perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

Μέγεθος: px
Εμφάνιση ξεκινά από τη σελίδα:

Download "perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu."

Transcript

1 4.4 Aktiviti Antimikrob Peningkatan kes-kes yang melibatkan mikroorganisma resistans kepada agen antimikrobial dikalangan pesakit yang dirawat menjadi kerunsingan dikalangan pakar perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain bakteria gram negatif merupakan antara mikroorganisma yang cenderung menjadi resistans kepada agen antimikrobial (Greenwood, 1998). Walaupun tiada sebarang kesukaran untuk merawat jangkitan bakteria pada masa kini, namun keupayaan mikroorganisma untuk berubah menjadi resistans terhadap agen antimikrobial merupakan satu ancaman kepada keberkesanan agen antimikrobial yang sedia ada (Ronald dan Jones, 1996). Maka, pencarian agen antimikrobial yang baru, selamat dan efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu. Dalam kajian ini, aktiviti antimikrob ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. dikaji. Ujian dijalankan ke atas beberapa strain bakteria dan kulat yang patogenik kepada manusia seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa, Escherichia coli ATCC 25922, Escherichia coli ATCC 35213, Klabsiella pneumonia, Proteus vulgaris, Proteus mirabilis, Candida albicans, Microsporum canis, Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Aspergillus niger. 148

2 4.4.1 Penskrinan aktiviti antimikrob Penskrinan aktiviti antimikrob ekstrak sampel dijalankan ke atas bakteria dan yis dengan menggunakan kaedah Ujian resapan disk manakala Ujian resapan agar digunakan ke atas kulat dermatofit. Ekstrak sampel diuji pada kepekatan 50, 100, 200 dan 400 mg/ml pada bakteria manakala untuk kulat, ekstrak diuji pada kepekatan 100, 200, 400 dan 800 mg/ml. Disk-disk yang mengandungi ekstrak sampel pada kepekatan berbeza diletakkan pada permukaan agar yang terlebih dahulu telah diinokulasikan dengan mikrob. Diameter zon rencatan yang melebihi 7 mm menandakan ekstrak adalah aktif. Keputusan yang diperolehi menunjukkan ekstrak sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. merencat pertumbuhan enam strain daripada sepuluh strain bakteria yang dikaji dan tiada sebarang perencatan ke atas strain yis dan kulat. Strain-strain bakteria yang direncat oleh ekstrak sampel terdiri daripada bakteria gram positif dan gram negatif iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris (lihat Jadual 3.9 hingga Jadual 3.12). Hanya dua strain bakteria gram negatif yang direncat mungkin disebabkan keadaan semula jadi bakteria gram negatif yang mempunyai membran fosfolifik luaran pada dinding sel menjadikan ia lebih resistans kepada sebatian lipofilik berbanding bakteria gram positif (Nikaido dan Vaara, 1985; Tomas-Barberan et al., 1988). 149

3 Hasil yang diperolehi ini berbeza dengan kajian yang telah dijalankan oleh Darah dan Halim (1995), dimana ekstrak etanol 95% daun Cassia alata L. merencat strain kulat dermatofit tetapi tiada sebarang perencatan ke atas strain bakteria. Kajian yang dijalankan oleh Somchit et al, (2003) pula mendapati bahawa ekstrak air dan etanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria Staphylococcus aureus tetapi tidak merencat strain yis Candida albicans berbanding ekstrak air dan etanol batang Cassia alata L. yang hanya merencat strain yis Candida albicans. Mastura dan Khozirah (2000), melaporkan ekstrak metanol daun Senna alata L. merencat strain bakteria Pseudomonas aeruginosa, Burkholederia cepacia, Staphylococcus aureus dan Staphylococcus epidermis tetapi tiada rencatan terhadap strain yis dan kulat dermatofit. Kajian yang dijalankan oleh Ogunti et al., (1991) juga mendapati ekstrak metanol daun Cassia alata L. merencat strain bakteria yang dikaji tetapi tiada rancatan ke atas strain kulat, sama dengan penemuan yang diperolehi dalam kajian ini. Menurut Acharya dan Chaterjee (1975), komponen kimia utama yang bersifat antikulat dipencilkan dari biji Cassia tora L. adalah asid krisofanik-9-antron. Pongpaichit et al,. (2004) pula melaporkan ekstrak metanol daun Cassia alata L., Cassia fistula L. dan Cassia tora L. menunjukkan aktiviti antikulat ke atas strain kulat Microsporum gypseum, Trichophyton rubrum dan Penicillium marneffei. Perbezaan pada hasil yang diperolehi dengan kajian-kajian terdahulu mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hasil keputusan seperti keadaan persekitaran dan cuaca di mana sampel diperolehi, jenis ekstrak yang diuji, jenis pengekstrakan yang dijalankan, jenis ujian antimikrob dan juga jenis mikroorganisma yang diuji (Ncube et al., 2008). 150

4 4.4.2 Aktiviti antimikrob secara kuantitatif Kajian antimikrob secara kuantitatif dijalankan dengan asai Kepekatan Rencatan Minimum (MIC) dan Kepekatan Bakterisidal Minimum (MBC) menggunakan sebatian kimia yang telah berjaya dipencilkan dari ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. MIC adalah kepekatan paling minimum yang diperlukan untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma manakala MBC pula adalah kepekatan paling minima yang berkeupayaan untuk membunuh mikroorganisma 99.9% (Frost, 1994). Kaedah yang digunakan untuk menjalankan asai MIC dalam kajian ini melibatkan penggunaan plat mikrotiter 96-telaga. Ini adalah kerana kuantiti sebatian kimia yang dipencilkan dari ekstrak sampel adalah sangat sedikit maka kaedah yang memerlukan kuantiti yang agak besar seperti asai pencairanan bersiri kaldu menggunakan tabung uji adalah tidak sesuai (Eloff, 1998). Sebatian kimia yang diuji adalah sebatian kimia CA-10 dari ekstrak etil asetat Cassia alata L. dan sebatian kimia CT-16 pula dari ekstrak kloroform Cassia tora L. Strain-strain bakteria yang diuji adalah strain yang menunjukkan perencatan semasa diuji dengan Ujian resapan disk iaitu Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC 29213, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris. Ujian secara kuantitatif ini juga dijalankan menggunakan antibiotik kloramfenikol sebagai kawalan positif. Nilai MIC diambil pada kepekatan paling rendah yang menunjukkan tiada pertumbuhan bakteria berdasarkan kekeruhan yang boleh dilihat. Dalam kajian ini, garam tetrazolium digunakan untuk melihat kekeruhan pada telaga-96 plat mikrotiter dengan lebih jelas. Garam tetrazolium merupakan sebatian yang tidak berwarna berubah 151

5 menjadi derivatif formazan berwarna ungu melalui tindakbalas enzim oleh mikroorganisma (Eloff, 1998). Warna ungu yang terhasil menandakan kewujudan bakteria. Nilai MBC pula ditentukan dengan mensubkulturkan inokulum dari telaga yang memberikan nilai MIC pada plat agar dan tiada sebarang pertumbuhan bakteria dikesan. Nilai MIC dan MBC bagi sebatian kimia CA-10 dan CT-16 ditunjukkan pada Jadual 3.15 dan Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati sebatian kimia CA-10 menunjukkan aktiviti antimikrob yang kuat ke atas strain Bacillus subtilis dan Proteus vulgaris dengan memberikan nilai MIC μg/ml dan 3.91 μg/ml. Ia menunjukkan kesan yang sederhana ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC μg/ml. Manakala kedua-dua strain Staphylococcus aureus agak resistans ke atas sebatian kimia CA-10 dengan nilai MIC yang sama iaitu 250 μg/ml dan tiada rencatan ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan yang lebih rendah daripada 500 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula menunjukkan kesan antibakteria yang lebih luas dimana ia menunjukkan perencatan kuat ke atas strain-strain Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus aureus ATCC dan Proteus vulgaris dengan nilai MIC μg/ml dan juga ke atas strain Pseudomonas aeruginosa dengan nilai MIC μg/ml. Perencatan ke atas strain Bacillus subtilis pula agak lemah dengan nilai MIC 250 μg/ml dan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus pada kepekatan kurang dari 500 μg/ml. 152

6 Nilai MBC sebatian kimia CA-10 ke atas strain Proteus vulgaris dan kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah sama dengan nilai MIC yang diperolehi iaitu 3.91 μg/ml dan 250 μg/ml. Ia menunjukkan kesan bakterisidal ke atas strain Bacillus subtilis pada μg/ml manakala nilai MBC pada strain Pseudomonas aeruginosa pula ialah 125 μg/ml. Sebatian kimia CT-16 pula memberikan nilai MBC ke atas strain Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa dan Proteus vulgaris sama dengan nilai MIC iaitu 250 μg/ml, μg/ml dan μg/ml masing-masing. Kesan bakterisidal sebatian kimia CT-16 ke atas kedua-dua strain Staphylococcus aureus adalah μg/ml. Oleh disebabkan nilai MIC kedua-dua sebatian kimia menunjukkan ia tidak aktif ke atas strain Micrococcus luteus maka nilai MBC ke atas strain tersebut tidak ditentukan. Antibiotik kloramfenikol juga digunakan dalam ujian antimikrob ini sebagai kawalan positif. Kesan antimikrob kloramfenikol ke atas strain Bacillus subtilis dan Micrococcus luteus adalah lebih kuat berbanding sebatian kimia CA-10 dan CT-16 dengan nilai MIC pada 6.25 μg/ml. Namun begitu aktiviti antimikrob kloramfenikol sama dengan sebatian kimia CA-10 pada μg/ml ke atas strain Pseudomonas aeruginosa tetapi lebih rendah daripada sebatian kimia CT-16. Kloramfenikol merencat strain Proteus vulgaris dengan nilai MIC μg/ml iaitu tinggi daripada nilai MIC sebatian kimia CA-10 dan rendah sedikit daripada sebatian kimia CT-16. Berdasarkan analisis spektrum dan perbandingan dengan data dari kajian terdahulu, sebatian kimia CA-10 dikenalpasti sebagai emodin (9) dan sebatian kimia CT-16 pula ialah kaempferol (3). Kedua-dua sebatian tersebut merupakan sebatian dari kumpulan fenolik. Kebanyakkan sebatian fenolik yang disintesis oleh tumbuhan merupakan tindakbalas kepada jangkitan mikrobial. Ini juga merupakan faktor mengapa sebatian fenolik mempunyai ciri-ciri antimikrob (Ncube et al., 2008). 153

7 Perencatan mikrob oleh sebatian fenolik dipercayai melalui beberapa jenis mekanisma seperti perencatan ke atas enzim hidrolitik seperti protease dan karbohidrolase, pentakaktifan pelekatan mikrob, pentakaktifan protein sampul sel dan sebagainya (Cowan, 1999). Scalbert (1991), menyatakan sebatian fenolik merencat mikroorganisma melalui deprivasi zat besi atau melalui pengikatan hidrogen dengan enzim mikrob. Hasil kajian ini adalah sama dengan yang dilaporkan oleh Ayo et al., (2007), dimana emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etil asetat daun Cassia nigricans Vahl merencat beberapa strain bakteria gram positif dan negatif iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian yang dijalankan oleh Hatano et al., (1999), mendapati emodin (9) yang diasingkan dari biji benih Cassia tora berkeupayaan merencat empat strain Staphylococcus aureus Resistans-Metisilin (MRSA) dan sejenis strain Staphylococcus aureus Sensitif-Metisilin (MSSA). Manakala, Chukwujekwu (2006) pula melaporkan sebatian kimia emodin (9) yang dipencilkan dari ekstrak etanol akar Cassia occidentalis hanya merencat strain bakteria gram positif. Keputusan dari kajian oleh Adeloye et al., (2007), mendapati kaempferol (3) yang diasingkan dari daun Urena lobata L. merencat strain bakteria gram positif, gram negatif dan yis. Manakala, kaempferol (3) dari bunga Linum capitatum Kit. pula berkeupayaan merencat Staphylococcus aureus, Escherichia coli tetapi tidak merencat Pseudomonas aeruginosa (Slavica et al., 2004). Kaempferol (3) yang berjaya dipencil dalam kajian ini merencat kesemua strain bakteria gram positif yang diuji dan dua strain bakteria gram negatif iaitu Proteus vulgaris dan Pseudomonas aeruginosa kecuali Micrococcus luteus yang resistans pada kepekatan kurang daripada 500 μg/ml. 154

8 Daripada keputusan yang diperolehi dalam kajian ini, dicadangkan Cassia alata L. dan Cassia tora L. berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber agen antimikrobial yang baru. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk mengenalpasti mekanisma perencatan oleh sebatian kimia dari bahagian lain tumbuhan tersebut. 155

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923, 3.2.2 Penskrinan aktiviti antimikrob Ekstrak metanol sampel Cassia alata L. dan Cassia tora L. dijalankan penskrinan aktiviti antimikrob dengan beberapa jenis mikrob yang patogenik kepada manusia seperti

Διαβάστε περισσότερα

penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).

penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994). 4.5 Antioksidan Radikal bebas menyebabkan biomolekul seperti asid lemak di membran mengalami pengoksidaan dan mengakibatkan pengurangan kebendaliran pada membran, kehilangan enzim serta mengganggu aktiviti

Διαβάστε περισσότερα

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. BAB EMPAT PERBINCANGAN 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L. Analisis KLN dijalankan ke atas sampel ekstrak daun Cassia alata L. dan Cassia tora L. Penskrinan fitokimia dijalankan

Διαβάστε περισσότερα

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS HIPOTESIS Hipotesis = Tekaan atau jangkaan terhadap penyelesaian atau jawapan kepada masalah kajian Contoh: Mengapakah suhu bilik kuliah panas? Tekaan atau Hipotesis???

Διαβάστε περισσότερα

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun TH383 Realiti Maa Transformasi 3D menggunakan multiplikasi matriks untuk hasilkan kompaun transformasi menggunakan kompaun transformasi - hasilkan sebarang transformasi dan ungkapkan sebagai satu transformasi

Διαβάστε περισσότερα

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN OBJEKTIF KAJIAN Mendapatkan dan membandingkan nilai tegasan ricih, τ, dan modulus ricih, G, bagi plat CFRP yang berorientasi

Διαβάστε περισσότερα

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan tentang keputusan analisis kajian yang berkaitan dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi pendidikan pelajar

Διαβάστε περισσότερα

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

2 m. Air. 5 m. Rajah S1 FAKULI KEJURUERAAN AL 1. Jika pintu A adalah segi empat tepat dan berukuran 2 m lebar (normal terhadap kertas), tentukan nilai daya hidrostatik yang bertindak pada pusat tekanan jika pintu ini tenggelam

Διαβάστε περισσότερα

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM ANALSS LTA ELEKTK ANALSS LTA ELEKTK OBJEKTF AM Unit Memahami konsep-konsep asas Litar Sesiri, Litar Selari, Litar Gabungan dan Hukum Kirchoff. OBJEKTF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan

Διαβάστε περισσότερα

Tegangan Permukaan. Kerja

Tegangan Permukaan. Kerja Tegangan Permukaan Kerja Cecair lebih cenderung menyesuaikan bentuknya ke arah yang luas permukaan yang minimum. Titisan cecair berbentuk sfera kerana nisbah luas permukaan terhadap isipadu adalah kecil.

Διαβάστε περισσότερα

BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH

BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH BAB DUA BAHAN DAN KAEDAH 2.1 Sumber sampel Sampel tumbuhan yang dikaji dalam penyelidikan ini adalah Cassia alata L. dan Cassia tora L. Kesemua sampel tersebut dikutip di sekitar Felda Lawin Selatan, Gerik,

Διαβάστε περισσότερα

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN Bab ini akan menerangkan hasil keputusan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Διαβάστε περισσότερα

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu. BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA SPM2004/A/S3 (a) Rajah tersebut menunjukkan keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta.

Διαβάστε περισσότερα

Ciri-ciri Taburan Normal

Ciri-ciri Taburan Normal 1 Taburan Normal Ciri-ciri Taburan Normal Ia adalah taburan selanjar Ia adalah taburan simetri Ia adalah asimtot kepada paksi Ia adalah uni-modal Ia adalah keluarga kepada keluk Keluasan di bawah keluk

Διαβάστε περισσότερα

Bab 1 Mekanik Struktur

Bab 1 Mekanik Struktur Bab 1 Mekanik Struktur P E N S Y A R A H : D R. Y E E M E I H E O N G M O H D. N O R H A F I D Z B I N M O H D. J I M A S ( D B 1 4 0 0 1 1 ) R E X Y N I R O AK P E T E R ( D B 1 4 0 2 5 9 ) J O H A N

Διαβάστε περισσότερα

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 114 NAMA KURSUS: STATISTIK II DISEDIAKAN OLEH: (KUMPULAN 3D) 1. SORAYYA ALJAHSYI BINTI SALLEH A154391.

Διαβάστε περισσότερα

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari PERSAMAAN KUADRAT 0. EBT-SMP-00-8 Pada pola bilangan segi tiga Pascal, jumlah bilangan pada garis ke- a. 8 b. 6 c. d. 6 0. EBT-SMP-0-6 (a + b) = a + pa b + qa b + ra b + sab + b Nilai p q = 0 6 70 0. MA-77-

Διαβάστε περισσότερα

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI Bab 5 FUNGSI TRIGONOMETRI Peta Konsep 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif 5. 6 Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI 5. Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen 5.4 Identiti Asas 5.5

Διαβάστε περισσότερα

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat: SOALAN 1 Cakera dengan garis pusat d berputar pada halaju sudut ω di dalam bekas mengandungi minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai kelikatan µ. Anggap bahawa susuk halaju

Διαβάστε περισσότερα

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri Sakdiah Basiron TEKIMETRI PENGENALAN TAKIMETRI ADALAH SATU KAEDAH PENGUKURAN JARAK SECARA TIDAK LANGSUNG BAGI MENGHASILKAN JARAK UFUK DAN JARAK TEGAK KEGUNAAN

Διαβάστε περισσότερα

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA KEPUTUSAN MESYUARAT KALI KE 63 JAWATANKUASA FARMASI DAN TERAPEUTIK HOSPITAL USM PADA 24 SEPTEMBER 2007 (BAHAGIAN 1) DAN 30 OKTOBER 2007 (BAHAGIAN 2) A. Ubat

Διαβάστε περισσότερα

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2 SKEMA MODUL PECUTAN AKHIR 20 No Jawapan Pembahagian (a) 00000 0000 0000 Jumlah 000 TIM00 #0300 TIM00 000 000 0M END Simbol dan data betul : 8 X 0.5M = 4M

Διαβάστε περισσότερα

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK Kajian ini menilai beberapa petanda aras kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti

Διαβάστε περισσότερα

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008 TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN HANIZAH BINTI MISBAH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Διαβάστε περισσότερα

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN Jurnal Teknologi, 38(C) Jun 003: 5 8 Universiti Teknologi Malaysia RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN 5 RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN YEOH WENG KANG & JAMALUDIN MD. ALI Abstrak. Rumus untuk

Διαβάστε περισσότερα

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Universiti Teknologi Malaysia 1 Pengenalan Selain daripada teknik pemodulatan amplitud, terdapat juga teknik lain yang menggunakan isyarat memodulat untuk mengubah

Διαβάστε περισσότερα

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan TKS 6112 Keandalan Struktur TEORI PELUANG* * www.zacoeb.lecture.ub.ac.id Pendahuluan Sebuah bangunan dirancang melalui serangkaian perhitungan yang cermat terhadap beban-beban rencana dan bangunan tersebut

Διαβάστε περισσότερα

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Masalah kegagalan cerun sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan sejak dari dulu hingga sekarang. Masalah ini biasanya akan menjadi lebih kerap apabila

Διαβάστε περισσότερα

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5 PENGENALAN Merupakan salah satu daripada SQC (statistical quality control) dimana sampel diambil secara rawak daripada lot dan keputusan samada untuk menerima atau menolak lot

Διαβάστε περισσότερα

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar untuk Fakultas Pertanian Uhaisnaini.com Contents 1 Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem Koordinat dan Fungsi Sistem koordinat adalah suatu cara/metode untuk menentukan letak suatu titik. Ada beberapa macam

Διαβάστε περισσότερα

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB SATU PENDAHULUAN BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Umum Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan. Dianggarkan lebih kurang 15,000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di Malaysia

Διαβάστε περισσότερα

Matematika

Matematika Sistem Bilangan Real D3 Analis Kimia FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa D3 Analis Kimia angkatan

Διαβάστε περισσότερα

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA Makmal Mekanik Pepejal KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA 1.0 PENGENALAN Dalam rekabentuk sesuatu anggota struktur yang akan mengalami tegasan, pertimbangan utama ialah supaya anggota tersebut selamat dari

Διαβάστε περισσότερα

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet 1. Satu litar magnet mempunyai keengganan S = 4 x

Διαβάστε περισσότερα

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Matematika, 1999, Jilid 15, bil. 1, hlm. 37 43 c Jabatan Matematik, UTM. Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua Nor Haniza Sarmin Jabatan Matematik, Fakulti

Διαβάστε περισσότερα

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 41 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU 1 Lim Carol Amir Hamzah Sharaai 1 Institut

Διαβάστε περισσότερα

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu; BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab keempat ini, pengkaji mengemukakan dapatan dan analisis kajian secara terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Abdul Hafiz Hj.Abdullah & Siti Fairuz Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Διαβάστε περισσότερα

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia Jadual 1: Sekolah yang dijadikan Sampel kajian Bil Nama Sekolah 1 SAM Sg. Merab Luar, Sepang 2 SAM Hulu Langat

Διαβάστε περισσότερα

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus Multivariabel I Limit dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Operasi Aljabar pada Pembahasan pada limit untuk fungsi dua peubah adalah memberikan pengertian mengenai lim f (x, y) = L (x,y) (a,b) Masalahnya adalah

Διαβάστε περισσότερα

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. STQS114 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM. Dihantar kepada : Puan Rofizah Binti Mohammad @ Mohammad Noor Disediakan

Διαβάστε περισσότερα

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD BAB MODULATAN LITUD enghantaran iyarat yang engandungi akluat elalui atu aluran perhubungan eerlukan anjakan frekueni iyarat akluat kepada julat frekueni yang euai untuk penghantaran - roe ini diapai elalui

Διαβάστε περισσότερα

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4-1 Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik 4.1 KEKUATAN STATIK Beban statik merupakan beban pegun atau momen pegun yang bertindak ke atas sesuatu objek. Sesuatu beban itu dikatakan beban statik sekiranya

Διαβάστε περισσότερα

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang terkandung di dalam bab ini ialah subjek dan tempat kajian, instrumen

Διαβάστε περισσότερα

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat dalam menentukan pendirian politik. Kajian

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan

Διαβάστε περισσότερα

Sebaran Peluang Gabungan

Sebaran Peluang Gabungan Sebaran Peluang Gabungan Peubah acak dan sebaran peluangnya terbatas pada ruang sampel berdimensi satu. Dengan kata lain, hasil percobaan berasal dari peubah acak yan tunggal. Tetapi, pada banyak keadaan,

Διαβάστε περισσότερα

Keterusan dan Keabadian Jisim

Keterusan dan Keabadian Jisim Pelajaran 8 Keterusan dan Keabadian Jisim OBJEKTIF Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat Mentakrifkan konsep kadar aliran jisim Mentakrifkan konsep kadar aliran Menerangkan konsep

Διαβάστε περισσότερα

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR TNR 1 space 1.15 LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR LAPORAN RESMI MODUL III TNR 1 Space.0 STATISTIK

Διαβάστε περισσότερα

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi limiting distribution Andi Kresna Jaya andikresna@yahoo.com Jurusan Matematika July 5, 2014 Outline 1 Review 2 Motivasi 3 Konvergen dalam peluang 4 Konvergen dalam distribusi Back Outline 1 Review 2 Motivasi

Διαβάστε περισσότερα

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA Oleh Mohd Hafizudin Kamal Sebelum wujudnya teori gelombang membujur oleh Huygens pada tahun 1678, cahaya dianggap sebagai satu aliran zarah-zarah atau disebut juga

Διαβάστε περισσότερα

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan BAB DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Kajian ini adalah untuk meneroka Metakognisi dan Regulasi Metakognisi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam kalangan murid tingkatan empat

Διαβάστε περισσότερα

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005 EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan Dr Zuraidah Mohd Zain zuraidah@kukum.edu.my Julai, 2005 Overview untuk minggu 1-3 Minggu 1 Overview terma, takrifan kadar kegagalan, MTBF, bathtub curve; taburan

Διαβάστε περισσότερα

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X. BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua

Διαβάστε περισσότερα

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987). II. TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Sistem Bilangan Riil Definisi Bilangan Riil Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur panjang, bersama-sama dengan negatifnya dan nol dinamakan bilangan

Διαβάστε περισσότερα

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus Multivariabel I Fungsi Dua Peubah atau Lebih dan Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia 2015 dengan Dua Peubah Real dengan Dua Peubah Real Pada fungsi satu peubah f : D R R D adalah daerah asal (domain) suatu fungsi

Διαβάστε περισσότερα

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X. BAB 8 : TABURAN KEBARANGKALIAN Sesi 1 Taburan Binomial A. Pembolehubah rawak diskret Contoh Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua

Διαβάστε περισσότερα

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk SOALAN 1 Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk menyambungkan dua takal yang terpasang kepada dua aci selari. Garispusat takal pemacu, pada motor adalah

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar. Perbandingan Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar Shahrin Bin Hashim & Herdy Bin Bailun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Διαβάστε περισσότερα

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda LAMPIRAN 48 Lampiran 1. Perhitungan Manual Statistik T 2 -Hotelling pada Garut Jantan dan Ekor Tipis Jantan Hipotesis: H 0 : U 1 = U 2 H 1 : U 1 U 2 Rumus T 2 -Hotelling: artinya vektor nilai rata-rata

Διαβάστε περισσότερα

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk meninjau maklumat

Διαβάστε περισσότερα

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND Kompetensi menguraikan ciri-ciri suatu kurva normal menentukan luas daerah dibawah kurva normal menerapkan sebaran normal dalam

Διαβάστε περισσότερα

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM Memahami konsep-konsep asas litar elektrik, arus, voltan, rintangan, kuasa dan tenaga elektrik. Unit OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan

Διαβάστε περισσότερα

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI 4.1 Pengenalan Kajian ini secara khususnya ingin mengenalpasti kemampuan kanak-kanak membaca al- Quran dengan baik menerusi

Διαβάστε περισσότερα

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Kalkulus 1 Sistem Bilangan Real Atina Ahdika, S.Si, M.Si Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia Sistem Bilangan Real Himpunan: sekumpulan obyek/unsur dengan kriteria/syarat tertentu. 1 Himpunan mahasiswa

Διαβάστε περισσότερα

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. 7. Pada bahagian pertama huraian adalah berdasarkan statistik dekriptif yang BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tiga perisian, iaitu

Διαβάστε περισσότερα

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Maklumat Demografi Responden Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Antaranya terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan

Διαβάστε περισσότερα

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan: MODUL 3 [Kertas 1]: MATEMATIK TAMBAHAN JPNK 015 Muka Surat: 1 Jawab SEMUA soalan. 1 Rajah 1 menunjukkan hubungan antara set A dan set B. 6 1 Set A Rajah 1 4 5 Set B (a) Nyatakan julat hubungan itu (b)

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : faktor, minat, matematik

Katakunci : faktor, minat, matematik Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik

Διαβάστε περισσότερα

PENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin

PENGENALAN KEPADA ENZIM. En. Mohd Faizal bin Sa aidin PENGENALAN KEPADA ENZIM En. Mohd Faizal bin Sa aidin OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir kuliah ini, pelajar-pelajar berupaya untuk: 1. Menerangkan fungsi dan ciri enzim 2. Menerangkan pengkelasan enzim 3.

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan Faktor Pendorong Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Mohd Nasir Bin Ripin & Ana Farina Binti Abdul Fatakh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Διαβάστε περισσότερα

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1. PENDAHULUAN Bab ini menjelaskan analisis data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Διαβάστε περισσότερα

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Hendra Gunawan. 16 April 2014 MA101 MATEMATIKA A Hendra Gunawan Semester II, 013/014 16 April 014 Kuliah yang Lalu 13.11 Integral Lipat Dua atas Persegi Panjang 13. Integral Berulang 13.3 33Integral Lipat Dua atas Daerah Bukan Persegi

Διαβάστε περισσότερα

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan: Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik dan ujian bertulis yang dijalankan ke atas kumpulan responden

Διαβάστε περισσότερα

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh 1 Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan oleh Megat Aman Zahiri Megat Zakaria Baharudin Aris Jamaluddin Harun Mohd Zolkifli bin

Διαβάστε περισσότερα

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 ) (1) Tentukan nilai bagi P, Q, dan R MODEL PT MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA 1 P 0 Q 1 R 2 (4) Lengkapkan operasi di bawah dengan mengisi petak petak kosong berikut dengan nombor yang sesuai. ( 1

Διαβάστε περισσότερα

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Menurut Webster s New Collegiate Dictionary (1981): " Oseanografi merupakan suatu ilmu yang berhubungan dengan maritim yang merangkumi pelbagai aspek seperti luas, kedalaman,

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Ismail B. Kailani & Khairuzaman Bin Ismail

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam Kesediaan Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Abdul Rahim Bin Hamdan & Nurul Aidayanti Binti Mohd Said Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Διαβάστε περισσότερα

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Transformasi Koordinat 2 Dimensi Transformasi Koordinat 2 Dimensi RG141227 - Sistem Koordinat dan Transformasi Semester Gasal 2016/2017 Ira M Anjasmara PhD Jurusan Teknik Geomatika Sistem Koordinat 2 Dimensi Digunakan untuk mempresentasikan

Διαβάστε περισσότερα

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS 1.1 KUANTITI DAN UNIT ASAS Fizik adalah berdasarkan kuantiti-kuantiti yang disebut kuantiti fizik. Secara am suatu kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Untuk mengukur kuantiti fizik, suatu

Διαβάστε περισσότερα

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13 E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 1 : 13 BAB 1 ( Bahagian 2) TAJUK : PENGKELASAN LITAR BERSEPADU OBJEKTIF Di akhir topik ini pelajar akan dapat : a. Mengklasifikasikan Litar Bersepadu berdasarkan kaedah pembikinan,

Διαβάστε περισσότερα

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya perbincangan melewati aspek implikasi kajian serta lontaran cadangan

Διαβάστε περισσότερα

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM

Bab 3. Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Bab 3 Kajian Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM Noor Lizza Mohamed Said, Zulquarnain bin Ali, Md Yazid Ahmad & Ahmad Muhammad Husni Ilmu faraid atau

Διαβάστε περισσότερα

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK 2.1 Hukum Keapungan Archimedes Sebuah badan yang terendam di air ditindak oleh beberapa daya. Pertama ialah berat atau jisim badan itu sendiri yang dianggap bertindak ke

Διαβάστε περισσότερα

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK BAB 2 PEMACU ELEKTRIK PENGENALAN Kebanyakan perindustrian moden dan komersial menggunakan pemacu elektrik berbanding dengan pemacu mekanikal kerana terdapat banyak kelebihan. Di antaranya ialah : a) binaannya

Διαβάστε περισσότερα

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1 E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1 BAB 2 : TUMBESARAN HABLUR DAN PENYEDIAAN WAFER OBJEKTIF : Di akhir pelalajaran ini pelajar akan dapat : a. Mentakrifkan istilah hablur tunggal, polihablur dan amorfus

Διαβάστε περισσότερα

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Umum

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Umum BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Umum Zingiberaceae atau famili halia terdiri daripada tumbuhan monokotiledon semula jadi yang lazimnya tumbuh dengan subur di kawasan lembah dan lereng bukit hutan tanah

Διαβάστε περισσότερα

1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena).

1 Bahan manakah yang TIDAK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? 2 Bahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena). ahagian 1 ahan manakah yang TIK merupakan makromolekul (molekul raksasa)? selulosa kanji getah asli garam biasa 2 ahan berikut merupakan oligomer bagi hasil pempolimeran etilena (etena). dekana sikloheksena

Διαβάστε περισσότερα

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan Dalam bab ini, hasil analisis data akan dibincangkan. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam

Katakunci : persepsi pelajar, Pendidikan Islam Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor Othman Bin Napiah & Munada Binti Mohamad Rodi Fakulti Pendidikan Universiti

Διαβάστε περισσότερα

Tabel 1 Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan

Tabel 1 Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan Rumus kandungan gula : Bks + K - Bk ------------------ x % Bs Keterangan : Bks = kertas saring. K = Kristal. Bk = kosong. Bs = sampel. Tabel Kombinasi perlakuan kompos, unsur kelumit, dan waktu penyemprotan

Διαβάστε περισσότερα

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER Winda Tri Wahyuningtyas Gati Annisa Hayu Plate Girder Plate girder adalah balok besar yang dibuat dari susunan yang disatukan

Διαβάστε περισσότερα

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid Matematika, 003, Jilid 19, bil., hlm. 11 138 c Jabatan Matematik, UTM. Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid Liau Lin Yun & Tahir Ahmad Jabatan Matematik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malasia

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik Tahap Pengetahuan Bakal Guru Fizik Tentang Peka Fizik Shaharom Noordin & Suhailah Samson Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : PEKA Fizik merupakan penilaian berasaskan sekolah yang

Διαβάστε περισσότερα

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 MAKTAB RENDAH Add SAINS your company MARA BENTONG slogan Bab 1 ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1 LOGO Kandungan 1 Jenis Litar Elektrik 2 Meter Pelbagai 3 Unit Kawalan Utama 4 Kuasa Elektrik 1 1.1 Jenis

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar Penilaian Terhadap Peranan Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Dalam Mempertingkatkan Pembangunan Pembelajaran Pelajar : Tinjauan Di Lima Buah Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia Lokman Bin. Mohd

Διαβάστε περισσότερα

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis Md Nor B. Bakar & Syed Muammar Billah Bin Syed Mohamad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Διαβάστε περισσότερα

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK Angka Giliran: No. Tempat Duduk: _ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007 Oktober/November 2006 HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK Masa: 3 jam Sila

Διαβάστε περισσότερα

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI

KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI KREATIVITI PELAJAR DALAM PENGHASILAN PROJEK MULTIMEDIA APPLICATION DI POLITEKNIK NILAI Mohd Sahandri Gani Hamzah Saifuddin Kumar Abdullah Sarrunnida Ahmad Zaine Dewi Maharah Mohd Wahid Husni Zaim Khairun

Διαβάστε περισσότερα