PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi

Σχετικά έγγραφα
PENGEMBANGAN INSTRUMEN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Bab 1 Mekanik Struktur

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Kalkulus Multivariabel I

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Sebaran Peluang Gabungan

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kalkulus Multivariabel I

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Pengantar Proses Stokastik

Ciri-ciri Taburan Normal

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB 4: REKABENTUK PERSIMPANGAN

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Pengantar Proses Stokastik

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Matematika

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 3 : REKABENTUK GEOMETRI JALAN RAYA 3.1 KOMPONEN-KOMPONEN REKABENTUK GEOMETRI JALAN RAYA

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

HMT Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Katakunci : faktor, minat, matematik

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Katakunci : amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

A. Distribusi Gabungan

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

PENDIDIKAN AKHLAK KEPADA ALLAH SWT NADI PENG- GERAK PEMBANGUNAN PERADABAN INSAN

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Katakunci : pelaksanaan pengurusan bengkel, vokasional

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

KAITAN FAKTOR PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA HARIAN

PERMASALAHAN YANG MEMPENGARUHI PELAJAR BUMIPUTERA (TINGKATAN 4) DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR BAHRU

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Assessment of Life Habit

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

PENGARUH PEMIKIRAN AL-NAWAWI DALAM METODOLOGI PENDIDIKAN DAN PENDAKWAHAN TERHADAP GURU-GURU TAKMIR DI NEGERI JOHOR

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : salam, pelajar Islam

Transcript:

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM Kamarul Azmi Jasmi Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Suggested Citation: Jasmi, K. A. (2009). Pemanduan Selamat Pada Pandangan Islam in Seminar Keselamatan Jalan Raya at Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian on 5hb. May 2009. Abstrak Kertas kerja ini cuba mengupas aspek pemanduan selamat pada pandangan Islam. Pemanduan selamat dalam Islam berasaskan beberapa elemen yang penting yang terdiri daripada matlamat pemanduan, perancangan perjalanan, pendidikan dalam ilmu pemanduan, dan adab pemanduan. Semua ciri ini akan dikupas secara tuntas dari perspektif Islam berasaskan sumber al-quran dan sunnah.

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM * KAMARUL AZMI JASMI Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia qamar@utm.my Abstrak Kertas kerja ini cuba mengupas aspek pemanduan selamat pada pandangan Islam. Pemanduan selamat dalam Islam berasaskan beberapa elemen yang penting yang terdiri daripada matlamat pemanduan, perancangan perjalanan, pendidikan dalam ilmu pemanduan, dan adab pemanduan. Semua ciri ini akan dikupas secara tuntas dari perspektif Islam berasaskan sumber al-quran dan sunnah. PENGENALAN Pemanduan merupakan salah satu bahagian cara kehidupan Islam (the way of Islam) yang menyeluruh yang telah dibahas dalam banyak penulisan dan dianjur untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan adab memandu dan berkenderaan secara yang dianjurkan oleh Islam mempunyai komposisi yang terdiri daripada matlamat, perancangan perjalanan, pendidikan dan ilmu pemanduan, sifat dan akhlak dalam pemanduan, serta adab pemanduan. MATLAMAT PEMANDUAN Tujuan, matlamat, dan niat yang betul amat ditekankan dalam Islam dalam setiap tindakan. Ketika memandu, matlamat yang betul juga amat perlu. Dalam kes memandu ada dua jenis matlamat yang hendak dicapai, iaitu pertamanya melalui pemanduan yang dilakukan, di mana arah hendak dituju perlu diketahui. Kedua, matlamat pemanduan itu sendiri. Sekiranya, memandu untuk tujuan mencari rezeki, bercuti, menimba ilmu, dan apa sahaja tujuan yang diharuskan dalam Islam, maka pemanduan itu merupakan pemanduan yang diberi pahala dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Bahkan matlamat seperti ini akan dimudahkan dari segi ibadat bagi perjalanan yang melebih 90km dalam bentuk rukhsah seperti solat jama dan qasar serta puasa dengan boleh berbuka dan digantikan pada waktu yang lain. Matlamat pemanduan pula, penekanan kepada motto salamatan li nafsihi wa salamatan lighairihi (supaya selamat diri sendiri daripada orang lain dan selamat diri pula kepada orang lain) adalah merupakan matlamat atau niat yang sangat dituntut ketika memandu. Dengan ini, insyaallah dia akan mampu mencapai matlamat dan selamat balik dan pergi. Dalam hal mempunyai matlamat ini Allah S.W.T. berfiman: * Kertas kerja merupakan salah satu kertas kerja ucapatama yang dibentangkan dalam Seminar Keselamatan Jalan Raya pada 5hb. Mei 2009 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian anjuran Pejabat Daerah Pontian. 1

3 ª!$# çµôϑn= ètƒ çνρß ö6è? ρr& öνà2í ρß ß¹ Îû $tβ (#θà è? βî) ö è% Maksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya. (Surah Ali Imran, 3:29) Ayat ini menjelaskan bahawa bahawa niat yang baik dan tidak baik daripada tingkah laku seseorang sangat diketahui oleh Allah S.W.T. untuk dibalasi. Maha pemurahnya Allah S.W.T. terhadap matlamat dan niat seseorang, Dia akan pasti membalasnya. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. (al-bukhari, 1994: 52; Muslim, 2001: 3530; al-tirmidhi, 1994: 1571; al-nasa i, t.t.: 74; Ahmad, 1994: 164): @ĆoŽäb Ø@ ĆæŽá Ð@ õžížä@ bžà@ ú ĆàbđÜ@ bžáşä gžì@ đóşïiåübđi@ žßbžáćè d Üa@ bžáşä g@ Žâ ÝŽ Žì@ đêćï ÝŽÈ@ žê ÝÜa@ ô ÝŽ @ đê ÝÜa@ žßíž ŽŠ@ Žßb Ô@ Žßb Ô@ đlb Žƒ Üa@ æći@ Ž ŽážÈ@ ĆæŽÈ @bžà@ô Ü g@žêžmž Ćv é Ð@bŽéžuşìŽ ŽnŽî@Şò cž Ćàa@ ì c@bžéžjïđ žî@bžïćäž đü@žêžmž Ćvđè@ĆoŽäb Ø@ĆæŽàŽì@đêđÜíž ŽŠŽì@đê ÝÜa@ô Ü g@žêžmž Ćv é Ð@đêđÜíž ŽŠŽì@đê ÝÜa@ô Ü g@žêžmž Ćvđè @ @NđêĆï Ü g@ž ŽubŽè Maksud: Kata Umar ibn al-khattab bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Hanyasanya setiap tindakan itu hendaklah dengan niat. Seterusnya hanyasanya setiap tindakan seseorang itu akan dibalas mengikut apa yang diniatkan. Oleh itu, sesiapa yang beniat berhijrah kerana Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, (balasan) hijrahnya juga dapat Allah S.W.T. dan Rasulnya. Manakal sesiapa yang berhijrah untuk dunia atau wanita yang akan dikahwini, maka hijrahnya juga akan hanya dibalas mengikut apa yang diniatkan. (Al-Bukhari dan Muslim) Oleh itu, sekiranya pemanduan yang tidak mempunyai matlamat arah atau membuat atau menuju maksiat atau dengan tujuan untuk merempit, menunjukkan kehebatan diri di jalan raya, pemanduannya tidak diberkati, matinya boleh membawa kepada istilah mati katak. PERANCANGAN PERJALANAN Pemanduan yang baik bermula daripada perancangan yang strategik. Dalam apa jenis pekerjaan yang hendak dilakukan, Islam amat menggalakkan agar dirancangan dengan baik. Sebagaimana firman Allah S.W.T.: ( Í ö F{$# Îû öνèδö Íρ$x uρ Maksud: Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (Surah Ali Imran, 3:159) Begitu juga ketika memandu, perancangan pemanduan adalah diperlukan. Pemanduan harian untuk pergi kerja mesti dirancang agar waktu memandu dan waktu 2

tiba di tempat kerja dalam keadaan selesa dan mengikut peraturan. Perancangan ini sangat dituntut ketika ingin berkenderaan untuk bermusafir. Apatah lagi pamanduan yang melibatkan perjalanan yang jauh, lebih-lebih lagi dituntut untuk dirancang dengan mengambil kira kemampuan diri, kenderaan, dan masa perjalanan. Perancangan pemandu diambil kira dari segi jumlah yang mampu memandu untuk sesuatu perjalanan jauh. Jika pemandunya seorang, perancangan untuk berhenti dan rehat perlu difikirkan agar pemandu tidak terlelap ketika memandu. Banyak kes kemalangan berlaku kerana mengantuk dan kepenatan (Utusan, 18.4.2010; Utusan, 22.3.2010; Utusan Malaysia 26/12/2009). Perancangan kenderaan adalah perlu bagi memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang sempurna, telah diservis dalam tempoh yang ditentukan, kondisi brek, tayar, alignment, dan tahap kuasa enjin kereta dan jenisnya. Jika memilih kereta kecil, masa perjalanan perlu diperpanjangkan, agar dapat memandu dengan kelajuan yang sesuai dengan tahap enjinnya serta tidak digalakkan memotong kereta yang lebih besar kuasanya. Faktor masa memandu juga perlu dirancang. Jika merancang untuk memulakan pemanduan yang jauh pada waktu malam, pemandu perlu mempunyai rehat yang cukup sebelum memandu. Ini kerana memandu pada waktu malam adalah melawan fitrah manusia yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. yang menjadikan waktu malam itu sebagai masa untuk berehat. Firman-Nya: 4 # ÅÁö6ãΒ u $yγ Ψ9$#uρ ϵŠÏù (#θãζà6ó okï9 Ÿ øš 9$# ãνä3s9 Ÿ yèy_ Ï%!$# uθèδ Maksud: Dia lah Yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). (Surah Yunus, 10:67) Berdasarkan ayat ini, jelas bahawa sifat malan adalah untuk rehat boleh menjadikan pemandu mudah terlelap pada waktu itu sekalipun sedang memandu jika dia tidak mendapat kerehatan yang cukup. PENDIDIKAN DALAM ILMU PEMANDUAN Dalam aspek menerapkan pendidikan pemanduan yang selamat, rakyat Malaysia perlu banyak menimba ilmu berkaitan dengan kenderaan, situasi tempat, cara pemanduan yang terbaik. Menuntut ilmu tentang perkara yang melibatkan keperluan harian kehidupan amatlah dituntut oleh Islam. Sebagai contoh pengetahuan tentang peranan cc kereta perlu diketahui oleh semua orang dari segi perbezaan antara 650, 850, 1000, 1300, 1500, 2000, 2500, 3000, dan 3500 terhadap tahap kelajuan, safety, peralatan kenderaan, dan keselesaan. Memandu kereta dengan 650cc ketika memecut untuk memotong adalah berbeza dengan kereta 1500cc dari segi pikap, power, dan daya serapan hentakkan. Tahap keselamatan juga berbeza, tujuan kereta 650cc direka bentuk itu sendiri bermaksud adalah untuk berjalan di kawasan yang dekat-dekat dan untuk jalan yang tidak terlalu laju. Ini kerana kereta cc ini tidak mempunyai keselamatan daripada hentakkan yang kuat ketika kemalangan dan mudah remuk apabila kemalangan sekalipun dalam kelajuan 100km/j (Azmi Shah 3

Suratman, 2010). Cc yang lebih besar juga bermaksud peralatan kereta bagi setiap bahagian adalah semakin canggih yang memberi keselesaan, keselamatan pemandu dan penumpang, Begitu juga, para jurutera kereta telah mereka bentuk sesuatu kereta dalam tempoh yang lama dan kepakaran yang ramai untuk menghasilkan sesebuah kereta agar boleh berjalan dengan sempurna dan seimbang di atas jalan raya yang tidak membahayakan pemandu dan orang lain. Namun, apabila kereta diubahsuai dari segi kuasa enjin, ekzos, reka bentuk badan dan sebagainya, ini menyebabkan sesebuah kereta tidak lagi seimbang. Sebagai contoh kereta seperti Kancil sememangnya direka bentuk untuk pemanduan antara 70-100km/j dari segi kuasa enjin dan kemampuan chamber yang memegang tayar. Apabila enjin ditukar kepada enjin turbo dipandu dengan kelajuan 120-140km/j, kuasa cengkaman terhadap tayar menjadi tidak seimbang, itu yang menyebabkan pemandu merasa seperti sedang terbang. Selain itu, kereta akan membuag apabila dibrek secara mengejut ketika kelajuan ini jika pemandu ingin mengelak atau sebagainya. Begitu juga pengetahuan tentang situasa tempat perlu disebarluaskan. Sistem pendidikan pemanduan untuk mendapatkan lesen hanya mengajar memahami signboard dan tanda jalanraya, namun kenapa signboard itu diletakkan tidak difahami dengan ilmu. Contohnya signboard lori atau kenderaan berat tidak boleh memotong diletakkan di sesetengah tempat di Highway. Para jurutera jalanraya mengsyorkan agar lori dan kenderaan berat tidak boleh memotong atau membawa laju di tempat-tempat tersebut kerana berkait dengan teori fizik. Kenderaan berat yang dibawa laju di tempat ini boleh menyebabkan kenderaan ini akan melibas kenderaan dan menyebabkan kemalangan. Contoh yang lain ialah signboard angin lintang tidak dijelaskan dengan ilmu sains tetapi hanya diberikan tandanya sahaja bahawa di depan sana adalah kawasan angin lintang. Untuk tujuan pendidikan pemanduan yang selamat terhadap generasi baru, peranan ibu bapa dalam hal ini boleh dilihat dari dua segi, iaitu dari segi menunjukkan contoh teladan dan dari segi penerapan ilmu secara berpanjangan dan ilmu yang menyentuh nilai-nilai sains dalam pemanduan. Pendidikan melalui contoh teladan ini adalah pendidikan yang paling berkesan untuk mendidik generasi baru kepada pendidikan pemanduan yang selamat. Ini kerana pendidikan dalam pemanduan selamat amat kurang diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Apa yang berlaku, ibu bapa banyak menunjukkan contoh yang tidak baik dalam pemanduan sehingga melahirkan masyarakat yang mempunyai ciri pemanduan yang sama sekali rosak. Sebagai contoh memandu depan anak-anak dengan melanggar lampu merah, memandu laju di atas garisan-garisan kuning yang terdapat di atas jalan raya, memotong kenderaan di tempat doubleline. Semua contoh pemanduan yang melanggar undang-undang ini amat memberi kesan kepada anak-anak untuk mencontohi cara pemanduan ibu bapa mereka apabila sudah besar (Azmi Shah Suratman, 2010). Lebih buruk lagi, penegasan ibu bapa terhadap anak-anak memandu kenderaan tanpa lesen juga diambil ringan dengan membenarkan anak-anak memandu kenderaan motor atau kereta walaupun mereka belum memiliki lesen. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak diterapkan tentang kedaulatan undang-undang untuk dipatuhi dan dalam masa yang sama membahayakan pengguna kenderaan lain di jalan raya. Pemupukan ilmu pula pemanduan dan ilmu-ilmu yang mempunyai nilai sains dalam pemanduan boleh dilakukan secara berterusan kepada anak-anak sejak dari kecil. 4

Kadang-kadang anak sendiri bertanya tentang pengertian di sebalik tanda-tanda di jalan raya seperti Kenapa terdapat garisan-garisan kuning di atas jalan raya ayah?, Ayah apa maksud no 30, 40, 50, 60, 70 dan 90 di tepi jalan tu ayah? dan Kenapa ada gambar tengkorak kat tepi jalan raya? Bahkan ibu bapa boleh bertindak mendidik anakanak dengan bertanya pula kepada anak-anak dengan soalan-soalan seperti berikut: Kenapa kawasan kemalangan yang ditandakan dengan signboard kita perlu kurangkan laju? Kenapa tanda persimpangan diletakkan di tepi jalan sebagai peringatan?, Apa nilai yang ada di sebalik perbezaan kuasa enjin 650cc, 1.3cc, 1.5cc, dan 3.5cc? dan apakah kesannya ke atas pemanduan jika angina tayar terlalu keras dan terlalu lembik. Penghuraian kepada maklumat ilmu dan nilai ilmu sains dalam persoalan yang dikemukan ini mampu memberi kefahaman terhadap diri anak-anak untuk mereka terdidik dalam memilih cara pemanduan yang selamat. SIFAT DAN AKHLAK DALAM PEMANDUAN Terdapat beberapa sifat yang penting ketika memandu agar pemanduan menjadi selamat, iaitu sifat adil, ihtiyat, sabar dan ihsan. 1. Adil Pemanduan yang selamat perlukan sifat adil dalamnya. Sifat ini sekurang-kurangnya ada dalam pemanduan. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, menepati spesifikasi dan seimbang (Kamus Dewan, 2005: 1270). Adil dalam pemanduan selamat secara umumnya bermaksud mengikut perjalanan undang-undang yang sedia ada ketika memandu. Allah S.W.T. berfiman: 4 ÉΑô yèø9$î/ (#θßϑä3øtrb βr& Ä $ Ζ9$# t t/ ΟçFôϑs3ym #sœî)uρ Maksud: Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. (Surah al-nisa, 4:58) Perintah Allah S.W.T. dalam ayat ini menyuruh manusia menghukum dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, konsep adil pada diri dalam memandu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dalam ayat ini ialah mengikut setiap aspek undang-undang yang telah ditetapkan di jalan raya. Asas keadilan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa terhadap anak-anak yang masih belum mempunyai lesen adalah dengan tidak membenarkan mereka memandu. Ini kerana tanpa lesen, pengetahuan mereka dalam pemanduan selamat belum diperakukan oleh sesiapa dan ini sudah tentu membahayakannya dan pengguna jalan raya yang lain. Begitu juga dengan undangundang jalan raya yang lain, pemandu yang dianggap adil di sisi Allah S.W.T. ialah pemandu yang sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Konsep adil yang termasuk memenuhi spesefikasi dan seimbang dalam konsep pemanduan selamat boleh dihubungkan dengan spesifikasi kenderaan untuk berada di atas jalan raya. Adil dalam spesifikasi dan keseimbangan kenderaan adalah dituntut oleh Islam. Modifikasi kenderaan seperti lori untuk membawa muatan yang lebih banyak dan besar sehingga mengurangkan keseimbangan adalah contoh tidak mengamalkan budaya 5

adil dalam spesikasi. Begitu juga modifikasi kereta CC kecil yang boleh digunakan untuk memecut sehingga 150-160km/jam juga merupakan ciri yang menggambarkan tidak adil. Atau motorsikal yang 100cc dimodifakasi seperti motisikal 500cc. Begitu juga keretakereta lama yang tidak diselenggarakan dengan baik untuk berada di jalan raya merupakan contoh lain bahawa kenderaan tersebut tidak seimbang dan tidak memenuhi spesifikasi. Contoh-contoh ini adalah sifat tidak adil dalam pemanduan selamat dari segi memenuhi spesifikasi serta memenuhi keseimbangan. Hakikatnya, pemanduan yang tidak memenuhi ciri keadilan adalah haram hukumnya di sisi Islam kerana akan menyebab kecelakaan kepada diri dan kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah S.W.T.: t ÏΖÅ ósßϑø9$# =Ïtä!$# βî) (#þθãζå ômr&uρ Ïπs3è=öκ J9$# n<î) ö/ä3ƒï ƒr'î/ (#θà)ù=è? Ÿωuρ Maksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang membuat kebaikan. (Surah al-baqarah, 2:195) Ayat ini dalam konteks pemanduan selamat menegaskan supaya mengamalkan sikap adil dengan mematuhi undang-undang agar tidak menjerumuskan diri kepada kemalangan yang menyebabkan kematian, kecederaan parah atau kecederaan kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Hal ini demikian kerana, seseorang yang tidak mempunyai ciri adil kepada diri dalam pemanduan, dia boleh diibaratkan sengaja membawa kepada kecelakaan kepada diri dan orang lain dan hal ini amat ditegah dalam Islam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan (al-tirmidhi, 1994: 1864): @ @Nđêđi@Ž ÙŽà@Ćì c@bćåđàćüžà@şšbžš@ćæžà@čçížé ÝŽà@Žâ ÝŽ Žì@đêĆï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @đê ÝÜa@žßíž ŽŠ@Žßb Ô@Žßb Ô@ Öîİ İ Üa@ ÙŽi@ðđi c@ ĆæŽÈ Maksud: Abu Bakar al-siddiq berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Dilaknat (oleh Allah S.W.T. dan para malaikat) kepada sesiapa yang memudaratkan seorang mukmin atau menipu dayanya. (Al-Tirmidhi) Secara ringkas, memandu dengan tidak memenuhi ciri adil seperti memenuhi ciri spesifikasi kenderaan, mematuhi undang-undang adalah dilarang memandu di atas jalan raya agar tidak membahayakan diri dan keselamatan orang lain. Ihsan Selain adil, sifat kedua yang lebih tinggi dan lebih baik serta seterusnya menjamin pemanduan selamat ialah sifat ihsan. Sifat ihsan adalah sifat yang lebih tinggi kerana selain memenuhi segala peraturan, dia juga mementingkan dan mengutamakan kebajikan orang lain dalam memandu. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam dan diberikan pujian kepada pengamalnya. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firman-nya: 4 π ¹$ Áyz öνíκí5 tβ%x. öθs9uρ öνíκå à Ρr& # n?tã šχρã ÏO σãƒuρ (#θè?ρé&!$ ϑïiβ Zπy_%tn öνïδí ρß ß¹ Îû tβρß Ågs Ÿωuρ Maksud: Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi 6

dan mereka juga mengutamakan orang-orang lain lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan amat berhajat. (Surah al-hashr, 59:9) Ayat ini sebenarnya memuji sifat orang yang membuat kebaikan kepada orang lain untuk membantu, memudah, dan memberi keselesaan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan walaupun dirinya sangat perlu kepada bantuan, kemudahan dan keselesaan. Dalam konteks pemanduan selamat, sifat ini boleh dikaitkan dengan memberi peluang orang lain memasuki jalan utama, memberi peluang orang lain memotong, memberi laluan kepada penjalan kaki melintas dan contoh-contoh yang lain sekalipun dirinya sangat perlu kepada kecepatan untuk tiba ke tempat yang dituju pada masa yang dirancangkan. Hari ini, kebanyakan pemandu melihat betapa perlunya orang lain tidak melampau haknya di atas jalan raya. Sebab itu pemandu di jalan utama tidak mengendahkan signboard persimpangan di hadapan kerana merasakan kenderaan yang berada di simpang jalan perlu menghormatinya sebagai pemandu di jalan utama walaupun simpang tersebut telah dipenuhi kereta-kereta yang menunggu untuk masuk ke jalan utama. Bagitu juga halnya dengan lampu isyarat yang elok kemudian rosak. Jalan tersebut akan jadi kelang kabut kerana masing-masing ingin dahulu melintas persimpangan tanpa menghiraukan orang lain yang telah lama menunggu di hadapan persimpangan tersebut. Sedangkan di negara Barat mengikut pengalaman Azmi Shah Suratman (2010) yang pernah duduk di sana selama beberapa tahun mendapati bahawa kebanyakan simpang tidak tidak mempunyai lampu isyarat melainkan di bandar-bandar besar. Mereka mengamalkan prinsip siapa sampai dulu di simpang orang itu layak melintas dahulu dan begitulah seterusnya kepada semua kenderaan akan melintas mengikut giliran. Sikap seperti ini tidak ada pada rakyat Malaysia. Padahal sikap ini dipuji dan diberikan ganjaran yang besar di sisi Islam kepada pengamalnya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.: (al-bukhari, 1994: 2262; Muslim 2001: 4677; al- Tirmidhi, 1994: 1345; Abu Dawud, 1994: 4248; Ibn Majah, t.t.: 221; Ahmad 1994: 5388): @Žxş Ð@ ĆæŽàŽì@ đêđnžubžy@ ðđð@ žê ÝÜa@ Žçb Ø@ đêïđ c@ đóžubžy@ ðđð@ Žçb Ø@ ĆæŽà@ Žßb Ô@ Žâ ÝŽ Žì@ đêćï ÝŽÈ@ žê ÝÜa@ ô ÝŽ @ đê ÝÜa@ Žßíž ŽŠ@ şç c@ đêïđi c@ ĆæŽÈ@ âđübž @ ĆæŽÈ @ @NđóŽàbŽïđÕ Üa@ ãćížî@đlž Ø@Ćæđà@ óžić Ø@bŽéđi@žêĆåŽÈ@žê ÝÜa@Žx ş Ð@ óžić Ø@ âđýć žà@ćæžè Maksud: Salim menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang memenuhi kehendak dan keperluan saudaranya, Allah S.W.T. akan memenuhi kehendak dan keperluannya. Sesiapa yang membantu satu kesusahan seorang muslim di dunia, Allah S.W.T. akan membantu satu kesusahannya daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. (Al-Bukhari dan Muslim) Mengikut konteks hadis ini, tersekat di simpang kerana tidak dapat melintas simpang sehingga menyebabkan jem adalah merupakan satu bentuk kesusahan. Kereta bergerak perlahan dengan deretan yang panjang seperti ular dijalanraya di belakang lori panjang yang perlahan lagi sarat dan berat juga merupakan satu kesusahan. Deretan kereta yang jem kesan daripada kereta lain yang menghalang jalan raya dalam bentuk memandu perlahan (untuk melihat kemalangan) atau meletakkan kereta di tempat yang menghalang kelancan perjalan kereta lain juga merupakan satu kesusahan. Kereta mengalami kerosakan dijalan raya juga merupakan kesusahan. Orang yang terlibat dalam 7

kemalangan juga merupakan satu kesalahan. Jika semua pemandu mempunyai niat dihati untuk membantu melepaskan kesusahan orang lain daripada jem, tersekat, kemalangan, dan sebagainya, sudah tentu pembalasan yang diterima juga adalah besar sebagaimana yang digambarkan dalam hadis ini. Ihtiyat Ihtiyat salah satu sifat yang dituntut dalam pemanduan selamat menurut Islam. Ihtiyat merujuk kepada makna berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam memandu. Memandu dengan selamat memerlukan 100% fokus ke atas pemanduan dan hal ini sangat dituntut dalam Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda (al-tabrani 2003: 20232): @ @NžêŽá ÙĆzŽî@Ćì c@žêžåđõnşî@ćç c@ þžážè@ćâ Øž Žy c@žþđážè@ažˆ g@ kđzžî@ô ÜbŽÉŽm@!a@şç g Maksud: Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seorang itu itu berkerja dan berusaha, dia melakukan dengan bersungguh-sungguh atau bijaksana (cemerlang). (Al-Tabrani) Berdasarkan hadis ini dalam konteks pemanduan selamat, seseorang perlu memandu dengan cara yang berhati-hati, fokus, dan menggunakan kebijaksanaan secara sepenuh hati. Oleh itu, segala bentuk tindakan yang menghalang kepada sifat berhati-hati atau menyebabkan hilang fokus tumpuan pemandu perlu dielakkan seperti menggunakan telepon, makan, menonton video, berangan-angan, mengalami stress, dan dalam keadaan marah atau sakit. Pemandu sendiri perlu memahami sekiranya dirinya dalam keadaan seperti contoh-contoh ini, dia seharusnya tidak memandu atau menjadi penumpang sahaja. Sabar Salah satu kunci bagi segala masalah di jalan raya adalah berkait rapat dengan hilangnya sifat sabar yang menjadikan seseorang itu hilang sifat ihtiyat dan ihsan. Allah S.W.T. sentiasa bersama dengan orang yang bersifat sabar dan memberi perhatian kepadanya. Namun apabila seseorang itu telah mula dikuasai oleh syaitan, maka Allah S.W.T. menjauhkan rahmat daripada dirinya. Pada masa itulah syaitan mengambil tempat Allah dalam hatinya dengan ditiupkan roh ammarah lalu dia telah hilang peribadi diri sebagai manusia dan digantikan dengan syaitan yang bertopengkan manusia. Orang sebegini digelarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai manusia yang lemah sebagaimana sabdanya (al-tirmidhi, 1994: 2383; Ibn Majah, t.t.: 4250; Ahmad, 1994: 16501): đê ÝÜa@ô ÝŽÈ@ôşåŽáŽmŽì@bŽèaŽíŽè@žêŽ ÑŽä@ŽÊŽjĆm c@ćæžà@ž đubžé Üa Žßb Ô@Žâ ÝŽ Žì@đêĆï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @İðđjşåÜa@ æžè@ Ćì c@ æći@đ aş Ž @ĆæŽÈ Maksud: Shaddad bin Aus r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Orang yang lemah itu, orang yang mengikut kehendak hawa nafsu dan hanya berangan-angan terhadap Allah (memberinya keselamatan diri tanpa berusaha memperbaiki diri). (Al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan Ahamd) Berdasarkan hadis ini, sifat sabar perlu dipertahankan dalam diri ketika sedang memandu agar nafsu yang ditunggangi oleh syaitan tidak menguasai diri. Ketika orang lain 8

melakuan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan di jalan raya, sifat ihtiyati dipegang dan jangan mengambil peduli sangat dengan orang yang tidak mempunyai nilai peradaban. ADAB PEMANDUAN Untuk menjadikan sifat pemanduan yang baik dapat terus dihayati dalam diri, menjadikan Allah S.W.T. sebagai pelindung, dan menjauhkan syaitan dan iblis daripada bersahabat kepada diri ketika memandu, Rasulullah s.a.w. menganjurkan beberapa adab ketika memandu. Adab ini pada hakikatnya adalah memperkukuhkan lagi matlamat pemanduan seseorang, iaitu salamatan linafisi wa salamatan li ghairihi yang ingin dicapai Kepentingan mengamalkan adab ketika memandu supaya diri pemandu selamat dalam lindungan rahmat Allah S.W.T. seterusnya selamat daripada dikerumuni oleh syaitan dan iblis yang menanamkan ammarah ketika memandu sehingga tidak dapat mengawal kemarahan. Antara adab pemanduan yang dianjurkan ialah memulakan langkah dengan membaca bismillah, membaca doa kenderaan ketika kenderaan sudah bergerak, dan beristighfar. Satu hadis menjelaskan (Abu Dawud, 1994: 599): Saya melihat Ali bin Abu Talib r.a. diberikan kenderaan untuk tunggangannya. Ketika dia memijak pemijak kaki, dia mengucapkan bismillah dan setelah berada di atas kenderaan dia mengucapkan: ŽçĆížjđÝ ÕĆåžá Ü@bŽåčđiŽŠ@ô Ü g@bşä gžì ŽæĆïđä Õžà žê Ü@bşå Ø@bŽàŽì@aŽ Žè@bŽå Ü Ž şƒž Ćñđ Üa ŽçbŽzĆjž Erti: Maha suci yang memudahkan kami (kenderaan ini), sedangkan tidaklah kami mempunyai daya kekuatan. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami kembali. kemudian beliau bertahmid tiga kali dan bertakbir tiga kali kali kemudian beliau mengucapkan: ŽoĆä c ý g ŽlĆížä Üa ž đñćížî ý žêşä h Ð ĆðđÜ Ć đñ Ìb Ð Ćðđ ÑŽä žoćá Ý Ä Ćðčđä g ÚŽäbŽzĆjž Erti: Maha suci engkau sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah daku sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan engkau. (Riwayat Abu Dawud) Membaca bismillah dan doa menjadikan seseorang terelak daripada perkara yang buruk sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. (Abu Dawud, 1994: 2244): @bžàžì@đê ÝÜa@ž Øđˆ@b Ü g@bžéïđð@bžà@čçížé ÝŽà@ óžäížé ÝŽà@bŽïĆä Üa@şç g@b Ü c@žßí ÕŽî@Žâ ÝŽ Žì@ đêćï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @đê ÝÜa@Žßíž ŽŠ@žoĆÉđᎠ@žßí ÕŽî@ òž ĆîŽ žè@ćíži c NČâ ÝŽÉŽnžà@Ćì c@čâđübžèžì@žëb ÜaŽì Maksud: Abu Hurairah r.a. berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Dunia ini dilaknat (kerana berada dalam kerosakan), bahkan dilaknat juga apa yang ada dalam dunia (kerana merosakan manusia) kecuali orang yang mengingati Allah S.W.T. dan yang membawa kepada mengingatinya. Begitu juga terkecuali orang yang sentiasa mengajar dan sentiasa belajar. (Abu Dawud) Hadis ini menjelaskan sesuatu yang tidak dimulakan dengan mengingati Allah S.W.T., maka amalan tersebut rosak dan boleh merosakkan orang lain. Dalam konteks 9

pemanduan yang selamat, tanpa mengingati Allah S.W.T. pemanduan tersebut boleh membawa kecelakaan dan mencelakakan orang lain. Dalam satu hadis yang lain sebagai tambahan, apabila kita membaca doa, Allah S.W.T. melalui Nabi-Nya menjamin keselamatan daripada daripada segala bentuk malapetaka yang datang daripada makhluk yang zahir dan makhluk yang tidak Nampak. Rasulullah s.a.w. bersabda (al-tirmidhi, 1994: 3348): @đê ÝÜa@ô ÝŽÈ@žo Ý ØŽíŽm@đê ÝÜa@ âć đi@đêđnćïži@ćæđà@žxž Ž @ažˆ g@ðđåćéžî@žßb Ô@ĆæŽà@Žâ ÝŽ Žì@đêĆï ÝŽÈ@žê ÝÜa@ô ÝŽ @đê ÝÜa@žßíž ŽŠ@Žßb Ô@Žßb Ô@ŞÚđÜbŽà@ æći@ Žä c@ćæžè @ @žçb Ćïş Üa@žêĆåŽÈ@ôşzŽåŽmŽì@ŽoïđÔžìŽì@ŽoïđÑ Ø@žê Ü@žßb Õžî@đê ÝÜbđi@b Ü g@ òşí Ô@b ÜŽì@ŽßĆí Žy@b Ü Maksud: Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang berkata, iaitu ketika keluar daripada rumahnya: đê ÝÜbđi@b Ü g@ òşí Ô@b ÜŽì@ŽßĆíŽy@b Ü@đê ÝÜa@ô ÝŽÈ@žo Ý ØŽíŽm@ đê ÝÜa@ âć đi Erti: Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah S.W.T. tiada daya dan kekuatan melain daya dan kekuatan Allah S.W.T. Maka dikatakan kepada pembacanya, Engkau telah disempurnakan (keperluan), dipeliharakan. Dan syaitan juga menjauhinya. (Al-Tirmidhi) Berdasarkan hadis ini, pembaca doa ini dijamin keperluan, dipelihara daripada kecelakaan, dan terjauh daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk bertindak melampau sempadan kewarasan ketika memandu. RUMUSAN Bab ini telah membincangkan adab memandu dan berkenderaan secara yang dianjurkan oleh Islam mempunyai komposisi yang terdiri daripada matlamat, perancangan perjalanan, pendidikan dan ilmu pemanduan, sifat dan akhlak dalam pemanduan, serta adab pemanduan. RUJUKAN Azmi Shah Suratman. 2010. Temubual Berkaitan Pemanduan Selamat. Pada 27 April 2010 Jam 3.30 petang. Muslim, Abu al-husain al-hajjaj ibn Muslim al-qushairi al-nisaburi. 2001. Al-Jami al-sohih. Beirut: Dar al-fikr. Malik bin Anas r.a., al-imam. 2003. Al-Muwatta. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabiy Ibn Majah, Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-qazwaini. t.thn. Sunan Ibn Majah. Jld. 1-2. Beirut: Dar al-fikr. Al-Darimi, Abu Muhammad Abdullah Bahram al-darimi. t.thn. Sunan al-darimi. Jld. 1-2. Beirut: Dar al-fikr. Al-Nasa i, Abu Abd al-rahman Ahmad Shuaib Ali Bahr Sinan Dinar al-nasa i. t.thn. Sunan al-nasa i bi-sharh al-hafiz Ijlal al-din al-suyuti Wa-Hashiah al- Imam al-sundi. Jld. 1-4. Beirut: Dar al-fikr. Abu Dawud, Sulaiman al-ash ath al-sajastani. 1994. Sunan Abu Dawud. Jld. 1-2. 10

Beirut: Dar al-fikr. Al-Tarmidzi, Abu Isma il, Muhammad Isa. 1994. Sunan al-tirmidhi Wa-hua al- Jami al-mukhtasar Min al-sunani an Rasulullah s.a.w. wa-makrifat al-sahih wa-al-ma lul wa-maklul wa Ma alaih al-amal. Jld. 1-5. Beirut: Dar al-fikr. Ahmad Hambal, Abu Abdullah ibn Muhammad ibn Hambal ibn Hilal al-shaibani. 1994. Musnad li al-imam Ahmad ibn Hambal. Juz. 1-12. Mesir: Dar al- Ma arif. Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Isma il bin Ibrahim ibn al-mughirah Bardazbah al-ja fari. 1994. Sahih al-bukhari. Jld. 1-4. Dar al-fikr: Bairut. Al-Tabrani, al-hafiz Abi al-qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub al-lakhmi. 2003. Al-Mu jam al-kabir li al-tabrani. http://www.almeshkat.com/books/open.php? cat=8&book=417, [2.7.2007]. Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia. 26/12/2009. Pemandu bas ekspres akui 'terlelap'. http://www.utusan. com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1226&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&p g=bt_14.htm&arc=hive, [28/4/2010]. Utusan Malaysia. 22.3.2010. Tiga Maut, Empat Parah Kereta Bertembung Lori. http:// www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec =Dalam_Negeri&pg=dn_25.htm&arc=hive, [28/4/2010]. Utusan Malaysia. 18.4.2010. 8 Cedera, Bas terbabas. http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=johor&pg=wj_02.htm&ar c=hive, [28/4/2010]. 11