Laozi atau Daodejing (Bahagian Jurnal Dao) Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 53-63

Σχετικά έγγραφα
Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Kalkulus Multivariabel I

Bab 1 Mekanik Struktur

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Matematika

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Sebaran Peluang Gabungan

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Keterusan dan Keabadian Jisim

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Pengantar Proses Stokastik

Tegangan Permukaan. Kerja

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Pengantar Proses Stokastik

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

A. Distribusi Gabungan

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Pengantar Proses Stokastik

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

BAB 3 PERENCANAAN TANGGA

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Pengantar Proses Stokastik

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Ciri-ciri Taburan Normal

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

SIRI KEMAHIRAN BELAJAR

Kalkulus Multivariabel I

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

KALKULUS LANJUT. Integral Lipat. Resmawan. 7 November Universitas Negeri Gorontalo. Resmawan (Math UNG) Integral Lipat 7 November / 57

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Pumping Lemma. Semester Ganjil 2013 Jum at, Dosen pengasuh: Kurnia Saputra ST, M.Sc

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

MA4181 PENGANTAR PROSES STOKASTIK Bab 2 Peluang dan Eks

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP (Oleh : Asy-Syaheed Sayyid Qutb)

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

MODUL PENINGKATAN AKADEMIK SPM 2017 PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 (4531/2) BAHAGIAN A. 1(a) (i) P R P 1 (b)(i) Ralat rawak // ralat paralaks 1

LOGIKA MATEMATIKA. MODUL 1 Himpunan. Zuhair Jurusan Teknik Informatika Universitas Mercu Buana Jakarta 2012 年 04 月 08 日 ( 日 )

Teorem Titik Tetap Pemetaan 2 Mengecut Pada Ruang 2 Metrik

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

Pelajaran 1 BENDALIR : PENGENALAN OBJEKTIF PELAJARAN. 1 Mentakrif tabiat bendalir.

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Sejarah Silam Kajian iberpandukan beberapa teori

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Transcript:

Laozi atau Daodejing (Bahagian Jurnal Dao) Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 53-63 53 Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) TEE BOON CHUAN PRAKATA Laozi (atau Lao-tzu) memang tidak asing lagi kepada kita sebagai sebuah kitab falsafah, sekali gus sebuah kitab agama Daoisme (atau Taoisme). Namun, signifikannya kepada pengajian di alam Melayu masih belum banyak dimengerti, lebih-lebih lagi digarapkan. Orang Melayu yang terkenal dengan sifat-sifat kemelayuannya, iaitu yang melayukan dan bukan yang membesarkan diri itu sesungguhnya mengingatkan kita kepada inti pati falsafah Daoisme yang juga menuntut agar orang individu, sama ada rakyat jelata, atau maharaja, tidak membesarkan diri, melainkan melemah-lembutkan diri yang memperlihatkan kesejajaran pengajaran. Oleh sebab itu, versi Melayu Laozi ini telah disediakan untuk menambah sebuah teks telaah, sekali gus bandingan antara falsafah Daoisme dan Melayu bagi orang yang berminat. Laozi yang juga telah diberi judul Daodejing (atau Tao Te Ching) sejak dinasti Tang pada abad ketujuh telah mencerminkan komposisi falsafah Daoisme. Falsafah Daosime adalah falsafah hakiki (yang dinisbahkan sebagai Dao) berserta falsafah alam (De) yang menjurus kepada sifat-sifat pelbagai wujud yang sebahagiannya adalah sejajar dengan sifat-sifat kemelayuan yang telah disebut tadi. Teks keseluruhan Laozi yang terdiri daripada 81 bab telah dibahagikan kepada Bahagian Dao (bab 1-37) dan Bahagian De (bab 38-81) sejak dahulu lagi. Tetapi, pembahagian itu tidaklah bermakna bab-bab dalam Bahagian Dao tidak ada kaitan sama sekali dengan falsafah De atau yang sebaliknya. Di bawah ini telah diperturunkan teks asli daripada bab-bab dalam Bahagian Dao Laozi dengan disusuli terjemahannnya dalam bahasa Melayu: TEKS BAHAGIAN DAO LAOZI 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Bab 1 1.1 Dao (atau Hakiki bagi maksud di sini) yang boleh diungkapkan, bukanlah Dao yang abadi. 1.2 Ming (atau Kosa kata) yang boleh ditakrifkan, bukanlah kosa kata yang abadi. 1.3 Sebelum penamaan kosa kata adalah permulaan segala wujud. Sesudah penamaan kosa kata adalah induk segala wujud. 1.4 Keluarbiasaan proses permulaan itu dapat diamati hanya dengan peniadaan niat. Kebesaran isi induk itu dapat diamati hanya dengan pemupukan niat. 1.5 Kedua-dua permulaan dan induk segala wujud itu adalah kelainan nama daripada sumber yang sama, walaupun setiap satunya mempunyai keajaiban masing-masing. 1.6 Yang mengajaibkan dalam segala yang ajaib itu adalah pangkal kepada segala macam keluarbiasaan (yakni Dao). 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Bab 2 2.1 Semua orang telah menanggapi apa yang disebut sebagai yang indah, maka berbezalah yang hodoh ; telah menanggapi apa yang disebut sebagai amal, maka berbezalah yang tidak amal. 2.2 Oleh sebab itu, ada dan tiada adalah yang saling menyebabkan, dalam erti kata susah dan senang adalah yang saling menjadikan, pendek dan panjang adalah yang saling mencirikan, tinggi dan rendah adalah yang saling menggambarkan, irama suara adalah

54 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu yang saling menyelaraskan dan depan dan belakang adalah yang saling mengikutkan. 2.3 Maka Orang Murni membuat dengan sikap tidak membuat-buat, mengujar dengan cara tidak mengujar-ujar. 2.4 Dia membiarkan segala yang wujud itu boleh tumbuh dengan tidak bercampur tangan, membela segala yang wujud dengan tidak menjadikannya milikan dirinya, mengasuh segala yang wujud tanpa berniat keakuan terhadapnya, menjayakan segala yang wujud tanpa berniat untuk menuntut jasa keatasnya. 2.5 Sebab niatnya yang tidak mahu diperjasakan itu, maka jasanya tidak dapat digugurkan. 3.1 3.2 3.3 3.4 Bab 3 3.1 Tidak menyanjung orang yang kononnya berbakat, maka rakyat jelata tidak akan mempertandingkan sesama sendiri. Tidak mengharukan barang yang kononnya berkeunikan, maka rakyat jelata tidak akan terperangkap sehingga menjadi pencuri. Tidak menampilkan sesuatu yang kononnya boleh mengghairahkan, maka minda rakyat jelata tidak akan terganggu. 3.2 Oleh sebab itu, cara Orang Murni memimpin rakyat adalah dengan memudahkan mindanya, mengenyangkan perutnya, melemahkan citanya dan menguatkan tulangnya. 3.3 Agar rakyat jelata tidak berminda lagi tidak berminta, dan orang cerdik pandai pula tidak berani bertindak sewenang-wenangnya. 3.4 Dengan cara membuat tanpa membuat-buat ini, maka tidak ada apa yang tidak dapat dilakukan. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Bab 4 4.1 Dao itu lapang, tetapi fungsinya agak tidak terbatas. 4.2 Ia begitu mendalam, bagaikan ia adalah induk kepada segala yang wujud. 4.3 Kecanggihannya telah dilembutkan, kekalutannya telah dileraikan; kegemilangannya telah dimayakan, kecemerlangannya telah diabukan. 4.4 Alangkah sepi bagaikan suatu wujud yang tidak wujud. 4.5 Aku tidak tahu daripada siapa ia diperturunkan, kerana ia telah ada seolah-olah sebelum adanya Tuhan lagi. 5.1 5.2 5.3 5.4 Bab 5 5.1 Semesta alam tidak akan memilih kasih. Ia melayan semua yang wujud bagaikan boneka anjing 1 dengan membiarkannya subur dan layu dengan sendirinya. 5.2 Orang Murni tidak akan memilih kasih. Dia melayan semua makhluk bagaikan boneka anjing dengan membiarkannya hidup dan mati dengan sendirinya. 5.3 Alam ini bagaikan suatu alat penghembus. Biarpun lapang di dalamnya, tetapi tidak ada kekosongan, malahan semakin berisi apabila digunakan. 5.4 Banyak bercakap membawa kebuntuan. Ia tidaklah sebaik menjaga diri dengan dasar kesederhanaan (yakni kelapangan). 6.1 6.2 6.3 Bab 6 6.1 Tuhan Lembah (yakni daya yang membuat lembah itu maha lapang lagi maha menakung) tidak akan lupus. Ia boleh disifatkan sebagai Daya Pembiakan Ajaib. 6.2 Manakala tempat keluar Daya Pembiakan Ajaib itu boleh dinamakan sebagai Asal kepada Segala Alam.

Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) 6.3 Kewujudannya bagai suatu yang maya, tetapi fungsinya tidak pernah ketandusan. 7.1 7.2 7.3 7.4 Bab 7 7.1 Langit memang berkekalan dan bumi memang berterusan. 7.2 Perihal langit dan bumi dapat berkekalan lagi berterusan adalah kerana ketidakghairahannya itu berkekalan dan berterusan untuk diri sendiri, maka kekal dan berteruslah dia. 7.3 Oleh sebab itu, Orang Murni yang kelihatan berundur ke belakang itu sebenarnya sedang menampilkan dirinya ke hadapan, mengabaikan jiwa diri sendiri sedangkan jiwanya terselamat. 7.4 Bukankah niat orang itu terjamin kerana sifatnya yang tidak berniatkan kepentingan diri? 8.1 8.2 8.3 8.4 Bab 8 8.1 Amal yang mulia itu ibarat air. 8.2 Air baik kepada semua yang wujud dan tidak rebut-merebut. Sekalipun ia bertimbun di tempat yang dijijiki manusia, tetapi inilah yang membuatnya berhampiran dengan Dao. 8.3 Ia tahu menetapkan diri di tempat yang rendah, mematangkan diri dengan jiwa yang tenang, memesrakan diri dengan hati yang murah, mengamanahkan diri dengan kata yang jujur, merajakan diri dengan pimpinan yang berwibawa, mencekapkan diri dengan cara yang sesuai, beramalkan diri pada masa yang tepat. 8.4 Sesungguhnya ketidakrebutan kepada segala yang wujud itu menjadikan sebarang amalnya tidak bercela. 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 55 Bab 9 9.1 Ditimbunkan tetapi tidak membuatnya berlimpah-limpah, tidak sebaik berhenti pada tempat yang wajar. 9.2 Diasah sampai berketajaman, namun ketajaman itu tidak akan bertahan lama. 9.3 Disimpan emas sepenuh gudang, namun tiada siapa yang dapat melindunginya. 9.4 Hidup mewah lagi berlagak besar, kecelakaan itu dipelawa sendiri. 9.5 Oleh sebab itu, hukum alam adalah dengan mengundurkan diri sebaik sahaja jasa telah diberikan. 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 10.8 Bab 10 10.1 Mempersatukan jiwa dengan raga, mampukah anda tidak menjauhinya? 10.2 Bernafas lega lagi berkelembutan, mampukah anda berperilaku seperti bayi? 10.3 Membersihkan niat agar dapat mengamati Dao, mampukah anda melakukannya tanpa cacat cela? 10.4 Menyayangi rakyat jelata dan menenterami negara, mampukah anda mengerjakannya tanpa membuat-buat? 10.5 Berdepan dengan alam semesta, mampukah anda menjaga ketenangan pancainderanya? 10.6 Mengetahui selok-belok semua perkara, mampukah anda tidak berlagak ingin menunjuk-nunjukkannya? 10.7 Perihal membela dan mengasuhi segala wujud ini:

56 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 10.8 Hendaklah ia membelakanginya tanpa bersifat kepunyaan. Hendaklah ia mengasuhkannya tanpa bersifat keakuan. Hendaklah ia membimbingkannya tanpa bersifat kearahan. Inilah yang disebutkan Budi Pekerti Ajaib. 11.1 11.2 11.3 11.4 Bab 11 11.1 Diikat 30 batang dahan ke atas roda, kerana kekosongan gandarnya, roda itu dapat bergerak. 11.2 Dibentuk daripada tanah liat sebagai tembikar, kerana kekosongan di dalamnya, tembikar itu dapat menakung. 11.3 Diperbuatkan pintu tingkap sebagai rumah, kerana kekosongan ruang di dalamnya, rumah itu dapat didiami. 11.4 Oleh sebab itu, ada membawa kemudahan, namun tiada yang membolehkannya berfungsi. 12.1 12.2 Bab 12 12.1 Kepancaan warna mengelirukan mata kita. Kepancaan bunyi menulikan telinga kita. Kepancaan rasa mengelukan lidah kita. Keghairahan dalam penghiburan memburu boleh meliarkan hati kita. Kebitaraan sesuatu benda boleh menyelewengkan perilaku kita. 12.2 Oleh sebab yang demikian, Orang Murni mengutamakan kekenyangan perutnya dan bukannya keseronokan matanya, yakni mengutamakan kepuasan batiniah daripada yang zahiriah. 13.1 13.2 13.3 13.4 13.5 13.6 Bab 13 13.1 Menyanjung dan menghina orang suatu yang membimbangkan; Kesengsaraan hidup hendaklah diambil berat seperti kesihatan badan kita sendiri. 13.2 Apakah yang dimaksudkan dengan menyanjung dan menghina orang suatu yang membimbangkan? 13.3 Kerana penyanjungan itu suatu yang menjelikkan, maka sama ada disanjung atau tidak oleh orang lain, hendaklah kita bimbangkan. Inilah yang dimaksudkan dengan menyanjung dan menghina orang suatu yang membimbangkan. 13.4 Apakah yang dimaksudkan dengan kesengsaraan hidup hendaklah diambil berat seperti kesihatan badan kita sendiri? 13.5 Kita beroleh kesengsaraan kerana kita beroleh badan yang ada ini. Masakan kita boleh bersengsara jikalau kita tidak mempunyai badan yang ada ini? 13.6 Oleh sebab itu, kepimpinan alam semesta ini boleh diserahkan kepada orang yang mengutamakan kepentingan badan lebih daripada seluruh alam, ketuanan alam semesta ini boleh diserahkan kepada orang yang menghargai kepentingan badannya lebih daripada seluruh alam. 14.1 14.2 14.3 14.4 14.5 14.6 14.7 Bab 14 14.1 Kabur itu suatu keadaan pandang yang tidak dapat dilihat dengan jelas. Sepi itu suatu keadaan bunyi yang tidak dapat didengar

Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) dengan jelas. Halus itu suatu keadaan yang wujud yang tidak dapat dipegang. 14.2 Ketiga-tiga keadaan ini tidak dapat diketahui isinya, malah teraduk dalam suatu kesatuan. 14.3 Bahagian zahirnya tidak menggilap, bahagian batinnya tidak menyamar; keterusannya tidak dapat digambarkan sehingga menjadi suatu ketiadaan pada akhirnya. 14.4 Inilah yang dinamakan rupa yang tidak berupa, benda yang tidak berbenda. Keada-tiadaan ini disebut juga sebagai samar-menyamar. 14.5 Hendak menyambutnya, tetapi entah di mana pangkalnya; hendak mengikutinya, tetapi entah di mana ekornya. 14.6 Memegang Dao dahulu kala membolehkan kita menangani segala hal ehwal yang dihadapi. 14.7 Mampu mengetahui permulaan yang terdahulu itu dinamakan sebagai hukum Dao. 15.1 15.2 15.3 15.4 15.5 Bab 15 15.1 Orang dahulu yang mengamalkan Dao itu dengan caranya yang aneh tetapi berkesan, sehinggakan sukar difahami kedalamannya. 15.2 Kerana kedalaman itu, kita hanya dapat menggambarkan sedemikian: Dia berhati-hati bagaikan melintasi sungai pada musim sejuk; berwaspada bagaikan bimbang negara akan diserang jiran; beria-ia bagaikan menjadi tetamu di rumah orang; berhati lega bagaikan ais yang sedia mencair; berhati tulus bagaikan pokok yang belum diukir; berkelapangan bagaikan lembah yang luas; berpadu bagaikan air yang keruh. 15.3 Siapakah yang boleh menjernihkan air yang keruh dengan cara yang tenang? Siapakah yang boleh menyegarkan keadaan yang senang dengan cara yang cergas? 15.4 Orang yang berpegang kepada Dao tidak akan mengghairahkan kesempurnaan. 15.5 Oleh sebab sifat yang tidak mengghairahkan kesempurnaan itu, dia mampu membaharui apa yang sudah menjadi basi. 57 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 Bab 16 16.1 Menuntut kekosongan hendaklah sampai ke kemuncaknya; memelihara ketenangan hendaklah dengan benar dengan sepenuhnya. 16.2 Dengan mengamati kepesatan segala yang wujud, maka dapat diketahui hukum perkitarannya. 16.3 Segala perubahan yang ada itu tidak lain daripada mengembalikan diri kepada asalnya. 16.4 Kembali kepada asal itu dikenali sebagai ketenangan. Ketenangan dikenali sebagai kembali kepada keadaan semula jadi. Kembali kepada keadaan semula jadi dikenali sebagai peraturan abadi. Mengetahui peraturan abadi itu dikenali sebagai Kecerahan, manakala orang yang tidak mengetahui peraturan abadi itu akan mudah melakukan suatu yang memudaratkan. 16.5 Hati orang yang mengetahui peraturan abadi itu senantiasalah lapang. Kelapangan itu membolehkannya bertindak secara adil. Keadilan itu membolehkannya berangkat ke merata-rata tempat. Kerataan itu membolehkannya mendekatinya secara alamiah. Kealamiahan itu membolehkannya bertindak sesama Dao. Kesamaan itu pula membolehkannya hidup berpanjangan tanpa membahayakan diri. 17.1 17.2 17.3 17.4 Bab 17 17.1 Pemerintah yang unggul adalah pemerintah yang diketahui sekadar ada oleh rakyatnya. Pemerintah yang kurang keunggulannya adalah pemerintah yang didekati dan disanjungi rakyatnya. Pemerintah yang

58 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu kurang lagi keunggulannya adalah pemerintah yang ditakuti rakyatnya. Pemerintah yang paling kurang keunggulannya adalah pemerintah yang dihina rakyatnya. 17.2 Jika amanah pemerintah itu kurang, kepercayaan rakyat kepadanya turut berkurang. 17.3 Begitu lega sekali pemerintah yang unggul kerana usah mengarah dalam pemerintahan. 17.4 Sesungguhnya pemerintah yang unggul menjayakan segala-galanya, namun rakyat tidak mengesaninya sehinggakan menganggap bahawa saya yang menjadikannyalah. 18.1 Bab 18 18.1 Bila Dao Mulia Raya tidak diacuhkan lagi, maka tertuntutlah orang tentang peri pentingnya kekasihan dan keadilan. Bila kepintaran besar sudah terjadi, terbentuklah kepura-puraan yang besar. Bila hubungan saudara-mara sudah tidak ada lagi, tertuntutlah orang tentang peri perlunya rasa hormat kepada orang tua dan sayang kepada orang muda. Bila negara sudah kelam-kabut, akan muncullah patik sahaya yang taat lagi setia. 19.1 19.2 19.3 Bab 19 19.1 Ketepikan keganjilan dan tinggalkan kepintaran nescaya rakyat akan mendapat manfaat ratusan ganda. Ketepikan keprihatinan dan tinggalkan kesaksamaan nescaya rakyat akan kembali menunjukkan rasa hormat dan sayang kepada orang tua daripada orang muda. Ketepikan kesempatan dan tinggalkan kefaedahan nescaya rompak samun tidak akan menjadi. 19.2 Namun ketiga-tiga ini adalah cara sampingan, tidak memadai untuk mengurus alam semesta ini. 19.3 Cara utama yang boleh menaungi segala rakyat adalah biar bertindak secara mudah, beramal secara sederhana, dan mengurangkan muslihat serta menjarangkan niat. 20.1 20.2 20.3 20.4 20.5 20.6 20.7 20.8 20.9 20.10 Bab 20 20.1 Tiada ilmu, maka tiadalah kekhuatiran. 20.2 Apakah perbezaan antara sanjungmenyanjung dengan cela-mencela? Apakah perbezaan antara indah dengan hodoh? 20.3 Perkara yang digeruni orang tidak boleh tidak saya menggeruninya. 20.4 Jauhnya perbezaan itu bagai tiada hujungnya.. 20.5 Orang ramai kelihatan begitu gembira bagaikan menikmati kenduri besar atau merasa seronok dengan datangnya musim bunga, melainkan aku yang bersendirian lagi tidak berperasaan bagaikan bayi yang belum tahu ketawa. Begitu sepinya seolah-olah tiada tempat pemergian. 20.6 Orang ramai kelihatan senang, melainkan saya yang kurang sedemikian. 20.7 Alangkah dungunya saya. Orang ramai kelihatan gilap-gemilap melainkan saya seorang yang kemalapan. Orang ramai kelihatan pandai-handal belaka melainkan saya seorang yang lamban. 20.8 Begitu meluasnya bagaikan laut yang tiada sempadan. Begitu melayangnya bagaikan tiada tempat penginapan. 20.9 Orang sekalian kelihatan berwawasan melainkan saya seorang yang degil lagi daif. 20.10 Ini adalah kehendak saya yang berlainan daripada orang lain kerana menitikberatkan induk yang memelihara segala yang wujud.

Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) 21.1 21.2 21.3 21.4 21.5 Bab 21 21.1 Hanya budi pekerti yang paling mulia akan menyerupai Dao. 21.2 Dao adalah suatu yang balam lagi kelam. 21.3 Walaupun balamnya perkara itu, tetapi terdapat rupa di dalamnya. Walaupun kelamnya perkara itu, tetapi terdapat yang wujud di dalamnya. Walaupun dalam dan ajaibnya perkara itu, tetapi terdapat jiwa di dalamnya. Jiwa itu adalah yang nyata kerana terdapat suatu di dalamnya yang boleh dipercayai. 21.4 Ditoleh zaman dahulu kala dari masa sekarang, sesungguhnya nama Dao tidak pernah hilang, malahan ia membolehkan kita mengamati asal usul segala yang wujud. 21.5 Bagamanakah boleh saya mengetahui keadaan asal usul segala yang wujud itu? Inilah caranya. 22.1 22.2 22.3 22.4 22.5 Bab 22 22.1 Yang tahu merendahkan dirinya akan selamat. Yang tahu menunggu kesempatannya akan terkabul kehendaknya. Yang tahu melapangkan dirinya itu penuh terisi. Yang tahu menghayati kelamaannya akan mendapat pembaharuan. Yang kurang mengambil itu akan mendapat banyak. Yang banyak mengambil itu akan mendapat segala macam kebingungan. 22.2 Maka Orang Murni menangani segala yang wujud dengan tatacara Dao. 59 22.3 Orang yang tidak mendegilkan diri akan kelihatan kebijaksanaannya. Orang yang tidak bongkak akan terserlah darjatnya. Orang yang tidak membesarkan diri akan dikenang jasanya. Orang yang tidak mendewakan diri akan mengawal perkembangannya. 22.4 Disebabkan sifatnya tidak berebut dengan orang lain, maka tidak ada orang di alam semesta merebut dengannya. 22.5 Yang disebut masa silam Yang tahu merendahkan diri itu akan terselamat bukanlah kata kosong. Ia suatu yang dapat menyelamatkan dan menyempurnakan hayat kita. 23.1 23.2 23.3 23.4 23.5 23.6 23.7 Bab 23 23.1 Tidak membuat-buat itu menepati hukum alam semula jadi. 23.2 Oleh sebab itu, angin kencang tidak akan bertiup sepanjang pagi, hujan lebat tidak juga mencurah-curah sepanjang hari. 23.3 Siapakah yang membuatnya sedemikian? Alam semula jadi. 23.4 Jikalau alam semesta tidak berkekalan, apatah lagi kita manusia? 23.5 Orang yang menuntut Dao akan menyamai Dao. Orang yang menuntut budi pekerti akan menyamai budi pekerti. Dan orang yang menyimpang daripada kesusilaan akan sama dengan penyimpangan itu. 23.6 Orang yang menyamakan diri dengan budi pekerti akan dilimpahi Dao, dan orang yang menyimpang daripada kesusilaan akan dijauhi Dao. 23.7 Oleh sebab itu, selagi amanah kerajaan tidak membuat rakyat meyakininya, selama itulah rakyat tidak akan mempercayainya.

60 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 24.1 24.2 Bab 24 24.1 Berdiri jengket tidak tahan lama. Berjalan kaki tidak dapat pergi jauh. Orang yang mengongkongkan diri tidak dapat lihat dengan jelas. Orang yang memuji diri dan mengkritik orang lain tidak akan tahu kebenaran. Orang yang membesarkan diri tidak akan dapat berbakti. Orang yang mengagungkan diri tidak akan dapat memimpin. 24.2 Daripada sisi Dao, kesemua ini adalah sebagai sisa yang membazir dan yang dibenci khalayak ramai, dan orang yang telah menghayati Dao tidak akan berbuat sedemikian. 25.1 25.2 25.3 25.4 25.5 25.6 25.7 Bab 25 25.1 Ada suatu campuran yang telah wujud sebelum adanya alam semesta. 25.2 Alangkah sunyi dan tanpa wajah, tidak berubah sepanjang kewujudannya. tidak berhenti berputar sepanjang perkitarannya sehinggakan boleh menjadi induk kepada segala yang wujud. 25.3 Saya tidak tahu namanya, dan menyebutnya sebagai Dao atau sekurang-kurangnya Yang Maha Besar 25.4 Arusnya yang besar itu tidak pernah berhenti mengalir, malah mengalir ke tempat yang jauh dan akhirnya kembali kepada tempat asalnya. 25.5 Maka Dato adalah yang maha besar. Demikian juga dengan langit, bumi dan manusia. 25.6 Di alam semesta ini manusia juga adalah satu daripada keempat-empat yang dikatakan yang maha besar itu. 25.7 Yang dicontohi manusia adalah bumi, dan yang dicontohi bumi adalah langit, yang dicontohi langit itu Dao, dan Dao itu adalah semula jadi. 26.1 26.2 26.3 26.4 Bab 26 26.1 Sifat yang bersungguh-sungguh itu asas bagi yang sewenang-wenang. Hati yang tenang adalah penenteram bagi hati yang gelisah. 26.2 Oleh sebab itu, pegawai tinggi yang berjalan sepanjang hari kerana tugas tidak dapat tidak menggunakan alat pengangkutan yang tidak sepenting mana. Berkelayakan mewah dan megah tetapi tidak terperangkap dan terlena dengannya. 26.3 Kalau demikian, apakah sebab maharaja masih memerintah alam semesta dengan sikap tidak bersungguh-sungguh? 26.4 Sesungguhnya sikap yang tidak bersungguhsungguh itu akan menghilangkan asas, malahan tindakan tidak teratur akan menghilangkan haluan si pemerintah itu. 27.1 27.2 27.3 27.4 27.5 Bab 27 27.1 Orang yang pandai berjalan tidak akan meninggalkan jejaknya. Orang yang petah bercakap tidak ada cacat cela bahasanya. Orang yang pintar mengira tidak perlu menggunakan alat penghitung. Orang yang pandai mengunci alatnya tidak akan dapat dibuka orang lain alat itu walaupun tanpa menggunakan palang. Orang yang pandai

Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) mengikat tali itu tidak akan dapat dirungkai ikatan itu oleh orang lain. 27.2 Orang Murni tidak akan meninggalkan sesiapa juga, tetapi sentiasa membantu dengan yang sewajarnya; tidak akan meninggalkan apa-apa juga, tetapi sentiasa memanfaatkannya dengan yang sewajarnya. 27.3 Inilah yang disebut menjalinkan kecerahan. 27.4 Maka Orang Yang Maha Amal adalah guru kepada orang yang kurang beramal, orang yang kurang amal adalah pengingatan kepada Orang Yang Maha Amal. 27.5 Orang yang tidak menghormati guru dan tidak menghargai pengingatannya akan mendapati dirinya terkeliru walau betapa cerdik sekali pun. Inilah hukum yang maha mendalam maknanya. 28.1 28.2 28.3 28.4 28.5 28.6 Bab 28 28.1 Orang yang menyedari kelebihan kekuatan pada dirinya, tetapi menunjukkannya dengan sifat yang lembut itu boleh menjadi hamba sahaya alam semesta ini. 28.2 Sebagai hamba sahaya, dia tidak menyimpangi budi pekerti yang abadi, bahkan kembali kepada keadaan seperti seorang bayi yang belum tercemar. 28.3 Orang yang mengetahui kelebihan kecerahan pada dirinya, tetapi sanggup bersinggah di tempat yang malap itu boleh menjadi lembah kepada alam semesta ini. 28.4 Sebagai lembah, dia boleh memuaskan segala budi pekerti yang abadi dan kembali kepada keadaan yang benar dan bersahaja. 28.5 Dari keadaan benar dan bersahaja itu berkembanglah pelbagai wujud yang mengkhusus. Orang Murni akan mengurus dan membimbing segala yang wujud dengan tata kebersahajaannya. 28.6 Oleh sebab itu, Pemerintah Yang Maha Sempurna tidak akan mengasing-asingkan satu sama lain. 61 29.1 29.2 29.3 29.4 29.5 Bab 29 29.1 Orang yang membuat-buat kononnya itulah caranya memimpin alam semesta, saya pasti dia tidak akan mencapai matlamatnya. 29.2 Alam semesta bagaikan alat yang penuh keajaiban. Ia tidak boleh diadakan atau diawasi. 29.3 Orang yang hendak mengada-adakan itu akan gagal dan orang yang hendak mengawasawasi itu akan kalah. 29.4 Ada yang wujud itu bersifat suka mengetuai, ada yang menyusuli, ada yang suka melambatlambatkan, ada yang suka cepat, ada yang membina dan ada yang merosakkan. 29.5 Orang Murni menghindarkan diri daripada segala keterlaluan, keborosan dan berkelebihan. 30.1 30.2 30.3 30.4 30.5 Bab 30 30.1 Orang yang membantu maharaja dengan Dao tidak mengharapkan kekuatan tentera untuk berkuasa. 30.2 Ini disebabkan segala bentuk peperangan ada juga balasannya. 30.3 Tempat yang pernah didirikan khemah yang diduduki itu telah menjadi semak samun. Masa selepas peperangan pasti disusuli masalah mala petaka. 30.4 Maka orang yang bijak dalam ketenteraan semata-mata untuk mencapai matlamatnya dan bukannya untuk menunjukkan diri. Selepas matlamatnya tercapai, dia tidak akan membesarkan diri, melainkan terpaksa bertindak sedemikian dan enggan menunjuknunjuk.

62 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 30.5 Barang siapa yang kuat membesar hingga menjadikannya layu adalah bertentangan dengan Dao. Selagi bertentangan, maka akan ia cepat lupus dengan sendirinya. 31.1 31.2 31.3 31.4 31.5 31.6 31.7 Bab 31 31.1 Ketenteraan itu peralatan yang tidak selamat. Ia dibenci ramai orang, maka tidak diterima orang yang menghayati Dao. 31.2 Panglima umumnya mengutamakan arah kiri yang dipercayai banyak membawa tuah melainkan keadaan perang yang mengutamakan arah kanan yang banyak membawa kecelakaan. 31.3 Ketenteraan itu bukanlah peralatan yang selamat, lebih-lebih lagi bukanlah peralatan untuk panglima. Kalau terpaksa menggunakannya, ia akan bersikap sederhana. 31.4 Jangan bersenang hati, biarpun menang dalam perang. Kesenangan hati menunjukkan kita suka membunuh. Orang yang suka membunuh tidak akan berjaya di alam semesta. 31.5 Arah kiri itu dinisbahkan sebagai perkara yang baik, manakala arah kanan sebagai perkara yang malang. 31.6 Penolong panglima hendaklah terletak di sebelah kiri, dan panglima di sebelah kanan. Maksudnya menangani peperangan ini bagai suatu adat perkabungan. 31.7 Pembunuhan beramai-ramai dalam peperangan hendaklah dihadapi dengan rasa penuh kesedihan. Kemenangan dalam perang hendaklah juga dihadapi dengan perjalanan suatu adat perkabungan. 32.1 32.2 32.3 32.4 32.5 32.6 Bab 32 32.1 Dao sentiasa berada dalam keadaan tanpa nama, melainkan berkeadaaan bersahaja. 32.2 Waluapun kecil, tetapi tidak ada orang dapat menawannya. 32.3 Jika maharaja dapat mematuhinya, segalagalanya suka bernaung di bawahnya. 32.4 Seperti titisan air yang turun ketika udara dingin dan panas bertembung, maka rakyat akan menyesuaikan diri tanpa diarah pihak atasan. 32.5 Bila segala-galanya sudah menjadi terkenal, maka pelbagai nama boleh diberikan. Bila pelbagai nama sudah diberikan, tahulah ia kena pada tempatnya. Bila sudah tahu kena, maka terlepaslah ia daripada segala bentuk mala petaka. 32.6 Kepentingan Dao di alam semesta ini bagaikan laut yang menjadi hala tuju ribuan sungai. 33.1 33.2 33.3 33.4 Bab 33 33.1 Yang dapat mengetahui orang lain itu disebut pandai. Yang dapat mengetahui diri sendiri itu disebut cerah. 33.2 Yang dapat menandingi orang lain itu disebut mampu. Yang dapat menandingi diri sendiri itu disebut utuh. 33.3 Yang dapat mengetahui di mana tempat untuk berpada itu disebut kekayaan. Yang dapat mengetahui di mana tempat untuk bertekun itu disebut keazaman. 33.4 Barang siapa yang tidak menjauhi akarnya akan berkekalan. Barang siapa yang mati tidak membinasa itu akan berkelangsungan hayat. 34.1 34.2

Laozi atau Daodejing (Bahagian Dao) 34.3 34.4 Bab 34 34.1 Dao bagaikan kelimpahan sungai yang boleh mengalir ke kiri kanan. 34.2 Sesungguhnya segala yang hidup bergantung padanya, tetapi tidak pernah terganggu, tidak pernah menuntut jasanya dikenang, tidak pernah meminta untuk dipertuankan. 34.3 Ia sentiasa dalam keadaan tidak berniat sehinggakan sudah dipandang remeh oleh orang. Namun kemampuannya menaungi segala yang hidup tanpa dipaksa dikagumi orang terntang kebesarannya. 34.4 Inilah cara pengagungan diri yang tidak mengagung-agungkan diri. 35.1 35.2 35.3 35.4 Bab 35 35.1 Barang siapa yang berpegang kepada Rupa Yang Maha Besar (iaitu Dao), maka alam semesta akan datang untuk bernaung kepadanya. 35.2 Penaungan ini tiada aniaya-menaniaya di dalamnya, maka kesentosaan akan memuncak. 35.3 Ia bagaikan lagu dan makanan yang begitu sedap sehinggakan orang yang lalu pun akan singgah buat seketika. 35.4 Apabila Dao disebut mulut, ia hambar tanpa rasa. Tetapi, ia tidak akan habis diperhatikan, tidak akan habis diperdengarkan, tidak akan habis dipergunakan. 36.1 36.2 36.3 36.4 63 Bab 36 36.1 Hendaklah kita memperluaskan sesuatu sebelum mengecilkannya. Hendaklah kita memperkuatkan sesuatu sebelum melemahkannya. Hendaklah kita menjunjung sesuatu sebelum membiarkannya. Hendaklah kita mengurniakan sesuatu sebelum merampaskannya. 36.2 Inilah yang disebut Pencerahan Yang Amat Mendalam. 36.3 Yang lembut pasti akan menandingi yang tegap. 36.4 Ikan tidak akan keluar dari air, maka kekuatan negara tidak boleh dipertunjukkan kepada khalayak ramai. 37.1 37.2 37.3 37.4 37.5 Bab 37 37.1 Dao itu selalunya tidak membuat-buat, namun tiada apa yang tidak terbuat olehnya. 37.2 Jikalau maharaja berpegang kepada aturan ini, maka segala yang wujud akan terjadi dengan sendirinya. 37.3 Jikalau ada orang hendak membuat-buat sesuatu, saya akan menasihatinya berpada dengan bersahaja sudahlah cukup. 37.4 Sesungguhnya kebersahajaan tidak bernama ini adalah untuk mengawal hawa nafsu kita. 37.5 Apabila hawa nafsu sudah terkawal, alam semesta akan menjadi teratur dengan sendirinya. NOTA HUJUNG 1 Suatu alat persembahan yang diperbuat daripada rumput dan akan dibuang begitu sahaja setelah dipersembahkan. Penterjemah: Tee Boon Chuan, Ph D Ketua Unit, Unit Sinologi & Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman. Petaling Jaya Emel: teebc@utar.edu.my