BIL 1.2 Tafsir: Tafsir Surah an-naba Ayat 17 30 Sirah: Keturunan, Kelahiran dan Zaman Kanak-kanak Agama itu Pergaulan: 1. Jelas Konsep Akhlak Mulia 1
SURAH AN-NABA' (Ayat 17-30) tβθè?ù'tfsù Í θ Á9$# Îû ã x Ζムtπöθtƒ $\F s) ÏΒ tβ%x. È óáx ø9$# tπöθtƒ βî) ãα$t7ågø:$# ÏNu Éi ß uρ $\/ uθö/r& ômtρ%s3sù â!$yϑ 9$# ÏMysÏGèùuρ %[`#uθøùr& $\/$t tβ t Éó Ü=Ïj9 #YŠ$ ¹ó ÉΔ ômtρ%x. zο Ψyγy_ βî) $¹/#u ômtρ%s3sù $¹/#u Ÿ Ÿωuρ #YŠö t/ $pκ Ïù tβθè%ρä tƒ ω $\/$s)ômr&!$pκ Ïù t ÏVÎ7 9 tβθã_ö tƒ Ÿω (#θçρ$ÿ2 öνåκ ΞÎ) $»%$sùíρ [!#t y_ $]%$ xîuρ $VϑŠÏΗxq ωî) çμ oψøš Áômr& > ó_x«ä.uρ $\/# Ï. $uζïg tƒ$t Î/ (#θç/ x.uρ $\/$ Ïm $¹/#x tã ωî) öνä.y ƒì Ρ n=sù (#θè%ρä sù $Y7 tgå2 Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguhsungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu". Objektif Khusus 1. Pelajar menyebut jawapan kepada soalan di awal surah ini, seperti yang terkandung di dalam ayat-ayat ini. 2
2. Pelajar memperincikan peristiwa Hari Pengadilan. 3. Pelajar menggambarkan pemandangan azab seperti yang diterangkan di dalam ayat-ayat ini. 4. Pelajar menerangkan sebab mengapa azab itu dikatakan sebagai pembalasan yang setimpal. Tafsiran Ayat $\F s) ÏΒ tβ%x. È óáx ø9$# tπöθtƒ βî) Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, Pada hari itu, sistem alam buana ini akan berkecamuk dan berkecai. %[`#uθøùr& tβθè?ù'tfsù Í θ Á9$# Îû ã x Ζムtπöθtƒ Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); Sangkala ialah nafiri. Kita tidak tahu tentangnya kecuali nama. Kita tidak tahu selain hakikat bahawa nafiri akan ditiup. Bukan tugas kita untuk sibuk mencari kaifiat sangkakala itu. Hanya yang perlu kita gambarkan ialah tiupan yang akan membangkitkan dan mengumpulkan kesemua manusia berbondongbondong. Kita gambarkan pemandangan kesemua makhluk itu... berbondongbondong... dibangkitkan, berdiri dan datang dari segenap pelusuk bumi ke arah padang mahsyar di manakah padang itu? Kita tidak tahu... sesungguhnya di dalam alam ini terdapat pelbagai peristiwa dan kengerian yang besar: $¹/#u ômtρ%s3sù ãα$t7ågø:$# ÏNu Éi ß uρ $\/ uθö/r& ômtρ%s3sù â!$yϑ 9$# ÏMysÏGèùuρ Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. Langit yang dibina mantap itu... dibuka, lalu menjadi pintu-pintu... terbelah... berlubang-lubang... dalam rupa bentuk yang tidak pernah kita lihat. Gunungganang bagaikan pasak itu dileburkan sehingga menjadi fatamorgana. Ia diratakan, diselerakkan dan berterbangan bak debu di udara yang ditiup angin... jadi ia sudah tidak wujud lagi menjadi seperti fatamorgana, yang hakikatnya tiada. Atau ia kelihatan seperti fatamorgana kerana silauan cahaya pada debu-debu yang berterbangan itu. 3
Kemudian, urutan ayat beralih ke suasana selepas tiupan sangkakala dan padang mahsyar, menggambarkan kesudahan orang-orang yang melampaui batas dan orang-orang yang bertakwa. Ia dimulakan dengan gambaran golongan awal pendusta yang sentiasa bertanya-tanya tentang berita besar:!$pκ Ïù t ÏVÎ7 9 $\/$t tβ t Éó Ü=Ïj9 #YŠ$ ¹ó ÉΔ ômtρ%x. zο Ψyγy_ βî) $\/$s)ômr& Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Sesungguh neraka jahanam telah dicipta dan diwujudkan sebagai pos pengawasan ke atas orang-orang yang melampaui batas, menunggu dan memerhati mereka. Akhirnya kesudahan mereka juga di situ. Jadi neraka jahanam itu memang disediakan untuk menyambut ketibaan mereka. Seolah-olah mereka di atas muka bumi ini berada di dalam satu lawatan, kemudian akan kembali ke tempat asal. Mereka kembali ke tempat kediaman itu untuk tinggal dalam tempoh yang lama, abad berganti abad. $¹/#u Ÿ Ÿωuρ #YŠö t/ $pκ Ïù tβθè%ρä tƒ ω Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman Tetapi ada pengecualian... tiba-tiba pengecualian itu lebih pahit dan lebih teruk: $]%$ xîuρ $VϑŠÏΗxq ωî) -Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, Kecuali air panas yang memasak kerongkong dan perut. Inilah kesejukan! Kecuali air nanah yang keluar dan mengalir dari jasad orang-orang yang telah terbakar itu. Inilah minuman! $»%$sùíρ [!#t y_ -Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). Setimpal dengan perbuatan mereka dahulu... 4
$\/$ Ïm tβθã_ö tƒ Ÿω (#θçρ$ÿ2 öνåκ ΞÎ) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, Dan mereka tidak pernah menjangka ada tempat kembali... $\/# Ï. $uζïg tƒ$t Î/ (#θç/ x.uρ Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayatayat keterangan Kami Nada lafaz itu amat keras, mengisyaratkan betapa kuat pendustaan dan kedegilan mereka... sedangkan Allah Taala menghitung amalan mereka dengan perhitungan yang halus, tiada terlepas satu huruf pun. $Y7 tgå2 çμ oψøš Áômr& > ó_x«ä.uρ Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. Di sini datanglah herdikan yang menghapuskan terus cebisan harapan pada sebarang perubahan atau keringanan: $¹/#x tã ωî) öνä.y ƒì Ρ n=sù (#θè%ρä sù Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu. Kemudian, dibentangkan pula pemandangan di sebaliknya, iaitu suasana orang-orang bertakwa di dalam kenikmatan... selepas pemandangan orang-orang yang melampaui batas di dalam jahanam. Penilaian 1. Sebutkan jawapan kepada soalan pada permulaan surah ini seperti yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas. 2. Perincikan peristiwa pada Hari Pengadilan. 3. Gambarkan pemandangan azab seperti yang diterangkan oleh ayat-ayat ini. 4. Terangkan kenapa azab itu merupakan balasan yang setimpal. 5. Hari perhitungan pasti berlaku - terangkan kenyataan itu dengan menjelaskan persediaan anda untuk menghadapinya. 5
6. Ungkapkan perasaan gerun anda terhadap hari kiamat. 6
SIRAH KETURUNAN, KELAHIRAN DAN ZAMAN KANAK-KANAKNYA Objektif Khusus 1. Pelajar mengetahui keturunan dan kelahiran Nabi s.a.w.. 2. Pelajar tahu bahawa Allah Taala menjaga dan memelihara Rasul s.a.w.. 3. Pelajar mengetahui hikmah Nabi s.a.w. dilahirkan sebagai anak yatim, kematian datuk dan juga ibunya. 4. Pelajar bermotivasi mencari rezeki yang halal sebagai meneladani Rasulullah s.a.w.. 5. Pelajar terbiasa dengan akhlak-akhlak yang mulia. 6. Pelajar peka sejauh mana perlaksanaannya terhadap teladan dan pengajaran yang dapat dikutip daripada perbincangan ini. Keturunan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Fihr (Quraisyh) bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Adnan bin Ismail a.s. bin Ibrahim a.s.. Sesungguhnya Allah telah memilih Baginda daripada kabilah yang paling murni. Hinggakan tiada apa-apa elemen jahiliah menyusup masuk ke dalam keturunan Nabi s.a.w.. Muslim meriwayatkan dengan sanadnya daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah memilih Kinanah daripada kalangan anak Ismail dan memilih Quraisyh daripada kalangan anak Kinanah. Dia memilih Hasyim daripada kalangan anak Quraisyh dan memilih saya daripada kalangan Bani Hasyim. (Riwayat Muslim) Kelahiran Baginda s.a.w. dilahirkan pada tahun gajah. Atau tahun berlaku peristiwa Abrahah al-asyram menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaabah. Lalu Allah Taala menggagalkan rencana tersebut dengan menzahirkan tanda keagungannya sebagaimana yang digambarkan oleh al-quran al-karim. Menurut riwayat yang paling tepat ialah pada malam Isnin 12 Rabiul Awwal. Permulaan yang Ajaib dan Keberkatan yang Jelas Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim. Ayahanda Baginda, Abdullah meninggal dunia ketika isterinya hamil dua bulan. Setelah kelahiran, Baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib. Beliau mengupah seorang wanita Bani 7
Saad bin Bakr untuk menyusukan Baginda -sebagaimana tradisi Arab ketika itu - Wanita tersebut bernama Halimah binti Abu Zuaib. Para periwayat sirah sepakat, ketika itu kampung Bani Saad dilanda musim kemarau. Susu menjadi kontang dan tanaman menjadi kering. Suasana ini berterusan hinggalah tatkala Muhammad s.a.w. menyusu dan tinggal di rumah Halimah. Rumah Halimah dan sekelilingnya kembali bugar menghijau. Kambing ternakannya kembali mengeluarkan susu yang banyak. Dada Rasulullah s.a.w. dibedah ketika Baginda berada di kawasan permainan Bani Saad. Peristiwa ini merupakan antara irhas nubuwwah dan tanda pemilihan Allah terhadapnya untuk memikul tugas yang mulia. Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. didatangi Jibril ketika Baginda dalam usia kanak-kanak. Pada waktu itu Baginda sedang bermain-main dengan rakan sebayanya. Lalu Jibril mendatanginya, memegang dan membaringkannya. Kemudian dia membelah dada Baginda dan mengeluarkan hatinya. Dia mengeluarkan seketul darah daripada hati itu seraya berkata: Ini akan menjadi sarang syaitan dalam dirimu. Kemudian Jibril membasuh hati itu menggunakan jag emas yang berisi air zamzam. Setelah itu dia menutup kembali belahan dada tersebut dan kembali kepada keadaan asal. Kanakkanak lain berlari-lari sambil menjerit: Muhammad telah dibunuh! Sesampainya mereka di hadapan Baginda, Baginda dalam keadaan pucat. Kata Anas: Sesunggahnya saya pernah melihat kesan jahitan pada dada Baginda s.a.w.. Sesungguhnya ketulan darah yang dikeluarkan daripada dada Nabi s.a.w. merupakan proses penyucian terhadap Baginda daripada situasi asyik, lalai dan berwenang-wenang. Sebaliknya menanamkan sifat bersungguh-sungguh, cekal, serius dan sifat-sifat kejantanan lain. Ia juga menunjukkan perhatian dan pemeliharaan Allah kepada Nabi s.a.w.. Syaitan tiada jalan untuk memperdayakan Baginda. (Fikh as-sirah, al-buthi). Peristiwa ini menjadi faktor Halimah as-sa diah mengembalikan Baginda s.a.w. kepada bondanya. Ketika itu umur Baginda genap lima tahun. Tatkala umur Nabi s.a.w. enam tahun, bondanya Aminah pula meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib sehingga beliau meninggal dunia. Ketika itu umurnya genap lapan tahun. Maka bapa saudaranya Abu Talib pula mengambil tugas memelihara Nabi s.a.w.. Masa Depan yang Agung Tatkala genap umur Baginda s.a.w. 12 tahun, bapa saudaranya Abu Talib bermusafir ke Syam untuk berdagang. Beliau turut membawa Nabi s.a.w. pergi bersamanya. Apabila tiba di Busra, mereka melintas di hadapan seorang rahib yang terkenal di sana iaitu Buhaira. Beliau merupakan seorang yang alim tentang kitab Injil dan agama Nasrani. Buhaira telah terlihat Nabi s.a.w.. Beliau mengamati dan bersembang dengan Baginda. Setelah itu beliau berpaling kepada Abu Talib seraya bertanya: Apa hubungan tuan dengan kanak-kanak ini? Jawab beliau: Dia anak saya. (Abu Talib mengaku Baginda anaknya lantaran beliau amat mengasihi dan 8
menyayangi Baginda.) Lalu Buhaira berkata kepadanya: Dia bukan anak tuan. Sepatutnya bapa anak ini telah meninggal dunia. Maka Abu Talib menjawab: Dia anak saudara saya. Buhaira bertanya: Di mana ayahandanya. Jawab Abu Talib: Telah meninggal dunia dan ibunya adik ipar saya. Lantas Buhaira berkata: Benar. Bawalah anak ini pulang ke negerinya dan hati-hati dengan orang Yahudi. Demi Allah jika mereka melihatnya, pasti anak ini akan ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya anak saudara tuan ini memiliki masa hadapan yang agung. Lalu Abu Talib segera pulang membawa Rasulullah s.a.w. ke Mekah. Bersungguh-sungguh Mencari Rezeki Usia Rasulullah s.a.w. mula meningkat remaja. Baginda mula berusaha mencari rezeki dengan keluar mengembala kambing. Rasulullah s.a.w. bersabda tentang dirinya: Dahulu saya pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan bayaran qararit. 1 Pemeliharaan Allah terhadap Nabi s.a.w. Allah telah memelihara Baginda daripada segala perlakuan muda mudi yang menyeleweng dan tidak berfaedah. Sabda Nabi s.a.w. yang mengisahkan tentang dirinya: Saya tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi saya daripada melakukannya. Kemudian saya tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan saya dengan risalah ini. Suatu malam, saya berkata kepada budak yang mengembala kambing di bahagian atas Mekah. Kalau boleh kamu jagakan kambing saya. Kerana saya ingin pergi ke Kota Mekah untuk bersembang (melepak) seperti pemuda lain. Jawabnya: Baiklah. Lalu saya pun keluar sehingga sampai di hadapan rumah pertama di Kota Mekah. Saya mendengar alunan gitar. Lalu saya bertanya: Ada apa ini? Jawab mereka: Majlis perkahwinan. Lantas saya pun duduk ingin mendengar alunan tersebut. Namun Allah menutup telinga saya dengan menidurkan saya. Saya tersedar hanyalah setelah terkena sinaran panas matahari. Kemudian saya pulang bertemu rakan saya dan dia bertanya tentang malam tadi lalu saya menceritakan kepadanya. Pada malam yang lain, saya berkata lagi kepadanya seperti malam sebelumnya. Saya pun pergi ke Mekah, namun perkara yang sama turut terjadi. Setelah itu tidak pernah lagi terdetik dalam hati saya untuk melakukan perbuatan tidak berfaedah itu. Pergantungan Hanya kepada Allah Taala Jelas, sejak permulaan lagi ada yang ajaib dalam kehidupan Penghulu Makhluk s.a.w. ini. Sesungguhnya Allah Azza wa jalla ingin agar hati Nabi s.a.w. tidak bergantung selain hanya kepada-nya. Tidak kepada bonda, tidak kepada ayahanda, tidak kepada datuk, tidak kepada bapa saudara, tidak kepada harta, 1 Qararit bermaksud 1/24 dinar. 9
tidak kepada kekuasaan dan tidak kepada selainnya. Lantaran pergantungan sebegini merupakan antara elemen penting dalam pembinaan muslim secara umum dan pendakwah secara khusus. Hingga hanya Allah yang mengurus dan memelihara Baginda. Jauh daripada tangan mengajar dan harta yang membekalkan kenikmatan. Hingga Baginda tidak berkata: Ayah... ayah. Namun Baginda berkata: Tuhanku... Tuhanku. Agar jiwanya tidak cenderung kepada kemuliaan harta dan pangkat atau kepada kekayaan nenek moyang dan kepimpinan. Lalu manusia keliru tentang kesucian tugas kenabian dengan kemegahan dunia. Lantaran itu, semua tuduhan yang zalim gagal. Iaitu ada yang mendakwa pendakwah mengejar harta dan pangkat untuk memperolehi kuasa kepimpinan. Atau dalam ungkapan moden memperdagangkan agama. Inilah yang dijaja oleh golongan sekularis dan arthies sepanjang zaman terhadap para pendakwah yang ikhlas kepada Allah Azza wa jalla. Rasulullah s.a.w. Bekerja dalam Usia Muda Ia mengandungi tiga pengajaran penting; 1. Cita rasa yang tinggi dan sensitiviti yang halus adalah dua keistimewaan yang dianugerahkan Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Bapa saudara Nabi s.a.w. mencurahkan seluruh perhatian kepada Baginda. Kasih sayangnya bagaikan kasih sayang seorang bapa. Namun Rasulullah s.a.w. tetap tidak lupa diri bahawa dirinya mampu berusaha. Baginda bekerja dan memerah keringat demi meringankan keperluan perbelanjaan bapa saudaranya. Meskipun habuan hasil titik peluhnya tidak seberapa, namun ia memberi pulangan dalam membina tabiat berani, semangat bekerja keras, sopan dalam interaksi, mercu kesyukuran amali dan mengenali kebaikan. Oleh itu, sensitiviti kamu hendaklah sentiasa bugar dan bersemangat membara. 2. Apa yang berlaku ini menjelaskan kehidupan di dunia yang diredhai Allah Azza wa jalla kepada hamba-nya yang soleh. Sesungguhnya mudah bagi Allah untuk menyediakan segala kemewahan dan kesenangan pada permulaan hidup Rasulullah. Agar hidupnya tidak getir dan Baginda tidak perlu mengembala kambing demi menyara hidup. Namun hikmah Allah ingin mengajar kita bahawa harta yang terbaik ialah harta yang diperolehi melalui titik peluh sendiri hasil kerja yang dicurahkan kepada masyarakat dan bangsanya. Sementara harta yang paling buruk ialah harta yang diperolehi manusia dalam keadaan berpeluk tubuh tanpa perlu bersusah payah dan mencurahkan tenaga kepada masyarakatnya. Oleh itu, berusahalah agar kamu menjadi seperti Nabi kamu yang dikasihi, iaitu mampu berusaha mencari rezeki yang halal... Hanya rezeki yang halal. 3. Sesungguhnya pendukung mana-mana dakwah perlu menyedari bahawa dakwahnya tidak bernilai pada pandangan masyarakat jika dia memperolehi rezeki dan harta melalui dakwahnya. Atau dia hidup dengan pemberian dan sedekah daripada orang ramai. 10
4 þ ÎΤt süsù Ï%!$# n?tã ωî) š Ì ô_r& βî) ( # ô_r& Ïμø n=tã ö/ä3è=t ó r& Iω ÉΘöθs) tƒ tβθè=é) ès? Ÿξsùr& Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. (Hud: 51) Sesungguhnya Allah Azza wa jalla ingin agar tiada suatu perkara pun dalam kehidupan Nabi s.a.w. yang agung - sebelum dan selepas diutuskan - menjadi kekangan dalam perjuangan dakwahnya. Pemberian manusia akan menghalangnya daripada melaksanakan tugas dakwah. Pendakwah akan terhalang daripada menyatakan perkara yang benar. Oleh itu, prihatinlah dengan kemuliaan diri dan dakwah kamu. Jangan kamu meminta-minta ganjaran daripada orang ramai dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih daripada mereka. Ketahuilah sesungguhnya dakwah Islam berada dalam ketundukan singa dan kesucian air awan gelap. Manusia Memiliki Jiwa yang Serupa Sesungguhnya Nabi s.a.w. memiliki semua ciri-ciri kemanusiaan. Apa yang ada pada dirinya, ada pada semua pemuda lain. Iaitu berbagai kecenderungan fitrah yang diciptakan Allah kepada jiwa pemuda. Ini menunjukka bahawa jiwa manusia adalah sama. Baginda ada perasaan ingin bersembang-sembang, bersuka ria dan Baginda merasakan perkara tersebut menyeronokkan. Lantaran itulah Baginda berkata dalam hatinya jika dia dapat menikmati keseronokan tersebut sebagaimana orang lain berseronok. Namun Allah Azza wa jalla melindungi Baginda daripada tergelincir atau terpesong kepada tindakan yang tidak layak bagi sesiapa yang dipersiapkan untuk menyempurnakan akhlak mulia dan membina syariat Islam yang abadi. Penilaian 1. Sesungguhnya Allah Azza wa jalla telah memilih Rasul-Nya s.a.w. daripada kabilah yang paling suci. Tiada kekotoran jahiliah yang meresap masuk ke dalam keturunan Nabi s.a.w... Jelaskan kenyataan tersebut. 2. Jelaskan pemeliharaan, pengawasan dan penjagaan Allah terhadap Rasulullah s.a.w.. Apakah yang anda pelajari daripada perkara tersebut? 3. Terangkan kepentingan berusaha mencari rezeki dari sudut kajian anda terhadap keperibadian Nabi s.a.w.. 4. Jelaskan tentang kepentingan semata-mata bergantung dengan Allah sebagaimana yang anda pelajari daripada kajian ini. 5. Terangkan sejauh mana perlaksanaan anda terhadap intipati yang diperolehi daripada kajian ini. 11
12
AGAMA ITU PERGAULAN Objektif Umum Menghubungkan kefahaman terhadap iman dengan akhlak mulia Objektif Fasa 1. Jelas Konsep Akhlak Mulia 2. Jelas Hubungan Antara Iman dan Akhlak Mulia 3. Jelas Beberapa Aspek Akhlak Mulia, Tanda-tanda dan Cara Mencapainya. 1. Jelas Konsep Akhlak Mulia OBJEKTIF FASA Objektif Khusus 1. Pelajar dapat menyebutkan pengertian akhlak menurut bahasa. 2. Pelajar dapat menjelaskan pengertian akhlak dalam Islam. 3. Pelajar dapat menjelaskan apakah rukun-rukun akhlak mulia. A. Akhlak Menurut Bahasa Akhlak menurut bahasa Arab bermaksud tabiat dan pembawaan. Akhlak boleh juga kita takrifkan sebagai: Himpunan konsep dan sifat yang mantap dalam jiwa. Menerusi penilaian dan neracanya, sesuatu perbuatan dikira baik atau buruk pada pandangan manusia. Seterusnya dia akan melakukan perbuatan tersebut atau menghindarinya. 1 B. Akhlak Menurut Istilah Islam Ia merupakan himpunan prinsip dan nilai yang mengatur perlakuan manusia yang digariskan oleh wahyu dan diletakkan disiplin-disiplin demi menjayakan matlamat kewujudan manusia di atas muka bumi. 2 Kata Imam Abu Hamid al-ghazali dalam ungkapan indahnya tentang akhlak: Situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung. 3 1 Usul Dakwah. Dr. Abdul Karim Zaidan. Ms: 75. 2 Fiqh ad-dakwah Ila Allah. Dr Ali Abdul Halim. 3 Ihya Ulumuddin. Jld: 3. Ms: 57-59. 13
Oleh itu, jika situasi yang mantap tersebut melahirkan perbuatan yang menarik dan terpuji menurut logika dan syarak, maka situasi tersebut dinamakan akhlak mulia. Namun jika ia melahirkan perbuatan buruk, ia dinamakan sebagai akhlak keji. Imam Ghazali menyebut situasi yang mantap. Ini kerana sesiapa yang memberikan hartanya - sebagai contoh - disebabkan nazar atau keperluan mendesak, perbuatannya itu bukannya keluar daripada akhlak pemurah. Ini kerana perbuatan itu tidak mantap dalam jiwanya. Kita juga mensyaratkan perbuatan yang lahir itu hendaklah lahir dengan mudah dan tanpa perlu berfikir. Kerana sesiapa yang mengeluarkan hartanya - sebagai contoh - dengan sukar dan berfikir dahulu, dia tidak dikatakan sebagai berakhlak pemurah. Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatanperbuatan yang manis. Ini kerana ilmu pengetahuan banyak membincangkannya, tetapi tidak ada kemampuan dalam melakukannya. Akhlak mulia juga bukan sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan yang manis. Kerana kadang-kadang kemampuan ada, namun perbuatan itu tidak dilakukan. Malah akhlak mulia bukan sekadar perlakuan baik, boleh jadi akhlak seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak berharta. Dan boleh jadi akhlaknya bakhil tetapi dia bersedekah lantaran menunjuk-nunjuk, ria dan terpaksa. Akan tetapi akhlak mulia ialah situasi yang mempersiapkan jiwa untuk melahirkan perbuatan yang baik. Lantaran itulah ia boleh diungkapkan sebagai: situasi dan gambaran kejiwaan yang manis dan berbentuk dalaman. Seorang ilmuan Islam ditanya: Adakah tuan telah membaca buku Akhlak Jiwa karangan Aristotle? Jawabnya: Saya membaca Akhlak Jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita membaca Akhlak Jiwa Aristotle dan ahli falsafah lain dan kita juga membaca Akhlak Jiwa Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Kita dapati ahli falsafah berpenat lelah cuba berkhayal dan mengada-adakan beberapa bentuk gambaran. Ada yang sempurna dan ada yang kurang. Namun kita temui hakikat yang hidup dan tampak. Ia sempurna dan jelas dalam kisah hidup seorang lelaki. Ia menjadi adab umat dan syiar agama yang agong. Itu adalah adab jiwa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w.. Di kalangan para sahabat, Rasulullah s.a.w. menjadi contoh agung dalam sudut akhlak. Baginda menyemai akhlak yang terpuji kepada para sahabatnya melalui perjalanan hidupnya yang semerbak mewangi, sebelum Baginda menyemai melalui ungkapan berupa hukum dan peringatan. C. Rukun Akhlak Mulia 1 1. Kemantapan ilmu. Melalui ilmu seseorang dapat mengetahui antara yang benar dan salah. Ia adalah hikmah (kebijaksanaan). Melampau dalam 1 Al-Ihya. 14
penggunaan ilmu untuk tujuan jahat, adalah keji. Manakala dangkal dalam ilmu adalah dungu. Pertengahan antara melampau dan dangkal adalah hikmah. Ilmu menjadikan seseorang dapat melihat yang baik adalah baik dan yang buruk adalah buruk. 2. Keberanian. Keberanian yang kita maksudkan adalah kekuatan marah yang mampu dikendalikan akal ketika ia muncul dan sempurna. Jika kekuatan marah terkeluar dari landasan pertengahan (keadilan) dan menjangkau kepada berlebihan, ia dinama membuta tuli. Manakala jika daya kemarahan itu menjangkau kepada kelemahan dan kekurangan, ia dinamakan pengecut dan bacul. Keberanian menyebabkan seseorang bermaruah, mementingkan nilai-nilai akhlak, mampu menahan kemarahan dan berlemah lembut. 3. Kesucian. Kesucian yang kita maksudkan ialah kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui didikan logik dan syarak. Jika nafsu cenderung kepada berlebihan, ia menjadi buruk. Jika ia cenderung kepada pengurangan, ia menjadi jumud dan lemah. Kesucian menyebabkan seseorang menjauhi perbuatan keji dan buruk sama ada perkataan dan tindakan. Ia juga membawa kepada sifat malu yang merupakan punca semua kebaikan. Ia menghalang daripada perlakuan keji, bakhil, menipu, mengumpat dan talam dua muka. 4. Adil. Adil yang kita maksudkan ialah kekuatan jiwa yang mampu menguasai diri ketika marah dan bernafsu, dan membawa kedua-duanya kepada tuntutan hikmah (kebijaksanaan). Adil tidak mempunyai aspek berlebihan atau berkurangan, tetapi ia mempunyai sifat yang berlawan iaitu zalim. Adil membawa seseorang berakhlak tenang dan sederhana. Penilaian 1. Sebutkan pengertian akhlak dari segi bahasa. 2. Jelaskan maksud akhlak dalam Islam. 3. Terangkan rukun-rukun akhlak mulia. 15