s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS

Σχετικά έγγραφα
Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Benar sekali Allah memberi informasi dalam Quran dan lebih-lebih melalui lisan RasulNya Muhammad SAW tentang siksa dan nikmat kubur.

(فقه الصيام على ضوء الشافعية)

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Kalkulus Multivariabel I

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

A. Distribusi Gabungan

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

TATACARA WUDUK DAN SOLAT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi

Sebaran Peluang Gabungan

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Bab 1 Mekanik Struktur

Bacaan Doa dan Dzikir serta Taubat pilihan

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA

STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK. perbezaan pemikiran berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya isu-isu yang boleh

Kerajaan Arab Saudi Kementerian Pendidikan Tinggi Universiti Islam Madinah Jabatan Kajian Ilmiah Bahagian Terjemahan

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

KOMUNIKASI DALAM ISLAM PRINSIP-PRINSIP BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Pengantar Proses Stokastik

Kalkulus Multivariabel I

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Pengantar Proses Stokastik

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

BAB KEEMPAT KONSEP PENYEDIAAN MODUL ASAS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Matematika

Pembunuhan Rahmah. Mukadimah

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

Uzur Yang Membolehkan Tidak Puasa Ramadhan

PEDOMAN TARAWIH DAN WITIR

Tegangan Permukaan. Kerja

PEMANDUAN SELAMAT PADA PANDANGAN ISLAM. Kamarul Azmi Jasmi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2005 SET 3. 1 (a) Tulis semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

RUKUN IMAN. Disediakan Oleh: Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah. (Bahasa Malaysia)

TIGA ASAS UTAMA א א. Oleh: SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMI.. (Bahasa Malaysia)

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

BAB DUA KAJIAN BERKAITAN

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

KAJIAN BAHARU MENGENAI FASILAH: DARI ASPEK KEINDAHAN KEPADA KESERASIAN YANG MELUAS

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

DIA Yang Menjual Agamanya

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Keterusan dan Keabadian Jisim

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Ini adalah Kitab Perjanjian Al-Wasiyyah oleh Imam Besar Al-Imam Al-A'zam Abu Hanifah, Rahmatullah 'Alaih, semoga Allah merahmatinya.

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

BAB 2 KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN. manusia dan hubungannya tidak terputus dengan pencipta Nya. Solat merupakan satu

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB 2. Bab ini membincangkan beberapa topik dan teori yang berkaitan dengan dakwah

SULIT /2[PP]

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

JIKA MEREKA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W,

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAB DUA: PENENTUAN WAKTU SOLAT DAN RUKHSAHNYA TERHADAP MUSAFIR

BERBAKTILAH KEPADA IBU & BAPA

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

BAB KEDUA KONSEP AKIDAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Ciri-ciri Taburan Normal

èè èè ççç ÎÎ Îm mm yy ZZZ ((( ξ Ï ««« ŸŸŸ ÜÜÜ Οß ßß KEUTAMAAN ZIKIR

DAFTAR ISI KANDUNGAN


47 Persoalan. Qadar dan Qadha. Hafiz Firdaus Abdullah

BAB EMPAT: PEROLEHAN DAN ANALISIS. Pengambilan data cerapan pula adalah untuk waktu solat Isyak dan Subuh bagi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

Kedudukan Al-Sunnah Sebagai Sumber Sistem Pendidikan Islam

Transcript:

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNAH RASULULLAH s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA MUQADDIMAH Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu pintu syurga dan ditutup padanya pintu pintu neraka, ditambat padanya syaitan syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al Nasa`ie daripada Abi Hurairah. Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al Mubarak ini, saya diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka untuk membantangkan satu kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Ramadhan Menurut Sunnah Rasulullah ε Dan Para Sahabat: Peluang, Cabaran Dan Tips Menanganinya. Justeru saya bahagikan kertas kerja ini berdasarkan kerangka berikut: i. Muqaddimah. ii. Takrif puasa, ramadhan dan pensyariatannya. iii. Penghayatan Ramadhan menurut sunah Rasulullah ε dan para sahabat. iv. Peluang, cabaran dan tips menanganinya. v. Penutup. vi. Rujukan.

TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama. Pertama: Takrif Puasa Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26: Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al Rahman. Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa. Kedua: Takrif Ramadhan Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan bulan Islam yang berada di antara Sya ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.

Al Syeikh Sya rawi di dalam al Fatawa berkata: Perkataan bulan شهر diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan. Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan. Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya). Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ر م ض yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir pasir yang panas di padang pasir. Al Qurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan الا رماض yang bermaksud membakar. Ada pendapat mengatakan kerana hati hati dapat mengambil padanya dari

kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa. Ketiga: Pensyariatan Puasa Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya ban tahun ke 2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al Baqarah, ayat 183: Maksudnya: Wahai orang orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang orang yang dihadapkan ayat ayat al Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa. Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al Baqarah, ayat 185: Maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith hadith antaranya: 1. Hadith riwayat Ahmad, al Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa d, sabda Rasulullah: ا ن في ا لجن ة باب ا ي قا ل له الر ي ا ن ي دخ ل م ن ه الص اي م و ن ي وم الق ي ام ة لا ي د خ ل م ن ه ا ح د غي ر ه م ي قا ل: ا ي ن الص اي م ون في ق وم و ن في د خ لون فا ذا د خ ل وا ا غلق ع ل ي ه م ف لم ي د خ ل م ن ه ا ح د Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. 2. Hadith riwayat Ahmad dan al Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah: ج ن ة الص يام Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda: ا ن ل لص اي م ع ن د ف طر ه د ع و ة لات ر د Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak. 4. Hadith riwayat al Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi: الحسنة بعشر وا زيد والسيي ة واحدة وا محوها والصوم لي وا نا ا جري به الصوم جنة من عذاب االله كمجن السلاح من السيف Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang. 5. Hadith riwayat al Baihaqi di dalam al Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: الصيام نصف الصبر وعلى كل شيء زكاة وزكاة الجسد الصيام Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa. 6. Hadith riwayat al Nasa`ie daripada Abi Sa`id: من صام يوم ا في سبيل االله باعد االله وجهه من جهنم سبعين ع ام ا

Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun. 7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda: صمت الصاي م تسبيح ونومه عبادة ودعاو ه مستجاب وعمله مضاعف Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan. 8. Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim: ا ذا ج اء ر م ضان ف ت ح ت ا ب و اب ا لجن ة و غ ل قت ا ب واب الن ار و ص ف د ت الش ياط ين Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan diikat syaitan syaitan. 9. Hadith riwayat Ahmad, al Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al Sunan: م ن ص ام ر م ض ا ن ا يم ان ا واح ت س اب ا غ ف ر له م ا ت قد م م ن ذن ب ه Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA Setiap ibadat sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain lain supaya ibadat tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t. Justeru jadilah ibadat sia sia disamping natijah taqwa yang terhasil daripada ibadat puasa tidak kesampaian. Di sini dikemukakan beberapa hadith yang menunjukkan cabaran dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah: 1. Hadith riwayat al Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman: كل ع م ل اب ن ا د م له ا لا الص ي ام فا ن ه ل ي و ا ن ا ا ج ر ي ب ه والص يام ج ن ة و ا ذا كا ن ي وم ص وم ا ح د ك م ف لا ي ر ف ث و لا ي ص خ ب و ا ن س اب ه ا ح د ا و قات له ف لي قل ا ن ي ام ر و ص اي م وا لذ ي ن ف س م ح م د ب ي د ه لخ لوف فم الص اي م ا ط ي ب ع ن د االله م ن ر يح الم س ك للص اي م فر حت ان ي فر ح ه م ا: ا ذا ا ف طر ف ر ح ب ف طر ه و ا ذا لقي ر ب ه فر ح ب ص وم ه Maksudnya: Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbuka

dia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya. 2. Hadith riwayat Ahmad, al Bukhari, al Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah: كل عمل ابن ا دم يضاعف الحسنة بعشر ا مثالها ا لى سبعماي ة ضعف ا لى ما شاء االله: قال االله: ا لا الصوم فا نه لي وا نا ا جزي به يدع شهوته وطعامه من ا جلي للصاي م فرحتان: فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه لخلوف فم الصاي م ا طيب عند االله من ريح المسك Maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Berdasarkan dua hadith di atas dapatlah disimpulkan beberapa pengajaran antaranya: i. Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t. ii. Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had. iii. Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya. iv. Puasa sebagai perisai. v. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.

vi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan. vii. Antara adab adab puasa ialah; a. Tidak melakukan rafas iaitu mutlak maksiat atau lagha. b. Tidak melakukan sakhab iaitu bertempik dan dikehendaki dengannya meninggalkan maksiat begitu juga bercakap sia sia kecuali membaca al Quran dan zikir. c. Berkata kepada musuhnya; sesungguhnya aku berpuasa. Untuk mengelakkan daripada tercemarnya maksud puasa dan dari mendapat natijah taqwa. Hal ini berbetulan dengan sebuah hadith yang menggambarkan puasa kerana Allah yang layak dan berhak dibalas dengan kelebihan. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al Tabarani, daripada Abu Hurairah dan lainnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ا لا الصوم والصوم لي وا نا ا جزي به يدع طعامه وشرابه وشهوته من ا جلي Maksudnya: Kecuali puasa, dan puasa bagi Ku dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya semata mata kerana Ku. Begitu juga dengan sebuah hadith, Rasulullah ε bersabda: من لم يدع قول الزور والعمل به فليس الله حاجة ا ن يدع طعامه وشرابه Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan beramal dengannya maka tiadalah bagi Allah keperluan dengan sebab beliau meninggalkan makan dan minumnya.

Oleh kerana itu bagi menjadikan puasa yang sahih dan mendapat pahala hendaklah bermula dengan pembetulan nawaitu yang benar benar ikhlas selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah al Bayyinah, ayat 5: Maksudnya: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali semata mata mengabdikan kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan bagi agamanya dan suci, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan yang demikian itu merupakan agama yang unggul. Seterusnya mempelajari hukum fiqh al Siyam mengikut amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat supaya ianya benar benar menepati kehendak syarak sama ada yang membabitkan amalan sunat atau wajib. Begitu juga dengan adab dan etikanya. Justeru perkara seumpama ini bukanlah mustahil untuk mencapai hakikat puasa yang menatijahkan taqwa. PENUTUP Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. dan

melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut. Antara hikmah dan faedah puasa ialah: i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun. iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada Nya. iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat sifat keras hati dan keterlalulan. v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. Firman Allah s.w.t dalam Surah al Baqarah, ayat 183: Maksudnya: Hai orang orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa. Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung

perintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaan Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang orang yang dihadapkan ayat ayat al Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa. Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang akan menjelang tiba. Amin. RUJUKAN 1. Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al Khin, Dr. Mustafa al Bugha, Ali al Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 2. Fiqh al Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al Zuhaili. Dar al Fikr al Mu`asir. 3. Fi Zilal al Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub. Cetakan Pertama 2000M/ 1420H. Pustaka Aman Press Sd. Bhd. 4. Al Jami li Ahkam al Quran, Al Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin. 5. Lisan al `Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al Hadith. 6. Tuhfah al Kiram Syarh Bulugh al Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al Da`ie. 7. Terjemahan Bulugh al Maram, Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah. Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library.

8. Ithaf Ahl al Islam Bikhususiyat al Siyam oleh Ibn Hajar al Haithami. Cetakan Pertama 1410H/ 1990M. Maktabah Toyyibah, Madinah al Munawwarah.