PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN. Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Bab 1 Mekanik Struktur

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Matematika

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Keterusan dan Keabadian Jisim

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Kalkulus Multivariabel I

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Tegangan Permukaan. Kerja

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

A. Distribusi Gabungan

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

Sebaran Peluang Gabungan

perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

Kalkulus Multivariabel I

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam

Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

penyelidikan masa kini (Tutour, 1990; Ames et al., 1993; Joseph et al., 1999). makanan disimpan dengan lebih lama (Tsuda et al., 1994).

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. oleh

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Proses Pembakaran 1. Presenter: Dr. Zalilah Sharer 2014 Pusat Teknologi Gas Universiti Teknologi Malaysia 28 March 2015

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Katakunci : faktor, minat, matematik

Hendra Gunawan. 16 April 2014

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Transcript:

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN Ahmad Muhaimin bin Mustapha Mukadimah Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan supaya berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi : لكل داء دواء فاذا أصيب داء الداء برأ باذن االله (أخرجه مسلم) Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah ما أنزل االله من داء الا أنزل له شفاء (أخرجه البارى) Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubat baginya. Namun perkembangan ilmu perubatan yang berjalan seiring dengan keperluan zaman menyaksikan timbulnya kepelbagaian dalam merawati penyakit. Kajian demi kajian akhirnya menatijahkan penggunaan alat dan wasilah yang pelbagai juga aliran perubatan yang bermacam-macam. Tidak kira perubatan moden (alloypathy) atau pun perubatan alternative, akhirnya terjebak dalam penggunaan bahan-bahan yang tidak sah dari segi syariat Islam. Secara jelasnya timbulnya penggunaan najis dalam mengubati penyakit. Adakah ini dibenarkan oleh Islam atau tidak, memerlukan penekunan kita dalam mengkaji dan mengeluarkan hukum secara tepat. Anjuran berubat dengan benda yang suci Sebelum kita meneruskan perbincangan kita, di sini didatangkan beberapa hadis mengenai penggunaan elemen yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda : Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud) Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas ud katanya: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari) Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: 1

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad) Skop perbincangan Ilmu perubatan moden hanyalah satu daripada beribu-ribu jenis ilmu perubatan yang wujud di muka bumi ini. Memandangakan cara perubatan ini diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia berdasarkan kepada method kajiannya yang jelas dan diterima secara saintifik. Ilmu perubatan moden yang juga dikenali sebagai allopathy sentiasa mengalami evolusi yang pesat. Kajian mutakhir ini lebih banyak dipelopori oleh saintis yang bukan Islam menyebabkan masuknya elemen-elemen yang disifatkan najis pada pandangan syarak. Kebanyakan perbincangan kita berkisar dengan penggunaan najis dalam perubatan moden di samping itu didatangkan beberapa contoh penggunaan najis dalam perubatan alternative dan juga tibbul nabawi. Antara yang akan dikupas dalam kertas kerja ini ialah : 1. Penggunaan najis dalam perubatan moden a. gelatin b. xeno transplantation c. hormon d. vaksin e. alkohol f. pemindahan dan pembersihan darah 2. Penggunaan najis dalam tibbul nabawi 3. Penggunaan najis dalam perubatan alternative a. urine teraphy b. penyembuhan menggunakan makanan (healing food) Kertas kerja ini sama sekali tidak akan menyentuh mengenai hukum penggunaan najis dalam perubatan. Di sini hanya akan dibincangkan contoh penggunaan najis dari segi aspek perubatan sahaja. Jawapan mengenai hukum penggunaannya akan djelaskan secara berasingan. Amatlah penting bagi kita mengetahui gambaran awal sesuatu perkara sebelum menjatuhkan sebarang hukum, bersesuaian dengan kaedah fekah : الحكم على شىء جزء عن تصوره Hukum ke atas sesuatu perkara itu adalah satu juzuk daripada gambarannya. Penggunaan najis dalam perubatan moden 1. Gelatin Gelatin merupakan bahan yang sering kita dengar terutamanya umat Islam yang betul-betul mengambil berat akan perihal halal dan haramnya sesuatu perkara. Namun ada di kalangan kita yang tersalah anggap dengan istilah ini. Ada yang 2

beranggapan semua gelatin adalah haram, seolah-olah gelatin merupakan produk daripada khinzir. Adakah tanggapan ini betul? Untuk itu marilah sama-sama kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan gelatin. Gelatin mengikut ta'rifan yang diberikan oleh Professor Muhammad Abdul Salam, merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan cara menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali dengan nama collagen. Ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan atau pun dengan menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya. Dari manakah sumber gelatin diperolehi? Kebanyakan sumber gelatin diambil daripada kulit, tulang, sisi tulang dada, dan tendon manakala gelatin yang besumber daripada ikan masih dalam peringkat kajian mengenainya dan penggunaannya. Terdapat juga gelatin yang diambil daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Salah satu contohnya ialah daripada bijirin. Di dalam Ensikloedia Malaysiana dicatatkan bahawa, "gelatin sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten gandum atau bijirin lain" Penggunaan gelatin yang bersumberkan daripada tumbuhan sudah tentu sama sekali tidak dipertikaikan kehalalannya. Yang menjadi masalah ialah penggunaan gelatin haiwan. Secara umumnya gelatin akan menjadi najis bila diambil daripada khinzir begitu juga daripada binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam. Jika sekiranya ia dicampur dalam ubatan maka ubat yang asalnya bersih akan bertukar menjadi najis. Dewasa ini penggunaan gelatin digunakan secara meluas terutamanya dalam pembuatan makanan dan penghasilan ubatan, samada moden mahupun tradisional. Antara kegunaannya dari sudut perubatan ialah : a. Kapsul ubat b. Penyalut kepada ubat untuk melambatkannya larut semasa berada dalam sistem penghadaman. c. Krim d. Ubat yang dimasukkan melalui dubur atau saluran peranakan e. Penghalang pengeluaran darah dalam pembedahan f. Pengganti atau penambah plasma darah. g. Kajian Dr. Troum dan Dalton gelatin khinzir boleh digunakan untuk menyembuhkan tulang yang patah. h. Gelatin yang disteril dengan radiasi ultraviolet boleh merangsangkan pembentukan tulang yang baru (masih dalam kajian) i. Dalam satu kes seorang yang berumur 72 tahun mengambil 1/4 oz gelatin sehari dalam jus oren selama 6 bulan sebagai rawatan kepada arthtitis pada sendi tanganya. Kesannya telah menambahkan flexibility jarinya dan kesakitan dapat dikurangkan. Paparan ini merupakan sebahagian daripada kegunaan gelatin yang pelbagai menerusi skop perubatan. Penggunaannya sudah meluas sama ada disedari oleh umat Islam atau pun tidak. 3

Samada gelatin yang digunakan dalam perubatan bersumber daripada sumber yang halal atau tidak, memerlukan penelitian kita semasa mendapatkan rawatan. Dalam hal ini pesakit yang beragama Islam sewajarnya bertanya kepada pihak yang berautoriti semasa mendapatkan rawatan demi memastikan semua ubatan yang digunakan bebas daripada najis. Tambahan : Selain daripada gelatin yang menjadi bahan dalam perubatan, pelbagai lagi produk yang dikeluarkan besumberkan daripada khinzir. Antara penggunaan lemak khinzir sebagai krim dan alat-alat kecantikan. Kebanyakan penggunaan bahan seperti krim dan bahan kecantikan boleh dikategorikan sebagai tidak darurat. 2. Hormon Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu dalam badan dan dibawa dalam aliran darah kepada organ yang lain atau mana-mana bahagian dalam badan bagi menghasilkan tindakbalas atau ransangan yang berkaitan. Hormon merupakan bahan kimia asas yang penting diciptakan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku kekurangan atau kelebihan pada aras hormon dalam tubuh ianya akan menyebabkan berlakunya penyakit yang pelbagai. Dalam pengamalan ilmu perubatan moden hormon digunakan untuk merawat beberapa penyakit. Antara contoh penggunaan hormon ialah : a. Insulin Insulin merupakan hormon yang penting dalam mengawal kandungan gula dalam darah manusia. Ianya bertanggung-jawab menukarkan glukosa kepada glukagon sekaligus mengurangkan aras gula dalam darah. Kekurangan insulin dalam badan menjadi salah satu penyebab kepada penyakit kencing manis. Dianggarkan terdapat seramai 120 juta pesakit yang mengalami kekurangan insulin sukar dipulihkan. Pesakit kencing manis (jenis pertama) sememangnya berhajat kepada suntikan insulin setiap hari untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Antara sumber insulin yang digunakan untuk merawat pesakit ini ialah insulin yang bersumberkan daripada haiwan. Haiwan yang sesuai ialah lembu dan khinzir. Pun begitu insulin daripada khinzir mempunyai keistimewaan berbanding dengan insulin lembu kerana ianya hanya berbeza dengan insulin manusia pada sejenis amino asid sahaja. Manakala insulin lembu berbeza sebanyak 3 amino asid. Perkembangan ilmu sains perubatan mutakhir ini telah berjaya menghasilkan insulin yang dihasilkan secara biosintesis daripada insulin manusia. Namun pengunaan masih belum meluas memandangkan ianya hanya digunakan di negara barat sahaja. b. Lain-lain hormon yang dihasilkan daripada khinzir ialah: Hormon β- glucagon 4

Follicle stimulating hormone daripada kelenjar pituatiry khinzir Hormon somatotropin Hormon calcitonin Hormon secretin Melanocyte Stimulating Hormone Di atas adalah beberapa contoh hormon yang dikategorikan sebagai najis. Namun begitu perlu dinyatakan di sini, semua hormon yang mampu diperolehi daripada khinzir juga boleh diambil daripada haiwan seperti lembu, tikus, kuda, kambing dan arnab juga dengan kemajuan teknologi bio engineering saintis mampu menghasilkan hormon daripada manusia. Mengenai penggunaan hormon di negara kita dan negara-negara Islam samada diambil daripada sumber najis atau tidak, perlulah kita bertanyakan kepada pihak yang berautoriti. 3. Vaksin Vaksin merupakan salah satu cara perubatan moden yang digunakan sebagai rawatan pencegahan awal. Antara saintis yang terawal menemui vaksin ialah Edward Jenner yang menemui vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit small pox manakala Louis Pasteur pula mencipta vaksin terhadap penyakit rabies. Tujuan utama penggunaan vaksin ialah untuk mengaktifkan sistem immuniti tubuh. Ianya akan mengaktifkan sel darah putih (B cell dan T cell) untuk bertindak. Selain daripada itu vaksin akan mencipta sel-sel memori dalam sistem pertahanan tubuh. Jesteru itu pendedahan kepada agen penyakit yang sama akan merangsangkan tindak balas yang segera. Terdapat dua jenis imunisasi : 1. Imunisasi pasif ini dilakukan dengan menyuntik immunoglobulin kepada pesakit yang sudah mengalami penyakit. 2. Imunisasi aktif melibatkan suntikan suntikan patogen yang diubahsuai atau dibersihkan ataupun produk daripada patogen tersebut. Vaksin boleh dihasilkan melalui beberapa cara: 1. Organisma yang mati : sebagai contohnya vaksin untuk virus influenza 2. Organisma yang hidup tetapi dilemahkan : contohnya vaksin untuk kuman measles, mumps dan rubella (MMR) 3. Bahagian tertetentu daripada organisma ataupun produknya : contohya vaksin untuk tetanus. 4. Secara syntetik Kemungkinan vaksin boleh menjadi najis ialah berpandukan kepada sumber yang diambil untuk semasa penyediaanya. Contoh penggunaan vaksin daripada sumber najis ialah apa yang pernah berlaku di negara kita iaitu suntikan yang dikenakan kepada jemaah haji. Di mana jemaah haji diberikan 2 suntikan iaitu suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent dan influenza (flu). 5

Tujuan utama diberi suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent ialah untuk mencegah jangkitan kuman Neisserria Meningitis yang boleh menyebabkan penyakit meningitis (infeksi pada selaput otak). Penyakit ini boleh membawa ajal. Perbincangan sama ada boleh atau tidak mengenai penggunaan vaksin ini menjadi perbahasan hangat dikalangan ulama. Ini kerana ada yang berpendapat ianya tidak najis kerana telah berlaku istihlah (transformasi). Pada musim haji 1422 hijriah, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof. Dr. Musa Mohd Nordin mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin ACYW 135 boleh digunakan kerana telah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain. Manakala pada musim haji tahun yang berikutnya Menteri Kesihatan Dr. Chua Jui Meng mengumumkan bahawa jemaah haji boleh memilih samada untuk menggunakan vaksin ACYW 135 yang bernama menomune yang dihasilkan daripada khinzir atau pun mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas daripada unsur khinzir. 4. Xeno transplantation Dalam membincangkan mengenai pemindahan anggota, tisu atau sel kita akan berkenalan dengan istilah-istilah yang pelbagai. Antaranya ialah auto graft, isograft, allograft dan xenograft. Perbezaan istilah ini menunjukkan kepelbagaian pemindahan yang dilakukan. Kita hanya akan membincangkan mengenai xenograft ataupun xano transplantation. Apakah yang dimaksudkan dengan xenotransplantion? Istilah ini secara dasarnya digunakan pada pemindahan cell hidup, tisu dan organ dari satu spesis kepada satu spesis yang lain. Sebagai contohnya pemindahan organ dari khinzir kepada manusia. Xeno trasnsplantation ini biasanya melibatkan pemindahan sel, tisu dan organ daripada khinzir, babon atau chimpanzi kepada manusia. Namun yang sering berlaku dan masih dalam kajian yang pesat ialah penggunaan organ khinzir bagi mengganti dan menampung kekurangan organ manusia untuk merawat pesakit yang memerlukan. Semestinya apa sahaja yang terhasil dan diambil daripada haiwan ini adalah najis dari segi syarak. Antara negara yang menjalankan kajian xeno transplantation ini ialah Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Spanyol dan Belgium. Ianya berperanan sebagai alternative kepada organ manusia. Penyelidikan awal juga merancang untuk menjadikannya sebagai ubat kanser, AIDS, kencing manis, kegagalan fungsi hati dan merawat penyakit Parkinson ataupun sekurang-kurangnya dengan adanya organ haiwan boleh digunakan sebagai organ sementara sebelum mendapat organ manusia. Sebab utama penggunaan khinzir ialah memandangkan ianya senang didapati dan saiz organnya yang hampir menyamai organ manusia. Faktor utama berkembangnya kajian untuk menggunakan organ khinzir ialah kerana berlaku kekurangan organ. Sebagai contohnya apa yang berlaku di Kanada, 3 daripada 10 orang pesakit mati semasa menunggu untuk mendapatkan organ. Manakala Amerika sahaja membeli sebanyak 200 hingga 300 organ setiap tahun dari negara membangun. 6

Antara pemindahaan yang telah pernah dilakukan ialah pemindahan injap jantung khinzir untuk mengganti injap jantung manusia yang bermasalah. Kajian saintifik bependapat kebanyakan organ khinzir seperti jantung, buah pinggang dan hati boleh digunakan untuk pemindahan organ. Bagi mengatasi masalah penolakan organ, di Edinburgh Scotland telah dicipta khinzir melalui teknologi genetic engeneering yang diberi nama "double knock-out pig". Khinzir ini berbeza daripada khinzir biasa, di mana ianya dipercayai tidak mempunyai gen yang menyebabkan penolakan (rejection) pada penerima. Walaubagaimanapun banyak masalah yang sememangnya dibimbangi berlaku dengan pemgunaan khinzir dalam pemindahan organ ini. Apa yang ditakuti sekali ialah kuman dan virus yang ada pada khinzir yang boleh menyerang pesakit. Setakat ini kejayaan yang dicapai masih berada pada tahap rendah dan ramai pesakit yang mencuba akhirnya menemui ajal. Biar apa pun yang berlaku, xeno transplantation merupakan projek saintifik jangka masa panjang yang pesat dikaji oleh saintis barat, yang berpendapat perlunya pemindahan organ bagi melangsungkan kehidupan pesakit 5. Pemindahan dan pembersihan darah Darah merupakan cecair yang cukup penting dalam badan manusia. Kandungan utamanya terdiri daripada plasma dan sel darah ( sel darah merah dan sel darah putih) merupakan elemen penting untuk meneruskan kehidupan normal manusia. Fungi utama darah ialah sebagai pengangkut kepada gas seperti oksigen dan karbon dioksida, makanan yang dicerna dalam bentuk molekul yang ringkas dan ejen yang menjaga tubuh daripada serangan kuman. Pemindahan dan pendermaan darah berlaku apabila tedapat pesakit yang mengalami kehilangan darah yang kronik seperti dalam kes kemalangan, pembedahan dan lain-lain. Sebenarnya kaedah pendermaan darah ini baru sahaja terjadi pada kurun ke-20 dan kejayaan pertama pemindahan darah berlaku di London pada tahhun 1921. Manakala pembersihan darah bisanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Mengapa pemindahan dan pembersihan darah diletakkan dalam topik perbincangan kita? Jawapannya, kedua-dua proses ini melibatkan keluarnya darah daripada tubuh manusia. Darah yang keluar dari tubuh manusia pada pandangan Islam merupakan najis mutawasittah. Contohnya dalam kes pemindahan darah yang mana darah dipindahkan daripada penderma kepada pesakit yang memerlukan. Dalalm kes pembersihan darah (heamodialisis) darah dari pesakit dikerluarkan dari badan dan dicuci menggunakan alat heamodialisis sebagai ganti buah pinggang yang berperanan untuk menapis dan membersihkan darah. 6. Alkohol 7

Alkohol merupakan sejenis bahan yang sudah digunakan sejak turun temurun dalam sejarah peradaban manusia. Bukan sahaja sebagai minuman, alkohol juga mempunyai nilai perubatan yang tidak kurang pentingnya. Firman Allah SWT : "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumnya) supaya kamu berfikir." Surah al-baqarah ayat 219 Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa arak mempunyai manfaat, namun dosanya lebih besar daripada faedah yang ada. Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemprosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut disamping juga sebagai bahan untuk mencucikan kulit. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun. Jadi di sini terdapat 2 jenis alkohol yang berpunca daripada sumber bebeza satu daripada proses penapaian dan daripada petroleum. Perbincangan mengenai najis atau tidak alkohol yang berasal daripada petroleum turut menjadi khilaf dikalangan ulama. Pengguanaan najis dalam tibbul nabawi Rasullah s.a.w sebagai Rasul terunggul, Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi s.a.w sendiri pernah menganjurkan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam hadis sahih bukhari yang berbunyi, روى عن أنس رضى االله عنه : أن نفرا من عرینة أتوا رسول االله صلى االله عليه وسلم- فب ایعوه عل ى الاس لام فاس توخموا المدین ة ف سقمت أج سامهم ف شكوا ذل ك ال ى رس ول االله ص لى االله عل ه وس لم فق ال : ألا تخرجون مع راعينا فى ابله فتصيبون من أبوالها والبانها. قالوا : بلى.فخرجوا فشربوا من البانها وابوالها فصحوا فقتلوا راعى رسول االله صلى االله عليه وسلم واطردوا النعم. Maksudnya: "Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka: 8

"Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah." Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya." (Hadis riwayat Bukhari) Dalam hadis di atas Nabi s.a.w mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada sakit pada tubuh akibat keadaan cuaca di Madinah. Jelasnya air kencing merupakan najis, namun dibenarkan oleh Nabi s.a.w untuk diminum sebagai penawar penyakit. Persoalannya sejauh manakah Islam membenarkan penggunaan najis dalam merawat penyakit? Tambahan : Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi s.a.w, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi s.a.w. Sebagai contohnya Nabi s.a.w membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi s.a.w membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang dibuat dari emas kerana darurat. Penggunaan najis dalam perubatan alternatif 1. Terapi air kencing Bunyinya sahaja sudah memualkan. Percaya atau tidak, ada segolongan manusia yang menggunakan air kencing sendiri sebagai rawatan pencegahan penyakit. Dalam amalan perubatan ini, air kencing diminum untuk mencegah dan merawat penyakit-penyakit tertentu. Manusia yang pertama menjumpai kaedah ini ialah bekas perdana menteri India, Moraji Dasai. Ada juga yang mengatakan ianya dijumpai oleh petani dari China. Sudah tentunya masalah utama yang timbul bagi pengamal perubatan ini ialah masalah psychology sebelum mencubanya. Bagi pengamal terapi air kencing ini, keistimewaannya sudah tentulah kerana kos yang tidak perlu dikeluarkan dan ianya boleh didapati di mana sahaja kita berada. Jijik atau tidak, suci ataupun najis, penggunaan terapi air kencing ini, ianya sudah diterima oleh sekelompok masyarakat yang percaya akan khasiatnya. Antara kandungan yang ada dalam air kencing dan faedahnya ialah: a. Menurut pakar bedah Itali, Stanislau R Burzynski, anti neoplastin yang ada secara berasingan dalam urine menunjukkan keputusan yang menakjubkan dalam merawat penyakit kanser. b. DHEA (dehydroepindrosterone) yang ada hubungan dengan hormon testosterone dipercayai bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan anti kegemukan. 9

c. Urea yang dikitar oleh mulut akan ditukarkan kepada amino acid yang penting, bermanfaat untuk badan. d. 95% urine adalah air, 2.5 % adalah urea dan 2.5% adalah mineral, garam, homon dan enzyme. Semua bahan-bahan ini menjadi steril selepas dikeluarkan dari badan. e. Untuk merawat allergic terutamanya penyakit asma. f. Rawatan sembelit yang konik g. Rawatan penyakit kulit 2. Penyembuhan melalui makanan (healing food) Dikalangan pengamal perubatan moden dan tradisional ada yang mengamalkan pencegahan dan penyembuhan penyakit melalui pemgambilan makanan. Ada di antara makanan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan dalam menyembuhkan penyakit. Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya dengan menganjurkan pengambilan makanan sekadar perlu dan tidak berlebihan bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Ianya terbukti berkesan. Bahkan sekiranya dirujuk dalam kitab tibbul nabawi karangan Ibnu Qayyim Al-jauziyah, di sana terdapat perbincangan yang menyentuh kelebihan makanan tertentu dalam menjaga kesihatan. Namun, pengamal perubatan penyembuhan menggunakan makanan, yang bukan Islam sudah tentunya tidak terikat dengan hukum hakam syariah. Justeru itu timbullah pengamalan makanan yang tidak dibenarkan oleh Islam bertujuan untuk menjaga kesihatan. Antara yang dianjurkan ialah minuman yang beralkohol atau dengan nama lainnya arak. Masyarakat barat melalui kajian mereka berpendapat bahawa dengan meminum alkohol dengan kadar yang sederhana dapat mengurangkan penyakit jantung. Manakala flavonids dalam wine merah dikatakan dapat menurunkan kadar LDL cholesterol dalam tubuh. Namun begitu, risiko bagi wanita pula dengan hanya pengambilan yang kecil boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. Arak juga boleh digunakan untuk menambahkan selera makan, meningkatkan kawalan diri dan menambahkan berat badan. Perubatan cina pula tampil dengan pengunaan khinzir sebagai makanan untuk merawat penyakit. Doktor mereka percaya khinzir amat bagus untuk merawat batuk kering dan bagi pesakit yang mengalami kelemahan saraf. Sebenarnya umat Islam sudah tentunya tidak menggunakan kaedah meminum alkohol dan memakan daging khinzir sebagai rawatan. Tujuan didatangkan contoh di atas hanyalah sebagai maklumat tambahan. Penutup. Kertas kerja ini hanya memberi gambaran kasar mengenai pengunaan najis dalam perubatan moden dan tradisional. Sangat mustahil untuk kita membincangkan semua kaedah perubatan yang ada di dunia ini dengan keadaan pengetahuan yang 10

terbatas. Mudah-mudahan kertas kerja ini dapat membantu menambahkan thaqafah kita bersama. 8.46 mlm. 31 ogos 2004 disediakan oleh : Ahmad Muhaimin bin Mustapha 11