AL-TAFSĪR AL-ʿILMῑ SERTA PENGARUH AL-MARĀGHI TERHADAP TAFSIR Al-AZHAR. Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad

Σχετικά έγγραφα
Kalkulus Multivariabel I

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Sebaran Peluang Gabungan

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Bab 1 Mekanik Struktur

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Matematika

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Kalkulus Multivariabel I

A. Distribusi Gabungan

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Pengantar Proses Stokastik

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Keterusan dan Keabadian Jisim

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Pengantar Proses Stokastik

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Katakunci : faktor, pelajar kurang cemerlang, Sains

Katakunci : staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Tanggungjawab Kepimpinan Dakwah Di Universiti Teknologi Malaysia

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

Persamaan Diferensial Parsial

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

BAB I. melahirkan para ulama yang melanjutkan tugas nabi-nabi tersebut. Allah SWT

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

ANALISIS KORELASI DEBIT BANJIR RENCANA UNTUK BERBAGAI KONDISI KETERSEDIAAN DATA DI DAERAH KHUSUS IBUKOTA JAKARTA ABSTRAK

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

UJIAN SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SAINS TAMBAHAN

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

BAB EMPAT: PEROLEHAN DAN ANALISIS. Pengambilan data cerapan pula adalah untuk waktu solat Isyak dan Subuh bagi

Transcript:

AL-TAFSĪR AL-ʿILMῑ SERTA PENGARUH AL-MARĀGHI TERHADAP TAFSIR Al-AZHAR Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad (wanhelmy@tganu.uitm.edu.my) Sharifah Norshah bani bt Syed Bidin Ph.D (sharifahns @ unisza.edu.my) Kamarul Shukri Bin Mat Teh Ph.D (kamarul @ unisza.edu.my) ABSTRAK Tafsir al-azhar karangan HAMKA merupakan salah satu tafsir Alam Melayu yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakupi dan meliputi semua disiplin ilmu pengetahuan. Dalam tafsir ini, beliau cukup memberi perhatian kepada ayat-ayat al-quran yang berkaitan dengan alkawniyyah atau perkembangan alam tabii sebagai cara menguatkan akidah. Pendekatan yang diterapkan beliau dalam mentafsir ayat-ayat al-kawniyyah adalah melalui corak pentafsiran al-ʿilmῑ (tafsir saintifik). Walaupun terdapat pro dan kontra terhadap corak al-tafsīr al-ʿilmῑ, namun corak ini merupakan medium utama ulama-ulama Islam untuk membahaskan tentang ayat-ayat al-kawniyyah berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang terhasil pada zaman kini. Antara sumber rujukan HAMKA dalam menulis Tafsir al-azhar ialah kitab tafsir karangan Sheikh Mustafa al- Maraghi yang dikenali sebagai Tafsir al-maraghi. Tafsir ini juga disifatkan sebagai salah satu tafsir al- Quran yang menekankan tafsiran bercorak al-tafsīr al-ʿilmῑ dan bersifat sederhana dalam mengenengahkan fakta-fakta saintifik yang berkaitan ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-quran. Kertas kerja ini akan cuba meninjau dan menganalisis pandangan serta metodologi pentafsiran HAMKA dalam kitab tafsirnya berkaitan ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-quran. Penulis cuba mengumpul, menyusun, menganalisis dan mengolah tafsiran-tafsiran yang dilakukan HAMKA terhadap ayat-ayat al-kawniyyah yang untuk memperlihat gambaran ringkas metodologi pentafsiran HAMKA berdasarkan corak al-tafsīr al-ʿilmῑ serta pengaruhnya daripada tafsir al-maraghi. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa selain daripada salah satu rujukan Tafsir al-azhar, Tafsir al-marāghi memiliki kesamaan daripada dispilin penulisan dan pentafsiran yang diterapkan HAMKA. Selain itu kajian juga dapat membuktikan kesamaan yang dimiliki daripada kedua-dua tafsir hasil analisis metodologi pentafsiran terhadap ayat-ayat al-kawniyyah melalui corak al-tafsīr al-ʿilmῑ. Kesimpulan dari penulisan ini telah membuktikan kekuatan dan kemampuan yang tersendiri yang dimiliki oleh ulama Alam Melayu seperti HAMKA bahkan beliau juga merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang utama dalam dunia disiplin ilmu agama Islam dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah dalam al-quran. Kata Kunci : Al-Quran, al-tafsīr al-ʿilmῑ, Tafsir al-azhar, HAMKA, Tafsir al-marāghi

1.0 PENDAHULUAN Al-Tafsīr al-ʿilmῑ terdiri dari dua kata akar, iaitu al-tafsīr dan al-ʿilmῑ. Kata al-tafsīr dalam al-quran bermakna penjelasan atau perincian. Manakala kata al-ʿilmῑ yang kerap digunakan dalam al-quran membawa maksud pengetahuan umum (knowledge), termasuk untuk sains dan ilmu-ilmu kemanusiaan (sciences of nature and humanities). ع ل ع dari perkataan (مصدر) Dari sudut bahasa perkataan al-ʿilmῑ merupakan bentuk kata dasar (mengetahui atau memahami) (Louis Ma luf dan Bernand ع عر ع, ع عد عر ع, عد عرى yang bermaksud ل عم ا ع ع ع م 2003). Perkataan al-ʿilmῑ ini juga berbentuk kata nisbah (yang berfungsi untuk merumpunkan sesuatu dengan kelompoknya) yang mendapat tambahan huruf يʻ pada akhir perkataan ل ع sehingga menjadi (berhubungan dengan suatu ilmu). Justeru itu, jika مت ق ب ما و بال yang membawa maksud ل ع لمي dirangkaikan dengan kata al-tafsīr maka akan membentuk istilah التفس ر ال مي yang bererti tafsir ilmiah (Louis Ma qif, 2007). Dalam al-quran, kata al-ʿilmῑ juga digunakan untuk pengetahuan yang diwahyukan (revealed) sekaligus digunakan untuk pengetahuan yang diperolehi di luar lingkungan wahyu (acquired). Dengan demikian, berdasarkan pandangan al-quran, terminologi ilmu tak terbatas pada ilmu-ilmu agama saja, bahkan meliputi segala bentuk ilmu pengetahuan. Sama ada ilmu alam semesta, ilmu sosial, ilmu kemanusiaan dan lain-lain ilmu yang dapat digunakan untuk kepentingan kehidupan umat manusia (Abdul Mustaqim, 2012). Menurut Mazlan Ibrahim (2002), pengertian al-ʿilmῑ ataupun sains ialah ilmu pengetahuan yang teratur dan bersistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Perkatan al-ʿilmῑ juga sesuai dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia dan biologi. Antara maksud al-ʿilmῑ atau sains yang lain dan popular ialah: 1. Sains adalah ilmu pengetahuan yang bersistem yang berasaskan kepada cerapan, kajian eksperiman atau uji kaji dan sebagainya. 2. Sains adalah analisis fenomena secara bersistem dan objektif dengan kaedah khusus yang diisyaratkan untuk menghasilkan penemuan yang boleh dipercayai kesahihannya. Maka boleh dirumuskan bahawa al-ʿilmῑ atau sains adalah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan fenomena-fenomena dalam alam tabii yang bernyawa dan tidak bernyawa. Susunan yang terhasil dengan kaedah yang objektif melalui kajian eksperiman dan cerapan untuk menghasilkan prinsip-prinsip dan kenyataan yang boleh dipercayai dan boleh diuji kebenarannya (Sulaiman, 1993). Sementara itu perbincangan dari sudut istilah pula, Muhammad Nor Ichwan (2004) menyatakan pengertian al-tafsīr al-ʿilmῑ adalah sebagai usaha memahami ayat-ayat al-quran dengan menjadikan penemuan-penemuan sains moden sebagai alat bantunya. Ayat al-quran yang dimaksudkan di sini, adalah teks al-quran yang secara khusus membicarakan tentang fenomena alam tabii atau yang biasa dikenal sebagai al-āyāt al-kawniyyah. Justeru, yang dimaksud dengan altafsīr al-ʿilmῑ adalah suatu ijtihad atau usaha keras seorang mufassir dalam mengungkapkan hubungan ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-quran dengan penemuan-penemuan sains modern, yang bertujuan untuk memperlihatkan kemukjizatan al-quran. Dalam beberapa literatur lain, pengertian al-tafsīr al-ʿilmῑ adalah suatu corak tafsir yang menggunakan pendekatan teori-teori ilmiah untuk menjelaskan ayat-ayat al-quran. Muhammad Ḥusayn al-dhahabī (1989) menjelaskan, al-tafsīr al-ʿilmῑ adalah suatu metode pentafsiran yang mengukuhkan keterangan atau istilah-istilah ilmiah yang terkandung dalam perumpamaanperumpamaan yang terdapat dalam al-qur an yang kemudian melahirkan pelbagai bentuk ilmu

pengetahuan dan teori-teori falsafah. Dengan kata lain, al-tafsīr al-ʿilmῑ disamping sebagai alat justifikasi dan mengkompromikan teori-teori ilmu pengetahuan dengan al-quran, juga bertujuan untuk mendeduksikan teori-teori ilmu pengetahuan dari ayat-ayat al-quran itu sendiri. Merujuk kepada Tafsir al-azhar, HAMKA cukup memberi perhatian kepada ayat-ayat alkawniyyah sebagai cara menguatkan akidah. Apabila berjumpa dengan ayat yang memperkatakan tentang alam dan cakerawala, HAMKA cuba memberi penjelasan dan meminta supaya pembaca meneliti ayat tersebut yang bertujuan menanamkan akidah kepada umat Islam. Tegas beliau kemajuan ilmu pengetahuan alam mestilah diperhatikan oleh umat Islam jika mereka mahu mengembalikan kegemilangan Islam seperti umat yang terdahulu (Mashitah Bt. Ibrahim, 2000). Justeru itu, wajar satu analisa dijalankan dengan mengkaji kesesuaian tafsir ini untuk rakyat Malaysia terutama dari sudut pandang beliau berkaitan perkembangan saintifik pada masa kini. Begitu juga segala pemikiran dan ijtihad baru HAMKA yang dikemukakan dalam Tafsir al-azhar wajar diketengahkan untuk dilihat sebagai satu perbandingan atau dijadikan sebagai panduan dalam mengupas ayat-ayat Allah s.w.t. dalam al-quran al-karim khususnya menyentuh pentafsiran terhadap ayat-ayat al-kawniyyah ataupun fenomena-fenomena alam tabii. Kajian al-tafsīr al-ʿilmῑ Serta Pengaruh al-marāghi Terhadap Tafsir al-azhar ini adalah satu kajian kajian kualitatif dengan metode pengumpulan data melalui kajian perpustakaan. Data-data penelitian dari skop kajian iaitu ayat-ayat al-kawniyyah dianalisis melalui metode penganalisaan kandungan dokumen serta perbandingan yang bertujuan seperti berikut : 1. Meneliti metodologi pentafsiran al-ʿilmῑ dalam tafsir karangan ulama di Alam Melayu khususnya dalam perbincangan corak tafsir al-ʿilmῑ. 2. Meneliti dari sudut kesamaan metodologi pentafsiran al-ʿilmῑ HAMKA dan tafsir al-marāghi terhadap ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan corak tafsir al-ʿilmῑ. 2.0 SOROTAN KARYA Kitab Tafsir al-azhar merupakan hasil karya HAMKA yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan beliau hampir mencakupi dan meliputi semua disiplin ilmu yang penuh berinformasi. Ia berasal dari siri kuliah subuh yang disampaikan oleh HAMKA di Masjid al-azhar yang terletak di Kebayoran Baru Jakarta sejak tahun 1959 (M.Yunan Yusof 1990). Tafsir al-azhar juga boleh dikategorikan sebagai salah satu usaha murni ulama Nusantara yang lahir dalam era Iṣlāḥ al-dīn atau pembaharuan agama yang dipelopori oleh mujaddīd seperti Muhammad Abduh dan Rashid Reda Secara umum, Tafsir al-azhar karangan HAMKA ini menggunakan dua metode dalam menghuraikan tafsirnya iaitu: (i) metode tafsῑr al-athārī (ii) metode tafsῑr al-ʿilmī. Dalam metode yang pertama tafsir dihuraikan secara ma thūr iaitu menafsirkan ayat al-quran dengan al-quran atau al- Ḥadīth (s.a.w) bagi menghuraikan perkataan serta menguatkan makna atau menentukan perkataan yang banyak maksud. Bagi metode yang kedua pula, HAMKA merujuk kepada pandangan ilmiah yang dipetik dari cendekiawan Islam mahupun Barat serta pendapat mufassir seperti al-ghazālī, Fakhr al-rāzī dan lain-lain lagi dalam menghuraikan maksud disebalik ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-quran (Mashitah, 2000). Antara corak penafsiran yang digunakan HAMKA dalam mentafsirkan al-quran adalah penafsiran ayat dengan menggunakan tinjauan sejarah, antropologi dan siosologi sebagi sumber penafsiran untuk memperkayakan tafsirnya. Corak dan kecenderungan penafsiran seperti ini, adalah seperti Tafsir al-manar karangan Rashid Riḍā yang dikenali dikalangan mufassirīn sebagai tafsir al- Adab al-ijtimaʿī. M.Quraish Shihab (1984) menjelaskan yang dimaksudkan dengan al-adab al-ijtimaʿī

ialah tafsir yang memfokuskan penjelasan ayat-ayat al-quran dari sudut ketelitian redaksi al-quran kemudian menyusun kandungan ayat-ayat tersebut dalam satu redaksi yang indah. Seterusnya menonjolkan tujuan dari tujuan diturunkannya al-quran iaitu sebagai petunjuk dalam kehidupan, lalu menggandingkan kehendak ayat-ayat tersebut dengan hukum alam yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan dunia. Tafsir al-manar adalah tafsir yang paling menarik hati HAMKA untuk dijadikan rujukan dan contoh Tafsir ini dikarang berdasarkan kepada ajaran tafsir gurunya syeikh Muhammad ʿAbduh. Tafsir beliau ini, selain daripada menghuraikan ilmu agama, hadis, fekah, sejarah, tasawuf dan lainlain, juga menyesuaikan dengan perkembangan politik, budaya dan keadaan masyarakat, yang sesuai dengan zaman diwaktu tafsir itu dikarang. Selain itu, persamaan yang dapat dilihat antara Tafsir al-azhar dan Tafsir al-manar adalah dari sudut sejarah proses penyusunannya. Kedua-dua tafsir ini bermula dalam bentuk ceramah masjid yang kemudiannya disusun dalam bentuk penulisan. Ini menyebabkan tafsir ini dapat berkomunikasi dengan pembacanya serta hampir dengan suasana dan permasalahan yang sedang dihadapi masyarakat. Hanya yang berbeza adalah latar belakang masyarakat Indonesia (Abdul Rauf, 2013). Meskipun masalah-masalah kemasyarakatan di zaman sekarang sudah banyak berubah, namun dasar penafsiran yang beliau tegakkan masih sesuai dan dapat dijadikan rujukan. Selaian Tafsir al-manar, ada beberapa tafsir yang dijadikan rujukan oleh HAMKA antaranya Tafsir al-qāsimī, Tafsir Fī Ẓilal al-qur'ān dan Tafsir al-marāghī karangan sheikh Muṣṭafā al-marāghī (HAMKA, 2012). ManakalaTafsir al-marāghī pula merupakan salah satu tafsir yang muncul pada period mutakhir di Timur Tengah. Tafsir ini juga dikenali sebagai tafsir kontemporari kerana tafsir ini lahir pada abad ke-20. Tafsir ini dikarang oleh Aḥmad Muṣṭafā bin Muḥammad bin ʿAbdul Munʿim al- Marāghī. Lahir pada tahun 1300 H/1883 M di Kota Marāghah, sebuah kota di tepi barat sungai Nil sekitar 70 kilometer di sebelah selatan kota Kaherah. Beliau merupakan salah seorang ulama yang lahir di bumi al-azhar serta pernah menyandang jawatan Rektor Universiti selama dua penggal iaitu pada tahun 1928 hingga1930 dan 1935 hingga 1945 (al-marāghī, 2006). Menurut Baidan Nashruddin (2000), penulisan tafsir al-marāghī ini adalah atas dasar rasa tanggung jawab dan tuntutan ilmiah beliau sebagai salah seorang ulama tafsir pada ketika itu. Al- Marāghī cuba mengatasi permasalahan masyarakat kontemporari yang amat berhajat kepada penjelasan serta jawapan secara cepat dan tepat. Justeru, beliau rasa terpanggil untuk menawarkan satu solusi berdasarkan apa yang terkandung dalam nas dan makna al-quran. Atas dasar inilah, tafsir al-marāghī tampil dengan gaya moden dan bersesuaian dengan kondisi masyarakat yang sudah maju. Tafsir al-marāghī menggabungkan beberapa metode tafsir yang ada serta melahirkan salah satu corak penafsiran baru iaitu dengan memisahkan antara pentafsiran ijmālī dan pentafsiran taḥlilī. Dari segi sumber yang digunakan selain menggunakan ayat dan ātsar, al-marāghī juga menggunakan bi al-ra`yī sebagai sumber dalam menafsirkan ayat-ayat, penafsiran yang bersumber dari riwayat (relatif) dan didukung oleh bukti-bukti secara ilmiah (al-marāghī, 2006), manakala mazlan Ibrahim (2002) mengklasifikasikan tafsir al-marāghī adalah tafsir yang ditafsirkan secara sederhana berdasarkan corak tafsῑr al-ʿilmī. Sebagaimana Tafsir al-azhar, Tafsir al-marāghī juga dikatakan kitab tafsir yang memiliki corak al-adab al-ijtimaʿī. Hal itu disebabkan dari penghuraian dalam kitab tafsirnya menggunakan bahasa yang indah dan menarik dengan berorientasikan sastera, kehidupan budaya dan masyarakat. Beliau berusaha mentafsir serta menjelaskan ayat-ayat al-quran berdasarkan ketelitian ungkapan-ungkapan yang disusun dengan bahasa yang mudah, menekankan sebab utama diturunkannya al-quran, menjelaskan pendekatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan social sejajar dengan perkembangan masyarakat ketika tersebut (al-marāghī, 2006).

Tafsir al-marāghī juga sangat dipengaruhi oleh tafsir-tafsir yang ada sebelumnya, terutama Tafsir al-manar. Hal ini karena, kedua-dua penulis tafsir tersebut iaitu sheikh Muhammad ʿAbduh dan Rasyid Riḍā adalah guru yang paling banyak memberikan bimbingan kepada beliau dalam bidang tafsir. Bahkan sebagian berpendapat bahawa Tafsir al-marāghī adalah penyempurnaan terhadap Tafsir al-manar yang sudah ada sebelumnya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, selain dari sudut waktu penyusunan tafsirnya, perkara ini juga terlihat juga dari cara al-marāghī menafsirkannya dengan cara yang lebih sistematis sehingga mudah untuk difahami oleh masyarakat ketika itu (J. G Jansen, 1997). Jika diteliti daripada sorotan karya yang lepas dan yang dirujuk, jelas menunjukkan secara dasarnya tafsir al-azhar dan tafsir al-marāghī memiliki hubungan spiritual dari sudut objektif penulisannya. Bahkan bukti juga menunjukkan sumber rujukan utama kedua-dua tafsir ini adalah dari sumber yang sama iaitu Tafsir al-manar yang menekankan corak al-adab al-ijtimaʿī. Corak ini merupakan medium kepada kedua-dua ulama tafsir ini dalam membantu memberi jawapan kepada kemelut masyarakat ketika itu berdasarkan kandungan al-quran. 3.0 DAPATAN KAJIAN Analisis metodologi tafsir al-azhar melalui corak tafsir al-ʿilmῑ adalah bertujuan untuk meneliti sumber, metode dan juga sistematika pentafsiran HAMKA. Analisis melalui metode penganalisaan kandungan dokumen serta perbandingan ini adalah hasil pemerhatian dan penelitian penyelidik terhadap datadata pentafsiran ayat-ayat al-kawniyyah pada kedua-dua tafsir dan menghasil dapatan seperti berikut: a). Pendekatan Tafsir Bersumberkan al-quran Antara pentafsiran HAMKA bersumberkan al-quran adalah pada ayat 75 surah Al-Wāqiʿah. Ayat al- ب ل عم عواق ل ل ع ( bintang-bintang kawniyyah ini merupakan tafsiran al-ʿilmῑ berkaitan dengan tempat berjalan Dalam menafsirkan ayat ini, beliau menerangkan bahawa Allah s.w.t. bersumpah dengan.(ال نل مو ل bintang kerana manusia akan mendapat petunjuk dalam pelayaran dengannya. HAMKA juga mengaitkan pentafsiran tentang bintang-bintang ini dengan ayat 16 surah al-nah (2012. Jld. 9.). Dalam ayat 16 surah al-nahl Allah s.w.t menjelaskan bahawa bintang-bintang pada malam hari adalah pentunjuk dan panduan untuk mengetahui arah tuju. Selain itu metodologi yang pertama juga dapat dilihat pada ayat 26 surah al-baqarah yang ع عن ع عض ل ر عب ( kecil menyentuh tentang perumpamaan Allah s.w.t. dengan kekuatan nyamuk makluk yang.( Beliau menyatakan contoh ayat-ayat al-quran lain berkaitan dengan عم عثال عما عب مو عضة عف عما عف عو عق عها perumpamaan Allah s.w.t terhadap haiwan seperti labah-labah pada ayat 41 surah al-angkabut dan lalat pada ayat 73 surah al-ḥaj (2012, Jld. 1). Selain mengaitkan Nyamuk dengan tentera Allah s.w.t. sebagaimana dalam surah al-muddassir ayat 31, beliau juga menegaskan bahawa nyamuk yang dimaksudkan ialah nyamuk malaria yang membawa penyakit kuning dan penyakit tidur sebagaimana yang berlaku di Afrika dan juga di Rao atau Rawa di Sumatera. Pendekatan pertama ini boleh dilihat dalam Tafsir al-marāghī pada ayat 26 surah Al-Baqarah berkaitan perumpamaan Allah s.w.t dengan seekor lalat. Beliau mengaitkan tafsiran ayat ini dengan ayat surah al-ḥaj ayat 73 juga berkaitan dengan lalat dan ayat 41 surah al-ankabūt perumpamaan dengan labah-labah (2006, Jld.1). Selain itu pendekatan ini juga boleh dilihat pada tafsiran ayat 5 surah Yūnus berkaitan perbezaan antara kalimah ( لض ع آ ) dan kalimah ملور ا) ). Menurut al-marāghī kalimah diyā` pada matahari menunjukkan cahaya semula jadi sebagaimana kalimah sirājan pada ayat 16 surah Nuḥ. Manakala kalimah nūr digunakan pada bulan kerana cahaya bulan bukan bersifat semulajadi bahkan terhasil dari unsur lain (2006, Jld.4).

b). Pendekatan Tafsir Bersumberkan Hadis Seterusnya pentafsiran HAMKA berdasarkan pendekatan yang kedua merujuk kepada ayat 81 surah الر عح ( keras al-anbiya`. Kandungan ayat 81 ini menyentuh tafsiranal-ʿilmῑ tentang angin yang hembus ) dalam kisah kekuasaan nabi Sulaiman. HAMKA menafsirkan dengan mengemukakan dua dalil عا لص عفة naqli iaitu hadis riwayat Muslim dari Aisyah dan riwayat Thabrani. Kedua-dua hadis in berkaitan dengan doa Rasullullah s.a.w apabila melihat angin yang keras yang mungkin membawa perkara yang tidak baik agar ditukarkan kepada perkara rahmat dan perlindungan (2012, Jld. 6). Pendekatan yang sama juga dapat dirujuk pada tafsiran ayat 189 surah al-baqarah. Tafsiran al-ʿilmῑ yang terkandung dalam ayat ini adalah berkaitan dengan hilal atau bulan sabit. HAMKA membawa beberapa riwayat antaranya dari Ibn ʿAbbas, Qatadah dan juga Abu Aliyah. Ketiga-tiga hadis ini menceritakan tentang beberapa orang sahabat datang kepada nabi Muhammad dan bertanya tentang keduudkan hilal yang muncul disetiap awal bulan sehingga hari ketujuh. Justeru, Allah menurunkan ayat ini bagi memberi jawapan bahawa itulah petunjuk kepada mengerjakan ibadah haji (2012, Jld. 1). Pendekatan kedua ini dapat dilihat dalam tafsir al-marāghī pada tafsiran ayat 25 surah Ibrāhīm berkaitan dengan perumpamaan Allah kata-kata yang baik dengan ciri-ciri yang ada pada sepohon pokok. al-marāghī mentafsirkan maksud sepohon pokok disini ialah sepohon pokok kurma sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w riwayat Bukaharidari Ibn ʿUmar berkaitan perumpamaan pokok dengan sifat seorang muslim (2006, Jld.5). c). Pendekatan Tafsir Bersumberkan Riwayat Sahabat dan Tābiʿīn Antara contoh pendekatan yang ketiga ini adalah pada ayat 5 surah al-raḥmān iaitu berkaitan dengan Matahari dan bulan bergerak dengan perhitungannya. Merujuk kepada Tafsir al-azhar, HAMKA sendiri menegaskan bahawa matahari dan bulan beredar dengan ketepatan perhitungan dan tidak pernah berlaku kekacauan. Begitu juga beliau menyatakan bahawa perjalanan bumi mengelilingi matahari terhintung sebanyak 365 hari dan bulan 354 hari kurang 11 hari dari bumi. HAMKA juga membawa riwayat sahabat daripada Ikrimah yang diriwayat Abi Hatim berkaitan dengan cahaya matahari yang sampai ke bumi adalah satu daripada sepertujuh cahaya al-kursi (2012, Jld. 9). Seterusnya pada ayat 1 surah al-anʿām berkiatan tafsiran al-ʿilmῑ Allah menjadikan langit dan bumi serta gelap dan terang. Antara tafsiran HAMKA berkaitan ayat ini adalah dengan membawa pandangan Ibn ʿAbbas dan juga Abu Syaikh. Ibn ʿAbbas berpandangan bahawa kegelapan dan terang adalah berkaitan dengan kekufuran cahaya keimanan. Manakala Abu al-syaikh pula berpendapat bahawa cahaya itu adalah peiharan daripada kegelapan pandangan-pandangan fahaman naturalisme dan juga atheis (2012, Jld. 3). Begitu juga dalam Tafsir al-marāghī, beliau memetik pandangan Ibn Jarīr dan Ibn Abī Ḥātim dalam menafsir maksud kalimah al-zulumāt dan al-nūr pada ayat 1 surah al-anʿām iaitu merujuk kepada malam dan siang (2006, Jld.3). Selain itu, pendekatan ini juga boleh dilihat pada tafsiran al- Marāghī pada ayat 27 surah al-ḥijr berkaitan kalimah nār al-samūm atau percikkan api merupakan satu juzuz daripada 70 percikkan api (2006, Jld.5). d). Pendekatan Tafsir Bersumberkan Pandangan Mufassirῑn Antara pendekatan HAMKA dalam mentafsirkan ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan tafsir al-ʿilmῑ adalah dengan mengambil pandangan dari pandangan dan penulisan ulama-ulama tafsir. Pendekatan ini jelas dapat dilihat pada tafsiran al-ʿilmῑ berkaitan dengan Langit dipenuhi dengan penjaga yang kuat dan panahan api ( عما عآ عف عو ع عد علا عها مم ل عئ عت عح عرس ا عش لد د ا عو مش مهب ا (الس pada ayat 8 dan 9 surah al-jin. Antara lain

beliau mencatat dalam pentafsirannya pandangan Imam al-qurtubi berkaitan dengan usaha jin, iblis, syaitan dan ifrit mendekati langit bagi mencuri dengar rahsia langit. Pandangan Imam al-qurṭubī ini dikuatkan oleh HAMKA dengan pendapat daripada Imam Abdul Malik bin Sabūr yang mengaitkan perkara ini berlaku ketika kekosongan syariat di antara nabi Isa dan nabi Muhammad s.a.w (2012, Jld. 10). HAMKA juga mengambil pandangan ahli tafsir al-zajjaj apabila membincangakan perbezaan antara kalimah ( لض ع آ ) dan kalimah ملور ا) ) pada ayat 5 surah Yūnus. Menurut HAMKA, al-zajjaz membezakan keuda-dua kalimah ini berdasarkan sifat kalimah iaitu antara sifat jama` dan mufrad. Kalimah diyā` bersifat jama` kerana terang cahaya matahari itu bukan lahir dari satu cahaya bahkan tersusun daripada tujuh cahaya yang pelbagai warna. Bukti susunan cahaya matahari dapat dilihat apabila panas matahari bercampur dengan hujan sehingga melahirkan pelangi. Berbeza dengan nūr bulan yang bersifat dengan satu cahaya sahaja (2012, Jld. 5). Pendekatan mengambil pandangan daripada mufassirῑn boleh dilihat pada tafsiran al-marāghī pada ayat 172 surah al-aʿrāf. Ayat ini berkaitan dengan tafsiran al-ʿilmῑ asal kelahiran anak cucu Adam diambil dari tulang punggung mereka. Beliau mengambil pandagan Ibn Kathīr yang bermaksud untuk membuktikkan Allah s.w.t itu adalah tuhan bagi manusia serta pemilik sekelian alam (2006, Jld.3). e). Pendekatan Tafsir Bersumberkan Pandangan Ilmuan Islam dan Barat Selain daripada bersandar pada sumber mufassirῑn, HAMKA juga memetik pandagan dari ahli-ahli ilmu yang lain terdiri dari ilmuan Islam dan ilmuan Barat. Antara pandangan ilmuan Barat yang dicatatkan HAMKA dalam pentafsiran beliau adalah berkaitan dengan kebaikan susu ibu pada bayi. Perkara ini dibincang pada ayat 233 surah al-baqarah. HAMKA mengambil pandangan Dr. Paul Gyorgy bahawa penggunaan susu yang bukan dari badan si ibu bagi bayi mempunyai kemungkinankemungkinan yang sangat membahaya bagi kesihatan bayi (2012, Jld. 1). Dari sudut pandangan ilmuan Islam pula, pentafsiran HAMKA jelas dapat dilihat pada ayat 58 surah al-ʿarāf berkaitan dengan kejadian tubuh badan manusia. HAMKA memetik pandangan seorang failasuf Islam iaitu Ibn Sina. Pada pandangan Ibn Sina tubuh badan manusia terjadi dari kumpulan benda halus atau material yang berganti-ganti dipakai oleh manusia dan juga makhluk lain. HAMKA menjelaskan maksud pandangan Ibn Sina itu adalah kejadian manusia ini adalah terdiri daripada kumpulan Atom. Suatu ketika atom tersebut menjadi sayur, dan ketika lain menjadi darah. Suatu kektika menjadi tubuh dan sewaktu yang lain menjadi hancur dan jadi tanah, jadi debu bila dibakar dan jadi garam bila bercampur dengan air di lautan (2012, Jld. 4) Imam al-marāghī menggunakan pendekatan ini apibila mentafsir ayat 56 surah al-nisā` berkaitan dengan kulit manusia diganti dengan kulit lain selepas dibakar. al-marāghī mengambil pandangan Abdul Aziz Ismail yang merupakan seorang doktor perubatan. Pada pandangan Abdul Aziz, antara hikmah diganti kulit yang sudah terbakar adalah untuk dirasakan satu kesakitan yang pedih. Ilmu perubatan membuktikan bahawa saraf kesakitan terletak pada lapisan bawah kulit. Apabilaseseorang mengalami kebakaran yang biasa pada kulit maka ia akan menghasilkan kesakitan yang pedih jika dibandingkan dengan kebakaran yang teruk. Hal ini kerana saraf kesakitan sudah tidak berfungsi apaila kesemua kulit terbakar (2006, Jld.2). f). Pendekatan Tafsir Secara Ringkas Pendekatan tafsir secara ringkas ini dilihat dari sudut sistematika pentafsiran HAMKA berdasarkan fakta-fakta saintifik. Antara contoh pentafsiran ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan pendekatan ini seperti pada ayat 96 surah al-anʿām berkaitan dengan matahari dan bulan untuk hintungan. HAMKA menjelaskan ayat ini dengan fakta yang umum diketahui iaitu edaran bulan selama 365 hari 12 bulan

dan 52 minggu. Mnakala edaran bulan pula selama 354 hari dan 12 bulan dalam setahun. perjalan ini teratur dan tidak pernah berselisih dari ketentuan falaknya selama 10,000 tahun (2012, Jld. 3). Selain itu pendekatan ini juga dapat dilihat dalamtafsiran HAMKA pada ayat 12 surah al-isra`. Dalam ayat ini terkandung keterangan berkaitan dengan malam dan siang Allah jadikan sebagai tanda. HAMKA mentafsirkan maksud tanda dalam ayat ini sebagai tanda hintungan jam, minit dan detik dari terbit atau terbenamnya matahari. Seterusnya, berfirman Allah dalam ayat ini bahawa dihapuskan tanda malam dan dijadikan tanda siang itu terang dengan tafsiran fajar menyingsing dan juga kedatangan waktu subuh. Manakala maksud hitungan dalam firman Allah ditafsirkan dengan ilmu hisab atau ilmu falak (2012, Jld. 6). Dalam tafsir al-marāghī pendekatan tafsiran secara ringkas ini terbukti pada pentafsiran ayat 36 surah al-tawbah. Kandungan ayat ini berkaitan hitungan bulan dalam setahun ketika dibumi. al- Marāghītidak memanjangkan tafsirannya dan sekadar mecatatkan bahawa hitungan bulan di bumi adalah 12 bulan berdasarkan gerakkan serta putaran bula pada paksinya. Manakala maksud pada hari diciptakan langait dan bumi pada ayat adalah bermaksud pada hari sempurna kejadiannya selama enam hari tempoh pembinaan pada pandangan al-marāghī (2006, Jld.4). Selain itu pendekatan ini juga dilihat pada tafsiran ayat 3 surah al-raʿd berkaitan dengan Allah menjadikan bumi terbentang luas serta gunung-gung dan sungai-sungai dan dijadikan buah-buahan dan berpasangpasang (2006, Jld.5). g). Pendekatan Tafsir Secara Terperinci Antara contoh sistematika kedua pentafsiran HAMKA berdasarkan fakta-fakta saintifik ialah pada ayat 16 surah al-hijr. Isi kandung ayat ini membincangkan tentang bintang-bintang dilangit sebagai perhiasan bagi mereka yang ingin memerhatikanya ( مب مرو ا عو ع ل ا عها ل ل ل ا لا ل ر عن.( HAMKA menyatakan permerhatian dalam ayat ini terdapat tiga langkah, yang pertama pemerhatian terhadap bintangbintang yang hakiki, yang ke dua pemerhatian terhadap hubungan bintang-bintang dengan kehidupan di bumi sebagaimana orang Badwi menamakan bintang-bintang dengan nama haiwan yang ada disekeliling mereka dan yang ketiga, pemerhataian terhadap alam yang lebih dalam ataupun ruang angkasa sebagaimana penemuan ilmu pengetahuan moden hari ini. Antaranya penemuan bintang Galaxy dan merumuskan bahawa di langit angkasa terdapat hampir 100 milion bintang. Beliau juga turut mencatat pandangan Omar Khayyan pengarang kitab Rubu`at berkaitan dengan buruj yang terdiri dari matahari, bulan dan bintang-bintang yang juga disebut bintang Dua Belas (2012, Jld. 5). Seterusnya pada ayat 40 surah Yāsin yang membincangkan peredaran matahari dan bulan tidak sama antara satu sama lain. Dalam tafsiran al-ʿilmῑ ayat ini, HAMKA mengemukakan teori peredaran matahari dalam setahun iaitu 365 manakala bulan pula selama 354 hari yang berselisih sebanyak 11 hari. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kemampuan manusia pergi ke bulan adalah setelah terhasil teori jarak antara bumi dan matahari iaitu 93 milion dan jarak antara bulan dan matahari ialah 240 ribu million. Saterusnya, teori jarak perjalanan antara bintang yang terdekat dengan matahari sekitar empat tahun perjalan cahaya. Jika dibandingkan dengan kelajuan perjalan cahaya iaitu 186,000 milion maka perjalan antara bintang terdekat dengan perjalanan matahari ialah sekitar 104 juta million kelajuan cahaya iaitu 4 tahun pergi dan 4 tahun pulang (2012, Jld. 8). Antara tafsiran al-marāghī berdasarkan pendekatan ini adalah pada ayat 3 surah al-mā`idah berkaitan pengharaman darah dan juga daging khinzir. Beliau menjelaskann dengan terperinci berkaitan pengharaman darah yang mengalir dan juga khinzir. Menurut al-marāghī, hikmah pengharaman darah adalah kerana bersifat kotor dan memudaratkan serta bersifat beku dan payah untuk dihadamkan. Darah ini juga mengandungi bakteria-bakteria yang boleh melemahkan badan serta mendatangkan pelbagai penyakit. Darah ini juga boleh disifatkan seumpama bahan kotoran yang bernajis yang terkandung dalamnya unsur-unsur yang telah rosak dan reput. Ini yang

menyebabkan darah ini terkandungdengan pelbagai bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit. Seterusnya berkaitan dengan daging khinzir pula, al-marāghī menjelaskan bahawa pengharamannya seumpama darah juga yang mengandungi bahan yang merbahaya serta pelbagai unsur kekotoran di dalamnya. Pakar-pakar perubatan moden telah mengesahkan bahaya dan kekotoran yang terkandung dalamnya apibila dimakan. Menurut belaiu lagi, antara bahaya yang mengudang apabila memakan daging khinzir ialah akan membiak sekumpulan cacing bakteria seumpama segumpal rambut dalambadan manusia. Juga kajian telah membuktikan bahawa daging khinzir adalah yang cukup liat dan payah untuk dihadam kerana terdapat gentian minyak yang banyak pada setiap pembuluh darah. Begitu juga didapati dalam daging khinzir lapisan lemak tebal yang boleh menghasilakan zat yang baik pada pemakanan (2006, Jld. 2). 4.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan, Tafsir al-azhar adalah tafsir yang memiliki keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan tafsir-tafsir lain. Ini dapat dilihat dari sudut gaya bahasa dan gaya susunan penghuraian beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah s.w.t. dalam al- Quran. Pendekatan HAMKA dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan mempelbagaikan ilmu dan maklumat menjadikan tafsir beliau sebagai rujukan muktabar di Alam Melayu. Begitu juga pentafsiran yang berkaitan dengan corak tafsir al-ʿilmῑ, kepelbagaian maklumat sama ada dari sumber naqli, sumber akli dan juga bersumberkan dari kitab-kitab tafsir yang utama seperti Tafsir al-marāghī menjadikan satu tarikan bagi masyarakat umum untuk memahami dengan baik berkaitan dengan ayat-ayat al-kawniyyah. Walaupun corak tafsir al-ʿilmῑ HAMKA jarang dibincangkan, namun dengan penyelidikan ini penulis mengharapkan ianya menjadi langkah awal untuk mengkaji pendirian sebenar HAMKA dalam perbincangan terhadap corak tafsir al-ʿilmῑ sebagaimana yang berlaku dalam kalangan mufassirin. 6.0 RUJUKAN Abdul Mustaqim. 2012. Dinamika Sejarah Tafsir al-quran.yogyakarta: Adab Press Aḥmad Muṣṭafā al-marāghī. 2006. Tafsīr al-marāghī. Beirut. Dār al-fikr li al-ṭibāʿah wa al-nashr wa al-tauzῑʿ. Baidan Nashruddin. 2000. Rekonstruksi Ilmu Tafsir. Jakarta. PT Dana Bhakti Prima Yasa. HAMKA, Abdul Malik Karim Amrullah. 2012. Tafsir al-azhar. Singapura. Pustaka Nasional Pte. Ltd. J. G Jansen. 1997. Diskursi Tafsir Al Quran Modern. terj. Harussalim dan Syarif Hidayatullah. Yogyakarta. Tiara Wacana. Louis Ma`luf al-yasῡʿῑ dan Bernand Toffel al-yasῡʿῑ. 2003. Al-Munjid al-wasiṭ fī al-ʿarabiyyah al- Muʿāsirah, Beirut. Dar al-masyriq. Louis Ma`luf al-yasῡʿῑ. 2007. al-munjid fῑ Lughah al-aʿlām. Beirut. Dār al-masyriq. M.Quraish Shihab. 1984. Kaedah Penyusunan Tafsir Yang Berorientasi Pada Saster, Budaya dan Kemasyarakatan. Makalah IAIN Alauddin Ujung Pandang.

Mashitah Bt. Ibrahim. 2000. Metodologi Hamka Di Dalam Tafsir al-azhar. Kuala Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Mazlan Ibrahim. 2002. Sejarah & Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Tafsir Ilmiy. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.Bhd. Muhammad Nor Ichwan. 2004. Tafsir Ilmiy Memahami Al-Qur an Melalui Pendekatan Sains Modern. Yogyakarta. Menara Kudus. Muhammad Ḥusayn al-dhahabī. 1989. al-tafsῑr wa al-mufassirῡn. Mesir. Maktabah Wahbah. Sulaiman Noordin. 1993. Sains, Falsafah dan Islam. Ed. ke-2. Bangi. Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.