ULASAN BUKU. Pengulas: Tajul Aripin Kassin

Σχετικά έγγραφα
HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Bab 1 Mekanik Struktur

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Matematika

Kalkulus Multivariabel I

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Keterusan dan Keabadian Jisim

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

HMT Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Sebaran Peluang Gabungan

Tegangan Permukaan. Kerja

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Persamaan Diferensial Parsial

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kalkulus Multivariabel I

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA HMT ANALISIS KONTRASTIF BAHASA-BAHASA DI MALAYSIA

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu ¹AB. RAZAK AB. KARIM ²NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Ciri-ciri Taburan Normal

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Katakunci : stress, guru pelatih, latihan mengajar

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Hendra Gunawan. 16 April 2014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Pengantar Proses Stokastik

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Pengantar Proses Stokastik

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Teorem Titik Tetap Pemetaan 2 Mengecut Pada Ruang 2 Metrik

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA A03101 PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2015 Matematik Bahagian A Mei

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Katakunci : peranan pengurusan kolej kediaman, pembangunan pembelajaran pelajar

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Transcript:

ULASAN BUKU Zaharani Ahmad, 2013, Aspek Fonologi Bahasa Melayu Daripada Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan, 271 halaman, ISBN 978-983-46-0753-1. Pengulas: Tajul Aripin Kassin tajul@usm.my Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia. Buku ini diterbitkan bertujuan menghuraikan dan membincangkan aspek fonologi generatif dari sudut perkembangan pendekatan yang diguna pakai oleh pengkaji dalam melakukan analisis terhadap nahu atau tatabahasa bahasa Melayu. Yang dibincangkan pertama, fonologi generatif linear dari perspektif pendekatan derivasi rumus atau dikenali juga sebagai atur rumus. Keduanya, fonologi generatif nonlinear, iaitu dari perspektif pendekatan tatatingkat kekangan. Selain pendekatan tatatingkat kekangan, penulis juga memuatkan huraian dan penjelasan dari perspektif fonologi generatif nonlinear yang lain, iaitu pendekatan analisis autosegmental, fonologi prosodik dan fonologi leksikal. Setiap pendekatan ini dikatakan mempunyai konsep, prinsip dan mekanismenya yang tersendiri. Untuk memudahkan perbincangan dan pemahaman pembaca, penulis telah membahagikan bukunya kepada tujuh bab yang membicarakan tentang nahu dan tatabahasa bahasa Melayu khusus dari aspek fenomena fonologi. Penulis berpendapat, pendekatan derivasi rumus merupakan pendekatan teori fonologi generatif standard model SPE (Chomsky dan Halle, 1968) yang terawal dalam analisis fonologi generatif, yang dianggap sebagai satu pendekatan yang tidak dapat menjelaskan perilaku fonologi bahasa Melayu itu secara berpada. Sebelum munculnya teori optimaliti, pendekatan autosegmental dikatakan satu pendekatan fonologi generatif nonlinear yang dapat memerikan perilaku fonologi dengan lebih berkesan dan berpada berbanding analisis penderivasian rumus atau atur rumus. Seterusnya, penulis memberikan fokus utama dalam menghuraikan dan 159

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 1 2014 menjelaskan perilaku fonologi bahasa Melayu berdasarkan pendekatan tatatingkat kekangan. Pendekatan tatatingkat kekangan ini merupakan salah satu pendekatan terkini yang dikatakan dapat memerikan perilaku fonologi dengan lebih berpada berbanding pendekatan derivasi rumus dan autosegmental. Dalam bab satu, iaitu bab pendahuluan, buku ini membincangkan tentang pendekatan penderivasian rumus dan tatatingkat kekangan menangani fenomena fonologi yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dari perspektif pendekatan derivasi rumus, penulis melihat nahu bahasa itu terdiri daripada satu himpunan rumus yang berinteraksi antara satu sama lain secara hierarki dalam satu proses derivasi. Suatu representasi output (surface representation) itu ditentukan melalui berbagai-bagai tingkat hierarki, iaitu susun atur proses fonologi yang tertib sebelum sampai kepada representasi output. Susun atur yang tertib bermaksud proses fonologi itu disusun secara berhierarki, iaitu yang duhulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Jika hierarki proses itu disusun secara tidak tertib atau secara salah atur, nahu bahasa itu atau representasi outputnya tidak gramatis. Sebagai contoh, perhatikan operasi ketertiban rumus dalam bab satu, halaman 16, data (17) dan (18). Seterusnya, penulis membincangkan cara rumus fonologi itu diformalisasikan. Lazimnya, rumus fonologi diformalisasikan menurut format standard, iaitu A B / C D (A menjadi/berubah kepada B di antara C dan D). Maksud rumus derivasi ini ialah A merujuk input (bentuk dalaman) dan B merujuk output (bentuk permukaan). Tanda sempang ialah tempat kejadian atau perubahan suatu input, iaitu, di antara lingkungan segmen C dan segmen D. Hal ini bermakna segmen-segmen C dan D boleh terdiri daripada fonem, sempadan morfem atau sempadan kata morfologikal (sempadan imbuhan, sempadan kata ganda, sempadan kata majmuk dan sempadan ayat). Teori optimaliti (TO) pula, yang diperkenalkan oleh Prince and Smolensky (1993), McCarthy dan Prince (1993), merupakan pendekatan tatatingkat kekangan yang terdiri daripada seperangkat kekangan kepurnaan bentuk (a set of wellformedness constraints) yang bersifat universal dan tersusun dalam satu tatatingkat berhierarki (hierarchical ranking). Lima prinsip asas TO dalam menjalani penilaian terhadap calon-calon output, iaitu prinsip kesejagatan (universality), keterangkaran (violability), tatatingkat (ranking), perangkuman (inclusiveness) dan keselarian (parallelism) (rujukan lanjut, sila lihat bab satu, halaman 27 160

28). Oleh itu, penilaian output yang diramal itu boleh melanggar atau mengingkari kekangan pada tatatingkat paling minimal atau paling rendah untuk muncul sebagai output optimal. Jika output yang dicalonkan itu melanggar tatatingkat kekangan yang paling tinggi, output tersebut akan ditolak daripada menjadi output optimal. Dalam bab dua, buku inimengutarakan tentang struktur suku kata dan penyukuan vokal tinggi dalam bahasa Melayu dengan berdasarkan pandangan Farid (1980) dan Yunus (1980) bahawa bahasa Melayu mempunyai struktur suku kata dasar (K)V(K), iaitu daripada jenis IV struktur suku kata bahasa di dunia yang disarankan oleh Clements dan Kayser (1983). Dengan struktur suku kata (K)V(K) ini, bahasa Melayu mempunyai empat bentuk suku kata, iaitu dua bentuk suku kata terbuka V dan KV, dan dua bentuk suku kata tertutup VK dan KVK. Maknanya, bahasa Melayu tidak membenarkan bentuk suku kata yang mengandungi gugusan konsonan dan vokal seperti KK danvv menduduki nodus onset, neklues dan koda. Berdasarkan pandangan Farid dan Yunus itu, penulis turut membincangkan status geluncuran /y/ dan /w/ yang hadir dalam struktur suku kata bahasa Melayu. Menurut Farid (1980), geluncuran /y/ dan /w/ berstatus fonem dalam carta inventori fonem bahasa Melayu. Sebaliknya, penulis mengandaikan geluncuran [y] dan [w] ialah fonem derivasi daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Sekiranya, vokal tinggi ini berada pada nodus nukleus, kehadirannya dikenali sebagai vokal tinggi dan jika kehadirannya di nodus margin, sama ada di nodus onset mahupun di nodus koda, vokal tinggi itu dikenali sebagai geluncuran. Menurut penulis, dalam analisis menggunakan pendekatan derivasi rumus, vokal tinggi /i/ dan /u/ dalam diftong /ai/, /au/ dan /oi/ dihubungkan dengan nodus koda lalu membentuk suku kata bersifat tautosilabik yang diresalisasikan sebagai [aj], [aw] dan [oj]. Farid (1980) menamakan rumusnya sebagai rumus penerbitan vokal margin (Marginal Vowel Derived Rule) dan Teoh (1994) pula menamakan rumusnya sebagai rumus diftongisasi. Rumus diftongisasi Teoh (1994) adalah seperti yang berikut: (1). Rumus diftongisasi (Teoh, 1994: 23) N N 1 2 1 2 σσσ 161

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 1 2014 Rumus diftongisasi di atas bermaksud vokal tinggi di nodus nukleus dalam suku kata kedua dihubungkan secara tautosilabik ke nodus koda sebelumnya dan dikenali sebagai geluncuran. Penulis menganggap rumus diftongisasi ini bersifat deskriptif kerana tidak memberi penjelasan berpada kenapa perlaksanaan rumus tersebut diperlukan. Sebaliknya, menurut penulis, analisis tatatingkat kekangan tentang diftongisasi memeri lebih berpada dan bersifat teoritis. Menurut penulis dalam pendekatan tatatingkat kekangan, diftongisasi ini bertujuan untuk memisahkan vokal rangkap atau hiatus kerana kehadirannya mengikari kekangan ONSET yang mensyaratkan semua suku kata harus mempunyai onset. Oleh itu, calon /pisau/ [pi.saw] tidak melanggar kekangan ONSET yang ditatatingkatkan paling tinggi. Sebaliknya calon /pisau/ [pisau] melanggar kekangan ONSET pada tingkat tertinggi menyebabkan [pisau] tidak menjadi calon optimal (hlm. 75). Penulis turut juga mempertikaikan analisis Teoh (1994) yang tidak bersifat konsisten kerana dalam perkataan yakin dan wangi, Teoh mengandaikan geluncuran /y/ dan /w/ berstatus fonem, iaitu direpresentasikan sebagai /yakin/ [yaken] dan /wa i/ [wa i] dan andai ini mematuhi struktur suku kata yang diandaikannya sendiri iaitu KV(K). Sebaliknya, dalam representasi lain, Teoh (1994) mengandaikan representasi dalaman bagi perkataan yu dan yang sebagai /iu/ dan / ian/. Oleh itu, penulis berpendapat, analisis Teoh (1994) itu menidakkan kehadiran bentuk suku kata V dan VK bahasa Melayu, contoh seperti dalam perkataan /ibu/ [i.bu], /ubi/ [u.bi], /abu/ [a.bu], /laut/ [la.ot] dan / kain/ [ka.en]. Jika berdasarkan struktur suku kata bahasa Melayu KV(K) (Teoh, 1994), representasi perkataan tersebut seharusnya / ibu/ *[ i.bu], / ubi/ *[ u.bi], / abu/ *[.bu], /la ut/ *[la. ot] dan /ka in/ *[ka. en]. Oleh itu, andaian penulis bahawa geluncuran [y] dan [w] itu sebagai fonem derivasi daripada vokal tinggi /i/ dan /u/, menjadikan carta inventori fonem konsonan bahasa Melayu lebih ekonomi dan mudah. Menurut penulis, kemunculan konsonan geluncuran [j] dan [w] ini melibatkan tiga fenomena fonologi, iaitu diftongisasi, desilabifikasi dan ambisilabisiti. Ketiga-tiga proses ini mempunyai motivasi yang sama dan berkait rapat dengan proses penyukuan dan struktur suku kata bahasa Melayu. Dalam pendekatan penderivasian rumus, Farid (1980) mengandaikan kehadiran geluncuran [j] dan [w] adalah melalui proses penyisipan geluncuran. Sebaliknya, dalam teori optimaliti, proses penyukuan dihasilkan dengan cara memilih output yang optimal daripada 162

seperangkat calon output yang diandaikan munasabah melalui proses penjanaan (PENJANA) dan bukannya melalui pembinaan struktur secara algorithma. Calon ini dinilai secara selari oleh PENILAIAN berdasarkan sistem kekangan yang disusun secara berhierarki dan bersifat khusus bahasa. Calon yang mengingkari kekangan yang paling minimal dipilih sebagai calon optimal. Dalam bab tiga, buku ini membincangkan tentang pematuhan dan pengingkaran onset dalam bahasa Melayu. Menurut Farid (1980), kehadiran hentian glotis [ ] dan geluncuran [j] dan [w] dalam sempadan awalan, sempadan akhiran dan di antara urutan vokal adalah melalui proses penyisipan seperti dalam perkataan /di+asah/ [di..sah], /di+ubah/ [di. u. bah], /guna-an/ [gu.na. an], /ganti-an/ [gan.ti.jan] dan /buah/ [bu.wah]. Teoh (1994) pula mengandaikan kehadiran hentian glotis di sempadan awalan dan akhiran sebagai proses penyisipan hentian glotis [ ] dan kehadiran geluncuran di sempadan akhiran dan di antara urutan vokal sebagai proses penyebaran geluncuran daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Oleh itu, penulis mengandaikan proses penyisipan hentian glotis dan penyebaran geluncuran ini didorong oleh keperluan onset yang mensyaratkan setiap suku kata bahasa Melayu harus mempunyai onset. Berdasarkan analisis tatatingkat kekangan, penulis menyatakan pematuhan ONSET dalam bahasa Melayu berlaku dalam lingkungan sempadan awalan; pertama apabila awalan yang diakhiri vokal, iaitu /s -/, /k -/, /di-/ dan /juru-/ menerima kata dasar yang diawali vokal seperti dalam perkataan /di+ubah/ [di. u.bah] bukan *[dju.bah] dan /juru+azan/ [ju.ru. a.zan]bukan *[ju.rwa.zan], dan kedua apabila awalan yang diakhiri konsonan seperti /b r-/, /t r-/, /m -/ dan / p -/ menerima kata dasar yang diawali vokal seperti dalam perkataan / b r+ubah/ [b.ru.bah] bukan *[b r.u.bah] dan /m +ubah/ [m. u.bah] bukan *[m.u.bah]. Menurut penulis, keadaan ini bertepatan dengan pandangan yang diutarakan oleh Farid (1980) dan Yunus (1980), iaitu struktur suku kata dasar bahasa Melayu ialah (K)V(K). Seterusnya, dalam bab tiga, buku ini membincangkan tentang pengingkaran onset yang berlaku di dua lingkungan, iaitu di awal kata dasar bagi kata yang diawali vokal seperti dalam perkataan /ubah/ [u.bah] bukan *[ u.bah]dan di tengah kata dasar bagi kata yang mengandungi urutan vokal /ai/ dan /au/ seperti dalam perkataan /kain/ [ka.en] bukan *[ka. en] dan /laut/ [la.ot] bukan *[la. ot]. Menurut penulis, dalam analisis tatatingkat kekangan, pengingkaran ONSET ini diizinkan dengan tujuan untuk menghormati kekangan yang lebih dominan dalam tatatingkat kekangan. 163

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 1 2014 Dalam bab empat, buku ini membicarakan tentang pematuhan syarat koda dalam bahasa Melayu. Ada sekumpulan kecil konsonan bahasa Melayu dilarang menduduki posisi koda. Penghalangan ini disebabkan oleh kekangan struktur suku kata SYARAT KODA. Menurut penulis, melalui analisis penderivasian rumus, alternasi fonologi yang berlaku di posisi koda dalam bahasa Melayu akibat daripada kekangan syarat koda yang dikawal oleh empat jenis rumus fonologi, iaitu rumus pembentukan glotis seperti dalam perkataan /masak/ [masa ], rumus penyahsuaraan obstruen seperti dalam perkataan /d awab/ [d awap] bukan *[d awab], rumus pengguguran /r/ seperti dalam perkataan /kotor/ [koto], dan rumus asimilasi nasalseperti dalam perkataan /tanam-kan/ [tanamkan] bukan *[tana kan]. Kehadiran segmen koda yang dilarang itu ditangani dengan tiga strategi yang berbeza, iaitu (i) penyahhubungan fitur; (ii) penyebaran fitur; dan (iii) penyahhubungan nodus akar. Kesannya, dalam analisis tatatingkat kekangan, penulis menghierarkikan kekangan syarat koda itu kepada JAJAR-HENTIAN, JAJAR-OBSTRUEN, JAJAR-ROTIK dan JAJAR-NASAL secara berasingan di dalam hierarki kekangan. Dalam bab lima buku ini membincangkan imbuhan awalan /m - / dan /p -/ bahasa Melayu yang menerima kata dasar yang diawali konsonan. Gabungan awalan dengan kata dasar menghasilkan tiga perilaku fonologi. Perilaku pertama: kata dasar yang diawali obstruen bersuara. a. /m +basuh/ [m mbasuh] /p +basuh/ [p mbasuh] Perilaku kedua: kata dasar yang diawali likuida dan konsonan nasal. b. /m +lukis/ [m lukis] /p +lukis/ [p lukis] c. /m +minta/ [m minta] /p +minta/ [p minta] Perilaku ketiga: kata dasar yang diawali obstruen bersuara. d. /m +pukul/ [m mukul] /p +pukul/ [p mukul] Berdasarkan pendekatan penderivasian rumus, penulis berpendapat ketiga-tiga perilaku fonologi bahasa Melayu tersebut dikawal oleh 164

tiga rumus fonologi, iaitu perilaku pertama dikawal rumus asimilasi, perilaku kedua dikawal rumus pengguguran nasal, dan perilaku ketiga dikawal rumus penggantian nasal. Dari perspektif pendekatan tatatingkat kekangan pula, penulis mengatakan perilaku berkenaan didorong oleh kekangan yang berbeza. Perilaku asimilasi didorong oleh JAJAR-NASAL, pengguguran nasal didorong oleh OCP, dan peleburan nasal (penggantian nasal) didorong oleh kekangan struktural *NK yang diletakkan pada tahap kekangan tertinggi. Untuk mendapatkan output optimal, calon output mesti mengingkari kekangan yang berada pada tahap yang rendah dalam hierarki, iaitu kekangan IDENT-IO[Daerah], MAKS-IO dan UNIFORMITI. Calon asimilasi boleh mengingkari kekangan IDENT-IO[Daerah], calon pengguguran nasal boleh mengingkari kekangan MAKS-IO, dan calon peleburan nasal boleh mengingkari kekangan UNIFORMITI untuk muncul sebagai output optimal (lihat hlm. 179 85). Isu asimilasi nasal tidak berlaku di sempadan akhiran apabila kata dasar yang diakhiri konsonan nasal /m, n, N/ menerima akhiran /-kan/ dibincangkan dalam Bab enam. Dalam bahasa Melayu, apabila konsonan nasal + konsonan sama ada dalam kata dasar mahupun di sempadan awalan, perilaku fonologi dikawal oleh asimilasi nasal. Tetapi, persoalan yang ditimbulkan oleh penulis, mengapa perilaku fonologi ini tidak berlaku di sempadan akhiran, apabila kata dasar yang diakhiri oleh konsonan nasal menerima akhiran /-kan/, seperti dalam perkataan /tanam-kan/ [tanamkan] bukan *[tana kan] dan /m +b ban-kan/ [m m.b.bankan] bukan *[m m.b.ba kan]. Fenomena ini tidak dibincangkan oleh Teoh (1994), dan Farid (1980) menganggap fenomena ini sebagai kekecualian. Penulis cuba melihat fenomena ini beradasarkan perspektif model fonologi leksikal Kiparsky (1982), dengan mengandaikan akhiran /-kan/ yang diimbuh pada kata dasar /b ban/ menjadi [b bankan] mengalami proses morfologi pada strata 1. Pada strata ini proses fonologi tidak diaplikasikan sebaliknya, proses fonologi berlaku pada strata 2, iaitu, apabila [b bankan] menerima awalan /m +/ menjadi [m m.b.ban.kan]. Dengan itu, proses asimilasi hanya berlaku di sempadan awalan dan tidak di sempadan akhiran. Penulis turut mengatakan bahawa proses asimilasi tidak berlaku di sempadan akhiran bukanlah disebabkan kekecualian. Sebaliknya, asimetri ini terjadi disebabkan kekangan jajaran antara muka prosodi dan morfologi yang memerlukan sisian sesuatu kategori nahu itu selari dengan sisian kategori prosodi. Oleh itu, peranan yang dimainkan kekangan dalam menentukan sempadan akhiran ialah kekangan JAJAR-AKHIRAN yang memerlukan 165

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 1 2014 sisian kiri imbuhan akhiran selari dengan sisian kiri suku kata. Tatatingkat kekangan sepenuhnya ialah JAJAR-AKHIRAN >> JAJAR-KATA DASAR >> JAJAR-NASAL, *NK8>>JAJAR-AWALAN. Menurut penulis, tatatingkat ini dengan mudah menjelaskan mengapa asimilasi nasal dan peleburan nasal bersifat lejas (transparent) dalam domain pengimbuhan awalan, tetapi bersifat legap (opaque) dalam domain pengimbuhan akhiran. Dalam Bab tujuh, buku ini membincangkan kehadiran konsonan /r/ dan /l/ dalam dialek Melayu di Malaysia. Antara dialek Melayu yang dibincangkan ialah dialek Kelantan, Johor, Melaka, Kedah, Perak dan Sarawak. Perbezaan perilaku fonologi ini dapat dilihat dalam data di bawah (rujukan lanjut sila lihat hlm. 226). Bahasa Melayu Johor Perak Melaka Kedah Sarawak Kelantan /pagar/ [paga] [pag ] [pagaw] [paga ] [paga ] [paga] /kapal/ [kapal] [kap ] [kapal] [kapaj] [kapal] [kapa] Berdasarkan data di atas, konsonan /r/ di akhir kata dalam perkataan /pagar/ mengalami pengguguran dalam dialek Johor dan Kelantan, berubah kepada vokal [ ] dalam dialek Perak, berubah kepada geluncuran [w] dalam dialek Melaka, berubah kepada faringeal [ ] dalam dialek Kedah, dan berubah kepada frikatif [ ] dalam dialek Sarawak. Manakala, konsonan /l/ dalam perkataan /kapal/ kekal dalam dialek Johor, Melaka dan Sarawak, tetapi berubah kepada vokal [ ] dalam dialek Perak, berubah kepada geluncuran [j] dalam dialek Kedah dan mengalami pengguguran dalam dialek Kelantan. Dalam analisis tatatingkat kekangan, penulis menjelaskan perilaku fenomena ini adalah ditentukan oleh kekangan syarat koda yang dilabelkan sebagai JAJAR-LATERAL DAN JAJAR-ROTIK. Di samping itu, beberapa kekangan lain terpaksa diingkari oleh calon seperti MAKS- IO, IDENT-IO[konsonan], IDENT-IO[sonoran], dan UNIFORMITI-IO. Menurut penulis, representasi hierarki kekangan ini adalah berbeza antara satu dialek dengan dialek yang lain. Sebagai contoh perhatikan tatatingkat hierarki dialek Kelantan dan Johor di bawah. 166 (a) Dialek Kelantan: DEP-IO >> JAJAR-LATERAL >> JAJAR-ROTIK >> IDENT-

IO[konsonan] >>IDENT-IO[sonoran] >> UNIFORMITI-IO >> MAKS- IO (B) Dialek Johor: DEP-IO >> JAJAR-ROTIK>> IDENT-IO[konsonan] >>IDENT- IO[sonoran] >> UNIFORMITI-IO >>MAKS-IO >>JAJAR-LATERAL Kesimpulannya, penulis berjaya menghuraikan dan menjelaskan perilaku fonologi bahasa Melayu dari pelbagai sudut pendekatan fonologi generatif, bermula daripada analisis pendekatan linear iaitu penderivasian rumus yang digunakan oleh Farid (1980), analisisnonlinear autosegmental model Sagey (1986) yang digunakan oleh Teoh (1994), analisis fonologi leksikal model Kiparsky (1982), analisis fonologi prosodik dan analisis tatatingkat kekangan. Menurut penulis, penderivasian rumus menganalisis nahu sesuatu bahasa itu terdiri daripada sehimpunan rumus yang berinteraksi antara satu sama lain dalam satu proses derivasi dan analisis ini lebih bersifat deskriptif. Manakala, pendekatan tatatingkat kekangan terhadap nahu bahasa Melayu merupakan sehimpunan kekangan yang bersifat universal dan disusun secara berhierarki. Untuk menjadi calon pilihan atau calon optimal, kekangan yang berada pada tahap rendah boleh diingkari secara minimal bagi memastikan tingkat kekangan yang lebih tinggi dipatuhi. Menurut penulis, analisis menggunakan tatatingkat kekangan ini dapat menghuraikan dan menjelaskan perilaku fonologi dengan lebih kepadaan dan bersifat teoritis. 167