanita ini, kerana mereka semua adalah khalifah Allah di muka bumi. 6. Gambaran wanita ini melahirkan seorang anak yang tidak terus daripadanya, maka realitinya, wanita ini melahirkan Imam Mahdi AS iaitu asal semua para Mahdi. 7. Ambil perhatian bahawa mimpi ini boleh berubah maksudnya di waktu yang lain, kerana wanita ini melahirkan orang yang sama, iaitu paksi kepada mimpi ini. Maka di waktu lain, wanita ini boleh juga merupakan Fatimah AS, dan 15 orang itu adalah

bapanya, ibunya, suaminya, dan 11 Imam dari anak anaknya, dan rahsia yang yang diamanahkan kepadanya, iaitu Imam ke 12, Imam Mahdi AS, paksi kepada mimpi ini.

Bab 4: Cara Mengenal Khalifah Allah Dari Taurat Dan Injil Soalan 4: Taurat telah menyebut kedatangan Isa AS. Jadi di manakah janji kedatangan Muhammad SAW? Jawaban: 1. Sayed Ahmad AS mempertikaikan akan keperluan kepada penyebutan nama secara direct, kerana nama Isa AS atau Yeshua(dalam bahasa Ibrani) juga tidak disebut secara direct dalam Taurat. 2. Jadi yang tinggal hanyalah simbol yang menunjukkan kepada kenabian Muhammad, seperti mana pihak Kristian menafsirkan ayat ayat simbol yang dikatakan merujuk kepada kemunculan Isa AS. (Contoh, Yesaya 7:14) 3. Hujah Allah dibuktikan melalui logik akal, hikmah dan ayat ayat dari Taurat, Injil dan Quran. Sayed Ahmad AS menerangkan bahawa mesti ada keperluan kepada satu peraturan untuk mengenal Hujjah Allah di muka bumi, ini adalah lambang kebijaksanaan Illahi dan keadilannya. Jika tidak ada undang undang ini, maka makhluk yang diuji akan dizalimi serta mereka boleh beralasan bahawa tiada cara bagi mereka mengenali utusan Allah. 4. Undang undang ini ditetapkan dari awal, kerana wujudnya makhluk makhluk yang diuji dari awal penciptaan, bukan semata mata di akhir zaman, baru wujud peraturan ini. Peraturan ini sudah wujud di zaman Adam AS apabila iblis diuji dengan Adam. Maka apakah peraturan mengenalnya, seperti yang ditetapkan oleh Allah? Allah melantik Adam AS dengan satu pengumuman

Kemudian Allah mengajar Adam AS hikmah dan ilmu Akhirnya, Allah memerintahkan semua yang menyembahnya untuk sujud pada Adam AS 5. Undang undang ini adalah tiga sahaja iaitu: Wasiat, atau teks/nas Hikmah dan ilmu Panji ketuanan Allah SWT Wasiat 6. Bukalah helaian helaian Taurat, dan lihat samada para Nabi meninggalkan wasiat berkaitan penggantinya atau tidak. Di dalam kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31: 14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Engkau tidak akan hidup lama lagi. Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya. Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN. Kitab Ulangan (Numbers) Bab 33: 1 Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat Nya. Beribu ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan Nya ada api yang bernyala nyala. 3 TUHAN mengasihi umat Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan Nya, dan mentaati perintah Nya.

(Nota Kaki: Dari Kitab Penutup Para Nabi, oleh Sayed Ahmad AS, disebutkan bahawa Tuhan akan datang, terbit dan menyinari umatnya di tiga tempat iaitu Sinai, Edom dan Paran. Oleh sebab Tuhan tidak mungkin datang dan pergi, bergerak dan sebagainya, kerana Maha Tinggi Allah dari sifat tersebut, maka sifat bergerak ini merujuk kepada para manusia lantikan Allah. Sinai: Tempat manifestasi kebesaran Allah SWT pada Musa AS. Jadi ini merujuk kepada Musa AS Edom/ Seir: Merujuk kepada Jerusalem. Disebabkan ini tidak terjadi di zaman Musa AS, gereja menafsirkan ini sebagai ramalan yang merujuk kepada Isa AS. Paran: Merujuk kepada Makkah dan sekelilingnya, di mana Ismail (Ishmael) AS dan bapanya Ibrahim (Abraham) AS membina Kaabah, serta keturunan mereka tinggal di sana(menjadi orang Arab). Di sini adalah tempat kemunculan Rasul Allah Muhammad SAW. Perhatikan dari ayat Bible di atas bahawa sifat gerakan "Tuhan" ini disebutkan di dalam bentuk menaik, yakni 1. datang 2. terbit dan 3. menyinari. Sayed Ahmad AS menyebutkan rangkap ini ada disebutkan di dalam Doa Al Semat dari Imam AS. Kitab 1 Raja raja, Bab 1 33 Raja Daud bertitah kepada mereka, Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, Daulat Tuanku

Raja Salomo! 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda. 36 Baik, tuanku, jawab Benaya. Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku. Kitab 1 Raja raja, Bab 2 1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar benar mentaati semua perintah Nya dan setia terhadap Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka. #Nota kaki: Kaedah penamaan orang yang akan menggantikan mereka adalah satu kaedah yang jelas di sisi kitab Kristian juga Yahudi, malah ia juga selagi dengan Quran, Kitabullah. Sebagai contoh: Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak anaknya) katanya: "Wahai

anak anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132) Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180) #Dan sudah tentu, Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan perintah Allah SWT ini kerana mustahil baginda akan menyanggahi Quran. 7. Dan di minta juga kaum Kristian dan Yahudi berfikir, ada atau tidak para Nabi mereka berhujah membuktikan dirinya dengan ilmu dan hikmah? Berikut adalah beberapa hujah dari Quran dan Bible bahawa manusia lantikan Allah akan berhujah dengan ilmunya serta hikmah. Yusuf (Joseph) menggunakan ilmunya dalam menafsir mimpi Kitab Kejadian/ Genesis: 41:33 15 Raja bertitah kepadanya, Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi. 16Yusuf menjawab, Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku. (Kejadian/ Genesis: 41:15 16) Kemudian Firaun berkata: 33 Oleh sebab itu, sebaiknya tuanku memilih seorang yang cerdas dan bijaksana lalu memberinya kuasa untuk mengurus negeri ini.

Danial AS juga menggunakan ilmunya menafsir mimpi Raja Nebuchednezzar dari Kitab Danial 2:45 46 45 Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai. 46Kemudian Raja Nebukadnezar pun sujud di hadapan Daniel dan memerintahkan agar korban bijirin dan kemenyan dipersembahkan kepada Daniel. Isa (Jesus) AS juga serupa, dan ayat pembuktiannya dari Bible ada banyak. Salah satunya adalah dari kitab Matius 13: 54 55 54 lalu balik ke kampung halaman Nya. Di sana Dia mengajar di rumah ibadat, dan orang yang mendengar Nya hairan. Mereka bertanya, Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan seperti itu? Dari manakah dia mendapat kuasa untuk melakukan mukjizat? 55Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya? Dan dari Quran juga banyak ayat yang menunjukkan para manusia lantikan Allah dikenali melalui ilmunya. Sebagai contoh adalah Nabi Allah Ibrahim AS: " Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (Mariam 19:43) Nabi Allah Musa AS:

Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al Qasas 28:14) Nabi Allah Isa AS: Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (Az Zukhruf 43:63) Nabi Allah Muhammad SAW: Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumuah 62:2) 8. Dan para Nabi juga semua mereka menyeru kepada ketuanan Allah, ini disebutkan di dalam Taurat. Apa itu ketuanan Allah? Ringkasnya: "Hukum, undang undang serta syariat, semua penetapannya terletak di tangan Allah, dan manusia yang akan menguatkuasakan undang undang ini juga adalah ditentukan oleh Allah, manusia tidak dibenarkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri

urusan ini. Oleh itu, kita lihat semua khalifah Allah adalah diutuskan oleh Allah. Tanggungjawab manusia adalah untuk patuh kepada mereka." #Notakaki:Contoh contoh ini wujud banyak di dalam taurat. Kitab Ulangan (Deautoronomy), Bab 17: 14 Setelah kamu memiliki tanah yang akan diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan kamu sudah menetap di sana, mungkin kamu menginginkan seorang raja seperti bangsa bangsa di sekeliling kamu. 15Pastikanlah bahawa orang yang kamu pilih menjadi raja itu adalah orang yang dipilih oleh TUHAN. Raja itu mesti orang bangsa kamu sendiri. Jangan pilih orang asing menjadi raja kamu. Dan untuk Yusha bin Nun (Joshua) AS, Kitab Yosua, bab 1: 1 Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa... 10 Selepas itu Yosua mengarah para pemimpin Israel supaya... 13 Ingatlah! Musa, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan untuk menjadi tempat tinggal kamu. 16 Mereka berkata kepada Yosua, Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi. 17 Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa! 18 Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!

Al Quran juga menyebut perkara yang serupa. Sila rujuk Siri Artikel Ketuanan Allah di link berikut 1. Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia? 2. Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)? 3. Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s) 9. Lihat sahaja bagaimana Musa AS membawa orang orang beriman dari kalangan Bani Israel untuk berhijrah keluar dari Mesir, ini adalah agar dapat melaksanakan ketuanan Allah ke atas mereka. Di dalam Bible, Musa AS menjanjikan jika Bani Israel taat kepadanya, mereka akan menjadi satu umat yang suci. 5 Sekarang, jika kamu taat kepada Ku dan setia kepada perjanjian Ku, kamu akan menjadi umat Ku sendiri. Seluruh bumi ini kepunyaan Ku, tetapi kamu akan menjadi umat pilihan Ku. 6 Kamu akan menjadi umat yang ditahbiskan untuk diri Ku sendiri, dan kamu akan mengabdikan diri kepada Ku sebagai imam.." Kitab Exodus, Bab 19 Oleh kerana mereka mengingkari arahan untuk masuk ke kota suci, Allah menghukum mereka dengan perayauan selama 40 tahun. http://www.eramahdi.net/ringkasan buku 2/ 11 Umat itu tidak setia kepada Ku. Oleh itu Aku bersumpah bahawa tiada seorang pun yang keluar dari Mesir, yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke negeri yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. 12 Semua orang kena

hukuman itu kecuali Kaleb anak Yefune orang Kenas itu dan Yosua anak Nun, kerana mereka berdua setia kepada TUHAN. 13 TUHAN murka terhadap umat Israel dan membuat mereka mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, sehingga segenap keturunan yang memberontak terhadap TUHAN sudah meninggal. Kitab Numbers (Bilangan) bab 32 10. Jadi isu ini sudah selesai bagi orang berakal. Muhammad SAW datang dengan wasiat dan nas dari para khalifah sebelum baginda. Beliau juga datang dengan ilmu serta dengan misi untuk menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi. Ayat dari Kitab Perjanjian Lama yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW adalah dari kitab Genesis (Kejadian), Bab 21 14 Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba. 15 Apabila air di dalam kirbat sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar,16 lalu pergi duduk kira kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, Aku tidak sanggup melihat anakku mati. Lalu dia menangis. 17 Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Allah berkata kepada Hagar, Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. 18 Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang agung. 19 Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya. 20 Allah menyertai Ismael. Anak

itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir. 21 Ibunya mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir. 1. Seorang yang rasional pasti tidak akan mengatakan bahawa sebuah bangsa yang besar ini merujuk kepada sebuah bangsa jahiliyah yang menyembah berhala dan mengamalkan budaya pagan seperti membunuh anak perempuan dan sebagainya. 2. Jadi yang dimaksudkan dari "bangsa yang agung ini" adalah para Nabi dan pemimpin dari keturunan Ismail, iaitu Muhammad SAW dan Ahlulbaitnya AS. #Nota Kaki: Ada sesetengah tafsiran merujukkan "bangsa yang agung" kepada Bani Israel. Namun ini semua meleset, kerana disebutkan dalam Kitab Bilangan (Numbers) 14:11 12 11 TUHAN berfirman kepada Musa, Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka? 12 Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka! Juga di dalam Bible, Allah swt mendefinasikan "agung" sebagai merujuk kepada para utusannya. 30 Malaikat itu berkata kepadanya, Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.31engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus. 32 Dia akan menjadi agung

dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti Daud, nenek moyang Nya. Luke (Lukas) 1:30 32 Keagungan ini juga disebutkan untuk John The Baptist. Maka jelas dari sini, perkataan agung bukanlah untuk satu bangsa, tetapi merujuk kepada utusan Allah swt. Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurnianya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. An Nisa 4:54 Antara teks lain yang menyebut Muhammad SAW dari kitab Perjanjian Lama dan Baru adalah seperti berikut: Kitab Habakuk, Bab 3 1 Inilah doa Nabi Habakuk: 2 Ya TUHAN, aku telah mendengar tentang perbuatan Mu, rasa kagum memenuhi hatiku. Semoga Engkau melakukan lagi perbuatan Mu yang ajaib pada zaman kami. Kasihanilah kami walaupun Engkau murka.3 Engkau datang lagi dari Teman; Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran. Keagungan Mu meliputi langit; bumi penuh dengan pujian untuk Mu.4 Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan Mu, di situlah kuasa Mu disembunyikan. 5 Engkau menyuruh penyakit mendahului Mu dan mengarah maut menyusuli Mu.

#Nota Kaki: "Teman" merujuk kepada "arah kanan" atau "selatan". http://bibleatlas.org/teman.htm Maksud teks di atas: >>> Engkau datang lagi dari Teman<<< : Bermaksud Allah datang dari Yaman. >>> Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran<<< : Bermaksud orang yang suci, yang akan datang dari Makkah. # Nota Kaki # Sayed Ahmad AS kemudian menukilkan beberapa teks dari Bible yang menunjukkan perbukitan Paran adalah tanah Hijaz, Makkah. Halaman 20 13th Disciple. # Kepada mereka yang berkeras mengatakan bahawa perbukitan Paran ini adalah selatan dari Sinai(kerana perkataan Teman juga bermaksud selatan), maka Sayed Ahmad AS kata, mereka kena buktikan peristiwa besar yang terjadi di selatan Sinai selepas Musa AS dan Isa AS. Sehingga boleh disebut sebagai "kedatangan Tuhan".

# Mereka juga kena jawab apa yang disebutkan di dalam Bible, Kitab Genesis(Kejadian) 17:20 : "Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang agung." # Jadi, di manakah bangsa agung yang wujud di selatan Sinai, atau adakah mereka berittikad bahawa Allah SWT sudah memungkiri janjinya? # Sayed Ahmad AS menyebutkan: "Urusan Al Yamani bukanlah satu perkara baru, malah Muhammad SAW juga dikenali di kalangan Ahli Kitab dan dijanjikan sebagai Al Yamani. Inilah sebabnya bangsa Yahudi meninggalkan tanah suci yang sangat penting kepada mereka, dan tinggal di tanah yang dipanggil Yaman, iaitu bumi yang sejarahnya dikenali sebagai Yaman, bukan negara/kawasan yang kini dikenali sebagai Yaman. Dan Madinah juga adalah sebahagian dari Yaman. Dan Yahudi dari Yaman masih lagi menganggap ia sebagai watan mereka, kerana mereka juga dijanjikan dengan kedatangan Yamani, dan mereka menantikan beliau, iaitu Muhammad SAW dan Yamani dari keturunan baginda SAW, tepat seperti yang dijanjikan dengan sebutan Ahmad, dan ia merujuk kepada lebih dari seorang personaliti, pada waktu yang berbeza. Jadi, Yamani yang pertama diutuskan di bumi Yaman, yakni Makkah kerana ia sebahagian dari Yaman. Dan Yamani kedua dari keturunan Yamani Pertama akan diutuskan di timur, sebagai satu perjalanan pulangnya agama Ibrahim ke tempat asalnya, Iraq. Inilah sebabnya kebanyakan kuburan Imam adalah di Iraq walaupun mereka tidak dilahirkan di Iraq. Ini adalah apa yang Allah mahukan, agar ia dapat membuktikan kembalinya agama Ibrahim ke Iraq oleh Yamani yang dijanjikan oleh tiga agama."

# Oleh kerana Allah swt tidak mungkin bergerak, ke mana sekalipun, kerana ia akan menolak KetuhananNya, maka orang yang datang dari Teman/Yaman pasti bukan Tuhan. # Tambahan pula sifat yang disebut kepadanya seperti tangan tidak mungkin dapat dinisbahkan kepada Tuhan. >>.4 Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan Mu, di situlah kuasa Mu disembunyikan. 5 Engkau menyuruh penyakit mendahului Mu dan mengarah maut menyusuli Mu.<<< # Jadi yang datang itu bukan Tuhan, tetapi hamba Tuhan, Muhammad SAW dan keturunannya AS, mereka semua adalah Yamani. Mereka adalah Allah di kalangan makhluk, seperti yang diterangkan oleh Sayed Ahmad AS di banyak tempat. Muhammad SAW adalah Allah yang datang di Paran. # Isa AS sendiri menyebutkan Teman sebagai Yaman dari lisannya apabila beliau menyebut Permaisuri Yaman sebagai Permaisuri Selatan (Teman).Kitab Matthew Bab 12: 42 Pada Hari Kiamat kelak, ratu dari Selatan akan bangkit bersama sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Salomo yang bijak itu. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo! Dalam kitab Luke, Bab 11:

31 Pada Hari Pengadilan kelak, ratu dari selatan akan bangkit lalu menuduh orang zaman ini. Ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran yang bijak daripada Raja Salomo. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo! # dan ketahuilah ajaran, ilmu dan kebijaksanaan yang dibawa oleh Muhammad SAW adalah sangat agung lagi besar sehingga mustahil ia datang dari baginda, melainkan ia dari Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh penulis Kristian Perancis, Maurice Bucaille dalam bukunya, The Bible, the Quran and Science. The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge # Muhammad SAW juga menuntut dan memperjuangkan Ketuanan Allah, dan menyatakan bahawa kebenaran ada di jalan ini, serta mana mana Muslim yang meninggalkannya akan tergolong dari kumpulan yang sesat. Sayed Ahmad AS quote Hadis Nabi SAW tentang 73 kumpulan Islam. ع ن ع ب د االله ب ن ع م ر و ق ال ق ال ر س و ل االله ص.م. ا ن ب ن ي ا س ر اي ي ل ت ف رق ت ع لي ث ن ت ي ن و س ب ع ي ن م لة و ت ف ت ر ق ت ا مت ي ع لي ث لا ث و س ب ع ي ن م لة ك له م ف ي ال نار ا لا م لة و اح ي د ة ق ال و ا و م ن ه ي ي ا ر س و ل االله ق ال م ا ا ن ا ع لي ه و ا ص ح ب ي Dari Abdullah bin Amr, ia berkata. Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya kaum Bani Israil telah terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya akan masuk neraka, kecuali satu golongan. Lalu sahabat bertanya, Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, Jalan aku dan sahabatku, (Sunan al Tirmidzi, 2565)

# Jadi ciri ciri jalan kebenaran terdiri dari seorang pemimpin lantikan Allah, kerana Muhammad SAW adalah manusia lantikan Allah, yang akan memimpin para manusia yang mempercayai manusia lantikan Allah, seperti para sahabat baginda. # Yang tinggal sekarang hanyalah hujah hujah sangkaan, seperti kenapa Muhammad melakukan itu dan ini, jika dia adalah Nabi dia tidak akan buat begitu, Quran menyanggahi arabic grammar dan lain lain, yang boleh juga dihadapkan kembali kepada mana mana Nabi dan agama agama Samawi yang lain. # Seseorang yang menukar penghujahan sebelum beliau memberi respon terhadap sesuatu bukti, menafikannya dan menunjukkan bahawa ia bukanlah satu bukti, maka hakikatnya beliau telah membenarkan bukti tersebut dan ideologi yang dibantahnya, serta mengsahihkan ideologi tersebut. # Hujah hujah sangkaan ini terjawab dengan sendirinya, dan ia hanyalah ciptaan para ulama sesat untuk memastikan para pengikut mereka terus mengikut mereka secara buta. # Hujah yang paling murah para ulama sesat adalah dengan mempermainkan emosi pengikut mereka melalui bapa dan nenek moyang mereka. Selalu kita dengar mereka akan tanya, >>>Jadi bagaimana dengan bapa bapa kami, nenek moyang kami, adakah mereka tidak berada di jalan benar?<<< Atau sebelum Sayed Ahmad AS, siapa yang patut bapa dan nenek moyang kami ikuti?<<< Ini adalah hujah murahan Firaun kepada Musa AS. Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum kaum yang telah lalu?" Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di

dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa". (Ta Ha 20:51 52) Bab 5: Bilangan Dajjal (Antichrist) Soalan 5: Sesetengah orang menyebut dari Paderi Zakaria Botros setelah beliau mengira nombor 666 dari kitab wahyu, beliau mendapati "syaitan datang dari Makkah" dan niat beliau jelas. Apa pandangan Sayed Ahmad Al Hassan? Jawaban: # Sayed Ahmad mengatakan ini adalah satu pengiraan yang sia sia, kerana ayat tersebut menyebutkan bilangan nama binatang tersebut sama dengan nombor tersebut. (666) # Jadi adakah "syaitan datang dari Makkah" adalah nama seseorang? atau ia hanyalah satu susunan perkataan berdasarkan prejudis terhadap rasul Allah Muhammad SAW? # Berikut adalah teks penuh untuk difahamkan oleh setiap orang yang berakal: Kitab Wahyu Bab 13: 1 Kemudian aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut. Binatang itu mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepala tertulis satu nama yang mengkufuri Allah. 2 Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.

3 Salah satu kepala binatang itu mempunyai parut daripada luka yang parah sekali, tetapi luka itu sudah sembuh. Semua penduduk dunia kehairanan dan mengikut binatang itu. 4 Semua orang menyembah naga itu kerana naga itu sudah memberikan kekuasaannya kepada binatang itu. Mereka juga menyembah binatang itu sambil berkata, Siapakah seperti binatang ini? Siapakah dapat melawannya? 5 Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan. 6 Binatang itu mula mengkufuri Allah, nama Allah, tempat kediaman Allah, dan semua yang tinggal di syurga. 7 Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa. 8 Semua orang yang hidup di bumi akan menyembah binatang itu, kecuali orang yang nama mereka terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup. Nama nama itu ditulis sebelum dunia ini diciptakan, dan kitab itu dimiliki oleh Anak Domba yang sudah disembelih. 9 Oleh itu, jika kamu bertelinga, dengarlah! 10 Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.

11 Lalu aku nampak seekor binatang lain keluar dari dalam bumi. Binatang itu mempunyai dua tanduk seperti tanduk anak domba, dan suaranya seperti suara naga. 12 Binatang ini menggunakan kekuasaan besar binatang pertama itu di depan matanya. Semua penduduk dunia dipaksa untuk menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh. 13 Binatang kedua ini melakukan mukjizat mukjizat yang hebat. Di hadapan semua orang, api diturunkannya dari langit ke bumi. 14 Binatang kedua ini diizinkan oleh Allah untuk melakukan mukjizat mukjizat di hadapan binatang pertama. Dengan mukjizat mukjizat itu, binatang kedua ini menipu semua orang yang hidup di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung untuk menghormati binatang pertama yang sudah dilukai oleh pedang, tetapi tetap hidup. 15 Binatang kedua ini dibolehkan memberikan nyawa kepada patung itu, sehingga patung itu dapat berkata kata dan membunuh semua orang yang tidak mahu menyembahnya. 16 Binatang kedua ini memaksa semua orang: orang biasa dan orang besar, orang kaya dan orang miskin, abdi dan orang bebas, supaya menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka.

17 Tidak seorang pun dapat membeli ataupun menjual sesuatu, kecuali dia mempunyai tanda itu, iaitu nama binatang itu sendiri atau nombor yang melambangkan nama itu. 18 Hal ini memerlukan kebijaksanaan. Sesiapa yang bijak dapat memahami erti nombor binatang itu, kerana nombor itu melambangkan nama seorang manusia. Nombor itu 666. # Nombor 666 ini terdapat perbezaan pendapat padanya. Manuskrip awal yang dijumpai di Al Bahnasa, Mesir, setelah diukur umurnya, mendapati nombornya adalah 616. Ukuran dibuat oleh para Saintis di Universiti Oxford, dan umurnya adalah 100 tahun lebih tua dari versi yang lain. # Oleh sebab percanggahan ini, seorang yang adil dan mencari kebenaran akan jelas bahawa ini adalah prejudis ke atas Rasul Allah SAW. # Sayed Ahmad juga menyebut mereka sebagai pengikut syaitan. Macam mana mahu kenal pengikut syaitan? Melalui buahnya, hasil dari pokoknya. Buah ini adalah sifat mereka yang mencaci, dan penggunaan perkataan kotor. Mereka akan dikenali sebagai syaitan yang diprovok oleh syaitan. # Tuduhan pendeta pendeta Kristian ini adalah kerana perbuatan ganas orang orang Wahabi yang dilihat oleh non Muslim sebagai ajaran Islam. # Jadi Sayed Ahmad AS mengatakan bahawa tidak adil menyalahkan Muhammad SAW atas tindakan orang orang Wahabi. Sedangkan Quran mengkritik mereka dan jenayah mereka.

# Orang yang membebankan Rasul Allah SAW atas tindakan Wahabi adalah seolah olah menyalahkan Jesus AS, agama Kristian, Taurat dan Injil atas tindakan Constantine dan mereka yang sepertinya. Atau tindakan gereja selama beberapa ratus tahun ini, yang membunuh, menyeksa menghukum manusia atas slogan kekufuran, syirik dan sebagainya.

Bab 6: Islam, Keganasan Dan Hak Wanita Soalan 6: Ada sesetengah yang mengatakan bahawa keganasan bukanlah isu yang baru dalam Islam, malah ia bermula dari zaman Nabi SAW, dan mereka mengatakan Islam tersebar melalui pedang, jadi bagaimana anda menafsirkan ayat ayat Quran yang menggalakkan pembunuhan, penghapusan dan pemulauan 1. Surah Aali Imran 3: 85, 91, 83 2. Surah At Taubah: 9:29 3. Surah An Nisa: 4:91 4. Surah Muhammad 47: 4 Dan bagaimana anda menafsirkan ayat ayat berkaitan pewarisan dan kesaksian yang menindas hak wanita? Jawaban: Perkara berkaitan jihad dalam agama samawi, secara keseluruhan, bukan sekadar dalam Islam, adalah perkara yang telah saya jelaskan dalam kitab Jihad Bab Al Jannah.(i) Berkaitan ayat di dalam Quran yang mereka nyatakan sebagai menggalakkan keganasan dan memencilkan orang lain: Pertama: Surah Aali Imran Ayat 19: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan

(ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabnya Ayat 83: Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan. Ayat 85: Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang orang yang rugi. Maksud Sebenar: Aali Imran: 83 85 : Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)". Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang orang yang rugi. Ayat 84 dari Surah Aali Imran jelas menunjukkan makna Islam di dalam ayat ini adalah penyerahan diri kepada Allah dan kepada khalifah Allah di buminya pada setiap masa, yang melantik mereka mengikut undang undang kekhalifahan di muka bumi, yang telah