SEMESTER 1 : BACHELOR PENDIDIKAN (SAINS RENDAH) 2012 TAJUK KURSUS : Fizik dalam Konteks Kehidupan Harian

Σχετικά έγγραφα
TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Bab 1 Mekanik Struktur

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH

FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Tegangan Permukaan. Kerja

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

FIZIK. Pengenalan Kepada Fizik TINGKATAN 4. Cikgu Khairul Anuar. Cikgu Desikan. Bab 1. SMK Seri Mahkota, Kuantan. SMK Changkat Beruas, Perak

ASAS PENGUKURAN -FIZIK- SULAIMAN REJAB Penolong Pegawai Sains Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

-9, P, -1, Q, 7, 11, R

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Kalkulus Multivariabel I

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

MODUL PENINGKATAN AKADEMIK SPM 2017 PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 (4531/2) BAHAGIAN A. 1(a) (i) P R P 1 (b)(i) Ralat rawak // ralat paralaks 1

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

PRAKATA 1 SENARAI JADUAL 3 SENARAI RAJAH Tafsiran Sejarah Bentuk Bumi 21

FIZIK. Daya dan Gerakan TINGKATAN 4. Cikgu Khairul Anuar. Cikgu Desikan SMK Changkat Beruas, Perak. Bab 2. SMK Seri Mahkota, Kuantan.

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA A03101 PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2015 Matematik Bahagian A Mei

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN 2003 FIZIK TINGKATAN 5

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Ciri-ciri Taburan Normal

Latihan PT3 Matematik Nama:.. Masa: 2 jam. 1 a) i) Buktikan bahawa 53 adalah nombor perdana. [1 markah]

SULIT 1449/2 1449/2 NO. KAD PENGENALAN Matematik Kertas 2 September ANGKA GILIRAN LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 FIZIK Kertas 1 Ogos / September 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Matematika

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

Sebaran Peluang Gabungan

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

FUNGSI P = {1, 2, 3} Q = {2, 4, 6, 8, 10}

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 PRINSIP ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Kertas 1 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Disediakan oleh Guru Matematik Tingkatan 4 GEORGE DAVID

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak.

ALIRAN LAPISAN SEMPADAN

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia. Mekanik Bendalir I KERJA RUMAH. Sem II Sesi 2003/04

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

SULIT 3472/2 SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 FIZIK Kertas 2 Ogos / Sept 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2014 TEKNOLOGI ELEKTRIK Kertas Teori Mei

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Kalkulus Multivariabel I

BAB 9 PENENTUAN KEDUDUKAN

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENUMBOK. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 MATEMATIK TINGKATAN 4 Kertas 2 Oktober Dua jam tiga puluh minit

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2004 FIZIK

Bahagian A [ 60 markah ] Jawab semua soalan dibahagian ini Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 90 minit. RAJAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 FIZIK

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015

Lukisan Bergambar. Lukisan Skematik 2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

A. Distribusi Gabungan

Transformasi Koordinat 3 Dimensi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Pelajaran 9. Persamaan Bernoulli. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

ALIRAN BENDALIR UNGGUL

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

Transcript:

SEMESTER 1 : BACHELOR PENDIDIKAN (SAINS RENDAH) 2012 TAJUK KURSUS : Fizik dalam Konteks Kehidupan Harian KOD KURSUS SCE3105 MATA KREDIT : 3 (2 + 1) PENGENALAN Kursus ini meneroka idea dan amalan fizik dalam konteks kehidupan peribadi, tempatan dan industri dan ia akan menekankan kerelevanan fizik dalam dunia sebenar. Topik-topik yang dipilih akan meliputi yang berikut: fizik dan pengukuran, gerakan, kerja dan mesin, termometri dan thermometer, daya dalam bendalir, fizik dalam muzik, menggunakan cahaya dalam instrument optic, kelektrikan, kemagnetan dan elektronik. Ia akan membantu mengembangkan kecekapan pelajar didalam menyiasat dan kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan hubungan fizik di dalam kehidupan harian. Ini di tambah, melalui Ilmu Pedagogi Kandungan Kurikulum Sains Sekolah Rendah, konsepsi pelajar dan pengetahuan pedagogi bidang pembelajaran Kerja dan Mesin, Daya dalam Bendalir dan Termometri dan Termometer akan di pertingkatkan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Membuat pengukuran yang jitu dan persis menggunakan unit dan instrumen yang sesuai. 2. Menentukan jumlah vektor secara grafik dan algebra. 3. Demonstrasi pengetahuan konsep asas kerja, termometri, hukum gerakan Newton dan hukum kegravitian semesta. 4. Demonstrasi pemahaman resonan, instrumen optik, litar siri dan selari, motor elektrik dan monitor TV. 5. Aplikasi Prinsip Archimedes dan Bernoulli di dalam kehidupan harian. 6. Menjelaskan bagaimana elektrik dijana dan bagaimana ia di hantar dari satu tempat ke satu tempat yang lain 7. Menjelaskan fungsi-fungsi diod dan transistor dalam komunikasi elektronik. 8. Menerangkan hubungan antara teori, pengetahuan dan penyiasatan amali dalam Fizik. dalam Konteks Kehidupan Harian melalui melalui Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan Kurikulum Sains Sekolah Rendah. 1. FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN 1.1 Pertukaran unit 1.2 Imbuhan 1.3 Ketepatan dan kepersisan 1.4 Bentuk piawai 1.5 Teknik-teknik pengukuran yang baik 1.6 Contoh soalan dan latihan 1.7 Rujukan 2. GERAKAN PADA ARAH MANA? 2.1 Mewakilkan kuantiti vektor 2.2 Hasil tambah vektor secara grafik

2.3 Hasil tolak vektor 2.4 Halaju relatif: Beberapa aplikasi 2.5 Komponen-komponen vektor 2.6 Hasiltambah vektor secara algebra 2.7 Contoh soalan dan latihan 2.8 Rujukan 3. GERAKAN DALAN SATU DIMENSI 3.1 Jenis-jenis daya : geseran, normal, tegangan, julangan dan berat 3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelnbagai konteks 3.3 Contoh soalan dan latihan 3.4 Rujukan 4. GERAKAN DALAN DUA DIMENSI 4.1 Keseimbangan dan pengimbang (equilibrant) 4.2 Gerakan pada satah condong 4.3 Gerakan projektil 4.4 Contoh soalan dan latihan 4.5 Rujukan 5. APLIKASI HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM KEHIDUPAN HARIAN 5.1 Menggunakan hukum-hukum pertama, kedua dan ketiga Newton untuk menyelesaikan masalah. 5.2 Contoh soalan dan latihan 5.3 Rujukan 6. KERJA DAN MESIN 6.1 Kerja 6.2 Mesin ringkas dan mesin majmuk 6.3 Keupayaan mekanik dan kecekapan 6.4 Mesin manusia berjalan 6.5 Contoh soalan dan latihan 5.3 Rujukan 7. DAYA-DAYA DALAM BENDALIR 7.1 Terapung dan tenggelam 7.2 Menyelesaikan masalah melibatkan ketumpatan dan Prinsip Archimedes. 7.3 Aplikasi Prinsip Bernoulli 7.4 Contoh soalan dan latihan 7.5 Rujukan 8. GERAKAN PLANET DAN SATELIT 8.1 Hukum-hukum Kepler 8.2 Kegravitian semesta

8.3 Menggunakan hukum kegaravitian semesta Newton 8.4 Gerakan planet dan satelit 8.5 Berat dan tanpa berat 8.6 Medan graviti 8.7 Contoh soalan dan latihan 8.8 Rujukan 9. FIZIK DALAM MUZIK 9.1 Bunyi dan gelombang membujur 9.2 Keamatan dan kekuatan 9.3 Frekuensi dan kelangsingan 9.4 Resonan 9.5 Mengesan gelombang tekanan 9.6 Kualiti bunyi 9.7 Menghasilkan bunyi 9.8 Contoh soalan dan latihan 9.9 Rujukan 10. TERMOMETRI DAN TERMOMETER 10.1 Keseimbangan terma dan termometri 10.2 Skala suhu: Celcius dan Kelvin 10.3 Beberapa jenis termometer 10.4 Contoh soalan dan latihan 10.5 Rujukan 11. MENGGUNAKAN CAHAYA 11.1 Pantulan dan cermin 11.2 Pembiasan dan kanta 11.3 Mikroskop dan teleskop 11.4 Contoh soalan dan latihan 11.5 Rujukan 12. LITAR ELEKTRIK DI RUMAH 12.1 Gabungan litar sesiri dan selari 12.2 Hukum Ohm 12.3 Aplikasi litar 12.4 Keselamatan dalam litar 12.5 Contoh soalan dan latihan 12.6 Rujukan 13. KELEKTRIKAN DAN KEELEKTROMAGNETAN 13.1 Daya atas arus dan medan magnet 13.2 Motor elektrik 13.3 Daya atas satu zarah bercas 13.4 Skrin TV 13.5 Contoh soalan dan latihan

13.6 Rujukan 14. PENJANAAN DAN PENGHANTARAN TENAGA ELEKTRIK 14.1 Hukum Faraday 14.2 Daya elektromotif 14.3 Menjana tenaga elektrik 14.4 Hukum Lenz 14.5 Swainduktans 14.6 Transformer 14.7 Contoh soalan dan latihan 14.8 Rujukan 15. KEGUNAAN ELEKTRONIK DAN SEMIKONDUKTOR 15.1 Isyarat elektronik 15.2 Komunikasi elektronik 15.3 Komputer 15.4 Persepaduan teknologi: super lebuhraya maklumat maklumat (information super highway) 15.5 Contoh soalan dan latihan 15.6 Rujukan

TAJUK 1 FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Fizik pengukuran dalam kehidupan harian Pertukaran unit Bentuk piawai Kejituan dan kepersisan Angka bererti Teknik-teknik pengukuran yang baik 1.1 Pertukaran Unit Sistem metrik adalah satu sistem perpuluhan. Imbuhan digunakan untuk menukar unit SI dalam kuasa sepuluh. Contohnya, satu persepuluh meter adalah satu desimeter, satu per seratus meter adalah sentimeter. Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang sama. Contohnya, satu per seribu gram adalah satu miligram, dan satu ribu gram adalah satu kilogram. Jadual 1.1 Imbuhan Nilai Bentuk Piawai Simbol Tera 1 000 000 000 000 10 12 T Giga 1 000 000 000 10 9 G Mega 1 000 000 10 6 M Kilo 1 000 10 3 k Desi 0.1 10-1 d Senti 0.01 10-2 c Mili 0.001 10-3 m Mikro 0.000 001 10-6 µ Nano 0.000 000 001 10-9 n Piko 0.000 000 000 001 10-12 p

Contoh: Apakah nilai yang sama dengan 500 milimeter dalam meter? Jawapan: Dari Jadual 1.1, kita lihat faktor pertukaran adalah 1 milimeter = 1 x 10-3 meter Maka, 500mm adalah 1.2 Bentuk Piawai (500 mm) 3 110 m = 500 x 10-3 m = 5 x 10-1 m. 1mm Kajian dalam sains biasanya melibatkan kuantiti-kuantiti yang sangat besar atau sangat kecil. Sebagai contoh, jisim bumi adalah lebih kurang 6 000 000 000 000 000 000 000 000 kilogram dan jisim elektron adalah 0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 911 kilogram Kuantiti-kuantiti yang ditulis dalam bentuk ini mengambil ruang yang sangat besar dan sukar digunakan untuk pengiraan. Oleh itu, untuk memudahkan pengiraan dilakukan dengan nombor-nombor sebegini, kita tulisnya dalam bentuk yang lebih pendek dengan menggantikan nombor perpuluhan dengan nombor kuasa asas sepuluh. Bentuk piawai adalah M x 10 n, dengan 1 M 10 dan n adalah integer Jisim bumi boleh di tulis sebagai 6.0 x 10 24 kg. Jisim elektron ditulis sebagai 9.11 x 10 31 kg. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kapada tiga atau empat angka bererti. 1.3 Angka Bererti Oleh kerana kepekaan alat-alat pengukur adalah terhad, bilangan angka yang sah bagi mana-mana pengukuran adalah terhad. Angka yang sah ini di panggil angka bererti. Bilangan angka bererti dalam satu pengukuran boleh ditentukan dengan merujuk kepada pernyataan-pernyataan di bawah: 1. Angka bukan kosong adalah sentiasa bererti. 2. Semua kosong terakhir selepas titik perpuluhan adalah bererti. 3. Kosong di antara dua angka bererti adalah sentiasa bererti. 4. Kosong yang digunakan semata-mata untuk memberi ruang kepada titik perpuluhan adalah tidak bererti.

1.4 Kepersisan Kepersisan adalah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang diperolehi. Contoh Siapa lebih persis mengukur sebuah buku yang mempunyai panjang sebenar 17.0 cm? Syazana 17.0 cm, 16.0 cm 18.0 cm, 15.0 cm atau Liyana? 15.5 cm, 15.0 cm, 15.2 cm, 15.3 cm Jawapan: Liyana 1.5 Kejituan Kejituan adalah betapa hampir suatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar. Contoh Siapa lebih jitu mengukur sebuah buku yang mempunyai panjang sebenar 17.0 cm? Syazana 17.0 cm, 16.0 cm 18.0 cm, 15.0 cm atau Liyana? 15.5 cm, 15.0 cm, 15.2 cm, 15.3 cm Jawapan: Syazana Kejituan satu alat pengukur bergantung kepada betapa baik nilai yang diukurnya dibandingkan dengan nilai piawai. Rajah 1.2 Alat-alat untuk mengukur panjang

1.6 Teknik-teknik pengukuran yang baik Dalam kajian fizik secara eksperimen, pengukuran yang jitu dan persis harus diberi keutamaan. Pertimbangan-pertimbangan berikut harus dititik beratkan: 1. Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran (a) Ralat 0.1 cm dalam pengukuran 100.0 cm adalah kurang serius berbanding dengan 0.1 cm dalam 10.0 cm. (b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat yang peka manakala pengukuran yang kunatiti yang kecil seperti diameter dawai memerlukan alat yang peka. 2. Pengukuran alat pengukuran yang tepat (a) Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat. (b) Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuran. (c) Memahami sebab pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul. 1.6 Contoh soalan dan latihan 1. Tukarkan setiap pengukuran panjang yang diberi kepada nilai yang setara dalam meter.. a. 1.1 cm b. 56.2 pm c. 2.1 km d. 0.123 Mm 2. Tukarkan setiap pengukuran jisim berikut kepada nilai setara dalam kilogram a. 147 g b. 11 µg c. 7.23 Mg d. 478 mg 3. Nyatakan bilangan angka bererti untuk yang berikut:- a. 1.0070 m b. 320 ml c. 0.0054 cm d. 3.29 x 10 3 s e. 100,890 L 1.7 Rujukan 1. http://www.bipm.org/en/si/ 2. http://en.wikipedia.org/wiki/si 3. http://www.bipm.org/en/si/ 4. http://en.wikipedia.org/wiki/si

TAJUK 2 GERAKAN PADA ARAH MANA? Gerakan Vektor Skalar Hasil tambah dan hasil tolak vektor Komponen (Leraian vektor) Grafik Algebra Halaju relatif 2.1 Mewakilkan kuantiti vektor Satu kuantiti vektor diwakili oleh satu garis yang mempunyai anak panah dihujungnya. Panjang garis dilukis mengikut skala untuk mewakili magnitud kuantiti tersebut. Arah anak panah menunjukkan arah kuantiti tersebut. Selain mewakilkan vektor secara grafik, kita juga boleh mencari hasil tambah dua vektor secara grafik. Vektor diwakilkan dengan huruf-huruf A, B dan sebagainya.

2.2 Hasil tambah vektor Hasil tambah vektor dalam satu dimensi Jika seorang kanak-kanak bergerak 200 m ke timur, dan seterusnya 400 m ke timur, jumlah sesarannya dicari dengan menambahkan dua vektor tersebut. A dan B dilukis mengikut skala seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.1(a). Oleh itu magnitud paduan daya, R = A + B atau, R = 200m + 400m =600 m, dan arah paduan daya adalah ke timur. Oleh itu paduan daya, A dan B adalah 600m ke timur. Perhatikan rajah (b) dan (c). Fikirkan bagaimana kamu boleh memperoleh paduan daya secara grafik bagi rajah-rajah tersebut. Rajah 2.1 Hasil tambah vektor dalam dua dimensi lukis segiempat selari A B Paduan vektor Rajah 2.2 2.3 Hasil tolak vektor dalam satu dimensi Untuk mencari hasil tolak dua vektor, kamu hanya perlu mencari hasil tambah dua vektor yang bertentangan arah (Rajah 2.1c). A + (-B) = R

2.4 Halaju relatif : beberapa aplikasi Kadang kala objek bergerak dalam medium yang bergerak relatif kepada pemerhati. Satu kapal terbang yang bergerak pada satu arah akan mengalami perubahan arah dan halaju. Halaju kapal terbang + halaju angin = Halaju paduan Halaju relatif = 100 km/j + 25 km/j = 125 km/j Apakah halaja relatif kapal terbang ini pada arah-arah angin di bawah? 25 km/j ke arah utara? 25 km/j ke arah barat? 2.5 Komponen-komponen vektor Komponen vektor bermaksud bahagian-bahagian dalam vektor. Dalam kebanyakan situasi, komponen vektor yang penting adalah komponen-x dan komponen-y. F = 316N 35 Rajah 2.3 Warna merah pada Rajah 2.3 menunjukkan komponen-x vektor F, dan warna biru menunjukkan komponen-y bagi vektor F. 2.6 Melakukan hasil tambah vektor secara algebra Hasil tambah dua boleh dilakukan dengan menggunakan trigonometri, yang mengaitkan sudut dalam segi tiga dengan sisi-sisi segi tiga. Dua kaedah matematik yang digunakan adalah:

Contoh: Cari hasil tambah vektor bagi dua vektor di bawah Jawapan: Langkah 1 : Melengkapkan segi tiga bersudut tepat Langkah 2: Menggunakan teorem Pythagoras untuk mencari magnitud vektor paduan. Langkah 3: Menggunakan trigometri untuk mencari sudut arah vektor paduan, ϴ

2.7 Contoh soalan dan latihan 1. Rajah 2.4 dibawah menunjukkan 3 daya F 1, F 2 dan F 3 yang bertindak pada titik O. Kira daya paduan. F 2= 7N 120 F 3= 4N 100 O F 1= 6N Rajah 2.4 2. Sebuah kapal terbang terbang pada 200 km/j. Apakah halaju paduan kapal terbang itu? a. jika ia berhadapan 50 km/j tail wind? b. jika ia berhadapan 50 km/j head wind? 3. Seorang nelayan yang berada di atas sebuah bot mahu menyeberangi sungai dari titik A ke titik B yang bertentangan (Rajah 2.5). Bot boleh bergerak pada laju tetap 7.0 ms -1 relatif kepada air tenang. Sungai mengalir pada laju 2.5 ms -1. Tentukan a. halaju bot pada arah dari A ke B. b. sudut θ. c. masa yang diambil untuk bot bergerak dari A ke B. B 100 m θ Rajah 2.5 Bot A

2.8 Rujukan 1. http://phet.colorado.edu/sims/vector-addition/vector-addition_en.html 2. http://physics.bu.edu/~duffy/java/relv2.html 3. http://physicslearningsite.com/vectors.html (hasil tambah dan hasil tolak vektor) 4. http://id.mind.net/~zona/mstm/physics/mechanics/vectors/findingcomponents/findingco mponents.htm (komponen vektor) 5. http://www.glenbrook.k12.il.us/gbssci/phys/class/vectors/u3l1f.htmlhttp://physics.bu.edu/ ~duffy/java/relv2.html (halaju relatif)

TOPIK3 GERAKAN DALAM SATU DIMENSI Gerakan dalam satu dimensi Kinematik Dinamik Daya Pemerihalan gerakan Daya sentuhan Daya tindakan dari jarak tertentu Perkataan Daya geseran Daya graviti Graf Daya tegangan Rajah Daya normal Rumus Daya julangan 3.1 Jenis-jenis Daya Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan interaksi objek ini dengan objek yang satu lagi. Bila interaksi ini berkurangan, objek ini tidak lagi merasai daya. Daya hanya wujud hasil daripada interaksi. Daya diukur dalam unit SI Newton. Satu Newton adalah bersamaan dengan 1kgms -2. Daya adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud dan arah. Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah: Jenis-jenis daya Daya geseran Daya graviti (berat) Daya normal Daya tegangan Daya Julangan

Daya geseran Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak melaluinya. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan. Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik dan daya geseran menggelongsor. Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama, menyebabkan daya tarikan molekul antara molekul dari permukaan berbeza. Geseran bergantung kepada jenis permukaan dan sekuat mana bahan ditekan. Geseran maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut: F geseran µ x F normal di mana µ = koefisien geseran Daya graviti Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. Objek yang jatuh ke bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan udara) dikatakan sebagai jatuh bebas. Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti. Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Jika jisim objek adalah m, pecutan graviti adalah g, maka Berat = mg. Daya normal Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan satu permukaan. Sebagai contoh, jika satu buku terletak di atas meja, permukaan mengenakan satu daya ke atas untuk menyokong berat buku itu (Rajah 3.1a). Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang bersentuh. Misalnya, seorang yang bersandar pada suatu dinding akan mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal ufuk ke atasnya (Rajah 3.1b). Daya normal, F R (a) Rajah 3.1 (b)

Daya tegangan Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya. Daya Julangan Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara. 3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi. Saiz anak panah mewakili magnitud daya Arah anak panah mewakili arah daya Setiap daya dilabel untuk mewakili jenis daya Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada pusat titik atau kotak itu Contoh: F norm : daya normal F ap : daya aplikasi F fric atau F geseran : daya geseran F grav : daya graviti

Contoh-contoh: Sebuah buku berada di atas permukaan meja Seorang budak perempuan duduk di atas buaian Sabuah buku ditolak ke kanan di atas meja supaya ia bergerak dengan pecutan Sebuah kereta yang bergerak kekanan atas permukaan jalan yang kasar sedang dinyahpecut 3.3 Contoh soalan dan latihan Lukis rajah jasad bebas bagi situasi-situasi di bawah: (a) Seorang budak sedang duduk di atas kerusi (b) Sebiji telur sedang jatuh ke lantai (c) Sebuah baldi berisi penuh dengan air ditarik keluar daripada perigi (d) Sebuah budak mengayuh basikal dengan laju yang bertambah 3.4 Rujukan http://www.physicsclassroom.com/class/1dkin/ http://www.glenbrook.k12.il.us/gbssci/phys/class/newtlaws/u2l2a.html http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html